You are on page 1of 2

Tajuk (4)

Bincangkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam penubuhan Kerajaan Melayu Baru pada
abad ke-18.

Penubuhan Kerajaan Melayu Baru di Semenanjung Malaysia merupakan kerajaan yang


wujud selepas Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan-kerajaan Melayu Baru ini wujud pada
kurun ke-18 iaitu Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Namun begitu,
pengasasan keempat-empat kerajaan ini mempunyai latar belakang yang berbeza kerana
pengasasnya berasal dari tempat atau kawasan yang berbeza. Dalam konteks ini menunjukkan
sebelum penubuhan kerajaan-kerajaaan ini, telah wujud pemerintahan di negeri-negeri
tersebut. Kerajaan-kerajaan ini mula berkembang pada awal abad ke-18 sehingga abad ke-20.
Oleh itu, amat jelaslah bahawa banyak persamaan dan perbezaan antara kerajaan negerinegeri melayu baru antara satu sama lain dari aspek fasa sebelum pemerintahan sehinggalah
fasa pemerintahan yang sah di atas takhta kerajaan.
Melihat kepada corak pemerintahan dalam negeri-negeri Melayu Baru, keempat-empat buah
negeri ini diasaskan oleh orang luar yang bukan berketurunan darah diraja ataupun sultan.
Terengganu diasaskan oleh Tun Zainal Abidin iaitu seorang anak berketurunan bendahara
Johor iaitu Tun Habib Abdul Majid. Jika dilihat peristiwa ini, pengasas kepada Terengganu
telah mula diperintah oleh darah yang berketurunan Bendahara dan melalui peristiwa inilah
bermulanya dinasti Bendahara memegang tampuk pemerintahan Terengganu dan berakhirnya
sudah pemerintahan daripada keturunan diraja.
Contoh kedua pula dapat dilihat, apabila pengasasan Negeri Sembilan juga diasaskan oleh
anak raja dari Minangkabau yang telah dijemput untuk memerintah di Negeri Sembilan.
Bermula daripada Raja Kasah yang telah ditabalkan menjadi Yamtuan sehinggalah
pemerintahan Yamtuan Antah antara tahun 1872 hingga 1888. Oleh itu, dari sistem
pengasasan bagi kedua negeri ini diasaskan oleh orang luar iaitu Terengganu diasaskan oleh
keturunan Bendahara Johor manakala Negeri Sembilan diasaskan oleh anak raja dari
Minangkabau.
Penggunaan penggunaan bagi pemerintah juga berbeza dalam negeri-negeri Melayu. Di
Negeri Sembilan menggunakan istilah Yamtuan Besar bagi raja. Contohnya, pada tahun 1773
penggunaan istilah Yamtuan Besar telah diwujudkan pada pemerintahan Raja Melewar yang

diangkat sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Bagi negeri-negeri Melayu Baru yang lain
menggunakan istilah Sultan dalam sistem pemerintahan. Contohnya, di Negeri Terengganu
Tun Zainal Abidin telah diangkat menjadi Sultan dan menggunakan gelaran Sultan Zainal
Abidin. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara penggunaan istilah
pemerintah dengan corak pemerintahan.
Dalam sistem pemerintahan terdapat perbezaan adat yang diamalkan oleh masyarakat di
negeri-negeri Melayu Baru iaitu corak pemerintahan bagi setiap negeri. Negeri Sembilan
merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan adat yang berbeza dan unik kerana
mengamalkan sistem adat perpatih. Dalam adat perpatih ini telah diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung. Adat ini telah dibawa masuk ke Negeri Sembilan
dan Naning oleh orang-orang Minangkabau. Dalam adat ini corak pemerintahan terdapat
lebih kepada sistem demokrasi manakala dalam sitem Temenggung pula diamalkan oleh
negeri Terengganu, Selangor dan Kelantan. Sistem pemerintahan Temenggung ini lebih
kepada bersifat feudal iaitu Raja memiliki kuasa autokrasi
Setiap penubuhan kerajaan dalam negeri-negeri melayu baru memperlihatkan pembukaan
kerajaan dalam sistem pemerintahan oleh setiap pemerintah. Sistem pemerintaha yang
dijalankan setiap negeri-negeri melayu baru ini mempunyai keunikannya tersendiri. Hal ini
kerana penubuhan setiap kerajaan ini diasaskan oleh orang luar yang bukan berketurunan
darah putih, malahan pengiktirafan atau kedaulatan setiap kerajaan ini diiktiraf oleh negeri
lain. Setiap negeri-negeri melayu baru pula mempunyai persamaan dan perbezaan dalam
pelbagai aspeknya.

You might also like