You are on page 1of 2

SINOPSIS WEBINAR

Tajuk : Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2021 :Pelaksanaan Pdpr Di Rumah Panjang

Anjuran : IAB Utara

Tema : Pemimpin Instruksional Penggerak Transformasi Pendidikan Digital Dalam Mengharungi


Cabaran Normal Baharu

Tempat : Secara Dalam Talian

Moderator : Adz Jamros Binti Jamali

Panel : Jaul Anak Bunyau

Panel berasal dari Lubai, Limbang, Sarawak. Berkhidmat selama 36 tahun dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seorang Guru Besar Cemerlang sejak 2007.
Sepanjang perkhidmatan, beliau dianugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1993, 2003, 2012)
Tawaran New Deal (2010, 2011,2014), Anugerah Khas UNESCO (2011), Anugerah Khas KM Sarawak
(2007) dan berbagai-bagai anugerah lagi.

SK Ulu Lubai sebuah sekolah yang terletak di pedalaman Sarawak. Ibu bapa menyerahkan
pendidikan anak-anak kepada guru-guru semata-mata. Pada peringkat awal, guru-guru yang ada
kurang bersemangat.

Beberapa isu telah diketengahkan dalam perkongsian tersebut. Antaranya ialah masalah
dukalara guru yang berjauhan dengan pasangan. Kemudahan infra yang terlalu kurang. Tiada
bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya. Begitu juga dengan kemudahan talian telefon dan
internet.

Pencapaian akademik dan kokurikulm peringkat awal sangat rendah. Mulai 2000, sekolah
ditransformasi melalui program pintar bersama PIBG dan komuniti. Program-program berimpak
tinggi dirancang. Ekoran dari itu, sekolah mula menunjukkan kemajuan. Sekolah mula memenangi
anugerah, di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah dengan jumlah 227 anugerah.
Kejayaan besar yang dicapai antaranya ialah Johan Sekolah Harapan Negara Kebangsaan (2005),
Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (2006), Sekolah Kluster Kecemerlangan (2007).

PdPR disinonimkan dengan sebuah batu yang besar. Sukar untuk mengalihkannya. Cabaran
yang utama ialah menggerakkan batu itu supaya tidak menjadi halangan oleh guru-guru dan ibu
bapa.
Kebanyakan murid-murid tidak mempunyai peranti dan internet. Sekolah telah mengambil strategi
yang kreatif dan inovatif untuk menyesuaikan situasi seperti modul, google form, channel youtebe
dan paling utama, mereka menggunakan off-site ketika PdPR Fasa 1 (18 Mac 2020).

Program bersama ibu bapa dirancang seperti Program Ngerupan (Gotong-rotong).


Jawatankuasa program bertanggungjawab membantu guru dan memastikan semua murid terlibat
dalam PdPR. Jawatankuasa program ini membantu mengedarkan modul dan memulangkan modul
kepada guru yang berkenaan. Ruai rumah panjang dijadikan tempat untuk PdPR. Ibu bapa
membantu guru-guru melaksanakan PDPR. Kemudahan-kemudahan peralatan disediakan oleh ibu
bapa.
Program Ai Kitai (Belajar Malam di Rumah Panjang) pula melibatkan ibu bapa bersama-sama
di ruai memantau pembelajaran anak-anak. Guru-guru dihantar untuk mengajar di rumah panjang.
Selain ibu bapa, alumni turut membantu. Kelebihannya ialah guru dapat membimbing secara
individu kerana jumlah murid yang tidak ramai.

Program Begulai Sejalai (Sependapat/Sepakat) pula ialah ibu bapa bersama guru semasa PdP
dalam bilik darjah. Begitu juga pelaksanaan secara off site ketika PdPR.

Rumusannya, semua murid dapat mengikuti PDPR. Tiada murid yang tercicir. PdPR lebih
berkesan kerana ada sokongan daripada ibu bapa semasa pembelajaran. Pencapaian Tahap
Penguasaan (TP) menunjukkan peningkatan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi semua mata
pelajaran semasa Pertengahan Tahun jika dibandingkan dengan Akhir Tahun.

You might also like