You are on page 1of 16

SEJARAH KERTAS 3 ( Pengenalan )

SOALAN: 1
TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam
pertubuhan serantau.
Soalan:
Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
Jawapan:
Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri
daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain.
Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang
telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara
(ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan
Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967.
Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi
atau sosial.
Soalan: ( Pengenalan )
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang berbeza kerana
mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara kita dalam
menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan.
Jawapan:
Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap
pertama adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya
krisis dengan negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya
hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk
memelihara hubungan dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani
perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961
bersama-sama Thailand dan Filipina. MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama
Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand,
Indonesia, Filipina dan Singapura.
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat
tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon

Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara
ASEAN.
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.
Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negaranegara jiran.
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap
kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini
adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam
usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan
yang lebih erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam
dan Kampuchea.
Soalan: ( Pengenalan )
Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara termasuk dengan
negara serantau. Nyatakan matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia.
Jawapan:
Antara matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar
luarnya ilah bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara. Disamping itu ia juga
bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan
negara. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan
ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Penting; Pilih mana-mana yang sesuai dengan kehendak soalan no 1 iaitu
Pengenalan. Jangan abil semua pilih satu sahaja

Soalan 2 : Jelaskan mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan-pertubuhan


berikut : ( ITEM MEMAHAMI )
i.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Jawapan :
i.

ASA

Malaysia telah menyertai pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA


) setelah mencapai kemerdekaan kerana diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di
Malaysia pergerakan PKM telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan
pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.
PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli-ahlinya melancarkan
gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Di negara-negara Jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thaliland yang
bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan MalaysiaThailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha
kedua-dua buah negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan
komunis, begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh
Komunis.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran agar dapat
membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu Tunku Abdul Rahan telah
mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi
negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan
Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan.
Antara matlamat ASA ialah menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota
dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Matlamat ASA yang kedua adalah untuk
memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang
sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Matlamat ASA yang terakhir ialah
mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara
anggota.
Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan
kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai sebuah antipemerintahan Presiden

Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian


ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian
ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan
Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada
pembubaran ASA pada tahun 1963.

ii.

MAPHILINDO

MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipna
dan Indonesia. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan
perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara MalaysiaFilipina dan Malaysia-Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut
adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malayisa. Indonesia tidak bersetuju
dengan pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno menganggap
pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.
Tentagan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang
didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah
mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya
membawa kepada penubuhan MAPHLINDO. Ketiga-tiga negara ini telah mencapai
kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB telah
menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V.
Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Hasilnya,
Majoriti rakyat dikedua-dua negara negeri berkenaan bersetuju dan menyokong
Pembentukan Malaysia
Sungguhpun begitu Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia.
Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak
berperanan lagi.

iii.

ASEAN

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan


negara-negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk
sebelum ini iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama.

Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8


ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN.
Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan
politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang
ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui
kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan
kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta
mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan dan pertubuhan serantau dan
antarabangsa.
Keanggotaan ASEAN pada ketika terdiri daripada lima buah negara, iaitu
Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya
bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli.
Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea.
Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini
terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara.
Soalan Tiga : Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
Malaysia telah memainkan peranan yang penting di dalam pertubuhan
ASEAN sesuai dengan matlamat penubuhannya sebagai satu asas yang kuat dalam
menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini,
banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan
November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara
anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat
mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkcuali
atau dikenali sebagai Zone of Peace Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama
ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia
Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Timur bagi
mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.
Walaubagaimanapun konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khemer Rouge. ASEAN
telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat
bagi membentuk kerajaan Demoktarik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan
Putera Noradom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan
dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1948, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah
memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon bebas senjata Nuklear. Ini bermakna rantau
ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan
kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara


anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan ke arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara
ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya
projek baja urea di Bintulu, ( Sarawak ) serta Acheh di Indonesia. Kerjasama
ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
atau ASEAN Free Trade Area ( AFTA ) yang telah diumumkan dalam Sidang
Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan
skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan. Idea yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir dinamakan
Perundingan Ekonomi Asia Temur atau East Asian Economic Caucus ( EAEC ) Walau
bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat, Tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama
secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN
+ 3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN
dengan negara negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri-Menteri Luar
negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang
ingin diwujudkan,
Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam
bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan
kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN, Selain itu, pertukaran
rancangan televisyen dan radio juga dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk
merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang
pelancongan kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN
pada tahun 1992.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama
serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui
peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN

Soalan 4 : Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi Malaysia melalui
penyertaan pertubuhan serantau?
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negaranegara Asia Tenggara ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti
Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota.
Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains
dan sosial.

Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains
dan teknologi dikalangan negara anggota.
Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan
politik negara.
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan
MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan
menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah
Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diinstiharkan
sebagai Zon Aman, bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan
kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran
yang luas kerana penduduknya ramai.
Negara kita juga dapat mengembangkan industri secara tidak langsung dapat
mengembangkan ekonomi.
Disamping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan
melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui
pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat
merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau.
Disamping itu sekor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan.
Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti
Komunis Malaya (PKM).

Contoh 2 : Soalan no 4.
Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia
boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?
Jawapan :
Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu
dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur
dalam menyelesaikan masalah.

Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan


menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti
mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif.
Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam
misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih
sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan
keamanan.
Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan
negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan,
sentiasa rasional dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan
rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara.
Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa
mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.
Contoh 3 : Soalan no. 4
Sebagai wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada
pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan?
Jawapan :
Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan senjata nuklear dikalangan
negara-negara maju dikuatkuasakan secara serta merta.
Perlumbaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dihentikan.
Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa yang tidak berdosa dihentikan
dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan peperangan tercetus.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan
mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur
dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari
penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia.
Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang
negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti
secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak
asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi
melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga
berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap
wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan
menentang kezaliman.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan


rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara.
Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa
mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.

Contoh Soalan 5 :
Jelaskan isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
negara-negara serantau (10 m)

Antara isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
Negara-negara serantau ialah konflik wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini
merupakan satu isu yang telah berlanjutan dalam tempoh yang cukup
lama.Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil
masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya.

Selain itu, isu konflik antara Malaysia dengan Filipina tentang tuntutan ke atas
Sabah. Isu ini telah dibawa ke ICJ untuk diselesaikan.

Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura,
Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menggugat
hubungan kedua-dua buah Negara seperti isu kastam,imigresen dan Kuarantin
(CIQ) , Kereta api di Tanjung Pagar, Isu air dan isu Tambak Laut.

Di samping itu, setiap tahun kita sering menghadapi masalah jerebu kesan
daripada pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera untuk aktiviti
pertanian.Oleh itu, rundingan perlu diadakan antara negara jiran untuk mengatasi
masalah ini agar hubungan baik negara serantau dapat dikekalkan.

Pendatang tanpa izin juga merupakan satu isu yang sering dihadapi oleh
Negara. Ini berpunca daripada kemasukan pekerja asing tanpa permit dan
menggunakan visa pelancong atau visa pelajar.
Oleh itu , orangramai diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa
tentang masalah ini

TERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA


NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan
akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu Malaysia terpaksa
berkongsi kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan asing dalam
perairan Negara dan isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara
beberapa Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan
Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman
penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf. Selain itu juga
kemasukan pendatang asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang
membawa kepada perkampungan haram. Negara serantau juga menghadapi
masalah gejala rasuah ,penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia ,masalah
kemiskinan dan masalah pengangguran. Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang

turun naik, teknologi atau kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari
Negara-negara maju dan peluang menembusi pasaran antarabangsa.
Antara langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran diatasi ialah
Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan
maritime bagi mengelakkan pencerobohan nelayan asing dalam perairan Malaysia.
Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan modal insane yang
berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan
perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. Seterusnya, peranan masyarakat
penting dalam bersama-sama mengatasi gejala social seperti penyalahgunaan
dadah dan pemerdagangan manusia. Malaysia telah mencadangkan isu Antartika
sebagai warisan dunia, Dasar pandang Ke Timur, Pelaburan Imbal balik untuk
meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain. Untuk mengatasi masalah ekonomi
terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan
penerbangan. Selain itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga
telah menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta
menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia. Terdapat juga pertukaran
tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya. Penubuhan
ZOPFAN dan Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang
bebas dari nuklear. Akhir sekali Menguatkuasakan Undang-undang untuk
mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara.
CABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA
DALAM HUBUNGAN NEGARA SERANTAU
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya
pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia
juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk
melakukan latihan penerbangan. Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi
minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia Thailand. Hal ini,
menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara
serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari
Indonesia serta Filipina. Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia
telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan negara kerana
berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.
Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat
tambakkan laut berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek,
menghalang laluan kapal besar, menggugat mata pencarian nelayan serta
menjejaskan aktiviti maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam
keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang
berhijrah ke sini. Contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan
manusia turut menjadi ancaman besar kepada negara.

Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand
terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai Ranting Asia
Amerika Syarikat manakala Vietnam dikelompokkan sebagai National
Communist.
Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan
nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang
rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi
dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering
dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.
Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan
ancaman lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras,
mercun dan senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi
oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh
isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik
Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah.
Langkah-langkah Mengatasi
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang
sering menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan
rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN
juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat di kalangan
Menteri.
Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan
pasukan keselamatan dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya
gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.
Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu ,peranan Kerajaan
Filipina dengan tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialualukan.
Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui
rundingan antara Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang
balik tanpa dikenakan tindakan.
Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau
Sipadan dan Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.
Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah
dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah Negara?

Hubungan luar amat penting kepada sesebuah negara kerana ia boleh


meningkatkan eksport/import dari hubungan tersebut. Ia juga boleh menarik
pelabur asing ke negara ini yang akan menambahkan lagi kepesatan ekonomi
negara.
Adanya hubungan luar sesebuah negara akan membolehkan pertukaran
teknologi atau kepakaran dengan negara lain. Ia boleh membawa peningkatan
kepakaran kerana negara yang menjalankan hubungan luar akan bantu membantu
di antara satu negara dengan negara yang mempunyai hubungan luar.
Hubungan luar juga boleh menjamin kita mengekalkan kedaulatan negara
kerana negara kita tidak akan diancam oleh kuasa luar kerana kita menjalankan
hubungan luar dengan semua negara. Contohnya negara kita yang menjalankan
hubungan luar denga semua negara. Ia seterusnya akan menjamin kestabilan dan
keamanan negara kita.
Dari segi ekonomi pula hubungan serantau atau luar ini membolehkan
kita mejalinkan kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi dan bidang-bidang lain
bagi memanfaatkan kebaikan secara bersama.
Hubungan luar atau hubungan serantau juga membolehkan wujudnya
perdagangan dua hala antara negara. Contohnya Malaysia menjalankan hubungan
serantau dengan Singapura dan Indonesia. Ia membolehkan wujudnya hubungan
perdagangan antara dua negara tersebut dengan Malaysia, sudah mestinya ia
membawa keuntungan dari segi ekonomi untuk kedua-dua buah negara.
Sebarang masalah juga akan dapat diselesaikan melalui hubungan
serantau atau hubungan dua hala antara negara yang terlibat. Campur tangan
negara serantau jika terdapat masalah boleh membantu menyelesaikan masalah
yang tidak dapat diselesaikan, negara serantau yang lain boleh menjadi orang
tengah untuk menyelesaikan masalah atau pertikaian antara negara.
Hubungan serantau atau hubungan luar juga penting kerana ia boleh
menarik lebih ramai pelancong dari luar, serta dapat meningkatkan imej negara di
mata dunia.

Isi-isi lain yang boleh dimaksudkan :

Pada pandangan anda, mengapakah negara kita perlu terus menjalin


hubungan baik dengan negara luar?

Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia


Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
Memastikan kemajuan negara berterusan
Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
Memajukan bidang perindustrian/perladangan negara
Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
Mendapat pertukaran teknologi
Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
Mengekalkan persefahaman
Meneruskan hubungan diplomatik
Membina semangat setiakawan
Membuka peluang pekerjaan
Membantu meningkatkan prasarana
Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana idea (10 markah)

Berikan cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam
pertubuhan
Serantau

Cadangan untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam


pertubuhan antarabangsa ialah dengan melahirkan pemimpin bersuara lantang di
peringkat antarabangsa.
Negara kita juga perlu menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang
memerlukan seperti negara yang ditimpa bencana atau negara yang sedang
menghadapi peperangan.
Pemimpin negara kita juga perlu menjadi pemimpin atau mengetuai
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa bagi meningkatkan imej negara di mata
dunia.
Bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau,
negara kita harus menjadi tuan rumah dalam persidangan antarabangsa.
Negara kita juga perlu menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa
seperti SEA Game, dan lain-lain.
Untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan
serantau ialah dengan menyertai pameran bertaraf antarabangsa yang melibatkan
penyertaan seluruh dunia dan yang mampu menarik ramai pengunjung. Negara kita
juga perlu terlibat dalam pertandingan antrabangsa berkaitan dengan R & D bagi
penjenamaan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Negara kita juga perlu menghasilkan penyelidikan, buku atau novel yang
bertaraf antarabangsa yang melibatkan pasaran luar negara.
Negara kita juga perlu menjadi perantara atau orang tengah kepada negaranegara yang sedang bergolak bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif
dalam pertubuhan serantau atau antarabangsa.
Negara kita juga boleh menjadi pelopor hab halal dunia bagi
memperkenalkan industry makanan halal daripada negara kita.

7. Menghayati nilai/iktibar/unsur patriotisme (10 markah)


Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan dengan
negara luar.

Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh
mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan
dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta
melahirkan masyarakat berharmoni dalam kalangan warganegara kita.
Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu,
mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.
Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan
negara kita menjadi sebuah negara yang sentiasa disegani oleh
masyarakat luar.
8. RUMUSAN (5 markah)
Anda telah mengetahui banyak perkara berkaitan pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa. Apakah manfaatnya hubungan tersebut kepada diri, masyarakat dan
negara?

Banyak pengetahuan yang saya dapati dari sejarah pertubuhan antarabangsa. Kita
perlu
berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia
ada untuk
memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang
lain.
Selain itu, negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu dan
bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara.
Negara memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti dan berwibawa serta
pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.

You might also like