You are on page 1of 3

PUNCA KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA 1963-1966

~ Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara yang serumpun. Kedua2 negara ini
dianggap istimewa kerana terdapatnya persamaan dalam elemen keturunan, tradisi, budaya dan
semangat kemelayuannya. Namun begitu, persamaan2 ini tidak menjamin akan hubungan yg
rapat dan selamat. Hal ini terbukti apabila berlakunya konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia
yang dilancarkan pada 20 Januari 1963.

antara punca yg dikenal pasti ialah:


1) Penubuhan Malaysia
2) Kebimbangan kedua2 negara
3 Kebimbangan kedua2 negara
4) Neokolonialisme
5) Penglibatan kuasa asing
6) Pengaruh PKI (Parti Komunis Indonesia)
7) Masalah Dalaman Indonesia

Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Hasrat Malaysia untuk berbaik – baik dan mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran tetap
diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal
dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok
pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara atau
lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial
dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan
antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila
kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara – negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar,
Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara
ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara.

Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan
perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal
penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

This study source was downloaded by 100000859085770 from CourseHero.com on 12-28-2022 20:02:41 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/56742157/PUNCA-KONFRONTASI-MALAYSIAdocx/
Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu
deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala
Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan
berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama
penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara,
tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan
kuasa – kuasa besar.

Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun
1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini
dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di
bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan
mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN
ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana – mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear.
Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap
konsep ZOPFAN.

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kearah
kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek
– projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia).
Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN
Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun
1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi
bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah
dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East
Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju
terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar
tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada
kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun
dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang
kerjasama yang ingin diwujudkan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang
berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,
Malaysia.

This study source was downloaded by 100000859085770 from CourseHero.com on 12-28-2022 20:02:41 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/56742157/PUNCA-KONFRONTASI-MALAYSIAdocx/
Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial
seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk
merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan
kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar
berbaik – baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA,
MAPHILINDO dan ASEAN.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap


pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah
dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia
Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada
pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

This study source was downloaded by 100000859085770 from CourseHero.com on 12-28-2022 20:02:41 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/56742157/PUNCA-KONFRONTASI-MALAYSIAdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like