You are on page 1of 18

Pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. OBJEKTIF PENTAKSIRAN Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: 1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. 3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. 4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. 5. Mengesan keberkesanan pengajaran 6. vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. TUJUAN PENTAKSIRAN Tujuan pentaksiran adalah: i. Mengesan keberkesanan pengajaran. ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN 1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan 2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan 3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor 4. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah 5. Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian 6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran INSTRUMEN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Ujian (sejarah dan apresiasi seni) - Kaedah pemerhatian - Kaedah temubual - Kaedah anekdot - Menggunakan senarai semak - Menggunakan soal selidik - Portfolio (Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia:1983) Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi: 1. Komunikasi / ekspresi, 2. Keyakinan diri /self-esteem, 3. Perkembangan persepsi, 4. Ketekalan organisasi estetika, 5. Pengetahuan seni, 6. Kreativiti , 7. Kemahiran , dan 8. Kepuasan / keseronokan. PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap

pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu: 1. i. proses kerja, 2. ii. pengendalian bahan, 3. iii. penggunaan media, 4. iv. kemahiran kritikal, dan 5. v. peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /selfesteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan. Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut: 1. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. 2. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. 3. Menentukan instrumen yang hendak digunakan. 4. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. 5. Menentukan tempoh masa pemerhatian. 6. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran. Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. Tujuan yang jelas. ii. Menepati apa yang hendak dinilai. iii. Item boleh diukur. iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. a) Penilaian Terkawal: Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk

soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan) Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan STPM. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar. b) Penilaian Tidak Terkawal: Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan semasa pelajar membuat aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

Konsep Pentaksiran
Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan pendidikan. tentang produk sesuatu

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam

Pendidikan sebagai

Khas,

mentakrifkan

pentaksiran yang

suatu

proses

pembelajaran

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah maklumat (pengukuran) (penilaian) dan tentang menterjemah pembelajaran

seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.

Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian adalah di dalam untuk pentaksiran. mendalami konsep Oleh yang demikian, pentaksiran, konsep pengujian,

pemahaman

pengukuran dan penilaian adalah amat penting

sekali. Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan berhubung itu telah tercapai. Hal ini dan membolehkan guru membuat keputusan tepat dengan pengajaran pembelajarannya.

Penilaian Prosedur

mengandungi penilaian ini

aspek boleh

pengujian, dilaksanakan

pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti rajah 2 berikut.

Rajah 2: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti

utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka. Menurut Azizi Ahmad (2009), Pengukuran

bermaksud satu proses mendapatkan maklumat secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan suatu instrumen. Hasil pengukuran hanya merupakan penentuan status atau tahap yang tidak mempunyai nilai. Contohnya, Ali mendapat 70 peratus dalam ujjian Kajian Tempatan, kita tidak menyatakan

sama ada prestasi Ali ini baik atau tidak. Pengukuran ini dilaksanakan tanpa nilai seperti yang diterangkan dalam rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Konsep pengukuran

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang adalah sukar dan tidak dapat dilakukan dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti pembaris. Oleh yang demikian, kita tidak boleh menganggap murid yang mendapat skor 90 itu adalah dua kali ganda lebih pandai daripada murid yang hanya mendapat skor 45. Sementara seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Antara keempat-empat istilah, pengujian boleh dikatakan ialah satu mendukung prosedur maksud yang yang labih untuk sempit atau khusus. Menurut Cronbach, ujian bersistem

memerhati seseorang

perlakuan individu dan

atau

tingkah

laku

membuat

huraian

dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd Isha Awang (2008) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

(Azizi, 2008; 4).

Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan ujian, diikuti oleh pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan murid seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4 di bawah. Melalui proses pengujian ini, guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini membolehkan guru menempatkan

murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik darjah untuk memudahkan pengajaran.

Rajah 3: Proses pengujian

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses dan yang merangkumi skor penyediaan dan dan perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan memberi (Pengukuran) atau menterjemah maklumat jawapan

(Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. "Guru tidak akan tahu kejayaannya dalam menyampaikan isi pelajaran, melainkan dia membuat pentaksiran"

Prinsip-prinsip Pentaksiran
Rajah 1: Prinsip-prinsip pentaksiran

Seperti dalam rajah 1 di atas, prinsip-prinsip pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama lain. Contohnya instrumen yang disediakan hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang ditaksir. Ini adalah sangat penting kerana aras kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut tahun persekolahan. Oleh yang demikian, adalah amat tidak relevan sekiranya kertas soalan tahun 5 diberikan kepada murid-murid tahun 3 dan sebagainya.

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrumen ataupun satu alat untuk menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU) yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di bawah.

Situasi 1 "Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih dahulu Cikgu Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun 4. Selain menentukan tahun persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu menetapkan skop pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah disampaikan dan apakah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah dikuasai oleh mereka untuk suatu tempoh persekolahan (pertengahan semester, satu semester, setelah satu kemahiran dan sebagainya)

."

Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk kepada hasil pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam kertas ujian mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang data sangat penting di dalam pentaksiran tentang kerana respons-respons ini mengandungi dataataupun maklumat-maklumat pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu guru. Prinsip pentaksiran yang keempat ialah tajuk atau kemahiran; dan juga keberkesanan strategi yang digunakan oleh

kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan juga mereka yang menganalisis skrip jawapan ataupun oleh respons-respons yang mentaksir yang skrip telah diberikan ini

murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru jawapan terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang

tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu adalah yang lebih tepat dan menggambarkan sebenar. keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guruguru untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid-murid. "Pentaksiran yang baik menentukan kesahan dan kebolehpercayaan skor yang diperoleh"

Ciri-ciri Pentaksiran yang Baik


Rajah 1: Ciri-ciri pentaksiran yang baik

Menurut merupakan

Naapie satu

Mat konsep

(2006),

kesahan yang

pengukuran

merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji. Merujuk kepada manual am pentadbiran instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Oleh yang demikian itemitem yang dikemukakan hendaklah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada

pencapaian beberapa keadaan

calon faktor emosi,

adalah yang tempat

tekal

apabila

mengambil ujian itu beberapa kali. Terdapat mempengaruhi ujian, suasana kebolehpercayaan skor ujian. Antaranya ialah persekitaran dan kesihatan. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan diuji menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Dengan ini, dengan calon benar-benar dapat yang boleh cara dipercayai.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon. Sesuatu memberi ujian dikatakan skim kata mempunyai pemarkahan lain ujian ciri yang yang keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa markah Dengan ditentukan.

mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah ujian yang mempunyai skema pemarkahan yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipengaruhi

oleh emosi pemeriksa. Ini bermaksud skrip jawapan yang sama akan menunjukkan markah yang sama walaupun diperiksa oleh beberapa orang pemeriksa.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakann di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik peperiksaan, masa yang singkat, ujian dimulakan tepat pada masa, arahan yang jelas, pengawasan yang rapi dan pengutipan skrip jawapan yang terurus. Selain itu, bilangan soalan yang disediakan mestilah berpatutan dengan masa yang diperuntukkan agar calon dapat menjawap semua soalan-soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtafsiran sesuatu ujian dapat merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian

calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. tafsiran, Hasil dapat penilaian memberi daripada gambaran proses jelas

mengenai pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P), kesesuaian item ujian dan pencapai objektif P&P di dalam kelas. Oleh yang demikian, adalah amat penting markah pencapaian calon dikumpul dan ditafsir dengan tepat dan jelas dalam bentuk angka statistik, jadual dan graf supaya kebolehtafsirannya tinggi. "Susah melaksanakan pentaksiran, lebih susah lagi merancang pentaksiran"

You might also like