You are on page 1of 284

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN
KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
TINGKATAN 5

D SEKOLAH M
DAR EN
AN EN
ST
M

GA
U
UL

H
MPET
KURIK
IKAL

IA
TIF TEKN
N ELEK
LAJARA

YS
MATA PE

LA
EM
K
EN MA
TE AN
R I A N P E N DIDIK
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan


seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara


akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap


tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan


sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,


berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)


MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL

PENGAJIAN
KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
TINGKATAN 5
Penulis
Mohammad Najib bin Ramli
Mohd Zulfabli bin Hasan
Nur Ismalina binti Haris
Zakaria bin Saad

Editor
Md. Baharuddin bin Abdul Rahman
Rahmad Amin bin Abdul Hamid

Pereka Bentuk
Ahmad Hafiz bin Brahim

Illustrator
Abdul Hafiz bin Mat Husin

SASBADI SDN. BHD.


198501006847 (139288-X)
(Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad 201201038178 (1022660-T) )

2020
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGHARGAAN
KPM 0157
ISBN 978-983-77-2085-5 Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama
daripada banyak pihak. Kami ingin
Cetakan pertama 2020 merakamkan penghargaan dan ucapan
© Kementerian Pendidikan Malaysia terima kasih kepada pihak yang berikut:
Semua hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, Muka Surat, Bahagian Sumber dan
disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, Teknologi Pendidikan, Kementerian
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau Pendidikan Malaysia
cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran
• Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
semula mahupun dengan cara perakaman tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Teknologi Pendidikan, Kementerian
Perundingan tertakluk pada perkiraan royalti dan Pendidikan Malaysia
honorarium. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
Diterbitkan untuk Kementerian
Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan Malaysia Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia
Penerbit: • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
Sasbadi Sdn. Bhd. 198501006847 (139288-X)
Teknologi Pendidikan dan Bahagian
(Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad
201201038178 (1022660-T))
Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, Pendidikan Malaysia
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, • Sidang Editorial Penyemakan Pruf
47810 Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-6145 1188 Fax: +603-6145 1199
Laman web: www.sasbadisb.com
Semua pihak yang terlibat secara langsung
E-mel: enquiry@sasbadi.com dalam usaha menjayakan penerbitan buku
ini. Pihak penerbit dan pengarang telah
Reka Letak dan Atur Huruf: Sasbadi Sdn. Bhd.
198501006847 (139288-X)
berusaha untuk mengesan pemilik hak
Muka Taip Teks: Minion Pro cipta bagi bahan grafik yang digunakan
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin dalam buku ini. Bagi pemilik hak cipta lain
yang tidak dapat dikesan atau dihubungi,
Dicetak oleh:
Vinlin Press Sdn. Bhd. (25680-X)
kami mengambil kesempatan ini untuk
No. 2, Jalan Meranti Permai 1 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
Meranti Permai Industrial Park kepada mereka.
Batu 15, Jalan Puchong
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan

ii
KANDUNGAN

MODUL 5 P
PROSES PEMBUATAN
5.1 Pengukuran dan Penandaan 4
5.2 Pemotongan 16
5.3 Penyambungan 35
5.4 Pembentukan 52

MODUL 6 SSISTEM ELEKTROMEKANIKAL


6.1 Komponen Mekanikal 84
6.2 Komponen Elektrik 116

iii
6.3 Sistem Hidraulik 144
6.4 Sistem Pneumatik 165
6.5 Sistem Robotik Asas 184

MODUL 7 REKA BENTUK PROJEK KEJURUTERAAN MEKANIKAL


R
7.1 Reka Bentuk Awal Projek 206
7.2 Reka Bentuk Akhir Projek 236

Glosari 269
Senarai Rujukan 272
Indeks 273

iv
PENDAHULUAN
Buku teks Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 5 ini memberikan penekanan khusus kepada
keseluruhan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Keseluruhan kandungan dalam
buku ini menterjemahkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Buku teks ini mengandungi tiga modul, iaitu Modul 5, Modul 6, dan Modul 7 yang bersambungan
modul daripada buku teks Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4. Dalam Modul 5 (Proses Pembuatan),
murid diperkenalkan tentang proses pembuatan yang meliputi kerja-kerja pengukuran, penandaan,
pemotongan, penyambungan, dan pembentukan benda kerja. Dalam Modul 6 (Sistem
Elektromekanikal), murid diberi pendedahan tentang sistem yang terlibat dalam elektromekanikal yang
meliputi komponen mekanikal dan elektrik, sistem hidraulik, sistem pneumatik, dan sistem robotik
asas. Dalam Modul 7 (Reka Bentuk Projek Kejuruteraan Mekanikal) pula memuatkan kandungan
tentang reka bentuk awal projek dan reka bentuk akhir projek. Dalam modul ini, murid akan
didedahkan tentang aspek mengenal pasti masalah, mencadangkan penyelesaian masalah,
mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan, menganalisis reka bentuk artifak, menilai model
cadangan, dan menghasilkan reka bentuk artifak.
Halaman rangsangan dipersembahkan dalam setiap permulaan modul. Halaman ini
mengandungi gambar foto yang dapat menarik minat murid untuk belajar. Selain gambar foto yang
menarik, beberapa maklumat yang berkaitan turut diterangkan. Bagi memudahkan kefahaman murid,
beberapa maklumat penting disampaikan secara info grafik seperti penggunaan peta i-Think, jadual,
ilustrasi, dan gambar foto.
Buku teks ini juga menerapkan aspek pembelajaran yang berpusatkan murid yang berteraskan
elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif, serta aplikasi nilai murni dan etika yang
menepati kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).
Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi turut ditekankan sejajar dengan keperluan era
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Berikutan teknologi dunia berkembang pesat, akademik juga berkembang
pantas selaras dengan tuntutan modal insan industri. Tujuannya adalah untuk melatih setiap murid
supaya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran sebenar pasaran kerja dan keusahawanan.
Diharapkan penerbitan buku ini dapat membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid
tentang bidang asas kejuruteraan mekanikal. Semoga segala usaha murni yang disumbangkan oleh
pelbagai pihak ini dapat menjayakan objektif KSSM PKM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengenalan Ikon
Standard Pembelajaran Sudut Maya Imbas Maya

Bahagian ini menggariskan penyataan spesifik Kedua-dua ikon ini menandai komponen teks yang
tentang perkara yang mesti diketahui dan boleh diperkaya dengan elemen Internet of Things,
dilakukan oleh setiap murid dalam suatu tempoh khususnya dalam penggunaan aplikasi kod QR dan
persekolahan. Bahagian ini merangkumi aspek AR. Murid didedahkan oleh pelbagai cara
pengetahuan, kemahiran, dan nilai. mendapatkan maklumat yang terdiri daripada
pelbagai media seperti video.
v
UTAMAKAN CABAR
CABAR MINDA
MINDA
KESELAMATAN!
Pada penghujung subtopik dan modul, murid perlu
Aspek pembelajaran dalam bengkel Kejuruteraan
menjawab beberapa soalan yang mencabar minda.
Mekanikal memerlukan murid sentiasa peka dan
Sesuai dengan namanya, sudut ini mengutamakan
berhati-hati dengan pelbagai peralatan tangan dan
aplikasi i-THINK sebagai medium untuk
mesin. Bahagian ini akan menekankan aspek
menyelesaikan masalah.
persediaan dan pencegahan daripada berlakunya
kecelakaan kepada murid sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Sudut ini menyediakan maklumat secara
SUDUT HANDS-ON terperinci tentang sesuatu projek kejuruteraan.
Melalui aktiviti projek, murid diperkenalkan
Pembelajaran yang bertunjangkan STEM harus
dengan pelbagai aspek Standard Operating
diperkaya dengan pelbagai aktiviti berbentuk
Procedure (SOP), kerjasama, dan inovasi. Sudut ini
hands-on. Elemen ini juga penting kerana pembela-
juga akan memperkenalkan murid kepada suasana
jaran secara hands-on menghilangkan kebosanan
pekerjaan sebenar.
rutin pembelajaran chalk and talk. Sudut hands-on
memperkenalkan beberapa aktiviti mudah tetapi
menarik agar murid mendapat pengalaman Titik Pencetus
berharga tentang sesuatu kemahiran.
Sudut ini membawa perhatian murid terhadap
elemen sejarah. Pelbagai aspek sejarah dimuatkan
Info seperti mengenal perintis dalam bidang ini,
Jurutera Muda
pencapaian awal, dan detik kejayaan mereka.
Setiap murid yang sedang mengikuti mata pelajaran Elemen sejarah ini diharap dapat menjadi
ini boleh disifatkan sebagai jurutera muda yang pencetus supaya murid mempunyai minat dan
baru menjejakkan kaki dalam bidang ini. Mereka mencipta produk serta prosedur baharu.
mempunyai 1001 persoalan untuk dijawab. Sudut
ini menyediakan solusi untuk soalan-soalan
Usahawan Idola
tersebut sebelum dibincangkan di dalam kelas.
Dewasa ini, Malaysia menggalakkan para murid
untuk menceburi bidang keusahawanan. Aspek
AKTIVITI KBAT keusahawanan ini amat relevan dengan mata
Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajaran Kejuruteraan Mekanikal yang menekan-
serasi dengan idea Pembelajaran Abad Ke-21 dan kan kemahiran hands-on. Bermodalkan pengala-
Revolusi Industri 4.0. Pelbagai aktiviti KBAT yang man dan pengetahuan tersebut, maka lebih
membuka peluang kepada murid untuk banyak usahawan yang berjaya dapat dilahirkan.
menggunakan aplikasi KBAT yang pelbagai
seperti rajah i-Think dipersembahkan. vi MENUJU IR4.00
IR 4.0 sedang menguasai aspek yang pelbagai
Info Ekstra dalam kehidupan kita. Dalam sudut ini,
perbincangan dilakukan secara berhemah untuk
Murid dirangsang agar menggunakan maklumat
menarik minat murid agar terus menggunakan
tambahan untuk meneroka pembelajaran secara
kemahiran IR 4.0 dalam seluruh aspek kehidupan
mendalam (deep-learning).
dan pembelajaran mereka.

vi
Pengajian
Kejuruteraan
Mekanikal
Tingkatan 5

1
MODUL
UL
5 PROSES PEMBUATAN

Standard Kandungan
r 1FOHVLVSBOEBOpenandaan
r 1FNPUPOHBO
r 1FOZBNCVOHBO
r 1FNCFOUVLBO

Proses pembuatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal melibatkan kemahiran yang pelbagai
dengan alatan tangan dan mesin. Kemahiran mengaplikasikan alatan tangan dan mesin ini akan
membantu dalam menghasilkan projek atau produk secara tepat, jitu, dan kemas.
2
3
5.1 Pengukuran dan Penandaan

5.1.1 Pengenalan Peralatan Pengukuran Standard Pembelajaran


dan Penandaan
Membincangkan
Bidang kejuruteraan menekankan aspek pengukuran untuk penggunaan peralatan
mendapatkan nilai yang tepat. Pengukuran ialah proses untuk kerja pengukuran
kerja mengukur atau menyukat sesuatu menggunakan alat. dan penandaan yang
Penandaan merujuk kepada kerja-kerja membuat tanda tepat.
di atas permukaan logam yang akan dimesin seperti menandakan
garisan, bulatan, lengkuk, jarak, dan pusat sebagai panduan untuk
memesin atau memotong bahan kerja tersebut.
Pengukuran dan penandaan ialah dua proses kerja yang berkait. Proses penandaan dilakukan
dengan berpandukan spesifikasi yang terdapat pada lukisan atau cetakan biru. Setiap penandaan
dilakukan dengan menggunakan alat-alat pengukuran yang khas supaya hasil pengukuran
menepati spesifikasi yang dikehendaki.

5.1.2 Penggunaan Alatan dan Prosedur Standard Pembelajaran


Kerja yang Betul Mengikut
Langkah Keselamatan Menggunakan alat
pengukuran dan
Kerja-kerja mengukur dan menanda perlu dibuat menggunakan penandaan mengikut
peralatan yang sesuai. Alat-alat pengukuran dan penandaan yang prosedur kerja yang
digunakan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal ditunjukkan betul serta mematuhi
langkah keselamatan.
dalam Rajah 5.1.1.

Pengukuran

Kemahiran dan disiplin


ialah dua aspek yang
Alatan berkait antara satu dengan
yang lain. Nyatakan
pendapat anda sekiranya
aspek disiplin diabaikan.
Berikan contoh situasi
yang bersesuaian.

Penandaan

Rajah 5.1.1 Jenis-jenis alatan untuk pengukuran dan penandaan


4
(a) Alat Pengukuran
Pembaris keluli
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli tahan karat.
Pembaris ini mempunyai kepanjangan yang pelbagai
saiz, iaitu antara 6 mm hingga 1 m. Panjang yang lazim
digunakan adalah berukuran antara 150 mm hingga
300 mm. Alat ini digunakan untuk mengukur jarak lurus,
membina garis lurus, dan menguji kerataan permukaan.
Contoh pembaris keluli adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 5.1.1.

Jangka sudut vernier


Gambar foto 5.1.1 Pembaris keluli
Jangka sudut vernier ialah alat untuk
mengukur sudut. Alat ini digunakan dalam
kerja-kerja menanda dan menguji ketepatan
sudut. Ketepatan sudut yang dapat dibaca
adalah sehingga 5′ atau 1 ° dan mampu Rajah 5.1(a) Mengukur panjang
20
mencecah satu pusingan lengkap 360°. Jangka
sudut vernier terbahagi kepada bahagian bilah
dan bahagian dail.
Rajah 5.1(b) Menguji
Bahagian bilah kerataan permukaan

• Terdapat dalam pelbagai ukuran.


• Selalunya berukuran 150 mm atau 300 mm.
• Ukuran ini dimasukkan ke dalam dail,
boleh dikilas, dilaraskan, dan dikunci pada
semua kedudukan sudut.
Rajah 5.1(c) Membina garisan lurus
Bahagian dail Rajah 5.1.2 Pelbagai kegunaan
• Terdiri daripada dua skala, iaitu skala utama pembaris keluli
dan skala vernier.
• Skala utama disenggatkan kepada 360°, 50 60 70 Skala utama
40 80

iaitu daripada 0° ~ 90°, 90° ~ 0°, 0° ~ 90°, 20


30

15
0 15 30 45 60
90

30

90° ~ 0°, dan dinomborkan setiap 10°. 60


45

• Skala vernier disenggatkan kepada Skala vernier 30


40
50 60 70
80
90
20 0
0 15 30 45 60
15

12 bahagian.
30
10

45
10

60
0

20
10

30

• Setiap bahagian skala vernier mewakili 5′


20

40

Bahagian dail
30

50
40

60

atau 1 ° dan setiap 3 senggatan dinomborkan


50

70
60

80
70

2
90

80 0
90 30
80
70

dengan 15′, 30′, 45′, dan 60′. Bahagian bilah

• Kedua-dua skala utama dan skala vernier


Rajah 5.1.3 Bahagian jangka sudut vernier
ini dibuat dua arah daripada angka sifar.

5
Prinsip membaca ukuran jangka sudut vernier
Prinsip membaca ukuran jangka sudut vernier adalah seperti yang berikut:
• Baca senggatan pada skala utama daripada 0 hingga senggatan yang telah dilalui oleh garisan
sifar skala vernier.
• Campurkan jumlah garisan pada skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada
skala utama.
• Bilangan jumlah garisan yang sejajar tersebut didarab dengan 5.

Contoh 1 # Contoh 2 #
20 30
50 60 10
70 40
40 0
80

30 15 15 3 15 15 30
45 0 0 30 0 45
60 45 45 60
60 60

• Garisan sifar (0) skala vernier melepasi • Garisan sifar (0) skala vernier melepasi
garisan ke-60 skala utama. Bacaannya ialah garisan ke-20 skala utama. Bacaannya ialah
60° 00′. 20° 00′.
• Garisan ke-3 skala vernier sejajar dengan • Garisan ke-9 skala vernier sejajar dengan
salah satu garisan pada skala utama. salah satu garisan pada skala utama.
• Setiap 1 senggatan bersamaan dengan 5′, • Setiap 1 senggatan bersamaan dengan 5′,
maka bacaannya ialah 3 × 5′ = 15′. maka bacaannya ialah 9 × 5′ = 45′.
• Maka, jumlah = 60° 15′. • Maka, jumlah = 20° 45′.

Angkup vernier
Angkup vernier merupakan alat pengukuran kejituan dengan
ketepatan sehingga 0.02 mm. Angkup vernier mempunyai
dua skala, iaitu skala utama dan skala vernier. Senggatan
pada skala utama lebih besar daripada skala vernier. Alat
ini digunakan untuk mengukur panjang, diameter luar atau
dalam, serta kedalaman lurah bahan kerja.
Bagi mendapatkan pengukuran, skala vernier digunakan
untuk memperoleh bacaan yang tepat apabila ukuran tersebut
terletak di antara dua tanda senggatan pada satu-satu skala.
Oleh sebab kejituannya yang tinggi, angkup vernier penting
untuk mengukur dan menyukat sesuatu bahan kerja. Gambar foto 5.1.2 Angkup vernier

Rahang dalam

Pengunci

Skala utama
Skala vernier

Rahang luar
Gambar foto 5.1.3 Bahagian-bahagian angkup vernier
6
Kaedah penggunaan angkup vernier
Angkup vernier dapat melakukan tiga pengukuran yang tepat, iaitu:
• membuat bacaan diameter dalam dan diameter luar bahan kerja
• mengukur kelebaran alur dan ketebalan bahan kerja
• mengukur kedalaman atau ketinggian bahan kerja. Gambar foto 5.1.4 menunjukkan cara
g p vernier.
mengambil bacaan pada angkup

Bacaan pada skala


utama +3 mm Senggatan ke-32 pada
skala vernier adalah selari
dengan skala utama

Gambar foto 5.1.4 Cara mengambil bacaan pada angkup vernier

• Bacaan pada skala utama +3 mm sebelum senggatan 0 pada skala vernier


• Bacaan pada skala vernier pada senggatan ke-32 selari dengan skala utama
• Nilai 32 × 0.02 mm = 0.64 mm
• Maka, nilai bacaan adalah 3 mm + 0.64 mm = 3.64 mm

Rahang dalam
Mengukur diameter
dalam objek Bilah pengukur
2
dalam
Skru pengunci Mengukur kedalaman
Mengunci plat vernier objek 3

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

01 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skala vernier

Rahang luar 1
Mengukur diameter
luar objek

Rajah 5.1.4 Kaedah penggunaan angkup vernier

7
Cara-cara menggunakan angkup vernier
Imbas Maya
(a) Sebelum menggunakan angkup vernier, pastikan rahang
tertutup sepenuhnya dengan bacaan sifar seperti yang Sila imbas tentang cara
membaca angkup vernier
ditunjukkan dalam Gambar foto 5.1.5. Sekiranya bacaan yang betul.
tidak pada kedudukan sifar, laraskan rahang angkup
vernier tersebut.

(Dicapai pada
2 September 2020)

Gambar foto 5.1.5 Rahang tertutup sepenuhnya


dengan bacaan sifar

(b) Untuk mengukur diameter luar atau panjang, letakkan


bahan kerja yang hendak diukur itu dan laraskan rahang
luar sehingga tertutup rapat seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 5.1.6. Apabila mengukur objek
silinder, pastikan mengukur diameter penuh.
Gambar foto 5.1.6 Mengukur
(c) Untuk mengukur diameter bahagian dalam bahan kerja,
diameter bahagian luar bahan kerja
masukkan rahang ke ruang dalam bahan kerja tersebut.
Laraskan bukaan rahang sehingga muat sepenuhnya di
dalam ruang bahan kerja seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar foto 5.1.7.

Gambar foto 5.1.7 Mengukur


diameter bahagian dalam
bahan kerja

Gambar foto 5.1.8 Mengukur kedalaman bahan kerja Info Ekstra


Angkup vernier mempunyai
(d) Untuk mengukur kedalaman bahan kerja, masukkan bilah tiga ciri kejituan, iaitu skala
pengukur kedalaman ke dalam ruang bahan kerja tersebut 1 1 1
seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 5.1.8. , skala , dan skala .
10 20 50
(e) Untuk membaca nilai ukuran, pastikan unit bacaan diambil Bacaan skala ini terdapat
pada rahang tetap angkup vernier. Bacaan skala vernier pada bahagian bawah vernier
yang tertera kejituan sama
pula bergantung pada kejituan yang tertera pada angkup.
ada 0.10 mm, 0.05 mm atau
Pastikan kejituan skala vernier sebelum membuat bacaan 0.02 mm.
yang terakhir.
8
Mikrometer
Fungsi mikrometer sama seperti angkup vernier, iaitu sebagai alat pengukuran yang memiliki
kejituan. Alat ini dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Terdapat tiga
jenis mikrometer, iaitu mikrometer luar, mikrometer tolok dalam, dan mikrometer dalam seperti
yang ditunjukkan dalam Gambar foto 5.1.9, Gambar foto 5.1.10, dan Gambar foto 5.1.11.

Gambar foto 5.1.9 Mikrometer luar Gambar foto 5.1.10 Mikrometer


tolok dalam

Gambar foto 5.1.11 Mikrometer dalam

Jadual 5.1.1 Jenis dan kegunaan mikrometer

Jenis Mikrometer Kegunaan


Mikrometer luar Untuk mendapatkan ukuran luar bahan kerja seperti tebal
dan diameter.
Mikrometer dalam Untuk mendapatkan ukuran sebelah dalam seperti
diameter lubang dan jarak antara tepian lurah.
Mikrometer tolok dalam Untuk mengukur kedalaman lubang, lurah, dan alur kunci.

9
Andas Spindal Laras Jidal
Info Ekstra
Penganjak
Mikrometer bekerja
halus
Muka berasaskan pergerakan
spindal Pengunci ulir skru. Permukaan
andas dan spindal juga
dikenal sebagai muka
Bingkai
kerja kerana bahan kerja
diukur di antara dua
Gambar foto 5.1.12 Bahagian-bahagian pada mikrometer permukaan ini.

Kaedah penggunaan mikrometer


Ukuran paling kecil yang boleh dibaca oleh mikrometer ialah Imbas Maya
0.01 mm. Yang berikut ialah unit yang boleh dibaca oleh
mikrometer. Sila imbas tentang cara
(a) Mikrometer 0 – 25 mm membaca mikrometer
yang betul.
– Mengukur sehingga 25 mm
– Bacaan sifar apabila skala laras sejajar dengan jidal dan
permukaan andas tertutup rapat dengan spindal
(b) Mikrometer 25 – 50 mm
– Mengukur antara 25 mm hingga 50 mm
– Bacaan sifar pada skala jidal menunjukkan nilai 25 mm
(Dicapai pada
di antara muka andas dengan spindal 2 September 2020)

Prinsip membaca mikrometer


Prinsip untuk membaca mikrometer adalah
seperti yang berikut:
(a) Rujuk skala utama. Posisi laras dapat dilihat
melepasi senggatan 5 pada bahagian atas.
(b) Seterusnya, skala utama dilihat pada
bahagian bawah garis horizontal yang telah 5.0 + 0.5 + 0.28 = 5.78
melepasi 1 skala yang bernilai 0.5 mm.
(c) Bahagian kedua terlihat ada garis horizontal di skala utama yang sejajar dengan senggatan
ke-28 pada skala jidal 0.28 mm.
(d) Oleh itu, bacaan sebenar pengukuran mikrometer ialah 5.0 + 0.5 + 0.28 = 5.78 mm.

SUDUT HANDS-ON
Nyatakan nilai bacaan diameter
bebola tersebut.

20
0 5 15
mm 10
5

10
Sesiku L
Sesiku L merupakan alat pengukuran yang diperbuat daripada keluli tahan karat serta mempunyai
dua bahagian, iaitu tonggak atau badan dan bilah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.1.5.
Sesiku L digunakan untuk menguji ketepatan sudut tepat 90°, membuat garisan lurus, melaras
bahan kerja supaya tegak, dan menguji kerataan permukaan.

Melaras bahan kerja


supaya tegak

90°

(a) Menguji sudut dalam (b) Menguji sudut luar

(c) Menguji kerataan permukaan (d) Menanda garisan

Rajah 5.1.5 Penggunaan sesiku L

(b) Alat Penandaan


Penggarit
Penggarit merupakan alat penandaan yang diperbuat
daripada keluli berkarbon tinggi, dikeraskan, dan dibaja.
Reka bentuk penggarit mempunyai dua hujung yang tajam
yang digunakan untuk membuat garisan di atas permukaan
bahan kerja.
Penggarit biasanya digunakan bersama dengan alatan
lain seperti pembaris keluli. Semasa menggunakan penggarit,
mata penggarit perlu dicondongkan di sisi tepi pembaris.
Gerakkan penggarit sambil menekannya bagi mendapatkan
garisan yang jelas. Pegang penggarit dengan kemas dengan
jari telunjuk diletakkan selari di bahagian tengahnya. Hasilkan
garisan dengan berhati-hati. Gambar foto 5.1.13 Penggarit
11
Tolok pembahagi
Tolok pembahagi dikenal juga sebagai jangka tolok. Pegas Cemat engsel
Alat ini mempunyai dua batang penggarit keluli yang
untuk kaki
keras. Kedua-dua belah hujung alat ini mempunyai mata
yang tajam. Pada bahagian  pangkal  pula terdapat pegas Nat
yang disangga dengan tuas untuk membolehkannya pelaras
dilaraskan dengan mudah. Alatan tangan ini digunakan
untuk menanda garisan lengkuk atau bulatan pada
bahan kerja, memindahkan ukuran, dan menguji jarak.
Gambar foto 5.1.14 menunjukkan tolok pembahagi. Kaki

Penanda pusat
Penanda pusat merupakan alatan tangan yang diperbuat Gambar foto 5.1.14 Tolok pembahagi
daripada logam. Alat ini terdiri daripada dua jenis, iaitu
yang biasa dan automatik. Alat ini digunakan untuk melakukan tanda titik pada bahan kerja
yang berasaskan bahan logam atau keluli lembut sebelum kerja-kerja melubang bahan dilakukan.
Selain itu, penanda pusat juga digunakan untuk membuat tandaan halus pada satu garisan lurus.
Tandaan ini akan kekal walaupun garisan halus tersebut terpadam. Alatan ini digunakan bersama
dengan tukul bonggol bulat. Semasa hendak melakukan tanda titik pada bahan kerja, pastikan
penanda pusat dalam kedudukan tegak dan diketuk dengan hati-hati. Gambar foto 5.1.15 dan
5.1.16 menunjukkan penanda pusat biasa dan penanda pusat automatik.

Badan

Hujung

Gambar foto 5.1.15 Penanda pusat Gambar foto 5.1.16 Penanda pusat automatik

INFO
KESELAMATAN
Berhati-hati semasa menggunakan
alat pengukuran dan penandaan
kerana alatan ini tajam dan
berbahaya.

Rajah 5.1.6 Cara menggunakan penanda pusat dengan betul

CABAR MINDA

1. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah muka andas mikrometer diletakkan tip tungsten
karbida?
12
5.1.3 Menilai Ketepatan Ukuran dan Standard Pembelajaran
Penandaan Bahan Kerja
Menilai ketepatan
(a) Membaca Angkup Vernier Tentu Ukuran ukuran dan penandaan
0.02 mm bahan kerja berdasarkan
lembaran kerja yang
Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu diberikan.
senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan, iaitu
10, 20, 30, dan seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49 mm
dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama dan sejajar.
Senggatan yang ke-50 skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-49 pada skala
utama. Perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier didapati
apabila 1 mm (nilai satu senggatan pada skala utama) ditolak dengan nilai satu senggatan pada
skala vernier.

Menentukan nilai satu senggatan pada skala vernier

50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama

1 senggatan = 49 = 0.98 mm
50
Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm
= 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm.

Contoh 1

40 50 60 70 80 90
Skala utama

0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 Skala vernier

• Bacaan pada skala utama adalah dalam lingkungan +42 mm


• Bacaan skala vernier senggatan ke-16 yang sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama
= 16 × 0.02 = 0.32 mm
• Jumlah 42.32 mm. Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm.

13
Contoh 2

0 1 2 3 4 5 6

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

• Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 12 × 1 = 12.00 mm


• Bacaan skala vernier senggatan ke-28 yang sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama
= 28 × 0.02 = 0.56 mm
• Jumlah 12.56 mm. Oleh itu, bacaan sebenar ialah 12.56 mm.

(b) Membaca Angkup Vernier Tentu Ukuran 0.05 mm


Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada
tiap-tiap sepuluh senggatan, iaitu 10, 20, 30, dan seterusnya. Skala vernier pula yang panjangnya
19 mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama. Apabila angka sifar di kedua-dua skala
diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke-20 pada skala vernier akan sejajar dengan
senggatan ke-19 pada skala utama.
Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier,
maka tolakkan 1 mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada
skala vernier.

Menentukan nilai satu senggatan pada skala vernier


20 senggatan pada skala vernier = 19 mm skala utama, maka satu senggatan
19
= = 0.95 mm
20
Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.95 mm
= 0.05 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.05 mm.

Contoh 3

20 30 40 50
Skala utama

Skala vernier 0 2 4 6 8 10

• Bacaan skala utama = 25.00 mm


• Bacaan skala vernier apabila senggatan ke-8 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama
= 8 × 0.05 = 0.40 mm
• Jumlah 25.40 mm. Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm.

14
SUDUT HANDS-ON
Tentukan bacaan angkup
kup vernier seperti yang ditunjukkan dalam gambar fot
foto yang berikut.

CABAR MINDA

1. Nyatakan perbezaan antara mikrometer dalam dengan mikrometer tolok dalam.


2. Nyatakan cara untuk menentukan nilai satu senggatan pada skala vernier tentu ukur
0.02 mm.

PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Senaraikan lima alat pengukuran biasa, pengujian, dan penandaan yang lazim digunakan
dalam kerja bengkel mekanikal. Berikan contoh bagi setiap penggunaan alatan tersebut.
2. Bina skala vernier untuk menghasilkan bacaan ukuran 26.62 mm pada angkup vernier
berkejituan 0.02 mm.
3. Senaraikan tiga jenis mikrometer dan berikan contoh penggunaannya dalam proses pengukuran
sesuatu produk kejuruteraan.
4. Nyatakan nama bahagian-bahagian mikrometer yang berlabel dalam rajah di bawah ini.
A B D

G
Modul 5.1:

C
F
E

http://buku-teks.com/
5. Senaraikan empat kegunaan sesiku L. kmtg5_pm5_1
(Dicapai pada
13 September 2020)

15
5.2 PEMOTONGAN

Proses kerja yang paling kerap dilakukan


Standard Pembelajaran
untuk menghasilkan sesuatu projek atau
produk adalah memotong bahan kerja. Menerangkan peralatan untuk kerja pemotongan
di dalam bengkel kejuruteraan:
Proses pemotongan boleh dilakukan sama
i. Alatan tangan: Gergaji, kikir, pahat, dan gunting
ada menggunakan peralatan tangan atau ii. Mesin: Gerudi, larik, kisar, dan canai
mesin. Pemilihan peralatan tangan atau iii. Mesin lanjutan: Computer Numerical Control
mesin bagi proses pemotongan harus sesuai (CNC), Electrical Discharge Machine (EDM),
dengan bahan yang hendak dipotong. plasma, dan laser

Pemotongan

Alatan Tangan Bahagian Utama Prosedur Langkah


Mesin Penggunaan Keselamatan
• Gergaji • Kikir Mesin
• Pahat • Gunting • Mesin • Mesin
• Mesin Logam Gerudi Kisar
Pemotongan • Mesin • Mesin
Larik Canai

Rajah 5.2.1 Peralatan dan prosedur dalam proses kerja pemotongan

5.2.1 Alatan Tangan untuk Kerja Pemotongan


(a) Gergaji
Gergaji digunakan untuk memotong bahan logam kepada saiz yang dikehendaki. Gergaji terbahagi
kepada gergaji tangan dan mesin gergaji kuasa.

Gergaji tangan
Gergaji tangan digunakan untuk memotong bahan
logam secara insani. Bahan yang dipotong tidak terlalu
besar dan dalam kuantiti yang sedikit. Gambar foto 5.2.1
menunjukkan gergaji tangan manakala Gambar foto 5.2.2
menunjukkan cara memegang gergaji tangan dengan
betul semasa proses memotong benda kerja.
Bingkai Pemegang

Gambar foto 5.2.2 Kaedah memegang


gergaji tangan semasa memotong benda
Bilah mata gergaji kerja pada ragum meja
Gambar foto 5.2.1 Gergaji tangan
16
Mesin gergaji kuasa
Mesin gergaji kuasa digunakan untuk memotong bahan logam bersaiz besar yang tidak boleh
dipotong secara insani. Mesin ini menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi. Mesin ini boleh
memotong logam dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Gambar foto 5.2.3 menunjukkan proses
pemotongan paip keluli berongga menggunakan mesin gergaji kuasa.
Bingkai

Suis keselamatan

Suis ON/OFF

Mata gergaji
Kotak kawalan
Suis mesin
Pengikat ragum

Ragum

Gambar foto 5.2.3 Mesin gergaji kuasa

(b) Kikir
Kikir ialah alatan tangan yang digunakan untuk mengurangkan ketebalan, melicinkan permukaan,
dan membentuk bahan atau produk. Cara mengikir dengan betul ialah tekanan dikenakan
ke atas kikir sewaktu kikir disorong ke hadapan. Manakala, tekanan tidak lagi dikenakan semasa
kikir ditarik ke belakang. Gambar foto 5.2.4 menunjukkan pelbagai jenis kikir yang digunakan
untuk melakukan kerja. Rajah 5.2.2 pula menunjukkan cara memegang kikir yang betul semasa
proses mengikir.

Info Ekstra
Terdapat beberapa
jenis potongan gigi
kikir, iaitu:
• Potongan silang:
digunakan untuk
melakukan kerja
mengikir kasar.
• Potongan selari:
digunakan untuk
melakukan kerja
penyudahan.

Gambar foto 5.2.4 Pelbagai jenis Rajah 5.2.2 Cara memegang kikir
kikir digunakan untuk melakukan semasa melakukan kerja mengikir
kerja mengikir
17
Jenis-jenis kikir dan kegunaannya
Kikir terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk bergantung pada kegunaannya seperti dinyatakan
dalam Jadual 5.2.1.
Jadual 5.2.1 di bawah ini menunjukkan jenis-jenis kikir yang digunakan di bengkel kerja
serta kegunaannya.
Jadual 5.2.1 Jenis-jenis kikir dan kegunaannya

Kikir rata ulat


Kikir bulat
uk segi empat dan pipih
• Berbentuk ntuk bulat
• Berbentuk
kan untuk kerja-kerja
• Digunakan nakan untuk membesarkan
• Digunakan
am dan meratakan ter lubang dan bentuk
diameter
aan benda kerja
permukaan uh bulat
separuh

kir separuh bulat


Kikir Kikirr segi tiga
• Berbentuk separuh bulat, dikenali rbentuk segi tiga
• Berbentuk
uga sebagai kikir belah rotan
juga gunakan untuk mengikir bahagian
• Digunakan
• Digunakan untuk kerja-kerja ng bersudut pada bahagian luar dan
yang
penyudahan bagi bentuk hagian dalam bahan kerja
bahagian
separuh bulat gunakan juga untuk
• Digunakan
embesarkan penjuru
membesarkan
ng bersudut
yang

Kikir segi empat Kikir jarum


• Berbentuk segi empat • Tersedia dalam satu set yang mengandungi
• Digunakan untuk membesarkan lubang empat hingga 12 jenis kikir
yang berbentuk segi empat • Digunakan untuk kerja-kerja penyudahan
• Digunakan untuk mengikir komponen projek
bahagian alur bahan kerja • Digunakan untuk
mengilat bahagian
benda kerja yang
bersaiz kecil

18
(c) Pahat
Pahat ialah alatan tangan dengan hujung bersudut pemotongan. Pahat digunakan bersama dengan
tukul. Pahat digunakan untuk memotong dan menatal dengan kaedah menyerpih bahan logam
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.4.

Sudut cakah

Garisan Sudut titik


normal
Sudut
condong

Sudut kelegaan

Rajah 5.2.3 Sudut pemotongan pahat Rajah 5.2.4 Menyerpih logam menggunakan pahat

Jenis-jenis pahat dan kegunaannya

Pahat mata rata Pahat mata lintang


• Melakukan kerja-kerja • Membentukk alur ku
kunci
memotong logam nipis • Memotong
motong celahan yang
• Memotong rod yang tidak dapat dipotong oleh
berdiameter kecil pahat mata rata
perm
• Meratakan permukaan

Pahat mata
bentuk intan Pahat mata bulat
• Memahat penjuru tajam • Membuat alur minyak
tulkan kedudukan
• Membetulkan ked • Membentuk penjuru
lubang gerudi yang bulatt
teranjak dari pusat lubang
yang asal

19
(d) Gunting Logam
Gunting logam ialah alatan berbilah atas dan bawah pada hujungnya. Gunting ini berfungsi
memotong logam secara membahagi. Ketebalan kepingan logam yang boleh dipotong adalah
terhad kepada 1 mm sahaja. Gunting logam terdiri daripada gunting lurus dan gunting lengkung
seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 5.2.5 di bawah.

Jika ketebalan logam lebih daripada 1 mm, perincih tuas


tangan seperti dalam Gambar foto 5.2.6 boleh digunakan.
Alatan ini juga boleh digunakan untuk memotong
rod logam berdiameter kecil. Mesin pemotong perincih kepersegian
pula digunakan untuk memotong kepingan logam yang mengunyah
ketebalan sehingga 3 mm seperti dalam Gambar foto 5.2.7.

Gambar foto 5.2.5


Gunting logam lurus
dan lengkungg

Gambar foto 5.2.6 Gambar foto 5.2.7


Perincih tuas tangan Pemotong perincih kepersegian

(e) Mesin Pemotongan


Pelbagai mesin digunakan di dalam bengkel bagi membantu proses pembuatan atau menghasilkan
projek. Mesin-mesin seperti mesin gerudi, mesin larik, mesin kisar, dan mesin canai merupakan
mesin yang kerap digunakan dalam kerja-kerja pemotongan bahan logam.

Mesin gerudi
Mesin gerudi digunakan untuk membuat lubang tembus atau lubang buntu menggunakan mata
gerudi. Selain menggerudi, mesin gerudi juga boleh digunakan untuk proses menggerek, melulas,
dan membuat lubang benam. Mesin gerudi dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut fungsi
dan proses kerja yang boleh dilakukan.
20
Mesin gerudi tangan Bindu

• Terbahagi kepada jenis berwayar yang menggunakan


sumber elektrik dan tanpa wayar yang menggunakan
sumber bateri berkuasa 12 V.
• Berfungsi untuk membuat lubang pada benda kerja. Mata gerudi
• Digunakan bersama dengan mata gerudi berpintal Suis
yang pelbagai saiz.
• Diameter lubang maksimum yang boleh dibuat oleh
mesin ini adalah sehingga 13 mm.
• Mata gerudi diletakkan pada titik tanda pada benda Gambar 2 8 Mesin gerudi tangan
mbar foto 55.2.8
kerja semasa menggunakan mesin.
Penutup takal Tuas
• Tekan suis gerudi secara perlahan-lahan semasa mula kendalian
menggerudi.
• Pegang pemegang utama dan pemegang tengah
gerudi dengan kukuh bagi melancarkan kerja-kerja
menggerudi.
• Gambar foto 5.2.8 menunjukkan mesin gerudi tangan.
Bindu Motor
Mesin gerudi meja
Turus
• Mesin gerudi ini mempunyai turus pendek.
• Mesin jenis ini dipasang di atas meja. Meja
mesin
• Saiz gerudi ditentukan oleh keupayaan bindu
untuk memegang mata gerudi yang bersaiz 3 mm
sehingga 13 mm. Tapak
• Digunakan untuk membuat lubang pada logam.
• Dikendalikan oleh motor yang dijanakan oleh
arus elektrik. Gambar foto 5.2.9 Mesin gerudi meja
• Mempunyai sistem takal bagi melaraskan kelajuan
yang berbeza. Penutup takal
• Kelajuan yang sesuai bagi putaran mata gerudi
ditetapkan mengikut diameter mata gerudi dan jenis
bahan yang digerudi. Motor
• Kelajuan yang rendah digunakan untuk membuat
Tuas
lubang berdiameter besar pada  bahan kerja yang Bindu
kendalian
keras seperti keluli lembut.
• Kelajuan yang tinggi digunakan untuk membuat Turus
lubang pada bahan kerja logam yang lembut. Meja Pengunci
• Gambar foto 5.2.9 menunjukkan mesin gerudi meja. mesin meja

Mesin gerudi tiang


• Digunakan untuk melakukan kerja-kerja menggerudi
pada benda kerja bersaiz besar.
Tapak
• Mampu membuat lubang yang berdiameter
13 mm dan ke atas.
• Gambar foto 5.2.10 menunjukkan mesin gerudi tiang. Gambar foto 5.2.10 Mesin gerudi tiang
21
Mesin gerudi jejarian
• Bersaiz besar dan mampu menanggung gegaran
dan getaran semasa proses penggerudian
menggunakan mata gerudi yang besar.
• Digunakan untuk membuat lubang yang besar
pada komponen yang bersaiz besar, contohnya
pada set acuan suntikan plastik.
• Bahagian lengan mesin boleh dilaraskan pada
sudut dan jarak tertentu. Gambar foto 5.2.11 Mesin gerudi jejarian
• Gambar foto 5.2.11 menunjukkan mesin
gerudi jejarian.

Mesin larik
• Digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti
melarik selari permukaan sebelah luar atau
dalam, menggerudi, membenang, menggerek,
menampung, dan melorek.
• Pemotongan dilakukan dengan mata alat
pemotong diarahkan kepada benda kerja yang
Gambar foto 5.2.12 Mesin larik
sedang berpusing.
• Suapan mata alatan dilakukan sama ada selari
atau bersudut tepat dengan paksi benda kerja.
• Mata alatan pemotong boleh disuapkan bersudut
dengan benda kerja seperti dalam kerja
pemotongan tirus.
• Gambar foto 5.2.12 menunjukkan mesin larik.

Mesin kisar
• Digunakan untuk memotong bahan logam
secara menyerpih menggunakan mata pemotong
berbilang hujung.
• Mata pemotong berputar pada kedudukan
mengufuk atau menegak. Gambar foto 5.2.13 Mesin kisar menegak
• Benda kerja yang dicengkam pada ragum di atas
meja kerja digerakkan ke arah mata pemotong.
• Kerja menyerpih bahan logam menggunakan
mesin kisar dikenal sebagai kerja mengisar.
• Mesin ini berbeza daripada mesin-mesin lain dari
segi penggunaan mata alatan dan cara memegang
benda kerja.
• Terdapat dua jenis mesin kisar yang digunakan
dalam kerja kejuruteraan, iaitu mesin kisar
menegak dan mesin kisar melintang.
• Gambar foto 5.2.13 dan Gambar foto 5.2.14
menunjukkan mesin kisar menegak dan mesin
kisar melintang. Gambar foto 5.2.14 Mesin kisar melintang
22
Mesin kisar menggunakan mata alatan tunggal atau mata alatan berbilang. Manakala benda
kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau diikat terus pada meja mesin tersebut.
Mesin kisar juga dilengkapi dengan berbagai-bagai alatan seperti alatan tambahan, pemegang
benda kerja, dan pemegang mata alat. Mesin pengisar melakukan pelbagai kerja mengisar seperti
yang berikut:
• Membuat lubang
• Membuat sudut tepi
• Membuat lubang senggat atau lurah T
• Membuat tanggam
• Mengisar lurah
• Mengisar rata

Contoh-contoh proses kerja yang dilakukan pada mesin kisar ditunjukkan dalam Rajah 5.2.5.

(a) Bentuk lurah (b) Bentuk lurah T (c) Bentuk lurah bersudut
(ekor merpati)

(d) Alur kunci (e) Membuat lubang (f) Sudut tepi berkembar
di antara pusat-pusat
lubang dengan tepat

Rajah 5.2.5 Kerja yang dilakukan pada mesin kisar

Mesin canai
• Mesin canai digunakan untuk proses pembuangan logam menggunakan roda pencanai yang
berputar.
• Diperbuat daripada bahan pelelas yang diikat dengan bahan pengikat.
• Dua proses mencanai yang utama ialah proses penajaman dan proses mencanai jitu.
• Proses penajaman digunakan untuk menajamkan alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin
larik, mata gerudi, pisau, dan lain-lain.
• Proses mencanai jitu pula digunakan dalam industri bagi menghasilkan kemasan permukaan
benda kerja yang baik serta mendapatkan ukuran yang tepat.
• Empat jenis mesin pencanai yang digunakan dalam bengkel ialah mesin pencanai tangan, mesin
pencanai meja dan kaki, mesin pencanai permukaan, dan mesin pencanai silinder.
23
Rajah 5.2.6 di bawah ini menunjukkan jenis-jenis mesin pencanai.

Mesin pencanai tangan Mesin pencanai meja dan kaki

Mesin
Pencanai

Mesin pencanai silinder


Mesin pencanai permukaan

Rajah 5.2.6 Jenis-jenis mesin pencanai

Mesin lanjutan
• Mesin ini dilengkapi dengan sistem pergerakan yang
dikawal dan diarahkan menggunakan arahan numerikal
(numerical control). Jurutera Amerika Syarikat,
John Parsons pernah
• Kawalan automasi mesin-mesin seperti mesin larik, kisar, dan
berfikir pada tahun 1940-an
pencetak 3D dilakukan menggunakan komputer. bahawa prinsip penciptaan
• Arahan kerja kepada mesin ini dilakukan dengan menggunakan dan penemuan alat kawalan
kod yang dimasukkan ke dalam sistem kawalan mesin atau mesin berangka (NC),
dijanakan daripada lukisan terbantu komputer (CAD). pelopor mesin CNC pada
• Digunakan untuk melakukan kerja membentuk logam hari ini akan mempunyai
kesan mendalam terhadap
yang mempunyai reka bentuk yang rumit dan pelbagai industri pembuatan moden.
bentuk sukar.

Computer Numerical Control (CNC)


• Mesin-mesin yang dilengkapi dengan arahan KAWALAN BERANGKA TERKOMPUTER
dikenali sebagai Computer Numerical Control (CNC).
• Mesin yang dilengkapi dengan CNC dapat menghasilkan produk secara seragam dan dalam
kuantiti yang banyak.
• Mesin ini juga mampu menghasilkan produk yang berbentuk rumit dan berkejituan tinggi.
24
Jadual 5.2.2 di bawah ini menunjukkan kod yang digunakan dalam program mesin CNC.
Jadual 5.2.2 Kod yang digunakan dalam program mesin CNC

Kod yang digunakan dalam program


Info Ekstra
G00 – Pergerakan pantas
Program NC sebenarnya
G01 – Pergerakan linear merupakan sejumlah urutan
perintah logik yang dibuat
G21 – Dimensi dalam unit metrik bagi suatu jenis mesin
perkakas CNC dalam rangka
T01 – Merujuk kepada nombor mata alat pembuatan suatu komponen
mesin/peralatan. Prinsip
M06 – Merujuk kepada arahan mengubah mata alat penulisan program NC
M03 – Pusingan pengumpar (ikut arah jam) larik hampir sama dengan
program NC kisar. Bezanya
M04 – Pusingan pengumpar (melawan arah jam) hanya pada paksi. Pada
umumnya, program NC
T01 M06 – Perubahan alat automatik ke alat 1 larik menggunakan paksi X
dan paksi Z.
M30 – Program berakhir

Contoh mesin CNC adalah seperti dalam Gambar foto 5.2.15 dan Gambar foto 5.2.16.

Gambar foto 5.2.16


Mesin kisar CNC

Gambar foto 5.2.15 Mesin larik CNC

Mesin elektro nyahcas


• Mesin Elektro Nyahcas atau Electrical Discharge Machine
(EDM) digunakan untuk memotong bentuk rongga logam
dalam pelbagai bentuk yang tidak mampu dilakukan oleh
mesin kisar, mesin larik, atau mesin konvensional yang lain.
• Mesin EDM paling sesuai digunakan untuk membuat
rongga pada plat acuan suntikan plastik dan proses acuan
tuangan logam.
• Semua bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
boleh dipotong menggunakan mesin EDM tetapi proses
pemotongan pada mesin EDM amat perlahan.
• Biasanya mesin ini digunakan untuk pemotongan penyudahan.
• Hasil penyudahan permukaan pada mesin EDM sangat baik.
Gambar foto 5.2.17 Mesin EDM
25
Mesin pemotong plasma
• Mesin pemotong plasma digunakan untuk memotong keluli atau logam yang tidak boleh
dipotong menggunakan kaedah pemotongan Oksi-Asetilena.
• Mesin ini dapat memotong keluli tahan karat setebal 130 mm.
• Mesin ini menggunakan prinsip mengion gas-gas seperti argon, nitrogen, dan oksigen
dengan menggunakan tenaga elektrik sehingga meningkatkan suhu gas antara 11 000°C
hingga 27 000°C.

Gambar foto 5.2.18 menunjukkan mesin pemotong plasma sedang digunakan untuk memotong
kepingan keluli tahan karat.

Gambar foto 5.2.18 Mesin pemotong plasma

Mesin pemotong laser


• Mesin pemotong laser yang ditunjukkan dalam Gambar foto 5.2.19
digunakan untuk memotong kepingan logam atau bukan logam Info Ekstra
dalam pelbagai bentuk dan saiz. Laser ialah singkatan
• Ketebalan bahan yang dipotong bergantung pada saiz arus elektrik bagi Light Amplication
yang digunakan pada mesin laser. by Stimulated
Emission of Radiation.
• Menggunakan prinsip cahaya yang dipancarkan ke sistem kanta
yang mengandungi oksigen atau karbon dioksida.
• Haba lampau yang terhasil daripada pancaran cahaya laser akan
dipancarkan melalui kanta menumpu yang boleh memotong bahan
yang terkena pancaran laser tersebut.

Gambar foto 5.2.19 Mesin pemotong laser

CABAR MINDA

Apakah kelebihan mesin EDM apabila tidak berlaku sentuhan secara terus antara mata alat
pemotong (elektrod) dengan benda kerja?
26
5.2.2 Bahagian Utama Mesin Standard Pembelajaran
(a) Mesin Gerudi Menerangkan bahagian
utama mesin gerudi,
larik, kisar, dan canai.

Tuas kendalian

Motor elektrik

Bindu
Turus

Mata gerudi

Meja mesin

Pelaras meja

Tapak

Imbas Maya
Sila imbas tentang
mesin gerudi

27
(b) Mesin Kisar

Motor

Kawalan kelajuan
pelbagai
Suis motor

Kepala alat
Panel bacaan digital
Tuil pemilih
kelajuan
Penganjak

Spindal

Kunci meja
Meja mesin

Penggerak
meja

Sela

Lutut Turus

Tapak Penggerak sela

Imbas Maya
Sila imbas tentang
mesin kisar

28
(c) Mesin Larik
Tiang mata alat Kekesot bergabung
Kekesot lintang
Spindal dengan bindu
Pengangkut
Alatan belakang
Landasan

Alatan
hadapan
Landasan

Imbas Maya
Sila imbas tentang
mesin larik
Pelana

(d) Mesin Canai


Pelindung mata

Penampan percikan

Roda kasar
Roda halus

Penutup roda Tempat letak


mata alat
Suis ON/OFF

Imbas Maya
Sila imbas tentang
mesin canai

Kaedah yang selamat


untuk mencanai

CABAR MINDA

Proses menyagat truing perlu dilakukan ke atas roda pencanai. Pada pendapat anda, mengapakah
proses tersebut perlu dilakukan?
29
5.2.3 Prosedur Operasi Standard (SOP) Standard Pembelajaran
Penggunaan Mesin
Menerangkan prosedur
SOP penggunaan mesin sangat penting disediakan pada setiap operasi standard (SOP)
mesin. SOP ini perlu diletakkan atau ditampal pada mesin penggunaan mesin
bertujuan sebagai panduan penggunaan mesin yang standard gerudi dan mesin canai
oleh pengguna. SOP juga akan mengurangkan kebergantungan untuk melakukan kerja
memotong.
pengguna mesin daripada bimbingan guru.
SOP ini wajib diikuti sebelum, semasa, dan selepas
menggunakan mesin tersebut bagi memastikan keselamatan
kepada pengguna, mesin, dan benda kerja. Contoh SOP
penggunaan mesin gerudi dan mesin canai yang disediakan pada
mesin untuk dirujuk oleh pengguna adalah seperti yang berikut:

MAKLUMAT MESIN

Nama Mesin: Mesin Canai Meja


Model Mesin: CM500
Punca Kuasa: 230 Volt

Sebelum
• Pastikan mendapat kebenaran
daripada guru
• Periksa keadaan fizikal peralatan
terlebih dahulu
• Pastikan persekitaran bersih dan selamat
• Pastikan benda kerja bebas daripada
benda asing
• Gunakan pakaian keselamatan dan
peralatan perlindungan diri
• Pastikan pelindung keselamatan dipasang
ang
pada mesin

Semasa
• Tekan suis ON mesin
• Biarkan roda canai berputar seketika
• Pegang benda kerja dengan kemas
• Mulakan operasi mencanai
• Gunakan cecair penyejuk jika perlu

Selepas
• Tekan suis OFF mesin
• Pastikan roda canai berhenti sepenuhnya
ya
• Bersihkan mesin dan persekitaran
tempat kerja
• Susun semula peralatan yang telah
digunakan ke tempat asalnya

30
MAKLUMAT MESIN

Nama Mesin: Mesin Gerudi Meja


Model Mesin: GM200
Punca Kuasa: 230 Volt

Sebelum
• Pastikan mendapat kebenaran daripada guru
• Isikan borang atau rekod penggunaan mesin
• Periksa keadaan fizikal peralatan
terlebih dahulu
• Pastikan persekitaran bersih dan selamat
• Pastikan benda kerja bebas daripada benda asing
• Gunakan pakaian keselamatan dan peralatan
perlindungan diri
• Pastikan pelindung keselamatan dipasang
pada mesin
• Pastikan kelajuan mesin adalah betul

Semasa
• Tekan suis ON mesin
• Biarkan spindal mesin berputar seketika
• Pegang pemegang dengan kemas dan benda kerja
diikat kemas pada ragum
• Mulakan operasi menggerudi secara perlahan
• Kembalikan pemegang pada kedudukan asal
selepas menggerudi

Selepas
• Tekan suis OFF mesin
• Pastikan spindal mesin
berhenti sepenuhnya
• Keluarkan bahan kerja daripada ragum
• Bersihkan mesin dan persekitaran
tempat kerja
• Susun semula peralatan yang telah digunakan
ke tempat asalnya

CABAR MINDA

Selepas suis mesin canai ditekan ON, mengapakah roda canai perlu dibiarkan berputar seketika
sebelum memulakan kerja mencanai?

31
5.2.4 Prosedur Pemotongan Menggunakan Standard Pembelajaran
Alatan Tangan dan Mesin Mengikut
Mengaplikasikan prosedur
Prosedur Kerja yang Betul dan pemotongan menggunakan
Mematuhi Langkah Keselamatan alatan tangan dan mesin
mengikut prosedur kerja
Carta alir di bawah ini menunjukkan cara menggunakan alatan yang betul dan mematuhi
tangan dan mesin mengikut prosedur kerja (SOP) yang betul. langkah keselamatan.

• Murid meminta kebenaran daripada guru


• Merekodkan penggunaan alatan tangan atau mesin dalam
buku rekod
SEBELUM • Memilih jenis alatan tangan atau mesin yang betul dengan
proses kerja yang hendak dilakukan
• Memastikan tempat kerja selamat
• Mengikat benda kerja yang berkaitan dengan kemas pada
ragum meja

• Melaksanakan proses kerja terhadap benda kerja dengan


SEMASA kaedah yang betul
• Membuat semakan dan kemajuan proses terhadap benda kerja
dari semasa ke semasa
• Memastikan benda kerja dalam keadaan yang selamat dan
sempurna. Pastikan alatan tangan atau mesin sentiasa dalam
keadaan asal dan selamat digunakan.

• Membersihkan alatan tangan atau mesin daripada serpihan


SELEPAS
logam
• Membersihkan kawasan kerja
• Menyimpan alatan tangan di tempat asalnya, matikan suis
mesin boleh alih di tempat asal

AKTIVITI JURUTERA MUDA


1. Gunakan kata kunci drilling machine dan cari maklumat tentang operasi mesin gerudi dalam
bidang industri. Bincangkan carian anda di dalam kelas.
2. Bincangkan jenis-jenis mesin gerudi yang terdapat di dalam bengkel dan nyatakan kelebihan
setiap mesin gerudi tersebut.
3. Bincangkan mesin pencanai yang sesuai untuk pelbagai jenis kerja mencanai seperti
menajamkan mata pahat, melicinkan permukaan rata benda kerja, dan menajamkan mata
alat gerudi.

32
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Namakan bahagian-bahagian gergaji tangan yang berlabel A, B, dan C di bawah ini.
A B

2. Nyatakan lima sebab bilah gergaji patah ketika melakukan kerja menggergaji.

3. Nyatakan setiap kegunaan kikir yang dinyatakan di bawah ini. Lakarkan contoh benda kerja
yang bersesuaian dengan kegunaan kikir tersebut.
Jenis Kikir

(a) Kikir segi tiga

(b) Kikir bulat

(c) Kikir rata

4. Lakarkan dan labelkan sudut pemotongan pahat.


5. Jadual berikut menunjukkan empat jenis pahat. Nyatakan kegunaan setiap jenis pahat tersebut.
Jenis Pahat

(a) Pahat mata rata

(b) Pahat mata bentuk intan

(c) Pahat mata bulat


Modul 5.2:
(d) Pahat mata lintang

6. Terangkan langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan


mesin gerudi.

http://buku-teks.com/
kmtg5_pm5_2
(Dicapai pada 13
September 2020)

33
AKTIVITI KBAT
PROJECT BASED LEARNING (PBL): PROJEK PEMOTONGAN
Standard Pembelajaran: 5.1.2 dan 5.2.4

Ringkasan Aktiviti:
Murid dikehendaki menyiapkan projek menggegas berdasarkan spesifikasi yang terdapat
pada lukisan yang diberi. Projek ini terdiri daripada dua benda kerja, iaitu Plat A berbentuk
T dan Plat B berbentuk U. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Guru membantu dengan
memberikan satu benda kerja sama ada Plat A atau Plat B untuk disiapkan oleh setiap
kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyiapkan projek yang telah diberikan oleh guru dan
kemudian menggabungkan Plat A dan Plat B secara berpasangan untuk proses pemarkahan.

Lukisan Projek:
18

R16
9 ∅3 X 4 Holes
∅8 – 10 DEEP
10

15 20 15
10
∅3 ∅3
25

50

Cadangan Aktiviti:
1. Murid berada dalam kumpulan dan berbincang langkah demi langkah yang terlibat bagi
menghasilkan projek pemotongan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
2. Murid perlu mengenal pasti peralatan dan mesin yang sesuai untuk digunakan
dalam projek.
3. Senaraikan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang menghasilkan projek.
4. Hasilkan projek pemotongan yang dikehendaki.
5. Selepas projek siap, setiap kumpulan perlu menggabungkan Plat A dan Plat B secara
berpasangan bagi proses pemarkahan oleh guru.
6. Setiap kumpulan juga perlu menyiapkan laporan projek dan dibentangkan di dalam kelas
bersama-sama projek yang dihasilkan.
7. Pada bahagian perbincangan, kaitkan lebihan benda kerja yang dipotong dengan
kepentingan penggunaan bahan sumber secara optimum.

Tip KBAT
Murid digalakkan menggunakan Peta Pemikiran (i-Think), contohnya sewaktu
menyenaraikan langkah yang terlibat dalam projek ini.

34
5.3 Penyambungan

5.3.1 Jenis Penyambungan


Proses menghasilkan produk berasaskan kejuruteraan melibatkan Standard Pembelajaran
pemilihan bahan, proses pemotongan, dan proses penyambungan.
Rajah 5.3.1 menunjukkan jenis-jenis penyambungan yang dapat Menerangkan jenis
penyambungan dalam
diaplikasikan dalam menyiapkan kerja sambungan logam.
bengkel kejuruteraan

Penyambungan

Sambungan Sambungan
Tidak Kekal Kekal

Rajah 5.3.1 Jenis-jenis penyambungan

5.3.2 Jenis Sambungan Kekal dan


Tidak Kekal
Jenis sambungan terbahagi kepada dua, iaitu sambungan tidak
Standard Pembelajaran
kekal dan sambungan kekal. Sambungan tidak kekal biasanya
digunakan pada bahagian enjin kenderaan dan peralatan mesin Menerangkan jenis
yang digunakan di dalam bengkel kejuruteraan. Penyambungan penyambungan kekal
jenis ini memudahkan proses menyelenggara, membaiki, dan dan penyambungan tidak
menukar komponen yang rosak dan haus. Kebanyakan komponen kekal yang digunakan
pada suatu produk
pada enjin kenderaan dan barangan elektrik menggunakan kaedah
sambungan tidak kekal.

Gambar foto 5.3.1 Penggunaan kaedah sambungan tidak kekal

35
Sambungan kekal pula ialah jenis sambungan yang menghasilkan satu ikatan yang kekal dan tidak
boleh berubah-ubah supaya hasil ikatan lebih kuat dan kukuh. Kerangka basikal dan kereta adalah
contoh produk yang menggunakan kaedah sambungan kekal proses
kimpalan. Proses merivet juga merupakan satu contoh
sambungan kekal yang dapat dilihat pada
pembinaan kapal, bas, dan jambatan.

b ffoto 5.3.2 Penggunaan kaedah


Gambar k sambungan kekal

(a) Sambungan Tidak Kekal


Standard Pembelajaran
Pengikat
Pengikat digunakan secara mekanikal untuk menyambungkan dua Menerangkan jenis
penyambungan di dalam
atau lebih komponen sama ada daripada jenis bahan yang sama bengkel kejuruteraan
atau berlainan. Pengikat dikategorikan sebagai kaedah sambungan jenis pengikat: bolt, nat,
tidak kekal. sesendal, stad, dan skru

Pengikat

Rajah 5.3.2 Jenis-jenis pengikat yang biasa digunakan

Bolt

Sesendal

Komponen 1

Komponen 2

Sesendal

Nat

Rajah 5.3.3 Penggunaan pengikat untuk menyambung komponen


36
Bolt
Bolt digunakan bersama dengan nat untuk menyambungkan kepala
dua atau lebih komponen melibatkan bahan berasaskan batang
logam atau bukan logam. Terdapat pelbagai jenis bolt di ulir
pasaran yang ditentukan oleh jenis kepala bolt, panjang bolt,
dan diameter bolt. diameter

Rajah 5.3.4 Bahagian-bahagian


pada bolt panjang

Jenis-jenis bolt

Hexagon bolt
• Kepala berbentuk hexagon
• Contohnya, digunakan untuk penyambungan komponen pada
mesin

Anchor bolt
• Untuk menyambungkan dua komponen yang berbeza bahan
• Mencengkam bahagian dalam lantai atau dinding bagi
mengetatkan sambungan
• Contohnya, dipasang pada lantai dan dinding konkrit untuk
disambungkan dengan motor elektrik pintu pagar automatik

Square bolt
• Kepala berbentuk empat segi
• Untuk penyambungan yang tepat dan ketat
• Contohnya, dipasang pada bahagian enjin kenderaan

Flange bolt
• Beban diagihkan secara sekata di sekeliling permukaan bolt
• Mampu menahan beban yang kuat
• Contohnya, dipasang pada perabot seperti rak simpanan
peralatan logam bertingkat dan meja kerja di bengkel

Carriage bolt
• Kepala berbentuk separuh bulat
• Mencantumkan bahan kayu dan logam untuk menghasilkan
permukaan yang kemas
• Contohnya, dipasang pada perabot seperti meja, kerusi, dan
rak buku

37
Nat
Nat digunakan bersama dengan bolt dalam proses penyambungan bagi mengetatkan sambungan
bahan kerja seperti kayu dan logam. Ulir dalam nat mestilah sepadan dengan ulir luar bolt. Pelbagai
jenis bentuk dan saiz nat digunakan dalam proses penyambungan. Nat dibezakan mengikut jenis
kepala dan diameter.

Nat heksagon

• Digunakan bersama dengan


bolt atau stad untuk kerja-kerja
penyambungan secara umum

Nat segiempat

• Digunakan bersama dengan


bolt untuk mengikat komponen
pada mesin dan kenderaan

Nat kota

• Digunakan bersama dengan cemat belah


(pin pengunci) bagi mengelakkan ikatan
menjadi longgar
• Cemat belah digunakan pada aci berlubang
pada benang di bahagian hujung sebelah
luar nat kota

Nat kepak/telinga
• Mempunyai bahagian yang
berbentuk separuh kepak
• Kepak digunakan untuk mengetat
atau melonggarkan ikatan dengan
menggunakan tangan tanpa alatan

Nat topi/bertutup

• Bertujuan melindungi bebenang


pada nat
• Melindungi hujung bucu yang
tajam

38
Sesendal
Sesendal digunakan bersama dengan bolt, nat, dan skru. Berfungsi untuk mengelakkan pengikat
daripada menjadi longgar akibat getaran pada bahagian enjin atau komponen bergetar. Sesendal
juga dapat melindungi permukaan daripada cepat haus dan rosak. Sesendal mampu mengagihkan
y
beban atau daya yang digunakan kepada permukaan yang lebih luas.

Gambar foto 5.3.3 Penggunaan Rajah 5.3.5 Kedudukan sesendal yang


sesendal dengan bolt dan nat diikat bersama dengan nat dan bolt

Jenis-jenis sesendal

Sesendal Rata Sesendal Anjal Sesendal Bintang Sesendal Lidah


– digunakan untuk – digunakan pada – mampu menahan – mempunyai
mengagihkan enjin kenderaan tekanan pada bolt ikatan sambungan
beban pada dan mampu yang kukuh dan
permukaan menahan getaran berada dalam slot
komponen dan bolt komponen

Stad Gam
ulir
Stad merupakan bolt atau sebatang aci yang
mempunyai ulir tetapi tidak mempunyai
Lubang
kepala. Stad juga digunakan bersama-sama
ulir
nat dalam proses penyambungan untuk
mengikat dua komponen. Saiz stad ditentukan
oleh panjang dan diameter. Biasanya terdapat
dua jenis ulir pada stad, iaitu ulir kasar yang
disambungkan pada bahagian enjin dan ulir
halus yang dipasangkan bersama-sama nat. Rajah 5.3.6 Penggunaan stad dengan
nat untuk mengikat komponen
39
Jenis-jenis stad

Stad ulir penuh


• Mempunyai ulir penuh sepanjang stad
• Digunakan secara umum untuk mengikat antara komponen

Stad ulir hujung


• Mempunyai ulir pada kedua-dua hujung stad
• Digunakan pada enjin kenderaan
• Mampu menahan suhu yang tinggi

Skru
Penggunaan skru merupakan kaedah sambungan yang banyak digunakan dalam kerja-kerja
kejuruteraan. Terdapat pelbagai jenis skru yang digunakan mengikut fungsi dan tujuan tertentu.
Skru ditentukan oleh bentuk kepala skru, diameter, dan panjang.

Kepala rata/
ben m
benam

Kepala Kepala
allen bulat

Jenis-jenis
Skru

Kepala segi Kepala


empat timbul

Rajah 5.3.7 Jenis-jenis skru


40
(b) Sambungan Kekal Standard Pembelajaran
Rivet • Menerangkan jenis
Rivet merupakan alat pengikat secara kekal dan banyak digunakan penyambungan dalam
bengkel kejuruteraan
dalam pembinaan dandang dan pada badan kenderaan seperti kaedah rivet
bas dan kapal. Rivet digunakan dalam bidang kerja kejuruteraan • Menjelaskan langkah
kerana terdapat komponen yang tidak boleh dikimpal atau diikat kerja penyambungan
menggunakan bolt dan nat. Terdapat pelbagai jenis rivet yang menggunakan rivet
berbeza bentuk dan kepala. Saiz rivet ditentukan oleh panjang • Mengaplikasikan
prosedur
dan diameter.
penyambungan
menggunakan alatan
tangan dan mesin
Kepala bulat mengikut prosedur
kerja yang betul serta
mematuhi keselamatan

Kepala benam

Kepala rata

Jenis-jenis
Rivet

Kepala pana

Imbas Maya
Sila imbas tentang
Kepala kon/ kaedah merivet “POP”.
menara

(Dicapai pada
2 September 2020)

Rajah 5.3.8 Jenis-jenis rivet

41
Proses kerja merivet pop
Rajah 5.3.9 di bawah ini
menunjukkan proses kerja
merivet pop kepingan logam.

2 Gunakan penanda pusat


1 Bersihkan permukaan
logam dengan
untuk menanda lubang
yang hendak digerudi.
menggunakan berus.

3 betul
Gunakan diameter mata gerudi yang
supaya ikatan rivet tidak longgar.

5 Gunakan alat
perivet dan rivet 4 Gunakan gerudi tangan
yang sesuai untuk atau gerudi meja untuk
membuat rivet. membuat lubang.

6 Tentukan saiz rivet


yang betul pada alat
perivet.

7 Letakkan pin rivet


ke dalam lubang.
8 Tekan alat perivet
berulang kali
sehinggalah terhasil
bunyi “POP”.

9 Keluarkan lebihan pin


rivet dari alat perivet.

10 Hasil proses
merivet POP. Rajah 5.3.9 Proses kerja
merivet pop

42
Kimpalan Standard Pembelajaran
Kimpalan merupakan proses untuk mencantumkan dua kepingan
Menerangkan jenis
logam atau lebih dengan kaedah mencairkan dan meleburkan penyambungan di dalam
permukaan logam yang hendak disambung. Penyambungan yang bengkel kejuruteraan
menggunakan kaedah kimpalan akan menghasilkan sambungan kaedah kimpalan
yang kuat, kukuh, dan tahan lama. Terdapat pelbagai sektor yang • Arka Logam Berperisai
mengaplikasikan kerja kimpalan seperti pembinaan, industri (Shielded Metal Arc
Welding-SMAW)
perkapalan, dan cari gali petroleum. Kimpalan terdapat dalam • Arka Gas Tungsten
pelbagai jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3.10 di (Tungsten Inert Gas-
bawah ini. TIG)
• Arka Gas Logam (Metal
Inert Gas-MIG)

Kimpalan

Rajah 5.3.10 Jenis-jenis kimpalan

Kimpalan arka logam berperisai (Shield Metal Arc Welding – SMAW)


Merupakan kaedah kimpalan yang banyak digunakan secara meluas dalam proses penyambungan
logam. Banyak digunakan dalam industri pembinaan, pembuatan kapal, paip saluran, dan
sebagainya. Kaedah ini menggunakan arus elektrik sebagai sumber utama untuk menghasilkan
haba yang tinggi bagi meleburkan logam penyambung dan digunakan bersama dengan elektrod
sebagai bahan tambah untuk menyambung antara dua logam secara peleburan seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 5.3.4.

Gambar foto 5.3.4 Kimpalan arka


43
Alatan kimpalan arka
Alatan kimpalan arka logam berperisai adalah seperti yang Imbas Maya
ditunjukkan di bawah ini. Sila imbas tentang
penggunaan kimpalan
arka.

Mesin
kimpalan
arka
(Dicapai pada
Kabel elektrod 2 September 2020)

Penyepit bumi

Pemegang elektrod

Elektrod

Tukul
penyerpih Pelindung Berus dawai
muka

Prinsip sambungan
• Kimpalan arka terhasil daripada perbezaan voltan antara elektrod dengan logam asas (bahan
logam yang dikimpal).
• Proses kimpalan ini akan menghasilkan haba yang
tinggi untuk mencairkan logam asas dan elektrod bagi
menghasilkan kolam leburan.
• Suhu yang digunakan adalah tinggi hingga mencapai Elektrod
3900° C. Salutan elektrod
• Pemilihan elektrod mestilah betul bagi menghasilkan Punca kuasa Arka
sambungan yang baik dan kuat. Gas Kawah cair
• Bahan asas dalam elektrod perlu sama dengan bahan pelindung
Jermang slag
logam yang hendak dikimpal.
Kumai
• Elektrod akan membentuk asap untuk melindungi
kawah cair daripada udara luar yang boleh menyebabkan Bahan kerja
kecacatan kimpalan.
• Salutan elektrod juga akan membentuk jermang atau
slag yang perlu dibuang selepas kerja mengimpal. Rajah 5.3.11 Prinsip kimpalan arka
44
Perekat
Proses menyambung dua komponen atau lebih menggunakan permukaan sebagai medium untuk
mengikat. Proses ini juga merupakan alternatif kepada penyambungan mekanikal. Digunakan
pada pelbagai jenis bahan seperti logam, kulit, kayu, getah, dan kertas. Proses ini lebih mudah
dan murah serta boleh menyambungkan antara bahan yang berlainan jenis. Namun begitu,
terdapat beberapa kelemahan, iaitu mengambil masa yang lama untuk kering, suhu terhad, serta
mengandungi bahan pelarut yang mudah terbakar dan beracun.

Jenis-jenis Perekat

Rajah 5.3.12 Jenis-jenis perekat

Gam (Cyanoacrylates)

✓ Perekat yang tahan perubahan suhu


✓ Boleh mencantumkan logam, getah, dan plastik
✓ Cepat kering dan hasil cantuman kuat

Gambar foto 5.3.5


Pelekat jenis gam

Epoksi
✓ Pelekat sintetik gabungan
cecair resin dan logam
✓ Menghasilkan cantuman
yang kuat bagi logam,
getah, dan plastik
✓ Rintangan terhadap
persekitaran dan tindak
balas kimia yang baik

Gambar foto 5.3.6


Pelekat jenis epoksi

45
Pita pelekat
✓ Jenis perekat yang digunakan
secara meluas
✓ Mudah untuk digunakan
✓ Boleh mencantumkan logam
dan plastik
✓ Banyak digunakan dalam
pemasangan aksesori kenderaan

Gambar foto 5.3.7 Pita pelekat

5.3.3 Proses Kerja


Standard Pembelajaran
Rajah 5.3.13 di bawah ini menunjukkan proses kerja kimpalan
arka logam berperisai (SMAW). Menjelaskan langkah
kerja penyambungan
(a) Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW) menggunakan kimpalan
• Arka Logam Berperisai

1 yang
Letakkan dua plat besi
hendak disambung 2 Hidupkan suis pada
(Shielded Metal Arc
Welding-SMAW)
• Arka Gas Tungsten
di atas meja kerja. mesin kimpal. (Tungsten Inert
Gas-TIG)
• Arka Gas Logam
(Metal Inert Gas-MIG)

3 akan
Laraskan arus elektrik yang 4 Letakkan elektrod
pada pemegang
digunakan mengikut
jenis bahan kerja. elektrod.

5 Seret atau gores


hujung elektrod di atas
6 Mulakan kimpalan dengan
“tap” pada setiap hujung
7 Arah kimpalan
satu arah
permukaan meja kerja. plat (elakkan herotan). sahaja.

8 Ketuk permukaan
jermang dengan 9 Bersihkan permukaan 10 Hasil kumai
penyambungan
kumai dengan berus.
tukul penyerpih. kimpalan.
Rajah 5.3.13 Proses kerja kimpalan arka logam berperisai (SMAW)
46
(b) Kimpalan Arka Logam Gas
(Gas Metal Arc Welding – GMAW/MIG)
Kimpalan arka logam gas juga dikenali sebagai kimpalan arka logam gas lengai (Metal Inert
Gas Welding-MIG). Kimpalan ini digunakan secara meluas kerana mudah dikendalikan dan
boleh mengimpal ketebalan logam yang pelbagai jenis. Kimpalan GMAW/MIG digunakan dalam
industri automatif, aeronautik, dan pembuatan. Elektrod kimpalan GMAW terdapat dalam bentuk
gelungan berbeza dengan elektrod kimpalan arka yang berbentuk rod. Kimpalan ini menggunakan
gas seperti helium, argon, dan karbon dioksida dan campuran gas lengai dalam menghasilkan haba
yang tinggi untuk meleburkan logam.

Gambar foto 5.3.8 Kimpalan GMAW/MIG

Prinsip GMAW/MIG
Tolok tekanan
• Arka elektrik terbentuk apabila
hujung dawai elektrod bersentuhan
Hos
dengan logam asas. Tong gas
• Arka menghasilkan haba untuk
meleburkan logam asas dan
elektrod. Kawalan dawai
Sumber
• Elektrod dan logam asas yang kuasa
dileburkan akan bercampur dan Dawai
menghasilkan kumai.
• Dawai elektrod tanpa salutan
dibekalkan secara berterusan Kabel elektrod
melalui unit suapan dawai.
• Bekalan gas lengai melindungi arka Nozel
dan kolam leburan daripada udara. Kabel

Bahan

Penyepit bumi

Rajah 5.3.14 Peralatan kimpalan GMAW

47
Peralatan GMAW/MIG
Gambar foto 5.3.9 di bawah ini ialah peralatan kimpalan arka logam gas (GMAW/MIG).

Mesin GMAW/MIG
Dawai elektrod

Silinder gas
Tolok
tekanan

Penyepit bumi Kabel sumpitan kimpalan

Gambar foto 5.3.9 Peralatan kimpalan GMAW

Proses kerja
Rajah 5.3.15 di bawah ini menunjukkan proses kerja kimpalan arka logam gas (GMAW/MIG).

1 Laraskan pengatur 2 Sambungkan penyepit


tekanan silinder gas. bumi pada meja kerja.

3 Letakkan bahan kerja 4 Tetapkan kelajuan suapan


yang telah dibersihkan. elektrod, arus, dan voltan elektrik.

5 Masukkan nozel ke 6 Tekan picu nozel untuk


dalam anti-spatter gel.l. keluarkan elektrod.

7 Arah 8 Masukkan nozel Imbas Maya


kimpalan satu ke dalam anti-
arah sahaja. spatter gel setelah Sila imbas tentang
siap kerja. kimpalan arka logam
gas (GMAW/MIG).

9 Tutup injap gas dan 10 Tutup semua


lepaskan semua gas yang suis dan
terperangkap di dalam hos. punca elektrik.
(Dicapai pada
24 September 2020)
Rajah 5.3.15 Proses kerja kimpalan arka logam gas (GMAW/MIG)
48
(c) Kimpalan Arka Gas Tungsten
Kimpalan arka tungsten gas lengai atau Gas Tungsten
Arc Welding (GTAW) dikenali juga sebagai Tungsten
Inert Gas (TIG). Kimpalan TIG digunakan secara
meluas dalam industri kerana kimpalan TIG sesuai
untuk mengimpal logam yang pelbagai jenis. Selain
keluli karbon, kimpalan TIG juga digunakan untuk
mengimpal aluminium, aluminium aloi, keluli kalis
karat (stainless steel), dan pelbagai keluli aloi lain.
Kimpalan TIG menggunakan elektrod tungsten
sebagai punca haba manakala gas argon atau helium
atau campuran gas argon dan helium digunakan Gambar foto 5.3.10 Kimpalan GTAW/TIG
sebagai gas pelindung.

Prinsip GTAW/TIG
Pemegang
• Arka elektrik terhasil apabila arus elektrik Arah
dialirkan kepada elektrod tungsten. kimpalan Sumber kuasa
Shielding gas
• Jarak antara hujung elektrod tungsten dengan Tiub penghubung
Rod
permukaan bahan kerja akan menyebabkan aliran penambah Elektron tungsen
elektron.
• Arus terus atau arus ulang-alik berfrekuensi tinggi Arka Kumai
digunakan bertujuan untuk membolehkan arka
terhasil secara berterusan dan stabil tanpa perlu Pelapik
elektrod menyentuh permukaan logam. kuprum Gas pelindung
• Arka dinyalakan dengan menekan suis penghidup Rajah 5.3.16 Prinsip kimpalan GTAW
yang terletak pada pemegang sumpitan api.
• Rod pengisi perlu disuap ke dalam kawasan kawah leburan sebagai logam penambah.
• Semasa mengimpal gas lengai yang disalurkan dari silinder gas melalui sumpitan berfungsi sebagai
perisai bagi melindungi kawah leburan daripada udara atmosfera terperangkap.

Peralatan GTAW/TIG
Gambar foto 5.3.11 di bawah ini menunjukkan peralatan yang digunakan dalam kimpalan
GTAW/MIG.
Mesin kimpalan TIG

Silinder gas Nozel/sumpitan

Kabel sambungan nozel


Pedal kawalan kaki
Penyepit bumi

Gambar foto 5.3.11 Peralatan kimpalan GTAW/TIG


49
Proses kerja GTAW/TIG Imbas Maya
1. Pastikan semua peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan Sila imbas tentang
baik dan selamat. kimpalan arka logam
2. Letakkan bahan kerja di atas meja kerja dan disambung dengan gas tungsten (GTAW/
kabel. TIG).
3. Laraskan pengatur tekanan pada silinder gas.
4. Tetapkan jenis arus terus (logam keluli) atau ulang-alik (logam aloi)
dan voltan yang hendak digunakan (tetapan ini bergantung pada
jenis mesin yang digunakan).
5. Lakukan proses kimpalan sehingga selesai.
6. Tutup injap gas dan pastikan tiada gas yang tertinggal di dalam nozel. (Dicapai pada
7. Tutup suis mesin. 24 September 2020)

Perbezaan kimpalan
Jadual 5.3.1 menunjukkan perbezaan jenis kimpalan, ialah kimpalan arka logam berperisai,
kimpalan arka logam gas, dan kimpalan arka gas tungsten.
Jadual 5.3.1 Perbezaan jenis kimpalan
Perbezaan Kimpalan
Kimpalan Arka Kimpalan GMAW/MIG Kimpalan GTAW/TIG
Bahan elektrod sama dengan Bahan elektrod sama dengan Bahan elektrod ialah
logam logam tungsten
Tidak menggunakan gas Gas argon dan karbon dioksida Gas argon dan helium
Digunakan pada logam keluli Digunakan pada logam aloi Boleh digunakan oleh
bukan ferus hampir semua jenis logam
Kos penyelenggaraan rendah Kos penyelenggaraan tinggi Kos penyelenggaraan tinggi

5.3.4 Langkah-langkah Keselamatan Standard Pembelajaran

Kerja Kimpalan Mengaplikasikan


prosedur penyambungan
• Menggunakan sarung tangan kulit semasa kerja mengimpal. menggunakan alatan
• Memakai pelindung muka/PPE yang khusus untuk kerja tangan dan mesin
kimpalan. mengikut prosedur kerja
• Pastikan kabel elektrik kutub positif dan negatif berada dalam yang betul serta mematuhi
langkah keselamatan
keadaan baik.
• Elakkan renjatan elektrik.
• Pastikan kawasan meja kerja berada
dalam keadaan kemas dan tersusun.
• Sentiasa fokus semasa melakukan
kerja mengimpal.
• Pastikan semua suis ditutup selepas
selesai membuat kimpalan.
• Bersihkan semua kawasan kerja dan
susun peralatan, kabel, dan elektrod Gambar foto 5.3.12 Pakaian dan peralatan perlindungan
dengan teratur. yang khusus semasa melakukan kerja kimpalan
50
Merivet
• Gunakan alat perlindungan diri seperti sarung tangan,
kasut keselamatan, pelindung mata, dan baju bengkel.
• Pastikan permukaan plat yang hendak dirivet tiada bucu tajam.
• Pastikan dua komponen yang hendak dibuat lubang diikat
dengan ragum.
• Gunakan gerudi dengan berhati-hati semasa membuat lubang.
• Semasa merivet, pastikan komponen yang hendak
disambungkan tidak bergerak.
• Buang bahagian pin rivet yang terdapat di dalam alat perivet. Gambar foto 5.3.13 Gunakan
• Bersihkan dan kemaskan tempat kerja setelah selesai. sarung tangan semasa merivet

PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Senaraikan contoh komponen atau produk kejuruteraan yang
dihasilkan melalui kaedah penyambungan kekal dan tidak kekal. Modul 5.3:
(a) Bolt dan nat
(b) Skru
(c) Rivet
(d) Kimpalan
2. Terangkan langkah kerja penyambungan rivet ‘Pop’ dilakukan. http://buku-teks.com/
kmtg5_pm5_3
3. Nyatakan perbezaan antara kaedah penyambungan kimpalan
(Dicapai pada 22
arka, kimpalan arka logam gas, dan kimpalan arka gas tungsten. September 2020)

Aktiviti Projek Kejuruteraan


Gambar foto di sebelah ialah contoh gerai penjaja mudah
alih. Dengan menggunakan barangan kitar semula,
murid akan membangunkan satu model gerai penjaja
mudah alih dan menerangkan kaedah penyambungan
yang digunakan untuk menghasilkan produk berkenaan.
Cadangan Aktiviti:
1. Murid duduk dalam kumpulan dan berbincang
tentang kaedah penyambungan yang digunakan
untuk produk yang diberi.
2. Murid perlu menyenaraikan langkah demi langkah
yang perlu dilakukan untuk kaedah penyambungan
tersebut.
3. Murid menghasilkan satu contoh model produk
yang diberi.
4. Bentangkan projek tersebut di dalam kelas bersama
dengan guru.

51
5.4 PEMBENTUKAN

5.4.1 Pembentukan Bahan Standard Pembelajaran


Pembentukan bahan merupakan satu proses Menerangkan jenis pembentukan
membentuk bahan menjadi produk akhir yang bahan menggunakan kaedah berikut:
berfungsi bagi kegunaan tertentu. Perkara ini penting i. Tempa (Forging)
untuk mengenal pasti proses pembentukan bahan yang ii. Tuangan (Casting)
bersesuaian dengan produk akhir agar ekonomik dan (a) Tuangan Pasir
(b) Tuangan Die
dapat dihasilkan dalam masa yang ditetapkan serta
(c) Tuangan Lilin
berkualiti. iii. Acuan (Moulding)
Terdapat lima jenis pembentukan bahan iv. Lipatan (Folding)
bagi menghasilkan produk akhir. Rajah 5.4.1 v. Bengkokan (Bending)
menunjukkan carta bagi proses yang terdapat dalam
pembentukan bahan.

Proses Pembentukan Bahan

Tempa Tuangan Acuan Lipatan Bengkokan


(Forging) (Casting) (Molding) (Folding) (Bending)

Tuangan Tuangan Tuangan


pasir die lilin

Rajah 5.4.1 Proses pembentukan bahan

(a) Tempa
Tempa ialah proses pembentukan bahan logam
dengan mengenakan daya tekanan dan mampatan
untuk menghasilkan produk akhir. Sewaktu proses
tempa dijalankan, benda kerja dihentak dengan
penukul atau ditekan dengan die atau mesin tempa
secara tahap demi tahap sehingga terhasil bentuk
yang diinginkan.
Penempaan dikelaskan mengikut kelajuan
pembentukan bahan kerja sama ada dilakukan
secara cepat menggunakan forging hammer dan drop
hammer atau secara lambat menggunakan penekan Gambar foto 5.4.1 Produk yang
tempaan forging press. dihasilkan daripada proses tempa

52
Forging hammer Forging press Imbas Maya
Sila imbas tentang proses tempa.

(Dicapai pada 3 September 2020)

Gambar foto 5.4.2 Forging hammer dan forging press Info Ekstra
Proses tempa menghasilkan
Kerja tempa ini boleh dilakukan dalam dua keadaan, komponen lebih kuat berbanding
iaitu pada suhu tinggi yang dikenali sebagai kerja dengan komponen yang dihasilkan
panas dan pada suhu bilik atau kerja sejuk. Jadual 5.4.1 daripada proses kerja logam lain.
menunjukkan dua jenis kerja tempa bagi pembentukan
bahan logam.

Jadual 5.4.1 Kerja tempa panas dan sejuk

Kerja Tempa Suhu Kemuluran Kekuatan Kelasakan Kebolehbentukan


Kerja panas Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi
Kerja sejuk Bilik Rendah Sederhana Rendah Rendah

Proses tempa
Terdapat dua kaedah bagi menjalankan proses tempa, iaitu menggunakan die terbuka dan die
tertutup. Rajah 5.4.2 dan Rajah 5.4.3 menunjukkan perbezaan antara penempaan die terbuka
dengan penempaan die tertutup.

Daya mampatan
Penempaan die terbuka Daya-daya geseran
ialah bahan kerja diletakkan Die atas
di antara dua die rata dan
ketinggian dikurangkan h0
Benda kerja
melalui proses mampatan. h0 h1 h1 h2 Barrling
Proses tempa ini digunakan
Die bawah
untuk produk yang
berukuran besar dengan
pengeluaran yang rendah. h0 = tinggi dan lebar asal benda kerja
h1 = tinggi dan lebar baharu selepas proses tempa
h2 = tinggi dan lebar produk akhir selepas proses tempa

Rajah 5.4.2 Penempaan die terbuka

53
Penempaan die tertutup menggunakan Daya mampatan
sepasang die yang mempunyai bentuk
Die atas
benda kerja yang diinginkan. Semasa
proses tempa berlaku, benda kerja Benda kerja
akan dimampatkan mengikut bentuk awal
rongga die. Proses ini diaplikasikan Die bawah
untuk benda kerja bersaiz kecil.

Rajah 5.4.3 Penempaan die tertutup

(b) Tuangan
Tuangan merupakan satu proses pembentukan apabila logam dipanaskan sehingga lebur dan
kemudian dituangkan ke dalam acuan. Logam kemudiannya dibiarkan memejal melalui penyejukan
dan kemudian dikeluarkan untuk dibersihkan atau perlu dimesin semula untuk membentuk
produk akhir. Terdapat pelbagai jenis logam yang boleh dileburkan untuk menghasilkan produk
tuangan seperti Gambar foto 5.4.3 dan 5.4.4 manakala Jadual 5.4.2 menunjukkan produk tuangan
yang dihasilkan mengikut jenis logam.
Jadual 5.4.2 Jenis logam dan hasil produk tuangan

Logam Produk Tuangan

Tembaga Pahar, kaki lilin, dan tepak sirih

Aloi timah (piuter) Pingat, barang perhiasan, dan cenderamata

Aloi aluminium Rim roda aloi, model kereta mainan, dan peralatan mesin

Gambar foto 5.4.3 Blok enjin Gambar foto 5.4.4 Replika Ferrari F40
Proses tuangan boleh dikategorikan mengikut cara pengisian logam lebur ke dalam acuan dan jenis
bahan acuan yang digunakan.
Dalam bab ini, hanya tiga jenis proses tuangan yang akan diterangkan, iaitu proses tuangan
pasir, tuangan die, dan tuangan lilin.

54
Tuangan pasir
Tuangan pasir merupakan satu teknik menghasilkan produk apabila logam dicairkan di dalam
tungku peleburan dan kemudian dituang ke dalam rongga acuan. Kelebihan tuangan pasir ini
ialah kos acuan yang murah serta sesuai bagi menghasilkan produk tuangan pelbagai bentuk dan
saiz bagi hampir semua logam seperti aluminium, tembaga, dan besi tuang.
Antara contoh produk yang dihasilkan melalui tuangan pasir termasuklah blok enjin kereta,
kepala silinder, ragum meja, dan gear. Gambar foto 5.4.5 dan 5.4.6 menunjukkan dua contoh
produk tuangan pasir.

Gambar foto 5.4.5 Selongsong pam Gambar foto 5.4.6 Acuan kuih cara

Pasir-pasir pengacuanan terdiri


Laluan tuangan Rongga
1 daripada campuran pasir silika
dengan kadar satu tanah liat
logam lebur acuan
yang berfungsi sebagai pelekat.
Penaik Teras Pasir-pasir acuan ini diletakkan
mengelilingi satu bentuk corak
produk yang diperbuat daripada
Cope
Lubang kayu.
spru Garisan
pemisah
Bahagian atas acuan dinamakan
Lorong
Kotak acuan
2 cope dan bahagian bawah pula
bawah Drag dikenali sebagai drag.
Acuan
Logam dicairkan di dalam tungku
3 peleburan, kemudian dituang
ke dalam rongga acuan.

Petunjuk
Sistem suapan terdiri daripada saluran suapan
Pasir pengacuanan 4 (runner), pintu (gate), dan penaik (riser) untuk
memudahkan kerja-kerja menuang cecair logam
Logam lebur serta memastikan pengisian adalah sempurna.

Info Ekstra
Rajah 5.4.4 Bahagian utama acuan pasir
Pasir acuan terdiri
Rajah 5.4.4 menunjukkan bahagian utama acuan pasir yang terdiri daripada:
daripada dua bahagian, iaitu cope dan drag. Silika – 85%
Tanah liat – 8%
Air – 7%

55
Peralatan tuangan pasir
Rajah 5.4.5 menunjukkan jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam proses tuangan pasir.

Bar perata
Dawai bolong

Pengelap (swab)
Belos

Pelantak

Spru
Sudip
Skru penaik corak

Rajah 5.4.5 Peralatan yang digunakan dalam proses tuangan pasir

Jadual 5.4.3 di bawah ini menunjukkan peralatan tangan pasir dan kegunaannya.

Jadual 5.4.3 Kegunaan


g peralatan
p tuangan
g pasir
p

Peralatan Kegunaan

Pelantak Memadatkan pasir ketika membuat acuan

Serbuk pemisah Mengelakkan corak terlekat pada permukaan pasir

Bar perata Meratakan pasir di dalam kotak acuan

Dawai bolong Menghasilkan liang pengudaraan untuk mengeluarkan haba dan gas yang
terdapat di dalam acuan

Spru Membuat saluran masuk dan keluar logam lebur

Sudip Digunakan sewaktu kerja penyudahan acuan seperti memperbaiki acuan


yang rosak serta membuat alur aliran logam.

Pengelap (swab) Mengelap pasir halus

Skru penaik corak Menarik keluar corak dari dalam pasir

Belos Menghasilkan angin bagi mengeluarkan butir pasir yang tidak


diperlukan

56
Tuangan die

KAEDAH
• Merupakan satu proses
menghasilkan produk dengan
cara menyuntik logam lebur pada
tekanan tinggi.
• Logam lebur disuntik ke dalam
acuan keluli yang dikenali
sebagai die.
• Tekanan tinggi yang dihasilkan di
dalam tuangan ini menghasilkan
produk yang berbentuk rumit,
kukuh, dan mempunyai kemasan
permukaan yang licin.

JENIS LOGAM DAN


PRODUK
• Tuangan jenis ini sesuai digunakan
untuk logam yang mempunyai suhu
lebur yang rendah seperti:
– aloi aluminium
– aloi magnesium
– aloi zink
– aloi keluli
tembaga
– temba

• Digunakan bagi menghasilkan


produk seperti komponen
automotif, peralatan rumah, dan
barangan perhiasan.
Gambar foto 5.4.7
• Menjadi pilihan pengeluar
Produk: tuangan die
bagi menghasilkan komponen kecil
Produk: Reel memancing secara besar-besaran kerana die
Bahan: Aloi aluminium merupakan acuan kekal yang boleh
digunakan berulang kali.

Gambar foto 5.4.8


Produk: tuangan die
Produk: Mangga (padlock)
Bahan: Tembaga

57
Tuangan lilin

Tuangan lilin juga dikenali sebagai


tuangan lilin hilang (lost wax/investment).
Merupakan satu kaedah menghasilkan
bentuk produk yang sukar dan rumit.
Produk tuangan lilin dihasilkan daripada
bahan peleburan seperti aloi dan logam
termasuk aluminium, keluli tahan karat,
keluli karbon, tembaga, dan gangsa.
Menggunakan corak acuan yang
diperbuat daripada bahan lilin
seperti acrawax dan paraffin untuk
menghasilkan rongga acuan.
Gambar foto 5.4.9 Komponen injap yang Corak acuan juga disalut dengan bahan
dihasilkan menggunakan kaedah lilin penyalut tahan panas seperti seramik
Sumber: https://investment-casting.ready- untuk menghasilkan permukaan
online.com/en/category/Valve-Investment- yang licin pada bahagian dalam
Casting/01valve.html dinding acuan.
Produk yang dihasilkan memiliki
ketepatan dimensi yang lebih tinggi
berbanding dengan kaedah tuangan
yang lain.
Kemasan permukaan produk lebih baik.
Kos pembuatan yang murah.

Info Ekstra
Dalam industri pembuatan produk, terdapat
tujuh jenis proses tuangan yang biasa, iaitu:
(a) Tuangan pasir
Gambar foto 5.4.10 Komponen pemasangan paip (b) Tuangan die (acuan tekanan)
yang dihasilkan menggunakan kaedah tuangan lilin (c) Tuangan lilin
(d) Tuangan graviti acuan kekal
Sumber: https://Investment-casting.ready-online. (e) Tuangan acuan kelompang
com/en/category/pipe-Fitting-Investment- (f) Tuangan empar/berpusing
Casting/08pipefitting.html (g) Tuangan kapur

Sudut Maya Imbas Maya


Sila imbas proses tuangan lilin.
Bacaan lanjut tentang tuangan
lilin di:
https://investment-casting.
ready-online.com/en/page/Lin-
Chiao-Investment-Casting-Video-
and-Picture/investment-casting-
video-picture.html# (Dicapai pada 5 Ogos 2020)

58
(c) Acuan
Proses pengacuanan ialah proses membentuk bahan
mentah cair dengan menggunakan blok berongga
yang dikenali sebagai acuan (mold) seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 5.4.11 di sebelah.
Rongga yang terdapat pada acuan ini lazimnya
menyerupai bentuk sebenar produk yang ingin
dihasilkan. Antara bahan mentah yang sering
digunakan bagi proses pengacuanan ini termasuklah
plastik, kaca, logam, dan bahan mentah seramik.
Terdapat beberapa jenis proses pengacuanan
yang boleh dilakukan. Jadual 5.4.4 menunjukkan
jenis proses pengacuanan dan produk
yang dihasilkan melalui proses tersebut. Gambar foto 5.4.11 Contoh acuan yang
Manakala Gambar foto 5.4.12 dan 5.4.13 digunakan dalam mesin pengacuanan
menunjukkan produk yang dihasilkan melalui suntikan plastik
proses pengacuanan.

Jadual 5.4.4 Jenis acuan dan produk yang dihasilkan

Jenis Acuan Produk yang Dihasilkan


Penyemperitan Paip, tiub, kerangka tingkap, dan rod
Penyuntikan Pengeluaran plastik haba seperti polietilena dan polistirena
Peniupan Pembungkus kosmetik, botol, dan bekas sabun cecair
Pindah/Mampatan Soket, palam, kotak suis, dan housing untuk komponen elektronik

Gambar foto 5.4.12 Produk suntikan plastik Gambar foto 5.4.13 Produk suntikan logam

59
(d) Lipatan
Lipatan logam merupakan salah satu teknik kerja logam yang
menggabungkan beberapa teknik pembentukan untuk membentuk satu
produk. Lembaran logam disepuh lindap dan dilipat, kemudian ditempa
berulang kali dan dibentangkan dan dilipat semula. Umumnya, teknik
ini digunakan untuk menghasilkan produk berbentuk tiga dimensi.
Kerja lipatan yang mudah boleh dilakukan di rumah atau di
bengkel tanpa menggunakan mesin lipatan. Antara kerja lipatan yang
mudah dilakukan adalah dengan melipat lembaran logam untuk
Gambar foto 5.4.14
menghasilkan produk bagi kegunaan sendiri seperti kotak simpanan Mesin lipatan industri
atau barang perhiasan seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto
5.4.14. Alatan asas yang digunakan bagi kerja lipatan ialah tukul, bench block, dan anvil.
Penggunaan mesin lipatan lebih berkesan dan ekonomi jika kerja lipatan yang dilakukan
berulang kali untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak.

Gambar foto 5.4.15 Gelang tembaga Gambar foto 5.4.16 Kotak simpanan
(Sumber: Beaudcation.com) (Sumber: Aussie Disposals)

(e) Bengkokan
Imbas Maya
Kaedah pembengkokan merupakan antara pelbagai kaedah
kerja tekan dalam menghasilkan sesuatu produk. Kaedah ini Sila imbas tentang
merupakan satu proses membentuk kepingan logam dengan proses lipatan.
cara membengkokkan bahan mengikut bentuk die. Antara
bentuk die yang sering digunakan termasuklah L, U, V, W,
dan Z. Gambar foto 5.4.17 menunjukkan contoh produk yang
dihasilkan melalui proses pembengkokan manakala Rajah 5.4.6
pula menunjukkan enam jenis operasi pembengkokan.
(Dicapai pada 5 Ogos 2020)
• Terdapat dua alat yang penting dalam proses
pembengkokan, iaitu penekan (punch) dan die.
• Ukuran saiz penekan dikecilkan sebanyak dua kali
Info Ekstra
ketebalan logam yang digunakan. Kerja tekan merupakan
• Saiz die dibuat mengikut saiz produk tetapi dibesarkan salah satu kerja logam yang
ukurannya sebanyak dua kali ketebalan kepingan digunakan untuk membentuk
lembaran logam menjadi
logam yang digunakan.
bentuk tertentu. Kerja tekan
• Beri perhatian pada ukuran ini bagi mendapatkan ini juga digunakan bersama-
saiz produk yang betul apabila melakukan proses sama kerja logam yang lain
pembengkokan. seperti bengkokan.

60
Imbas Maya
Sila imbas
tentang proses
pembengkokan.

Gambar foto 5.4.17 Contoh produk yang dihasilkan melalui (Dicapai pada
proses pembengkokan 5 Ogos 2020)

Proses Pembengkokan
Rajah 5.4.6 di bawah ini menunjukkan jenis-jenis operasi pembengkokan.

Penebuk Penebuk
Kepingan logam Kepingan
logam
Die
Die
Pembengkokan alur Pembengkokan U

Penebuk Penebuk
Kepingan
Kepingan logam logam
Die Die
Pembengkokan V Pembengkokan ofset

Penebuk
Penebuk
Kepingan logam Kepingan logam
Die Die

Pembengkokan beralun/gelombang Pembengkokan tiub

Rajah 5.4.6 Enam jenis operasi pembengkokan

CABAR MINDA

1. Namakan lima kaedah dalam pembuatan produk.


2. Senaraikan produk yang dihasilkan dengan menggunakan tuangan die.
3. Nyatakan kelebihan dan kekurangan antara kerja sejuk dengan kerja panas.

61
5.4.2 Langkah Pembentukan Bahan Standard Pembelajaran
Menjelaskan langkah
(a) Proses Tuangan Pasir pembentukan bahan
Rajah 5.4.7 di bawah ini menunjukkan langkah kerja bagi menggunakan proses
proses menghasilkan produk dengan kaedah tuangan pasir. tuangan dan acuan.

Langkah 1 Langkah 2
Kotak acuan bawah diletakkan di atas papan Corak bawah diletakkan ke dalam kotak
yang rata. acuan bawah. Serbuk pemisah ditabur ke atas
corak acuan.
Kotak acuan
bawah
Kotak acuan
bawah Beg debu

Papan
acuan
Corak
bawah

Langkah 3
Pasir silika dan pelekat
Campuran pasir halus diletakkan di sekeliling
corak bawah sehingga menutupi setebal 3 cm.
Campuran pasir kemudian ditekan dengan hujung
jari di sekeliling corak supaya padat. Pastikan
corak bawah tidak bergerak semasa campuran
Corak pasir
pasir dipadatkan.

Langkah 4
3
Campuran pasir dimasukkan ke dalam kotak acuan bawah sehingga memenuhi kotak. Pelantak
4
digunakan untuk memampatkan pasir. Campuran pasir ditambah lagi sehingga melimpahi kotak
acuan bawah serta dipadatkan dengan hentakan yang lebih kuat. Proses ini diulang sehingga
campuran pasir yang dipadatkan melebihi paras kotak acuan bawah.

Pasir silika Kotak acuan Pelantak


dan pelekat bawah

Kotak acuan
bawah
Corak

62
Langkah 5 Langkah 6
Bar perata digunakan untuk meratakan Kotak acuan bawah diterbalikkan supaya corak
permukaan pasir yang telah dimampatkan. berada pada bahagian atas. Kotak acuan atas
kemudian diletakkan pada kedudukan sejajar
Bar perata di atas kotak acuan bawah. Kedua-dua kotak
acuan dikunci supaya tidak bergerak.

Corak bawah Kotak acuan atas

Kotak acuan
Papan acuan
bawah Kotak acuan
bawah

Langkah 7 Langkah 8
Spru diletakkan pada kedudukan yang sesuai. Pasir halus diletakkan di sekeliling corak
Serbuk pemisah ditaburkan. atas sehingga menutupi corak lebih kurang
3 cm. Ulang Langkah 4.

Spru

Beg debu
Kotak acuan atas
Spru

Kotak acuan
bawah

Langkah 9
Bar perata digunakan untuk meratakan permukaan kotak Bar perata Spru
acuan atas manakala sudip digunakan untuk meratakan
permukaan pasir di sekeliling spru.

63
Langkah 10
Spru dipusing sehingga longgar dan kemudian dikeluarkan. Dawai bolong digunakan untuk
membuat liang-liang pengudaraan pada kotak acuan atas.

Spru
Dawai bolong
Kotak acuan atas
Lubang

Langkah 11
Kotak acuan atas dipisahkan dan diterbalikkan. Corak diketuk perlahan-lahan untuk dikeluarkan.
Skru penarik corak digunakan untuk mengeluarkan corak atas dan corak bawah. Rongga acuan
kekal akan terhasil.
Corak bawah Skru penarik corak
Rongga acuan bawah

Rongga spru
Kotak acuan bawah
Rongga acuan atas

Kotak acuan atas

Langkah 12
Alur aliran logam dibuat dengan menggunakan sudu
tuangan. Alur aliran logam ini mestilah menyambungkan Imbas Maya
rongga spru dan rongga acuan untuk memudahkan
Sila imbas tentang proses
pengaliran logam lebur ke dalam rongga acuan. tuangan pasir.

Alir aliran logam


Kotak acuan atas Rongga acuan

(Dicapai pada 28 Ogos 2020)

Rongga spru Liang pengudaraan

64
Langkah 13 UTAMAKAN
KESELAMATAN!
Teras diletakkan pada kedudukan rongga acuan bawah
dan kotak acuan atas diterbalikkan semula ke atas kotak Berhati-hati sewaktu
acuan bawah. proses tuangan logam
lebur. Amalkan langkah-
langkah keselamatan yang
Rongga acuan sepatutnya sewaktu berada
di bengkel foundri.

Kotak acuan bawah Teras

Papan acuan

Langkah 14
Acuan yang telah disediakan dibawa ke relau untuk proses tuangan logam lebur. Logam lebur
dituangkan sehingga mengalir memenuhi spru dan rongga acuan. Logam lebur kemudian
dibiarkan memejal dan hasil tuangan dikeluarkan dengan memecahkan acuan.

Liang pengudaraan

Logam lebur

Teras

Rajah 5.4.7 Proses menghasilkan produk dengan kaedah tuangan pasir

65
Proses Tuangan Die
Rajah 5.4.8 yang berikut menunjukkan proses tuangan die.

Langkah 1
Peralatan tuangan die disiapkan (setup) untuk dipasang di mesin.
Die pengeluar

Kebuk

Die tetap

Langkah 2
Acuan tuangan die ditutup.

Langkah 3 Langkah 4
Logam lebur dituang ke dalam kebuk. Omboh ditolak bagi menyuntik logam lebur
di dalam barrel ke dalam rongga die.
Kebuk

Logam
lebur

Omboh
Barrel

66
Langkah 5 Langkah 6
Logam lebur memenuhi seluruh ruangan Logam lebur dibiarkan menyejuk di
di dalam rongga die. dalam acuan.

Langkah 7 Langkah 8
Acuan dibuka. Pin penolak menolak produk tuangan
keluar daripada acuan.

Pin
penolak

Langkah 9 Langkah 10
Produk dikeluarkan daripada acuan. Spru dikeluarkan daripada
kedua-dua kaviti.

Kaviti

Spru

Rajah 5.4.8 Proses tuangan die

Imbas Maya
Sila imbas tentang proses tuangan die.
(Dicapai pada 5 Ogos 2020)

67
(c) Proses Tuangan Lilin
Rajah 5.4.9 menunjukkan langkah-langkah dalam proses tuangan lilin.

Acuan A B

2 Susunan
corak lilin
Corak lilin kemudian
dipasang pada spru.
3 Celup dan salut

1 Acuan dan corak acuan


Corak lilin dicelup ke dalam pekatan
seramik (ceramic slurry) A dan kemudian
salutan stucco (stucco coating) B. Lazimnya
Acuan membentuk corak acuan dibina celupan ini diulangi sebanyak tiga kali bagi
mengikut spesifikasi produk. Lilin disuntik menambah ketebalan dan kekuatan salutan.
masuk ke dalam acuan untuk membentuk
corak lilin.

4 Penyahlilinan
dan pengapian 5 Tuangan

Corak lilin dipanaskan


untuk menyahkan lilin
Logam lebur
dituangkan ke
6 Memecahkan
acuan seramik

daripada acuan Acuan seramik


dalam saluran
seramik. Selepas itu, dipecahkan
acuan seramik
acuan seramik menggunakan kaedah
dan dibiarkan
dipanaskan pada suhu gegaran (vibration).
menyejuk.
sekitar 1 000 – 1 800 Produk dileraikan
darjah Celsius. satu persatu

8 Ujian dan
pemeriksaan
daripada spru.

7 Kemasan Pelbagai ujian dan


pemeriksaan dilakukan 9 Pembungkusan
dan penghantaran
Produk kemudian ke atas acuan untuk
melalui fasa memastikan setiap Acuan dibungkus
kemasan dan satu menepati dengan kemas
rawatan haba. toleransi dimensi
si
si sebelum dihantar
dan spesifikasi. kepada pelanggan. CP
PP

Rajah 5.4.9 Proses tuangan lilin

Imbas
bas Maya Info Ekstra
Sila imbas tentang proses tuangan lilin. Buburan seramik ialah bahan tahan panas yang
(Dicapai pada 5 Ogos 2020) terdiri daripada butiran seramik halus dan pengikat
seramik. Bahan ini menyaluti corak lilin dan akan
menjadi acuan seramik apabila lilin dicarikan. Salutan
stucco ialah butiran kasar seramik tahan panas yang
ditaburkan untuk menyaluti acuan buburan seramik.
Proses celupan susunan corak lilin bersama bahan
tahan panas inilah dipanggil investing.
(Sumber: https://www.ipcl.in/info.php?val=24&id=2)
68
5.4.3 Pembentukan Produk dalam Revolusi Industri 4.0

MENUJU IR4.00
Era revolusi sentiasa membawa perubahan secara meluas,
menyeluruh, dan cepat dalam pelbagai bidang. Begitu juga
Standard Pembelajaran
halnya dalam penghasilan produk kejuruteraan. Menentukan kaedah pembentukan
Sebagai contoh, penggunaan lilin dalam tuangan lilin yang sesuai bagi suatu produk
untuk menghasilkan tuangan lilin telah diganti dengan kejuruteraan yang diberikan.
acuan tercetak 3D yang dihasilkan oleh mesin pencetak
3D menggunakan filamen Polyactic Acid atau PLA.

Lewat Kurun Pertengahan Pertengahan Awal Kurun ke-21


ke-18 Kurun ke-19 Kurun ke-20

Sumber:
(Berita Harian,
2017) 1.0 2.0 3.0 4.0

Penemuan enjin Penemuan dan Pengenalan ICT Gabungan sistem


stim – Mekanisasi penggunaan elektrik elektronik – dan teknologi
seperti mesin secara komersial – Automasi digital, siber fizikal
pintal dan Pengeluaran besar- berkuasa tinggi dan biologi
landasan lokomotif besaran melalui
barisan pemasangan
(production line)
Data Raya

Robot Berautonomi Realiti Terimbuh

Simulasi Internet Benda

4.0

Pembuatan Bahan Pengkomputeran


Tambah

Persepaduan Sistem Keselamatan Siber

Rajah 5.4.10 Sembilan tonggak Revolusi Industri 4.0


69
Pembuatan Bahan Tambah (Additive Manufacturing)
Pembuatan bahan tambah atau Additive Manufacturing (AM) merupakan satu daripada sembilan
tonggak Revolusi Industri 4.0 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.10.
Pembuatan bahan tambah adalah istilah standard industri rasmi (ASTM F2792) bagi semua
aplikasi teknologi. Pembuatan bahan tambah ditakrifkan sebagai proses menyatukan bahan-bahan
untuk membuat objek daripada data model 3D. Pembuatan bahan tambah ini menghasilkan objek
secara lapisan demi lapisan yang bertentangan dengan metodologi perkilangan secara subtraktif
dan berlaku pembuangan bahan kerja yang berlebihan.
Pembuatan bahan tambah ini memberikan kelebihan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.4.11.

Mempercepat
masa dalam
menghasilkan
produk

Penggunaan
sumber secara Lebih
optimum fleksibel
Kelebihan
Bahan
Tambah

Produk Menjimatkan
dapat diedarkan masa dalam
kepada pengguna mereka bentuk
dengan cepat prototaip

Rajah 5.4.11 Kelebihan bahan tambah


Terdapat tujuh kategori dalam pembuatan bahan tambah namun dalam subtopik ini hanya
menerangkan kaedah Penyemperitan Bahan yang dikenali juga sebagai Permodelan Pengendapan
Fius (FDM) oleh pencetakan 3D.

Merentas Info Ekstra


Kurikulum
Tujuh kategori Additive Manufacturing:
Menurut American Society 1. VAT Photopolymerisation (Vat of Liquid Photopolymer Resin)
for Testing and Materials 2. Material Jetting (Drop on Demand (DOD) Approach)
(ASTM) group “ASTM F42 3. Binder Jetting (Powder Based Material and A Binder)
– Additive Manufacturing” 4. Material Extrusion (Fuse Deposition Modelling (FDM))
ialah memformulasikan 5. Powder Bed Fusion (Direct Metal Laser Sintering (DMLS),
satu set piawai yang Electron Beam Melting (EBM), Selective Heat Sintering (SHS))
mengklasifikasikan julat 6. Sheet Lamination (Ultrasonic Additive Manufacturing (UAM)
Proses Pembuatan Bahan and Laminated Object Manufacturing (LOM)
Tambah kepada 7 kategori. 7. Directed Energy Deposition (DED)

70
Pencetakan 3D
Pencetakan 3D ini mula diperkenalkan pada tahun 1980 bertujuan untuk pembinaan prototaip
dan pemodelan yang dikenali sebagai konsep Rapid Prototyping (RP) oleh Dr. Kodama
di Jepun. Rajah 5.4.12 menunjukkan prinsip Permodelan Pengendapan Fius, iaitu pencetakan 3D
menggunakan kaedah ini dalam menghasilkan prototaip dan permodelan.

Filamen
Gulungan Filamen

Paksi Z Paksi X Paksi Y

Platform pencetakan

Rajah 5.4.12 Prinsip Permodelan Pengendapan Fius

Nozel Penyemperitan

• Berfungsi untuk membenarkan aliran leburan


filamen dibuka dan ditutup
• Dipasang pada bahagian penyemperit yang
bergerak pada paksi menegak (paksi Z) dan paksi
mengufuk (paksi X)

71
Prinsip permodelan pengendapan fius

1. Filamen diuraikan daripada gulungan dan Filamen


dimasukkan ke bahagian penyemperitan.
2. Serentak itu, blok pemanas memanaskan nozel
Blok
penyemperitan agar filamen tidak likat apabila
pemanas
berada di bawah takat lebur sewaktu penyemperitan.
3. Filamen ditolak keluar melalui nozel penyemperitan Bahan cetakan
ke platform pencetakan dan memendapkan satu nozel lapisan demi
titik yang nipis untuk membentuk lapisan demi penyemperitan lapisan
lapisan permukaan produk dalam dua dimensi.
4. Lapisan filamen kemudiannya menyejuk dengan
cepat dan terus mengikat dengan lapisan bawah. Rajah 5.4.13 Terminologi permodelan
5. Platform akan menurun dan mengulangi proses 1 pengendapan fius
hingga 5 sehingga lapisan terakhir dihasilkan.

Jenis filamen
Filamen diperbuat
p daripada
p pelbagai
p g jenis
j bahan seperti
p yang
y g berikut:
Jenis Bahan Contoh Produk Jenis Bahan Contoh Produk
Acrylonitrile PolyTetraFluoroEthylene
Butadiene Styrene (PTFE)
(ABS)

Permainan Gasket
Polylactic Acid Polyethylene
(PLA) Terephthalate Glycol
(PETG)

Kotak penyimpan
Skru perubatan barang peti sejuk

Pencetakan 3D terdiri daripada enam langkah utama, iaitu:

Produk
Fail Menyiapkan Produk siap dicetak
Fasa ditukar parameter- Parameter dan produk
dicetak
pembangunan kepada parameter ditukarkan mungkin
lapisan
fail CAD format dalam ke format memerlukan
demi
STL perisian kod G sedikit
lapisan
pencetak 3D kemasan
akhir
72
Langkah dalam Menghasilkan Produk dengan Menggunakan
Pencetak 3D
Rajah 5.4.14 di bawah ini menunjukkan langkah-langkah menghasilkan produk dengan
menggunakan pencetak 3D.

Langkah 1
Fasa pembangunan produk, iaitu idea diterjemahkan dalam bentuk lukisan menggunakan
Computer Aided Design (CAD).

Langkah 2
Fasa reka bentuk, pemodelan dan simulasi. Fail ditukar kepada format STL File dan
Toolpath File (kod-G). File ini penting untuk mengira jumlah lapisan yang diperlukan.

STL File Fail Kod-G

Langkah 3 Langkah 4
Fail STL kemudian dipindahkan kepada Produk dicetak lapisan demi lapisan.
mesin pencetak 3D (AM) untuk fasa
pemprosesan bahan dan lapisan.

73
Langkah 5 Imbas Maya
Fasa proses akhir untuk kemasan produk. Selepas produk
Sila imbas tentang
diambil daripada mesin pencetak 3D (AM), produk proses FDM.
mungkin memerlukan proses tambahan seperti pembersihan
sebelum digunakan.

(Dicapai pada
5 Ogos 2020)

Rajah 5.4.14 Langkah-langkah menghasilkan produk dengan menggunakan pencetak 3D

AKTIVITI JURUTERA MUDA


Mengadakan lawatan ke institusi TVET yang menggunakan pencetak 3D dalam industri
pembuatan.

Imbas Maya
Sila imbas tentang mesin pencetak 3D untuk maklumat tambahan.

(Dicapai pada 5 Ogos 2020)

74
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Senaraikan tiga jenis kaedah pembentukan produk.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan proses tuangan?

3. Nyatakan tiga kelebihan proses tuangan berbanding dengan proses memesin dan mengimpal.

4. Senaraikan empat produk yang dihasilkan melalui proses:


(a) Tuangan die
(b) Tuangan lilin

5. Gambar foto di bawah ini menunjukkan beberapa produk kejuruteraan.

Pemegang komputer riba Rod penyambung Botol dan bekas

(a) Tentukan kaedah pembentukan yang sesuai bagi produk kejuruteraan tersebut.
(b) Hubung kaitkan pemilihan kaedah pembentukan dengan empat elemen yang berikut:
• Masa
• Kos
• Tenaga kerja
• Estetika

Modul 5.4:

http://buku-teks.com/
kmtg5_pm5_4

75
RUMUSAN

Pembentukan

Pengukuran dan
P
Penandaan

Proses Produk
Rutin Kejuruteraan
Pemotongan

Alatan dan
Mesin
Penyambungan

Piawai
PROSES
PEMBUATAN
Kualiti

Pengguna
Pematuhan Persekitaran
SOP

Mesin

76
Praktis Sumatif

Jawab soalan-soalan yang berikut.


1. Tandakan ( ✓ ) untuk jawapan yang betul dan ( ✗ ) untuk jawapan yang salah pada kotak
yang disediakan bagi alatan yang digunakan untuk menguji benda kerja pada kotak yang
disediakan.

Pembaris keluli digunakan untuk menguji panjang benda kerja.

Sesiku L boleh digunakan untuk menguji kerataan permukaan.

Tolok pembahagi digunakan untuk menanda garisan lengkuk sahaja pada


benda kerja.
Penggarit perlu diletakkan bersudut tegak sewaktu membuat tandaan pada
benda kerja.

2. Antara alatan yang berikut, yang manakah sesuai untuk mendapatkan ukuran dalam sudut?
A Mikrometer
B Angkup vernier
C Sesiku bergabung
D Protraktor

3. Antara alatan yang berikut, yang manakah sesuai untuk mendapatkan ukuran dalam diameter?
A Mikrometer
B Angkup vernier
C Sesiku bergabung
D Protraktor

Soalan 4 berdasarkan rajah yang berikut.

25

20

0 5 15

4. Nyatakan bacaan mikrometer pada rajah tersebut.


(a) Bacaan pada laras atas:
(b) Bacaan pada laras bawah:
(c) Bacaan pada jidal:
(d) Jumlah bacaan:

77
5. Jadual di bawah menunjukkan jenis tuangan untuk menghasilkan sesuatu produk. Lengkapkan
jadual tersebut dengan menyatakan ciri-ciri produk yang dihasilkan melalui proses tuangan itu.
Jenis Tuangan Ciri-ciri Produk
Lilin i.
ii.
Die i.
ii.
Pasir i.
ii.

6. Nyatakan lima langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa mengimpal arka.

SOP KESELAMATAN C

7. Berdasarkan rajah yang berikut, namakan setiap proses yang terlibat.

(a) (b)

(c) (d)

(e) (f) (g)

78
8. Tulis urutan yang betul sama ada 1, 2, 3 atau 4 bagi tuangan die pada petak yang disediakan.

Leburan logam mengeras

Logam dileburkan di dalam bekas

Penolak menolak produk keluar dari rongga acuan

Omboh ditolak bagi menyuntik logam lebur ke dalam acuan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Bahan di atas dihasilkan oleh teknologi mesin pencetak 3D. Pada pendapat anda, apakah
manfaat daripada teknologi ini?

10. Dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, apakah bentuk pekerjaan yang muncul pada
hari ini yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal?

11. Senaraikan tiga kegunaan sesiku L.

12. Terangkan bahagian berlabel A, B, C, dan D tentang ciri-ciri angkup vernier.

Bahagian Ciri-ciri
Bilah pengukur dalam A
Nat ini boleh mengawal pelarasan plat
B
venier
Rahang C
Mengunci plat venier sebelum mengeluarkan
D
angkup venier daripada bahan yang diukur

79
13. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merujuk kepada mikrometer?
I Prinsip kerja mikrometer berasaskan pergerakan ulir skru.
II Skru dengan pic ulir 0.5 mm terdapat pada bahagian spindal mikrometer.
III Satu putaran penuh jidal menyebabkan spindal bergerak 0.5 mm sekiranya pic ulir
mikrometer juga 0.5 mm.
IV Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran.
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

14. Lengkapkan jadual di bawah dengan menggunakan kaedah sambungan yang sesuai
berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan.

Ciri Sambungan Kaedah Sambungan

Komponen mudah dipasang dan (i)


ditanggalkan

Komponen perlu disambung dengan kuat (ii)


dan sukar dipisahkan

15. Sebelum mula menggunakan angkup vernier, didapati bacaan masih tidak sifar walaupun
rahang telah tertutup. Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan bacaan
yang tepat?
I Perlu membuat pengurangan daripada bacaan akhir sekiranya bacaan lebih daripada
sifar sewaktu rahang tertutup.
II Perlu membuat penambahan daripada bacaan akhir sekiranya bacaan kurang daripada
sifar sewaktu rahang tertutup.
III Perlu membuat pengurangan daripada bacaan akhir sekiranya bacaan kurang daripada
sifar sewaktu rahang tertutup.
IV Perlu membuat penambahan daripada bacaan akhir sekiranya bacaan lebih daripada
sifar sewaktu rahang tertutup.
A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

16. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara kimpalan arka, kimpalan GMAW, dan
kimpalan GTAW. Lengkapkan jadual tersebut.

Kimpalan Kimpalan
Perbezaan Kimpalan Arka
GMAW GTAW
Jenis bahan elektrod
Kos penyelenggaraan
Jenis gas yang digunakan

80
17. Rajah di bawah menunjukkan bahagian A dan bahagian B satu produk kejuruteraan. Bahagian
A dihasilkan melalui proses tuangan dan bahagian B menggunakan alatan tangan dan mesin
gerudi. Bahagian A dan bahagian B akan disambung secara kimpalan arka.
Bahagian A

100

Bahagian B 50
Keluli lembut
100 × 100 × 5 mm Segiempat tepat
40 × 30 mm

(a) Huraikan langkah-langkah yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian B dengan


menggunakan alatan tangan dan mesin gerudi.
(b) Huraikan langkah-langkah yang diperlukan untuk menyambung bahagian A dan bahagian
B menggunakan kimpalan arka.
(c) Terangkan proses tuangan die bagi menghasilkan bahagian A.

18. Gambar foto di bawah menunjukkan sekeping plat logam yang dibengkokkan.

Terangkan dua sifat mekanik yang perlu ada pada plat tersebut bagi memudahkan
proses pembengkokan.

19. Nyatakan lima kelebihan pembuatan bahan tambah dalam penghasilan produk.

Modul 5.1 – 5.4:

http://buku-teks.com/
kmtg5_ps5_4

81
MODUL
M
MO
ODU
DUL
SISTEM
6 ELEKTROMEKANIKAL
Standard Kandungan
t ,PNQPOFO.FLBOJLBM
t ,PNQPOFO&MFLUSJL
t 4JTUFN)JESBVMJL
t 4JTUFN1OFVNBUJL
t 4JTUFN3PCPUJL"TBT

Sistem elektromekanikal merupakan gabungan antara sistem elektrik dan mekanikal secara
keseluruhan dan bagaimana kedua-dua sistem itu berinteraksi antara satu dengan yang lain.
Sistem elektromekanikal merupakan sebuah sistem yang menukarkan tenaga elektrik kepada
pergerakan mekanikal atau sebaliknya. Sebagai contoh, komponen elektromekanikal seperti
motor elektrik dan solenoid digunakan bersama dengan komponen mekanikal untuk
menghasilkan pergerakan.

82
Sistem elektromekanikal banyak digunakan dalam industri pembuatan. Sistem
elektromekanikal mengintegrasikan sistem elektronik, sistem mekanikal, sistem
pneumatik, sistem hidraulik, dan sistem kawalan komputer untuk menghasilkan
sistem pengeluaran automatik yang moden. Bahkan, bidang pembuatan automatik ini
semakin hari dilihat semakin berkembang apabila sistem robot turut digunakan bagi
membantu mengoptimumkan proses pembuatan.

83
6.1 KOMPONEN MEKANIKAL

Dalam sistem elektromekanikal, terdapat beberapa jenis


Standard Pembelajaran
komponen mekanikal yang lazim digunakan seperti takal, tali
sawat, gear, dan pegas. Setiap komponen mekanikal ini berfungsi Menerangkan komponen
untuk memastikan satu sistem elektromekanikal mampu mekanikal serta fungsinya:
beroperasi dengan baik pada kadar kecekapan yang tinggi. i. Takal dan tali sawat
Rajah 6.1.1 di bawah ini menunjukkan komponen yang ii. Gear
iii. Pegas
terlibat dalam sistem elektromekanikal.

Komponen mekanikal

Sistem penghantar
(conveyor) tali sawat
terpanjang di dunia
dibina di Western Sahara,
iaitu sepanjang 98 km.
Takal dan Sistem itu dibina pada
Gear Pegas
tali sawat tahun 1972 oleh Friedrich
Krupp GmbH.
Rajah 6.1.1 Komponen dalam sistem elektromekanikal

6.1.1 Jenis dan Fungsi Komponen Mekanikal


Takal dan Tali Sawat
Takal ialah mesin ringkas yang digunakan untuk mengangkat dan menaikkan beban seperti yang
dilakukan oleh kren dalam Gambar foto 6.1.1. Takal ini terdiri daripada beberapa komponen, iaitu
roda beralur, kabel atau tali, dan aci.

Mengubah arah
putaran aci

Fungsi takal
dan tali sawat Memindahkan
dalam sistem gerakan putaran
Menghantar elektromekanikal kepada gerakan
kuasa linear

84
Gambar foto 6.1.2 menunjukkan alat pemampat udara yang menggunakan takal dan tali sawat
untuk menghasilkan kuasa pemampat daripada kuasa putaran motor elektrik.
Manakala Gambar foto 6.1.3 menunjukkan contoh takal dan tali sawat yang digunakan
untuk mendapatkan halaju yang konsisten dan berketepatan tinggi, contohnya dalam industri
pengasingan surat. Gambar foto 6.1.4 menunjukkan takal yang dipasang pada bahagian aci dan
dikunci dengan menggunakan pin cemat.
Takal dipacu Tali sawat Gambar foto 6.1.1 Kren menggunakan
Takal pemacu takal dan kabel untuk mengangkat dan
menurunkan beban

Aci
Gambar foto 6.1.2
Takal dan tali sawat yang digunakan Roda
pada alat pemampat udara untuk beralur
menghantar kuasa
Tali sawat

Takal
Takal pemacu
dipacu

Gambar foto 6.1.3


Penggunaan takal
dan tali sawat untuk
mengasingkan surat

Takal
Tali sawat

Aci

Pin cemat

Gambar foto 6.1.4 Takal dipasang pada bahagian aci


dan dikunci menggunakan pin cemat.
85
Gambar foto 6.1.5 menunjukkan tali sawat dipasang pada bahagian alur takal pertama dan
disambungkan kepada alur takal kedua pada aci yang berlainan.

Aci Takal kedua

Tali sawat

Takal pertama

Gambar foto 6.1.5 Pemasangan tali sawat pada takal

Jenis takal dan susunan pacuan tali sawat


Sepasang takal yang digunakan untuk memindahkan gerakan atau kuasa akan menggunakan tali
sawat sebagai pengantara. Takal pemacu merupakan takal yang menerima kuasa putaran daripada
motor. Manakala takal dipacu ialah takal yang menerima kuasa putaran daripada tali sawat.
Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan memindahkan kelajuan tinggi
kepada kelajuan rendah atau sebaliknya.

Kelajuan Takal dipacu berdiameter kecil. Menghasilkan


Tinggi daya kilas rendah.

Kelajuan Takal dipacu berdiameter besar. Menghasilkan


Rendah daya kilas tinggi.

Sistem tali sawat juga mempunyai beberapa jenis susunan


pacuan tali sawat yang boleh direka bentuk agar dapat berfungsi Imbas Maya
dengan sempurna mengikut kehendak. Antara susunan pacuan
tali sawat tersebut ialah: Sila imbas tentang jenis
susunan pacuan tali sawat.
• Pacuan terbuka
• Pacuan bersilang
• Pacuan takal majmuk
• Pacuan dengan takal jenis kun
• Pacuan suku pusingan
• Pacuan suku pusingan dengan takal pandu
(Dicapai pada 24
• Pacuan dengan satu takal perantara September 2020)
• Pacuan dengan berbilang takal perantara

86
Jadual 6.1.1 di bawah ini menunjukkan beberapa jenis susunan pacuan tali sawat.
Jadual 6.1.1 Susunan pacuan tali sawat

Jenis Susunan Pacuan Tali Sawat Gambar


Pacuan terbuka atau mudah Takal pemacu Takal dipacu
• Terdiri daripada 2 takal dan 1
tali sawat
• Kedua-dua takal berputar pada
arah yang sama

Pacuan bersilang Takal pemacu Takal dipacu


• Terdiri daripada 2 takal dan 1
tali sawat yang lebih panjang
• Takal A dan B berputar pada
arah yang berlawanan

Pacuan takal majmuk


• Terdiri daripada gabungan takal
terbuka
• Digunakan untuk memindahkan
kuasa kepada lebih daripada
satu aci melalui beberapa takal

Pacuan dengan takal jenis kun


• Digunakan untuk menukar
kelajuan aci dipacu sementara
aci pemacu masih bergerak pada
halaju seragam
Aci pemacu
Takal kun

Aci dipacu

87
Jenis-jenis Tali Sawat
Di bawah ini ialah jenis-jenis tali sawat dan kegunaannya dalam sistem elektromekanikal.

Tali sawat ini sesuai digunakan jika jarak di antara dua


Tali
T li Sawat
S t Rata
R t takal berjauhan, juga sesuai untuk aci yang tidak selari.

Tali sawat segerak digunakan untuk kendalian yang


Tali Sawat Segerak memerlukan ketepatan, penjajaran, atau hala yang tetap.

Sesuai digunakan untuk jarak di antara dua takal yang


Tali Sawat V berdekatan dengan memberikan kelajuan yang tinggi.

Digunakan untuk menghantar kuasa yang besar. Jarak


Tali Sawat Bulat antara takal adalah lebih kurang 8 m.

Info Ekstra
Tali Sawat Segerak (synchronous) juga dikenali sebagai toothed belt, cogged belt, dan cog belt.

88
Komponen Mekanikal: Gear
Gear merupakan salah satu komponen mekanikal yang penting di dalam sesebuah mesin. Gear
mempunyai binaan gigi di sekelilingnya untuk membolehkan gear itu bersirat (meshing) dengan
pasangannya. Bentuk binaan bergigi ini bertujuan untuk mengelakkan kegelinciran serta untuk
memastikan putaran yang dibuat menjadi lebih aktif.
Gear lazimnya diklasifikasikan mengikut kategori dan orientasi paksi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.1.2.
Gear

Gear paksi selari Gear paksi bersilang Gear paksi tidak selari dan
Contoh: gear taji (spur) Contoh: gear serong tidak bersilang
dan heliks (bevel) Contoh: gear belitan (worm)

Rajah 6.1.2 Klasifikasi dan orientasi paksi gear

Fungsi Gear
Rajah 6.1.3 menunjukkan fungsi gear dalam sistem elektromekanikal.

Fungsi Gear Mengubah arah pusingan


Memindahkan kuasa dalam Sistem atau pergerakan aci atau
putaran Elektromekanikal sesuatu bahagian

Mengubah kelajuan pusingan


aci yang berputar
Rajah 6.1.3 Fungsi gear

Jenis-jenis Gear
Gear taji
Gear taji mempunyai gigi yang lurus dan selari dengan paksinya.
Binaan gigi seperti ini membolehkan gear taji bersirat dengan gear
taji yang lain dan kedudukan aci bagi kedua-dua gear akan selari.
Gear ini digunakan dalam mesin mudah seperti mesin larik,
jam tangan, kereta mainan, dan enjin kereta. Gambar foto 6.1.6
menunjukkan bentuk gear taji. Gear ini berfungsi untuk
memindahkan kuasa antara aci yang selari serta menukarkan
kelajuan daripada rendah kepada sederhana atau sebaliknya. Gambar foto 6.1.6 Gear taji

Info Ekstra
Kadar kecekapan bagi gear paksi selari (%) = 94.0 – 98.5
Kadar kecekapan bagi gear paksi bersilang (%) = 94.0 – 98.5
Kadar kecekapan bagi gear paksi tidak selari dan tidak bersilang (%) = Gear skru (40.0 – 94.0)
Gear belitan (40.0 – 90.0)
Sumber: https//www.linkedin.com/pulse/gear-efficiency-walmir-fernandes-navarro/

89
Gear heliks
Gigi gear heliks pula dibuat berpintal mengikut sudut heliks tertentu. Gear jenis ini banyak
digunakan dalam sistem penghantaran kuasa kenderaan seperti yang ditunjukkan pada Gambar
foto 6.1.7.

Bentuk gigi gear heliks mempunyai beberapa kelebihan seperti:


(a) Siratan lebih kuat antara gear kerana reka bentuk gigi memiliki ketahanan dan kekuatan
yang tinggi
(b) Putaran lebih efisien terutamanya pada kelajuan tinggi
(c) Bunyi bising dan gegaran dapat dikurangkan kerana pelanggaran antara gigi berlaku pada
tahap yang rendah

Gambar foto 6.1.7 Penggunaan gear heliks


dalam kotak gear kenderaan

Gear serong
Gear serong pula memiliki gigi yang berbentuk tuk
lurus atau pilin (spiral) dengan giginya dibina ina
melengkung ke dalam. Gear serong ini berbentuk tuk
kon seperti yang ditunjukkan pada Gambar foto 6.1.8.
8.
Kedudukan aci bagi gear serong bersilang pada ada
paksinya dan lazimnya bersudut tepat. Gear ini sangat
gat
sesuai digunakan untuk penghantaran kuasa masuk dan
keluar pada bahagian pepenjuru. Gambar foto 6.1.8 Gear serong

90
Gambar foto 6.1.9 menunjukkan gear serong dalam mesin gerudi tangan.

Gear taji

Gear serong

Gambar foto 6.1.9


Kedudukan gear serong
pada mesin gerudi tangan

Gear rak dan pinan


Gear rak dan pinan merupakan sepasang gear yang terdiri daripada rak yang diperbuat daripada
sebatang bar lurus manakala pinan pula sama seperti gear taji. Gambar foto 6.1.10 menunjukkan
keadaan gear bersirat dengan rak bergerak lurus apabila pinan berputar.
Gear ini berfungsi untuk menukarkan pergerakan linear kepada pergerakan putaran atau
sebaliknya. Gear ini lazimnya digunakan dalam mekanisme stereng kereta.

Pinan

Imbas Maya
Sila imbas tentang jenis
dan aplikasi gear.

Rak
(Dicapai pada
24 September 2020)

Gambar foto 6.1.10 Gear rak dan pinan


91
Pegas
Pegas (spring) merupakan satu komponen mekanikal
yang diperbuat daripada jalur logam seperti besi
waja. Reka bentuk pegas dibina secara bergelung-
gelung dan berpilin (spiral) serta menganjal
apabila dikenakan daya atau ditekan seperti
Gambar foto 6.1.11.

Fungsi pegas
Gambar foto 6.1.11 Pegas
• Pegas berfungsi untuk mengembalikan sesuatu
kepada kedudukan asal.
• Dalam sistem elektromekanikal, pegas digunakan
di dalam solenoid.
• Gambar foto 6.1.12 menunjukkan solenoid
menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga
mekanikal yang bertindak seperti suis.
• Rajah 6.1.4 pula menunjukkan keratan rentas
bahagian dalam solenoid linear. Gambar foto 6.1.12 Solenoid linear
• Jika solenoid digunakan sebagai suis untuk
berkendali, bekalan kuasa dialirkan ke solenoid.
• Apabila arus mengalir melalui solenoid, magnet akan menarik pelocok (plunger).
• Pegas yang terdapat di dalam solenoid akan menyerap hentakan dan mengawal
pergerakan pelocok.
• Apabila bekalan elektrik diputuskan, solenoid tidak akan menjadi magnet. Pegas akan menolak
pelocok kepada kedudukan asal.

Sambungan elektrik
Selongsong atau kerangka

Lejang
Lapik plat
belakang

Belitan gegelung

Pelocok
Pegas Arah fluks
kembali magnet

Rajah 6.1.4 Keratan rentas bahagian dalam solenoid linear

CABAR MINDA

Senaraikan tiga contoh penggunaan elektromekanikal solenoid yang terdapat di persekitaran anda.

92
6.1.2 Aplikasi Komponen Mekanikal
Takal dan Tali Sawat dalam Sistem Elektromekanikal
Dalam sistem elektromekanikal, takal dan tali sawat digunakan untuk memindahkan gerakan,
mengubah arah putaran aci, dan menghantar
g kuasa. Sebagai
g contoh di dalam lif, sistem takal
digunakan untuk memindahkan gerakan, iaitu daripada gerakan putaran kepada gerakan
gerakan linear.
Gambar foto 6.1.13 menunjukkann lif yyang
angg
an
digunakan untuk membantu manusia
nus
usiaa
mengangkat dan menurunkan beban.
ebaan.
Tali
sawat

Takal

Gambar foto 6.1.13 Penggunaan takal dan tali sawat dalam sistem lif

Takal dan tali sawat juga digunakan untuk memutar arah


putaran aci. Sebagai contoh, mesin pengisar tebu menggunakan Imbas Maya
takal dan tali sawat
wat untuk memutar Sila imbas tentang aplikasi
arah putaran aci daripada aci takal dan tali sawat.
motor kepada acii mata pengisar.
Kedua-dua paksi aci berada
pada kedudukan serenjang
seperti Gambar foto 6.1.14.

(Dicapai pada 22 Ogos


Takal (dipacu) 2020)

Tali sawat
Ta

Takal (pemacu)

Gambar foto 6.1.14


Penggunaan takal dalam
mesin tebu

93
Rangkaian Gear
Satu sistem rangkaian gear terhasil apabila dua atau lebih gear yang digabungkan berputar secara
serentak. Rangkaian gear ini mempunyai dua kategori, iaitu:
(a) Rangkaian gear mudah
(a) Rangkaian gear majmuk
Rangkaian gear mudah terdiri daripada dua roda gear yang bersentuhan dan saling memutar
antara satu dengan yang lain seperti yang ditunjukkan pada Gambar foto 6.1.15.

Gambar foto 6.1.15 Rangkaian gear mudah


h pada
kereta kawalan jauh

Manakala Gambar foto 6.1.16 pula


menunjukkan rangkaian gear majmuk
yang terdiri daripada dua gear atau
lebih yang saling bersentuhan
dan berputar.

Gambar foto 6.1.16 Rangkaian gear


majmuk dalam kotak gear kenderaan

94
Aplikasi Pegas dalam Produk Elektromekanikal
Pegas yang terdapat di dalam solenoid boleh diaplikasikan dalam pelbagai produk elektromekanikal
seperti yang digunakan pada pintu automatik, mengawal injap air keluar masuk di dalam mesin
basuh, dan sebagai suis utama untuk menghidupkan pendingin hawa.

Kabel bekalan kuasa

Gegelung

Rod Gambar foto 6.1.17


Solenoid digunakan pada
Pegas
pintu automatik

Pelocok

Gegelung / Solenoid

Pegas

Panduan
Belitan wayar
gegelung
Pelocok
Liang masukan
Liang keluaran

Badan injap Bukaan

Rajah 6.1.5 Keratan rentas


solenoid injap air

Gambar foto 6.1.18


Solenoid injap air

CABAR MINDA

Nyatakan fungsi takal dan tali sawat dalam sistem elektromekanikal.

95
6.1.3 Rumus bagi Pengiraan Halaju Putaran Takal dan Gear
Halaju Takal dan Tali Sawat
Halaju putaran (N) merupakan putaran suatu takal yang dinyatakan dalam bilangan putaran
per minit (ppm) atau ditulis sebagai N ppm dengan simbol N mewakili bilangan putaran
takal. Halaju putaran takal boleh ditukar kepada halaju linear seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 6.1.6.
Pada Rajah 6.1.6 ini, dapat dilihat satu titik A yang berada pada lilitan takal berputar dengan
jejari (j) dari titik tengah O. Takal ini berputar mengikut arah anak panah dengan halaju putaran
N putaran per minit (ppm). Titik A yang berada pada mana-mana bahagian lilitan akan berputar
dengan halaju linear = VA, iaitu terhadap arah garis tangen titik A.
VA = 2πjN

A Imbas Maya
j Sila imbas tentang
N(ppm) jenis susunan pacuan
o tali sawat.

Takal Pemacu

(Dicapai pada
Takal Dipacu
22 September 2020)
Rajah 6.1.6 Halaju putaran kepada halaju linear

Begitu juga keadaannya jika tali sawat dipasangkan pada takal yang lain dengan jejari (j).
Halaju linear sebarang titik pada lilitan takal boleh dikira dengan menggunakan rumus:

V = 2πjN (m/s) Persamaan 6.1

Perlu diingat bahawa sebarang titik pada takal tali sawat tersebut mempunyai halaju linear yang
sama, iaitu V seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.1.7. Pada Rajah 6.1.7 ini, dapat dilihat titik
A, B, C dan D mempunyai halaju linear yang sama, iaitu VA = VB = VC = VD.

B VB
VC
Takal A
C

NA (ppm)

D
VA A NB (ppm)
VD
Takal B
Rajah 6.1.7 Halaju putaran takal dan halaju linear tali sawat
96
Halaju Putaran bagi Dua Takal Diameter Sama
Rajah 6.1.8 menunjukkan dua takal A dan B yang mempunyai diameter yang sama, iaitu D.

NA
NB

jB
jA
VB
VA

Takal A DA = DB Takal B
Rajah 6.1.8 Halaju putaran bagi dua takal diameter sama

Oleh itu: VA = halaju linear takal A VB = halaju linear takal B


DA = diameter takal A DB = diameter takal B
NA = halaju putaran takal A NB = halaju putaran takal B

Diketahui bahawa halaju linear VA = VB, maka:

冤2πjANA
60
=
2πjBNB
60 冥 Persamaan 6.2

Diketahui juga bahawa [jA = jB] Persamaan 6.3

Maka [NA = NB] Persamaan 6.4

97
Halaju Putaran bagi Dua Takal Diamater Tidak Sama
Lihat pada Rajah 6.1.9, takal B mempunyai diameter yang dua kali lebih besar daripada takal A.
Maka DB = 2DA.
VB

jB

c
jA
VA

Takal A

Takal B
Rajah 6.1.9 Takal A dan takal B yang berlainan diameter

Merujuk kepada Persamaan 6.2, maka

冤 冥
jANA = jBNB Persamaan 6.5
j N
NA = B B
jA

Tetapi, dalam kes ini, DB = 2DA atau jB = 2jA maka


2j N

冤NA = A B

NA = 2NB
jA

Dapat dirumuskan bahawa halaju putaran takal A adalah dua kali lebih pantas daripada halaju
putaran takal B.

98
Pengiraan Rangkaian Gear Mudah
Gear mudah
Pengiraan rangkaian gear adalah berdasarkan bilangan gigi (T) dan halaju putaran (N) gear seperti
ditunjukkan pada Rajah 6.1.10.
Bilangan gigi, TB Gear B
NBTB
Bilangan gigi, TA

Gear A
NATA

Arah putaran gear A


Arah putaran gear B

Rajah 6.1.10 Rangkaian gear mudah jenis taji

Rajah 6.1.10 menunjukkan gear pemacu A dan gear dipacu B. Gear A dan gear B masing-masing
mempunyai bilangan gigi TA dan TB serta berputar pada halaju putaran NA dan NB, iaitu:
TA = bilangan gigi gear pemacu A
NA = halaju putaran gear pemacu A

TB = bilangan gigi gear dipacu B


NB = halaju putaran gear dipacu B

冤Nisbah gear = 冥
bilangan gigi gear pemacu A T
= A Persamaan 6.6
bilangan gigi gear dipacu B TB
Manakala,

冤Nisbah halaju gear = halaju gear pemacu A = N 冥


halaju gear dipacu B NB
Persamaan 6.7
A

Didapati nilai nisbah gear adalah sama dengan nilai nisbah halaju gear, iaitu:


TA N
TB
= B
NA 冥
Maka, NATA = NBTB = pemalar Persamaan 6.8

99
Gear majmuk
Gear majmuk merupakan rangkaian gear yang terdiri daripada lebih dua gear pada aci yang selari.
Rajah 6.1.11 menunjukkan satu contoh rangkaian gear majmuk.

A
Pemacu A
NATA
Gear majmuk B
NBTB
B
C

D
Gear majmuk C
NCTC

Dipacu D
NDTD

Rajah 6.1.11 Rangkaian gear majmuk

Berdasarkan rajah di atas,


NA = halaju putaran gear pemacu A
TA = bilangan gigi gear A
NB = halaju putaran gear majmuk B
TB = bilangan gigi gear B
NC = halaju putaran gear majmuk C
TC = bilangan gigi gear C
ND = halaju putaran gear dipacu D
TD = bilangan gigi gear D

Dengan menggunakan rumus Persamaan 6.8, gear mudah, nisbah halaju putaran gear ialah:
NA T
Untuk gear A dan B: = B
NB TA
NBTB
Maka, NA =
TA
NC T
Untuk gear C dan D: = D
ND TC
NCTC
Maka, ND =
TD

100
Oleh itu, untuk rangkaian gear majmuk, nisbah halaju gear majmuk:
halaju gear dipacu D N N T N T
= D = C C ÷ B B
halaju gear pemacu A NA TD TA

NCTC TA
= ×
TD NBTB

NC T T
= × A × C
NB TB TD

Tetapi gear B dan C adalah gear majmuk kerana berada pada kedudukan aci yang sama. Oleh itu,
halaju putaran gear B dan C adalah sama iaitu NB = NC.

Maka,
ND N T T
= C × A × C
NA N B T B T D

Oleh itu, untuk rangkaian gear majmuk yang terdiri daripada empat gear A, B, C dan D, rumus
nisbah gear D kepada A akan menjadi:

ND T T
= A × C Persamaan 6.9
NA TB TD

Jika rangkaian gear majmuk terdiri daripada enam gear, iaitu A, B, C, D, E dan F, maka rumus
nisbah halaju gear majmuk F kepada A akan menjadi:

NF T T T
= A × C × E Persamaan 6.10
NA TB TD TF

101
6.1.4 Mengukur Halaju Putaran Takal dan Gear
Halaju Putaran Takal
Contoh 1
Rajah 6.1.12 menunjukkan satu pemacu tali sawat terbuka yang mempunyai diameter takal yang
berbeza. Diameter takal pemacu A ialah 75 mm manakala diameter takal dipacu B adalah 3 kali
diameter takal pemacu A. Jika halaju putaran dipacu ialah 15.5 ppm, kirakan halaju putaran
takal pemacu.

Takal B

Takal A

jA jB

Rajah 6.1.12 Pemacu tali sawat terbuka dengan diameter takal A dan B yang berbeza

Penyelesaian:
DA = 75 mm
DB = 3DA
75
jA =
2
= 37.5 mm

Mengikut Persamaan 6.5,


jANA = jBNB
jBNB
NA =
JA

3jA × 15.5
=
JA
= 3 × 15.5
= 46.5 ppm

Oleh itu, halaju putaran takal pemacu ialah 46.5 ppm.

102
Contoh 2
Rajah 6.1.13 menunjukkan satu pemacu tali sawat bersilang dengan takal pemacu A yang
berdiameter 110 mm dan mempunyai halaju putaran 25 ppm. Kirakan diameter takal dipacu B
sekiranya kelajuan putaran takal B ialah 50 ppm.

Tali sawat bersilang


Takal A

Takal B

DB
DA

Rajah 6.1.13 Pemacu tali sawat bersilang dengan diameter takal A dan B yang berbeza

Penyelesaian:
Mengikut Persamaan 6.2,
DANA = DBNB
DANA
DB =
NB
110 × 25
=
50
= 55 mm

Oleh itu, diameter takal dipacu B ialah 55 mm.

103
Halaju Putaran Gear Mudah
Contoh
Satu rangkaian gear mudah terdiri daripada gear pemacu A dan gear dipacu B seperti Rajah 6.1.14.
Gear pemacu A mempunyai bilangan gigi TA berjumlah 55 manakala gear dipacu B mempunyai
bilangan gigi TB, 70. Gear pemacu A berputar pada kelajuan 90 ppm. Kirakan kelajuan putaran
gear B.

NB = ?

NA = 90 ppm TB = 70
TA = 55 Gear B

Gear A

Rajah 6.1.14 Rangkaian gear mudah

Penyelesaian:
Dengan menggunakan Persamaan 6.8, diberi hubungan nisbah gear:
NBTB = NATA
TA
NB = NA
TB

= 90 × 55
70
= 70.71 ppm

104
Halaju Putaran Gear Majmuk
Contoh 1
Satu rangkaian gear majmuk yang terdiri daripada gear pemacu A, gear pemelahu B, dan gear
dipacu C dipasang pada aci masing-masing yang berkedudukan selari antara satu dengan yang
lain. Kirakan halaju putaran gear dipacu C sekiranya gear pemacu berputar pada kelajuan
45 ppm.

Gear pemacu A Gear dipacu C


TA = 30 Tc = 60
NA = 45 ppm Gear pemelahu B
TB = 90

Rajah 6.1.15 Rangkaian gear majmuk

Penyelesaian:
Diberi: TA = 30 TB = 90 TC = 60
NA = 45 ppm NB = ? NC = ?

Bagi gear A dan B dengan menggunakan Persamaan 6.8:


NB T
Persamaan nisbah gear, = A
NA TB
TA
NB = NA
TB
30
= 45 ×
90
= 15 ppm

Bagi gear B dan C


NC T
Persamaan nisbah gear, = B
NB TC
TB
NC = NB
TC
90
= 15 ×
60
= 22.50 ppm
105
Contoh 2
Rajah 6.1.16 menunjukkan satu rangkaian gear majmuk yang terdiri daripada gear pemacu A,
gear majmuk B dan C, serta gear dipacu D. Bilangan gigi gear A ialah 20, gear B ialah 90, gear C
ialah 30, dan D ialah 70. Jika halaju putaran gear A ialah 900 ppm, kirakan halaju putaran gear D.

Gear pemacu A Gear majmuk B


NA = 900ppm TB = 90
TA = 20

Gear majmuk C
TC = 30

Gear dipacu D
TD = 70
ND = ?

Rajah 6.1.16 Rangkaian gear majmuk

Penyelesaian:
Dengan menggunakan rumus Persamaan 6.9 gear majmuk:
ND T T
= A × C
NA TB TD

ND 20 30
= ×
900 90 70

900 × 600
ND =
6300
ND = 85.71 ppm

106
Formula penting
Jadual 6.1.2 di bawah ini menunjukkan formula penting bagi takal dan tali sawat serta gear.
Jadual 6.1.2 Formula penting bagi takal dan tali sawat serta gear

Formula Penting

Halaju linear sebarang titik pada V = 2πjN


lilitan takal

Takal dan 2πjANA 2πjBNB


=
Tali Sawat 60 60
Halaju linear VA = VB iaitu:
jA = j B
NA = NB

bilangan gigi gear pemacu A T


Nisbah gear = A
bilangan gigi gear dipacu B TB

halaju gear dipacu B N


Nisbah halaju gear = B
halaju gear pemacu A NA

Nilai nisbah gear adalah sama NATA = NBTB = pemalar


Gear dengan nilai nisbah halaju gear

Rangkaian gear majmuk ND T T


= A × C
(4 Gear) NA TB TD

Rangkaian gear majmuk NF T T T


= A × C × E
(6 Gear) NA TB TD TF

107
SUDUT HANDS-ON
Aktiviti Mengenal Pasti Komponen Mekanikal
1. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk mengenal pasti fungsi komponen
mekanikal yang terdapat pada produk atau sistem kejuruteraan mekanikal.
2. Tulis dapatan dalam bentuk lembaran kerja seperti yang diberi di bawah.

Lembaran Kerja
A. Mengenal Pasti Komponen Mekanikal dan Fungsinya
Contoh Aktiviti:
Nama Murid: 1. Aliana binti Ismail
2. Farah binti Amin
3. Mohd Haris bin Hisyam
4. Zulaika binti Kamal
Tingkatan: 5KM1

Komponen dan Gambar


Bil. Produk Fungsi
Komponen

1. Mesin pembuat roti – Tali sawat segerak Memutarkan aci penguli


terdapat pada mesin doh roti mengikut
pembuat roti kelajuan yang diinginkan.

2.

3.

4.

108
Lembaran Kerja
A. Mengenal Pasti Komponen Mekanikal dan Fungsinya
Nama Murid: 1.
2.
3.
4.
Tingkatan:

Komponen dan Gambar


Bil. Produk Fungsi
Komponen

1.

2.

3.

4.

109
B. Nyatakan komponen mekanikal yang digunakan dan fungsinya pada produk di bawah ini.

Produk: Pembersih vakum tegak

Komponen Mekanikal:

Fungsi:

Produk: Kipas meja

Komponen Mekanikal:

Fungsi:

110
Murid dapat:
Objektif 1. Mengenal pasti fungsi komponen mekanikal.
Pembelajaran 2. Menjanakan idea kreatif dalam melukis lakaran yang baik.
3. Mengaplikasikan komponen mekanikal pada produk.

Keusahawanan
1. Mengamalkan sikap keusahawanan
2. Berorientasikan masa depan (berimaginasi)
3. Membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea
ke pasaran

Kreatif dan Inovatif


Elemen Merentas
1. Berfikiran kreatif dan kritis
Kurikulum
2. Boleh mereka cipta

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


1. Pencarian maklumat menerusi Internet

Nilai Murni
1. Berdisiplin, amanah, dan tanggungjawab

KTIVITI PROJEK KEJURUTERAAN

Cadangan Aktiviti:
1. Guru membahagikan murid mengikut kumpulan.
2. Setiap kumpulan murid perlu mencari satu produk sedia ada di pasaran yang boleh dibuat
penambahbaikan dengan mengaplikasikan komponen mekanikal yang telah dipelajari
sama ada:
• Takal dan tali sawat
• Gear
• Pegas
3. Setiap ahli perlu berbincang tentang penambahbaikan yang mahu dilakukan dan memilih
komponen mekanikal yang bersesuaian untuk digunakan.
4. Buat beberapa lakaran prototaip dan pilih satu lakaran yang terbaik.
5. Bentangkan hasil dapatan dengan menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas produk
dibuat penambahbaikan.
6. Murid juga perlu mempromosikan kelebihan produk sewaktu sesi pembentangan.

111
RUMUSAN

Fungsi
Komponen

Aplikasi
Pengiraan Halaju
Komponen
Putaran Takal

Takal dan
Tali Sawat

Pegas Fungsi
KOMPONEN Komponen
MEKANIKAL

Gear

Fungsi Aplikasi
Komponen Komponen

Pengiraan Halaju
Putaran Gear Taji

112
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Satu tali sawat menyambungkan dua takal yang berdiameter 1.3 m dan 0.6 m manakala jarak
di antara takal tersebut adalah 3.5 m. Takal pemacu yang berdiameter kecil berputar pada
kelajuan 400 ppm dan pemacu tali sawat adalah jenis terbuka.
(a) Lakarkan dan label pemacu tali sawat jenis terbuka tersebut
(b) Kirakan halaju putaran bagi takal dipacu

2. Tali sawat dipacu dari sebuah takal yang berdiameter 35 cm dan berputar pada kelajuan
400 ppm kepada takal yang berdiameter 75 cm. Kirakan:
(a) Kelajuan dalam ppm pada takal yang berdiameter 75 cm
(b) Halaju linear tali sawat

3. Sebuah motor elektrik mempunyai takal pemacu berdiameter 240 mm dan berputar dengan
halaju putaran 1100 ppm. Takal pemacu ini memutarkan takal dipacu berdiameter 200 mm
dengan menggunakan tali sawat. Kirakan halaju putaran takal dipacu.

4. Satu tali sawat menyambungkan sebuah takal yang berdiameter 1.5 m dan berputar pada
kelajuan 250 ppm kepada satu takal lain yang berputar dengan kelajuan 450 ppm. Kirakan
saiz takal kedua bagi sistem tali sawat tersebut.

5. Rajah 6.1.17 menunjukkan satu aci motor elektrik dipasang dengan takal A yang berdiameter
210 mm dan berputar pada kelajuan 2200 ppm. Tali sawat daripada takal A itu memusingkan
takal B yang berdiameter 300 mm yang dipasang bersama-sama dengan takal C yang
berdiameter 210 mm pada satu aci yang lain. Satu tali sawat menyambungkan takal C dengan
takal D yang berdiameter 50 mm yang dipasang pada satu aci mesin. Kirakan halaju putaran
takal D.
Motor elektrik Takal A
DA = 210 mm
NA = 2200 ppm Takal D
DD = 50 mm

Tali sawat

Galas bebola Takal C


Takal B Dc = 210 mm
DB = 300 mm
Rajah 6.1.17

113
6. Secara berkumpulan, dapatkan maklumat bagi tiga kategori gear yang berikut dari aspek jenis
gear dan binaannya. Layari Internet dengan menaip kata kunci “gear” untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih lanjut.

Gear Paksi Selari

Kategori gear Gear Paksi Bersilang

Gear Paksi Tidak Selari


dan Tidak Bersilang

7. Gear A dan B berputar secara berpasangan dan masing-masing mempunyai bilangan gigi 50
dan 30. Halaju putaran gear A ialah 190 ppm. Kirakan halaju putaran gear B.

8. Rajah 6.1.18 di bawah ini menunjukkan sebahagian rangkaian gear yang digunakan untuk
menggerakkan roda. Nyatakan arah pusingan bagi gear C dan D.

Gear A
Gear D

Gear B Gear C

Rajah 6.1.18
i. Pusingan gear C:
ii. Pusingan gear D:

114
9. Rajah 6.1.19 menunjukkan satu rangkaian gear majmuk. Halaju putaran gear A ialah
800 ppm manakala halaju putaran gear D ialah 600 ppm. Kirakan bilangan gigi gear D.
T A = 25
N A = 800 ppm
T B = 50

Gear B Gear A

Gear D

Gear C
T C = 50 N D = 600 ppm
TD = ?

Rajah 6.1.19

10. Dalam satu rangkaian gear mudah, didapati gear A memacu gear B dengan kedua-dua gear
ini ialah gear taji. Berpandukan Jadual 6.1.2, nyatakan jawapan bagi bahagian berlabel
A, B, C, D, E, dan F.
Jadual 6.1.2
Gear A Gear B Gear A Gear B
(Bilangan Gigi) (Bilangan Gigi) Halaju Putaran (ppm) Halaju Putaran (ppm)
(a) 30 50 30 D
(b) 60 90 90 E
(c) 100 60 120 F
(d) 80 40 A 30
(e) 30 80 B 90
(f) 120 70 C 120

11. Yang berikut merupakan jenis-jenis tali sawat, kecuali…


A tali sawat rata
B tali sawat silang Modul 6.1:
C tali sawat segerak
D tali sawat V

12. Gear ini digunakan pada stereng kereta, iaitu…


A gear taji http://buku-teks.com/
B gear serong kmtg5_pm6_1
(Dicapai pada 21
C gear rak dan pinan
September 2020)
D gear heliks
115
6.2 KOMPONEN ELEKTRIK

Komponen elektrik ialah peranti asas yang tersusun dalam sistem Standard Pembelajaran
elektrik. Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik menukarkan
tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dengan menggunakan • Mengenal pasti
komponen elektrik
induksi elektromagnetik.
dalam sistem
Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal mekanikal.
dilakukan melalui motor elektrik. Motor dan generator banyak i. Punca kuasa
mempunyai persamaan. Sumber penggerak utama bagi kuasa ii. Suis
mekanikal mungkin secara berulang-alik yang terhasil daripada iii. Motor
enjin wap turbin, melalui kuasa hidro seperti turbin atau kincir air, iv. Penyambung
v. Wayar
enjin pembakaran dalam, turbin angin, mesin jana tangan (hand • Menerangkan
crank), udara mampat atau sumber tenaga mekanikal yang lain. jenis motor dan
Oleh itu, dalam bab ini komponen elektrik dalam sistem mekanikal penggunaannya.
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.1 akan dikenal pasti. i. Motor arus ulang-
alik
ii. Motor arus terus
Komponen Elektrik

Bekalan Kuasa Suis Motor Penyambung Wayar


• Stesen Jana • Suis Togel • Motor AT • Perumah • Wayar Hidup
Kuasa • Suis Tekan • Motor UA • Terminal • Wayar
Tutup Neutral
• Suis Tekan • Wayar Bumi
Buka

Rajah 6.2.1 Komponen elektrik

Perkataan elektrik diperoleh daripada istilah elektron, iaitu merujuk kepada perkataan amber
(sejenis gam coklat kekuningan yang telah dikeraskan kepada batu yang mampat) bahasa Greek.
Elektrik dihasilkan dengan menggosok amber pada kain. Hal ini akan mengakibatkan elektron
ditarik atau ditolak mengikut cas yang terhasil. [Sumber: Abd. Samad Hanif (2000)]

6.2.1 Komponen Elektrik dalam Sistem Mekanikal


(a) Bekalan kuasa
Bekalan kuasa ialah peranti elektrik yang membekalkan kuasa. Elektrik dihantar melalui litar
elektrik kepada peralatan beban elektrik. Dalam proses pembekalan tenaga elektrik, bekalan kuasa
perlu dijalankan secara berperingkat. Terdapat tiga peringkat utama, iaitu sistem penjanaan, sistem
penghantaran, dan sistem pengagihan.

116
Sumber pengeluaran tenaga elektrik diperoleh daripada penjanaan elektrik yang dihasilkan
daripada pergerakan seperti tenaga air, enjin, stim, gas, solar, dan sebagainya.

Tenaga stim
Tenaga air
Tenaga angin Tenaga Tenaga elektrik
Tenaga solar mekanikal
Tenaga gas

Info Ekstra
Sistem kuasa merupakan rangkaian yang menghubungkan stesen jana kuasa kepada pengguna.
Sistem ini merangkumi bahagian penjanaan, penghantaran, dan pengagihan.

Jenis-jenis stesen jana elektrik


Rajah 6.2.2 di bawah ini menunjukkan stesen jana kuasa tenaga elektrik.

Stesen jana elektrik stim


Stesen jana elektrik gas
Stesen jana elektrik solar

Stesen jana elektrik disel

Stesen jana elektrik hidro

Stesen penjanaan hidro Stesen penjanaan enjin disel


Rajah 6.2.2 Stesen jana kuasa tenaga elektrik

117
Rajah 6.2.3 di bawah ini menunjukkan proses bekalan kuasa.

Gas asli dihasilkan


Tenaga elektrik
dari perairan Pantai
dihasilkan di loji
Timur Semenanjung
penjanaan gas
Malaysia. Gas asli juga
disalurkan menerusi
diimport dari seluruh
Gas dihantar Grid Nasional.
dunia dalam bentuk
ke saluran paip
gas asli cair (Liquefied
Natural Gas).
merentasi
Malaysia.

Bekalan elektrik
❶ disalurkan ke
❷ kediaman pelanggan
dan premis
perniagaan.

Info Ekstra
Grid Nasional ialah
jaringan talian
penghantar elektrik
yang menghubungkan
janaan, penghantaran,
pembahagian
dan penggunaan
elektrik di Malaysia.
Rajah 6.2.3 Proses bekalan kuasa Sistem grid
(b) Suis nasional di Malaysia
(semenanjung)
Suis ialah alat mekanikal yang boleh memutuskan, membawa, dan dikendalikan oleh
menyambungkan arus elektrik di dalam litar. Suis disambungkan Syarikat Tenaga
secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar. Terdapat tiga Nasional Berhad.
jenis suis, iaitu suis togel, suis tekan buka, dan suis tekan tutup.

Suis togel
Suis togel digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan aliran
arus di dalam litar. Arus akan mengalir apabila punat suis ditekan
atau ditolak. Apabila punat ditekan atau ditolak ke arah berlawanan,
arus akan berhenti mengalir.

Gambar foto 6.2.2


Rajah 6.2.4 Simbol suis togel Gambar foto 6.2.1 Suis togel Panel kawalan elektrik

Suis togel ini juga dikenali sebagai suis kutub satu arah. Contoh aplikasi penggunaan suis togel
ini ialah panel kawalan elektrik.
118
Suis tekan buka
Suis tekan buka digunakan untuk menyambungkan
dan memutuskan arus di dalam litar. Arus tidak
mengalir apabila punat suis ditekan. Apabila punat
dilepaskan, arus akan mengalir.

Rajah 6.2.5 Simbol Gambar foto 6.2.3 Suis


suis tekan buka tekan buka

Contoh penggunaan suis tekan buka ialah lampu


di dalam peti sejuk. Apabila pengguna membuka
peti sejuk, lampu akan menyala. Sebaliknya apabila
pintu peti sejuk ditutup, lampu akan terpadam.
Gambar foto 6.2.4 Contoh penggunaan
suis tekan buka di dalam peti sejuk
Suis tekan tutup
Suis tekan tutup digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan aliran arus di dalam litar.
Arus mengalir apabila punat suis ditekan. Apabila punat dilepaskan, arus berhenti mengalir.

Gambar foto 6.2.5 Suis


tekan tutup

Rajah 6.2.6 Simbol suis Gambar foto 6.2.6 Contoh


tekan tutup penggunaan suis tekan tutup

Contoh penggunaan suis tekan tutup adalah pada loceng rumah. Loceng rumah akan berdering
apabila ditekan. Apabila dilepaskan, loceng tersebut tidak akan berdering.

119
(c) Motor
Imbas Maya
Sila imbas tentang motor.

(Dicapai pada 2
September 2020)

Gambar foto 6.2.7 Motor

Motor elektrik adalah mesin yang berupaya menukarkan tenaga


elektrik kepada tenaga mekanikal. Tenaga mekanik yang berbentuk Info Ekstra
daya kilas dan putaran telah dihasilkan daripada bekalan sumber 1HP = 746 watt
tenaga elektrik. Kuasa motor elektrik menggunakan unit watt dan *HP= Horse Power
simbolnya ialah W. Unit kuasa kuda (HP) juga digunakan dalam
menentukan kuasa motor elektrik.

Motor

Motor elektrik telah digunakan secara meluas untuk mengendalikan pelbagai jenis peralatan
elektrik seperti cerek elektrik, gerudi tangan, periuk elektrik, kipas, dan sebagainya seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 6.2.8.

(a) Cerek elektrik (b) Gerudi tangan (c) Periuk elektrik


Gambar foto 6.2.8 Contoh peralatan menggunakan motor elektrik

120
Motor mempunyai dua komponen utama, iaitu stator dan
rotor. Stator adalah bahagian motor yang tidak bergerak dan Imbas Maya
merupakan kerangka luar motor. Rotor adalah bahagian motor Sila imbas tentang stator
yang bergerak bebas dan merupakan bahagian dalam motor. dan rotor.

Stator

Rotor

(Dicapai pada 3
September 2020)

Gambar foto 6.2.9 Stator dan rotor

Jenis motor dan penggunaannya


Terdapat dua jenis motor elektrik, iaitu motor arus terus (AT) dan motor arus ulang-alik (AU).
Bekalan kuasa AT atau bateri adalah punca bekalan untuk motor AT. Manakala, motor AU terdiri
daripada motor AU fasa tunggal dan motor AU tiga fasa. Motor AU fasa tunggal menggunakan
bekalan 240V AU dan motor AU tiga fasa menggunakan bekalan 415V AU.

Gambar foto 6.2.10 Keratan


rentas motor AT

Kotak punca
Belitan pemegun Penutup
belakang
Penutup depan
Pemegun

Kipas
Pemutar sangkar tupai

Aci
Galas bebola

Gambar foto 6.2.11 Keratan rentas motor AU

Info Ekstra
Arus ulang-alik dan arus terus hampir serupa kecuali pada bahagian yang berputar. Bagi penjana
arus terus bahagian yang berputar (angker) disambungkan ke litar luar melalui penukar tertib,
sementara penjana arus ulang-alik, bahagian yang berputar (pemutar) disambung ke litar luar dengan
menggunakan gelang gelincir. [Sumber: Abd. Samad Hanif (2000)]

121
Jenis Motor dan Penggunaannya

Motor Arus Terus (AT) Motor Arus Ulang-alik (AU)

• Motor AT menggunakan bekalan kuasa • Motor AU mempunyai pemutar yang


AT atau bateri sebagai punca bekalan. tidak disambungkan ke punca bekalan.
• Binaan asas motor AT terdiri daripada • Motor AU dibahagikan kepada dua
pemegun dan pemutar. kumpulan, iaitu motor fasa tunggal dan
motor tiga fasa.
• Motor AT kebiasaannya digunakan di
dalam peralatan elektrik mudah alih • Motor AU menggunakan prinsip aruhan
atau di dalam alatan elektrik kuasa elektromagnet seperti dalam pengubah.
rendah. • Daya gerak elektrik (DGE) akan teraruh
di dalam pengalir pada pemutar apabila
• Terdapat empat bahagian utama motor
fluks magnet pada pemegun memotong
AT, iaitu angker, penukar tertib, magnet
pengalir tersebut.
kekal (kutub), dan berus karbon.
• Seterusnya, pemutar akan berputar
• Contoh peralatan yang menggunakan mengikut arah putaran medan magnet
motor AT ialah alat permainan yang dihasilkan di pemegun.
bermotor, motor penghidup kenderaan,
kipas radiator kereta, dan skuter elektrik. • Motor AU ini lebih ringkas dan tinggi
Sumber tenaga motor arus terus ialah keupayaan berbanding dengan motor AT
bateri. pada ukuran fizikal yang sama.
• Motor AU tiga fasa lazimnya digunakan
• Simbol:
dalam sektor industri.
• Simbol:
L N

Imbas Maya
Imbas Maya
Sila imbas tentang
arus terus. Sila imbas tentang arus
ulang-alik.

(Dicapai pada 3 (Dicapai pada 22


September 2020) September 2020)

122
Info Ekstra Info Ekstra
Pemutar adalah bahagian motor yang Pemegun adalah bahagian Kutub
berputar dalam motor elektrik. yang mengandungi meda
medan
belitan medan yang
Angker Penukar tertib menghasilkan fluks
Belitan
medan magnet.
angker
Belitan
medan
Berus
Aci karbon

Contoh Penggunaan Motor


Arus Terus (AT)

(a) Motosikal elektrik (b) Kipas (c) Mesin penyedut hampagas

Contoh Penggunaan Motor


Arus Ulang-alik (AU)

(a) Mesin tebu (b) Pam (c) Pemampat udara

123
(d) Penyambung
Imbas Maya
Sila imbas tentang
Palam (Male) penyambung.

(Dicapai pada 3
Bicu (Female) September 2020)

Gambar foto 6.2.12 Penyambung

• Penyambung digunakan untuk menggabungkan bahagian litar.


• Penyambung juga digunakan untuk memutuskan sambungan input kuasa, sambungan periferal,
atau papan yang perlu diganti.
• Penyambung terdiri daripada palam (male) dan bicu (female).
• Penyambungan antara palam dengan bicu akan menghasilkan sambungan sementara atau kekal
berdasarkan keperluan.
• Penyambung elektrik banyak digunakan dalam peralatan elektronik, peralatan domestik,
telekomunikasi, mesin industri, komputer, dan kenderaan.

Komposisi asas
Penyambung elektrik terdiri daripada dua bahagian, iaitu perumah (housing) dan terminal.

Perumah (Housing)
• Perumah ialah housing yang mengandungi terminal. Perumah menstabilkan sambungan dan
memastikan hubungan elektrik selamat daripada bahaya persekitaran dan litar pintas.
• Perumah dibuat menggunakan pengacuan plastik (moulded plastic) tetapi boleh juga
menggunakan bahan penebat lain seperti seramik.

Gambar foto 6.2.13 Perumah (Housing)

124
Terminal
• Terminal merujuk kepada pin pada penyambung yang membuat sambungan elektrik.
• Terminal kebanyakannya diperbuat daripada logam yang mengalirkan elektrik dalam keadaan
penyambungan yang selamat.

Gambar foto 6.2.14 Terminal

Terminal male
Terminal female

Rajah 6.2.7 Terminal

Tidak semua wayar berada Ketinggian kelim terlalu kecil


di dalam kelim konduktor pada terminal/wayar

Rajah 6.2.8 Cara kelim penyambung tidak betul

Semua wayar berada Ketinggian kelim mencapai


di dalam kelim konduktor spesifikasi terminal

Rajah 6.2.9 Cara kelim penyambung betul


125
Kebaikan Penyambung

Penyambung memudahkan pemasangan produk elektronik untuk memudahkan


1 proses pengeluaran secara besar-besaran.

Penyambung memudahkan pembaikian sekiranya komponen elektronik gagal


2 berfungsi.

Penyambung memudahkan penambahbaikan seperti menggantikan komponen


3 lama dengan yang lebih baharu dan lebih canggih.

Penyambung membolehkan fleksibiliti reka bentuk seperti mengintegrasikan


4 produk dan komponen baharu ke dalam sistem yang ada.

(e) Wayar
Kategori wayar dan warna wayar ialah perkara asas yang
perlu diketahui sebelum seseorang menjalankan kerja-kerja
pendawaian elektrik. Sekiranya penyambungan wayar tidak
dilakukan dengan betul akan menyebabkan kerosakan pada
peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku.

Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah:


(a) Wayar merah/coklat – wayar hidup (Life)
(b) Wayar biru/hitam – wayar neutral
Gambar foto 6.2.15 Wayar
(c) Wayar hijau/hijau jalur kuning – wayar bumi (Earth)

Wayar bumi
Fius

Wayar neutral
Wayar hidup

Gambar foto 6.2.16 Warna wayar dalam


plag 3 pin dan kedudukan pemasangan
126
Wayar Hidup Membawa arus ulang-alik daripada punca kuasa kepada beban.

Wayar Neutral Mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa.

Wayar Bumi Bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke


bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan
penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak
membawa sebarang arus elektrik. Wayar bumi amat penting
terutamanya untuk peralatan yang mempunyai badan keluli/besi.

AKTIVITI JURUTERA MUDA


Cara-cara memasang wayar plag 3 pin:
1. Putarkan skru di tengah-tengah plag untuk membuka plag tersebut.
2. Tanggalkan bahagian belakang plag tersebut.
3. Buangkan penebat 0.5 cm – 1 cm di hujung ketiga-tiga wayar yang berwarna itu sehingga
kuprum kelihatan.
4. Letakkan ketiga-tiga wayar berwarna dalam plag dan ketatkan wayar asal itu seperti
gambar rajah yang ditunjukkan.
5. Buka skru di atas lubang yang berwarna kuning itu untuk membenarkan kuprum masuk
dan bersentuh dengan besi.
6. Masukkan wayar itu dengan betul mengikut kedudukan yang betul seperti gambar rajah
yang ditunjukkan.

Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah:


• Wayar merah/coklat – wayar hidup (life)
• Wayar biru/hitam – wayar neutral
• Wayar hijau/hijau jalur kuning – wayar bumi (earth)
• Wayar lama: wayar merah untuk wayar hidup, hitam
untuk neutral, dan hijau jalur kuning untuk wayar bumi.

7. Ketatkan skru apabila kedudukan wayar telah dipastikan betul.


8. Tutup belakang plag 3 pin dan ketatkan menggunakan skru.

127
INFO
KESELAMATAN
Yang berikut ialah maklumat tentang kesan yang berlaku terhadap pengguna sekiranya tersentuh
arus ulang-alik berdasarkan nilai arus.

Nilai Arus Kesan

< 1mA Tidak mengakibatkan sebarang kesan.

1 – 8 mA Memberikan kesan kejutan yang minimum. Walaupun tidak menyakitkan


namun boleh menyebabkan kehilangan kawalan otot sementara.

8 – 15 mA Kesan kejutan menyakitkan dan membahayakan nyawa. Namun mangsa masih


dapat bertindak melepaskan diri.

15 – 20 mA Kesan kejutan menyakitkan dan membahayakan nyawa. Mangsa akan


mengalami kehilangan kawalan otot maka tidak dapat melepaskan diri
dengan sendiri.

20 – 50 mA Kesannya menyakitkan, pengecutan yang teruk pada otot, dan akan


menyebabkan kesukaran bernafas.

100 – 200 mA Fibrilasi otot ventrikal, iaitu suatu keadaan pada jantung yang boleh
mengakibatkan kematian.

Lebih daripada Kesan terbakar yang teruk dan pengecutan yang teruk pada otot sehingga
200 mA menyebabkan otot pada dada menekan jantung sehingga jantung terhenti
dalam masa kejutan.

Untuk memastikan risiko kemalangan, amalkan langkah-langkah seperti yang berikut demi
keselamatan diri.

Kaedah Fungsi

Pelindung litar Menggunakan fius dan pemutus litar.

Suis pengasingan Menggunakan suis pengasingan yang dilabelkan.

Penyelenggaraan Menetapkan jadual penyelenggaraan berkala.

Pembumian Memastikan setiap peralatan elektrik mesti dibumikan.

Penebatan Memastikan penggunaan penebatan pada sistem pendawaian dan


peralatan elektrik.

Suis kecemasan Memastikan suis kecemasan yang berfungsi untuk memutuskan litar secara
automatik atau manual.

Suis pengehad Berfungsi mengehadkan parameter penggunaan.

Label atau papan Memberikan kabel amaran, peringatan, larangan, serta arahan.
tanda

Peralatan Memastikan penggunaan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.


perlindungan diri

Sumber: Diubah suai daripada risalah keselamatan terbitan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(NIOSH) edisi Ogos 2017.
128
AKTIVITI KBAT
Ringkasan Aktiviti:
Murid dikehendaki membuat perbincangan berkenaan sumber pengeluaran tenaga elektrik dan
jenis-jenis stesen jana elektrik.

Cadangan Aktiviti:
(a) Murid berada dalam kumpulan dan berbincang tentang jenis-jenis sumber pengeluaran
tenaga elektrik seperti tenaga stim, tenaga air, tenaga angin, tenaga solar dan tenaga gas.
(b) Murid boleh menggunakan kaedah peta minda untuk mengemukakan idea masing-masing.
(c) Seterusnya murid dikehendaki membezakan jenis-jenis stesen jana elektrik dengan membuat
jadual perbandingan.
(d) Pada bahagian perbincangan, kaitkan kelebihan dan kekurangan setiap jenis stesen
jana elektrik.

129
6.2.2 Mengenal Pasti Ciri Arus Elektrik Standard Pembelajaran
yang Digunakan
Mengenal pasti ciri arus
(a) Arus Ulang-alik (AU) elektrik yang digunakan
pada pelbagai produk
Arus ulang-alik (AU) merupakan arus elektrik yang arah alirannya di pasaran.
berulang-alik dan mengalir dalam dua keadaan sama ada pada i. Arus ulang-alik (AU)
ii. Arus terus (AT)
nilai negatif ataupun nilai positif. Bekalan kuasa elektrik yang
dibekalkan dalam negara kita adalah dalam arus AU.
Sumber arus ulang-alik adalah daripada penjana arus yang menggunakan prinsip aruhan yang
menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Penjana ini dinamakan sebagai penjana AU.
Gelombang AU mempunyai pelbagai bentuk. Contohnya adalah seperti gelombang gerigi,
sinus, dan segi empat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.10 di bawah ini.

V V V

0 0 0
Masa Masa Masa

(a) Sinus (b) Segi empat (c) Gelombang gerigi

Rajah 6.2.10 Bentuk gelombang AU

Antara istilah yang lazim digunakan untuk menghuraikan penerangan tentang AU adalah kitar,
frekuensi, masa berkala, nilai ketika, dan nilai purata.

130
(b) Arus Terus (AT)
v
Arus terus merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala
sahaja dan mempunyai magnitud tetap. Contoh bekalan arus
terus ialah bateri atau sel kering. Sebuah sel kering dapat
membekalkan voltan arus terus sebanyak 1.5 V. Sebuah litar
arus terus terdiri daripada bekalan voltan arus terus, suis,
pengalir, dan beban. Beban pada litar arus terus boleh terdiri
daripada perintang atau lampu/led.
t
Rajah 6.2.12 di bawah menunjukkan litar asas arus terus.
Rajah 6.2.11 Bentuk gelombang AT
Pemegang bateri
Perintang
Bateri
R1
LED
Penyambung
bateri LED 330 Ω
ke klip buaya
Papan reka
ke klip buaya
Bongkah Klip buaya
penyambung
Fius

Rajah 6.2.12 Contoh penyambungan litar atas AT

Dalam proses pengoperasian litar elektrik, pengetahuan mengenai kuantiti dan unit elektrik adalah
penting. Kuantiti yang terdapat dalam litar AT antaranya ialah Cas (Q), Arus (I), Voltan (V),
Rintangan (R), Kuasa (P), dan Tenaga (W).

Cas
Tenaga
Cas ialah sifat fizik bagi jirim yang
Tenaga ialah kemampuan
menyebabkannya mengalami daya
melakukan kerja pada
apabila ditempatkan dalam medan
sesuatu masa.
6 1 elektromagnet.

Kuasa Arus

Kuasa ialah kadar Arus elektrik ialah kadar


5 2 pergerakan cas yang melalui
melakukan kerja.
satu titik pada masa tertentu.

Rintangan 4 3 Voltan
Rintangan merupakan sifat Voltan ialah beza upaya antara
penentangan terhadap dua titik yang membolehkan arus
pengaliran arus elektrik. mengalir dalam litar.

131
Unit Litar AT
Jadual 6.2.1 di bawah ini menunjukkan simbol dan unit kuantiti litar arus elektrik.
Jadual 6.2.1 Simbol dan unit kuantiti

Kuantiti Simbol Unit Simbol unit


Cas Q Columb C
Arus I Ampere A
Voltan V Volt V
Rintangan R Ohm Ω
Kuasa P Watt W
Tenaga W Joule J

Perbezaan Arus Terus (AT) dan Arus Ulang-alik (AU)


Perbezaan antara arus terus (AT) dengan arus ulang-alik diterangkan seperti di bawah ini.

1 Tiada frekuensi.

Jarang digunakan dalam sistem grid elektrik kerana kos


Arus Terus
2 infrastruktur yang tinggi.
(AT)
Arus elektrik yang mengalir melalui sesuatu pengalir dan
3 terus ke beban akan digunakan sehingga kapasiti bekalan arus
terus (AT) itu habis.

Ciri-ciri keselamatan menggunakan perintang yang bertindak balas sebagai fius


4 untuk memutuskan sekiranya berlaku lebihan arus ataupun litar pintas.

Pemutus litar kendalian Mempunyai frekuensi.


magnetik atau haba untuk
memutuskan litar sekiranya
berlaku lebihan arus atau 1 Biasanya digunakan
litar pintas. untuk aplikasi kerja yang
Arus menggunakan beban
4 Ulang-alik 2 berkuasa besar dengan
Frekuensi dihasilkan (AU) bekalan kuasa yang
daripada penjana tenaga berterusan (tidak habis).
elektrik arus ulang-alik yang
terdapat di stesen-stesen 3
janakuasa.
Sumber: Adlan Ali dan Azhar Sulaiman (2019)
132
AKTIVITI KBAT
Aktiviti:
Mengukur voltan AT dan AU.

Cadangan:
Menjalankan uji kaji menggunakan multimeter untuk mendapatkan nilai voltan arus terus dan
ulang-alik.
Memahami multimeter secara umum adalah alat pengukur yang digunakan untuk mengukur voltan
elektrik, arus elektrik, dan rintangan. Multimeter juga dikenali sebagai meter AVO yang bermaksud
A (ampere), V (volt), dan O (ohm).

Paparan
Probe

Suis pemilih

Gambar foto 6.2.17 Bahagian utama multimeter digital

Gambar foto 6.2.17 di atas menunjukkan bentuk multimeter digital dan bahagian-bahagian
pentingnya yang terdiri daripada tiga bahagian penting, iaitu paparan, suis pemilih, dan Probe.

133
Cara menggunakan fungsi asas multimeter:
• Meter volt (voltan pengukuran)
• Meter ampere (mengukur arus elektrik)
• Meter ohm (mengukur rintangan atau rintangan)

1. Cara Mengukur Voltan AT


i. Tetapkan kedudukan suis
pemilih ke DCV.
ii. Pilih skala mengikut anggaran
voltan yang akan diukur.
Sekiranya ingin mengukur DC POWER SUPPLY

6 V, putar suis pemilih e 12 V 6.021 v


(multimeter analog sahaja).
iii. Sekiranya tidak mengetahui
voltan tinggi yang diukur,
disarankan untuk memilih 0CV
----
skala voltan yang lebih
tinggi untuk mengelakkan
kerosakan pada multimeter.
iv. Sambungkan probe ke terminal
voltan yang akan diukur.
v. Probe merah pada terminal
positif (+) dan probe hitam
ke terminal negatif (–).
vi. Baca hasil pengukuran pada
paparan multimeter.

2. Cara Mengukur Voltan AU


i. Tetapkan kedudukan suis pemilih
ke ACV.
ii. Pilih skala mengikut anggaran
voltan yang akan diukur. Sekiranya
mahu mengukur 220 Volt, putar
suis pemilih menjadi 300 V
220.1 v

(multimeter analog sahaja).


iii. Sekiranya tidak mengetahui
ketinggian voltan yang diukur,
disarankan untuk memilih skala ~
ACV

voltan tertinggi untuk mengelakkan


kerosakan pada multimeter.
iv. Sambungkan probe ke terminal
voltan yang akan diukur.
v. Untuk voltan AU, tidak ada polariti
negatif (–) dan positif (+).
vi. Baca hasil pengukuran pada
paparan multimeter.

134
3. Cara Mengukur Arus Elektrik (Ampere)

DC POWER SUPPLY

508.1 mA

93.3 mhZ

i. Tetapkan kedudukan suis pemilih ke DCA.


ii. Pilih skala mengikut anggaran arus yang akan diukur. Sekiranya arus yang akan diukur
adalah 100 mA maka putar suis pemilih ke 300 mA (0.3A). Sekiranya arus yang diukur
melebihi skala yang dipilih, skrin di multimeter akan pecah dan perlu digantikan sebelum
boleh menggunakannya kembali.
iii. Putuskan bekalan kuasa (bekalan kuasa) yang disambungkan ke beban.
iv. Sambungkan probe multimeter ke terminal Line yang diputuskan. Probe merah ke output
voltan positif (+) dan probe hitam ke voltan (–) beban input atau litar yang akan diukur.
v. Baca hasil pengukuran pada paparan multimeter.

4. Cara Mengukur Perintang (Ohms)

1.001 MΩ

i. Tetapkan kedudukan suis pemilih ke Ohms (Ω).


ii. Pilih skala mengikut anggaran ohm yang akan diukur.
iii. Sambungkan probe ke komponen perintang.
iv. Baca hasil pengukuran pada paparan multimeter.

135
6.2.3 Jenis Penukar Standard Pembelajaran
(a) Pengubah/Transformer Mengenal pasti jenis
penukar yang sesuai
Pengubah (transformer) merupakan peranti elektrik yang
dengan arus bekalan
berfungsi untuk menurunkan voltan masukan kepada nilai yang dan keluaran bagi suatu
dikehendaki. Terdapat dua bahagian utama pada pengubah, iaitu produk kejuruteraan.
dikenali sebagai belitan utama atau gegelung primer dan belitan i. Transformer
sekunder atau gegelung sekunder. ii. Inverter
iii. Rectifier

Belitan utama/gegelung primer ialah bahagian yang disambungkan kepada


bekalan kuasa.

Belitan sekunder/gegelung sekunder ialah bahagian keluaran arus dan kadar


arus diturunkan mengikut jumlah yang ditetapkan pada pengubah dan
mestilah mengikut kesesuaian pada penggunaan peralatan elektronik.

● Pengubah injak naik

Belitan sekunder lebih


Belitan utama banyak berbanding dengan
belitan utama
Jenis Pengubah

simbol

● Pengubah injak turun

Rajah 6.2.13 Pengubah injak naik

Belitan sekunder kurang


Belitan utama
daripada belitan utama

simbol

Rajah 6.2.14 Pengubah injak turun


136
Rajah 6.2.15 menunjukkan struktur pengubah ringkas, Rajah 6.2.16 menunjukkan pengubah injak
naik manakala Rajah 6.2.17 menunjukkan pengubah injak turun.

Struktur pengubah ringkas


Voltan input Pengubah ringkas
Transformer ringkas • Terdiri daripada komponen
Mentol Mentol
Bekalan seperti bekalan arus ulang-
arus alik, mentol dan pengubah
ulang-alik yang dilengkapi gegelung
primer dan gegelung
Voltan output Gegelung sekunder
sekunder.
Rajah 6.2.15 Sturuktur pengubah ringkas • Gegelung primer disambung
kepada bekalan arus ulang-
alik.
• Gegelung sekunder mempunyai • Gegelung sekunder pula
bilangan lilitan dawai yang banyak. membawa arus keluar ke
• Voltan output tinggi.
Mentol menyala output (mentol).
dengan
ng
gan
a malap
Mentol menyala
dengan terang

Pengubah injak naik


• Gegelung primer mempunyai • Gegelung primer mempunyai
bilangan lilitan dawai yang kurang.
bilangan lilitan dawai yang
• Voltan output rendah.
kurang berbanding dengan
Rajah 6.2.16 Pengubah injak naik gegelung sekunder.
• Voltan output daripada
gegelung sekunder juga tinggi
• Gegelung sekunder mempunyai berbanding dengan voltan
bilangan lilitan dawai yang kurang. output gegelung primer.
• Voltan output rendah. Mentol menyala
eng
ng
gan terang
dengan ter
e an
a
Mentol menyala
dengan
gan malap
m

Imbas Maya
• Gegelung primer mempunyai
bilangan lilitan dawai yang banyak. Sila imbas tentang
• Voltan output tinggi. transformer.

Rajah 6.2.17 Pengubah injak turun


Pengubah injak turun
• Gegelung primer mempunyai bilangan lilitan dawai yang banyak
berbanding gegelung sekunder.
• Voltan output daripada gegelung primer lebih tinggi berbanding (Dicapai pada 3
dengan voltan output gegelung sekunder. September 2020)

137
(b) Penyongsang AU-AT
Penyongsang AU-AT (Inverter) berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik yang dihasilkan
daripada sumber AT kepada AU. Inverter biasanya digunakan pada peralatan yang mempunyai
motor dan pemampat.

Imbas Maya
Sila imbas tentang
inverter.

(Dicapai pada 3
Gambar foto 6.2.18 Inverter
September 2020)
Dengan menggunakan teknologi ini:

Kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan sekali gus
dapat menjimatkan elektrik.

Peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap.

Keupayaan untuk menyesuaikan outputnya dengan kenaikan kecil untuk


mengekalkan suhu malar akan membawa kepada penggunaan elektrik yang efisien
dan bil elektrik yang lebih rendah.

Tidak menyebabkan kebisingan atau pencemaran alam sekitar.

Penggunaan teknologi penyongsang (inverter) dapat dilihat dalam sistem tenaga solar. Tenaga
yang diperoleh daripada panel solar disimpan di dalam bateri dan ditukarkan kepada AU oleh
penyongsang. Seterusnya, barulah tenaga tersebut boleh disalurkan kepada peralatan elektrik.
Inverter

Utiliti

Generator
Bateri Peralatan elektrik
Rajah 6.2.18 Penggunaan teknologi inverter
138
Sekiranya penyongsang digunakan di rumah,
industri dan lain-lain, voltan AT ditukar menjadi
AU menggunakan penerus, kemudian disimpan
di dalam bateri yang boleh dicas semula. Kuasa Pada 2009, teknologi inverter mula
dipasang pada unit penyaman udara untuk
yang diperlukan dalam keperluan isi rumah, menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi
industri dan daya tarikan adalah AU sementara ini dipasang pada unit luar yang dapat
yang tersimpan adalah AT. Di sinilah peranan mengawal kelajuan motor pemampat,
inverter yang menukar AT ke AU dan menjadikan kelajuan motor kipas dan kawalan suhu.
kuasa yang tersimpan dapat digunakan. [Nasrul Hakim Zakaria] 2013

Penghawa dingin
Pendingin hawa konvensional
berteknologi inverter

✓ Suhu bilik diset pada 22°C ✓ Suhu bilik diset pada 22°C
✓ Pemampat dihidupkan sehingga ✓ Inverter menjalankan pemampat pada
mencapai suhu 21°C kelajuan maksimum
✓ Pemampat dimatikan, suhu bilik naik ✓ Apabila suhu bilik mencapai 22.1°C,
perlahan-lahan sehingga 23°C inverter memperlahankan sedikit
✓ Pemampat dihidupkan semula sehingga kelajuan pemampat
mencapai suhu 21°C ✓ Suhu bilik turun sehingga 21.9 °C,
✓ Proses ini berterusan sehinggalah inverter menaikkan sedikit kelajuan
pendingin hawa dimatikan pemampat
✓ Pemampat akan sentiasa berjalan pada
kelajuan berbeza (tiada operasi on-off
seperti pendingin hawa konvensional)

(c) Penerus (Rectifier)


Penerus berfungsi untuk menukarkan voltan ulang-alik (AU) kepada voltan arus terus (AT).
Penerus juga mempunyai banyak kegunaan tetapi sering didapati berfungsi sebagai komponen
bekalan kuasa AT dan sistem penghantaran kuasa semasa voltan tinggi. Penerus boleh dibina
dalam pelbagai bentuk litar bergantung pada faktor seperti jenis bekalan yang diterima,
jenis penggunaan komponen yang digunakan seperti diod, dan juga bentuk kawalan keluaran
gelombang arus.

● Penerus gelombang penuh

Jenis Litar Penerus


AU ➜ AT

● Penerus Setengah Gelombang

139
Litar penerus setengah gelombang

A B

D
230V AU RL
50 Hz

Rajah 6.2.19 Litar penerus


setengah gelombang

Litar penerus gelombang penuh


D1
A

230V AU B
RL
50 Hz

C
D2
Rajah 6.2.21 Litar penerus
gelombang penuh

Info Ekstra
Penerus gelombang penuh mempunyai dua diod separuh pengalir dan pengubah bertap tengah
pada belitan sekunder.

140
RUMUSAN

Suis

Motor
Bekalan Kuasa

Penyambung

Wayar

KOMPONEN Arus Ulang-alikk


A
(AU)
ELEKTRIK
Arus
Elektrik

Arus Terus
(AT)

Jenis
Penukar

Pengubah Penyongsang
(Transformer) (Inverter)

Penerus
(Rectifier)

141
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Senaraikan lima komponen elektrik dalam sistem mekanikal.

2. Berdasarkan rajah di bawah ini, apakah komponen yang berlabel A dan B?

A
Komponen penting
di dalam suis
B

3. Bagaimanakah motor elektrik beroperasi?

4. Apakah empat kategori asas penyambung elektrik?

5. Apakah fungsi:
(a) Wayar hidup
(b) Wayar neutral
(c) Wayar bumi

6. Apakah perbezaan antara arus terus dengan arus ulang-alik?

7. Apakah nama lain bagi litar penukar AU – AT?

8. Apakah fungsi satu litar penukar AU – AT?

9. Apakah kelebihan inverter?

10. Nyatakan jenis litar yang berlabel A dan B.

A
Jenis litar penerus
B

Pilih jawapan yang betul.


1. Yang berikut adalah komponen elektrik dalam sistem mekanikal, kecuali...
A bekalan kuasa C suis
B motor D diod

2. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus terus ialah...


A dalam bentuk arus pusar
B dalam bentuk gelombang sinus
C dalam bentuk arus ulang-alik
D dalam bentuk gelombang frekuensi

142
3. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri pengubah (transformer)?
I berfungsi untuk mengubah aras voltan (arus) AC
II terdiri daripada dua gegelung pengalir yang bertindak sebagai induktor yang terpisah
secara elektrik tetapi bersambung secara magnetik
III terdiri daripada dua gelung (windings) yang dililitkan pada teras (core) besi
IV terdiri daripada kepingan keluli berlapis yang ditebat untuk mengelak daripada
berlakunya karat dan sentuhan elektrik
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D Semua di atas

4. Yang berikut adalah kelebihan produk elektrik yang menggunakan teknologi inverter,
kecuali...
A lebih menjimatkan ruang
B lebih menjimatkan tenaga elektrik
C berfungsi dengan lebih senyap
D beroperasi dengan lebih cekap dan pantas

5. Prinsip motor arus ulang-alik satu fasa ialah...


A arus pada belitan mula adalah lebih tinggi kerana luas keratan rentas adalah kecil dan
rintangan belitan pengalir adalah rendah
B apabila voltan dibekalkan, kedua-dua belitan mula dan belitan larian akan menghasilkan
medan magnet
C arus pada belitan larian adalah rendah kerana luas keratan rentas yang besar dan nilai
rintangan pada pengalir adalah tinggi
D medan magnet berputar akan bergerak dengan satu kelajuan yang dinamakan
kelajuan berpusat

Modul 6.2:

http://buku-teks.com/
kmtg5_pm6_2
(Dicapai pada 22
September 2020)

143
6.3 SISTEM HIDRAULIK

Aplikasi sistem hidraulik memainkan peranan penting dalam Standard Pembelajaran


bidang kejuruteraan mekanikal bagi memudahkan menjalankan
kerja berat. Sistem hidraulik menggunakan medium cecair • Menerangkan konsep
hidraulik bertekanan tinggi untuk memindahkan kuasa dari satu sistem hidraulik untuk
kejuruteraan mekanikal.
tempat ke tempat yang lain. Cecair hidraulik bertindak sebagai
• Menerangkan
medium pemindahan daya kerana cecair hidraulik mempunyai komponen yang
sifat seperti tidak mudah mampat, tidak menyerap udara, dan terdapat dalam sistem
tidak mudah berubah sifat sekiranya berlaku peningkatan suhu hidraulik dari aspek:
dalam sistem. i. Fungsi
Sistem hidraulik ditakrifkan sebagai sistem kawalan dan ii. Binaan dan reka
bentuk komponen
pemindahan kuasa menggunakan cecair bertekanan tinggi. Contoh iii. Simbol dan litar asas
penggunaan sistem hidraulik ialah kren pengangkutan barang, sistem hidraulik
bicu kereta elektrik, mesin tekan, jengkaut, dan banyak lagi. • Membincangkan
kepentingan dan
SISTEM HIDRAULIK penggunaan sistem
hidraulik dalam sistem
mekanikal.
Konsep Sistem Komponen Kepentingan Operasi Litar • Menghuraikan operasi
Hidraulik Sistem Hidraulik Sistem Hidraulik Asas litar asas sistem
hidraulik.
• Menjalankan uji kaji
mudah aplikasi sistem
hidraulik.

Imbas Maya
Sila imbas tentang asas
sistem hidraulik.

Gambar foto 6.3.1 Mesin hidraulik (Dicapai pada


dalam industri 23 September 2020)

Gambar foto 6.3.3 Mesin


tekan manual yang
menggunakan sistem
hidraulik

Gambar foto 6.3.2


Bicu kereta hidraulik
144
144
6.3.1 Konsep Sistem Hidraulik
Hidraulik ialah teknologi dan aplikasi peralatan dan perkakasan yang melibatkan penggunaan
cecair untuk kawalan dan pemindahan kuasa.
Sistem hidraulik berfungsi dengan berdasarkan prinsip hukum Pascal yang mengatakan
bahawa tekanan dalam cairan tertutup adalah seragam dalam semua arah. Tekanan yang dihantar
pada bendalir tidak akan susut pada mana-mana titik. Hukum Pascal digambarkan seperti dalam
Rajah 6.3.1 di bawah ini.

10N
Beban

Omboh
Keluasan = 1m2

Cecair
Bekas

Rajah 6.3.1 Hukum Pascal

Jumlah tekanan cecair yang dicipta dalam bekas ditentukan menggunakan formula P = F/A,
dengan daya adalah berat dan omboh itu adalah luas kawasan. Dalam Rajah 6.3.1 di atas, sebagai
contoh, tekanan adalah 10 N/m2 (10 N ÷ 1.0m2 = 10 Pa).

Daya (F)
Tekanan (P) =
Keluasan (A)

Parameter Unit S.I.

Tekanan Pascal (Pa)

Daya Newton (N)

Keluasan Meter persegi (m2)

145
F1 Contoh Prinsip Pascal

beban
beban Daya bendalir terhasil
F2
akibat pendaraban tekanan
dan luas permukaan. Oleh sebab
tekanan adalah sama dalam semua arah,
maka omboh kecil menghasilkan daya yang
A1 A2 lebih kecil dan omboh besar menghasilkan
daya yang besar. Oleh itu, kekuatan
besar boleh dijana dengan input
daya yang lebih kecil dengan
menggunakan sistem hidraulik.
idraulik
ik
k.

P1 = _F P1 = P2 P2 = F
_ P = Tekanan
A A A = luas permukaan
F = daya

6.3.2 Komponen Sistem Hidraulik


Sistem hidraulik terdiri daripada beberapa bahagian utama yang membolehkan
sistem ini berfungsi dengan sempurna. Sistem hidraulik mudah ditunjukkan
dalam Rajah 6.3.2 di bawah ini.
Silinder
INFO
KESELAMATAN
Injap Sehala
Sistem hidraulik boleh
Injap Kawalan menjadi punca kepada
Berarah kebakaran kerana
A
sistem hidraulik
Injap Pelega menggunakan
B Komponen minyak sebagai
medium perantara.
Injap Kawalan
Kebakaran boleh
Aliran
C berlaku sekiranya
sistem hidraulik terlalu
Pam
panas dan terdapat
D kebocoran pada hos.
Penapis

E Tangki

Senarai komponen
F A Silinder tindakan dua arah
B Injap kawalan aliran
C Injap kawalan berarah
D Injap pelega
G
E Pam
F Penapis
G Tangki
Rajah 6.3.2 Sistem hidraulik mudah
146
Silinder
Jadual 6.3.1 di bawah ini menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi silinder.
Jadual 6.3.1 Komponen, simbol, dan fungsi silinder

Komponen Simbol Fungsi


Silinder ialah komponen yang digunakan dalam
sistem hidraulik untuk melakukan kerja. Komponen
ini melakukan kerja bagi gerakan linear. Gabungan
silinder-silinder dalam sistem hidraulik dapat
menghasilkan kerja seperti yang dikehendaki.
Silinder akan berfungsi apabila aliran cecair
hidraulik memasuki liang pada silinder yang
kemudiannya menolak omboh sama ada ke depan
atau ke belakang. Rajah 6.3.3 dan Rajah 6.3.4
menunjukkan contoh gerakan keluar dan masuk
silinder berdasarkan arah aliran yang memasuki liang
pada silinder. Silinder terbahagi kepada dua jenis, iaitu
silinder tindakan sehala dan silinder tindakan dua hala.

Pegas Pegas
Spring Spring
Rod Keluar Rod Masuk

A Liang masuk cecair A Liang masuk cecair


Silinder tindakan sehala
Omboh
Rod

A B
Aliran cecair masuk Aliran cecair keluar
Omboh
Rod

A B
Aliran cecair keluar Aliran cecair masuk
Silinder tindakan dua hala
Liang
Liang

Omboh Rod
Binaan dan reka bentuk silinder

147
Injap Sehala
Jadual 6.3.2 menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi injap sehala.

Jadual 6.3.2 Komponen, simbol, dan fungsi injap sehala

Komponen Simbol Fungsi


Injap sehala digunakan bagi mengelakkan aliran
balik daripada tekanan mendadak yang boleh
merosakkan pam. Injap ini hanya membenarkan
cecair mengalir pada satu arah.
Pegas

Aliran
masuk Aliran
menolak keluar
bebola

Aliran Aliran
tertutup berpatah
oleh balik
bebola

Fungsi injap sehala

Alihan masuk
sehala sahaja

Bebola

Binaan dan reka bentuk injap sehala

148
Injap Kawalan Berarah
Jadual 6.3.3 menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi injap kawalan berarah.

Jadual 6.3.3 Komponen, simbol, dan fungsi injap kawalan berarah

Komponen Simbol Fungsi

A B Injap kawalan berarah digunakan untuk


mengawal arah aliran cecair melalui cara
menutup dan membuka atau menutup liang
P T pada injap kawalan berarah. Kedudukan kili di
Simbol tuil ditolak ke dalam injap kawalan berarah akan menentukan
kiri arah aliran cecair.
Gerakan kili boleh dilakukan secara
A B gerakan insani atau menggunakan kuasa
elektrik (solenoid). Contoh operasi injap
Injap kawalan
kawalan berarah.
P T
berarah
Simbol tuil ditolak ke Tuil ditolak
kanan Kili ke kiri

A B

P T
P – Aliran masuk dari pam
A – Aliran keluar ke penggerak
B – Aliran masuk dari penggerak
T – Aliran keluar ke tangki

Tuil ditarik
Kili ke kanan

A B

P T
P – Aliran masuk dari pam
B – Aliran keluar ke penggerak
A – Aliran masuk dari penggerak
T – Aliran keluar ke tangki
Fungsi injap kawalan berarah pada dua
kedudukan berbeza

149
Injap Pelega
Jadual 6.3.4 di bawah ini menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi injap pelega.

Jadual 6.3.4 Komponen, simbol, dan fungsi injap pelega

Komponen Simbol Fungsi


Injap pelega digunakan untuk mengawal had tekanan
yang diperlukan dalam sistem hidraulik. Injap pelega
penting untuk melaras tekanan maksimum yang
terdapat dalam sistem dan melindungi sistem daripada
terdedah kepada tekanan melampau.
Injap pelega berfungsi melalui kaedah mengawal
tekanan pegas dengan menolak injap mengikut nilai
tekanan yang dilaraskan.

Injap pelega Skru pelaras

Pegas Aliran lebihan


dihantar ke
tangki

Kekili injap
Tekanan
Aliran
terkawal
masuk
mengalir
keluar

Keratan rentas fungsi injap pelega

Imbas Maya
Sila imbas tentang cara
injap sehala dan pelega
berfungsi.

(Dicapai pada
3 September 2020)

150
Injap Kawalan Aliran
Jadual 6.3.5 di bawah ini menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi injap kawalan aliran.
Jadual 6.3.5 Komponen, simbol, dan fungsi injap kawalan aliran.

Komponen Simbol Fungsi


Injap kawalan aliran berfungsi untuk:
• mengawal kelajuan ke atas penggerak dan bebannya
• untuk memperoleh kelajuan yang tetap bagi
penggerak
• berperanan sebagai pengkusyenan bagi hentaman
beban pada akhir lejang bagi pergerakan silinder

A B

151
Pam
Jadual 6.3.6 di bawah ini menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi pam.
Jadual 6.3.6 Komponen, simbol, dan fungsi pam.

Komponen Simbol Fungsi


Fungsi utama pam dalam sistem
hidraulik adalah untuk menjanakan
aliran cecair hidraulik. Pam menukar
tenaga mekanikal daripada pacuan
motor elektrik kepada tenaga tekanan
tinggi cecair hidraulik. Pasangan gear di
dalam pam pula berputar dalam arah
yang berlainan. Putaran laju gear akan
menyedut cecair hidraulik di dalam
tangki untuk menghasilkan aliran
cecair hidraulik yang berterusan dalam
sistem. Rajah menunjukkan operasi pam
gear berfungsi.

Aliran keluar

Gear
Pam dan bahagian dalam pam Gear pemacu
dipacu

Aliran masuk

Keratan rentas fungsi pam

Imbas Maya
Sila imbas tentang operasi
pam.

(Dicapai pada 2
September 2020)

152
Penapis
Jadual 6.3.7 di bawah ini menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi penapis.
Jadual 6.3.7 Komponen, simbol, dan fungsi penapis

Komponen Simbol Fungsi


Penapis berfungsi untuk menapis benda asing
seperti serpihan kecil keluli yang masuk ke
dalam sistem hidraulik.
Penapis berfungsi dengan cara menapis
benda asing dalam cecair hidraulik yang
melaluinya dengan menggunakan elemen
penapis yang diperbuat daripada jejaring
dawai logam, kertas atau gentian logam.
Penapis

Aliran Aliran
masuk keluar

Elemen
penapis

Keratan rentas penapis

153
Tangki
Jadual 6.3.8 di bawah ini menunjukkan komponen, simbol, dan fungsi tangki.
Jadual 6.3.8 Komponen, simbol, dan fungsi tangki

Komponen Simbol Fungsi


• tempat penyimpanan cecair hidraulik
• sebagai pemisah cecair hidraulik dengan
udara dan juga sebagai medium penyingkir
haba yang terhasil dalam sistem
• menyokong kedudukan pam dan motor
elektrik.
Liang udara Saluran sedutan
cecair ke pam
Saluran
balik aliran
Tangki Cecair
hidraulik
Kaca
Sesekat semakan

Penapis
Plat pembersih

Keratan rentas tangki dan nama bahagian

Simbol dan Litar Asas Sistem Hidraulik


Jadual 6.3.9 di bawah ini menunjukkan simbol dan litar asas sistem hidraulik.
Jadual 6.3.9 Simbol dan litar asas sistem hidraulik

Simbol Nama Komponen Penerangan


Silinder tindakan Gerakan omboh dilaksanakan oleh daya
searah balikan pegas dari pegas

Silinder tindakan Gerakan omboh dan aliran hidraulik


dua arah

Injap kawalan aliran Untuk mengawal kadar aliran

Injap kawalan aliran Membenarkan kawalan aliran pada


dengan pelaras sehala sehala sahaja

154
Jadual 6.3.9 Simbol dan litar asas sistem hidraulik

Simbol Nama Komponen Penerangan


Injap sehala Membenarkan aliran dari satu arah
sahaja dan menyekat aliran dari
arah sebaliknya

Injap sehala berpegas

Pam hidraulik Pam hidraulik satu pusingan satu arah


atau dua arah

Motor elektrik Memutarkan pam hidraulik dengan


kuasa elektrik
M

Injap kawalan berarah Dua liang tertutup pada kedudukan


2/2 neutral dan membenarkan aliran pada
kedudukan diaktifkan (kedua)

Injap kawalan berarah Pada kedudukan pertama, aliran


3/2 ke silinder pada kedudukan aliran
keluar dari tangki berlaku pada silinder
tindakan tunggal

Injap kawalan berarah Untuk silinder tindakan dua arah,


4/2 semua liang dibuka

Injap kawalan berarah Dua posisi terbuka dan satu tertutup


4/3 pada kedudukan neutral

Injap kawalan berarah Dua posisi terbuka dengan dua


5/2 liang ekzos

155
Jadual 6.3.10 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap kawalan berarah.

Jadual 6.3.10 Kaedah menggerakkan injap kawalan berarah

Kaedah Menggerakkan Injap Kawalan Berarah


Simbol Nama Penerangan
Manual/biasa Beroperasi secara manual/insani

Butang tekan

Tuil

Tuil berpenahan

Gerakan tekanan kaki Beroperasi secara mekanikal

Gerakan tuil “roller”

Gerakan tuil “idle”

Penggerak berpegas

Penggerak arahan Beroperasi secara pneumatik


pneumatik

156
6.3.3 Kepentingan dan Penggunaan Sistem Hidraulik
Aplikasi Sistem Hidraulik
Sistem hidraulik digunakan terutamanya untuk mengawal kuasa yang lebih besar. Aplikasi utama
sistem hidraulik boleh dikelaskan kepada lima kategori seperti dalam Rajah 6.3.3.

Jentera pemprosesan plastik, pembuatan keluli


dan aplikasi pengekstrakan logam utama, laluan
Perindustrian pengeluaran automatik, industri alat mesin,
industri kertas, pemuat, penghancur, jentera tekstil,
rin peralatan R & D, dan sistem robotik.
Perindustrian
Traktor, sistem pengairan, peralatan menolak
tanah, peralatan pengendalian bahan, kenderaan
Hidraulik
perdagangan, peralatan membuat dan membesarkan
mudah alih
lubang terowong, peralatan rel, bangunan, jentera
H i d rpembinaan,
aulik dan pelantar penggerudian.
dah alih
mudah
• Penyerap kejutan
Automobil • Sistem stereng
• Sistem brek
Automobil
bl
• Kelengkapan pusar
Aplikasi • Lengan pengangkat
marin • Pintu keselamatan
ik i marin
Aplikasi i
• Kawalan kemudi
Peralatan
• Gear pendaratan
aeroangkasa
• Kawalan penerbangan

Rajah 6.3.3 Aplikasi utama sistem hidraulik

Info Ekstra
Komponen-komponen disambungkan dalam sistem hidraulik dengan menggunakan hos atau paip
tahan tekanan tinggi.

Info Ekstra
Simbol hidraulik memberikan gambaran yang jelas mengenai fungsi setiap komponen hidraulik.
Dengan meletakkan simbol yang betul di dalam litar akan membolehkan kita memahami fungsi
lengkap sistem hidraulik.

157
Kelebihan dan Kelemahan Sistem Hidraulik
Rajah 6.3.4 di bawah ini menunjukkan kekuatan dan kelemahan sistem hidraulik.

Sistem
Hidraulik

Kelebihan Kelemahan

Sesuai dan efisien digunakan Bunyi bising terhasil apabila


untuk mengangkat beban berat. pam menjalankan kerja.

Sistem masih boleh berjalan Kebakaran boleh terjadi


walaupun terdapat kebocoran, apabila sistem terlalu panas
namun kecekapan sistem akan atau terdapat kebocoran
menurun. berlaku dalam sistem.

Mampu mengendalikan Hos yang dipasangkan akan


kerja berat. pecah jika tekanan yang
dikenakan melebihi had yang
Sistem ini mampu berfungsi telah ditetapkan.
dengan baik dalam keadaan
persekitaran yang panas. Pencemaran alam sekitar boleh
berlaku jika sisa cecair
Kos penyelenggaraan hidraulik tidak dilupuskan
yang rendah. dengan betul.

Rajah 6.3.4 Perbandingan kelebihan dan kelemahan sistem hidraulik

158
6.3.4 Operasi Litar Asas
Komponen hidraulik akan dilukis dalam bentuk simbol dalam reka bentuk sistem hidraulik. Lukisan
dalam bentuk simbol tersebut adalah untuk memudahkan kerja dalam mereka bentuk, menganalisis
perjalanan dalam sistem serta memudahkan kerja pembetulan dan pembaikan litar. Terdapat tiga
jenis kedudukan omboh dalam sistem hidraulik, iaitu kedudukan neutral seperti Rajah 6.3.5 dan
kedudukan keluar seperti Rajah 6.3.6 dan kedudukan masuk seperti Rajah 6.3.7.

Litar Skematik Litar Simbol

A A

B B
B B
Petunjuk
A – Silinder tindakan
dua arah
A A B – Injap kawalan
C aliran
C P T C – Injap kawalan
berarah 4/3
gerakan insani
D – Injap sehala
APB T E – Injap pelega
F – Pam
E G – Motor elektrik
D H – Tangki
I – Penapis
E
D

F F M G
G

H
I H
I

Rajah 6.3.5 Litar asas sistem hidraulik omboh pada kedudukan neutral

Perjalanan Litar dalam Sistem: Kedudukan Neutral


• Cecair hidraulik akan dipam dari tangki ke sistem dengan menggunakan pam.
• Pada nilai tekanan yang hendak digunakan dalam sistem, injap pelega akan dilaraskan.
• Injap sehala akan membenarkan cecair hidraulik mengalir pada keadaan sehala sahaja. Injap
akan tertutup jika aliran berpatah balik.
• Cecair hidraulik akan memasuki injap kawalan berarah.
• Seterusnya, injap kawalan berarah berkedudukan neutral (tengah). Kili membuka liang laluan
P ke T dan menutup laluan A dan B.
• Tiada pergerakan omboh berlaku kerana tiada aliran cecair yang dapat masuk ke silinder.
159
Rajah 6.3.6 menunjukkan sistem dalam kedudukan omboh ditolak keluar.

Litar Skematik Litar Simbol

B B
B B

A B

C
C P T

APBT

E
D

E
D

F G F M

H
I H
I
Rajah 6.3.6 Sistem dalam kedudukan omboh ditolak keluar

Perjalanan Litar dalam Sistem: Kedudukan Omboh Keluar


• Apabila tuil ditolak ke kanan dari kedudukan neutral, kili pada injap kawalan berarah tolak
ke kiri.
• Kili akan membuka liang P ke B dan A ke T.
• Melalui liang P ke B, cecair akan dipam masuk dan sebelum masuk ke silinder, cecair akan
melalui injap kawalan aliran.
• Halaju pergerakan omboh keluar boleh dikawal melalui pelarasan injap kawalan aliran.
• Omboh ditolak keluar oleh cecair yang berada di belakang omboh tersebut.
• Manakala, cecair di bahagian hadapan aci omboh akan dialirkan melalui injap kawalan
berarah ke tangki melalui liang A ke T.
160
Rajah 6.3.7 menunjukkan sistem dalam kedudukan omboh masuk.

Litar Skematik Litar Simbol

B B
B B

A B

C
P T
C

APB T

E D

F M
F G

I H
H

Rajah 6.3.7 Sistem dalam kedudukan omboh masuk

Perjalanan Litar dalam Sistem: Kedudukan Omboh Masuk


• Apabila tuil ditolak ke kiri dari kedudukan neutral, kili pada injap kawalan berarah tolak ke kanan.
• Aliran cecair dibenarkan melalui pada liang P ke A dan B ke T melalui kedudukan ini.
• Sebelum masuk ke silinder, cecair yang dipam memasuki liang P ke A melalui injap saliran.
• Halaju pergerakan omboh keluar boleh dikawal melalui pelarasan injap kawalan aliran.
• Omboh ditolak masuk oleh cecair yang masuk ke bahagian hadapan silinder.
• Manakala, cecair di bahagian belakang omboh akan mengalir ke injap kawalan berarah pada
liang B ke T.
• Kemudian, cecair dari liang T akan mengalir balik ke tangki.

161
6.3.5 Uji Kaji Mudah Aplikasi Sistem Hidraulik
Sistem hidraulik banyak digunakan dalam industri automobil
seperti sistem stereng kuasa ataupun sistem brek dan sebagainya. Standard Pembelajaran
Sistem ini menggunakan cecair sebagai medium penghantaran Menjalankan uji kaji
kuasa. Dalam sistem hidraulik, omboh boleh berada pada tiga mudah aplikasi
kedudukan, iaitu kedudukan neutral, kedudukan keluar, dan sistem hidraulik
kedudukan masuk. Rajah 6.3.8 di bawah ini menunjukkan litar asas
hidraulik yang mengandungi komponen hidraulik bagi melakukan
suatu kerja.

B B

D
E

G
F M

I H

Rajah 6.3.8 Litar asas hidraulik yang mengandungi komponen hidraulik

Aktiviti Uji Kaji Mudah:


• Berdasarkan Rajah 6.3.8, murid dikehendaki mengenal pasti dan menamakan setiap
komponen yang ada dalam rajah tersebut.
• Dengan menggunakan set latihan hidraulik, murid dikehendaki membuat penyambungan
berdasarkan rajah di atas.
• Hasil daripada penyambungan tersebut, murid perlu menerangkan analisis pergerakan litar.

162
RUMUSAN

SISTEM
HIDRAULIK

t.FOHHVOBLBODFDBJS Aplikasi Sistem Hidraulik ,PNQPOFO4JTUFN


TFCBHBJNFEJVN t1FSJOEVTUSJBO Hidraulik
QFNJOEBIBOLVBTB t)JESBVMJLNVEBIBMJI t1BN
t1SJOTJQIVLVN1BTDBM t"VUPNPCJM t5BOHLJ
t"QMJLBTJNBSJO t1FOBQJT
t1FSBMBUBOBFSPBOHLBTB t*OKBQTFIBMB
t*OKBQQFMFHB
t*OKBQLBXBMBOCFSBSBI
t*OKBQLBXBMBOBMJSBO
t4JMJOEFS

163
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Senaraikan empat kelebihan sistem kuasa hidraulik.

2. Mengapakah sistem hidraulik lebih sesuai untuk melakukan kerja yang berat berbanding
dengan sistem pneumatik?

3. Nyatakan contoh aplikasi sistem hidraulik yang berikut:


(a) Perindustrian
(b) Automobil

4. Terangkan operasi litar asas sistem hidraulik ketika omboh berada pada kedudukan neutral.

5. Apakah fungsi pam dalam sistem hidraulik?

6. Nyatakan gerakan yang boleh dilakukan oleh komponen hidraulik di bawah ini:
(a) Silinder
(b) Motor
(c) Penggerak berputar

7. Namakan komponen berdasarkan simbol yang diberi di bawah ini.


(a) (b)

(c) (d)

(e) (f)

8. Nyatakan fungsi komponen sistem hidraulik yang berikut.

Silinder Modul 6.3:

Komponen
Injap pelega
Sistem Hidraulik

Penapis
http://buku-teks.com/
kmtg5_pm6_3
(Dicapai pada 23
September 2020)

164
6.4 SISTEM PNEUMATIK

Secara asasnya prinsip sistem pneumatik adalah sama dengan Standard Pembelajaran
sistem hidraulik. Cuma sistem pneumatik memindahkan kuasa
dan kawalan dengan menggunakan udara termampat. Menerangkan konsep
Dalam sistem pneumatik, udara termampat digunakan sebagai sistem pneumatik untuk
sumber tenaga. Sistem pneumatik digunakan secara meluas pada kejuruteraan mekanikal.
peralatan ringan dan mesin yang memerlukan daya gerakan yang
kecil dalam industri kejuruteraan mekanikal.
Gambar foto 6.4.1 menunjukkan peralatan dan mesin yang
menggunakan sistem pneumatik bagi melakukan operasi kerjanya.
Sudut Maya
Lihat bagaimana
Pengatur tekanan sistem pneumatik
digunakan untuk
menghasilkan cawan
Silinder
kertas. Menarik,
Slilinder dua arah bukan?
Sistem pneumatik Layari https://
nevonprojects.
com/pneumatic-
paper-cup-making-
machine-project/

Slilinder
dua arah
(a) Mesin tekan acuan
bedak muka

(b) Mesin membuat


cawan kertas

(c) Robotik

Gambar foto 6.4.1 Contoh mesin dan peralatan yang menggunakan sistem pneumatik

165
6.4.1 Konsep Sistem Pneumatik
Pneumatik merujuk kepada penggunaan udara termampat dalam sains dan industri untuk
melaksanakan kerja dan kawalan mekanikal.
Pneumatik berfungsi sebagai kawalan dan pemindahan kuasa dengan menggunakan udara
termampat. Sistem pneumatik banyak mempunyai kelebihan dan kekurangan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 6.4.1.
Jadual 6.4.1 Jadual perbandingan kelebihan dan kelemahan sistem pneumatik

Kelebihan Kelemahan
Penggunaan udara sebagai sumber yang Memerlukan beberapa penyediaan
boleh didapati dengan mudah awalan terutamanya proses penapisan
dan berterusan. dan pengeringan.
Selepas penggunaan, udara termampat Tenaga elektrik yang mahal dan kecekapan
kembali kepada keadaan asal dan boleh pemampat yang terhad.
dilepaskan.
Udara boleh dimampatkan secara fleksibel Sistem kawalan pneumatik mudah terdedah
dan sesuai untuk menyerap kejutan kepada kebocoran yang akan menyebabkan
dan getaran. kecekapan berkurangan.
Udara tidak dipengaruhi oleh suhu dan tidak Penggunaan hos pada jarak yang jauh tidak
mudah terbakar. sesuai dilakukan akibat kejatuhan tekanan
udara termampat.
Udara termampat boleh disalurkan pada Boleh menyebabkan pencemaran bunyi
jarak yang jauh dan mudah disimpan. kerana udara ekzos yang bising.
Komponen sistem pneumatik mudah dibina Lembapan yang terdapat dalam udara
dan diselenggara jika dibandingkan dengan termampat akan merosakkan komponen
sistem kawalan lain. dalam sistem pneumatik.

Tangki udara
Hos udara
Penapis pertama
Penapis akhir

Injap Penapis/pengatur/
insani pelincir
Silinder

Pengering
Pemampat udara
Pengasing Salur
Injap pemasa minyak/air titisan Injap
titisan

Rajah 6.4.1 Komponen asas dalam sistem pneumatik


166
Dalam sistem pneumatik, daya yang dikenakan kepada silinder bergantung pada diameter piston,
tekanan kerja udara, dan rintangan geseran. Secara teori, tekanan dipengaruhi oleh dua faktor,
iaitu daya dan luas permukaan. Oleh itu, rumus bagi tekanan ialah:

F P: Tekanan [Pascal]
P = (Persamaan 6.11) F: Daya [N]
A
A: Permukaan [m2]

Contoh Pengiraan:
Berapakah daya yang dijana oleh silinder berdiameter 0.04 m pada tekanan 6 bar?

Penyelesaian:
Diameter omboh silinder, d = 0.04 m
Luas permukaan omboh,
πd2
A=
4
π(0.04 m)2
A=
4
5026.55 5.0265 × 10–3
= =
4 4
= 1.257 × 10–3

Tukarkan bar kepada N/m2


1 bar = 100 000 N/m2
Oleh itu, 6 bar = 600 000 N/m2
Maka Daya, F = PA
= 600 000 N/m2 × 1.257 × 10–3m2
= 754.2 N

Info Ekstra
Untuk mengukur tekanan, pengganda berikut digunakan:
• 1 kPa (kilopascal) = 1,000 Pa
• 1 MPa (megapascal) = 1,000,000 Pa
Dalam pneumatik, kita menggunakan unit bar, iaitu:
• 1 bar = 100,000
1 Pa = 1 N/m2.
Tekanan atmosfera standard adalah tekanan udara di paras laut, yang sama dengan 1 atm
(atmosfera) seperti berikut:
• 1 atm = 101,325 Pa = 1013.25 mbar (Milibar) atau hPa (hektopascal)
Unit ini biasanya digunakan dalam meteorologi dan cukup tepat untuk kebanyakan aplikasi:
• 1 atm = 1 bar

167
Oleh itu, silinder dengan omboh berdiameter 0.04 m pada tekanan 6 bar boleh menjana daya
sebanyak 754.2 N bersamaan 76.9 kg. Gambar foto 6.4.2 menunjukkan sebuah meja pengangkat
pneumatik yang mampu mengangkat beban sehingga 90 kg.

Gambar foto 6.4.2 Meja pengangkat pneumatik


(Sumber: https://www.verstil.com/product.php?FID=300)

Info Ekstra
Seperti banyak bentuk teknologi, penggunaan teknologi pneumatik pertama bermula sejak
beribu-ribu tahun dahulu. Seorang ahli matematik Yunani, iaitu Hero of Alexandria menulis pada
abad pertama tentang teknologi pneumatik yang digunakan untuk menjana kuasa dan objek
pengangkutan. Namun, sebelum tahun 1600-an ahli fizik Jerman, iaitu Otto von Guericke mula
mencipta sebuah pam vakum yang menggunakan tekanan udara.
(Sumber: Britannica.com)

168
6.4.2 Komponen Sistem Pneumatik Standard Pembelajaran
Komponen utama dalam sistem pneumatik terdiri daripada Menerangkan komponen
pemampat udara, penerima, pengering, penapis udara, alat yang terdapat dalam
pelincir, pengatur tekanan, injap kawalan berarah, injap kawalan sistem pneumatik dari segi:
aliran, silinder, dan penyenyap. i. Fungsi
ii. Binaan dan reka
bentuk komponen
iii. Simbol dan litar asas
pneumatik
(a) Pemampat
Jadual 6.4.2 di bawah ini menunjukkan alat pemampat, simbol, dan fungsinya.
Jadual 6.4.2 Komponen, simbol, dan fungsi alat pemampat

Komponen Simbol Fungsi


p
Pemampat (a) Membekalkan udara
termampat bertekanan
tinggi dalam sistem
pneumatik.
(b) Direka bentuk untuk
menyedut udara
atmosfera.
(c) Menghantar udara yang
termampat ke dalam litar
sistem pneumatik dengan
sejumlah kadar aliran
pada tekanan tinggi.

Pada pemampat jenis omboh, motor elektrik akan memutar aci engkol. Aci engkol akan
menghasilkan gerakan turun dan naik omboh. Proses gerakan omboh akan menghasilkan udara
yang dimampatkan hingga mencapai tekanan yang dikehendaki.

Injap keluar Injap keluar


tertutup Injap masuk terbuka Injap masuk
terbuka tertutup
Silinder

Udara masuk
Omboh
Omboh bergerak
bergerak
ke bawah
ke atas
Rod penyambung
Putaran

Aci engkol

Bekas engkol

Rajah 6.4.2 Omboh pada lejangan bergerak ke atas dan ke bawah bagi menghasilkan udara termampat
169
Aliran udara Aliran udara
atmosfera termampat
masuk keluar

Perumah
omboh

Takal

Liang pembuangan
cecair enjin

Rajah 6.4.3 Keratan rentas pam pemampat

(b) Penerima
Penerima udara termampat yang juga dikenali sebagai tangki udara diperbuat daripada keluli
tahan tekanan tinggi. Penerima udara ini berbentuk silinder dengan kedua-dua hujungnya ditutup
dengan hemisfera.

Jadual 6.4.3 Komponen, simbol, dan fungsi penerima

Komponen Simbol Fungsi


Penerima • Penerima dilengkapi dengan beberapa
ciri keselamatan seperti injap
keselamatan, tolok tekanan, saliran
keluar, dan penutup yang digunakan
untuk tujuan pemeriksaan dan
kerja-kerja pembersihan dalaman
tangki penerima.
• Menyimpan dan menstabilkan
tekanan udara termampat yang
dihasilkan oleh pemampat.
• Mengasingkan udara daripada
lembapan dan minyak yang terhasil
akibat proses pemeluwapan semasa
proses mampatan udara dijalankan.

170
Aliran udara Udara termampat
atmosfera masuk ke sistem

Tolok
tekanan

Isyarat tekan
dihantar ke unit
kawalan elektrik

Injap buangan lembapan/air

Rajah 6.4.4 Nama bahagian tangki penerima udara termampat

(c) Pengering
Udara dari tangki penerima dikeringkan secara serapan oleh elemen pengering yang terdapat di
dalam unit pengering sebelum dialirkan dalam sistem. Terdapat beberapa jenis operasi pengering
yang digunakan dalam sistem pneumatik yang berfungsi secara pengering serapan dan proses
serapan penyejukan.

Jadual 6.4.4 Komponen, simbol, dan fungsi pengering

Komponen Simbol Fungsi

Pengering • Menyerap lembapan daripada


udara termampat sebelum
dihantar ke sistem kerana
lembapan boleh menyebabkan
komponen dalam sistem
pneumatik rosak dan berkarat.

Udara
Udara kering
lembab keluar
masuk
Pengering

171
(d) Penapis Udara
Udara atmosfera yang digunakan oleh sistem pneumatik untuk menghasilkan udara termampat
sememangnya mengandungi habuk dan bendasing. Udara yang tidak ditapis ini boleh merosakkan
komponen dan menghalang aliran dalam sistem. Oleh itu, penapis udara digunakan untuk menapis
habuk dan bendasing daripada memasuki sistem pneumatik. Elemen penapis udara yang dipasang
di dalam komponen penapis mampu menapis habuk dan bendasing bersaiz sehingga 5 mikron.
Jadual 6.4.5 Komponen, simbol, dan fungsi penapis udara

Komponen Simbol Fungsi


Penapis udara • Menapis kotoran seperti habuk atau
bendasing yang terdapat dalam udara.

Aliran masuk Aliran keluar


udara udara
termampat termampat

Elemen
penapis

Perumah
penapis Lembapan

Injap saliran

(e) Alat Pelincir


Dalam sistem pneumatik, kebanyakan komponen memerlukan pelincir untuk berfungsi dengan
lancar serta memanjangkan hayat sistem.
Jadual 6.4.6 Komponen, simbol, dan fungsi alat pelincir

Komponen Simbol Fungsi


Alat pelincir • Membolehkan komponen berfungsi dengan lancar
dan memanjangkan hayat sistem.
Pendikit
Kerongkongan Titisan pelincir
pelincir
Kaca penglihatan
Udara Udara
termampat termampat
masuk berpelincir
Muncung Muncung

Tiub suapan
Cecair
pelincir Bekas plastik
atau keluli

Keratan rentas alat pelincir

172
Apabila udara termampat dialirkan masuk ke dalam balang pelincir, alat pelincir akan
menyemburkan pelincir dalam bentuk kabus kepada udara termampat yang melaluinya serta
memberikan tekanan kepada cecair pelincir di dalam balang pelincir.
Akibat daripada tekanan tersebut, cecair pelincir akan mengalir naik melalui tiub suapan dan
keluar melalui pendikit minyak. Ketika inilah aliran pelincir bertukar kepada semburan kabus
serta bercampur dengan udara termampat.

(f) Pengatur Tekanan


Tekanan yang terlalu rendah boleh mengakibatkan sistem pneumatik tidak dapat berfungsi dengan
berkesan. Oleh itu, pengatur tekanan diperlukan untuk melaraskan dan mengimbangi tekanan yang
hendak digunakan dalam sistem. Pengatur tekanan berfungsi dengan cara memutarkan tombol
skru pelaras tekanan. Skru pelaras akan membuka injap utama untuk membenarkan tekanan udara
termampat yang diperlukan sahaja masuk ke dalam sistem pneumatik.

Jadul 6.4.7 Komponen, simbol, dan fungsi pengatur tekanan

Komponen Simbol Fungsi

Pengatur tekanan • Melaras dan mengimbangi tekanan pada had


yang betul dan sesuai supaya sistem pneumatik
dapat berfungsi dengan sempurna.

Pelaras
Tolok
Pegas tekanan

4 6
Gegendang 2 8

0 10
MPa

Aliran Aliran
udara udara
masuk Injap utama keluar

Keratan rentas pengatur tekanan

173
(g) Injap Kawalan Berarah
Injap kawalan berarah berfungsi untuk mengawal arah aliran dalam sistem sama ada secara
gerakan insani atau menggunakan kuasa elektrik (solenoid).

Jadual 6.4.8 Komponen, simbol, dan fungsi injap kawalan berarah

Komponen Simbol Fungsi

Injap kawalan berarah Injap kawalan Mengawal arah aliran dalam sistem
berarah 3/2 sama ada secara gerakan insani
atau menggunakan kuasa elektrik
(solenoid)
Kili
Injap kawalan B A
berarah 2/2
Butang
tekan
Gerakan insani
R P S
Injap 4/2 Pegas
dua arah
Keratan rentas injap kawalan
aliran (satu
berarah gerakan insani
ekzos)

Bekalan kuasa
elektrik
Udara
Injap 5/2 keluar Kili
dua arah Pelocok
aliran (dua
ekzos) P R
Solenoid Pegas
Gerakan solenoid Udara
masuk
Keratan rentas injap kawalan
berarah gerakan solenoid

174
(h) Injap Kawalan Aliran
Semasa sistem pneumatik sedang beroperasi, dalam keadaan tertentu kelajuan pergerakan kerja
perlu dikawal. Fungsi kawalan kepada kadar aliran udara yang memasuki sistem pneumatik
ditentukan oleh injap ini. Skru pendikit dilaraskan (diputar) bagi mengawal kemasukan udara
termampat dalam sistem terutamanya pada silinder pneumatik yang digunakan sebagai penggerak
pada sesuatu kerja.

Jadual 6.4.9 Komponen, simbol, dan fungsi injap kawalan aliran

Komponen Simbol Fungsi

Injap kawalan aliran • Mengawal kadar aliran udara termampat


yang memasuki silinder pneumatik.
• Skru pendikit yang boleh dilaraskan untuk
mengawal kemasukan udara termampat
ke dalam silinder bagi mengawal kelajuan
gerakan omboh di dalam silinder pneumatik.

Skru pendikit

Pegas

Aliran keluar

Injap

Keratan rentas injap kawalan aliran

175
(i) Silinder
Jadual 6.4.10 Komponen, simbol, dan fungsi silinder tindakan dua arah

Komponen Simbol Fungsi


Dalam sistem pneumatik, penggerak beroperasi secara
gerakan linear atau berputar. Silinder digunakan bagi
gerakan kerja linear. Silinder boleh dikategorikan kepada
dua jenis, iaitu silinder tindakan searah dan silinder
tindakan dua arah.
(a) Silinder tindakan searah

Bahagian Omboh Pegas


hadapan omboh Rod
dipasang pegas
bagi tujuan
menolak omboh
ke belakang
apabila bekalan Aliran masuk
udara dihentikan. udara termampat

Lejang • Udara yang


keluar memasuki liang
rod akan menolak
omboh bagi
gerakan
Aliran masuk udara termampat ke depan.
menolak omboh

(b) Silinder tindakan dua arah


Mempunyai dua
liang masukan udara
yang menghasilkan Omboh Lejang
gerakan omboh rod
keluar dan masuk keluar

Bahagian belakang
liang masukan Aliran udara Aliran udara
termampat termampat
Untuk gerakan masuk keluar
omboh ke depan,
aliran udara mestilah
dialirkan pada
bahagian belakang
liang masukan
Rod Lejang
rod masuk

Bahagian depan liang


masukan
Aliran udara Aliran udara Untuk gerakan omboh
termampat keluar termampat ke belakang, aliran
masuk udara mestilah dialirkan
pada bahagian depan
liang masukan

176
Simbol komponen pneumatik
Jadual 6.4.11 di bawah ini menunjukkan simbol, nama, dan penerangan bagi komponen pneumatik.
Jadual 6.4.11 Simbol dan penerangan bagi komponen pneumatik

Bekalan Kuasa
Simbol Nama Penerangan
Pemampat udara Pemampat putaran satu arah

Penerima Udara termampat disimpan. Dialirkan


dalam sistem apabila diperlukan

Jadual 6.4.12 di bawah ini menunjukkan simbol dan penerangan bagi komponen unit servis.
Jadual 6.4.12 Simbol dan penerangan bagi unit servis

Unit Servis
Simbol Nama Penerangan
Penapis udara Komponen ini adalah gabungan penapis
dan pengasing air

Pengering Untuk mengeringkan udara termampat

Pelincir Untuk melincirkan komponen dengan


cara mencampurkan sedikit pelincir
pada udara yang melaluinya

Pengatur tekanan Melaras tekanan udara mampat yang


akan digunakan dalam sistem

Unit servis Kombinasi penapis, pengatur tekanan,


pelincir, dan tolak tekanan

177
Jadual 6.4.13 di bawah ini menunjukkan simbol, nama, dan penerangan bagi kawalan berarah.

Jadual 6.4.13 Simbol dan penerangan bagi injap kawalan berarah

Injap Kawalan Berarah


Simbol Nama Penerangan

Injap 2/2 • Dua liang tertutup pada


kedudukan neutral
• Liang terbuka pada
kedudukan kedua

Injap 3/2 • Pada kedudukan neutral udara


mengalir ke silinder
• Pada kedudukan kedua aliran keluar
daripada silinder

Injap 4/2 (satu ekzos) • Liang terbuka


• Digunakan pada silinder tindakan
dua arah

Injap 4/3 • Dua posisi yang terbuka dan satu


tertutup pada posisi neutral

Injap 5/2 • Dua posisi terbuka dengan dua


liang ekzos

Jadual 6.4.14 di bawah ini menunjukkan simbol, nama, dan penerangan bagi injap kawalan aliran.

Jadual 6.4.14 Simbol dan penerangan bagi injap kawalan aliran

Injap Kawalan Aliran


Simbol Nama Penerangan

Injap kawalan aliran boleh Mengawal kadar aliran udara


ubah termampat yang memasuki silinder
pneumatik

Injap kawalan aliran boleh Membenarkan aliran terkawal masuk


ubah satu arah pada satu arah sahaja

178
6.4.3 Kepentingan dan Penggunaan Sistem Standard Pembelajaran
Pneumatik
Membincangkan
Jadual 6.4.15 di bawah ini menyenaraikan beberapa kelebihan yang kepentingan dan
berkaitan dengan cara pneumatik dan hidraulik menghasilkan penggunaan sistem
gerakan linear mekanikal. pneumatik dalam sistem
mekanikal.

Jadual 6.4.15 Perbandingan pemindahan kuasa linear

Ciri-ciri Pneumatik Hidraulik

Kerumitan Mudah Sederhana

Sumber kuasa Tinggi Sangat tinggi

Saiz Kecil Kecil

Kawalan Injap mudah Injap mudah

Ketepatan posisi Baik Baik

Kelajuan Laju Perlahan

Kos pembelian Murah Mahal

Kos operasi Sederhana Mahal

Kos senggara Rendah Tinggi

Bekalan kuasa Pemampatan/Kuasa paip Pam/Kuasa paip

Keberkesanan kerja Rendah Rendah

Kebolehpercayaan Cemerlang Baik

Senggara Rendah Sederhana

Hospital mempunyai sistem tiub pneumatik untuk menghantar sampel darah ke makmal. Tiub
pneumatik juga digunakan di hospital untuk mengangkut sinar-X, dokumen pesakit, dokumen
umum, ubat-ubatan dan hasil ujian.

179
6.4.4 Operasi Litar Asas Standard Pembelajaran
Sebelum sistem kerja pneumatik direka bentuk, lukisan litar sistem Menghuraikan operasi
akan dibuat bagi menganalisis kefungsian sistem. Lukisan litar litar asas sistem pneumatik.
boleh dilukis sama ada dalam bentuk skematik atau bentuk simbol
pneumatik. Untuk menjimatkan masa, litar sistem pneumatik
dilukis menggunakan simbol-simbolnya sahaja. Kefungsian sistem juga mudah dianalisis dan jika
terdapat pembetulan dan pembaikan sistem, hal itu mudah dilakukan.
Rajah 6.4.5(a) menunjukkan contoh litar asas sistem pneumatik dilukis dalam bentuk skematik
manakala Rajah 6.4.5(b) menunjukkan contoh litar dalam bentuk simbol.
Silinder

Injap kawalan aliran

Injap kawalan berarah


Pengatur tekanan
Bekalan kuasa elektrik Pengering
Penapis Penyenyap
udara Alat pelincir

Tolok tekanan
Penerima

Pemampat
Rajah 6.4.5(a) Litar skematik

Rajah 6.4.5(b) Litar simbol

KUIZ ONLINE
Sila layari https://quizizz.com/join/
Taipkan “Pneumatic” dalam kotak carian.
Jawab soalan kuiz dalam laman web tersebut.
Kongsikan markah yang anda peroleh dengan rakan-rakan sekelas.

180
Prinsip pengendalian litar asas pneumatik
Jadual 6.4.16 di bawah ini menunjukkan prinsip pengendalian litar asas pneumatik.

Jadual 6.4.16 Prinsip pengendalian litar asas pneumatik

Sebelum Selepas

Rod keluar
Rod Pegas Ombah
Silinder
Silinder tindakan
tindakan tunggal
tunggal A
Injap 3/2 A Pegas
a
Injap 3/2 menyimpan tenaga
a
Selepas
Sebelum diisikan
diisikan P R
P R
Punca Pegas
sambungan menyimpan
ke bekalan tenaga

Keadaan 1: Omboh di dalam silinder berada Keadaan 2: Kedudukan omboh apabila butang
dalam keadaan belum berkendali. injap ditekan dan dilepaskan.

• Sistem dihidupkan. Udara termampat • Butang tekan injap ditekan, udara termampat
masuk ke liang P pada injap kawalan akan masuk dari P ke Q terus ke A pada
berarah 3/2 dan terhenti di dalam injap. silinder tindakan searah.
• Aliran udara termampat akan bergerak
masuk ke ruang silinder dan menolak
omboh keluar.
• Pada masa yang sama, pegas turut berada
dalam keadaan mampat.
• Butang tekan injap kemudian dilepaskan.
Aliran udara akan terhenti dan ruang
silinder akan kehilangan tekanan. Pegas
yang termampat akan menolak omboh
masuk.

INFO: P: Sumber tekanan daripada pemampat


R: Aliran keluar tekanan

181
RUMUSAN

SISTEM
PNEUMATIK

Aplikasi Komponen Konsep

t,FSKBEBZBLFDJM t4JNCPMLPNQPOFO t%FmOJTJQOFVNBUJL


t(FSBLBOZBOHMBKV t3FLBCFOUVLMJUBSEBMBN t.FEJVNQFNJOEBIBO
t1SPEVLZBOH CFOUVLTJNCPMBUBV LVBTB
NFNFSMVLBO SBKBITLFNBUJL t1SJOTJQIVLVN1BTDBM
QFSTFLJUBSBO t'VOHTJTFUJBQLPNQPOFO t,FMFCJIBOEBO
ZBOHCFSTJI t"OBMJTJTNBTBMBI LFMFNBIBO
t4FLUPSJOEVTUSJLFDJM EBMBNMJUBS
EBOTFEFSIBOB

182
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Litar sistem pneumatik menggunakan lukisan skematik bagi tujuan...
A memudahkan butiran fungsi komponen dikenal pasti
B supaya hanya orang yang terlatih dapat memahami fungsinya
C supaya lukisan kelihatan menarik
D supaya orang yang tidak terlatih dapat memahaminya

2. menukarkan tenaga udara termampat kepada tenaga mekanikal dalam bentuk


gerakan dan gerakan linear dalam satu arah sahaja.
A Silinder tindakan dua arah
B Silinder omboh
C Silinder tindakan searah
D Silinder angin pendek

3. yang dikendalikan secara manual digunakan untuk mengawal arah aliran udara
dalam satu barisan sistem pneumatik. Komponen ini juga digunakan untuk memberikan
kawalan input isyarat kuasa yang diberikan oleh pengendali atau dengan menggerakkan
mekanisme sistem.
A Injap kawalan berarah 3/2
B Silinder kawalan berarah 3/2
C Injap kawalan berarah 5/2
D Silinder kawalan berarah 5/2

4. Lengkapkan gambar rajah blok sistem pneumatik di bawah ini.

5. Berdasarkan simbol komponen pneumatik di bawah ini, nyatakan nama komponen


dan fungsinya.
(a) (b) (c)

Modul 6.4:

(d) (e) http://buku-teks.com/


kmtg5_pm6_4
(Dicapai pada
23 September 2020)

183
6.5 SISTEM ROBOTIK ASAS

6.5.1 Definisi Sistem Robot Standard Pembelajaran


• Robot didefinisikan sebagai satu unit mekanikal yang
berkeupayaan untuk menjalankan pelbagai fungsi dalam Menerangkan definisi
sistem robotik.
membantu manusia.
• Robot direka khas untuk menggerakkan sesuatu benda kerja
atau peralatan melalui pelbagai gerakan yang diprogramkan.
• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, robotik ditakrifkan sebagai bidang sains yang
berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, penggunaan, dan perkara yang melibatkan robot.
Satu unit mekanikal boleh didefinisikan sebagai robot yang mempunyai pelbagai paksi
gerakan yang membolehkannya melakukan kerja serta mempunyai sistem kawalan yang boleh
diprogramkan untuk melakukan kerja sesuatu gerakan.

Penggunaan robot adalah penting dalam industri pembuatan masa kini kerana robot dapat
membantu manusia
usia melakukan pelbagai kerja sukar dan melakukan sesuatu kerja yang mengatasi
keupayaan manusia.
usia.

Imbas Maya
Perkataan robot Sila imbas tentang
diperkenalkan oleh
leh robotik.
seorang penulis dari
Republik Czech, Karel
dalam filem RURR
(Rossum’s Universal
rsal
Robot) (1920).
(Dicapai pada
24 September 2020)

Info Ekstra
stra
• Official Japanese
ese mendefinisikan robot sebagai sebuah sistem mekanikal yang mmempunyai
fungsi gerak analog untuk fungsi gerak organisma hidup, atau kombinasi daripada banyak fungsi
gerak dengan fungsi kecerdasan.
• Mengikut Robot Institute of America, robot didefinisikan sebagai sebuah manipulator yang dapat
diprogram ulang untuk memindahkan alat, bahan, atau peralatan tertentu melalui pergerakan
yang diprogramkan untuk pelbagai tugas termasuklah mengendalikan peralatan mengikut
keperluan pekerjaannya.

184
6.5.2 Kepentingan dan Penggunaan Sistem Standard Pembelajaran
Robotik Asas
Menerangkan kepentingan
dan penggunaan sistem
robotik asas dalam sistem
mekanikal.

Humanoid adalah
robot yang menyerupai
manusia berdasarkan
struktur manusia umum.
Contohnya robot
Asimo yang berjalan
dengan menggunakan
dua pasang kaki dan
mempunyai topi keledar
yang menggantikan muka.
Gambar foto 6.5.1 Robot Industri

Kepentingan Robotik Asas


Robot mampu membantu manusia untuk melakukan sesuatu kerja yang luar daripada keupayaan
manusia. Oleh itu, penggunaan robot mampu meringankan tugas manusia.
Antara faktor yang mempengaruhi kepentingan keperluan robotik dalam industri adalah
seperti yang berikut:
• Robot dapat melakukan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh manusia seperti mengangkat
bahan berat, mengimpal, mengecat badan kereta, dan memasang komponen elektronik.
• Robot juga terlibat dalam proses pembedahan dalam perubatan dan penggunaan sistem satelit.
• Pelbagai pekerjaan yang berbahaya dan berisiko tinggi kepada manusia seperti menuang logam
lebur pada kerja tuangan serta pekerjaan yang melibatkan pengendalian bahan kimia dan
bersuhu tinggi juga mampu dilakukan oleh robot.
• Robot dapat menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dalam kuantiti yang besar.
• Selain itu, robot juga mampu melaksanakan kerja tanpa henti yang berulang-ulang dengan
kejituan yang tinggi. Manusia tidak mampu melaksanakan tugas sedemikian tetapi robot
mampu melakukan tugas dengan lebih cepat dan tepat.

Gambar foto 6.5.2 Robot melakukan Gambar foto 6.5.3 Robot mengangkat beban
kerja mengimpal
185
Penggunaan Sistem Robotik Asas
Penggunaan robot bukan sahaja hanya boleh digunakan di industri, malah boleh melakukan kerja
harian, contohnya:
• mengesan pesalah jalan raya dengan menggunakan pengawasan kamera.
• membantu operasi pembedahan dalam dunia perubatan.
• membantu golongan kurang upaya sewaktu bergerak.
• melakukan operasi yang melibatkan kawasan berbahaya seperti kawasan radioaktif.
• membantu operasi pembersihan laut sewaktu berlaku kejadian tumpahan minyak dan
pencemaran laut.

Imbas Maya
Sila imbas tentang
teknologi robotik dalam
industri.
Gambar foto 6.5.4
Robot menjalankan
operasi pembedahan

(Dicapai pada
24 September 2020)

Gambar foto 6.5.5 Robot


menyokong pergerakan
Robot boleh menjadi
autonomi atau separa
autonomi dan boleh
dipelbagaikan kepada
bentuk humanoid seperti:
• Honda’s Advanced Step
in Innovative Mobility
(ASIMO)
• Robot perindustrian
• Robot operasi perubatan
• Robot pembantu paten
• Pesawat dron UAV
seperti General Atomics
Gambar foto 6.5.6
MQ-1 Predator
Robot manipulator • Robot nano mikroskopik
laut dalam
186
Komponen Asas Robotik
Robot direka bentuk daripada kombinasi beberapa komponen. Komponen-komponen tersebut
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.5.1.
Jadual 6.5.1 Komponen asas robotik

Bil. Komponen Gambar rajah Huraian


1. Pengolah Manipulator Badan utama robot, terdiri daripada
(manipulator) links, joints, dan elemen lain.

2. Pengesan hujung Alat atau peranti yang terletak di


(end effector) hujung pergelangan tangan (wrist)
manipulator yang akan menjalankan
tugas-tugas yang dikehendaki.

3. Penggerak atau Memberikan pergerakan kepada


pacuan (actuators) pelbagai elemen bagi pengolah.
Peranti penukaran tenaga.

4. Peranti penderia Berkomunikasi dengan persekitaran


(sensory devices) luar robot.

5. Pemproses Otak bagi robot.


(processor)

6. Program Perisian yang digunakan untuk


mengoperasikan komputer bagi
pengendalian tugas robot.

7. Pengawal Mengawal dan memandu actuator


(controller) (menerima data daripada komputer,
kawal pergerakan actuator, dan
koordinasi pergerakan dengan
maklumat daripada sensory devices).

187
6.5.3 Elemen Utama Sistem Robotik Standard Pembelajaran
dan Fungsinya
Menerangkan elemen
Terdapat lima elemen utama sistem robotik yang terdiri daripada: utama sistem robotik dan
• Elemen kawalan fungsinya.
• Elemen bekalan kuasa i. Kawalan (control)
ii. Bekalan kuasa (power)
• Elemen pergerakan
iii. Pergerakan
• Elemen penderia (movement)
• Kuasa sistem pergerakan iv. Deria (sensor)
v. Kuasa sistem
pergerakan
Elemen penderia
Elemen kawalan

Elemen gerakan

Elemen kuasa
Rajah 6.5.1 Elemen utama sistem robotik

(a) Elemen Kawalan (Control)


Terdapat pelbagai jenis robot yang digunakan dalam industri pembuatan. Robot-robot direka
bentuk khas mengikut kerja yang hendak dilakukannya. Sebelum robot boleh melakukan sesuatu
kerja, elemen kawalan perlu diprogramkan terlebih dahulu bagi mengawal pergerakannya. Terdapat
tiga jenis sistem kawalan robotik yang biasa digunakan, iaitu:
i. Kawalan pandu terus (Remote teaching programme)
ii. Kawalan gerak terus (Lead through programme)
iii. Kawalan logik boleh atur cara (PLC)

Kawalan pandu terus (Remote teaching programme)


• Operator robotik akan menggunakan peralatan yang disebut gantungan pengajar atau pendan
pengajar dalam industri kawalan.
• Peralatan ini digunakan untuk memandu robot bergerak terus ke posisi atau lokasi yang
dikehendaki.
• Apabila tangan robot telah sampai ke titik posisi yang
dikehendaki, turutan pergerakan robot yang direkodkan
ini akan digunakan untuk menghasilkan gerakan yang
akan dilalui oleh robot semasa proses kerja.
• Kawalan pandu terus ialah kaedah kawalan yang paling
popular dan banyak digunakan dalam industri kerana
mudah dan sesuai diprogramkan untuk pelbagai jenis kerja.
• Walau bagaimanapun, jika operasi kerja terlalu rumit
dan memerlukan ketepatan yang tinggi, banyak masa
diperlukan untuk kerja-kerja memandu terus robotik ini. Gambar foto 6.5.7 Pendan pengajar
188
Gambar foto 6.5.8 Penggunaan pendan pengajar dalam kawalan pandu terus

Kawalan gerak terus (Lead through programme)


• Kehadiran robot tidak diperlukan dalam kaedah kawalan gerak terus.
• Pada permulaannya, pengatur cara robotik akan memasukkan program ke komputer bagi
kegunaan operasi robot seterusnya.
• Pelbagai program pergerakan robot yang rumit boleh dimasukkan dengan menggunakan
kod-kod tertentu yang boleh dibaca oleh elemen kawalan robotik.
• Program lengkap yang telah dimasukkan pada komputer akan dimuat turun ke elemen
kawalan robotik.
• Seterusnya robot akan melakukan dan melaksanakan arahan kerja seperti yang diprogramkan.
• Kebaikan robot ini ialah program boleh dipinda dan operasi robot boleh diulangi, dilajukan
atau diperlahankan pada bila-bila masa.
• Gambar foto 6.5.9 menunjukkan penggunaan kawalan gerak terus pada sut robot yang mampu
membantu orang kurang upaya untuk bergerak seperti orang normal.

Gambar foto 6.5.9 Penggunaan kawalan gerak terus pada sut robot
189
Kawalan logik boleh atur cara (PLC)
• Kawalan logik boleh atur cara dikenali sebagai PLC (Programmable logic controller), iaitu peranti
elektronik yang arahan kawalan sistemnya boleh disimpan dalam memori.
• Pengatur cara robotik akan memasukkan program ke unit PLC menggunakan arahan logik.
• Arahan ini akan diproses dan ditukar kepada arahan masukan (input) dan arahan
keluaran (output).
• Arahan ini akan mengaktifkan unit pergerakan robotik seperti suis, geganti, injap solenoid, serta
motor.
• Seterusnya robot akan melaksanakan kerja menurut program yang dimasukkan. Program
kawalan boleh dipinda, ditambah, atau dibuang pada bila-bila masa.

Info Ekstra
Terdapat LIMA bahasa
pengaturcaraan yang
dikenali di peringkat
antarabangsa, iaitu:
i. Rajah Tangga
(Ladder Diagram)
ii. Senarai Arahan
(Instruction List)
iii. Teks Struktur
(Structured Text)
iv. Carta Fungsi
Turutan (Sequential
Function Chart)
v. Fungsi Rajah Blok
(Function Block
Gambar foto 6.5.10 Unit PLC Diagram)

(b) Elemen Bekalan Kuasa (Power)


• Sumber kuasa ialah elemen yang diperlukan bagi
menghasilkan gerakan robot dalam sistem robotik.
• Elemen kuasa yang digunakan pada sistem robotik
ialah kuasa elektrik.
• Bekalan kuasa elektrik sama ada arus terus
(AT) atau ulang-alik (AU) digunakan untuk
membekalkan kuasa kepada peralatan pada robot
seperti elektromekanikal dan motor pemacu bagi
menggerakkan mekanisme penggerak.
• Voltan AU digunakan untuk menggerakkan robot
bersaiz besar manakala voltan AT digunakan untuk
robot bersaiz kecil.
• Motor elektrik tidak mempunyai daya kilas yang
tinggi sebagaimana penggerak yang menggunakan
kuasa hidraulik.
• Kawalan gerakan menggunakan kuasa elektrik
adalah lebih baik terutamanya pada masa kecemasan Gambar foto 6.5.11 Robot menggunakan
motor elektrik
kerana robot dapat dihentikan dengan lebih cepat.
190
(c) Elemen Pergerakan (Movement)
Robot dibina dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Robot juga boleh bergerak dalam
pelbagai gerakan mengikut kerja yang dilakukan. Gerakan robot terhasil daripada penyambungan
sendi-sendi dalam reka bentuk geometri robotik.
Tatarajah manipulator

Sendi 3 Pergelangan
tangan
manipulator Lengan 1
Sendi 2
Lengan 3
Sendi 2 Lengan 2
Lengan 2
Sendi 1 Sendi 1 Sendi 3
Lengan 1 Lengan 3

Bingkai Pergelangan
Tapak tangan
tapak
manipulator

Rajah 6.5.2 Kedudukan bingkai tapak, tatarajah, dan pergelangan tangan manipulator

Lazimnya robot boleh melakukan dari satu hingga lima jenis gerakan. Gerakan yang dimaksudkan
ialah:
• Pergerakan berbentuk silinder
• Pergerakan berbentuk polar
• Pergerakan berbentuk SCARA
• Pergerakan berbentuk segi empat tepat
• Pergerakan berbentuk pergelangan tangan

Pergerakan berbentuk silinder


Info Ekstra
P: Prismatic
Aras meja 1 Arah pergerakan
R: Revolute
R
Kawasan Prismatic ialah sendi
gerakan 2 prisma yang bergerak
robot Arah secara mendatar atau
P
pergerakan menegak manakala
Aras lantai revolute pula ialah
sendi revolut yang
R
bergerak secara
Rajah 6.5.3 Pergerakan berbentuk silinder putaran.

• Tatarajah silinder mempunyai jenis sendi RPP.


• Pada pergerakan sendi pertama adalah revolut boleh berputar sepenuhnya (360°).
• Sendi kedua bergerak ke atas dan ke bawah manakala sendi ketiga bergerak ke kiri dan ke kanan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.5.3.
• Gabungan gerakan-gerakan robotik oleh manipulator menghasilkan gerakan berbentuk silinder.
• Gerakan robot berbentuk silinder sesuai untuk melakukan operasi angkut dan susun.
191
Pergerakan berbentuk polar

Arah
pergerakan
R
2
Kawasan
gerakan P
robot 1 3
Arah
R
pergerakan

Rajah 6.5.4 Pergerakan berbentuk polar


• Tatarajah polar mempunyai jenis sendi RRP.
• Pergerakan sendi pertama dan kedua adalah revolut.
• Pada pergerakan berbentuk polar, lengan robot sendi pertama boleh berputar 360° pada
tapaknya dan sudut sendi kedua sehingga 180°.
• Lengan robot, iaitu sendi ketiga bergerak secara prisma, iaitu ke kiri dan ke kanan
kawasan kerja.
• Manipulator ini berbentuk separuh sfera.
• Robot yang mempunyai gerakan ini boleh mencapai semua benda pada bahagian sebelah atas
dan sekelilingnya.
• Robot yang mempunyai gerakan berbentuk polar sesuai untuk melakukan operasi angkut
dan susun.

Pergerakan berbentuk SCARA (Selective Compliance Assembly Robotion)


Kawasan gerakan robot
Arah R(1)
pergerakan

3
2 P(3) R(2)

Arah
pergerakan
1

Rajah 6.5.5 Pergerakan berbentuk SCARA


• Tatarajah SCARA mempunyai jenis sendi RRP
• Dalam pergerakan berbentuk SCARA, lengan robot boleh digerakkan pada dua paksi, iaitu pada
satah mendatar, serta boleh bergerak secara linear turun dan naik.
• Bentuk gerakan SCARA hampir sama dengan gerakan berbentuk silinder.
• Walau bagaimanapun, binaan lengannya membolehkan robot mencapai objek pada sekelilingnya
tanpa halangan.
• Sistem robotik dengan gerakan berbentuk SCARA sesuai untuk melakukan kerja pemasangan
pada beberapa bahagian produk.
• Contohnya adalah kilang pemasangan kereta seperti Proton.
192
Pergerakan berbentuk segi empat tepat

P
P

Rajah 6.5.6 Pergerakan berbentuk segi empat tepat

• Tatarajah kartesian mempunyai sendi PPP.


• Pergerakan berbentuk segi empat tepat berasaskan pergerakan sendi ini adalah prisma.
• Sendi pertama bergerak ke atas dan ke bawah manakala sendi kedua dan sendi ketiga pula
bergerak ke kiri dan ke kanan.
• Gabungan gerakan-gerakan ini akan membentuk gerakan berbentuk segi empat tepat.
• Lengan robot boleh mencapai semua objek dalam koordinat berbentuk segi empat tepat dan
kelihatan seperti kuboid.
• Kelebihan gerakan robot berbentuk ini adalah kemampuannya melakukan gerakan yang
berulang-ulang dengan tepat dan sesuai sewaktu melakukan kerja operasi ambil dan letak.

Pergerakan berbentuk pergelangan tangan


• Tatarajah pergelangan tangan
mempunyai jenis sendi RRR.
3
• Pergerakan ini disebut pergerakan
berbentuk pergelangan tangan sekiranya Arah pergerakan
tangan robot boleh bergerak pada tiga
Arah 2
paksi, iaitu pergerakan revolut. pergerakan Arah
• Sudut sendi pertama sehingga 360° dan pergerakan R
sudut sendi kedua sehingga 180°.
1
• Sudut sendi ketiga mempunyai
pergerakan sehingga 300°.
• Pergerakan bentuk ini hampir sama
R
dengan pergelangan lengan manusia. R
• Kawasan kerja manipulator ini
berbentuk sfera. Rajah 6.5.7 Pergerakan berbentuk
• Pergerakan berbentuk ini boleh pergelangan tangan
mencapai objek yang berada di atas dan
di bawahnya tanpa halangan.
• Sistem robotik yang mempunyai pergerakan berbentuk pergelangan tangan amat sesuai bagi
kerja mengimpal, mengecat, dan memasang badan kereta.

193
(d) Elemen
emen Penderia (Sensor)
Penderia suap balik elektronik
Penderia penglihatan

Penderia sentuh

Empat penderia daya

Rajah 6.5.8 Contoh penderia

• Kecekapan robot bekerja bergantung pada jenis elemen penderia yang digunakan dalam
sistem kawalan.
• Penderia ialah peranti yang digunakan untuk mengesan kedudukan sendi dan bahan kerja,
kelajuan putaran, daya dan tekanan, daya kilas, cahaya, dan kehadiran bahan kerja.
• Robot melakukan asas operasinya dengan berpandukan isyarat masukan daripada sistem deria.
• Penderia yang digunakan memberikan tindak balas dalam bentuk berdigit kerana biasanya
robot dikawal oleh litar berdigit atau mikropengawal.
• Kawalan deria yang mudah seperti sentuhan suis akan memberhentikan pergerakan lengan,
atau membuka dan menutup genggaman robot.
• Elemen penderia yang lebih kompleks seperti penderia penglihatan akan membolehkan robot
melakukan kerja dengan cepat dan cekap.
• Elemen penderia akan menukarkan tenaga seperti tenaga cahaya, haba, bunyi atau mekanikal
kepada tenaga elektrik.
• Tenaga elektrik ini akan menghantar isyarat masukan ke unit kawalan bagi menghasilkan
kawalan operasi sistem yang cekap dan berkesan.
• Antara elemen penderia yang biasa digunakan ialah:
i. penderia suap balik elektronik
ii. penderia sentuh
iii. penderia penglihatan
194
Penderia suap balik elektronik
Imbas Maya
• Penderia suap balik elektronik ialah peralatan elektronik yang
Sila imbas tentang
digunakan untuk mengesan kehadiran objek yang hampir
penderia.
dengannya tanpa menyentuhnya.
• Penderia ini memancarkan cahaya infra merah.
• Apabila terdapat objek melalui atau menghalang pancaran infra
merah daripada dipancarkan ke penerima, cahaya ini akan disuap
balik ke pemancar.
• Penerima pancaran akan menghantar isyarat ke unit kawalan (Dicapai pada
robotik bagi menghasilkan gerakan robot bagi melakukan proses 29 Ogos 2020)
kerja yang dikehendaki.

Penderia sentuh Imbas Maya


• Penderia sentuh merupakan peranti mekanikal yang Sila imbas tentang
berfungsi untuk menghubungkan bekalan kuasa elektrik dengan penderia penglihatan.
unit kawalan.
• Penderia sentuh ialah kategori penderia yang akan berfungsi
apabila bersentuh dengan objek yang dikesan.
• Contoh penderia ialah penderia suhu dan penderia daya.

Penderia penglihatan (Dicapai pada


28 Ogos 2020)
• Penderia penglihatan digunakan untuk mengenal sesuatu objek
dengan menggunakan sistem kamera berkomputer.
• Kamera berkomputer yang digunakan boleh mengenal pasti sesuatu objek berdasarkan
persamaan gambar objek yang disimpan dalam program memori robot.
• Sekiranya objek yang dikesan sama seperti dalam ingatan, maka robot akan melakukan proses
kerja seperti yang diprogramkan.
• Sebaliknya, jika objek yang dikesan tidak mempunyai persamaan (objek asing), maka robot
akan melakukan pergerakan yang sepatutnya seperti yang telah diprogramkan terlebih dahulu.
• Kelebihan sistem deria jenis ini ialah robot dapat melakukan proses kerja dengan cekap dan
selamat kerana boleh mengenal pasti semua jenis objek yang biasa dan asing.

Info Ekstra
Jenis-Jenis penderia
• Ultrasonic Sensor HC-SR04/IR Obstacles Sensor – Mengesan objek/jarak
• PIR Sensor – Mengesan Pergerakan manusia/Haiwan
• Load Cell/Force Sensitive Resistor/Flex bend – Mengukur Jisim/Daya
• DHT11/DHT12/DS18B20/LM35 – Mengukur suhu/Kelembapan udara
• Water Level Sensor/Rain Drop Sensor/Soil Moisture Sensor/Water Flow Sensor – Mengesan Air
• Vibration sensor – Mengesan getaran
• LDR – Mengesan cahaya
• Gas sensor – Mengesan gas
• ACS712/Current Transformer SCT-013 – Mengesan Arus
• Barometer – Mengesan tekanan udara
• Accelerometer/Gyroscope – Mengesan kecerunan atau kecondongan

195
(e) Elemen Kuasa Sistem Pergerakan
• Kuasa sistem pergerakan yang digunakan pada sistem robotik terdiri daripada kuasa elektrik,
pneumatik, dan hidraulik.
• Sistem hidraulik menggunakan cecair bertekanan tinggi sebagai medium pemindahan
kuasanya, manakala sistem pneumatik pula menggunakan udara termampat tekanan tinggi
untuk operasi robot.
• Sistem kuasa bendalir atau udara termampat akan ditukarkan kepada pergerakan mekanikal
dengan cara bendalir atau udara termampat dialirkan melalui hos ke elemen pergerakan.

Kuasa hidraulik
• Kuasa hidraulik dihasilkan oleh bendalir bertekanan tinggi untuk menggerakkan motor atau
silinder hidraulik pada robot.
• Sumber kuasa hidraulik terdiri daripada tangki simpanan bendalir, plat sesekat, penapis,
dan pam.
• Tekanan bendalir yang digunakan oleh robot adalah antara 150 bar hingga 180 bar.
• Bendalir daripada tangki simpanan akan dipam ke motor hidraulik.
• Bendalir yang bertekanan tinggi ini akan menggerakkan motor tersebut.
• Robot hidraulik memerlukan kawasan lantai yang besar kerana terdedah kepada
risiko kebocoran.

Gambar foto 6.5.12 Binaan sumber kuasa hidraulik

Kuasa pneumatik
• Kuasa pneumatik dihasilkan oleh udara bertekanan tinggi untuk menggerakkan motor atau
silinder pneumatik pada robot.
• Sumber kuasa pneumatik terdiri daripada pemampat udara, tangki simpanan udara bertekanan
tinggi, dan motor elektrik.
• Pemampat udara berfungsi untuk meningkatkan tekanan udara dalam tangki simpanan dan
motor hidraulik elektrik digunakan untuk menjalankan pemampat tersebut.
• Tekanan udara yang biasa digunakan ialah 6 bar.

196
Gambar foto 6.5.13 Binaan sumber kuasa pneumatik

Kuasa Elektrik
• Kuasa elektrik diperoleh daripada bekalan utama voltan AU sama ada fasa tunggal atau fasa 3.
• Kebanyakan penggerak utama robot ialah motor elektrik yang terdiri daripada motor AU atau
motor AT.
• Robot bersaiz besar menggunakan voltan AU manakala robot yang bersaiz kecil menggunakan
voltan AT.

6.5.4 Penggunaan Sistem Robotik dalam


Industri Standard Pembelajaran
Robot akan berperanan mengikut fungsi yang dikehendaki oleh Menentukan penggunaan
sistem yang telah diprogramkan. Rajah 6.5.9 menunjukkan sistem robotik dalam
penggunaan sistem robotik dalam industri. industri.

Penggunaan

Robot Robot
Robot pengelolaan Robot kerja
pengelolaan penyemburan
komponen kimpalan
perkakasan cat

Program alat pengesan Semua Pengesan Pengesan


hujung dan pencengkam program dan hujungnya adalah hujungnya adalah
yang diperlukan pengesan perkakasan alat penyembur
untuk digunakan akan hujungnya kimpalan. cat. Program
disesuaikan dengan adalah Program yang yang digunakan
kerja pengelolaan bersesuaian digunakan juga juga disesuaikan
komponen. Pencengkam dengan tugas akan disesuaikan dengan kerja yang
yang sesuai dengan yang akan dengan kerja yang akan dilakukan
tugasnya dipasang dijalankan. akan dilakukan oleh robot.
untuk pemindahan oleh robot.
benda kerja.

Rajah 6.5.9 Penggunaan Sistem Robotik dalam industri


197
Sama ada robot berfungsi sebagai robot pengelolaan komponen ataupun robot pengelolaan
perkakasan, sesuatu sistem pengeluaran perlu dilengkapi dengan perkakasan lain seperti mesin
CNC, konveyor, sistem kawalan, sistem Automated Storage and Retrieval System (ASRS) (sejenis
rak yang dapat bergerak secara automatik untuk membekalkan bahan mentah kepada konveyor
yang terdapat dalam sesuatu sistem pengeluaran) untuk menghasilkan sesuatu produk.
Setiap perkakasan ini akan diantaramukakan antara satu dengan yang lain. Cara ini
membolehkan setiap robot mampu berhubung dan menentukan pergerakan-pergerakan yang perlu
dilakukan berdasarkan program yang telah dibuat oleh pengatur cara. Rajah 6.5.10 menunjukkan
sistem pembuatan boleh suai Flexible Manufacturing System (FMS) yang digunakan dalam industri.

Rajah 6.5.10 Satu sel sistem pembuatan boleh suai (FMS)

Penggunaan robot adalah amat meluas terutamanya


di bahagian penghasilan produk dalam industri. Robot amat Imbas Maya
diperlukan hampir pada keseluruhan proses penghasilan produk.
Sila imbas tentang
Robot berfungsi untuk melakukan kerja-kerja pembuatan atau
penggunaan sistem robot.
penghasilan produk seperti pemasangan, kimpalan, pemesinan,
dan sebagainya. Malah robot juga diperlukan untuk kerja-kerja
pemindahan semasa produk dihasilkan seperti pemindahan
bahan mentah, pemindahan benda kerja ke mesin dan dari
mesin, dan pemindahan produk yang telah siap.

198
6.5.5 Uji Kaji Mudah Aplikasi Sistem Robotik Standard Pembelajaran
dalam Suatu Produk Kejuruteraan
Menjalankan uji kaji
Cara Membina Arduino Uno di Breadboard mudah aplikasi
sistem robotik untuk
Senarai Komponen menjalankan suatu fungsi
dan operasi seperti yang
❶ Atmega328 IC terdapat di industri.
❷ 16 Mhz Crystal
❸ 22pF Capacitor
❹ Pengawal voltan L7805
❺ 10uf kapasitor
❻ LED
❼ Papan reka ❸
❽ 6 V atau 9 V atau 12 V bekalan kuasa
❾ Arduino
rduino Uno



Pengenalan Projek
Arduino didasarkan pada Atmega328 IC dan juga merupakan pusat litar. Semua pemprosesan
dilakukan oleh IC. Atmega328 IC perlu mempunyai pemuat boot arduino yang disertakan
untuk memprogramkannya menggunakan IDE Arduino.
Arduino uno dibangunkan daripada tiga komponen:
 Atmega328 IC
 Pengawal Voltan
 Pengatur Cara Serial
Atmega328 IC boleh dibeli dengan pemasang boot Arduino yang telah dipasang atau boleh juga
memasang sendiri tetapi memerlukan Arudino uno untuk memasang pemuat boot. Oleh itu,
disyorkan untuk mendapatkan Atmega328 dengan boot-loader separa pasang.

199
Langkah-Langkah Gambar rajah
Langkah 1: Pengatur Voltan
• Langkah pertama adalah
membina pengawal selia
voltan, atmega328 adalah
pengawal mikro 5 V jadi
Arduino Uno.
• Oleh itu, bekalan kuasa yang
dikawal selia untuk kuasa
IC Atmega328 diperlukan.
• Pengatur voltan L7805
diperlukan untuk tujuan
membina Arduino uno.
• Pengawal voltan ini
memberikan voltan 5 V dan
arus beban maksimum 1 A.
• Pengatur kecekapan yang
lebih baik juga boleh
digunakan jika memerlukan
lebih banyak output kuasa.
• Bekalan kuasa papan reka
sebagai alternatif juga boleh
digunakan.

Langkah 2: Litar
• Litar ini agak mudah
Vcc
dan sambungan daripada
Arduino ke mana-mana
~10 kΩ
litar luaran mungkin
Suis (Sentiasa buka) Perintang
berbeza bergantung pada
litar luaran. RESET A5
• Walau bagaimanapun, D0 (RX) A4
disyorkan untuk mencuba D1 (TX) A3
D2 A2
pada papan reka terlebih
D3 (PWM) A1
dahulu. D4 A0
VCC GND
GND AREF
XLAT1 AVCC
16 MHz XLAT2 D13
Kristal
D5 (PWM) D12
D6 (PWM) D11 (PWM) LED
22pF 22pF D7 D10 (PWM) ~200 Ω
Kapasitor Kapasitor D8 D9 (PWM) Perintang

ATmega328

200
Langkah-Langkah Gambar rajah
Langkah 3: Sambungan Serial
• Dalam IC atmega328 pin
2 dan 3 bertindak sebagai
port bersiri.
• Untuk memprogramkan
papan, perkara yang
perlu dilakukan adalah
menyambungkan pin ini
kepada USB dan kemudian
kepada penukar siri.
• Arduino juga boleh
digunakan sebagai pengatur
cara untuk program papan.
• Kemudian, pasangkan
hujung USB penukar kepada
komputer, dan pasang
pemacu yang diperlukan.

Langkah 4: Memuat Naik Kod


• Sebelum memuat naik kod
ke papan, perlu memuat
turun dan memasang
Arduino IDE daripada
laman web rasmi arduino.
• Kemudian pilih port bersiri
yang sesuai.
• Pilih papan dan bersedia
untuk memprogramkan
rumah yang dibuat Arduino.
• Untuk menguji papan, cuba
program berkedip yang
sedia didapati di bahagian
contoh Arduino IDE.
• Keputusannya, sambungan
yang disambungkan ke pin
digital 13 berkedip pada
selang setiap satu saat.

201
RUMUSAN

Elemen Utama
Robot ialah satu unit mekanikal Sistem Robotik
yang berkeupayaan untuk t &MFNFOLBXBMBO
menjalankan pelbagai fungsi t &MFNFOLVBTB
dalam membantu manusia. t &MFNFOQFSHFSBLBO
t &MFNFOQFOEFSJB
t &MFNFOLVBTBTJTUFN
QFSHFSBLBO

Jenis Pergerakan
Robot
t 1FSHFSBLBOCFSCFOUVL
TJMJOEFS
t 1FSHFSBLBOCFSCFOUVLQPMBS
t 1FSHFSBLBOCFSCFOUVL
SCARA
t 1FSHFSBLBOCFSCFOUVLTFHJ
FNQBUUFQBU
t 1FSHFSBLBOCFSCFOUVL
QFSHFMBOHBOUBOHBO

Kuasa Sistem
Pergerakan Robot
t ,VBTBIJESBVMJL
t ,VBTBQOFVNBUJL
t 1FOEFSJBQFOHMJIBUBO

202
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Takrifkan maksud robot mengikut takrifan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Senaraikan empat elemen utama sistem robotik.
3. Senaraikan lima komponen sistem robotik.
4. Huraikan elemen penderia yang digunakan dalam sistem robotik.
5. Lukiskan serta labelkan bentuk liputan kerja bagi tatarajah jenis pergerakan robot yang
dinyatakan di bawah ini.
(a) Segiempat tepat
(b) Silinder
(c) Kutub (polar)
(d) SCARA

Pilih jawapan yang betul.


1. Yang berikut ialah komponen asas robotik, kecuali…
A pengolah
B peranti pengesan
C suis
D pengawal
2. Yang berikut adalah antara elemen utama sistem robotik, kecuali…
A elemen kawalan
B elemen proses
C elemen pergerakan
D elemen penderia

Lengan robot boleh digerakkan pada dua paksi, iaitu pada satah mendatar serta boleh bergerak
secara linear turun dan naik.
3. Penyataan di atas merujuk kepada pergerakan robot yang berbentuk…
A silinder
B polar
C SCARA
D segiempat tepat
4. Yang berikut adalah tiga elemen penderia yang biasa digunakan
dalam sistem robotik, kecuali… Modul 6.5:
A penderia suap balik elektronik
B penderia sentuh
C penderia penglihatan
D penderia mampatan
5. Robot humanoid merujuk kepada…
http://buku-teks.com/
A robot berbentuk sfera kmtg5_pm6_5
B robot berbentuk manusia (Dicapai pada
C robot berbentuk tumbuhan 23 September 2020)
D robot berbentuk solenoid
203
MODUL
UL REKA BENTUK PROJEK
7 KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
Standard Kandungan
r 3FLBCFOUVLBXBMQSPKFL
r 3FLBCFOUVLBLIJSQSPKFL

Reka bentuk projek kejuruteraan mekanikal memberikan pendedahan kepada murid


untuk mengenal pasti masalah. Lanjutan daripada itu, murid dilatih dengan kemahiran
untuk memikirkan dan menerangkan cadangan penyelesaian masalah secara terperinci.
Seterusnya artifak dibina dan dianalisis untuk membentuk cadangan awal reka bentuk.
Model cadangan dibangunkan dan penilaian dilakukan sebelum menghasilkan reka
bentuk artifak secara berkumpulan melalui satu proses reka bentuk kejuruteraan
yang sistematik.

204
205
7.1 REKA BENTUK AWAL PROJEK

Reka bentuk ialah proses untuk mencipta komponen atau produk Standard Pembelajaran
yang baharu dan menambah baik sesuatu produk yang sedia ada.
Pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan Mengenal pasti masalah
yang terdapat di
teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan pengguna. Setiap persekitaran dan membina
reka bentuk baharu atau penambahbaikan idea yang dihasilkan penyelesaian masalah.
mestilah berpotensi untuk dikomersialkan.
Proses mencetuskan idea dan konsep reka bentuk yang baharu perlu melalui beberapa proses
dan peringkat, iaitu tahap mengenal pasti masalah, pelan pengurusan projek, cadangan dan lakaran
awal reka bentuk, penghasilan artifak, penyediaan laporan dan pembentangan hasil projek. Setiap
penghasilan sesuatu reka bentuk projek juga mestilah memenuhi kehendak dan garis panduan
projek seperti produk yang mesra pengguna, mengutamakan teknologi hijau, berteraskan Revolusi
Industri 4.0, memiliki nilai estetik dan ergonomik.

Reka Bentuk Awal Projek

Pembangunan Sorotan Metodologi


reka bentuk kajian kajian

Latar belakang Mengumpulkan Pemilihan reka


projek maklumat bentuk projek

• Pernyataan masalah • Membuat tinjauan • Kaedah penilaian reka


• Objektif permasalahan bentuk
• Skop • Mengumpulkan • Spesifikasi reka bentuk
data dan maklumat • Penggunaan komponen
kajian dan peralatan

Rajah 7.1.1 Gambar


lakaran mereka bentuk
sebuah kereta

206
7.1.1 Pembangunan Reka Bentuk Awal Projek
Pembangunan projek secara berkumpulan perlu dirancang dengan teliti. Tujuannya adalah
supaya dapat menghasilkan suatu projek yang baik dan berkualiti. Perancangan aktiviti projek
boleh dilakukan dengan mengikuti setiap proses reka bentuk projek kejuruteraan.

Proses reka bentuk projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.2.

Mengenal Pasti Masalah

Membuat Sorotan Kajian

Cadangan Penyelesaian

Pembangunan Prototaip

Pengujian Tidak Mencapai


Objektif

Memenuhi Objektif

Pembentangan dan Laporan

Rajah 7.1.2 Proses reka bentuk kejuruteraan

(a) Mengenal Pasti Masalah


Semasa menghasilkan sesuatu reka bentuk yang baharu atau menambah baik produk sedia ada,
kemahiran mengenal pasti sesuatu masalah adalah amat penting. Ini merupakan langkah pertama
yang perlu dilakukan dalam menghasilkan reka bentuk projek bagi tugasan yang diberikan. Pereka
perlu bijak dalam mengenal pasti masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh produk sedia ada
di pasaran.
207
Dalam mengenal pasti masalah, terdapat beberapa sumber yang boleh digunakan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.1.3 di bawah ini.

Pemerhatian

Alatan Mengenal
Pasti Masalah Pengalaman
Praktikal

Sorotan
Kajian

Rajah 7.1.3 Mengenal pasti masalah


Pemerhatian
Pemerhatian terhadap masalah yang boleh berada di sekeliling juga boleh mencetuskan idea
dan inovasi baharu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pengalaman
Sumber ini sangat membantu dalam mengenal pasti masalah dengan lebih jelas dan tepat
kerana mempunyai pengalaman sendiri.

Sorotan Kajian
Merupakan sumber kajian terdahulu bagi menambah baik sesuatu projek yang sedia ada
dengan pemikiran idea yang kreatif dan inovatif.

Alatan Praktikal
Bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu kegunaan peralatan harian dengan segera melalui
idea yang kreatif dan inovatif.

208
Permasalahan yang Dikenal Pasti
Jadual 7.1.1 Permasalahan yang dikenal pasti

Bil. Permasalahan Kehendak Pengguna Kekangan Objektif


1. Tong kitar semula Memerlukan Murid dan Kos tong kitar Untuk
tidak dapat satu mekanisme guru semula yang memastikan
digunakan secara yang baharu agak tinggi dan kelestarian
optimum untuk pembangunan alam sekitar
membantu sistem ganjaran
sekolah kepada
pengguna
2. Pakaian yang dijemur Membina Murid Ampaian perlu Murid
di ampaian di ampaian dipasang dalam tidak perlu
pekarangan asrama yang boleh kuantiti yang membasuh
akan basah sekiranya menutup atau banyak baju berulang
hujan sewaktu murid mengelakkan kali
sedang menghadiri pakaian terkena
kelas hujan
3. Kunci bengkel dan Mencari Guru Memerlukan Guru boleh
makmal selalu tidak penyelesaian satu alat memulakan
disimpan dengan untuk yang boleh sesi
teratur dan tidak memastikan mengesan pembelajaran
tersusun di dalam kunci disimpan kunci mengikut
kotak kunci di tempat kedudukan masa yang
yang betul dan kunci secara ditetapkan
tersusun berkesan

Berdasarkan senarai masalah yang telah dikenal pasti, murid perlu membuat sesi percambahan
idea untuk memilih satu masalah untuk dijadikan sebagai projek.

Permasalahan
1

Sebelum

Gambar foto 7.1.1(a) Tong kitar semula di sekolah


209
Selepas

Gambar foto 7.1.1(b) Tong I-Cycle yang diinovasikan


memberikan ganjaran kepada pengguna

2
Permasalahan 2

Sebelum

Gambar foto 7.1.2(a) Ampaian baju yang terbuka

Selepas

Gambar foto 7.1.2(b) Ampaian baju yang ditutup menggunakan bumbung

210
Permasalahan 3
Sebelum

G b ffoto 7.1.3(a)
Gambar ( ) Kunci
K i yang
tidak terurus di dalam kotak kunci

Selepas

Gambar foto 7.1.3(b) Kedudukan kunci yang


tersusun kemas mengikut label dan warna

Penilaian pemilihan projek


Setiap pemilihan projek perlu diberikan justifikasi supaya murid faham terhadap tugasan yang
akan dibuat.
Jadual 7.1.2 Penilaian pemilihan projek

Bil. Permasalahan Cadangan Penyelesaian Justifikasi Keputusan


1. Sampah Menggunakan konsep Kos pembuatan dan Tolak
sistem ganjaran kepada pembangunan perisian agak
pengguna mahal
2. Jemuran Menggunakan penderia Kos yang bersesuaian dan Terima
pakaian di dan motor yang mampu untuk dibangunkan
asrama beroperasi secara oleh murid tetapi diperlukan
automatik dalam kuantiti yang banyak
3. Kunci tidak Menggunakan penderia Proses yang rumit dan kos Tolak
disimpan di dan aplikasi Internet agak mahal
dalam peti kunci of Thing (IoT) untuk
mengesan kunci

Proses penilaian yang telah dijalankan dengan menggunakan pelbagai teknik yang dipelajari
sebelum ini akan diaplikasikan sepenuhnya. Setelah memilih satu permasalahan sebagai tajuk
reka bentuk projek, murid boleh memberikan fokus untuk cadangan penyelesaian.
211
Mendapatkan maklumat dan data
Seterusnya, murid perlu mendapatkan maklumat yang lebih jelas setiap permasalahan yang dipilih.
Murid boleh menggunakan pendekatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.4 di bawah ini.

i. Soal
Selidik

Kaedah
iii. Analisis Mendapatkan ii. Temu
Data Maklumat Bual

Rajah 7.1.4 Kaedah untuk mendapatkan data

Soal selidik
Borang soal selidik diedarkan dalam kalangan pengguna atau pihak yang menghadapi masalah
tersebut secara langsung.

Temu bual
Kaedah ini juga sangat membantu untuk mengenal pasti kehendak sebenar menyelesaikan masalah.

Analisis data
Data penting perlu digunakan sewaktu membuat analisis dan mengesahkan permasalahan kajian.

Gambar foto 7.1.4 Sesi temu bual untuk mendapatkan maklumat

212
Mengenal pasti punca masalah menggunakan kaedah peta minda
Rajah 7.1.5 menunjukkan peta minda untuk mengenal pasti punca masalah.

Baju basah
dan berbau
Tidak boleh
Murid tiada Cuaca tidak
mengangkat Hujan
di asrama menentu
jemuran
Ampaian
Baju dibasuh Membuang Baju Pembaziran Baju dibasuh
semula masa air semula

Rajah 7.1.5 Peta minda untuk mengenal pasti punca masalah


Hasil daripada peta minda, murid dapat membuat kesimpulan seperti yang berikut:
i. Hujan menyebabkan pakaian basah
ii. Murid tidak berada di tempat ampaian
iii. Pembaziran masa dan sumber

Pernyataan masalah
Pernyataan masalah adalah rumusan kepada punca utama berlakunya permasalahan tersebut.
Sesuatu reka bentuk projek yang dibangunkan perlu merujuk kepada pernyataan masalah yang
wujud. Selepas itu, barulah boleh dicadangkan penyelesaian masalah. Pernyataan masalah yang
wujud adalah seperti yang berikut:
i. Faktor cuaca tidak menentu seperti hujan, ribut, dan panas
ii. Murid tidak berada di tempat ampaian sepanjang masa
iii. Menggunakan masa dan sumber air yang banyak

Cadangan penyelesaian
Setelah mengenal pasti masalah, murid boleh menentukan cadangan penyelesaian bagi
permasalahan tersebut seperti yang berikut:
i. Penderia untuk mengesan apabila hujan
ii. Penderia untuk mengesan apabila cuaca panas
iii. Menggunakan Arduino Uno untuk mengawal ampaian secara automatik
Cadangan penyelesaian ini boleh dijadikan sebagai objektif projek untuk menyelesaikan semua
permasalahan yang wujud.

Objektif projek
i. Menggerakkan ampaian secara automatik
ii. Mengurangkan masa murid untuk membasuh pakaian semula
iii. Mengunakan penderia untuk mengawal pergerakan ampaian

Skop projek
Skop projek perlu dinyatakan dengan jelas untuk menerangkan kemampuan dan kegunaan projek
seperti yang berikut:
i. Berfungsi mengesan hujan atau panas
ii. Mampu menggerakkan ampaian secara automatik
213
7.1.2 Pelan Pengurusan projek
Standard Pembelajaran
Pembinaan Carta Gantt
Menyediakan pelan
Carta Gantt merupakan panduan untuk murid merancang dan pengurusan projek untuk
menyiapkan tugasan projek. Carta ini mengandungi tugasan merancang penghasilan
mengikut minggu yang telah ditetapkan. Bagi aktiviti pelaksanaan, projek.
anjakan tempoh masa yang berbeza dengan perancangan mungkin
akan berlaku. Aktiviti pelaksanaan adalah tugasan sebenar yang disiapkan oleh ahli kumpulan.
Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Bil. Aktiviti
1 Tajuk Projek

2 Penyataan Masalah

3 Cadangan Penyelesaian

4 Sorotan Kajian

5 Spesifikasi Reka Bentuk


Projek
6 Lukisan Projek

7 Pembangunan Projek

8 Pengujian Projek

9 Penulisan Laporan

10 Pembentangan

Perancangan Pelaksanaan
Rajah 7.1.6 Contoh carta Gantt

Pembahagian Tugas Imbas Maya


Ketua kumpulan perlu bijak membuat pembahagian tugas dalam Sila imbas tentang carta
pengurusan projek supaya proses pembangunan projek dapat Gantt.
berjalan lancar.

(Dicapai pada
3 September 2020)
214
Jadual 7.1.3 Contoh pembahagian tugas ahli kumpulan reka bentuk projek awal

Ahli 1 Ahli 2 Ahli 3


• membina soalan kaji • membuat lakaran awal • menyediakan spesifikasi
selidik reka bentuk reka bentuk
• membuat analisis data • membuat lukisan reka • penilaian reka bentuk
bentuk akhir

Sorotan Kajian
Murid perlu mengumpulkan pelbagai maklumat dan data yang berkaitan dengan masalah yang
dipilih. Sorotan kajian boleh dibuat dengan pelbagai kaedah dengan tujuan untuk mendapatkan
maklumat yang lebih jelas.
Jadual 7.1.4 Sorotan kajian

Bil. Kaedah Sumber


1. Konsep teori yang Rujuk seperti buku ilmiah, jurnal, dan artikel
berkaitan dengan kajian
2. Kajian terdahulu Kajian kes dan ulasan penyelidikan
3. Analisis maklumat Perbandingan data kajian dengan yang sedia ada

7.1.3 Pembangunan Cadangan Reka Bentuk


Pembangunan cadangan reka bentuk merupakan proses yang
Standard Pembelajaran
penting dalam membangunkan sesuatu artifak. Pihak yang
menjalankan penyelidikan atau kajian perlu menentukan ciri-ciri Membangunkan
produk akhir yang ingin dihasilkan serta memenuhi semua aspek cadangan reka bentuk
yang telah dikenal pasti dalam penyataan masalah. artifak kejuruteraan.
Dalam pembangunan cadangan reka bentuk, terdapat beberapa
kaedah yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik atau ahli kumpulan
projek. Antara proses kerja yang perlu dilakukan ialah spesifikasi
reka bentuk produk (Product Design Spesification – PDS), penilaian Imbas Maya
reka bentuk konsep (Kaedah Matrik Pugh), dan pemilihan bahan.
Sila imbas tentang
spesifikasi reka bentuk
(a) Spesifikasi Reka Bentuk Produk (Product produk.
Design Spesification – PDS)
Spesifikasi reka bentuk produk (PDS) adalah dokumen yang dibuat
semasa peringkat awal dalam proses pembangunan reka bentuk.
Spesifikasi ini memperincikan keperluan yang perlu dipenuhi
supaya produk atau proses berjaya. Ini merangkumi semua (Dicapai pada
prinsip asas untuk membuat reka bentuk kejuruteraan. Tujuannya 2 September 2020)
supaya semua faktor yang relevan itu dapat menyumbang kepada
pengguna dan masyarakat.
215
Rajah 7.1.7 di bawah ini menunjukkan elemen-elemen yang digunakan dalam membangunkan
spesifikasi produk.

Estetik
Keselamatan Ergonomik

Persekitaran
Dimensi
produk

Penyelenggaraan
Proses
Spesifikasi
Reka Bentuk
Pemasangan Produk Bahan

Pengujian Prestasi

Piawaian Kos
Jangka
Kualiti hayat

Rajah 7.1.7 Contoh elemen-elemen dalam membangunkan spesifikasi produk

Yang berikut adalah sebahagian daripada elemen yang sering digunakan:


(a) Ergonomik
Memastikan reka bentuk yang dihasilkan dapat memudahkan pengguna dan tidak menimbulkan
ketidakselesaan.
Contoh: Membina papan kawalan untuk kereta tidak lebih dari 1 meter dari tempat
duduk pemandu.
(b) Estetik
Reka bentuk yang dihasilkan memberikan nilai yang cantik, kesenian proses pembuatan, dan
keindahan artifak.
Contoh: Telefon pintar yang sentiasa memberikan suatu reka bentuk yang baharu
dan kontemporari.

216
(c) Bahan
Penting dalam menentukan artifak yang dihasilkan akan digunakan.
Contoh: Jika untuk penyediaan makanan, perlu menggunakan bahan seperti keluli tahan karat
atau aluminium dan tidak boleh menggunakan keluli karbon.
(d) Keselamatan
Perlu mematuhi kehendak pihak berkuasa yang berkenaan dalam menghasilkan artifak yang
selamat untuk pengguna.
Contoh: Topi keledar perlulah mendapat kelulusan pihak SIRIM dan Jabatan Keselamatan
Jalan Raya.
(e) Prestasi
Kemampuan artifak yang dihasilkan berfungsi dalam apa-apa jua keadaan yang telah ditetapkan
dan boleh mencapai penggunaan yang optimum.
Contoh: Motor elektrik yang digunakan boleh mencapai kelajuan putaran seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak pengeluar.
(f) Penyelenggaraan
Mudah untuk dilakukan penyelenggaraan pada artifak yang telah dihasilkan.
Contoh: Penggunaan komponen yang mudah untuk dibuat sendiri atau banyak di pasaran
semasa.
(g) Kos
Kos pembangunan projek yang bersesuaian dan kompetitif dengan produk yang sedia ada
di pasaran.
Contoh: Menggunakan komponen yang murah dan efisien.

Murid perlu menyenaraikan semua kehendak dan keperluan reka bentuk supaya dapat
memenuhi cadangan penyelesaian masalah. Jadual 7.1.5 ialah contoh spesifikasi reka bentuk
produk bagi projek ampaian automatik.
Jadual 7.1.5 Spesifikasi reka bentuk

Spesifikasi Reka
Bil. Kenyataan
Bentuk Produk

1. Kebolehcekapan Boleh menggerakkan pakaian yang dijemur

2. Penyelenggaraan Mudah dilakukan kerja-kerja penyelenggaraan

3. Prestasi Boleh beroperasi dengan baik dalam pelbagai situasi

4. Estetik Reka bentuk yang menarik

Produk yang selamat dan kurang risiko berlaku wayar pintas


5. Keselamatan
dan kebakaran

6. Jenis bahan Tahan pada pelbagai cuaca dan keadaan

7. Kos pembuatan Murah dan bersesuaian dengan penggunaan

217
(b) Penilaian Reka Bentuk Konsep Menggunakan Kaedah Pugh
Kaedah matrik Pugh merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam membuat penilaian
dan penentuan sewaktu memilih reka bentuk yang terbaik. Kaedah ini memudahkan penentuan
dalam pemilihan konsep reka bentu secara berpusat. Matrik Pugh dinilai mengikut kekuatan
dan kelemahan terhadap konsep asas (datum) yang dijadikan sebagai rujukan. Kaedah ini lazim
digunakan untuk membantu murid membuat keputusan secara sistematik dan tepat.

Jadual 7.1.6 Jadual penilaian matrik Pugh

Bil. Kriteria

A B C D

1. Bahan digunakan 0 0 +1
2. Mesra pengguna –1 +1 0
3. Keselamatan produk –1 +1 0
4. Kelestarian produk –1 +1 –1
5. Proses pembuatan 0 –1 –1
6. Kos pembuatan –1 –1 –1
Datum
7. Penggunaan kuasa 0 +1 +1
8. Mudah diselenggara +1 –1 –1
9. Kecekapan penderia 0 +1 +1
10. Kesan terhadap alam 0 0 +1
sekitar
11. Kekuatan dan kukuh +1 +1 –1
Positif 2 5 4
Sama 5 2 2
Negatif 4 4 5

Berdasarkan jadual penilaian matrik Pugh, murid dapat membuat keputusan untuk memilih reka
bentuk projek yang memenuhi spesifikasi reka bentuk produk. Setiap kriteria terhadap cadangan
reka bentuk baharu perlu dibandingkan dengan produk yang sedia ada. Produk sedia ada dijadikan
sebagai rujukan untuk membandingkan kelebihan dan kekurangan antara reka bentuk baharu
yang dicadangkan. Kaedah pemberian nilai setiap kriteria pula adalah seperti yang berikut:

• Nilai (+1) adalah lebih baik daripada produk sedia ada


• Nilai (0) adalah sama dengan produk sedia ada
• Nilai (–1) adalah kurang baik berbanding dengan produk sedia ada

218
Contoh penilaian kriteria 1: Bahan yang digunakan
Berdasarkan Jadual 7.1.6, dapat dikenal pasti konsep reka bentuk yang akan digunakan. Bagi reka
bentuk B, hasil penilaian menunjukkan hanya 2 item lebih bagus daripada datum, manakala 5 item
mempunyai ciri yang sama dan 4 item ciri yang kurang baik berbanding dengan datum.
Reka bentuk C, hasil penilaian mempunyai 5 kelebihan dan hanya 2 ciri yang sama dengan
datum. Manakala 4 item kurang baik berbanding dengan datum. Reka bentuk D menunjukkan 4
item lebih baik dan 2 item sama ciri berbanding dengan datum. Tetapi terdapat 5 item kekurangan
ciri dibandingkan dengan datum.
Hasil penilaian secara keseluruhannya, reka bentuk C dipilih kerana mempunyai lebih item
yang positif dan kurang item yang cirinya kurang baik berbanding dengan datum. Pada reka
bentuk C juga terdapat kelebihan seperti produk yang mesra pengguna, selamat, dan kecekapan
penggunaan penderia.

(c) Pemilihan Bahan


Murid seterusnya perlu mengenal pasti jenis bahan yang hendak digunakan dalam membangunkan
sesuatu artifak. Selain itu, penggunaan peralatan dan mesin juga perlu dikenal pasti supaya proses
membangunkan artifak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
Bagi menentukan bahan yang sesuai digunakan, murid perlu melakukan beberapa sorotan
kajian dengan mengkaji ciri-ciri sesuatu bahan yang hendak digunakan. Perkara ini penting
supaya bahan yang dipilih memenuhi objektif projek yang hendak dibangunkan. Jadual 7.1.7
menunjukkan jenis bahan dan justifikasi.

Komponen
Jadual 7.1.7 Jenis bahan dan justifikasi

Bil. Item Justifikasi


1. Jenis bahan: • Digunakan sebagai kerangka
keluli karbon utama
• Mudah untuk dibentuk
• Boleh disambungkan dengan
kaedah kimpalan atau pengikat
• Mampu menampung beban
yang berat

219
Bil. Item Justifikasi
2. Motor Power • Menggerakkan ampaian secara
Window automatik
• Daya kilas yang tinggi
• Mudah dibuat pendawaian

3. Penderia • Mengesan titisan air hujan


hujan • Menghantar isyarat kepada
Arduino Board

4. Suis had • Had pergerakan motor


(Limit • Kawalan keselamatan produk
switch) • Memutuskan litar dari sebarang
pergerakan

5. Suis • Untuk ON atau OFF operasi


produk

220
Bil. Item Justifikasi
6. Takal • Membantu mengawal
pergerakan kabel yang
dipasang pada ampaian
• Memastikan pergerakan kabel
lancar dan tidak berselirat
• Disambungkan dengan motor
power window

7. Arduino Uno • Komponen utama menetapkan


Board pengaturcaraan
• Semua operasi produk dikawal
melalui pengaturcaraan
Arduino Uno
• Mudah dipasang dan tidak
terlalu mahal berbanding
dengan penggunaan board lain
• Boleh muat turun perisian dan
pengaturcaraan secara percuma

https://www.arduino.cc/en/
Guide/ArduinoUno
8. Adapter • Untuk mengawal arus dan
voltan yang masuk ke sistem
kuasa Arduino Uno Board dan
motor
• Memastikan jumlah arus dan
voltan yang sesuai dan tidak
merosakkan komponen

9. Kotak suis • Untuk penyimpanan Arduino


kalis air Uno Board dan komponen
elektronik yang digunakan
• Mudah dan ringan
• Mampu menghalang air hujan
dan tidak berkarat

221
Bil. Item Justifikasi

10. Cincin/ • Menyangkut pada ampaian


gelung • Penyangkut baju digantungkan
langsir • Kabel disambungkan dengan
setiap gelung

11. Penderia • Untuk mengesan cahaya


LDR apabila cuaca panas
(cahaya) • Menghantar isyarat kepada
sistem kawalan Arduino Uno
• Mudah dipasang
• Penderia yang cekap

12. Roda • Menggerakkan ampaian


• Mampu menanggung beban
kerangka ampaian
• Mudah dialihkan

13. Kipas peniup • Jika cuaca hujan, kipas ini


digunakan untuk meniup
pakaian supaya tidak berbau
• Boleh mengeringkan pakaian

222
Bil. Item Justifikasi

14. Wayar • Untuk menyambung


penyambung komponen elektronik dengan
litar Arduino Uno board
• Mudah untuk kerja
penyambungan pendawaian
komponen
• Penggunaan warna mengikut
fungsi setiap komponen

Peralatan dan mesin


Murid perlu memastikan semua peralatan dan mesin yang hendak digunakan terdapat di bengkel
dan makmal serta berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Jika peralatan dan mesin yang
hendak digunakan tiada di bengkel dan makmal sekolah, murid perlu berbincang dengan guru
atau penyelia cara untuk mendapatkan mesin tersebut. Patuhi arahan guru atau penyelia semasa
menggunakan mesin tersebut. Perancangan perlu dilakukan dengan lebih awal supaya proses
pembangunan projek dapat dijalankan mengikut jadual yang telah dirancang.

Jadual 7.1.8 Jenis alatan dan fungsi


Bil. Item Fungsi
1. Pemotong • Memotong keluli karbon untuk
gergaji kuasa membuat kerangka utama
• Proses kerja lebih cepat
• Hasil pemotongan lebih
baik berbanding dengan
menggunakan gergaji
besi tangan

2. Mesin • Digunakan untuk menyambung


kimpalan bahagian kerangka utama troli
arka • Merupakan kaedah sambungan
kekal
• Hasil sambungan adalah lebih
kuat dan selamat

223
Bil. Item Fungsi
3. Mesin gerudi • Digunakan untuk menebuk
lubang
• Untuk tujuan penyambungan
bol dan nat pada takal serta
motor

4. Pita • Digunakan untuk mengukur


pengukur bahan yang hendak digunakan
• Merupakan alat pengukuran
asas

5. Spanar boleh • Digunakan untuk mengetatkan


laras sambungan bolt dan nat
• Mudah untuk digunakan

224
7.1.4 Lakaran Reka Bentuk Standard Pembelajaran
Setiap cadangan reka bentuk baharu perlu mempunyai lakaran Menyediakan lakaran
reka bentuk. Setiap lakaran pula hendaklah menyatakan komponen reka bentuk artifak.
yang akan digunakan yang dicadangkan sebagai inovasi baharu.

Cadangan Lakaran

Lakaran reka bentuk konsep 1

Kelebihan Kekurangan
• Boleh ditarik keluar dan masuk • Tidak kukuh
• Menjimatkan ruang • Perlu dipasang pada dinding bangunan
• Kos murah • Perlu digerakkan secara manual

Lakaran reka bentuk konsep 2

Kelebihan Kekurangan
• Menggunakan kabel dan takal • Memerlukan sumber
• Menggunakan penderia mengesan air hujan kuasa elektrik
dan cahaya • Menggunakan penyangkut baju
• Motor akan menggerakkan kabel secara automatik pada ampaian

225
Lakaran reka bentuk konsep 3

Kelebihan Kekurangan
• Menggunakan aci dan gear untuk menolak dan • Memerlukan sumber kuasa elektrik
menarik ampaian • Kos yang lebih mahal
• Motor untuk menggerakkan gear secara automatik • Perlu dipasang pada
• Menggunakan penderia mengesan air hujan dinding bangunan
dan cahaya • Tegasan tinggi pada produk

Menganalisis Reka Bentuk Konsep


Berdasarkan penilaian tiga reka bentuk konsep, murid perlu membuat keputusan untuk memilih
reka bentuk yang memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan pada spesifikasi reka bentuk produk. Kaedah
penilaian reka bentuk konsep menggunakan kaedah matrik Pugh, iaitu menggabungkan ketiga-
tiga lakaran awal reka bentuk konsep sebelum menghasilkan satu reka bentuk akhir.
Proses ini merupakan perkara yang perlu dibuat dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk
awal projek. Ini kerana pada peringkat ini, seseorang pereka bentuk masih lagi ingin mendapatkan
suatu idea dan konsep reka bentuk yang memenuhi setiap spesifikasi reka bentuk yang ditetapkan.
Harus diingat bahawa reka bentuk akhir juga perlu memenuhi semua cadangan penyelesaian dan
objektif pembangunan projek.

226
Reka bentuk yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.8 dipilih setelah membuat penilaian
menggunakan kaedah matrik Pugh. Hasil penilaian daripada setiap item yang terdapat pada reka
bentuk ini adalah memenuhi spesifikasi reka bentuk yang telah ditetapkan.

Penderia hujan

Motor
Takal power window

Kotak
pendawaian

Roda

Rajah 7.1.8 Reka bentuk akhir yang dipilih

227
7.1.5 Penulisan Laporan Standard Pembelajaran
Setiap murid yang mengikuti pengajian bidang kejuruteraan Menyediakan laporan
mekanikal memiliki kemahiran menulis laporan. Hal ini penting cadangan reka
kerana setiap aktiviti atau tugasan amali yang dilakukan hendaklah bentuk artifak.
dilaporkan. Laporan yang telah disiapkan mesti dihantar kepada
guru atau penyelia untuk disemak.
Apabila murid menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi dan seterusnya melangkah
ke alam pekerjaan, aktiviti ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Penulisan laporan kertas cadangan reka bentuk awal projek adalah seperti yang berikut:
i. Senarai kandungan
ii. Bab 1 – Pengenalan
iii. Bab 2 – Kajian Literatur
iv. Bab 3 – Metodologi
v. Rujukan
vi. Lampiran

(a) Senarai Kandungan


Senarai ini memudahkan pembaca menemukan bahagian-bahagian tertentu di dalam setiap bab.

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Skop Kajian 4
1.6 Takrifan Istilah 5
1.7 Rumusan Bab 6

BAB 2 KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan Bab 7
2.2 Konsep/Teori 8
2.3 Kajian Terdahulu 12
2.4 Rumusan Bab 18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan Bab 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.4 Kaedah Analisis Data 32
3.5 Rumusan Bab 35

RUJUKAN 36
LAMPIRAN 37

228
(b) Bab 1 Pengenalan
Bab ini merupakan rumusan cadangan kajian yang akan dijalankan dengan merangkumi
pendahuluan, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop
kajian dan takrifan istilah kajian.

1.1 Latar belakang kajian


Latar belakang kajian merujuk kepada maklumat terkini yang berkaitan isu semasa yang menjadi
fokus kajian. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang kajian yang
dijalankan. Bahagian ini juga menerangkan isu-isu utama kajian dan disokong dengan dapatan
kajian terdahulu.

1.2 Pernyataan masalah


Pernyataan masalah merujuk kepada sesuatu isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian,
menerangkan masalah yang ingin diselesaikan secara menyeluruh atau sebahagiannya.

1.3 Objektif kajian


Objektif kajian menyatakan matlamat kajian dapat dicapai dengan jelas. Bilangan objektif
kajian adalah antara dua atau tiga sahaja. Aplikasikan kaedah SMART sebagai panduan penulisan
objektif kajian. Antara contoh objektif kajian adalah seperti yang berikut:
(a) Mereka bentuk satu alat untuk memetik buah mangga
(b) Mengurangkan masa mencuci pakaian

Specific
Spesifik Measure
Boleh
diukur

Achieve
Boleh
dicapai

Realistic
Realistik Time
Masa

Rajah 7.1.9 Kaedah S.M.A.R.T untuk menulis objektif

229
1.4 Skop kajian
Skop kajian menjelaskan had-had pelaksanaan kajian yang dijalankan. Hal ini bagi memastikan
pelaksanaan kajian tidak terkeluar daripada skop atau had yang ditetapkan.

1.5 Takrifan istilah


Takrifan istilah adalah untuk definisi konseptual dan terminologi konsep yang digunakan untuk
membantu kefahaman pembaca dan mengelakkan sebarang kekeliruan.

1.6 Rumusan bab


Rumusan bab merumuskan subtopik utama yang dikemukakan dalam Bab 1 dan seterusnya bagi
menunjukkan kesinambungan bab yang berikutnya.

(c) Bab 2 Kajian Literatur


Literatur bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan
kajian. Kandungan dalam bab ini adalah pengenalan ringkas tajuk kajian, konsep atau teori yang
berkaitan, dan kajian terdahulu yang ada kaitan dengan bidang kajian.

2.1 Pengenalan bab


Tajuk umum, isu, atau bidang yang menjadi tumpuan kajian dikenal pasti untuk menyediakan
konteks yang sesuai untuk tinjauan literatur. Cadangan dalam teori, metodologi, bukti dan rumusan
masalah dinyatakan.

2.2 Konsep/teori
Bahan literatur adalah berdasarkan kajian yang sama seperti rumusan penulis, tujuan atau objektif
dan kronologi perlu dikumpulkan. Idea-idea utama dinyatakan dengan jelas pada awal penerangan.

2.3 Kajian terdahulu


Kajian terdahulu seperti penyelidikan, artikel, dan kajian kes berkaitan perlu diringkaskan. Idea-
idea utama perlu diterangkan dengan jelas untuk dibuat perbandingan serta analisis data.

2.4 Rumusan bab


Sumbangan utama kajian yang berkaitan termasuklah bahan rujukan perlu dirumuskan. Rumusan
dibuat adalah berdasarkan perkaitan antara tajuk utama dalam literatur dengan bidang yang
hendak dikaji.
Semasa menulis kajian literatur, sumber rujukan hendaklah ditunjukkan dengan menyatakan
nama pengarang dan tahun penerbitan mengikut teknik rujukan/sitasi (citation) yang disarankan
bagi kajian.

230
(d) Bab 3 Metodologi Kajian
Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan kajian dan
menentukan kaedah yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Bab ini mengandungi
pengenalan, reka bentuk, kaedah mengumpulkan data, kaedah menganalisis data, dan rumusan.

3.1 Pengenalan bab


Menerangkan gambaran secara menyeluruh tentang metodologi kajian.

3.2 Reka bentuk artifak


Menerangkan secara ringkas tentang reka bentuk kajian yang akan dijalankan berbentuk eksperimen,
deskriptif, dan mengumpulkan data dalam bentuk kuantitatif, kualitatif atau campuran.

3.3 Kaedah pengumpulan data


Menerangkan bagaimana kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data yang akan digunakan
untuk mencapai objektif kajian. Menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik
atau kualitatif menggunakan kaedah temu ramah responden yang berkaitan.

3.4 Kaedah analisis data


Menerangkan kaedah yang digunakan untuk menyusun, mengolah, dan menganalisis data yang
telah dikumpulkan bagi menjawab objektif kajian. Analisis data juga boleh memberikan maklumat
lain yang dapat memberikan pencerahan berkaitan isu-isu yang dikaji.

3.5 Rumusan bab


Rumusan subtopik utama yang telah dikemukakan dalam Bab 3 bagi menunjukkan kesinambungan
bab yang seterusnya.

(e) Rujukan
Rujukan adalah sumber dan bahan yang dirujuk semasa menjalankan kajian. Setiap sumber
rujukan perlu disenaraikan mengikut susunan keutamaan pada halaman rujukan. Senarai rujukan
juga perlu mengikut gaya yang sama seperti sitasi.

Jadual 7.1.9 Laman web rujukan gaya APA/CSE

Format/Gaya (Style) Laman Web

APA/CSE APA
(name-year-system) http://www.bibme.org/citation-guide/apa/
https://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/01/
CSE
http://writing.wise.edu/Handbool/DocCSE.html
https://www.libraries.psu.edu/content/psul/researchguides/
citationstyles/CSE_citation.html
www.tru.ca/library/pdf/csecitationstyle.pdf

231
(f) Lampiran
Bahagian ini merupakan semua bahan tambahan yang penting dalam menghasilkan projek. Bahan
tambahan perlu disenaraikan mengikut kumpulan maklumat dan dilabelkan.
Contoh:
LAMPIRAN A: Soal Selidik
LAMPIRAN B: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
LAMPIRAN C: Lukisan dan Reka Bentuk
LAMPIRAN D: Contoh Analisis Data
LAMPIRAN E: Kos Projek

7.1.6 Pembentangan Laporan Standard Pembelajaran


Pembentangan laporan dilakukan untuk mendapatkan maklum Membentangkan laporan
balas daripada pihak yang lebih arif dan berpengalaman. Dengan menggunakan pelbagai
pembentangan ini, pihak panel dapat menilai sama ada reka media.
bentuk projek yang hendak dibangunkan itu realistik dan dapat
menghasilkan satu inovasi baharu atau sebaliknya. Pembentangan dapat dilakukan dengan
menggunakan pelbagai media untuk menyampaikan hasil kajian yang telah dijalankan.

(a) Penggunaan Slaid


Penggunaan slaid merupakan kaedah yang
banyak dipraktikkan untuk pembentangan
projek. Kaedah ini mudah untuk menerangkan
dan memberikan penjelasan tentang produk
kepada panel kerana berlaku komunikasi
dua hala. Penyediaan slaid yang menarik
dan interaktif menjadikan penyampaian mudah
difahami.
Gambar foto 7.1.5 Pembentangan
menggunakan slaid

Gambar foto 7.1.6 Bahan pembentangan yang menggunakan slaid


232
(b) Penggunaan Video dan Animasi
Kaedah ini merupakan suatu kaedah norma baharu untuk membentangkan hasil inovasi. Kesan
daripada pandemik COVID-19, kebanyakan pembentangan dibuat secara atas talian. Dengan
teknologi video dan animasi ini, pembentang masih boleh membentangkan hasil inovasi.

Gambar foto 7.1.7 Contoh pembentangan menggunakan video

(c) Penggunaan Model atau Prototaip


Merupakan kaedah pembentangan cadangan projek dengan menggunakan model atau prototaip.
Murid boleh menggunakan bahan kitar semula untuk membina model yang sama dengan reka
bentuk akhir untuk pembentangan.

Gambar foto 7.1.8 Model yang dibina

233
RUMUSAN

Kaedah Mendapatkan
Maklumat
Pemerhatian t 4PBM4FMJEJL
t 5FNV#VBM
t 4UBUJTUJL

Mengenal
Alatan
Praktikal Pasti Pengalaman
Masalah
1FOHVSVTBO1SPKFL

4PSPUBO,BKJBO

REKA
4QFTJmLBTJ3FLB
#FOUVL1SPEVL 1%4

BENTUK AWAL
PROJEK

"OBMJTJT Pembangunan
.BUSJLT1VHI Reka Bentuk
Pendaftaran Hak
Cipta dan Paten

Lakaran
Pemilihan
1SPKFL
#BIBO
Lakaran Dokumentasi
1SPKFL Projek
j

Pembentangan
1SPKFL

234
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Senaraikan empat kaedah dalam mengenal pasti masalah.
2. Jelaskan fungsi carta alir proses dalam proses menghasilkan reka bentuk projek.
3. Terangkan perbezaan antara spesifikasi reka bentuk produk (PDS) dengan penilaian
kaedah Pugh.
4. Senaraikan lima elemen yang digunakan dalam spesifikasi reka bentuk produk (PDS) dan
berikan maksudnya.
5. Mengapakah pembentangan hasil reka bentuk awal projek perlu dilakukan kepada guru
pembimbing atau panel jemputan? Bincangkan.

Pilih jawapan yang betul.


1. Yang berikut merupakan perkara yang dibuat dalam merancang reka bentuk awal projek,
kecuali...
A penyataan masalah
B pembuatan projek
C objektif projek
D skop projek
2. Pengurusan projek merupakan satu proses yang penting. Apakah kaedah yang digunakan
dalam memastikan projek dibangunkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan?
A Carta alir
B Lakaran projek
C Carta Gantt
D Lakaran akhir projek
3. Bagaimanakah cara untuk mendokumentasikan semua proses kerja yang telah dilakukan
ketika membuat reka bentuk awal projek?
A Slaid pembentangan
B Buku nota kecil
C Kertas mahjong
D Laporan akhir Modul 7.1:

http://buku-teks.com/
kmtg5_pm7_1
(Dicapai pada 24
September 2020)

235
7.2 REKA BENTUK AKHIR PROJEK

7.2.1 Membangunkan Artifak Standard Pembelajaran


Membina Model Awal daripada Membangunkan
Lukisan Ortografik model awal dan lukisan
ortografik.
Lukisan ortografik dihasilkan bertujuan untuk memberikan
gambaran tiga pandangan terhadap sesuatu model. Tiga pandangan
tersebut ialah:
(a) pandangan atas
(b) pandangan hadapan
(c) pandangan sisi
Sewaktu menentukan tiga pandangan tersebut, murid juga perlu menentukan bagaimana
unjuran sudut pandangan tersebut dilihat. Terdapat dua jenis sudut pandangan yang menentukan
kedudukan pandangan atas, pandangan hadapan, dan pandangan sisi.
(a) Sudut pandangan pertama

Rajah 7.2.1 Simbol sudut pandangan pertama

(b) Sudut pandangan ketiga

Rajah 7.2.2 Simbol sudut pandangan ketiga


236
Unjuran sudut pertama

Rajah 7.2.3 Lukisan isometrik

PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI


(Dari arah X) (Dari arah W)

PANDANGAN ATAS
(Dari arah Y)

Rajah 7.2.4 Lukisan ortografik

237
Unjuran sudut ketiga

Rajah 7.2.5 Lukisan isometrik

Pandangan Atas

Pandangan Hadapan Pandangan Sisi

Rajah 7.2.6 Lukisan ortografik

238
Rajah 7.2.7 Lukisan isometrik reka bentuk akhir projek

1998
362

150
1700

2154

Rajah 7.2.8 Lukisan ortografik reka bentuk akhir projek

239
Sebelum memulakan kerja membuat komponen artifak, murid perlu mengumpul semua maklumat
dan pandangan yang diberikan oleh guru dan juga panel semasa sesi pembentangan reka bentuk
awal projek. Mungkin terdapat beberapa perubahan perlu dilakukan setelah sesi pembentangan
tersebut dijalankan. Selain itu, perbincangan bersama guru dan penyelia projek dapat membantu
memberikan maklumat tambahan kepada murid.
Semua maklumat tersebut perlu diberi perhatian oleh murid. Pengetahuan dan pengalaman
daripada panel penilai merupakan suatu proses perkongsian maklumat serta ilmu pengetahuan
yang sangat berharga kepada murid.

Menghasilkan komponen untuk artifak


Proses menghasilkan artifak dijalankan setelah reka bentuk akhir Standard Pembelajaran
artifak dimuktamadkan. Dengan merujuk kepada hasil reka
bentuk pada lukisan ortografik, murid boleh memulakan kerja- Menghasilkan komponen
untuk artifak termasuk:
kerja membuat komponen artifak.
(a) Menguji ketepatan
Untuk menghasilkan komponen artifak, murid perlu melalui komponen dari segi
dua proses pembangunan artifak, iaitu: reka bentuk
(a) Menguji ketepatan komponen dari segi reka bentuk (b) Menambah baik
(b) Menambah baik atau menghasilkan semula komponen atau menghasilkan
sekiranya perlu semula komponen
sekiranya perlu
Kedua-dua proses ini perlu dilaksana supaya komponen
yang dihasilkan boleh digunakan dengan betul. Jika murid gagal
memenuhi kedua-dua proses berkenaan, kemungkinan proses
membangunkan artifak akan mengalami masalah dan gagal
disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Menguji ketepatan komponen


reka bentuk
Setiap komponen yang
dihasilkan perlu diuji terlebih
dahulu. Tujuannya adalah untuk
memastikan komponen yang
dihasilkan adalah mengikut
spesifikasi reka bentuk yang
telah ditetapkan.

Gambar foto 7.2.1 Mengukur bahan


kerja yang akan digunakan untuk
menghasilkan komponen

240
Perkara yang perlu diuji ialah:
(a) Dimensi komponen
tepat mengikut lukisan
reka bentuk akhir yang
ditunjukkan pada lukisan
ortografik dan lukisan
isometrik.

Gambar foto 7.2.2 Alat mengukur


dimensi komponen

(b) Proses pemasangan setiap komponen juga perlu diuji untuk memastikan semua komponen
berfungsi dengan baik.

Rajah 7.2.9 Contoh komponen


untuk proses pemasangan

241
(c) Bagi proses kumpulan tidak berlaku kecacatan pada Kumai berongga
komponen. Sebagai contoh, tiada herotan pada dan sambungan
kerangka utama yang disambung menggunakan tidak kuat
proses kimpalan arka.

Gambar foto 7.2.3 Contoh


(d) Sifat dan ketahanan komponen adalah seperti kecacatan produk penyambungan
yang dikehendaki, iaitu mampu menanggung kerja kimpalan (kumai berongga
beban, boleh beroperasi dengan baik, dan mudah dan sambungan tidak kukuh)
digu
g nakan.
untuk digunakan.

Gambar foto 7.2.4 Contoh ujian lenturan pada aci yang digunakan
untuk ampaian baju (web: PA Hilton-Deflection Testing Appratus)

(e) Faktor keselamatan komponen juga perlu


diberi perhatian supaya tidak mendatangkan
bahaya kepada pengguna seperti berlakunya
kemalangan atau kecederaan.

Gambar foto 7.2.5 Contoh produk yang


mengalami kegagalan dan tidak selamat
242
Dimensi Pemasangan

Menguji
Komponen

Faktor
Keselamatan Kecacatan

Ciri-ciri
Bahan

Rajah 7.2.10 Tujuan menguji komponen

Menambah baik dan menghasilkan semula komponen


Setelah dilakukan pengujian pada komponen yang dihasilkan, kemungkinan terdapat komponen
yang rosak dan tidak boleh digunakan. Jadi, murid perlu membuat semula komponen tersebut
atau menggantikan dengan komponen yang lebih baik dan sesuai.

Rajah 7.2.11 Proses menambah baik dan menghasilkan semula komponen

243
Proses uji lari yang dijalankan dapat memberikan maklumat tentang awal prestasi komponen yang
dihasilkan seperti yang berikut:
(a) Sambungan komponen yang tidak betul
(b) Sifat bahan yang berubah
(c) Komponen tidak dihasilkan mengikut dimensi yang dikehendaki
Sekiranya terdapat ciri-ciri seperti berikut, komponen tersebut perlu dibuat semula atau
digantikan dengan komponen yang baharu. Penghasilan produk kejuruteraan tidak boleh
berkompromi dengan penggunaan komponen yang tidak selamat kerana adanya risiko
kemalangan dan kecederaan kepada pengguna.

Gambar foto 7.2.6 Kecacatan produk Gambar foto 7.2.7 Kecacatan produk yang
yang telah dikenal pasti dibiarkan akan menyebabkan kegagalan produk

Setelah mengenal pasti sebarang kekurangan atau kecacatan pada komponen yang dihasilkan:
(a) Murid perlu berbincang bersama ahli kumpulan tentang cara untuk mengatasi masalah
tersebut.
(b) Merujuk kepada guru yang menyelia projek, sekiranya ahli kumpulan gagal mendapatkan
cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan.
(c) Proses ini melatih murid untuk berfikir secara kritis dan dapat mengesan punca permasalahan
yang timbul.
(d) Murid juga akan berfikir secara kreatif cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Gambar foto 7.2.8 Sesi perbincangan ahli kumpulan


244
Proses menambah baik komponen perlu dilakukan setelah diuji
dan dibuktikan secara teknikal bahawa komponen yang dihasilkan Info Ekstra
tidak menepati ciri-ciri seperti yang diinginkan. Kemahiran Ujian Musnah: Ujian yang
semasa membuat komponen sebelum ini akan dijadikan panduan merosakkan spesimen
atau bahan ketika ujian
dan rujukan oleh murid dan ahli kumpulan supaya dapat
ini dijalankan. Antara
menghasilkan komponen yang lebih baik dan memenuhi kriteria contoh ujian musnah ialah
yang ditetapkan. Ujian Kekerasan, Ujian
Semasa mengulangi proses menghasilkan semula komponen, Hentaman, dan Ujian
perkara berikut perlu diberi perhatian: Tegangan.
i. Bahan yang digunakan Ujian Tanpa Musnah:
ii. Dimensi ukuran Satu bentuk pengujian
bahan komponen tanpa
iii. Kaedah pembuatan
memusnah, merosak
Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kesilapan atau, mengubah struktur
yang sama serta pembaziran masa, tenaga, dan kos keseluruhan bahan tersebut. Antara
pembangunan artifak. contoh ujian tanpa
Murid mestilah mahir dalam mengulangi semula proses musnah ialah Ujian
pembuatan komponen. Proses ini membantu murid menyediakan Visual, Ujian Radiografi,
dan Ujian Ultrasonik.
lebih banyak komponen sebagai alat ganti apabila komponen
sedia ada berkemungkinan akan rosak atau gagal selepas dibuat
ujian musnah dan ujian tanpa musnah pada komponen tersebut.

Silinder gantung
ampaian Beban dikenakan

Gambar foto 7.2.9 Ujian musnah lenturan Tiang sokongan

Komponen yang
disambung

Kumai kimpalan

Cecair penetran

Gambar foto 7.2.10 Ujian tanpa musnah kaedah dye penetrant komponen yang dikimpal
245
Setiap proses yang dijalankan dalam menghasilkan
komponen-komponen untuk projek akhir itu akan
mengajar dan melatih murid dengan pelbagai
kemahiran teknik dan kaedah yang boleh diaplikasikan
ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal.

Pemasangan Komponen
Proses pemasangan komponen hanya boleh
dilakukan setelah murid menyiapkan semua komponen
untuk pembangunan artifak. Jika masih terdapat
komponen yang belum siap, proses pemasangan
komponen untuk menghasilkan artifak akan terganggu.
Murid perlu bertanggungjawab memastikan komponen
yang telah dihasilkan disimpan di tempat yang
selamat dan sesuai. Ini dapat mengelakkan berlakunya Gambar foto 7.2.11 Proses
memotong bahan kerja
kehilangan atau kerosakan pada komponen-komponen
yang telah dihasilkan.

Rajah 7.2.12 Contoh komponen untuk pemasangan ampaian automatik

• Proses ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan sentiasa merujuk lukisan akhir projek.
• Pemasangan komponen perlu mengikut turutan sambungan supaya proses pemasangan betul
dan tidak menyebabkan kerosakan pada komponen.
• Kerosakan pada komponen sering berlaku semasa sesi pemasangan jika murid tidak berhati-
hati dan tidak merujuk kepada lukisan serta turutan penyambungan komponen.

246
246
5 11 3 12 4 9 10 6 7 8 2 1 Senarai komponen
Item Kuantiti Komponen
1 1 Kotak kawalan
2 2 Motor power window
3 1 Palang silinder
4 1 Palang
5 1 Penderia hujan dan
cahaya
6 1 Riang penyangkut
7 4 Roda
8 2 Tiang kerangka
9 8 Nat
10 8 Bolt
11 1 Takal
12 16 Sesendal

Rajah 7.2.13 Lukisan pemasangan lengkap komponen ampaian automatik

Semasa proses pemasangan INFO


komponen, murid perlu menggunakan KESELAMATAN
peralatan asas yang terdapat di bengkel Amalan keselamatan
dan makmal. Antara alatan tangan dan kesihatan di
yang digunakan untuk kerja-kerja bengkel dan makmal
pemasangan komponen adalah seperti amat penting untuk
tukul, spanar, pengepit, penanda, mengelakkan
berlakunya
pemutar skru, dan juga peralatan
kemalangan. Terdapat
keselamatan yang merupakan perkara beberapa amalan
wajib semasa menjalankan kerja di keselamatan dan
bengkel dan makmal. Setiap alatan kesihatan yang perlu
tangan mestilah digunakan dengan cara dipatuhi semasa
yang betul dan dikembalikan ke tempat berada di dalam
makmal dan bengkel
penyimpanan selepas digunakan. Ini kejuruteraan, iaitu:
akan memudahkan pihak lain untuk Gambar foto 7.2.12 Contoh (a) Kelengkapan
menggunakan peralatan itu pada waktu kerja-kerja pemasangan motor pelindung diri
yang seterusnya. power window (Personal Protective
Equipment)
(b) Prosedur operasi
standard (Standard
Operational
Procedure)
(c) Peraturan
keselamatan
(d) Papan tanda
keselamatan

Gambar foto 7.2.13


Contoh kerja-kerja
pemasangan roda
247
Gambar foto 7.2.14 Proses kimpalan pada kerangka utama

Proses pemasangan komponen yang menggunakan kaedah sambungan sementara adalah bertujuan
untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan atau penukaran komponen yang rosak. Murid
seharusnya telah mengenal pasti terlebih dahulu pemasangan yang betul ketika proses pembuatan
artifak supaya proses pemasangan fasa akhir nanti tidak melibatkan kaedah sambungan kekal
seperti kerja kimpalan.

Gambar foto 7.2.15 Contoh pemasangan komponen


248
Jika masih terdapat komponen yang hendak dipasang menggunakan sambungan kekal, murid
perlu memastikan bahawa bahagian yang hendak dikimpal itu tidak akan menyebabkan kecacatan
atau kerosakan pada komponen lain. Jika perkara tersebut berlaku:
• proses pembangunan artifak akan terganggu dan hasil kualiti akhir juga akan berkurang
• proses kerja kimpalan menggunakan suhu dan haba yang tinggi yang boleh menyebabkan
berlakunya herotan dan perubahan pada sifat bahan

Menguji Fungsi dan Operasi Artifak Standard Pembelajaran


Selepas berjaya membuat komponen, menguji komponen, dan
Menguji fungsi
memasang komponen sehingga lengkap menjadi satu, maka proses dan operasi artifak
selanjutnya ialah menguji keseluruhan fungsi dan bagaimana serta melakukan
artifak beroperasi. Fasa pengujian ini penting untuk memastikan penambahbaikan jika
semua komponen artifak dipasang berada dalam keadaan yang perlu.
betul mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
Kaedah uji lari fungsi dan pengendalian artifak perlu dijalankan dengan teliti supaya semua
komponen boleh beroperasi dengan baik. Kaedah uji lari boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu:
(a) Uji lari tanpa melakukan sebarang kerja atau beban
(b) Uji lari dengan menggunakan beban atau bahan yang sebenar merujuk kepada tujuan artifak
dibangunkan

Uji lari tanpa beban


Proses ini dilakukan bertujuan untuk menguji dan menilai sejauh mana artifak yang dihasilkan
dapat digunakan dan dikendalikan oleh pengguna tanpa dikenakan sebarang beban atau sebarang
gangguan sewaktu pengendalian artifak tersebut. Keputusan uji lari tanpa beban ini seharusnya
dapat menunjukkan bahawa artifak tersebut boleh beroperasi dengan lebih baik dan lancar tanpa
p g p
sebarang masalah semasa pengoperasian.

Gambar foto 7.2.16 Ampaian baju tanpa diletakkan pakaian


249
Jika keputusan pada peringkat ini menunjukkan kurang kelancaran pengendalian atau tidak
berfungsi dengan baik, maka murid perlu segera mengenal pasti permasalahan dan membaikinya.
Masalah ini boleh dianggap sebagai minor defect. Akan tetapi jika keputusan menunjukkan
kegagalan artifak untuk berfungsi, murid perlu membuat penilaian semula ke atas semua
komponen yang dihasilkan, kesesuaian proses pembuatan, dan pemasangan bersama dengan guru
atau penyelia pembimbing.
Perkara ini boleh berlaku pada sebarang proses pembangunan artifak yang dibangunkan.
Puncanya mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak diberi perhatian semasa proses
pembuatan dijalankan. Contohnya:
(a) Jenis bahan yang digunakan tidak sesuai untuk penggunaan.

Gambar foto 7.2.17 Contoh beberapa jenis komponen roda

(b) Kaedah pembuatan yang tidak sesuai

Gambar foto 7.2.18 Kaedah sambungan kimpalan gas oksi-astelina yang kurang sesuai

250
(c) Proses pemasangan yang tidak mengikut turutan komponen yang dirancang.

Gambar foto 7.2.19 Melakukan kerja proses kerja


yang lain sebelum proses kerja utama disiapkan

(d) Penyimpanan komponen yang mungkin terdedah kepada suhu dan kelembapan.

Gambar foto 7.2.20 Bahan kerja terdedah kepada suhu dan


kelembapan menyebabkannya berkarat

Setelah berjaya mengenal pasti permasalahan yang terjadi, murid perlu membaik pulih atau
mengulang semula proses tersebut.

Uji lari dengan beban


Proses ini dilakukan dengan menambah beban atau penggunaan beban yang sebenar kepada artifak
yang telah siap dipasang. Tujuannya adalah untuk menguji dan menilai sejauh mana artifak yang
telah dihasilkan dapat digunakan dan berfungsi seperti yang diharapkan. Harus diingatkan bahawa
proses ini hanya boleh dilakukan setelah membuat uji lari tanpa beban. Semasa uji lari tanpa beban
dijalankan, keputusan ujian hendaklah menunjukkan semua komponen yang dipasang dan dibina
boleh beroperasi dengan baik dan lancar.
251
Tip Tambahan
Pandangan dan
pengalaman daripada
guru pembimbing dalam
memberikan cadangan
dan pengiraan nilai secara
teori akan membantu
murid mendapatkan
keputusan pengujian
dengan lebih baik.

Gambar foto 7.2.21 Contoh pengujian aci


yang dikenakan beban sebenar

Pengujian yang dijalankan pada peringkat ini adalah lebih teliti supaya dapat mengetahui
sejauh mana kemampuan artifak yang dibangunkan boleh digunakan dan beroperasi tanpa
berlaku kegagalan.
Kaedah pengujian yang boleh dijalankan ialah:
(a) Menggunakan beban sebenar atau beban lain yang sama berat
(b) Menambah sedikit demi sedikit beban tambahan
(c) Diuji pada pelbagai keadaan dan situasi

Pengujian secara teori dan perisian lukisan terbantu komputer


Pengujian secara fizikal yang dijalankan boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan maklumat
prestasi artifak yang dihasilkan. Pengujian secara pengiraan beban yang mampu ditampung boleh
membuktikan reka bentuk projek yang dihasilkan.
Rajah 7.2.14 dan 7.2.15 menunjukkan hasil pengujian kekuatan produk menggunakan
perisian lukisan terbantu komputer Autodesk Inventor 2020. Berdasarkan keputusan ujian, jelas
menunjukkan bahawa produk berada dalam keadaan selamat dan kukuh apabila dikenakan beban.

1.291

1.033

0.775

0.517

0.258

0 Min

Rajah 7.2.14 Pengujian kekuatan produk menggunakan Rajah 7.2.15 Tegasan


perisian Autodesk Inventor 2020 Von Mises

252
Teori Von Mises-Hencky atau teori tenaga ricih menyatakan bahawa kegagalan statik akan berlaku
apabila tegasan Von Mises > kekuatan alah, S. Teori ini merupakan teori terbaik untuk meramalkan
kekuatan bahan mulur.
Berdasarkan analisis Rajah 7.2.14 yang dijalankan, ternyata reka bentuk yang dibangunkan
adalah selamat dan nilai tegasan Von Mises pada kawasan berwarna biru, iaitu nilai tegasan hampir
kepada nilai kosong (0).
Pada hujung tepi terdapat sedikit kawasan yang berwarna cyan, menunjukkan terdapatnya
tegasan. Tetapi nilainya masih kecil dan selamat.

15

12

Rajah 7.2.16 Pengujian nilai faktor keselamatan Rajah 7.2.17 Analisis


faktor keselamatan

Faktor keselamatan merupakan faktor yang digunakan untuk menilai keselamatan sesuatu objek.
Oleh itu, sekiranya nilai yang dikenakan melebihi had ketahanan, maka kegagalan akan terjadi.

Had ketahanan
Faktor Keselamatan =
Nilai yang dikenakan

Bagi memastikan reka bentuk selamat, nilai faktor keselamatan mestilah lebih besar daripada satu
(1). Berdasarkan keputusan analisis Rajah 7.2.17, jelas menunjukkan reka bentuk yang dihasilkan
berada dalam kawasan berwarna biru, iaitu nilai faktor keselamatan melebihi nilai 12. Ini
menerangkan bahawa agak sukar untuk berlaku kegagalan terhadap reka bentuk yang dihasilkan.

253
Melakukan kemasan akhir
Kemasan akhir pada artifak yang dihasilkan boleh dilakukan Standard Pembelajaran
setelah semua proses pengujian dan penilaian terhadap fungsi dan
kegunaan artifak selesai. Tujuan dilakukan kemasan akhir adalah Melakukan kemasan
untuk mengelakkan wujudnya bahagian yang tajam, tidak kemas, akhir.
dan terdedah kepada risiko kecederaan kepada pengguna.
Proses kemasan akhir penting untuk menjadikan artifak lebih
menarik dan selamat. Proses ini tidak mengambil masa yang lama
tetapi perlu dibuat pemeriksaan secara teliti terhadap keseluruhan
rupa bentuk dan komponen artifak. Hasil kemasan akhir yang teliti
akan meningkatkan nilai estetika pada artifak yang dihasilkan.
Kerja-kerja kemasan akhir yang biasa dibuat adalah seperti
yang berikut:
(a) Mengemas hujung plat komponen yang tajam
(b) Menyembur cat
(c) Melindungi bucu komponen yang tajam

Mengemas hujung plat komponen


Proses kerja ini boleh dilakukan menggunakan alatan tangan seperti kikir bulat, kikir rata,
dan kikir kuasa elektrik. Langkah ini bertujuan untuk membuang hujung tepi logam
komponen yang tajam yang terhasil semasa proses pemotongan dan pembuatan. Proses kerja
tidak mengambil masa yang lama tetapi perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak
berlaku kecederaan.

Gambar foto 7.2.22 Mengemas menggunakan mesin pencanai tangan

254
Gambar foto 7.2.23 Mengemas menggunakan kikir tangan

Menyembur cat
Proses kerja ini dilakukan bertujuan untuk melindungi permukaan komponen dan artifak daripada
karat dan melicinkan permukaan yang tidak rata. Selain itu, penyemburan cat dapat menjadikan
reka bentuk produk lebih menarik.

Gambar Foto 7.2.24 Ampaian baju yang telah disembur cat

255
Untuk mengecat artifak, beberapa cara boleh digunakan, iaitu cara sapuan dengan menggunakan berus
cat, menggunakan semburan tin (bertebaran), menggunakan teknologi robot, dan menggunakan
ruang tertutup.

Gambar foto 7.2.25 Menggunakan teknologi robot untuk mengecat

Melindungi bucu tajam


Semasa peringkat awal perancangan projek lagi, seboleh-bolehnya elakkan penghasilan
reka bentuk yang mempunyai bahagian bucu yang tajam. Sekiranya aspek ini tidak dapat
dielakkan, proses kemasan akhir perlu dijalankan untuk menutupi bahagian tersebut. Sekiranya
tidak ditutupi, pengguna mungkin terdedah kepada risiko kecederaan jika terlanggar bucu itu.
Produk berasaskan plastik dan getah sintetik boleh digunakan untuk melindungi bucu yang
tajam. Pelindung yang sesuai boleh juga dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan
kitar semula berasaskan kayu, plastik, dan getah.

7.2.2 Membentangkan Hasil Projek


Setelah berjaya menyiapkan projek reka bentuk akhir dengan Standard Pembelajaran
menghasilkan artifak yang dipilih, murid boleh meneruskan
proses dokumentasi untuk dibentangkan kepada guru atau Membentangkan hasil
panel penilai. Proses ini dilaksanakan serentak dengan proses projek menggunakan
pembuatan menghasilkan artifak. Semua rekod penulisan dan pelbagai media.
dokumentasi adalah bermula daripada proses reka bentuk
awal projek sehinggalah proses reka bentuk akhir dan proses
pembangunan menyiapkan artifak. Semua data dan maklumat perlu dikumpulkan dan direkodkan
dalam penulisan laporan projek akhir. Penulisan yang dihasilkan perlu mengikut garis panduan
penulisan yang ditetapkan oleh institusi yang berkenaan.

256
Penulisan Laporan Akhir
Penulisan laporan reka bentuk awal projek adalah setakat Bab 3 sahaja. Penulisan laporan akhir
akan disambungkan dengan Bab 4: Hasil Dapatan.

Bab 4 Hasil Dapatan


Bab ini akan menerangkan analisis data kajian. Hasil dapatan keseluruhan dan analisis dibentangkan
dalam bentuk jadual, rajah, dan penyataan.

4.1 Pengenalan Bab


Menerangkan gambaran keseluruhan dapatan kajian berdasarkan objekif dan persoalan kajian.
Perkara yang dihuraikan dalam bahagian ini meliputi maklum balas pengguna dan pengujian
yang dijalankan.

4.2 Maklum Balas Pengguna


Maklum balas pengguna dilaporkan dengan penyataan bilangan responden yang dipilih dan juga
kadar respons yang diperoleh daripada responden.

4.3 Dapatan Kajian


Dapatan kajian adalah berkaitan dengan keputusan sesuatu kajian yang dijalankan. Perlu
mengandungi keputusan analisis yang perlu dibentangkan secara sistematik dan diterangkan secara
jelas. Dapatan kajian ditulis dalam bentuk jadual, rajah, dan interprestasi yang akan menjawab
persoalan kajian.

4.4 Rumusan Bab


Rumusan dilakukan dengan menulis kata kunci penting daripada dapatan kajian dan menunjukkan
kesinambungan bab yang seterusnya.

Bab 5 Perbincangan dan kesimpulan


Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kajian yang dilaksanakan dan dihuraikan dalam
bahagian perbincangan, kesimpulan, dan cadangan.

5.1 Pengenalan Bab


Memaklumkan tentang kandungan bab secara keseluruhan.

5.2 Perbincangan
Menerangkan bagaimana dapatan kajian menyokong dapatan kajian lepas yang berkaitan.
Membincangkan persoalan kajian secara kritis berdasarkan hasil dapatan dan sorotan kajian.

257
5.3 Kesimpulan
Kesimpulan kajian menyenaraikan dapatan-dapatan kajian dalam urutan yang sesuai.
Hasil penemuan kajian perlu disimpulkan selaras dengan persoalan kajian.

5.4 Cadangan
Cadangan kajian ialah penyenaraian cadangan kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan
kajian. Bahagian ini mengemukakan cadangan-cadangan baharu yang terhasil daripada penemuan
kajian. Signifikan kajian dan implikasi kajian untuk masa hadapan juga perlu dimasukkan dalam
bahagian ini.
Laporan akhir perlu dihantar kepada guru penyelia untuk membuat semakan secara
menyeluruh setiap laporan dan pembentangan maklumat serta analisis. Jika terdapat sebarang
pembetulan, murid perlu segera membetulkan laporan tersebut.
Penulisan pelaporan dan hasil dapatan kajian akan menghasilkan satu dokumen laporan yang
lengkap dan baik. Hasil penulisan itu boleh dicetak dan dibuat proses pendokumentasian tersebut.

Gambar foto 7.2.26 Contoh laporan penulisan yang dibukukan

258
Pembentangan Reka Bentuk Akhir Projek
Murid perlu bijak memilih maklumat yang hendak dimasukkan dalam slaid supaya proses
pembentangan berjaya menarik perhatian panel penilai dan dapat memberikan gambaran yang
jelas terhadap hasil projek yang hendak dibentangkan.
Antara maklumat yang boleh dimasukkan dalam slaid untuk pembentangan projek reka
bentuk akhir murid adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.18.

Maklumat Pengenalan
Kumpulan dan dan Penyataan
Tajuk Projek Masalah

Objektif dan
Kesimpulan Cadangan
Penyelesaian

Kandungan
Slaid
Pembentangan

Perbincangan Skop Projek


dan Cadangan dan Ketetapan
Had Projek

Hasil Dapatan Metodologi


dan Analisis Membangunkan
Projek Projek

Rajah 7.2.18 Rajah contoh maklumat yang perlu dimasukkan dalam slaid pembentangan

Murid juga boleh menyediakan video demonstrasi untuk menunjukkan cara-cara artifak yang
dihasilkan beroperasi dan berfungsi. Hal ini dapat membantu memberikan kefahaman awal kepada
guru atau panel penilai tentang reka bentuk dan fungsi sebenar artifak yang telah dibangunkan.
Selain itu, rakaman video atau gambar yang diambil semasa proses pengujian dijalankan boleh juga
ditunjukkan sebagai bukti bahawa artifak yang dibangunkan itu boleh digunakan dan berfungsi
seperti yang dikehendaki.

259
Rajah 7.2.19 Contoh slaid pembentangan reka bentuk akhir projek

Sesi pembentangan kepada panel


Semua slaid yang siap mesti ditunjukkan dan disemak oleh guru pembimbing. Pembetulan mesti
dibuat jika perlu. Murid boleh mengagihkannya dalam kalangan mereka yang akan membentangkan
tajuk tertentu. Sesi pembentangan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
(a) Pembentangan hasil dan proses pembangunan projek
(b) Demonstrasi projek
(c) Sesi soal jawab

Murid boleh merancang dan menentukan


individu yang akan membentangkan hasil
projek, sesi demonstrasi penggunaan projek,
dan sesi soal jawab dengan panel penilai.
Semasa sesi pembentangan, ahli
kumpulan hendaklah menunjukkan sikap
bekerjasama dan saling membantu ahli
kumpulan yang lain ketika membentangkan
sesuatu, menjawab, atau memberikan
penjelasan yang tepat bagi setiap pertanyaan
yang diajukan.
Semasa proses ini, guru penilai atau panel
akan menilai bagaimana sekumpulan murid
dapat menjalankan tugas membangunkan
Rajah 7.2.20 Contoh pembentangan kepada panel
artifak dengan baik.

260
Tujuan dibuat pembentangan dan sesi soal jawab bukanlah medan untuk mengkritik atau mencari
kelemahan murid, sebaliknya adalah sebagai
i. sesi pembelajaran secara komunikasi dua hala
ii. pengalaman untuk murid belajar berhujah dengan hasil kerja sendiri.
iii. Setiap cadangan atau pandangan yang diberikan oleh penilai, perlu dilihat dari sudut positif
oleh murid.
Pengalaman membangunkan reka bentuk projek akhir, menulis laporan, dan membentangkan
hasil dapatan adalah pengalaman yang tidak ternilai dalam menyediakan murid mengharungi
perkara yang sama apabila menyambung pengajian ke peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana
dan Doktor Falsafah.

Pendaftaran harta intelek


Setiap inovasi yang telah dihasilkan pastinya akan menarik perhatian ramai pihak dan pengguna.
Di samping mempunyai nilai komersial yang baik, hasil inovasi yang memenuhi kehendak
pengguna dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi juga menjadi faktor tarikan. Jadi,
untuk melindungi hasil inovasi yang telah dibangunkan, murid boleh membuat pendaftaran
dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Pendaftaran ini perlu dibuat segera setelah sesuatu projek inovasi dihasilkan. Tujuannya
adalah untuk melindungi hak terhadap inovasi yang telah dibangunkan. Secara tidak langsung
dapat mengelakkan inovasi tersebut ditiru atau dijual secara komersial oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.

Reka Bentuk
Hak Cipta
Perindustrian

Jenis
Cap
Dagangan
Pendaftaran Paten
Harta Intelek

Reka Bentuk
Petunjuk
Susun Atur Litar
Geografi
Bersepadu

Rajah 7.2.21 Jenis-jenis pendaftaran harta intelek

Sekiranya pihak sekolah, institut pengajian kemahiran, dan institusi pengajian tinggi berjaya
menghasilkan reka cipta baharu dalam bidang kejuruteraan mekanikal, maka lakukan pendaftaran
hak cipta. Proses ini mudah dengan kos yang murah. Sebaliknya untuk pendaftaran paten, kos
pendaftaran dan dokumentasi paten adalah lebih tinggi. Bahkan memerlukan bantuan pihak yang
berdaftar untuk membangunkan dokumen paten yang diingini.
261
Guru penasihat projek dan para murid boleh menghadiri kursus
Sudut Maya
dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak MyIPO. Melalui kursus
ini, peserta dapat mempelajari cara untuk membuat dokumen
Layari www.myipo.
paten. Kursus seperti ini amat baik untuk menambah pengetahuan gov.my untuk
dan kemahiran dalam menghasilkan dokumen paten. Ilmu yang mendapatkan
diperoleh kelak boleh digunakan untuk membantu pihak sekolah maklumat berkaitan
dalam membangunkan dokumen dan memberikan kesedaran akan pendaftaran Harta
kepentingan pendaftaran harta intelek. Rajah 7.2.22 di bawah ini ialah Intelek dan Paten.
carta alir untuk pendaftaran hak cipta sebagai rujukan awal.
CARTA ALIRAN PEMBERITAHUAN SECARA SUKARELA HAK CIPTA

PERMOHONAN

PEMBERITAHUAN KARYA PEMBERITAHUAN KARYA TERBITAN


A. Borang CR-1 A. Borang CR-2
B. Surat Akuan Bersumpah B. Surat Akuan Bersumpah
C. Deposit Karya Asal C. Deposit Karya Asal
D. Fi D. Dokumen Berkaitan (Pelesenan E.R
E. Pelantikan Wakil (Jika F. Pelantikan Wakil (Jika Berkenaan)
berkenaan)

PERMINTAAN UNTUK MEMINDA


PEMBERITAHUAN
WAKIL A. Borang CR-4 B. Fi
YA (PILIHAN)
PERMINTAAN SIJIL PEMBERITAHUAN HAK
TIDAK CIPTA
PEMBERITAHUAN A. Borang CR-5 B. Fi
HAK CIPTA OLEH KAUNTER
WAKIL PEMBETULAN KESILAPAN PERKERANIAN
A. Borang CR-3 A. Borang CR-6 B. Fi
B. Fi SEMAKAN
PEMBETULAN, PEMADAMAN, ATAU
PINDAAN
BAYARAN A. Borang CR-7 B. Fi

PEMERIKSAAN DAFTAR
RESIT BAYARAN A. Borang CR-8 B. Fi

PERMINTAAN PETIKAN
TAMAT A. Borang CR-9 B. Fi

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN ALAMAT


REKOD KE DALAM DAFTAR A. Borang CR-10 B. Fi

PEMBERITAHUAN PENYERAHAN, LESEN,


NOTIS PEMBERITAHUAN
ATAU PEMBERIAN BERWASIAT
DIHANTAR KEPADA PEMOHON
A. Borang CR-11 B. Fi
MAKLUMAT DAN KARYA HAK
CIPTA TELAH DIREKODKAN

Rajah 7.2.22 Contoh carta alir Pendaftaran Hak Cipta


262
Rajah 7.2.23 di bawah ini pula ialah carta alir untuk pendaftaran paten sebagai rujukan awal.

CARTA ALIRAN
PROSEDUR PERMOHONAN PATEN/PERBAHARUAN UTILITI (AKTA PATEN 1983)

PERMOHONAN
(Manual) Tidak lengkap
(Borang 1 – RM290)
Tidak
(Borang 14 – RM140) diterima
PEMBETULAN TIDAK
Lengkap (Tempoh diberi SAH
PEMBERIAN 3 bulan)
TARIKH Diterima
PEMFAILAN
Diterima

Tidak
PEMERIKSAAN PEMBETULAN diterima
PERMULAAN (Tempoh diberi DITOLAK
Tidak
memenuhi syarat 3 bulan)

PERMOHONAN DIBUKA
UNTUK PEMERIKSAAN
AWAM (18 bulan dari tarikh
prioriti atau tarikh pemfailan)

PERMINTAAN UNTUK
PEMERIKSAAN
SUBSTANTIF/SUBSTANTIF Tiada permintaan TIDAK
DIUBAHSUAI (Manual) SAH
(Borang 5 – RM1100)
(Borang 5A – RM640)

Diterima

Tidak
PEMERIKSAAN PEMBETULAN diterima
SUBSTANTIF HUJAHAN DITOLAK
Tidak (Tempoh diberi
memenuhi
uhi 2 bulan)
Akta
SIJIL PEMBERIAN
PATEN
RAYUAN DI
MAHKAMAH TINGGI
(HARTA INTELEK)
PEWARTAAN

Rajah 7.2.23 Carta alir pendaftaran paten


263
Perbezaan antara paten dengan hak cipta
Bil. Paten Hak Cipta
Melindungi hak penemuan, reka cipta, Melindungi kandungan seperti teks,
1.
atau inovasi baharu imej, dan lukisan

Paten melibatkan dokumen yang teliti Poster inovasi yang dihasilkan untuk
2. kerana boleh digunakan untuk tujuan pembentangan atau pertandingan juga
perundangan boleh didaftarkan

Boleh menghalang orang lain daripada Melindungi bahan terbitan digunakan


3.
mencipta inovasi yang sama oleh pihak lain

4. Kos yang agak mahal Kos yang lebih murah

Proses yang lama dan memerlukan


Proses mendaftar lebih mudah dan
5. penasihat profesional untuk membuat
cepat
pendaftaran

Pertandingan inovasi
Artifak yang telah siap dibentangkan dan dinilai oleh guru pembimbing serta panel penilai perlu
dikembangkan untuk melihat potensi nilai komersial. Idea inovatif dan kreatif yang terhasil
diharapkan akan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Jadi, bagaimana kaedah
terbaik untuk murid mengembangkan hasil projek mereka?
Penyertaan dalam pertandingan inovasi penting untuk murid dan guru mengetahui sejauh
mana hasil projek yang telah dibangunkan mendapat pengiktirafan. Ini kerana panel penilai
pertandingan inovasi adalah terdiri daripada golongan profesional dalam bidang masing-masing,
terutamanya bidang kejuruteraan.
Sekiranya projek yang dipertandingkan berjaya memenangi sebarang pingat dan sebagainya,
secara tidak langsung ini membuktikan bahawa projek yang dihasilkan itu telah mendapat
pengiktirafan daripada golongan profesional dan juga masyarakat. Langkah seterusnya yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah dan guru pembimbing adalah tentang cara-cara untuk menjadikan
projek murid ini sebagai satu nilai tambah, iaitu dalam bidang keusahawanan.

Anugerah Harta Intelek


• Dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
• Dijadikan sebagai platform untuk mengetengahkan kreativiti dan inovasi rakyat Malaysia.
• Pemenang akan menerima wang tunai, piala, serta sijil penghargaan yang diiktiraf World
Intellectual Property Organisation (WIPO).
• Terdapat tujuh (7) kategori yang dipertandingkan.
• Satu kategori khas khusus untuk pelajar sekolah menengah, iaitu Kategori Perekacipta Muda
Harta Intelek.

264
Gambar foto 7.2.27 Kejayaan murid dalam penglibatan di pertandingan reka cipta

265
RUMUSAN

Lukisan Akhir

Kemasan Akhir Menghasilkan Komponen


Pembangunan
Artifak
Menguji Fungsi
Memasang Komponen
dan Operasi

REKA BENTUK
AKHIR PROJEK

Pembentangan
Laporan Akhir Pembentangan Akhir
Artifak

Pertandingan Inovasi

266
PENGUKUHAN MINDA

Jawab semua soalan.


1. Yang berikut merupakan tiga jenis lukisan yang digunakan untuk membuat lukisan akhir
dalam reka bentuk projek, kecuali...
A lukisan terbantu komputer C lukisan isometri
B lukisan ortografik D lukisan hamparan

2. Rajah yang berikut merujuk kepada simbol unjuran...

A sudut pandangan pertama


B sudut pandangan kedua
C sudut pandangan ketiga
D sudut pandangan keempat

3. Yang berikut merupakan tujuan ujian komponen dijalankan untuk memastikan komponen
yang dihasilkan adalah baik, kecuali...
A kecacatan C kos
B dimensi D keselamatan

4. Senaraikan tiga jenis pandangan lukisan ortografik.

5. Terangkan bagaimana proses pembangunan artifak dijalankan.

6. Jelaskan perbezaan antara ujian dengan mengenakan beban dengan ujian tanpa beban.

7. Terangkan tiga tujuan ujian dijalankan terhadap komponen yang dihasilkan.

8. Mengapakah perlu dibuat laporan reka bentuk projek akhir yang telah dihasilkan?
Bincangkan.

Praktis Sumatif

Jawab semua soalan berikut.


1. Yang berikut merupakan sumber yang digunakan untuk mengenal pasti masalah, kecuali...
A pertanyaan C alatan praktikal
B pemerhatian D kajian literatur

2. Nyatakan elemen yang digunakan dalam spesifikasi reka bentuk produk (PDS).

267
3. Berdasarkan gambar rajah yang berikut, bagaimanakah perkara ini boleh terjadi semasa
penghasilan komponen? Jelaskan.

4. Ujian pemasangan komponen merupakan satu daripada pengujian terhadap komponen yang
dihasilkan. Terangkan kepentingan ujian pemasangan komponen dijalankan berdasarkan
gambar rajah di bawah ini.

5. Senaraikan tiga proses kemasan akhir yang boleh dilakukan kepada artifak yang
dibangunkan dan tujuan dilakukan.

6. Bagaimanakah untuk menghasilkan satu pembentangan yang menarik dan interaktif dengan
menggunakan pelbagai sumber? Bincangkan.

7. Pendaftaran harta intelek bertujuan untuk melindungi hak


terhadap inovasi yang dibangunkan. Nyatakan enam jenis
pendaftaran harta intelek.
Modul 7.2:
8. Pendaftaran harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO) merupakan suatu perkara penting kepada
setiap inovasi yang dihasilkan. Terdapat beberapa jenis
pendaftaran harta intelek yang boleh didaftarkan. Jelaskan
lima perbezaan antara pendaftaran Paten dengan Hak Cipta.
http://buku-teks.com/
kmtg5_pm7_2
(Dicapai pada 21
September 2020)

268
GLOSARI

Aci Komponen berbentuk silinder.

Analisis
Analiisis Penghuraian atau pengupasan permasalahan dengan kaedah tertentu
untuk memberikan gambaran dan penjelasan yang lebih terperinci.
Analo
og
Analog Sesuatu yang merupai sesuatu yang lain; bukan sifat alat yang
pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yang berubah-ubah
(seperti voltan, arus, dan lain-lain) untuk mewakili nombor.
Artiffak
Artifak Barang atau produk yang dihasilkan untuk kegunaan yang
memberikan kebaikan kepada masyarakat yang kemudiannya
ditinggalkan kerana peredaran zaman.

Arus Terus Merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala. Arus terus
dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termogandingan,
sel suria serta dinamo jenis komutator.

Arus Ulang-
-alik
Ulang-alik Merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya
berulang-alik.

Autonomi Mengurus sendiri; bebas daripada kuasa lain.

Comp
puter A
Computer ided De
Aided esign
Design Aplikasi komputer bagi membantu mereka bentuk, mengolah,
mengoptimumkan dan membuat lakaran atau lukisan teknikal juga
lukisan kejuruteraan bagi sesuatu komponen atau produk, termasuk
keseluruhan bangunan.
Elekttromagn
netik
Elektromagnetik Merupakan gelombang yang memancar tanpa melalui medium yang
membawa energi elektrik dan magnet (elektromagnetik).

Ergon
nomik
Ergonomik Hubungan antara pekerja dengan persekitaran tempat kerja, seperti
aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan kerja.

Fail .STL Format fail yang telah dicipta oleh Sistem 3D daripada perisian dan
mesin Stereo Lithography CAD.

Hak ccipta
ipta Hak seseorang pencipta atau pengarang atas hasil ciptaannya yang
dilindungi undang-undang.

Hum
manoid
Humanoid Robot manusia atau sesuatu yang mempunyai rupa yang
menyerupai manusia.

Iners
sia
Inersia Sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang
sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya, sama ada
dalam keadaan pegun (statik) ataupun dalam keadaan bergerak.
269
269
Inovasi
Inova
asi Menghasilkan sesuatu yang baharu seperti produk, perkhidmatan,
atau cadangan penyelesaian.

Kerjaa panass Pembentukan logam yang dilakukan sedikit di atas suhu


penghabluran semula.

Kerjaa sejuk Proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat
penghabluran semula logam tersebut.

Komersial Mempunyai nilai ekonomi untuk dipasarkan, untuk dimiliki, dan


digunakan oleh masyarakat.

Komp
ponen
Komponen Bahagian-bahagian yang melengkapi atau mencukupkan dalam
sesuatu produk yang dihasilkan.

Kreat
tif
Kreatif Kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu
idea baharu dan asli.

LFR Line Follower Robot ialah sebuah robot yang dapat mengikuti garis
secara automatik.

Lipat
tan
Lipatan Satu teknik kerja logam apabila beberapa teknik pembentukan
digabungkan dalam membentuk satu produk.

Mani
ipulatorr
Manipulator Peranti kawalan jauh untuk mengendalikan kelengkapan di dalam sel
panas.

Paten
n Satu sijil yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa untuk
memberikan hak kepada individu atau perusahaan untuk
mengeluarkan barang ciptaannya sendiri dan melarang orang lain
menirunya.

Pemb
bengkok
kan
Pembengkokan Proses membentuk kepingan logam kepada bentuk yang dikehendaki
seperti bentuk U, V, L, dan Z.

Pemb
bentukaan baha
Pembentukan an
bahan Satu kaedah tentang bahan yang ada diubah untuk menghasilkan
produk bagi kegunaan tertentu.

Pemb
buatan tambah
Pembuatan han
tambahan Istilah standard industri rasmi (ASTM F2792) bagi semua aplikasi
teknologi. Istilah ini ditakrifkan sebagai proses menyatukan
bahan-bahan untuk membuat objek daripada data model 3D.
Penar
rikan
Penarikan Proses membentuk bekas tanpa kelim daripada kepingan logam.

P
Penem
mb
busan
n
Penembusan Proses menghasilkan bentuk lubang pada kepingan logam.

Pengacuana
an
Pengacuanan Proses membentuk bahan mentah cair dengan menggunakan blok
berongga yang dikenali sebagai acuan (mold).

270
PLC Programmable Logic Controller adalah satu sistem elektronik/
apparatus operasi digital yang digunakan di dalam persekitaran
industri untuk melakukan sesuatu fungsi dan mengawal sesuatu
proses atau mesin berdasarkan input dan output yang disambung
kepada modul sama ada digital atau analog.
Respo
onden
Responden Orang yang memberikan maklumat atau menjawab soalan-soalan
kaji selidik dan temu bual yang diberi.
Revolusi Ind
dustri
Industri Perubahan besar dan radikal terhadap cara manusia memproduksi
barang.
Risik
ko
Risiko Kebarangkalian berlakunya bahaya atau kerugian yang tertentu dan
sering terdedah kepada pelbagai keadaan.
Rotorr Bahagian berputar yang terdapat dalam motor elektrik.
SCAR
RA
SCARA Selective Compliance Assembly Robotion, iaitu sistem penggerak robot
SCARA bersambung secara langsung pada lengan tanpa gear atau
sistem belt sehingga membuat mekanisme gerakannya bekerja cepat
dan ringkas namun tetap tepat.
Sistem
m ASRS
S Sistem Simpanan dan Pengambilan Semula Automatik atau
Automated Storage and Retrieval System (ASRS) merupakan kaedah
kawalan berkomputer untuk menyimpan dan mendapatkan semula
muatan daripada tempat simpanan.
Sistem kanikal Gabungan proses antara sistem elektrik dengan mekanikal dan cara
m Elektromekanikal
Elekttromek
kedua-dua sistem itu berinteraksi antara satu dengan yang lain.
Sistem
m FMS
S Flexible Manufacturing System ialah sistem pembuatan yang dapat
beroperasi secara fleksibel terhadap perubahan jenis produk yang
akan dihasilkan (machine flexibility) dan juga perubahan urutan
proses dalam pembuatan produk tersebut (routing flexibility).
Solen
noid
Solenoid Peranti yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.
Peranti ini mewujudkan medan magnet daripada arus elektrik dan
menggunakan medan magnet untuk menghasilkan gerakan linear.
Stato
or
Stator Merupakan bahagian pegun yang terdapat pada penjana kuasa
elektrik ataupun motor elektrik.
Temp
pa
Tempa Proses pembentukan logam untuk menghasilkan produk dengan
mengenakan daya mampatan pada kelajuan tertentu.
Tuan
ngan
Tuangan Proses kerja menghasilkan komponen dengan kaedah menuangkan
logam lebur ke dalam rongga acuan.
Tuangan pas
sir
pasir Satu kaedah menghasilkan produk tuangan logam dengan
menggunakan acuan pasir.
UAV Unmanned Aerial Vehicle merupakan sejenis pesawat udara yang
tidak memerlukan juruterbang untuk mengendalikannya.

271
SENARAI RUJUKAN

Adam Morecki, Jozef Knapczyk (2014). Basic Robotics: Theory and Components of Manipulators
and Robots. Springer.

Appuu Kuttan KK. (2007). Robotics. I.K. International Publishing House Pvt. Ltd.

Brian Elliott. (2007). Electromechanical Devices & Components Illustrated Sourcebook.


McGraw-Hill Education.

Ian Gibson, David Rosen and Brent Stucker. (2014). Additive Manufacturing Technologies:
3D Printing, Rapid Prototyping, and Direct Digital Manufacturing. Springer.

Ibrahim Che Muda. (1990). Teknologi Bengkel Mesin. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keith Dinwiddie. (2016). Basic Robotics. Cengage Learning.

Khairul Fazizul Mat Dris, Nur Ismalina Haris dan Siti Salwa Samsuri. (2019). Mekanik Mesin.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Lawrence J. Kamm. (1996). Understanding Electro-Mechanical Engineering: An Introduction to


Mechatronics. The Institute of Electrical and Electronics Engineers, Inc., New York.

Nigel Cross. (2005). Engineering Design Methods Strategies for Product Design. Wiley.

Richard Budynas and Keith Nisbett. (2020). Shigley’s Mechanical Engineering Design 11th
Edition. McGraw-Hill Education.

Shahriman Zainal Abidin. (2020). Buku Panduan Asas Pemikiran Reka Bentuk Produk.
UiTM Press.

Siraj Ahmad. (2014). Engineering Design Principles and Concept. PHI Learning.

Wei Tong. (2014). Mechanical Design of Electric Motors. CRC Press Taylor & Francis Group.

Yusoff Ali, Agus Dollah, Zaini Yahaya, Zakaria Saad, Zuraimi Sani. (2015). Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusoff Ali, Agus Dollah, Zaini Yahaya, Zakaria Saad, Zuraimi Sani. (2006). Mechanical
Engineering Studies Form 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

272
INDEKS

A H
Aci 38, 39, 84 – 90, 93, 100, 101, 105, 108, 113, Halaju 85, 87, 96 – 103, 105 – 107, 112 – 115
121, 123, 160 Hidraulik 83, 144 – 148, 150, 152, 153, 190, 196
Aksesori 46 Humanoid 185, 186, 190, 203
Aluminium 49, 54, 56, 57, 58, 205, 207
Analisis 159, 180, 181, 200, 202, 203, 214, 215, I
217, 219, 220, 222 Injap 48 – 50, 58, 95, 146 – 151, 154 – 156,
Artifak 192, 194, 203 – 205, 207, 217, 219, 220 159 – 161, 163, 164, 182, 190
Arus terus 49, 50, 190
Arus ulang-alik 49 K
Automasi 24, 63, 80 Kabel 44, 47 – 50, 84, 95, 128
Autonomi 69, 186 Kimpalan 80, 81
Kuasa 16, 17, 21, 30, 31, 44, 47, 49, 116, 118,
B 120 – 122, 124, 127, 130, 132, 135, 136, 139
Bahan 4, 6 – 13, 16 – 23, 25, 26, 31, 35 – 38,
43 – 46, 48 – 50, 52, 53, 56 -59, 61, 157, 185, L
194, 198, 203, 205, 207, 217, 219, 220 Logam 4, 12, 16, 17, 19 – 26, 32, 125, 153, 185
Bekalan kuasa 92, 95, 116, 118, 121, 122, 130,
132, 136, 139, 141, 142, 177, 179 – 181, 188, 190, M
195, 199, 200 Mikrometer 9, 10, 12, 15
Model 30, 31, 51, 69 – 72, 192, 221
C Motor 21, 27, 28, 37, 75, 76, 82, 85, 93, 116,
120 – 123, 138, 139, 141, 152, 154, 159, 190,196,
Carta Gantt 202, 203, 223
197
D O
Diameter 6, 7, 8, 9, 10, 18 – 21, 37 – 42, 77, 86, Optimum 34, 70, 83, 197, 205
98, 102, 103, 113
Dokumentasi 222, 223 P
Pam 55, 123, 146, 148, 149, 151, 153, 158 – 162,
E 164, 186
Paten 170, 186, 216 – 218, 257, 259
Elektrod 26, 43, 44, 46 – 50, 80
Pepenjuru 78
Elektromekanikal 82 – 84, 86, 87, 92, 93, 95
Penerus 139 – 142
Elemen deria 194, 203
Penandaan 4, 11 – 13, 15
Elemen gerakan 188, 190
Pengacuanan 55, 59
Elemen kawalan 188, 189, 202, 203
Penggerak 28, 116, 149, 156, 164, 166, 175, 176,
Elemen kuasa 188, 190, 196, 202
187, 190, 196, 202
Ergonomik 194, 204, 220
Pembuatan 2, 4, 20, 24, 25, 43, 46, 47, 57, 60, 68,
Estetik 75, 194, 204, 205, 220
69, 73, 75, 81, 157, 184, 188, 198
Pengukuran 4 – 7, 9 – 12, 15, 75, 134, 135, 212,
G 221
Gelombang 61 Pengolah 187
Gear 55, 84, 89 – 91, 95, 96, 99 – 107 Peranti 104, 107, 108, 113, 116, 120, 136, 173
Gerudi 16, 19 – 23, 27, 30, 32, 33, 42, 51, 81, 91 Pneumatik 165 – 169, 171 – 173, 175 – 182
273
R T
Ragum 51 Takal 84 – 88, 95 – 98, 102, 103, 106, 107, 111,
Responden 199, 200 112
Rim 54, 68 Teknologi 68, 69, 78, 138, 139, 143, 145, 168,
Roda 23, 29 – 31, 54, 68, 84, 85, 94, 114, 210 179, 186, 194, 197, 221
Robot 184, 185, 186, 189 – 199, 202, 203 Teknologi hijau 194
Robotik 184 – 193, 195 – 197, 199, 202, 203 Tembaga 54 – 57, 68, 69, 74, 86

S U
Sesentuh 105, 106 Ukur 23, 167, 179, 184, 195, 212, 216
Solenoid 72, 80, 83, 137, 190, 203 Uji 5, 11, 12, 15, 179
Silinder 8, 23, 24, 48 – 50, 191, 192, 196, 202, 203
Stator 121 W
Suis 17, 21, 28 – 32, 46, 48 – 50, 59, 116, 118,
Wayar 21, 95, 116, 118, 125, 127, 142
119, 128, 131, 135, 136, 141, 190, 194, 195, 203

274
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan
bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya
kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Terima

Nombor Perolehan:

Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL


RM 29.90
ISBN 978-983-77-2085-5

You might also like