You are on page 1of 29

1.

Pengenalan

Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan di Tenggara Asia. Ia meliputi dua jenis
masyarakat iaitu negeri-negeri kepulauan dan negeri-negeri di Tanah Besar.1 Kemunculan
Asia Tenggara melalui sejarah yang cukup panjang dengan muncul kerajaan-kerajaan awal.
Asia Tenggara pernah menjadi tumpuan penjajah-penjajah kerana mempunyai sumber bumi
yang banyak dan berkedudukan strategik. Sehingga abad ke 20, berlakunya zaman
kebangkitan yang memperjuangkan kemerdekaan di negara-negara Asia Tenggara. Namun
begitu, pada awal kemerdekaan bagi negara-negara Asia Tenggara telah berlaku berbagai
konflik dan pertikaian.
Keadaan ini telah mendorong kepada pembentukan ASEAN. ASEAN adalah singkatan bagi
Association of Sotheast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui
deklarasi Bangkok di Bangkok, Thailand. Pada awal penubuhan ASEAN hanya terdiri
daripada 5 buah negara yang terdiri daripada Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan
Filipina. Hampir dua dekad kemudian, Brunei, Laos, Vietnam dan Kemboja telah menyertai
pertubuhan ASEAN. Negara-negara keanggotaan ASEAN menerajui wawasan bahawa setiap
negara di Asia Tenggara bekerjasama secara aktif ke arah keamanan, kestabilan, kemajuan
serta kesejahteraan rantau ini.
Matlamat utama penubuhan ASEAN ialah untuk melindungi kepentingan bersama
dan mewujudkan kerjasama serantau dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Melalui konsep kolektif ini, negara-negara anggota ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk
memajukan serta meningkatkan sosio-ekonomi dan memastikan kestabilan serta keamanan
serantau yang bebas daripada ancaman dan pengaruh kuasa luar. Penubuhan ASEAN juga
telah menggariskan beberapa objektif yang meliputi kerjasama dalam bidang politik,
keselamatan, sosial dan budaya.
ASEAN telah mengalami evolusi dan perkembangan dengan pelbagai dasar dan
perjanjian telah diperkenal bagi memastikan kerjasama dalam setiap negara anggota. ASEAN
juga telah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian, konflik-konflik, isuisu di antara negara-negara di Asia Tenggara . Justeru, peranan ASEAN sebagai organisasi
1 D.G.E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Hlmn. 3.
1

penting di Asia Tenggara jelas dapat dilihat melalui perjanjian-perjanjian dan dasar-dasar
kerjasama yang telah dilaksanakan.
2.0

Latar Belakang Pembentukan ASEAN

Terdapat beberapa usaha untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan serantau sebelum


penubuhan ASEAN.2 Usaha-usaha adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama serantau
selepas Perang Dunia Kedua. Pada peringkat awal kerjasama serantau lebih tertumpu kepada
usaha untuk mengekalkan kestabilan politik dan memulihkan ekonomi negara masing-masing
serta hanya melibatkan sebilangan negara sahaja. Dalam tahun 1960-an, beberapa buah
pertubuhan yang di wujudkan untuk membentuk kerjasama serantau seperti Pertubuhan Asia
Tenggara (ASA), Persekutuan Agung Melayu (MAPHILINDO) dan The Asian and Pasific
Council (ASPAC). Namun begitu, jangka hayat pakatan atau pertubuhan tersebut berakhir
dalam tempoh yang singkat disebabkan oleh beberapa masalah.
Pada 30 Julai 1961, ASA dibentuk hasil pertemuan menteri luar Tanah Melayu, Filipina dan
Thailand. Penubuhan ASA ini tercetus selepas lawatan Perdana Menteri Tanah Melayu,
Tunku Abd. Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959 sebagai tetamu Presiden Garcia.
Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan penubuhan tersebut kepada Carlos P.
Garcia, Presiden Filipina. Matlamat penubuhan ASA adalah untuk mengekalkan keamanan
dan kebebasan negara-negara di kawasan rantau Asia Tenggara, memupuk keadilan sosial,
dan meningkatkan kerjasama dan kemajuan dalam bidang ekonomi negara-negara ahli dan
juga di negara-negara lain di kawasan rantau Asia Tenggara. Bagi mengeratkan hubungan
kerjasama ini, negara-negara anggota ASA telah mengadakan program pertukaran
kebudayaan dan pendidikan. Selain dari program kebudayaan, ASA juga telah memeterai
perjanjian penerbangan di antara negara-negara anggota dan pelancaran Kereta Api Ekspres
ASA antara Bangkok dan Kuala Lumpur.
Namun Begitu, ASA ini dilihat kurang berkesan kerana terdapat beberapa masalah
politik dalam kalangan negara anggota. Filipina telah menarik diri daripada ASA sebagai
bantahan terhadap keputusan Tanah Melayu untuk memasukkan Sabah menjadi sebahagian
daripada wilayahnya yang terletak di bawah Kesultanan Sulu. Oleh sebab Sulu merupakan
sebahagian daripada Filipina, maka Sabah perlu dikembalikan kepada negara itu. Dalam satu
2 Shaun Narine. 2002. Explaining ASEAN Regionalism in Southeast Asia. United
States of America: Lynne Rienner Publisher. Hlmn. 10.
2

rundingan yang dibuat sebelum penubuhan Malaysia, iaitu antara Filipina dengan Britain,
kerajaan British telah menolak tuntutan Filipina itu. Selepas penubuhan Malaysia, Filipina
membuat tuntutan ke atas Sabah daripada kerajaan Malaysia. Sementara itu, Indonesia
enggan menyertai ASA kerana mereka menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu bentuk
penjajahan baru di Asia Tenggara. Indonesia telah mengecam dan menentang keras langkah
kerajaan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Malah, Indonesia turut menentang
secara kekerasan melalui dasar konfrontasi. Akhir ASA gagal mencapai matlamat sebenar
penubuhan dan berkubur dengan sendirinya.
Usaha untuk mewujudkan kerjasama serantau diteruskan dengan penubuhan
Maphlilindo pada 31 Julai 1963 yang telah dicadangkan oleh Presiden Macapagal dari
Filipina. Maphilindo telah dianggotai oleh Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia. Namun
begitu, Maphilindo juga menghadapi masalah yang serius akibat konflik sesama sendiri di
sebabkan oleh pembentukan Malaysia pada September 1963. Filipina telah menentang
penubuhan Malaysia dan menuntut kedaulatan ke atas Sabah yang dianggap sebahagian dari
wilayahnya. Manakala Indonesia pula melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia dengan
operasi Ganyang Malaysia untuk menggagalkan penubuhan Malaysia. Hal ini kerana
presiden

Sukarno

yang

bercita-cita

untuk

mewujudkan

Indonesia

Raya

dengan

menggabungkan semua kepulauan Melayu. Penubuhan Malaysia telah dianggap untuk


menghalang cita-citanya. Akhirnya, Maphilindo mengalami kegagalan dan usaha untuk
mewujudkan kerjasama dilihat sukar.
Peralihan kuasa politik di Indonesia dan Filipina telah membuka lembaran baru ke
arah usaha untuk mewujudkan kerjasama serantau di Asia Tenggara. Peralihan kuasa yang
berlaku di Indonesia apabila presiden Suharto mengambil alih kuasa daripada presiden
Sukarno sekali gus menamatkan konfrontasi Malaysia-Indonesia. Senario politik di Filipina
juga berubah selepas presiden Marcos mengambil alih pemerintahan Filipina dan isu tuntutan
ke atas Sabah menjadi dingin. Faktor-faktor tersebut telah mendorong kerjasama antara
negara Asia Tenggara.
Sebelum pembentukan ASEAN, sebuah pertubuhan baru iaitu The Asian and Pasific
Council (ASPAC) telah ditubuhkan pada 1966 bertujuan untuk menggalakkan kerjasama
serantau khususnya di Asia Pasifik. Keanggotaan ASPAC terdiri daripada negara Malaysia,
Filipina, Thailand, Australia, New Zealand, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan Vietnam
Selatan. Namun begitu, pertubuhan ini dikatakan tidak sesuai kerana tidak mencerminkan
3

kerjasama serantau kerana dianggotai negara-negara di luar Asia Tenggara. Selain itu,
struktur dan objektif penubuhan juga tidak begitu jelas. Di samping itu, berakhirnya perang
Vietnam dan usaha Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara komunis lain mula
memulihkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, ASPAC mula dilupakan
dan dibubarkan pada tahun 1973.3
Pada tahun 1967, menteri luar dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan
Malaysia telah mengadakan perbincangan di Bangkok selama tiga hari untuk mencari jalan
ke arah kerjasama dan pembentukan pakatan antara negara Asia Tenggara yang baru.
Akhirnya, pada 8 ogos 1967 ASEAN telah ditubuhkan. Penubuhan ASEAN diisytiharkan
melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani Oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana
Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar
Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Romas (Setiausaha Luar
Filipina).4 Deklarasi Bangkok 1967 juga ada menyebut bahawa ASEAN bertujuan untuk
memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, Teknologi dan
pentadbiran dan diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia
Tenggara.
Penubuhan ASEAN ini bertujuan menggalakkan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang
ekonomi, kemajuan sosial, keselamatan dan perkembangan kebudayaan serantau melalui
pelbagai bentuk kerjasama ke arah mencapai kemakmuran, kestabilan dan keamanan sejagat.
Deklarasi Bangkok juga telah menggariskan tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN
iaitu:
i.

Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan

ii.

pembangunan kebudayaan serantau.


Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati
dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara kawasan

iii.

serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam
bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

3 Abdul Razak Chik, Norzilah Hj.Aziz & Azizah Md. Yusof. 2010. Kerjasama
Ekonomi Asean Peralihan & Perubahan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara
Malaysia. Hlmn. 18.
4 Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Penerbit Fajar
Bakti. Hlmn. 252.
4

iv.

Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan di

v.

kalangan negara-negara anggota.


Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber yang lebih
banyak dalam industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan membuat
kajian mengenai masalah perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan
kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta bekerjasama bagi menaik

vi.

taraf hidup rakyat negara-negara anggota.


Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia

vii.

Tenggara.
Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau
serta pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai matlamat yang
sama.
Pada tahun 1984, sebuah negara lagi menyertai ASEAN. Negara tersebut ialah Brunei

Darussalam. Ini menjadikan ASEAN dianggotai oleh enam buah negara. Keadaan di Asia
Tenggara telah kembali aman. Peperangan di Indo-China sudah lama berkahir. Vietnam
diterima menjadi anggota ASEAN pada 28 Julai 1995. 5 Pada 23 Julai 1997, ASEAN
menerima lagi anggota baru iaitu Laos dan Myanmar. Kemudian, pada 30 April 1999
kemboja akhirnya menyertai ASEAN. ASEAN berperanan penting dalam memastikan
kerjasama dalam segala aspek di kalangan negara Asia Tenggara. Pelbagai bentuk kerjasama
yang telah dibuat oleh ASEAN seperti ZOFFAN iaitu Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dan
Deklarasi ASEAN. ASEAN juga turut mengadakan dialog dengan negara luar seperti Jepun,
Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, New Zealand dan Australia dalam usaha
meningkatkan aktiviti perdagangan.
3.0ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)
3.1

Latar Belakang

Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau lebih dikenali sebagai Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali telah ditandatangani oleh Menteri-menteri Luar ASEAN
melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 6 yang diadakan di Kuala Lumpur.
5 Muhammad Harun. 2010. Siri Negara-negara ASEAN. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. Hlmn. 6.
6 M. Rajendran. 1986. Hubungan Luar Asean. Kuala Lumpur: arenabuku Sdn.
Bhd. Hlmn. 33.
5

Konsep ZOPFAN ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara termasuklah Indonesia,
Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dan ia bermula hasil cadangan Tun Abdul Razak
bin Hussein.
Negara-negara anggota ASEAN telah menyatakan bahawa mereka berazam bersungguhsungguh untuk menjalankan usaha-usaha yang perlu bagi memastikan pengiktirafan dan
penghormatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon Kemanan, Kebebasan dan
Berkecuali serta bebas daripada apa jua bentuk campur tangan dari kuasa-kuasa luar 7. Konsep
ZOPFAN telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN dan sebagai asas
kepada semangat keserantauan dalam kalangan negara anggota.
Jawatankuasa ASEAN telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam
ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identiti kebangsaan dapat diwujudkan dan
dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras
dengan prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bebas daripada campur tangan
kuasa-kuasa luar.
Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian dalam
kalangan negara anggota. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik,
ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa-kuasa luar. Manakala,
Bebas bermaksud kebebasan sesebuah negara daripada kawalan atau campur tangan negaranegara lain semasa menguruskan hal ehwal dalaman atau luaran negara. Ini bermakna negaranegara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri
demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.
Konsep Berkecuali ini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi
memastikan pengiktirafan dan penghormatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon
keamanan, kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa jua bentuk campur tangan kuasakuasa luar. Oleh itu, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN pada Julai 1972
telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.
3.2

Faktor Penubuhan ZOPFAN

7 Murugesu Pathmanathan. 1985. Isu-isu Hal Ehwal Antarabangsa. Selangor:


Pelanduk Publications (M) Sdn.Bhd. Hlmn. 20.
6

Terdapat beberapa peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah
mendorong timbulnya konsep ZOPFAN. Pertamanya ialah kedudukan Asia Tenggara yang
agak strategik kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat,
pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia
Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah
menimbulkan kecurigaan dalam kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia
mungkin menjejaskan kestabilan serantau.
Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah meyakinkan ASEAN bahawa
campur tangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara kecil
Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala, faktor yang ketiga yang
membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah regionalisme yang telah menghasilkan pertubuhan
kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai
tujuan ZOPFAN. Hal ini demikian kerana, Asia Tenggara telah menjadi suatu kawasan yang
penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campur tangan kuasa-kuasa
besar dalam hal ehwal negara.
Bagi merealisasikan ZOPFAN ini, maka negara-negara Asia Tenggara telah
menggariskan beberapa tujuan dan matlamat baru yang perlu dicapai. Antaranya ialah untuk
mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini
mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana
kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campur tangan dalam hal ehwal
politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti Rusia, China dan Amerika Syarikat. Selaras
dengan konsep ini, setiap negara di rantau Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasub
negaranya sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar ini.
Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara
berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini
dengan kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Bagi ASEAN usaha ini sangat
penting kerana sejak beratus tahun lalu, rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasakuasa luar.
Tujuan yang ktiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini
berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan
hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak meggunakan
sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan
7

berpeluang untuk mencari alasan supaya campur tangan dalam hal ehwal rantau Asia
Tenggara. Hal ini demikian kerana, keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk
kemerdekaan serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Oleh itu, bagi
menjayakan matlamat ini, kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam
meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat.
Manakala tujuan yang terakhir ialah untuk elakkan ancaman komunis melalui isu
pelarian Vietnam dan seterusnya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Hal ini bagi
memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh kepada kuasa komunis yang
diketuai oleh China dan Rusia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas
mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira fahaman ataupun
ideologi politik supaya kemanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara akan terus
terjamin.
3.3

Pelaksanaan ZOPFAN

Dari sudut pelaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan
segala tujuan dan matlamat ZOPFAN tercapai. Antaranya ialah mewujudkan dasar tidak
campur tangan. Hal ini sekaligus memberi hak kepada setiap negara untuk mewujudkan cara
hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campur tangan luar dan tidak akan mencampuri urusan
bagi negara lain. Antara lain menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu
tidak menggunakan ancaman atau ugutan, kekerasan tetapi bekerjasama secara berkesan
antara negara-negara anggota. Hal ini dapat dilihat bagaimana pertikaian mengenai isu
sempadan, isu gerakan pemisah dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa
memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata sebagai jalan penyelesaian.
Melalui ZOPFAN juga, negara-negara anggota ASEAN berjaya menghalang
merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan
begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan
luaran, akhirnya ASEAN berjaya juga menjinakkan Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf
ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.
Di samping pelbagai kejayaan yang mampu dicapai, ZOPFAN juga mengundang
masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara
anggotanya. Dasar berkecuali agar kuasa-kuasa besar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina misalnya masih
8

mengekalkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu
mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tenteratentera tersebut akan mengancam keselamatan mereka. Di samping itu, ia juga akan
mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendapatan
pekerja-pekerja tempatan di pangkalan tersebut. Tambahan lagi, Indonesia juga mengambil
sikap tunggu dan lihat, manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah
keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan.
Kerjasama dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN yang diharapkan terutama ke arah
tindakan yang kolektif ternyata bukanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk
meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionalisme sesebuah negara itu.
Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN
ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali.
4.0

Konflik Negara-negara ASEAN

4.1

Pulau Batu Puteh: Isu Pertikaian Hak Kedaulatan antara Malaysia dengan
Singapura

Pada bulan Disember 1979, Malaysia telah membentangkan peta wilayah negara (peta yang
menunjukkan secara spesifik sempadan perairan wilayah dan pelantar benua Malaysia) yang
memasukkan Pulau Batu Puteh, Pulau Batuan Tengah dan Pulau Tubir Selatan ke dalam
wilayah Malaysia. Isu pemetaan Malaysia menyebabkan bermulanya pertikaian hak
kedaulatan pulau-pulau tersebut di antara Malaysia dan Singapura. Pembahagian sempadan
maritim itu membolehkan Malaysia menguatkuasakan undang-undang dan peraturanperaturannya di dalam penggunaan laut dan mengeksploitasi sumber-sumber galian di dalam
perairan wilayahnya8.
Malaysia melakukan pemetaan dengan memasukkan Pulau Batu Puteh ke dalam wilayahnya
kerana Kesultanan Johor tidak pernah menyerahkan pulau tersebut kepada British pada tahun
18249. Singapura mendakwa bahawa mereka telah mentadbir Pulau Batu Puteh dan
8 Wan Siti Adibah bt Wan Dahlan. 2008. Isu Pertikaian Hak Kedaulatan antara
Malaysia dengan Singapura. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (Malaysian
Journal of Law and Society) (12). Hlmn. 92-100
9 Ibid
9

menguruskan Rumah Api Horsburgh sejak 1851, iaitu setelah Singapura diperintah oleh
British berikutan Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Pertikaian hak kedaulatan
pulau-pulau tersebut telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague, Belanda
melalui Perjanjian Khas yang telah ditandatangani pada 9 Februari 2003.
Pemerolehan hak kedaulatan Pulau Batu Puteh menjadi pertikaian antara Malaysia dan
Singapura. Pulau tersebut dinamakan sebagai Pulau Batu Puteh oleh Malaysia manakala
pulau itu dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura. Meskipun begitu keduanya
mempunyai maksud yang sama iaitu batu putih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Portugis.
Pulau Batu Puteh mempunyai keluasan 2000 meter persegi dan terletak di pertemuan Selat
Johor dan Laut China Selatan. Pulau Batu Puteh terdiri daripada batu dan tidak mempunyai
tumbuhan dan kehidupan di atasnya. Pulau tersebut menempatkan Rumah Api Horsburgh
untuk memudahkan laluan kapal melalui perairan tersebut dengan selamat. Pulau Batu Puteh
terletak kira-kira 7.7 batu nautika dari Tanjung Penyusop, Johor dan kira-kira 25 batu nautika
dari sempadan Singapura.

Rajah 1.0: Kedudukan Pulau Batu Puteh

4.1.1

Hujah-hujah yang dikemukakan di Mahkamah Antarabangsa


Isu berkaitan pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Puteh semasa berlakunya

perbicaraan di mahkamah ialah pertamanya, Singapura mendakwa Pulau Batu Putih terra

10

nullius atau tidak bertuan pada tahun 184710. Namun begitu, Malaysia menyangkal hujah
Singapura dan mengatakan bahawa Pulau Batu Puteh ialah pulau yang mempunyai tuan dan
pemiliknya ialah Kesultanan Johor. Keduanya, Singapura mendakwa bahawa pada tahun
1847 hingga 1851, Britain mempunyai hak pemilikan ke atas Pulau Batu Puteh tanpa perlu
mendapat persetujuan dan kebenaran Sultan tempatan. Sekali lagi hujah Singapura itu
disangkal oleh Malaysia dengan mengatakan bahawa Sultan dan Temenggong Johor memberi
kebenaran kepada British melalui surat bertarikh 1844 kepada Gabenor Butterworth untuk
membina dan mentadbir rumah api di pulau tersebut11. Pada hujah ketiga Singapura
mendakwa pemangku setiausaha kerajaan Johor telah menulis surat rasmi kepada Singapura
bahawa Johor tidak menuntut hak milik pulau tersebut. Namun begitu, Malaysia berhujah
bahawasanya tindak tanduk pegawai kerajaan itu dari segi undang-undang antarabangsa tidak
meninggalkan kesan, kuasa dan kepentingan dalam kes ini.
4.1.2Peranan ASEAN dalam menyelesaikan pertikaian Pulau Batu Puteh
Pertubuhan ini mempunyai cara yang tersendiri dalam menyelesaikan isu dan pertikaian yang
berlaku dalam kalangan negara anggota iaitu dengan mengikut prinsip-prinsip yang
termaktub di dalam perlembagaannya. prinsip tersebut adalah tidak campur tangan dalam
urusan dalaman dan luaran negara ahli yang lain. Self-Restraint dan amalan Musyawarah
(Consensus) menjadi satu budaya ASEAN.
Dalam pertikaian antara Singapura dan Malaysia, pihak yang terlibat bersetuju untuk
mencari penyelesaian secara perundangan. Ini adalah selaras dengan Deklarasi ASEAN yang
ditandatangani pada Julai 1992. Deklarasi ini antara lain meminta semua pihak yang terlibat
untuk menyelesaikan pertikain di antara negara biarlah secara aman dan melalui
perundangan. Tindakan ini selaras dengan prinsip-prinsipyang termaktub dalam Treaty of
Amity and Cooperation in Southeast Asia sebagai satu kod perlakuan antarabangsa yang
melingkungi wilayah ASEAN.

10 Khairul Bahri Basaruddin. 2007. Hujah dakwa Batu Puteh tak bertuan 'longgar'. Berita
Harian. 22November: 8.

11 Wan Siti Adibah bt Wan Dahlan. 2008. Isu Pertikaian Hak Kedaulatan antara
Malaysia dengan Singapura. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (Malaysian
Journal of Law and Society) (12). Hlmn. 92-100
11

Setelah kes pertikaian ini berlangsung selama 28 tahun, pada 23 Mei 2008 pihak
Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah hak
milik Singapura.
4.2

Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Pengumuman Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah


Melayu di Kelab Wartawan di Singapura pada 27 Mei 1961 mengenai
cadangan pembentukan gagasan Malaysia yang mengandungi Tanah
Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara menjadi isu dan
bangkangan waris Sultan Sulu dan Republik Filipina.12 Senator Macapagal
yang pernah terlibat dalam rundingan untuk mendapatkan kembali
gugusan kepulauan penyu pada tahun 1946-47, juga bertanggungjawab
mengemukakan Resolusi 1950 telah menjadikan isu Borneo Utara sebagai
bahan kempen pilihan raya presidennya. Dalam kempen-kempennya,
Macapagal berjanji akan berusaha menuntut Borneo Utara daripada
British. Pilihan raya tersebut telah memberi kemenangan kepadanya.
Terikat

dengan

janji-janjinya,

Macapagal

mengemukakan

tuntutan

mengenai Borneo Utara untuk memenuhi janji politiknya.13


Pada asasnya, tuntutan Filipina terhadap Borneo Utara ialah tentang
kedaulatan, bidang kuasa dan hak milik sebagai waris Sultan Sulu
terhadap seluruh wilayah tanah jajahan British dahulu iaitu Borneo Utara,
kini dinamakan Sabah yang merupakan salah sebuah negeri yang
menganggotai Persekutuan Malaysia.14 Asal-usul tuntutan ini berpunca
daripada perjanjian yang dimeterai antara Sultan Jamal ul-Azam, Sultan
Sulu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent pada 22 Januari 1878
12 Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn. 63.
13 Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn. 63.
14 Mohd Ariff Dato Haji Othman. 1988. Tuntutan Filipina Terhadap Sabah
Implikasi dari segi Sejarah, Undang-undang dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 2.
12

berhubung dengan wilayah Borneo Utara. Mengikut perjanjian tersebut,


wilayah berkenaan telah diserahkan atau dipajakkan untuk selamalamanya dengan bayaran tahunan sebanyak $5000. 15 Pada tahun 1881,
Kompeni Berpiagam British Borneo Utara telah mengambil alih konsesi
tersebut

dan

mula

mentadbirnya

serta

juga

mengambil

alih

tanggungjawab untuk membayar bayaran tahunan kepada Sultan Sulu


dan warisnya yang sah. Penyusunan pentadbiran ini tidak terjejas,
walaupun

kemudiannya

wilayah

Borneo

Utara

diletak

di

bawah

perlindungan British pada tahun 1888.


Selepas

tamatnya

Perang

Dunia

Kedua,

Borneo

Utara

telah

diletakkan di bawah pentadbiran Tentera British atau British Military


Administration (BMA). Pada ketika itu, rundingan telah diadakan antara
Kompeni Borneo Utara dengan kerajaan British berhubung dengan Borneo
Utara.

Berikutan

rundingan

itu,

kerajaan

British

bersetuju

untuk

mengambil alih Borneo Utara. Pada 26 Jun 1946, perjanjian antara


Kompeni Berpiagam British Borneo Utara dengan Kerajaan British untuk
memindahkan hak kedaulatan dan aset Borneo daripada Kompeni itu
kepada kerajaan British telah dimeterai. Dengan perjanjian ini, Kompeni
Berpiagam British Borneo Utara telah memindah dan menyerahkan
kepentingannya kepada kerajaan British termasuk kuasa dan haknya ke
atas wilayah dan tanah Borneo Utara dengan syarat-syarat tertentu.
Sebagai balasannya, kerajaan British membayar kepada Kompeni itu
sebanyak 9 juta sebagai pampasan. Sejak tarikh itu, Borneo Utara telah
menjadi

sebahagian

daripada

koloni

British.

Perjanjian

untuk

memindahkan hak kedaulatan Borneo Utara telah diikuti pula dengan


Perintah

Penyerahan

Majlis

Mesyuarat

pada

10

Julai

1946

yang

memperuntukkan antara lain, bahawa 15 Julai 1946 Borneo Utara


hendaklah menjadi sebahagian daripada taklukan British. Mengenai soal
tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Borneo Utara ini, Pejabat Luar Negara
British

menjelaskan

bahawa

mereka

tidak

mempunyai

hak

untuk

menuntut Borneo Utara berdasarkan Protokol 1885 yang dimeterai di


15 Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn. 11.
13

Madrid. Mengikut protokol ini, Sepanyol menggugurkan tuntutannya ke


atas Borneo Utara.
Menyedari pembentukan gagasan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas
Sabah menjadi satu soal yang berkaitan dengan Konfrontasi Indonesia ke
atas Malaysia pula. Pada 29 Januari 1963, Presiden Macapagal dengan
rasmi

mengumumkan

penentangan

negaranya

terhadap

Malaysia

berdasarkan salah satu alasannya bahawa Malaysia tidak dapat diterima


oleh Indonesia. Dalam bulan Ogos 1962 apabila Filipina menyedari
pembentukan Malaysia akan dilaksanakan sama ada dengan restu
Indonesia dan Filipina atau sebaliknya, pihak Filipina telah mengemukakan
tuntutannya agar Sabah dipulangkan kepada Filipina atas alasan bahawa
Kesultanan Sulu pernah berdaulat di Sabah. Filipina berbuat demikian
kerana bimbang sebaik sahaja Sabah menjadi sebahagian dari Malaysia,
pihaknya akan kehilangan peluang untuk mendapatkan semula wilayah
itu. Filipina berhujah bahawa Sultan Sulu telah memajakkan Sabah kepada
Syarikat British, Chartered Company dalam tahun 1878 dan bukannya
menyerahkan wilayah itu kepada syarikat tersebut. 16 Oleh sebab itu, pihak
pentadbiran Macapagal telah mengemukakan tuntutan rasmi bahawa
Great Britain hendaklah menyerahkan semula Sabah kepada Filipina
namun ditolak dengan tegas oleh British. Kesultanan Sulu tidak pernah
wujud lagi selepas Sultan Sulu yang terakhir mangkat dalam tahun 1936.
Tambahan lagi, Sepanyol dan Amerika Syarikat yang pernah memerintah
Filipina dahulu, telah mengakui kekuasaan dan kedaulatan British ke atas
Sabah.
Kedua-dua Indonesia dan Filipina iri hati terhadap Tanah Melayu
kerana

Tanah

Melayu

merupakan

sebuah

negara

yang

makmur

ekonominya serta stabil politiknya. Satu sahaja perbezaan antara


permusuhan Indonesia dan Filipina ke atas Malaysia iaitu Macapagal
memperjuangkan tuntutannya ke atas Sabah secara damai manakala
penentangan Sukarno jelas mengambil bentuk berupa pencerobohan.
16 Dato Abdullah Ahmad. 1987. Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia
1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Hlmn. 81.
14

Filipina mengambil jalan damai kerana Britain ialah sebuah kuasa besar di
samping menjadi sahabatnya dalam SEATO serta Tanah Melayu pula
adalah anggota perkongsiannya dalam ASA sedangkan pertubuhan itu
ialah satu-satunya pertubuhan yang penting untuk memperlihatkan
dasarnya hendak kembali kepada akarnya sebagai satu bangsa Asia.
Filipina berhujah kononnya ia tidak menentang asas gagasan Malaysia
tetapi semata-mata berhasrat hendak menyelesaikan tuntutannya ke atas
Malaysia

sebelum

Malaysia

dibentuk

secara

rasmi

dengan

menggabungkan Sabah. Macapagal juga menganjurkan supaya dibentuk


satu konfederasi negara-negara rumpun Melayu yang kelak mengatasi
Malaysia, melakukan segala sesuatu yang kelak dibuat oleh Malaysia
menurut apa yang telah dirancangkan, malah konfederasi itu akan
melakukan segala sesuatu secara yang lebih baik lagi kerana konfederasi
adalah lebih besar memandangkan gagasannya itu merupakan satu
gagasan bangsa Asia sedangkan Malaysia adalah gagasan British.17
Pada tahun 1963, tuntutan Filipina ke atas Sabah bertukar menjadi
isu

yang

kian

berat

selain

perkembangan-perkembangan

daripada
ini

Konfrontasi

membawa

Indonesia

kepada

dan

Persidangan

Mapilindo di Manila. Dalam masa tersebut, Filipina berusaha memainkan


dua peranan sekaligus. Peranan pertama ialah sebagai negara yang
terbabit dalam sengketa dengan Malaysia dan peranan kedua ialah
sebagai pihak yang ingin menjadi orang tengah untuk mendamaikan
Indonesia dan Malaysia. Timbul persoalan mengapakah Macapagal,
seorang anti-komunis memilih seorang sahabat seperti Sukarno yang prokomunis sedangkan Macapagal juga menyedari bahawa pada ketika itu
Indonesia kuat di bawah pengaruh. Antara dua sebab terpenting ialah
hasrat Macapagal yang kuat hendak bersahabat dengan sebuah negara
jiran yang gagah dan berfahaman nasionalis bercorak

ultra atau

melampau dan sebaliknya pula Filipina merasa bimbang terhadap


Indonesia. Umpamanya, jika dikaji asal usul tuntutan Filipina ke atas
Sabah, didapati bahawa tuntutan asal Filipina ke atas Sabah termasuk
17 Dato Abdullah Ahmad. 1987. Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia
1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Hlmn. 81.
15

beberapa bahagian Borneo yang dikuasai oleh Indonesia. 18 Filipina telah


menggugurkan tuntutannya ke atas wilayah-wilayah Indonesia jelas
kerana hendak menunjukkan sikap politiknya yang memihak kepada
Indonesia. Sebab kedua ialah kerana Filipina ingin membuktikan bahawa
pihaknya bukanlah boneka Amerika Syarikat serta harapannya bahawa
perhubungan yang lebih erat akan mewujudkan rasa saling hormat yang
lebih kuat untuk mendapatkan sokongan yang berterusan daripada
Indonesia mengenai tuntutannya ke atas Sabah.
Indonesia

pula

menyambut

penubuhan

Malaysia

dengan

mengumumkan pemboikotan ekonomi dan perdagangan dengan Malaysia.


Tentangan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah kerana Indonesia
berhasrat untuk menguasai wilayah di Borneo, tetapi lebih merupakan
tindak balas Indonesia terhadap sikap Tunku Abdul Rahman yang antiIndonesia.19

Pada

Kebangsaan

Indonesia

21

September

1963,

mengumumkan

Badan

Eksekutif

pembentukan

Barisan

Barisan

Aksi

Mengganyang Malaysia di bawah pimpinan Sudibjo. 20 Kumpulan separa


tentera juga telah ditubuhkan. Pada 25 September hubungan telagrafik
dan kabel Indonesia dengan Malaysia telah diputuskan. Perbalahan antara
Malaysia dengan Indonesia telah mewujudkan ketegangan di rantau Asia
Tenggara. Pendaratan tentera Indonesia di Semenanjung Tanah Melayu
pada bulan Oktober 1964 memaksa kerajaan Malaysia mengadu dan
mengemukakan bantahan kepada Majlis Keselamatan PBB. Menteri
Keselamatan Dalam Negeri Dato Dr.

Ismail Abdul Rahman telah

membentang aduan dan bantahan Malaysia di Majlis Keselamatan pada


awal September 1964. Akibatnya satu resolusi yang dikenali sebagai
Resolusi Norway telah didraf tetapi malangnya telah dibatalkan oleh undi
veto pihak USSR yang memihak kepada Indonesia. Ketika konfrontasi
18 Ibid
19 Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn. 101.
20 Ibid. Hlmn. 123.
16

Malaysia-Indonesia sedang memuncak, terdapat usaha-usaha oleh peace


feelers pihak-pihak tertentu dalam pemerintahan Indonesia untuk cuba
merisik kemungkinan konfrontasi antara kedua-dua buah negara itu dapat
diselesaikan. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini tidak menghasilkan
sebarang natijah justeru tindakan Indonesia yang meneruskan juga
pencerobohan ke atas wilayah Malaysia.21
Selepas

sidang

Kemuncak

Manila,

Filipina

terus

mendesak

tuntutannya bahkan selepas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu


selesai menjalankan peninjauannya bahawa rakyat Borneo Utara telah
menyertai Persekutuan baru itu atas kerelaan dan persetujuan mereka
sendiri. Menjelang Januari 1964, Sukarno dan Macapagal gagal mencapai
kemajuan menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan Malaysia.
Malah konfrontasi Sukarno yang militan itu tidak pun menakutkan
Malaysia. Sebenarnya jika dilteliti, setiap pihak akan terus menekankan
bahawa masing-masing mempunyai hak terhadap wilayah Sabah itu. Jika
keadaan ini berterusan, hal ini akan menjadi punca bahaya. Perselisihan
pihak yang berkenaan yang pada masa sekarang mungkin terhad kepada
dialog.

Jika

tidak

diselesaikan

akan

meningkat

kepada

tindakan

ketenteraan. Hal ini sepatutnya dielakkan sekiranya keamanan dan


keharmonian hendak dikekalkan di rantau Asia Tenggara ini sekaligus
seiring dengan matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri. Barangkali untuk
menjawab kepada persengketaan ini, pihak yang terlibat harus melihat
kembali kepada perenggan 13 Persetujuan Manila yang mungkin tidak
jelas ketika perdebatan mengenai isu ini sedang hangat diperkatakan.
Perenggan itu menyatakan,
berdasarkan pertalian sejarah yang rapat di antara rakyat
Filipina dengan rakyat Borneo Utara dan dekatnya kedudukan
geografi, Menteru bersetuju bahawa sekiranya Borneo Utara
memasuki Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu
kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina hendaklah memelihara
dan menggalakkan keharmonian dan hubungan persahabatan
21 Ibid. Hlmn. 128.
17

yang sedia ada di rantau mereka untuk


keselamatan dan kestabilan kawasan itu.22

memastikan

Keadaan ini memerlukan Filipina menggugurkan tuntutannya ke atas


Sabah dan menumpukan segala usahanya untuk bekerjasama dengan
Malaysia dalam konteks ASA dan ASEAN.

4.3

Konflik Malaysia-Indonesia ke atas Pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan terletak bersempadan antara Indonesia dan Malaysia.
Sebuah pulau lautan yang berhampiran dengan Semporna, Sabah. Pulau tersebut merupakan
satu-satunya pulau samudera yang terdiri daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter
dari dasar laut. Pulau Sipadan terletak di garis lintang 4 06 39 Utara dan garis bujur 118 37
56 Timur. Keluasan pulau dianggarkan seluas 7.68 ekar sahaja. Ligitan pula terletak di garis
lintang 04 09 48 Utara dan garis bujur 118 53 04 Timur. Pulau ini berdekatan dengan
penghujung gugusan batu karam yang dikenali sebagai Gugusan Ligitan.

Rajah 2.0: Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan


Perebutan pulau ini berdasarkan beberapa faktor iaitu sumber asli yang terdapat di pulau
tersebut. Sumber gas asli dan petroleum yang digelar emas hitam tertanam di dasar blok
22 Mohd Ariff Dato Haji Othman. 1988. Tuntutan Filipina Terhadap Sabah
Implikasi dari segi Sejarah, Undang-undang dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 133.
18

minyak dianggarkan 40 million dollar US blok minyak. Kawasan tersebut

berpotensi

menghasilkan 764 juta tong dan 1.4 trillion kaki gas per kubik. Kekayaan di ND6 dikenali
juga sebagai Ambalat Timur dijangkakan mencecah 62 juta tong minyak dan 348 kaki kubik
gas. Selain itu, tempat tersebut juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan.
Pulau tersebut kaya dengan sumber laut seperti ikan, udang, ketam dan batu karang dan
mampu menjadi pusat pembiakkan ikan dan sumber laut yang lain. Pengutipan telur penyu
sejak 1941 oleh kerajaan Great Britain Borneo Utara dan menjadi sumber pendapatan.
Pada 1969, isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan
Indonesia menjadi kontroversi. Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut
Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut. Namun, Malaysia telah menolak
dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa pulau tersebut sememangnya hak milik
Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui perjanjian antara Amerika dengan Britain pada 1930
yang memberi hak pemilikan pulau tersebut kepada Borneo Utara. Antara pulau milik Borneo
Utara ialah Pulau Buaning, Pulau Lankayan, Pualau Mantabun, Pulau Mataking dan Pulau
Sipadang dan Pulau Lingitan. Perjanjian itu telah diisytiharkan dan diwartakan. Pada 1933
kerajaan Borneo Utara telah mengisytiharkan Pulau Sipadan sebagai kawasan perlindungan
burung di bawah Ordinan Tanah Borneo Utara, 1930.23
Kemudian, pada 21 Disember 1979, konflik Sipadan dan Ligitan dikatakan terungkit
semula apabila Indonesia menyatakan bahawa Malaysia dalam pemetaan yang dibuat.
Malaysia telah mencantumkan kedua-dua buah pulau tersebut dalam wilayahnya 24. Berikutan
daripada konflik tersebut, satu pertemuan peringkat kemimpinan tertinggi antara kedua
negara telah diadakan iaitu melibatkan Presiden Soeharto dan Dato Hussein Onn pada 26
Mac 1980 di Kuantan. Hal ini bertujuan untuk menyelesaikan konflik persempadanan yang
berlaku. Walau bagaimanapun penyelesaian masalah melalui rundingan ini menghadapi jalan
buntu dan gagal.
Perundingan antara Indonesia dan Malaysia banyak dilakukan. Rundingan tersebut
bertujuan untuk mencapai jalan penyelesaian antara dua buah negara tanpa berlaku ancaman
23 Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Isu Sempadan
dan Kedaulatan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn. 88.
24 Popi Tuhulele. 2011. Pengaruh Keputusan Mahkamah Internasional Dalam Sengketa
Pulau Sipadan Dan Ligitan Terhadap Penetapan Garis Pangkal Kepulauan Indonesia.
Jurnal Sasi 17(2).

19

dan permusuhan secara berterang-terangan. Hal ini bersesuaian dengan dengan Piagam Asean
iaitu juka terdapat masalah atau perselisihan faham melalui negara anggota perlu diselesaikan
dengan cara aman dan diplomasi. Jika tidak mampu diselesaikan perlu di bawa kepada
Dewan Tinggi Asean atau High Council. Kemudian jika masalah tersebut masih tidak dapat
diselesaikan perlu dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Indonesia mahu
perkara tersebut diselesaikan di Dewan Tinggi Asean, namun Malaysia menolak kerana mahu
konflik ini diselesaikan oleh Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa di Belanda. Dalam rundingan yang sering mereka lakukan, Dato Seri Dr
Mahathir Mohammad telah mengusulkan cadangan tersebut namun Indonesia telah menolak.
Pada 7 Oktober 1996, Presiden Soeharto telah bersetuju untuk menyelesaikan
masalah ini di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Kata sepakat telah dibuat. Kedua negara
telah membuat perjanjian Final and Binding pada tanggal 31 Mei 1997. Perjanjian telah
ditandatangani bagi menunjukkan persetujuan bahawa konflik persempadanan akan
diselesaikan di Mahkamah Antara Bangsa. Pada 1998, konflik ini telah bawa kepada
Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi mengadili negara mana yang berhak keatas pulau
tersebut.
Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-masing
mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa, The Hague Belanda. Masing-masing telah membawa bukti yang kukuh untuk
mempertahankan hak wilayah dan kedaulatan bagi menentukan sama ada kedua-dua pulu
tersebut milik Malaysia atau Indonesia. Kemudian, keputusan yang dikeluarkan pada 17
Disember 2002 telah memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan kepada Malaysia25. Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan
keputusan 16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Terdapat 17 orang hakim yang mengadili pertikaian ini, 15 hakim tetap daripada PBB
sementara satu hakim pilihan Malaysia dan satu hakim lagi merupakan pilihan Indonesia.
Keputusan yang dibuat oleh PBB merupakan satu keputusan yang tepat. Hal ini kerana, Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan sememangnya hak Malaysia semasa penjajah orang putih lagi
kerana penyerahan pulau tersebut kepada Borneo Utara pada tahun 1930.

25 Irma D. Rismayati. Pulau Miangas : Perlukah Kekhawatiran Itu ?. Opinio Juris, 1(10).

20

4.4Konflik Persempadan Thailand dengan Kemboja (Kuil Preah Vihear)


Konflik ini terjadi ekoran perebutan sebuah kuil yang dibina di kawasan sempadan Thailand
dengan Kemboja. Kuil ini dibina di kawasan Pergunungan Dangrek di Wilayah Preah Vihear
bersempadan dengan Wilayah Sisaket, Thailand. Kuil ini telah dibina oleh masyarakat suku
asli Khmer yang terdiri daripada golongan pendeta. Kebanyakan golongan ini menjadikan
Gunung Dangrek sebagai tempat mereka untuk bertapa dan gua-gua yang terdapat di sekitar
Gunung Dangrek ini telah dijadikan tempat kediaman mereka sehingga kawasan tersebut
menjadi kawasan perkampungan kecil. Selain itu, bagi memudahkan aktiviti keagamaan
dijalankan, golongan suku asli Khmer ini telah bekerjasama membina kuil ini, iaitu lebih
dikenali sebagai Kuil Preah Vihear.
Kuil Preah Vihear ini merupakan sebuah kuil yang terbesar dibina oleh suku kaum ini
pada abad ke-9. Melalui pembinaan kuil ini, sebahagian masyarakat Khmer atau Kemboja
yang beragama Buddha datang menziarahi kuil ini. Selain itu, kuil ini juga turut didatangi
oleh masyarakat Thailand yang beragama Hindu, iaitu yang tinggal berhampiran dengan kuil
tersebut. Selain dijadikan sebagai tempat keagamaan, kuil ini juga turut dijadikan sebagai
tempat menjalankan aktiviti kebudayaan, khususnya dalam aktiviti perkahwinan. Hal yang
demikian menunjukkan bahawa Kuil Preah Vihear ini mempunyai kepentingan bagi keduadua buah negara. Melalui kepentingan tersebut, sempadan ini telah menjadi rebutan dan
membawa kepada konflik yang lebih serius di antara kedua-dua buah negara.
4.4.1

Konflik Thailand dan Kemboja

Sebenarnya, isu persempadanan Thailand dengan Kemboja telah lama berlaku, iaitu sewaktu
Kemboja masih lagi berada di bawah pemerintahan Perancis dan Thailand masih disebut
sebagai Kerajaan Siam. Semasa pihak Perancis menduduki Kemboja, pihak Perancis dengan
Kerajaan Siam telah membuat persepakatan melalui Perjanjian Perancis-Siam pada 13
Februari 1904 yang berkaitan dengan persempadanan Thailand dengan Kemboja. Namun
begitu, melalui perjanjian ini, hak pemilikan sempadan Kuil Preah Vihear tidak dinyatakan
dengan jelas dan terperinci sama ada ianya dimiliki oleh pihak Kemboja atau Kerajaan Siam.
Isu ini timbul semula apabila pihak Kemboja menyuarakan mengenai hak persempadanan di
kawasan tersebut selepas kerajaan Kemboja membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.
21

4.4.2

Hak Pemilikan Kuil Preah Vihear

Pada tahun 1953, hak pemilikan sempadan Kuil Preah Vihear telah dibawa ke Mahkamah
Keadilan

Antarabangsa

oleh

kerajaan

Kemboja

sejurus

kerajaan

ini

mencapai

kemerdekaannya. Namun begitu, isu ini hanya difailkan secara rasmi oleh Kemboja pada 2
Februari 1962. Mahkamah Keadilan Antarabangsa merupakan sebuah mahkamah yang
berada di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Namun begitu, Mahkamah
Keadilan Antarabangsa ini hanya ditubuhkan pada Jun 1962. Melalui isu pemilikan
sempadanan ini, pihak mahkamah telah memulakan proses pengadilan dengan mendengar
terlebih dahulu pandangan dan keterangan daripada wakil kedua-dua buah negara pada Mac
1962. Melalui proses ini, kedua-dua wakil telah diberi peluang untuk mengemukakan buktibukti yang menunjukkan hak pemilikan kuil tersebut. Melalui wakil Thailand, mereka
menyatakan bahawa hak pemilikan sempadan kuil Preah Vihear memang berada dibawah
kedaulatan negara Thailand melalui peta yang dibuat oleh pihak Perancis dengan Kerajaan
Siam pada tahun 1904.26 Selain itu, wakil Kemboja juga turut menjadikan peta sebagai bahan
bukti yang menunjukkan bahawa sempadan Kuil Preah Vihear berada di bawah kedaulatan
mereka. Hal yang demikian dapat dilihat apabila Kemboja menyatakan bahawa Kuil Preah
Vihear berada di bawah kerajaan mereka melalui persetujuan daripada pihak Perancis,
Kemboja dan Kerajaan Siam melalui peta yang dibuat pada tahun 1907.
Selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendengar pendapat dan penerangan melalui
kedua-dua belah pihak akhirnya keputusan telah dikeluarkan secara rasmi pada Jun 1962.
Melalui keputusan tersebut, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan
bahawa Kuil Preah Vihear berada di bawah kedaulatan negara Kemboja. Melalui keputusan
tersebut, pihak mahkamah juga telah meminta kerajaan Thailand menarik kembali tenteratenteranya yang dihantar ke kawasan Kuil Preah Vihear dan memulangkan kembali prasasti
dan arca yang pernah

diambil oleh Kerajaan Siam kepada kerajaan Kemboja untuk

diletakkan kembali di kuil. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pihak mahkamah


meletakkan Kuil Preah Vihear di bawah kerajaan Kemboja ialah Kuil Preah Vihear
merupakan kuil yang dibina oleh suku asli Khmer yang merupakan masyarakat Kemboja dan
26 Rudolf Volman. 2014. Strategi Kamboja Dalam Penyelesaian Konflik Kuil Preah
Vihear Pasca Bentrokan Bersenjata Dengan Militer Thailand Tahun 2011. eJournal
Ilmu Hubungan Internasional, 2 (1).
22

melalui peta yang dibuat pada tahun 1907, iaitu persetujuan yang dibuat oleh pihak Perancis,
Kerajaan Siam dan Kemboja. Kerajaan Thailand menerima keputusan tersebut dengan baik
kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah muktamad dan
bukti yang diutarakan oleh pihak Thailand tidak mampu mengatasi pihak lawan.
Isu hak persempadanan antara Kemboja dengan Thailand tidak berakhir di sini sahaja.
Konflik persempadanan ini menjadi semakin kronik apabila Menteri Kehakiman Thailand,
iaitu Pirapan Saliratavibhaga menyatakan bahawa pihak Thailand akan menuntut kembali
sempadan kuil tersebut pada tahun 2009. Melalui isu yang ditimbulkan oleh Pirapan ini,
konflik antara Kemboja dengan Thailand kembali menjadi tegang. Hal yang demikian dapat
dilihat apabila masyarakat Kemboja telah membakar patung yang dikatakan menyerupai
wajah Perdana Menteri Thailand, iaitu Abhisit Vejjajiva. Hubungan antara kedua-dua buah
negara menjadi semakin tegang. Hal yang demikian dapat dilihat apabila berlakunya serangan
bersenjata di antara pihak Kemboja dengan Thailand. Melalui serangan yang dibuat
menyebabkan 2 orang tentera Thailand terkorban dan selebihnya mengalami kecederaan27.

4.4.3Peranan ASEAN
Pada tahun 2011, konflik bersenjata antara kedua-dua buah negara ini telah sampai ke
klimaksnya apabila angka mangsa korban mengalami pertambahan iaitu melibatkan 18 orang
korban dan perebutan wilayah sempadan Kuil Preah Vihear. Melalui konflik ini juga,
masyarakat Kemboja telah bertindak membakar bangunan kedutaan Thailand di Kemboja dan
beberapa kedai masyarakat Thailand yang dibuka di Kemboja. Melalui situasi yang berlaku
ini, pihak Thailand dan Kemboja cuba mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini.
hal yang demikian dapat dilihat melalui perbincangan dua hala yang telah dibuat beberapa
kali oleh kedua-dua belah pihak, namun perbincangan ini seringkali menemui kegagalan
sehingga kes ini dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Namun, pihak PBB telah
menggesa ASEAN supaya menyelesaikan kes ini dengan kadar segera. Penyertaan ASEAN
27 Dewa Gede Sudika Mangku. Peluang Dan Tantangan Asean Dalam
Penyelesaian Sengketa Kuil Preah Vihear Di Perbatasan Kamboja Dan Thailand.
Fakultas Ilmu Sosial Universitas Pendidikan Ganesha, Singaraja. Indonesia.
23

dalam isu ini dilihat apabila Yingluck Shinawatra diangkat menjadi Perdana Menteri yang
baru pada tahun 201128. Yingluck telah meminta bantuan daripada pihak ASEAN dalam
menyelesaikan kes ini. Melalui isu ini, ASEAN telah menjadi pengantara antara kedua-dua
belah pihak dalam menyelesaikan konflik ini. ASEAN memberi cadangan dan kaedah
penyelesaian tanpa memaksa kedua-dua pihak membuat keputusan29. Cadangan yang
diberikan oleh pihak ASEAN berhak ditolak jika tidak dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Kedua-dua belah pihak menyambut baik idea dan kaedah yang diberikan oleh ASEAN
dalam menyelesaikan konflik ini dan kedua-dua buah negara bersetuju untuk menggunakan
kaedah perbincangan dalam menyelesaikan konflik ini walaupun kata sepakat dan keputusan
muktamad mengenai hak status pemilikan sempadan Kuil Preah Vihear masih lagi
tergantung.
4.5 Konflik Persempadan Kepulauan Spratly
Terdapat beberapa konflik sempadan yang tercetus melibatkan negara-negara ASEAN. Salah
satunya ialah konflik semapadan yang tercetus di Kepulauan Spratly. Kepualaun Spratly
merupakan kepulauan yang terbesar daripada empat gugusan pulau-pulau di Laut China
Selatan. Kepulauan ini merupakan kepulauan yang terdiri daripada 100 buah pulau-pulau
kecil yang berbentuk batuan dan batu karang. Ia terletak di gugusan Kepulauan Parcel dan
Kepulauan Spratly. Kepulauan Spratly terletak di selatan Laut China Selatan, China, Taiwan
dan Jepun. Konflik tuntutan ke atas kepulauan Spratly telah wujud sejak Perang Dunia Kedua
namun isu ini dianggap tidak wujud tuntutan oleh mana-mana negara ekoran daripada tiada
tuntutan yang sah dibuat keatas kepualauan ini dan ia hanya dianggap sebagai halangan
terhadap pelayaran.30 Konflik persempadanan Kepulauan Spratly ini melibatkan beberapa
buah negara ASEAN antaranya ialah Malaysia, Filipina, Brunei, dan Vietnam. Di samping

28 Afrinaldi. 2014. Pengaruh Pm Yingluck Shinawatra Dalam Merubah Kebijakan


Luar Negeri Thailand Terhadap Upaya Penyelesaian Sengketa Perbatasan
Thailand-Kamboja. Universiti Andalas. Indonesia.
29 Dewa Gede Sudika Mangku. 2012. Suatu Kajian Umum Tentang Penyelesaian
Sengketa Internasional Termasuk Di Dalam Tubuh Asean. PERSPEKTIF 3 (12) .
30 Mohd Foad Sakdan Dan Ahmad Martadha Mohamed. Konflik Sempadan Di
Kalangan Negara ASEAN.
24

itu, negara di Asia Pasifik iaitu China dan Taiwan turut terlibat dalam tuntutan ini disebabkan
oleh kedudukannya yang berhampiran dengan negara mereka.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya konflik di Kepulauan
Spratly. Salah satunya ialah disebabkan oleh kedudukannya yang strategik. Kepulauan
Spratly dikatakan strategik kerana kepulauan ini terletak di tengah-tengah laluan utama antara
Timur dan Barat. Di samping itu, ia juga dikatakan tempat yang strategik untuk pertahanan
dan juga jalur perdagangan internasional. Faktor lain yang membawa kepada perebutan
Kepulauan Spratly adalah disebabkan oleh faktor ekonomi. Dari segi ekonomi, kepulauan
Spratly kaya dengan sumber-sumber galian dan gas asli yang masih belum diterokai. 31
Sumber-sumber asli seperti ini sememangnya menjadi rebutan kuasa-kuasa luar untuk
kepentingan ekonomi negara masing-masing.
Pada tahun 1980 hingga 1990 dapat dilihat usaha-usaha yang dilakukan oleh negaranegara yang terlibat dalam konflik ini untuk mendapatkan hak keatas Kepulauan Spratly.
Negara-negara ini telah menduduki pulau-pulau di sekitar Kepulauan Spratly dengan
membina struktur binaan

di atas pulau-pulau yang tenggelam bagi megekalkan

kehadirannya. Keadaan ini telah membawa kepada berlakunya ketegangan sehingga


tercetusnya konflik antarabangsa yang akhirnya membawa kepada ancaman ketenteraan.
Oleh itu, konflik ini boleh dikatakan satu isu yang sukar untu di selesaikan dalam bentuk
perundingan. Hal ini demikian kerana telah banyak perundingan dilakukan bagi
menyelesaikan masalah ini daripada terus berpanjangan. Namun begitu, ia masih juga belum
berjaya diselesaikan. Keadaan ini berlaku kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
konflik ini masih belum berjaya di selesaikan sehingga sekarang. Antaranya ialah disebabkan
oleh konflik ini melibatkan banyak negara Asia Tenggara termasuklah China dan juga
Taiwan. Hal ini menyebabkan masalah ini terus berlarutan dan sukar untuk diselesaikan
kerana masing-masing berusaha mempertahankan hak ke atas kepulauan ini. Seterusnya ialah
kekayaan sumber galian yang terdapat di kepulauan Spratly membuatkan negara-negara yang
terlibat tidak mahu beralah dan ingin mendapatkan hak yang sepatutnya kerana ia akan
mendatangkan kepentingan kepada negara masing-masing. Di samping itu, tuntutan yang
dilakukan ke atas kepualaun Spratly oleh kesemua negara adalah seimbang.
Berdasarkan tuntutan-tuntutan yang dilakukan oleh negara-negara yang terlibat dalam
konflik ini terdapat beberapa faktor yang dinyatakan oleh negara masing-masing. China dan
31 Ibid.
25

Taiwan menyatakan bahawa kepulauan Spratly dituntut berdasarkan faktor sejarah yang mana
China mengatakan bahawa negara mereka yang mula-mula menjumpai kepulauan ini dan ia
merupakan tempat persinggahan armadanya ketika berdagang di Asia Tenggara dan Lautan
Hindi sejak tahun 1405 hingga 1433 lagi.32 Oleh itu, China merasakan negara mereka berhak
keatas kepulauan ini. Manakala Filipina pula melakukan tuntutan ke atas kepualauan Spratly
berdasarkan prinsip terra nullius iaitu tidak bertuan. Tambahan pula kepulauan ini
berhampiran dengan negara Filipina. Sebaliknya, negara Malaysia dan Brunei pula
melakukan tuntutan ke atas Kepulauan Spratly atas dasar Pentas Benua. Berdasarkan sebabsebab yang dikemukakan oleh negara-negara ini, jelas menunjukkan bahawa masing-masing
mempunyai sebab yang tersendiri dalam usaha untuk mempertahankan hak ke atas
Kepulauan Spratly.
Kesan daripada masalah ini, pelbagai tindakan dan strategi yang dilakukan oleh
negara-negara yang terlibat dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan menjaga
keselamatan perairan negara masing-masing. Oleh itu, dapat dilihat negara Malaysia
antaranya yang turut mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha untuk menjamin keamanan
dan keselamatan perairan negara khususnya di Kepulauan Spratly. Berdasarkan Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) dan Peta Baru Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1979, 12 buah pulau
dan terumbu di kawasan perairan Spratly berada di bawah kedaulatan Malaysia yang mana
enam daripadanya telah dimiliki oleh Malaysia manakala 6 lagi dalam proses tuntutan. 33
Malaysia terus membina kubu pertahanan bagi mempertahankan hak ke atas kepulauan ini.
Secara keseluruhannya, konflik sempadan yang tercetus di Kepulauan Spratly boleh
dikatakan satu bentuk perang dingin yang baru oleh sesetengah pihak. Ia merupakan satu isu
yang sukar untuk diselesaikan ekoran daripada beberapa faktor. Kepentingan sumber yang
terdapat di Kepulauan Spratly membawa kepada negara-negara luar berlumba-lumba untuk
menguasainya. Hal ini menunjukkan bahawa sumber asli merupakan sesuatu yang amat
berharga kepada ekonomi negara-negara luar. ASEAN sebagai satu organisasi bagi negaranegara Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini daripada
terus berpanjangan. Indonesia sebagai sebuah negara ASEAN telah melakukan perundingan
bagi mempercepatkan proses penyelesaian konflik di Kepulauan Spratly. Keseluruhannya,
32 Lt. Kol (B) Ab Aziz Ahmad. Tuntutan Bertindih Sempadan Maritim Negara.
BTDM. Bil 138/Mei. 2005. Hlm. 17.
33 Ibid.
26

konflik ini mempunyai potensi untuk diselesaikan melalui undang-undang antarabangsa


tetapi undang-undang persempadanan ini perlulah diperjelaskan dengan lebih terperinci. Di
samping itu, negara-negara yang melakukan tuntutan ke atas kepulauan Spratly ini perlulah
bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penubuhan ASEAN atau Association of Sotheast Asian Nations dan
peranannya adalah lebih jelas berbanding dengan pertubuhan-pertubuhan sebelum itu.
Matlamat ASEAN dilihat lebih jelas dalam mewujudkan kerjasama serantau antara negaranegara Asia Tenggara dengan menggariskan beberapa objektif penubuhan. Penubuhan
ASEAN jelas mewujudkan kerjasama dari segi pelbagai aspek seperti ekonomi, politik,
keselamatan dan sebagainya untuk kepentingan bersama.
Walau bagaimanapun, ASEAN tidak pernah lari dengan masalah-masalah atau konflikkonflik kerana terdapat keselarasan dan perbezaan dalam pelbagai hal di kalangan negara
anggota. Antara konflik-konflik dan masalah-maslah yang berlaku di antara negara anggota
ASEAN seperti pertindihan sempadan antara negara anggota, perebutan pulau-pulau di
kawasan perairan dan sebagainya. Peranan ASEAN jelas dapat dilihat dalam mengatasi
konflik-konflik dan masalah-masalah yang timbul tersebut.
Beberapa masalah tertentu sama ada dari dalam atau luar ASEAN mungkin
menghalang pencapaian beberapa pencapaian beberapa objektif yang tetap ditetapkan itu.
Sejauh mana ASEAN akan berjaya mencapai matlamat jangka panjang penubuhannya kepada
kesedaran dan kemahuan bersama negara anggota. Oleh itu, ASEAN mestilah berganding
tenaga untuk cuba menyelesaikan masalah sedemikian dengan langkah yang bijak dan tegas.
Sehingga kini, ASEAN masih kukuh menerajui rantau Asia Tenggara dalam menghadapi
dunia yang semakin mencabar dan banyak rintangan.

Rujukan
Surat Khabar

27

Khairul Bahri Basaruddin. 2007. Hujah dakwa Batu Puteh tak bertuan 'longgar'. Berita
Harian. 22 November: 8.
Lt. Kol (B) Ab Aziz Ahmad. 2005. Tuntutan Bertindih Sempadan Maritim
Negara. BTDM. Bil 138/Mei.

Jurnal
Dewa

Gede

Sudika

Mangku.

2012.

Suatu

Kajian

Umum

Tentang

Penyelesaian Sengketa Internasional Termasuk Di Dalam Tubuh Asean.


PERSPEKTIF 3 (12)
Irma D. Rismayati. Pulau Miangas : Perlukah Kekhawatiran Itu ?. Opinio
Juris, 1(10).
Popi Tuhulele. 2011. Pengaruh Keputusan Mahkamah Internasional Dalam
Sengketa Pulau Sipadan Dan Ligitan Terhadap Penetapan Garis
Pangkal Kepulauan Indonesia. Jurnal Sasi 17(2).
Rudolf Volman. 2014. Strategi Kamboja Dalam Penyelesaian Konflik Kuil
Preah Vihear Pasca Bentrokan Bersenjata Dengan Militer Thailand
Tahun 2011. eJournal Ilmu Hubungan Internasional, 2 (1).
Wan Siti Adibah bt Wan Dahlan. 2008. Isu Pertikaian Hak Kedaulatan
antara Malaysia dengan Singapura. Jurnal Undang-Undang dan
Masyarakat (Malaysian Journal of Law and Society) (12).

Buku
Abdul Razak Chik, Norzilah Hj.Aziz & Azizah Md. Yusof. 2010. Kerjasama
Ekonomi Asean Peralihan & Perubahan. Sintok: Penerbitan Universiti
Utara Malaysia.
Afrinaldi. 2014. Pengaruh Pm Yingluck Shinawatra Dalam Merubah
Kebijakan Luar Negeri Thailand Terhadap Upaya Penyelesaian
Sengketa
Perbatasan Thailand-Kamboja.
Universiti
Andalas.
Indonesia.
D.G.E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
28

Dato Abdullah Ahmad. 1987. Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar
Malaysia 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd
Dewa Gede Sudika Mangku. Peluang Dan Tantangan Asean Dalam Penyelesaian Sengketa
Kuil Preah Vihear Di Perbatasan Kamboja Dan Thailand. Fakultas Ilmu Sosial
Universitas Pendidikan Ganesha, Singaraja. Indonesia.
M. Rajendran. 1986. Hubungan Luar Asean. Kuala Lumpur: arenabuku Sdn.
Bhd.
Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Penerbit
Fajar Bakti.
Mohd Ariff Dato Haji Othman. 1988. Tuntutan Filipina Terhadap Sabah
Implikasi dari
segi Sejarah, Undang-undang dan Politik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Harun. 2010. Siri Negara-negara ASEAN. Shah Alam: Karisma
Publications
Sdn. Bhd.
Murugesu Pathmanathan. 1985. Isu-isu Hal Ehwal Antarabangsa. Selangor:
Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Isu
Sempadan dan Kedaulatan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi:
Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaun Narine. 2002. Explaining ASEAN Regionalism in Southeast Asia.
United States of America: Lynne Rienner Publisher.

29

You might also like