Professional Documents
Culture Documents
Kemahiran Bahasa Visual Kefahaman Seni Visual Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri
Farah, Julia, Hayati, Yuhanis
Unsur Seni
Prinsip Rekaan
Bahasa Visual
Kemahiran bahasa visual penting dalam pentaksiran PSV agar sesuatu karya yang dihasilkan oleh murid dinilai berdasarkan pengetahuan dan aplikasi media dalam kedua-dua elemen, bukan sekadar penilaian cantik atau tidak cantik.
UNSUR SENI
GARISAN
JALINAN
RUPA
RUANG
BENTUK
WARNA
UNSUR SENI
GARISAN
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.
RUPA
Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garis luar serta terbahagi kepada dua iaitu : a) rupa geometri - rupa bersudut b) rupa organik rupa tidak bersudut
BENTUK
Bentuk merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu. Terbahagi kepada dua iaitu : a) Bentuk konkrit b) Bentuk ilusi
UNSUR SENI
JALINAN
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
a) Jalinan sentuh b) Jalinan tampak
RUANG
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni. Terbahagi kepada : a) Ruang terbuka b) Ruang tertutup
WARNA
Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Terbahagi kepada : a) Warna asas b) Warna sekunder c) Warna tertiar
PRINSIP REKAAN
HARMONI KONTRA
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
PENEGASAN KESEIMBANGAN
KEPELBAGAIAN
KESATUAN
PRINSIP REKAAN
HARMONI
Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. Contoh : - susunan kelarai - susunan jalinan kulit nanas
KONTRA
Kontra diwujudkan apabila salah satu daripada unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan antara satu sama lain untuk memberi kesan dan impak pada karya seni. berkait rapat dengan penegasan iaitu lebih tinggi kadar kontra, maka lebih jelas penegasan dalam sesuatu karya seni
PENEGASAN
Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila dibandingkan dengan objek yang lain. diwujudkan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. Contoh : - papan tanda - warna merah di antara daun hijau
PRINSIP REKAAN
KESEIMBANGAN
Keadaan gubahan yang berpadanan dari segi saiz, berat, tarikan, warna dan tumpuan pemerhatian.
KEPELBAGAIAN
Penggunaan segala elemen unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam karya. Memberi kesan kontra, bertenaga dan daya tarikan yang hebat dan dinamik.
KESATUAN
Sesuatu gubahan yang baik dan saling mempunyai hubung kait antara unsur seni reka dan prinsp rekaan. Teratur, seragam, lengkap, sempurna dan suasana yang tenteram dan selesa.
Mempelbagaikan teknik pelbagai teknik dalam penghasilan garisan juga akan memberi kesan garisan dan corak dalam objek alam
Mampu mengaplikasi dan mengolah rupa menjadi lambang, simbol atau jenama sesebuah syarikat, persatuan atau pertubuhan
Mampu mengolah bahasa visual untuk menghasilkan pelbagai gaya dalam karya
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu : a)pemerhatian secara aktif b) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c) apresiasi seni visual d) menghargai nilai baik.
1. MENGGAMBAR
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik. 1.1 Lukisan 1.2 Catan 1.3 Kolaj 1.4 Montaj 1.5 Cetakan 1.6 Resis 1.7 Gosokan 1.8 Stensilan 1.9 Percikan 1.10 Gurisan 1.11 Capan 1.12 Mozek 1.13 Poster
Merangkumi aktiviti seperti: 3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami
Kognitif - pemikiran logik perkara yang benar untuk disampaikan kepada umum dalam imej visual - murid dapat membezakan perkara yang patut dan tidak patut ada dalam karya mereka - contoh : elak karya menyentuh sensitiviti kaum dan agama
Psikomotor Psikomotor - menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar semasa sesi P & P PSV - melihat penguasaan kemahiran motor murid semasa menghasilkan karya seni Sosial-Afektif Sosial - penilaian berdasarkan kriteria seperti perkembangan murid, kebolehan dan tahap murid. - penerapan nilai murni seperti bekerjasama, sikap bersaing secara sihat dan meningkatkan kreativiti murid. - galak interaksi bersemuka secara aktif