You are on page 1of 2

Tugasan 1

Berdasarkan artikel oleh Muhd Yusoff Ibrahim (1-21), bincangkan mengenai pengasasan dan
pengukuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Melaka merupakan sebuah empayar Melayu di Alam Melayu selepas runtuhnya empayar
Srivijaya. Sebelum kedatnagn Raja Iskandar Syah atau Parameswara , Melaka merupakan
perkampungan kecil yang sudah wujud sejak beberapa lama dahulu. Mengikut Sulalatus
Salatin, keputusan baginda untuk menjadikan Melaka sebagai kerajaan baru apabila
berlakunya peristiwa luar biasa di mana terlihat seekor pelanduk menghambat seekor anjing
dan menamakan ia Melaka sempena nama pokok tempat baginda hendak berehat.
Pada peringkat awalnya, Melaka tidak begitu teratur dan masih banyak kekurangan yang
perlu diperbaiki. Namun begitu, Raja Iskandar Syah dan para pembesar baginda sudah pun
mempunyai pengalaman dalam hal pentadbiran. Mereka sangat tekun dan bersungguhsungguh untuk membina sebuah negeri yang aman dan makmur. Malahan orang-orang
tempatan turut membantu. Usaha gigih dan pengalaman sedia ada serta kemahuan yang tinggi
telah mendatangkan hasil yang mengkagumkan bagi kerajaan yang bari ditubuhkan. Dalam
tempoh masa kira-kira empat atau lima tahun, Melaka yang pada mulanya hanya sebuah
perkampungan nelayan yang kecil telah mengalami pertambahan penduduk dan berjaya
menarik perhatian pedagang dan kuasa luar. Ia sudah menjadi sebuah pelabuhan yang cukup
mantap sehingga menarik perhatian kerajaan China yang memerintah iaitu Laksamana Yin
Ching yang beragama Islam untuk datang singgah.
Langkah pertama yang dilakukan oleh Parameswara untuk mengukuhkan lagi kedudukan
Melaka ialah menyelaras dan memperkemas sistem kerajaaan dan pentadbirannya. Bermula
dengan melantik pengikut-pengikutnya yang setia untuk menjadi pegawai tadbir yang tidak
melebihi 18 orang. Selain itu, setelah agama Islam muncul dan Raja Melaka yang kedua iaitu
Mahkota Iskandar Syah dan para pembesar telah memeluk agama tersebut. Kedatangan dan
penerimaan agama Islam menjadi faktor penyumbang dalam usaha para pemimpin Melaka
mengukuhkan kedudukan negeri melalui perluasan perdagangan dan juga hubungan
antarabangsa. Walaupun Raja Iskandar Syah dianggap belum memeluk agama tersebut tetapi
baginda mempunyai sifat yang liberal terhadap pedagang-pedagang Islam dengan mengalualukan mereka datang berdagang ke Melaka di samping membenarkan mereka beribadat serta
membina tempat beribadat yang diperlukan.

Kerajaan Melaka tidak terkecuali untuk berhadapan dengan kuasa luar yang tidak senang
dengan perkembangan Melaka. Terutamanya Siam yang telah mendakwa bahawa Melaka
adalah jajahan takluknya dan mempunyai hasrat untuk menyerang Melaka. Memandangkan
hubungan yang kurang senang antara keduanya, Melaka telah membuat tiga pengaduan
mengenai hal ancaman dan serangan dari Siam kepada kuasa besar ketika itu iaitu China.
Akhirnya Siam terpaksa akur dengan amaran dari China supaya berbaik-baik dan hormat
pada negara jiran. Hal ini telah membantu Melaka untuk mewujudkan keadaan yang stabil
serta suasana yang aman pula dapat membantu Melaka mengukuhkan serta memantapkan
kedudukannya. Dalam hubungan Melaka dengan China, bukan sahaja pihak Melaka yang
sangat prihatin mengenainya , Melaka memang sentiasa memberikan hadiah walaupun itu
dianggap sebagai ufti tetapi pihak China juga memberi. Semua itu adalah sebagai tanda jelas
akan pengiktirafan Melaka terhadap China sebagai kuasa besar dan penghormatan malah
pengiktirafan pula terhadap Melaka sebagai negara yang berhubung dan bersahabat
dengannya.
Ketokohan dan pengalaman Raja Iskandar Syah dan para pembesar serta azam yang kuat
telah berjaya membangunkan Melaka sebagai pelabuhan yang strategik. Kekayaan dan
kemewahan yang diperolehi digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan, memperluas
jangkauan kuasa politik , wilayah jajahannya dan menjana perkembangan ilmu dan
menjalankan dakwah islamiah.

You might also like