You are on page 1of 7

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PASUKAN BADAN BERUNIFORM AGENSI KERAJAAN (GO)


ZON UTARA 2019

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah


kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Hanya SATU pasukan
sahaja dibenarkan mewakili sesebuah negeri untuk setiap kategori iaitu:

a. Kategori Lelaki

b. Kategori Perempuan

1.2 Platun-platun yang bertanding hendaklah dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah dan
unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan
tersebut akan dibatalkan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut
di sekolah menengah (sehingga Tingkatan 5).

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 19 orang dan tidak
melebihi 21 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki
atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan/ salinan sijil kelahiran yang di sahkan
pengetua/guru besar untuk tujuan penyemakan status.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan
sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen.

3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan
induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan
kawad dijalankan.
3.4 Aksesori yang dinilai bagi pasukan agensi kerajaan (GO) ialah jambul, mafla dan sarung tangan
putih.

3.5 Pengantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar
pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua
Hakim.

3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai
pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.

3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke
dalam litar (ruangan kawad statik dan dinamik) di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau
aksesori terlucut/tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk lampiran).

4.2 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 12 minit. Pemberian markah
bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang
ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 12 minit, persembahan tidak akan dinilai.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor
kepada Ketua Hakim. Jika hukuman ‘buka barisan’ tidak dilaksanakan oleh Ketua Platun, maka masa
persembahan diambil kira bermula dari masa melapor oleh ketua platun.

5.3 Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.Persembahan hendaklah merangkumi
kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan: a. pada minit ke 10. (sekali) b. masa tamat/minit ke 12 (2 kali)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.Persembahan
hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.

6.2 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang
telah ditetapkan.

6.3 Bilangan Anggota:


a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 19 orang termasuk Ketua Platun
ketika bertanding. Jika bilangan anggota pasukan kurang daripada 19 orang untuk memulakan
pertandingan atas apa jua sebab maka pasukan berkenaan TIDAK DIBENARKAN mengambil
bahagian dalam pertandingan.
b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan kawad semasa pertandingan atas apa juga
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 19 orang maka markah
akan ditolak. (Ditolak 5 markah pasukan bagi setiap anggota yang kurang).
c. Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian
hanya boleh dilakukan sebelum pasukan memulakan pertandingan.

6.4 Pemeriksaan kekemasan Pakaian:


a. Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk kelitar mengikut giliran
pertandingan. (15 minit sebelum masuk kelitar pertandingan dan tertakluk kepada perubahan
semasa.)

b. Pakaian ketika bertanding mestilah seperti pakaian yang digunakan semasa pemeriksaan pakaian.

7.0 BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD:


Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing.

7.1 Kawad Asas:


a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa
cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135
langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.

b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.(Ketua


Platun hendaklah menghadap kearah platun terlebih dahulu sebelum memberi arahan “menghadap
kehadapan” kepada platun)

c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.


d. Kekanan lurus. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan
berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah
“Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan”.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun hendaklahmelakukan semua
pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, ke kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan,ke belakang pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang,ke kanan....pusing”
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke hadapan, ke belakang pusing “.

g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya, “tutup
barisan.......gerak”.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke
kiri,ke kiri......pusing”.
j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membel ok, beri hukuman “kiri
belok”.(Rujuk Pelan Litar Pertandingan).
k. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan
sebelum kon A.
l. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua
anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan.
Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut
mengikut urutan.
i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri,ke kiri.....pusing” diberikan.
o. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.
p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, dan hukuman “kiri belok ” diberikan. Apabila tiba di kon E
(kon hijau) hukuman “kiri belok” diberikan sekali lagi. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki
melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah,
tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil,hormat ke
hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan,ke
belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri,ke belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, kiri......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan,ke belakang......pusing”. (tiada
hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii. Mara mengadapdan berhenti (10 hingga 14 langkah). Bahasa hukuman:
“Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika
mara mengadap)
q. Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik)

Catatan (1):
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya bahasa hukuman Ketua Platun
sahaja dibenarkan. (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan/kiri
semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).
2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap kearah skuad semasa keseluruhan
kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan mara mengadap bersama platunnya.

3. JIKA TERDAPAT PLATUN MELAKUKAN PERBUATAN KAWAD SELEPAS SELESAI PERGERAKAN


MARA MENGADAP, seperti kekanan lurus, berkawad dan lain-lain,3 MARKAH PENALTI AKAN
DIKENAKAN UNTUK SETIAP PERGERAKAN.
4. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.
5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa.
6. Bahasa hukuman pada perkara 7.1 tidak merujuk kepada mana-mana pasukan. Bahasa hukuman
adalah mengikut pasukan masing-masing.

7.2. Pergerakan Membentuk Formasi


a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk
formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan dikeluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad
dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, ‘up’ atau
‘psss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
Sebarang isyarat samaada dari ketua platun atau platun (seorang) yang boleh dijadikan panduan untuk
seterusnya adalah dikira sebagai satu isyarat dan dikenakan penalti.
c. Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi ke-2(sebelum melapor keluar).
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi bersama pasukan.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 2 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang
diulang akan dikira satu formasi.
f. Semua unsur pergerakan kawad dalam badan induk, PDRM dan ATM adalah dibenarkan dalam kawad
formasi. (kawad pedang, kawad senjata, kawad hos dan lain-lain)
g. Pergerakan selain kawad (pergerakan kreatif) seperti silat, tatu, senamrobik, tarian
dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN .

Catatan (2) :
1. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan platun dalam kedudukan tiga barisan
menghadap kehadapan dan berhenti seketika di mana ketua platun berada di tengah-tengah dan di
hadapan platun sebelum meneruskan formasi seterusnya.

2. JIKA TERDAPAT PLATUN MELAKUKAN PERBUATAN KAWAD SELEPAS SELESAI FORMASI KEDUA, seperti
kekanan lurus, berkawad dan lain-lain, 3 MARKAH PENALTI AKAN DIKENAKAN BAGI SATU PERGERAKAN.

3. Slogan yang dibenarkan adalah sebanyak 3-8 patah perkataan (BM/BI). Slogan yang digunakan
TIDAK melambangkan identiti pasukan, contoh PKBM P.Pinang.

7.3. Melapor Keluar


Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan PKBM L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon
kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan “
8. PENALTI

Semasa Kawad Asas

Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Pergerakan cepat kurang/lebih 128 – 135 langkah seminit 5 Sekali
2 Pergerakan perlahan jalan tidak kurang/lebih 60 – 70 5 Sekali
langkah seminit
3 Anggota gagal meneruskan kawad. (pengsan /pitam) 5 3 kali
4 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
5 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
6 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
7 Pergerakan yang bukan ditetapkan 3 5 kali
8 Langgar kun 5 5 kali
9 Anggota platun menyebutkiraan masa (kanan, kiri) 3 5 kali
10 Keluar litar kawad (berdasarkan pergerakan, bukan 5 5 kali
bilangan anggota)

Semasa Kawad Formasi


Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali
2 Keluar litar kawad (berdasarkan pergerakan, bukan 5 5 kali
bilangan anggota)
3 Ketua Platun memberi arahan / isyarat * 5 5 kali
4 Mengeluarkan arahan / isyarat (Anggota platun) 5 5 kali
5 Menggunakan peralatan tambahan 5 5 kali
6 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
8 Perlakuan / aksi kurang sopan 3 5 kali
9 Hormat bukan pada tempatnya 5 4 kali
NOTA : * Kecuali isyarat pertama (hentak kaki) untuk memulakan formasi.

Ketua Platun

Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Bergerak bersama pasukan* 15 Sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar kawasan yang ditetapkan 10 Sekali
3 Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam ) 10 Sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman / Pergerakan yang ditetapkan 5 5 kali
9 Memberi hukuman kawad di luar kawasan yang 10 sekali
ditetapkan
NOTA : * Kecuali Semasa Membawa Pasukan Masuk dan Keluar, Mara Mengadap
9. PENGHAKIMAN

a. Hakim terdiri daripada individu yang dilantikuntuk menghakimi pertandingan.

b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah (oleh Hakim Kawad pasukan) bagi setiap pasukan tidak
diambilkira.

c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pendidikan iaitu Pegawai Pasukan
GO bertauliah, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian
Pendidikan sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pendidikan.

d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah
kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira.
Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.

e. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara ketua platun bagi ketua platun terbaik maka markah
kawad akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah pakaian akan diambil kira.

f. Sebarang perkara/hal yang tidak disentuh dalam syarat pertandingan akan diputuskan oleh seketariat
pertandingan dan muktamad.

g. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad formasi 30%
iv. Ketua Platun 10%
Jumlah Keseluruhan 100%

h. Keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like