You are on page 1of 300

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

RM 10.95
ISBN 978-983-77-0393-3

D SEKOLAH M
DAR EN
AN E
ST
M

NG
U

AH
UL
KURIK
FT073001

IA
YS
LA
EM
K EN MA
N
TER KA
I A N P E N DIDI
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan


seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara


akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap


tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan


sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,


berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Penulis
Tho Lai Hoong
Che Ahamad bin Daud
Editor
Yusri bin Ramly
Tengku Mohd Fozi bin Tengku Mohd Noor
Md Zaidi bin Mahamad

Pereka Bentuk
Engku Ismail bin Engku Ibrahim
Mohd Nabil bin Nakim
Ilustrator
Yusmafazali bin Mohd Yusop

SASBADI SDN. BHD. (139288-X)


(Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad (1022660-T) )

2018
No. Siri Buku : 0067 PENGHARGAAN
KPM 2018 ISBN 978–983-77-0393-3 Pihak penerbit dan para penulis ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
Cetakan pertama 2018 kepada pihak yang berikut atas bantuan yang telah
© Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan dalam menerbitkan buku ini.
r "IMJKBXBUBOLVBTBLBXBMBOLVBMJUJ #BIBHJBO#VLV
Semua hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia.
dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan r )PTQJUBM4IBI"MBN 4FMBOHPS
semula, disimpan dalam cara yang boleh r 4FLPMBI.FOFOHBI,FCBOHTBBO4FLTZFO 
digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam Kota Damansara.
sebarang bentuk atau cara, baik dengan r %BUP%S4IFJLI.VT[BQIBS4IVLPS"M.BTSJF
elektronik, mekanik, penggambaran semula Sheikh Mustapha.
mahupun dengan cara perakaman tanpa r *OEJWJEV LVNQVMBOEBOBHFOTJZBOHCFSLBJUBO
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua atas sumbangan mereka daripada segi idea dan
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian bahan secara langsung atau tidak langsung.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Selain itu, pelbagai usaha telah diambil untuk
pada perkiraan royalti dan honorarium. mengenal pasti pemegang hak cipta bahan yang
terdapat dalam buku ini. Namun demikian, ada
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan kalanya kami gagal menghubungi mereka.
Malaysia oleh: Sehubungan dengan itu, kami memohon ribuan
Sasbadi Sdn. Bhd. (139288-X) maaf dan mengalu-alukan sumber informasi yang
(Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad berkaitan dengan mereka agar keizinan serta
(1022660-T)) penghargaan yang sewajarnya dapat diusahakan
Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, dalam penerbitan yang seterusnya.
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-6145 1188 Faks: +603-6145 1199
Laman web: www.sasbadisb.com Sebahagian laman sesawang yang dinyatakan
e-mel: enquiry@sasbadi.com dalam buku ini memuatkan bahan yang
dapat digunakan oleh umum. Informasinya
Reka Letak dan Atur Huruf : Minion Pro mungkin dikemaskinikan dari semasa ke
Muka Taip Teks: Regular semasa. Pihak penerbit dan para penulis
Saiz Muka Taip Teks : 11 poin tidak terlibat, tertakluk atau
bertanggungjawab terhadap kandungan
Dicetak oleh: dalam laman sesawang tersebut.
UG Press Sdn. Bhd. (686541-P)
40, Jalan Pengasah 15/13,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

ii
Kandungan
Pendahuluan v
Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Bab
Bab
Ba
Bab
Rangsangan dan Gerak Balas 2
1 1.1 Sistem Saraf Manusia 4
1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia 11
1.3 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Tumbuhan 30
1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan Lain 36
Praktis Sumatif 1 41
Bab
Bab
Ba
Bab
Respirasi
2 2.1 Sistem Respirasi
44
46
2.2 Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia 54
2.3 Kesihatan Sistem Respirasi Manusia 57
2.4 Adaptasi dalam Sistem Respirasi 64
2.5 Pertukaran Gas dalam Tumbuhan 67
Praktis Sumatif 2 74
Bab
Bab
Ba
Bab
Pengangkutan 78
3 3.1 Sistem Pengangkutan dalam Organisma 80
3.2 Sistem Peredaran Darah 83
3.3 Darah Manusia 96
3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan 102
3.5 Sistem Peredaran Darah dalam Haiwan dan Sistem Pengangkutan
dalam Tumbuhan 113
Praktis Sumatif 3 116

Tema 2: Penerokaan Unsur dalam Alam


Bab
Bab
Ba
Bab
Kereaktifan Logam
4 4.1 Kepelbagaian Mineral
122
124
4.2 Siri Kereaktifan Logam 129
4.3 Pengekstrakan Logam daripada Bijihnya 137
Praktis Sumatif 4 143
Bab
Bab
Ba
Bab
Termokimia 146
5 5.1 Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik 148
Praktis Sumatif 5 155

iii
Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup
p
Bab
Bab
Ba
Bab
BAB


6 Elektrik dan Kemagnetan 160
6.1 Penjanaan Tenaga Elektrik 162
6.2 Transformer 177
6.3 Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik 184
6.4 Pengiraan Kos Penggunaan Elektrik 195
Praktis Sumatif 6 204

Bab
BBAB
Ba
Bab
ab
BAB

7
 Tenaga dan Kuasa 208
7.1 Kerja, Tenaga dan Kuasa 210
7.2 Tenaga Keupayaan dan Tenaga Kinetik 216
7.3 Prinsip Keabadian Tenaga 222
Praktis Sumatif 7 228

Bab
BBAB
Ba
Bab
ab

8 Keradioaktifan 230
8.1 Sejarah Penemuan Keradioaktifan 232
8.2 Atom dan Nukleus 238
8.3 Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion 240
8.4 Kegunaan Sinaran Radioaktif 247
Praktis Sumatif 8 252

Tema 4: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas


Bab
BBAB
Ba
Bab
ab

9 Cuaca Angkasa Lepas 256
9.1 Aktiviti Matahari yang Memberi Kesan kepada Bumi 258
9.2 Cuaca Angkasa 263
Praktis Sumatif 9 266

Bab
BBAB
Ba
Bab
ab

10
Penerokaan Angkasa Lepas 268
10.1 Perkembangan dalam Astronomi 270
10.2 Perkembangan dan Teknologi dalam Penerokaan Angkasa Lepas 273
Praktis Sumatif 10 278

Jawapan 281
Glosari 284
Rujukan 287
Indeks 288

iv
Pendahuluan
Buku teks Sains KSSM Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tingkatan 3 yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Buku ini turut diolah sedemikian rupa untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan bagi melahirkan murid yang kompetitif,
dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains dan
keterampilan teknologi sepenuhnya. Dalam pada itu, murid didedahkan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran maklumat dan komunikasi,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta kemahiran hidup dan
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni untuk melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran abad ke-21. Selain itu, pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran STEM juga didedahkan melalui pendekatan inkuiri, penyelesaian
masalah serta pelaksanaan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang
sains dan teknologi.
Bagi mencapai objektif ini, buku ini dilengkapkan dengan ciri istimewa seperti
yang berikut:

Standard Pembelajaran Menghayati keajaiban


berdasarkan Dokumen dalam sains.
1.2.2 Standard Kurikulum
dan Pentaksiran untuk Aplikasi sains dalam
rujukan guru. kehidupan harian.

Maklumat dan Maklumat terkini


informasi tambahan M
Malaysiaku tentang pencapaian
yang berkaitan dengan Malaysia dalam bidang
sesuatu topik. sains dan teknologi.

Formula atau maklumat Maklumat tentang


penting yang perlu Hari ini dalam perkembangan saintifik
diingati oleh murid. sejarah dan peristiwa sains
dalam sejarah.
Cabaran Soalan yang mencabar
MINDA pemikiran murid. Maklumat daripada
laman sesawang.
Soalan dan maklumat
tentang kemajuan Pautan video yang
- Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik
Sains, Teknologi, dapat membantu
Kejuruteraan dan murid memahami
Matematik. sesuatu topik.
v
Kerjaya dalam bidang Menekankan perkara
STEM, iaitu Sains, yang boleh mendatangkan
Teknologi, Kejuruteraan bahaya dalam kehidupan
dan Matematik. harian dan semasa murid
menjalankan penyiasatan
saintifik.

P A K -21 Kemahiran Abad ke-21 Langkah Langkah yang perlu


• Kemahiran Berfikir Berjaga-jaga
diambil oleh murid untuk
dan Menyelesaikan mendapatkan keputusan
Masalah (KBMM). yang jitu dan untuk
• Kemahiran mengelak daripada
Interpersonal berlakunya sebarang
dan Arah Kendiri kemalangan semasa
(KIAK). murid menjalankan
• Kemahiran Maklumat penyiasatan saintifik.
dan Komunikasi
(KMK). Praktis Formatif 2.1 Soalan untuk menguji
• STEM. kefahaman murid pada
akhir setiap subtopik.

Murid dimaklumkan tentang laman sesawang yang boleh dilayari untuk mendalami
sesuatu topik yang berkenaan. Selain melalui alamat sesawang (URL), murid juga
boleh melayari laman sesawang berkenaan melalui QR Code yang dipamerkan.
Murid hanya perlu melakukan langkah yang berikut:

Langkah 1
Pilih dan muat turun aplikasi pembaca QR code yang
bersesuaian dengan peranti mudah alih pintar murid
sama ada daripada App Store atau Play Store
secara percuma.

Langkah 2
Aktifkan aplikasi pembaca QR code dan kemudian
imbas QR code dengan menggunakan kamera
peranti mudah alih pintar murid.

Langkah 3
Murid akan terus dibawa ke laman sesawang tersebut.

vi
Pelbagai jenis aktiviti dalam buku ini:

Aktiviti inkuiri Aktiviti penggunaan teknologi

1.4
Aktiviti perbincangan Aktiviti penghasilan inovasi

Aktiviti pelaksanaan projek

1.12.1
Eksperimen Penyiasatan saintifik melalui eksperimen terbimbing.

Komponen pada akhir bab:

1 Rumusan 2

Senarai semak secara ringkas


Ringkasan bab secara grafik standard pembelajaran untuk
untuk rujukan murid. rujukan murid.

3 4

Soalan subjektif yang menguji Soalan KBAT yang berfokus


kefahaman murid pada akhir pada kemahiran menilai
setiap bab. dan mencipta.

Soalan KBAT – mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta

vii
Komponen aplikasi mudah alih:
Buku teks ini disertakan dengan satu aplikasi mudah alih, iaitu BT Sains T3
2018. Aplikasi yang memuatkan bahan multimedia yang menarik ini dapat
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan multimedia seperti
AR (Augmented Reality), video, aktiviti interaktif dan animasi boleh diaktifkan
melalui langkah yang berikut:

Langkah 1
Imbas QR code di sebelah kanan dengan
menggunakan peranti mudah alih pintar
dan muat turun aplikasi BT Sains T3 2018.

Langkah 2

Perhatikan ikon di sebelah kanan yang dapat


dilihat pada halaman tertentu dalam buku ini.
Ikon ini menunjukkan bahawa halaman tersebut
mengandungi bahan multimedia. Jadual yang
berikut menunjukkan kandungan bahan
multimedia tersebut.
Bahan multimedia Halaman
AR (Augmented Reality) 4, 86, 260
Aktiviti interaktif 135
Animasi 138
Video 10, 34, 47, 60, 85, 89, 90, 109,
130, 132, 134, 171, 216, 260

Langkah 3
Aktifkan aplikasi BT Sains T3 2018 dan imbas keseluruhan
halaman yang berkenaan.

Langkah 4

Pengguna tidak perlu menutup dan mengaktif aplikasi semula


untuk mengimbas halaman yang seterusnya.

viii
TEMA

1
Penyenggaraan dan
Kesinambungan Hidup

Manusia, haiwan dan tumbuhan bergantung pada rangsangan


dan gerak balas untuk kemandirian. Berdasarkan gambar foto
yang ditunjukkan, nyatakan organ atau bahagian yang terlibat
dalam rangsangan dan gerak balas.

Mengapakah bersenam pada waktu


siang adalah lebih sihat berbanding
pada waktu malam?

1
Bab
Bab
ab Rangsangan dan
1
1 Gerak Balas

Apakah yang anda tahu tentang


sistem saraf manusia?
Bagaimanakah rangsangan
dihubungkaitkan dengan
gerak balas dalam manusia?
Bagaimanakah rangsangan
dihubungkaitkan dengan gerak
balas dalam tumbuhan?
Apakah kepentingan gerak
balas terhadap rangsangan
dalam haiwan?

Marilah kita mengkaji


Sistem saraf manusia
Rangsangan dan gerak balas dalam manusia
Rangsangan dan gerak balas dalam tumbuhan
Kepentingan gerak balas terhadap rangsangan
dalam haiwan lain

2
Galeri Sains

Pembesar
suara

Alat pengukur masa

Acara larian pecut dalam pertandingan sukan antarabangsa


seperti Sukan Olimpik menggunakan alat pembesar suara dan
alat pengukur masa seperti yang ditunjukkan dalam gambar
foto di atas. Alat pengukur masa ini mengukur sela masa
antara bunyi daripada pembesar suara dengan tindakan daya
tolakan pertama yang dikenakan oleh kaki pelari terhadap alat
ini. Sela masa inilah dikenali sebagai masa gerak balas.
Dalam acara larian pecut 100 m di Sukan Olimpik 2016,
masa gerak balas bagi pemenang pingat emas, Usain Bolt,
ialah 0.155 s. Sekiranya masa gerak balas seorang pelari yang
diukur adalah kurang daripada 0.1 s, pelari itu akan dibatalkan
kelayakan untuk bertanding. Mengapa?

Kata Kunci
Rangsangan Tindakan terkawal Hidrotropisme
Gerak balas Tindakan luar kawal Tigmotropisme
Saraf tunjang Fotoreseptor Gerak balas nastik
Saraf periferi Tunas rasa Penglihatan stereoskopik
Afektor Ilusi optik Penglihatan monokular
Efektor Geotropisme Pendengaran stereofonik

3
1.1 Sistem Saraf Manusia

Dalam permainan badminton... 2 0UBLQFNBJONFOUBGTJSJNQVMT


MBMVNFOHBOHHBSLFMBKVBO
1 (FSBLBOCVMV
CVMVUBOHLJTEBONFOFOUVLBO
BSBITFSUBDPSBLHFSBLBO
UBOHLJTCFSUJOEBL
CBEBOZBOHEJQFSMVLBO
TFCBHBJSBOHTBOHBO
ZBOHEJLFTBOPMFI
NBUB*NQVMT
EJDFUVTEBOEJIBOUBS 3 0UBLLFNVEJBOOZB
LFPUBL NFOHIBOUBSJNQVMTLF
PUPUUBOHBOEBOLBLJ
VOUVLCFSHFSBLCBMBT

Sistem saraf manusia merupakan sistem kawalan yang penting dalam koordinasi badan.
Selain penglihatan, pemikiran dan pergerakan badan, sistem saraf manusia juga mengawal dan
menyelaraskan fungsi organ dalam badan dan mengekalkan keseimbangan persekitaran dalam
melalui suatu proses. Apakah proses tersebut?

Struktur Sistem Saraf Manusia


Perhatikan Rajah 1.1. Sistem saraf manusia terdiri daripada:

Otak Saraf kranium


Sistem saraf
periferi
Sistem saraf Saraf spina
pusat

Saraf
tunjang Sistem saraf periferi
terdiri daripada:
t QBTBOHTBSBG
LSBOJVNZBOH
NFOHIVCVOHLBOPUBL
EFOHBOPSHBOEFSJB
EBOPSHBOEBMBNBO
t QBTBOHTBSBGTQJOB
ZBOHNFOHIVCVOHLBO
TBSBGUVOKBOHEFOHBO
PUPUSBOHLB

Rajah 1.1 Sistem saraf manusia


4 1.1.1
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Fungsi Sistem Saraf Manusia


Sistem saraf manusia mengawal dan
mengkoordinasi organ dan bahagian badan.
Sistem saraf manusia:
• mengesan rangsangan
• menghantar maklumat dalam bentuk impuls
• mentafsir impuls
• menghasilkan gerak balas yang sesuai
Gambar foto 1.1, 1.2 dan 1.3 menunjukkan
contoh aktiviti harian yang melibatkan
pengesanan rangsangan dan penghasilan gerak
balas terhadap rangsangan yang dikesan.
Nyatakan rangsangan dan gerak balas dalam
setiap contoh aktiviti harian tersebut.

Gambar foto 1.1 Mengutip sampah

Gambar foto 1.2 Bersin Gambar foto 1.3 Melayari Internet


1.1.1 5
Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal
Gerak balas badan manusia terhadap rangsangan boleh dibahagikan kepada tindakan terkawal
dan tindakan luar kawal. Perhatikan contoh gerak balas badan manusia yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.2.

RAFIQ

(a) Membaca buku (b) Menarik tangan daripada (c) Peristalsis di esofagus
objek panas

Rajah 1.2 Contoh gerak balas badan manusia

Berdasarkan Rajah 1.2, gerak balas yang manakah merupakan tindakan terkawal dan tindakan
luar kawal?

Tindakan Terkawal
Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari dan dilakukan mengikut kehendak seseorang.
Semua tindakan terkawal dikawal oleh otak. Contoh tindakan terkawal termasuklah membaca,
menulis, bercakap, makan, minum, berjalan, berlari dan bersenam. Urutan aliran impuls dalam
tindakan terkawal ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Afektor (reseptor)
Rangsangan di dalam telinga impu
ls s a
manusia r af

Bunyi deringan
telefon

r af
ls s a
impu
Efektor
Gerak balas (otot atau kelenjar)

Menyentuh skrin
telefon
Arah aliran impuls dari afektor (reseptor) ke efektor

Rajah 1.3 Urutan aliran impuls dalam tindakan terkawal

Mari kita kaji dengan lebih lanjut tentang tindakan terkawal dalam Aktiviti 1.1 di halaman 7.
6 1.1.2
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Aktiviti 1.1 Aktiviti inkuiri


Mengukur kepantasan masa gerak balas murid menangkap pembaris yang jatuh bebas
(tindakan terkawal)
Tujuan: Mengukur kepantasan masa gerak balas murid
Radas
Pembaris setengah meter
Arahan
1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Minta pasangan anda memegang hujung pembaris setengah meter seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

Langkah


Berjaga-jaga




 


• Pastikan tangan anda yang







menangkap pembaris berada






dalam keadaan tetap di



 


permukaan meja.




• Berhati-hati semasa





melepaskan pembaris daripada




tangan atau menangkapnya.

Meja

Rajah 1.4

3. Letakkan tangan anda di hujung pembaris pada tanda sifar tetapi tidak
menyentuhnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4.
4. Pasangan anda akan melepaskan pembaris itu secara tiba-tiba dan anda cuba
menangkap pembaris tersebut secepat yang mungkin.
5. Rekodkan jarak, x, yang dilalui oleh pembaris, iaitu skala pada pembaris semasa
anda menangkap pembaris tersebut. Jarak, x, itu merupakan ukuran masa tindak
balas anda.
6. Ulang aktiviti ini sebanyak empat kali. Kemudian, hitung purata jarak, x purata.
Soalan
1. Dalam aktiviti ini, nyatakan rangsangan dan gerak balasnya. Adakah gerak balas ini
merupakan tindakan terkawal atau luar kawal? Terangkan.
2. Mengapakah jarak yang dilalui oleh pembaris tersebut boleh dianggap sebagai
masa tindak balas?
3. Terangkan perbezaan masa tindak balas antara murid di dalam kelas.
4. Apakah kepentingan masa tindak balas dalam kehidupan harian?

Kesimpulan
Buat kesimpulan yang sesuai tentang masa tindak balas murid di dalam kelas.

1.1.2 7
Tindakan Luar Kawal
Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku secara
serta-merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.
Tindakan luar kawal terbahagi kepada dua kumpulan.
Tindakan luar kawal
Medula
Melibatkan medula Melibatkan saraf tunjang oblongata
oblongata (tindakan refleks)
• Denyutan jantung • Menarik tangan apabila
• Pernafasan tersentuh benda panas
• Peristalsis • Menarik kaki apabila terpijak benda tajam
• Rembesan air liur • Bersin apabila habuk masuk ke dalam hidung

Afektor (reseptor)

Objek Saraf tunjang


panas
Efektor

Arah aliran
impuls
Arah aliran impuls dari afektor
(reseptor) ke efektor

Rajah 1.5 Urutan aliran impuls dalam tindakan luar kawal (tindakan refleks)

Mari kita kaji dengan lebih lanjut tentang tindakan luar kawal dalam Aktiviti 1.3 di halaman 9.

Aktiviti 1.2
Membuat persembahan kreatif tentang:
P A K -21
• KMK
• bahagian yang terlibat semasa pergerakan impuls dari afektor
• Aktiviti
ke efektor
menghasilkan
• aliran impuls dalam tindakan terkawal dan tindakan luar kawal inovasi
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu membuat satu persembahan kreatif untuk membentangkan
perkara yang berikut:
• Bahagian yang terlibat semasa pergerakan impuls dari afektor ke efektor.
• Aliran impuls dalam tindakan terkawal dan tindakan luar kawal.

8 1.1.2
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Aktiviti 1.3 Aktiviti inkuiri


Mengesan perubahan saiz pupil pada mata terhadap keamatan cahaya (tindakan luar kawal)
Tujuan: Memerhatikan perubahan saiz pupil pada mata terhadap keamatan cahaya
yang berbeza
Radas
Cermin muka dan lampu
Arahan
1. Kenal pasti pupil pada mata seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.

Pupil
Rajah 1.6

2. Perhatikan pupil pada mata anda dengan menggunakan cermin muka dalam
keadaan cahaya terang.
Lakarkan saiz pupil pada mata yang diperhatikan.
3. Perhatikan pupil pada mata anda dengan menggunakan cermin muka dalam
keadaan cahaya malap.
Lakarkan saiz pupil pada mata yang diperhatikan.
4. Banding dan bezakan saiz pupil pada mata anda dalam keadaan cahaya terang
dan cahaya malap.
Soalan
1. Dalam aktiviti ini, nyatakan rangsangan dan gerak balasnya. Adakah gerak balas ini
merupakan tindakan terkawal atau tindakan luar kawal? Terangkan.
2. Apakah hubung kait antara saiz pupil pada mata dengan keamatan cahaya?
3. Apakah kepentingan gerak balas tersebut?
Kesimpulan
Buat kesimpulan yang sesuai tentang perubahan saiz pupil pada mata terhadap
keamatan cahaya.

Pupil pada mata manusia adalah berbentuk bulatan. Adakah pupil pada mata haiwan juga
berbentuk bulatan?

(a) Kambing: (b) Ikan pari: (c) Buaya:


B (d) Sotong:
Segi empat bujur Sabit Celahan tegak Berbentuk huruf W

1.1.2 9
Cabaran Kepentingan Rangkaian Sistem Saraf
MINDA Manusia dalam Kehidupan Harian
Selain sistem saraf, apakah
Rangkaian sistem saraf manusia berfungsi mengawal dan
sistem badan lain yang membantu
pergerakan badan dan organ mengkoordinasikan organ dan bahagian badan supaya dapat
dalaman manusia? menjalankan proses dalam badan seperti pernafasan dan
aktiviti harian seperti pergerakan badan.
Sistem saraf yang terjejas lazimnya menjadikan
seseorang itu lumpuh sementara, lumpuh separuh atau
lumpuh keseluruhan. Sebagai contoh, sekiranya saraf
- Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik dalam otot kaki atau tangan terjejas, seseorang itu akan
menghadapi masalah untuk menggerakkan kaki atau
Robot ‘manusia’
tangannya. Dalam kes masalah sistem saraf yang lebih
serius, seseorang itu mungkin terpaksa bergantung pada
mesin untuk melakukan proses fisiologi seperti pernafasan
atau denyutan jantung.
Manusia yang dikurniakan oleh Tuhan dengan sistem
saraf haruslah menggunakan dan menjaganya dengan baik.

Gambar foto 1.4 Individu Gambar foto 1.5 Pesakit bernafas dengan
yang separuh lumpuh menggunakan mesin pernafasan

Praktis Formatif 1.1


1. Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia.
2. (a) Apakah tindakan terkawal? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
(b) Apakah tindakan luar kawal? Berikan satu contoh tindakan luar kawal.
3. Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak?
4. Apakah kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan?

10 1.1.3
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia

Manusia berdepan dengan persekitaran yang sentiasa


berubah. Perubahan persekitaran inilah dikenali
sebagai rangsangan. Contoh rangsangan
termasuklah cahaya, bunyi dan bahan kimia.
Manusia menggunakan organ deria untuk
mengesan rangsangan.
Manusia mempunyai lima organ deria,
iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan
lidah seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar foto 1.6. Organ yang manakah
paling besar?
Mata (deria penglihatan)

Telinga (deria pendengaran)

Hidung (deria bau)

Lidah (deria rasa)

Kulit (deria sentuhan)

Gambar foto 1.6 Organ deria manusia

Mata
Perhatikan Rajah 1.7. Bolehkah anda kenal pasti bahagian mata? Mari kita kaji bahagian mata
dengan lebih lanjut dengan merujuk Rajah 1.8 di halaman 12.

Sklera

Iris

Pupil

Rajah 1.7 Pandangan hadapan mata

1.2.1 11
Otot silia Kanta mata Sklera Koroid

12
Otot yang mengubah Kanta cembung Lapisan teguh yang Lapisan hitam yang mencegah
ketebalan kanta mata lut sinar dan mengekalkan bentuk pantulan cahaya dalam mata
melalui pengecutan kenyal yang dan melindungi mata. dan membekalkan oksigen dan
Ligamen dan pengenduran. memfokuskan nutrien kepada mata.
penggantung cahaya ke retina.

Gentian kuat
yang memegang Retina
kanta mata pada Lapisan yang mengandungi
kedudukannya. fotoreseptor yang mengesan
cahaya dan menghasilkan
impuls saraf.
Kornea
Lapisan lut sinar yang
membiaskan dan Bintik kuning
memfokuskan cahaya
Bahagian pada retina
ke retina.
yang paling peka terhadap
cahaya kerana terdapat
Iris banyak fotoreseptor.
Bahagian berwarna
mata yang mengawal Saraf optik
saiz pupil.
Gentian saraf yang
membawa impuls saraf
Pupil dari retina ke otak
Bukaan di tengah untuk ditafsirkan.
iris yang mengawal
kuantiti cahaya Gelemair Gelemaca
Bintik buta
yang masuk ke Bendalir lut sinar yang Bahan jeli lut sinar
dalam mata. Konjunktiva Bahagian pada retina yang tidak peka
mengekalkan bentuk yang mengekalkan
bola mata dan Membran lut sinar yang bentuk bola mata terhadap cahaya kerana tiada
memfokuskan cahaya melindungi bahagian dan memfokuskan fotoreseptor dan merupakan tempat
ke dalam mata. hadapan sklera. cahaya ke retina. keluar bagi semua gentian saraf optik.

1.2.1
Rajah 1.8 Bahagian mata manusia dan fungsi
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Apakah Warna Objek yang Dilihat?


Retina mengandungi dua jenis fotoreseptor, iaitu sel rod dan sel kon seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.9.
Sel rod peka kepada keamatan cahaya yang berbeza termasuklah cahaya yang samar tetapi
tidak peka kepada warna cahaya.
Sel kon peka kepada warna cahaya dalam keadaan yang cerah. Terdapat tiga jenis sel kon,
iaitu sel kon yang peka kepada cahaya merah, hijau dan biru.

Sel rod

Cahaya
Sel kon

Sklera Gelemaca
Retina
Koroid

Rajah 1.9 Fotoreseptor – sel rod dan sel kon

Telinga
Apakah bahagian telinga dan fungsinya? Perhatikan Rajah 1.10 dan Jadual 1.1 di halaman 14.
Telinga luar Telinga tengah Telinga dalam

Osikel Salur separuh bulat

Saraf auditori

Koklea

Cuping telinga Salur telinga Gegendang Jendela Tiub Eustachio


telinga bujur

Rajah 1.10 Bahagian telinga manusia


1.2.1 13
Jadual 1.1 Fungsi bahagian telinga manusia
Bahagian
Struktur telinga Fungsi
telinga
Cuping telinga Mengumpul dan menghantar gelombang bunyi ke dalam
Telinga luar salur telinga
Salur telinga Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga
Gegendang telinga Bergetar mengikut frekuensi gelombang bunyi yang terkena
(membran yang nipis) padanya dan memindahkan getaran ke osikel
Osikel Menguatkan getaran bunyi lalu memindahkannya ke
(terdiri daripada tiga jendela bujur
Telinga tulang kecil)
tengah
Jendela bujur Mengumpul dan menghantar getaran bunyi dari osikel ke
koklea
Tiub Eustachio Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua belah
gegendang telinga
Koklea Mengesan dan menukar getaran bunyi kepada impuls
(mengandungi bendalir) saraf
Telinga Salur separuh bulat Mengesan kedudukan kepala dan membantu mengawal
dalam (mengandungi bendalir) keseimbangan badan
Saraf auditori Menghantar impuls saraf dari koklea ke otak untuk
ditafsirkan

Hidung
Apakah bahagian hidung? Perhatikan Rajah 1.11.

Saraf
Saraf ke
otak
Rongga
hidung

k
asu
am
U dar
Sel deria
bau (reseptor
bau)
Hidung

Sel deria bau Mukus Lidah


Lubang
hidung

Rajah 1.11 Bahagian hidung manusia


14 1.2.1
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Struktur Hidung
Hidung ialah organ deria bau. Bau merupakan bahan Cabaran
kimia yang wujud dalam udara. Lebih kurang 10 juta sel MINDA
deria bau terletak di bahagian atas rongga hidung seperti Mengapakah seseorang yang
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11. menghidap selesema lazimnya
tidak dapat mengesan bau?
Fungsi Sel Deria Bau
Sel deria bau amat halus dan diselaputi dengan lapisan mukus. Bahan kimia dalam udara akan
melarut dalam lapisan mukus ini dan merangsang sel deria bau untuk menghasilkan impuls
saraf. Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsirkan dan seterusnya ditentukan
jenis bau.

Lidah
Apakah bahagian lidah? Perhatikan Rajah 1.12.

Liang

Sel penyokong

Reseptor rasa

Saraf ke
otak
Papila pada lidah Tunas rasa pada papila
Lidah

Rajah 1.12 Bahagian lidah manusia

Struktur Lidah
Lidah ialah organ deria rasa. Perhatikan permukaan lidah
Umami dikelaskan sebagai rasa
anda di cermin. Terdapat bintil kecil yang dikenali sebagai asas kerana terdapat reseptor
papila pada permukaan lidah. Permukaan papila pula rasa yang dapat mengesan rasa
dilapisi oleh beratus-ratus tunas rasa. Setiap tunas rasa pula umami sahaja. Hal ini sama bagi
mengandungi 10 hingga 50 reseptor rasa. Reseptor rasa ini rasa asas yang lain seperti manis,
dapat mengesan lima jenis rasa asas, iaitu manis, masin, masin, masam dan pahit. Rasa
umami dikaitkan dengan rasa
masam, pahit dan umami.
lazat seperti rasa daging dalam
sup atau rasa bahan penapaian
Fungsi Tunas Rasa
seperti keju dan cendawan
Semasa makanan dikunyah, sebahagian atau semua bahan atau mononatrium glutamat
kimia dalam makanan lazimnya melarut dalam air liur. (monosodium glutamate, MSG).
Bahan kimia terlarut ini akan meresap ke dalam tunas rasa
melalui liang dan merangsang reseptor rasa di dalamnya untuk menghasilkan impuls saraf.
Impuls saraf ini kemudiannya dihantar ke otak dan ditafsirkan sebagai rasa manis, masin,
masam, pahit, umami atau kombinasi rasa asas ini.
1.2.1 15
Kulit
Apakah bahagian kulit dan fungsi lima jenis reseptor yang terdapat pada kulit? Perhatikan
Rajah 1.13.

Reseptor sakit Reseptor sejuk


Mengesan rangsangan Mengesan rangsangan
yang menyebabkan sejuk Kelenjar
kulit berasa sakit Rambut minyak

Epidermis

Reseptor haba
Mengesan rangsangan
panas
Dermis

Reseptor sentuhan
Mengesan rangsangan
sentuhan pada kulit
Lapisan lemak

Saraf Reseptor tekanan


Mengesan rangsangan
tekanan yang dikenakan
pada kulit

Rajah 1.13 Bahagian kulit manusia

Kulit ialah organ deria yang paling besar dalam badan Cabaran
manusia. Kulit manusia terdiri daripada lapisan nipis di MINDA
bahagian luar yang dikenali sebagai epidermis dan lapisan
Bagaimanakah kulit berfungsi
dalam yang dikenali sebagai dermis. sebagai deria ‘penglihatan’ bagi
Kulit mempunyai lima jenis reseptor yang mengesan orang buta?
rangsangan yang berbeza pada kedudukan yang berbeza
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.13. Nyatakan lima jenis rangsangan yang dapat dikesan
oleh reseptor dalam kulit.
Apabila reseptor pada kulit dirangsangkan, impuls saraf dihasilkan lalu dihantar melalui
sistem saraf ke otak untuk ditafsirkan dan menghasilkan gerak balas yang sesuai.

16 1.2.1
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Mekanisme Pendengaran
Bagaimanakah kita mendengar? Perhatikan Rajah 1.14.

Osikel

Otak

Saraf auditori

Koklea

Salur telinga Gegendang Arah aliran bunyi


Cuping
ping telinga Jendela
telinga bujur

bunyi bunyi getaran


Sumber Cuping Salur Gegendang Tulang
bunyi telinga telinga telinga osikel

Cuping telinga
telin Salur telinga menyalurkan
rkan Getaran ini
menerima dan gelombang bunyi ke diperkuatkan oleh

getaran
mengumpulkan gegendang telinga dan tulang osikel dan
gelombang bunyi. menyebabkan gegendang dihantar ke koklea
telinga bergetar. melalui jendela
bujur
ujur.

impuls impuls
saraf saraf getaran
Bunyi Saraf Jendela
Otak Koklea
ditafsirkan auditori bujur

Impulss sara ihanta melalui saraf


saraf kemudian dihantar af Sel saraf dalam
am ko
koklea menukarkan
auditori ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi. getaran bunyi kepada impuls saraf.

Rajah 1.14 Mekanisme pendengaran manusia

Aktiviti 1.4
Mengkaji mekanisme pendengaran dengan menggunakan model
P A K -21
• KBMM, KMK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. menghasilkan
2. Setiap kumpulan perlu membentangkan mekanisme pendengaran inovasi
dengan menggunakan model yang disediakan oleh guru.
3. Bina satu carta alir yang menunjukkan laluan mekanisme pendengaran.

1.2.2 17
Mekanisme Penglihatan
Bagaimanakah kita melihat? Perhatikan Rajah 1.15.

Otot silia
Gelemaca
Sinar cahaya Retina
daripada objek Kornea

Otak
Gelemair

Kanta mata

Saraf optik

Sinar cahaya dari objek memasuki


mata melalui kornea, diikuti oleh Sinar cahaya akan Otak akan mentafsirkan
gelemair, kanta mata dan gelemaca merangsang fotoreseptor impuls saraf tersebut. Imej
sebelum sampai ke retina. Semua untuk menghasilkan yang kecil dan dalam
bahagian mata ini akan memfokuskan impuls saraf dan dihantar keadaan terbalik pada
sinar cahaya dari objek ke retina. ke otak. retina akan kelihatan tegak.

Rajah 1.15 Mekanisme penglihatan manusia

Aktiviti 1.5
Mengkaji mekanisme penglihatan dengan menggunakan model
P A K -21
• KBMM, KMK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. menghasilkan
2. Setiap kumpulan perlu membentangkan mekanisme penglihatan inovasi
dengan menggunakan model yang disediakan oleh guru.
3. Bina carta alir yang menunjukkan laluan mekanisme penglihatan.

Gambar
b ffoto 1.7 Contoh
h model
d l mata manusia

18 1.2.2
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Kepekaan Kulit pada Bahagian Badan yang Berlainan


terhadap Rangsangan
Gambar foto 1.8 menunjukkan beberapa contoh aktiviti harian manusia yang menggunakan
kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan yang berbeza.

Gambar foto 1.8 Kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan

Apakah sebabnya aktiviti harian dalam Gambar foto 1.8 dijalankan pada bahagian kulit
yang berbeza? Mari kita kaji hal ini dalam Aktiviti 1.6.

Aktiviti 1.6 Aktiviti inkuiri


Mengkaji kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan sentuhan
Bahan
Pita selofan
Radas
Pembaris (30 cm), pencungkil gigi dan sapu tangan (atau kain penutup mata)
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.16.

Pencungkil gigi 2
Pembaris

           
Pita selofan
Pencungkil gigi 3
Pencungkil gigi 1

Rajah 1.16

Dengan menggunakan pita selofan, lekatkan:


• pencungkil gigi yang pertama pada tanda 0 pada pembaris.
• pencungkil gigi yang kedua pada bahagian bertentangan dengan pencungkil gigi
yang pertama pada pembaris.
• pencungkil gigi yang ketiga pada skala 0.5 cm pada pembaris.

1.2.3 19
3. Tutup mata pasangan anda dengan sapu tangan.
4. Cucuk belakang tapak tangan pasangan anda
dengan satu atau dua pencungkil gigi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.17. • Pegang hujung pencungkil gigi
yang tajam dengan cermat.
• Jangan tekan hujung
pencungkil gigi yang tajam
terlalu kuat pada kulit.
• Buang semua pencungkil
gigi yang telah digunakan
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
ke dalam tong sampah.

Rajah 1.17

Minta pasangan anda menyatakan sama ada dia merasa satu atau dua batang
pencungkil gigi.
5. Tandakan ‘’ jika jawapannya betul dan ‘×’ jika jawapannya salah dalam jadual di bawah.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga anda telah mencucuk belakang tapak tangan
pasangan anda dengan satu dan dua pencungkil gigi sebanyak tiga kali.
7. Ulang langkah 4 hingga 6 pada bahagian badan yang lain seperti di hujung jari
telunjuk, siku dan lengan.

Rangsangan sentuhan dengan menggunakan


Bahagian
satu pencungkil gigi dua pencungkil gigi
badan
Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3
Belakang
tapak tangan
Hujung jari
telunjuk
Siku
Lengan

Soalan
1. Kulit pada bahagian badan yang manakah paling peka terhadap rangsangan sentuhan?
Jelaskan pemerhatian anda.
2. Kulit pada bahagian badan yang manakah paling kurang peka terhadap rangsangan
sentuhan? Jelaskan pemerhatian anda.
3. Jenis reseptor yang manakah dirangsangkan dalam aktiviti ini?
4. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit pada bahagian badan yang
berlainan terhadap rangsangan sentuhan.

Kepekaan kulit terhadap rangsangan bergantung pada bilangan reseptor dan ketebalan
epidermis kulit. Contohnya, hujung jari sangat peka terhadap sentuhan kerana di hujung jari
terdapat bilangan reseptor sentuhan yang banyak dan epidermis yang nipis. Lidah, hidung dan
bibir juga sangat peka terhadap sentuhan. Siku, tapak kaki dan belakang badan pula kurang
peka terhadap sentuhan. Mengapa?
20 1.2.3
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Kepekaan Lidah terhadap Rangsangan Rasa yang Berbeza


Lidah boleh mengesan lima jenis rasa, iaitu manis, masam, masin, pahit dan umami. Setiap
rasa dikesan oleh reseptor yang berbeza. Mari kita kaji kawasan lidah yang mengesan rasa yang
berbeza dalam Aktiviti 1.7.

Aktiviti 1.7 Aktiviti inkuiri


Menunjukkan kepekaan lidah terhadap rangsangan
rasa dengan bilangan reseptor
Bahan
Larutan gula (manis), larutan garam (masin), jus Jangan merasa sebarang bahan
limau (masam), air kopi pekat tanpa gula (pahit), sup kimia di dalam makmal tanpa
cendawan segera (umami) dan air suling kebenaran guru anda.
Radas
Penyedut minuman, sapu tangan (atau kain penutup mata)
dan enam biji cawan
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. Guru akan
membekalkan setiap pasangan murid dengan lima
larutan yang berlainan rasa, iaitu manis, masin, masam,
pahit dan umami di dalam cawan yang berbeza.
2. Tutup mata pasangan anda dengan sapu tangan.
3. Minta pasangan anda berkumur dengan air suling.
4. Dengan menggunakan penyedut minuman, titiskan satu Gambar foto 1.9
titik larutan gula di kawasan A pada lidah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.18.
5. Minta pasangan anda mengenal pasti rasa larutan itu E
tanpa menarik masuk lidahnya ke dalam mulut. C C
6. Tandakan ‘’ jika pasangan anda dapat mengenal pasti D
rasa larutan dengan betul dan ‘×’ jika salah atau gagal B B
mengenal pasti rasa larutan dalam jadual seperti di bawah. A
7. Ulang langkah 3 hingga 6 di kawasan B, C, D dan E.
8. Ulang langkah 3 hingga 7 dengan menggunakan empat
larutan lain yang dibekalkan. Rajah 1.18

Jenis rasa
Kawasan pada lidah
Manis Masin Masam Pahit Umami
A
B

Soalan
1. Mengapakah pasangan anda perlu berkumur setiap kali hendak menguji rasa larutan
yang lain?
2. Kawasan lidah yang manakah dapat mengenal pasti semua rasa larutan?
3. Kawasan lidah yang manakah paling peka terhadap rasa? Jelaskan pemerhatian anda.
4. Kawasan lidah yang manakah paling kurang peka terhadap rasa? Jelaskan
pemerhatian anda.
5. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

1.2.3 21
Kawasan Berbeza pada Lidah Lebih
Peka terhadap Rasa Tertentu PETUNJUK:

Semua kawasan pada lidah adalah peka terhadap Pahit


kelima-lima rasa. Akan tetapi, kawasan yang
berbeza pada lidah mempunyai kepekaan yang Masam
berlainan terhadap rasa tertentu. Contohnya,
Manis
kawasan hadapan lidah lebih peka kepada rasa
manis, manakala bahagian tepi lidah lebih peka
Masin
kepada rasa masam dan masin. Kawasan di
bahagian belakang lidah lebih peka kepada rasa
Umami
pahit. Kawasan di bahagian tengah lidah pula lebih
peka kepada rasa umami. Perhatikan Rajah 1.19.
Rajah 1.19 Kawasan berbeza pada lidah
lebih peka terhadap rasa tertentu
Cabaran
MINDA
Dewasa ini terdapat berus gigi yang
dilengkapkan dengan pembersih lidah.
Adakah penggunaan pembersih lidah ini
akan mengurangkan kepekaan lidah?

Kombinasi antara Deria Rasa dengan


Deria Bau
Perhatikan Gambar foto 1.10. Dapatkah budak itu
menikmati kelazatan ayam goreng tersebut? Adakah
deria bau memainkan peranan semasa seseorang merasa Gambar foto 1.10 Makanan
makanan? Mari kita kaji hal ini dalam Aktiviti 1.8. diambil tanpa menghidu

Aktiviti 1.8 Aktiviti inkuiri


Mengkaji hubung kait antara deria rasa dengan deria bau
Bahan
Minuman kordial pelbagai perisa (perisa anggur, oren, mangga, strawberi) dan air suling
Radas
Sapu tangan (atau kain penutup mata) dan cawan
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. Guru akan membekalkan setiap pasangan
murid dengan kordial yang berlainan perisa, iaitu perisa anggur, oren, mangga dan
strawberi di dalam cawan yang berbeza.
2. Tutup mata pasangan anda dengan sapu tangan dan minta dia memicit hidungnya
seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1.11.
3. Berikan cawan yang berisi air suling kepada pasangan anda dan minta dia berkumur
dengan air suling.

22 1.2.3
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

4. Berikan cawan yang berisi minuman kordial


perisa anggur kepada pasangan anda dan minta
dia mengenal pasti dan menyatakan perisa
minuman kordial di dalam cawan yang diberi.
5. Tandakan ‘’ jika pasangan anda dapat
menjawab dengan betul dan ‘×’ jika ragu-ragu
atau gagal menjawab dalam jadual seperti di
bawah ini.
6. Ulang langkah 3 hingga 5 dengan minuman
kordial berperisa lain.
7. Ulang langkah 2 hingga 6 dengan tanpa
memicit hidung.
Gambar foto 1.11
Keadaan Perisa minuman kordial
hidung Anggur Oren Mangga Strawberi
Dipicit
Pastikan pasangan anda tidak
Tanpa alergi kepada semua perisa
dipicit minuman kordial yang dikaji.

Soalan
1. Dalam keadaan yang manakah pasangan anda lebih mudah mengenal pasti perisa
minuman kordial, dengan hidung dipicit atau tidak dipicit?
2. Nyatakan satu inferens berdasarkan jawapan anda.
3. Mengapakah mata pasangan anda perlu ditutup dalam aktiviti ini?
4. Mengapakah makanan yang panas lazimnya berasa lebih enak?

Kajian Kes
1. Para pengadil dalam suatu pertandingan masakan
seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1.12
menggunakan beberapa jenis deria.
(a) Nyatakan jenis deria yang digunakan oleh para
pengadil itu untuk menjalankan tugasan atau
penilaian mereka.
(b) Apakah jenis deria yang dihubungkaitkan
dengan deria rasa? Gambar foto 1.12

2. Pernahkah anda melakukan aktiviti harian seperti


yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1.13?
(a) Apakah kombinasi deria yang diaplikasikan
dalam aktiviti ini?
(b) Apakah kepentingan kepekaan kombinasi organ
deria untuk melakukan aktiviti ini?

Gambar foto 1.13

1.2.3 23
Bagaimanakah Had Deria, Kecacatan Organ Deria dan Proses
Penuaan Mempengaruhi Pendengaran dan Penglihatan Manusia?
Audio visual yang mengaplikasikan kombinasi antara
deria pendengaran dengan deria penglihatan memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan harian. Mari kita Audio visual merujuk kepada
kaji bagaimana had deria, kecacatan organ deria dan proses penggunaan dua komponen, iaitu
penuaan mempengaruhi kepekaan pendengaran dan komponen suara (audio) dan
penglihatan manusia. komponen gambar (visual).

Had Deria Penglihatan


Had deria penglihatan ialah had keupayaan mata untuk melihat objek. Kita tidak dapat melihat
objek yang terlalu kecil seperti mikroorganisma mahupun objek yang terlalu jauh seperti
planet Musytari. Had deria penglihatan termasuklah ilusi optik dan titik buta.

Ilusi Optik

P R X

Y
Q S

(a) Garisan yang manakah (b) Tompok bulatan di tengah (c) Adakah sisi segi empat sama
lebih panjang? yang manakah lebih besar? itu lurus atau melengkung?

Rajah 1.20 Ilusi optik

Perhatikan Rajah 1.20 dan jawab


Ilusi optik Tanpa ilusi optik soalan yang diberikan. Semak jawapan
P R P R
anda dengan menggunakan pembaris
yang lurus. Adakah jawapan anda
betul atau salah? Mengapa?
Ilusi optik berlaku apabila objek
yang dilihat berbeza daripada keadaan
Q S Q S sebenar. Ilusi optik berlaku disebabkan
Dengan gangguan Tanpa gangguan oleh otak tidak dapat mentafsir dengan
di sekitar garis lurus di sekitar garis lurus tepat objek yang dilihat oleh mata
PQ dan RS PQ dan RS kerana gangguan di sekitar objek.
Perhatikan Rajah 1.21.
Rajah 1.21 Faktor yang menyebabkan ilusi optik

24 1.2.4
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Titik Buta (Bintik Buta)


Imbas kembali bintik buta yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8 di halaman 12. Mengapakah imej
yang jatuh pada bintik buta tidak dapat dilihat?
Kita lazimnya tidak sedar akan kehadiran bintik buta dalam mata kerana imej bagi objek
yang sama tidak mungkin jatuh pada kedua-dua bintik buta mata secara serentak. Jalankan
aktiviti ringkas yang berikut untuk mengkaji bintik buta.

Rajah 1.22 Mengkaji bintik buta

Arahan
1. Pegang buku ini dengan tangan kanan dan luruskan tangan anda.
2. Tutupkan mata kiri dan lihat kucing dalam Rajah 1.22 dengan mata kanan anda.
3. Gerakkan buku ini secara perlahan-lahan ke arah mata anda. Adakah burung itu hilang
daripada penglihatan anda pada suatu kedudukan yang tertentu? Mengapa?

Gambar foto 1.14 menunjukkan contoh pelbagai alat yang digunakan untuk mengatasi had
deria penglihatan. Namakan alat tersebut. Cari maklumat tentang penggunaan alat ini yang
boleh diperoleh daripada Internet, majalah, buku, surat khabar
dan sumber lain. Bincangkan maklumat yang telah
dikumpulkan. Bentangkan hasil perbincangan dengan
rakan lain di dalam kelas melalui persembahan
multimedia secara kolaboratif.

Binokular
Mikroskop cahaya

Mikroskop imbasan elektron Mesin ultrabunyi Mesin sinar-X

Gambar foto 1.14 Contoh alat untuk mengatasi had deria penglihatan
1.2.4 25
Kecacatan Penglihatan dan Cara Membetulkannya
Kecacatan penglihatan termasuklah rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme. Bagaimanakah
kecacatan penglihatan ini dibetulkan? Lihat Jadual 1.2.
Jadual 1.2 Kecacatan penglihatan dan cara membetulkannya

Kecacatan penglihatan Cara membetulkannya

Rabun jauh
(a) Tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas. Rabun jauh dapat dibetulkan dengan
(b) Objek jauh kelihatan kabur kerana imej menggunakan kanta cekung.
difokuskan di hadapan retina.
(c) Hal ini mungkin disebabkan oleh kanta mata
terlalu tebal atau bebola mata terlalu panjang.
Kanta mata
terlalu tebal

Objek jauh Objek jauh

Imej terbentuk Kanta Imej terbentuk


di hadapan retina cekung pada retina
Bebola mata
terlalu panjang

Objek jauh Objek jauh

Rabun dekat
(a) Tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Rabun dekat dapat dibetulkan dengan
(b) Objek dekat kelihatan kabur kerana imej menggunakan kanta cembung.
difokuskan di belakang retina.
(c) Hal ini mungkin disebabkan oleh kanta mata
terlalu nipis atau bebola mata terlalu pendek.
Kanta mata
terlalu nipis

Objek dekat
Objek dekat

Imej terbentuk Imej terbentuk


Kanta
di belakang pada retina
cembung
Bebola mata retina
terlalu pendek

Objek dekat
Objek dekat

26 1.2.4
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Kecacatan penglihatan Cara membetulkannya

Astigmatisme Astigmatisme dapat dibetulkan dengan


(a) Melihat sebahagian objek lebih jelas daripada menggunakan kanta silinder.
bahagian yang lain.
(b) Hal ini disebabkan oleh permukaan lengkungan
kornea atau kanta yang tidak sekata.


 
 

 

  Kanta silinder
 

Rajah 1.23

Cuba uji mata anda dengan melihat Rajah 1.23.


Adakah anda dapat melihat semua garisan
dengan sama jelas? Jika tidak, anda menghidap
astigmatisme.

Had Deria Pendengaran Hari ini dalam


Had deria pendengaran ialah had keupayaan telinga untuk sejarah
mendengar bunyi. Kita hanya dapat mendengar bunyi yang
berfrekuensi antara julat 20 Hz hingga 20 000 Hz. Telinga
kita tidak dapat mengesan bunyi yang berfrekuensi di luar
daripada julat frekuensi ini. Julat frekuensi pendengaran
seorang individu adalah berbeza. Apabila usia seseorang
Stetoskop pertama yang dibuat
semakin meningkat, julat frekuensi pendengarannya menjadi
daripada kayu telah dicipta oleh
semakin kecil kerana gegendang telinganya menjadi semakin Rene Laennec di Hospital
kurang kenyal. Antara alat yang telah dicipta dan digunakan Necker-Enfants Malades, Paris
untuk mengatasi had pendengaran adalah seperti yang pada tahun 1816.
ditunjukkan dalam Gambar foto 1.15.

Pembesar suara
menguatkan bunyi
supaya dapat didengar
dari jauh.

Stetoskop membantu kita


mendengar denyutan jantung.

Gambar foto 1.15 Contoh alat yang digunakan untuk mengatasi had pendengaran
1.2.4 27
Kecacatan Pendengaran dan Cara Membetulkannya
Kecacatan pendengaran berlaku apabila deria pendengaran seseorang tidak berfungsi dengan
sempurna. Kecacatan pendengaran lazimnya disebabkan oleh kerosakan telinga akibat jangkitan
mikroorganisma, kecederaan, proses penuaan atau bunyi kuat yang berlarutan.
Kerosakan pada telinga luar dan telinga tengah lazimnya mudah dibetulkan. Misalnya,
pembersihan bendasing yang tersumbat di dalam salur telinga. Gegendang telinga yang
pecah dan kerosakan pada osikel pula boleh dibetulkan dengan menggunakan ubat ataupun
pembedahan. Kerosakan pada telinga dalam pula lebih sukar untuk dibetulkan. Koklea yang
rosak dapat dibetulkan dengan menggunakan implan koklea. Saraf auditori yang rosak masih
tidak dapat dibetulkan dengan menggunakan ubat ataupun pembedahan.
Gambar foto 1.16 menunjukkan bagaimana inovasi dan teknologi diaplikasikan untuk
mencipta alat bantuan pendengaran yang semakin canggih dan kecil.

Gambar foto 1.16 Kemajuan alat bantuan pendengaran

Mensyukuri Anugerah Pancaindera


Anugerah pancaindera ialah satu kurniaan Tuhan
yang patut disyukuri. Gaya hidup yang tidak sihat dan
kerjaya berisiko tinggi boleh menjejaskan kepekaan
organ deria kita.
Berdasarkan Gambar foto 1.17 dan 1.18,
• nyatakan organ deria yang kepekaannya akan terjejas
dalam setiap situasi
• huraikan bagaimana setiap situasi tersebut boleh
Gambar
b foto
f 1.17 Gaya hidup
hd
menjejaskan kepekaan organ deria
yang tidak sihat
• apakah alat atau langkah
berjaga-jaga yang
diambil untuk menjaga
keselamatan dan kesihatan
organ deria dalam setiap
situasi tersebut?

Gambar foto 1.18 Kerjaya berisiko tinggi


28 1.2.5
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Aktiviti 1.9
Arahan
P A K -21
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan dan kolaboratif. • KBMM, KIAK,
KMK
2. Setiap kumpulan akan ditugaskan oleh guru anda untuk membuat
• Aktiviti
persembahan multimedia seperti MS PowerPoint atau animasi penggunaan
tentang satu daripada topik yang berikut secara berasingan. teknologi
• Ilusi optik dan titik buta.
• Pelbagai jenis kecacatan audio visual seperti rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme
dan kecacatan pendengaran.
• Pembetulan kecacatan audio visual dengan menggunakan kanta cembung, kanta
cekung dan alat bantuan pendengaran.
• Contoh dan kesan gaya hidup yang tidak sihat atau kerjaya berisiko tinggi yang
boleh menjejaskan kepekaan organ deria.
• Mensyukuri anugerah pancaindera dan pentingnya mengamalkan penjagaan
keselamatan dan kesihatan organ deria.

Praktis Formatif 1.2


1. Lengkapkan mekanisme penglihatan yang berikut:
Cahaya (a) Gelemair

(b) Kanta mata Gelemaca

(c) Saraf optik (d)

2. Struktur telinga yang manakah tidak akan mempengaruhi mekanisme pendengaran


sekiranya rosak?
3. Di manakah kedudukan sel deria bau?
4. Nyatakan lima rasa yang boleh dikesan oleh lidah.
5. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap rangsangan.
6. (a) Nyatakan jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh lidah.
(b) Jelaskan bagaimana rangsangan di soalan 6(a) dapat dikesan oleh lidah.

29
Rangsangan dan Gerak Balas dalam
1.3 Tumbuhan
Selepas seminggu...
Adakah tumbuhan tumbuh Wahai pokok,
dengan lebih cepat sekiranya cepatlah membesar! Mengapakah rangsangan
kita bercakap dengannya? yang diberikan tak berkesan?

Seperti manusia dan haiwan, tumbuhan juga boleh


Gerak
ak balas
Gerak balas tumbuhan
tumbuhan
mengesan rangsangan dan bergerak balas terhadap
rangsangan yang dikesan. Rangsangan yang dikesan
oleh tumbuhan termasuklah cahaya, air, graviti dan
sentuhan. Gerak balas tumbuhan boleh dibahagikan Tropisme Gerak balas nastik
kepada dua jenis seperti dalam Rajah 1.24.
Rajah 1.244 Gerak balass tumbuhan
terhadap rangsangan
Tropisme
Tropisme merupakan gerak balas terarah tumbuhan terhadap rangsangan seperti cahaya,
air, graviti dan sentuhan yang datang dari suatu arah. Bahagian tertentu pada tumbuhan akan
tumbuh ke arah atau menjauhi rangsangan yang dikesan. Bahagian tumbuhan yang tumbuh
ke arah rangsangan dikenali sebagai tropisme positif manakala bahagian tumbuhan yang
tumbuh menjauhi rangsangan dikenali sebagai tropisme negatif. Gerak balas terarah tumbuhan
lazimnya berlaku dengan perlahan dan kurang ketara. Mari kita jalankan Eksperimen 1.1 untuk
menentukan arah gerak balas tumbuhan terhadap cahaya, air, graviti dan sentuhan.

Eksperimen 1.1

A Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya atau fototropisme


Tujuan: Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya
Pernyataan masalah: Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap cahaya?
Hipotesis: Pucuk tumbuhan tumbuh ke arah cahaya.
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Arah cahaya terhadap pucuk anak benih
(b) bergerak balas : Arah pertumbuhan pucuk anak benih
(c) dimalarkan : Anak benih yang sama jenis dengan ketinggian yang sama

30 1.3.1 1.3.2 1.3.3


Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Bahan
Anak benih kacang hijau, tanah dan tiga buah kotak (sebuah kotak dengan bukaan di atas
dan dua buah lagi dengan bukaan di tepi)
Radas
Tiga bikar
Prosedur
Cahaya Anak benih
kacang hijau

Cahaya Cahaya

Bikar Bikar Bikar

Kotak A Kotak B Kotak C

Rajah 1.25

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.25.


2. Perhati dan lakarkan kedudukan pucuk anak benih di dalam kotak A, B dan C.
3. Simpan ketiga-tiga kotak di dalam makmal selama lima hari. Tanah dibiarkan lembap
dengan menyiram kuantiti air yang sama setiap hari.
4. Selepas lima hari, perhati dan lakarkan kedudukan pucuk anak benih di dalam kotak
A, B dan C.
Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan
1. Apakah rangsangan yang digunakan dalam eksperimen ini?
2. Nyatakan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.
3. Adakah bahagian tumbuhan di soalan 2 menunjukkan fototropisme positif atau
negatif? Jelaskan jawapan anda.

B Gerak balas tumbuhan terhadap graviti atau geotropisme


Tujuan: Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap graviti
Pernyataan masalah: Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap graviti?
Hipotesis: Akar tumbuhan tumbuh ke arah graviti manakala pucuk tumbuhan tumbuh ke
arah yang bertentangan dengan graviti.
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Kedudukan anak benih relatif kepada arah graviti
(b) bergerak balas : Arah pertumbuhan akar dan pucuk anak benih
(c) dimalarkan : Kehadiran air, ketidakhadiran cahaya, anak benih dengan akar
dan pucuk yang lurus
Bahan
Anak benih kacang hijau dengan akar dan pucuk yang lurus, kapas lembap dan plastisin

1.3.1 1.3.2 1.3.3 31


Radas
Piring Petri
Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti dalam
Rajah 1.26. Pastikan anak benih diaturkan Piring Petri
pada kedudukan yang berbeza di dalam Kapas lembap
m
piring Petri seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.26. Anak benih dengan
2. Perhati dan lakarkan keadaan pucuk dan akar dan pucuk
yang lurus
akar anak benih di dalam piring Petri.
3. Simpan susunan radas di dalam almari
gelap selama dua hari.
4. Selepas dua hari, perhati dan lakarkan Plastisin
kedudukan pucuk dan akar anak benih di
dalam piring Petri.
Rajah 1.26
Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan
1. Mengapakah susunan radas disimpan di dalam almari gelap?
2. Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan arah pertumbuhan:
(a) pucuk anak benih
(b) akar anak benih
3. Adakah tumbuhan menunjukkan geotropisme positif atau negatif?
Jelaskan jawapan anda.

C Gerak balas tumbuhan terhadap air atau hidrotropisme


Tujuan: Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap air
Pernyataan masalah: Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap air?
Hipotesis: Akar tumbuhan tumbuh ke arah air.
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Kehadiran sumber air
(b) bergerak balas : Arah pertumbuhan akar anak benih
(c) dimalarkan : Graviti, ketidakhadiran cahaya dan anak benih dengan akar
dan pucuk yang lurus
Bahan
Anak benih kacang hijau yang mempunyai akar dan pucuk yang lurus, kapas lembap dan
kalsium klorida kontang
Radas
Kasa dawai yang kasar dan dua bikar
Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.27.
2. Perhati dan lakarkan keadaan akar anak benih di dalam bikar X dan Y.
3. Simpan kedua-dua bikar X dan Y di dalam almari yang gelap.
4. Selepas dua hari, perhati dan lakarkan keadaan akar anak benih di dalam bikar X dan Y.

32 1.3.1 1.3.2 1.3.3


Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Kapas lembap
Anak benih berakar lurus

Kasa dawai

Air

Kalsium klorida
X kontang Y

Rajah 1.27

Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan
1. Apakah rangsangan yang digunakan dalam eksperimen ini?
2. Nyatakan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.
3. Apakah fungsi kalsium klorida kontang di dalam bikar Y?
4. Adakah bahagian tumbuhan di soalan 2 menunjukkan hidrotropisme positif atau
negatif? Jelaskan jawapan anda.

Tumbuhan perlu peka terhadap rangsangan seperti cahaya, graviti dan air supaya dapat
bergerak balas dengan sewajarnya dalam menjamin kelestarian dan kemandirian tumbuhan.
Mengapakah tumbuhan memerlukan cahaya dan air? Nyatakan satu rangsangan yang dapat
dikesan oleh tumbuhan tetapi tidak dikaji dalam Eksperimen 1.1.

Fototropisme Sumber
cahaya
Fototropisme ialah gerak balas tumbuhan Tumbuh ke arah cahaya
terhadap cahaya. Pucuk tumbuhan
menunjukkan fototropisme positif, iaitu
tumbuh ke arah cahaya (Gambar foto 1.19).
Oleh sebab tumbuhan memerlukan cahaya
untuk fotosintesis, maka fototropisme
positif memastikan pucuk dan daun
tumbuhan memperoleh cahaya matahari
yang mencukupi untuk membuat makanan Gambar foto 1.19 Pucuk dan daun
melalui fotosintesis. tumbuhan menunjukkan fototropisme positif

Hidrotropisme
Hidrotropisme ialah gerak balas
Air
tumbuhan terhadap air. Akar tumbuhan
Tanah
menunjukkan hidrotropisme positif, iaitu lembap
tumbuh ke arah sumber air (Rajah 1.28). Hidrotropisme
Hidrotropisme positif ini membolehkan positif
akar tumbuhan mendapatkan air untuk (Tumbuh
menjalankan fotosintesis dan garam ke arah air)
mineral terlarut untuk terus hidup. Rajah 1.28 Akar menunjukkan hidrotropisme positif
1.3.1 1.3.2 1.3.3 33
Geotropisme Geotropisme
positif
Geotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap (Tumbuh
graviti. Akar tumbuhan menunjukkan geotropisme mengikut
positif, iaitu tumbuh ke bawah mengikut arah arah graviti) Geotropisme
graviti. Geotropisme positif ini membolehkan akar negatif
tumbuhan tumbuh jauh ke dalam tanah untuk (Tumbuh
mencengkam lalu menstabilkan kedudukan tumbuhan menentang
arah graviti)
ini pada tanah. Pucuk tumbuhan pula menunjukkan
geotropisme negatif, iaitu tumbuh ke atas menentang
arah graviti. Geotropisme negatif ini membolehkan
Rajah 1.29 Akar menunjukkan
pucuk dan daun tumbuhan tumbuh tegak ke atas
geotropisme positif manakala pucuk
bagi mendapatkan cahaya matahari untuk proses menunjukkan geotropisme negatif
fotosintesis (Rajah 1.29).

Tigmotropisme
Tigmotropisme ialah gerak balas terhadap sentuhan. Sulur paut atau batang yang melilit
menunjukkan tigmotropisme positif apabila berpaut pada sebarang objek atau tumbuhan lain
yang bersentuhan dengannya (Gambar foto 1.20). Gerak balas ini membolehkan tumbuhan
tumbuh secara menegak untuk memperoleh cahaya matahari dan mencengkam objek untuk
memperoleh sokongan. Akar menunjukkan tigmotropisme negatif apabila mengelak sebarang
objek yang menghalangnya mencari sumber air.

(a) Pokok timun mempunyai sulur paut yang (b) Pokok seri pagi mempunyai batang yang
melilit objek yang bersentuhan dengannya. melilit objek yang bersentuhan dengannya.

Gambar foto 1.20 Sulur paut dan batang yang melilit objek menunjukkan tigmotropisme positif

Gerak Balas Nastik


Gerak balas nastik merupakan gerak balas terhadap
rangsangan seperti sentuhan tetapi tidak bergantung pada Gerak balas nastik
arah rangsangan tersebut. Apakah rangsangan lain yang pokok semalu
boleh menyebabkan gerak balas nastik? Mengapakah gerak
balas nastik bukan sejenis tropisme?
Gerak balas nastik berlaku lebih cepat daripada
tropisme. Contohnya, pokok semalu bergerak balas
terhadap sentuhan dengan menguncupkan daunnya apabila
disentuh seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1.21. Gerak balas nastik ini bertindak
sebagai pertahanan pokok semalu daripada musuh dan angin yang kuat.
34 1.3.1 1.3.2
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Gambar foto 1.21 Gerak balas nastik pada daun pokok semalu

Aktiviti 1.10
Menyelesaikan masalah tentang gerak balas tumbuhan dalam situasi
P A K -21
yang berbeza • KBMM
• Aktiviti inkuiri
Gerak balas tumbuhan terhadap graviti bumi
dan tempoh disinari oleh cahaya matahari dalam
sehari mempengaruhi pertumbuhan pucuk dan
akar tumbuhan yang menjamin kelestarian dan
kemandirian tumbuhan tersebut.
Di Stesen Angkasa Antarabangsa ISS
(International Space Station) pula, ahli sains mengkaji
pertumbuhan tumbuhan dalam keadaan:
(a) tidak ada graviti
(b) tempoh masa terdedah kepada cahaya matahari Gambar foto 1.22 Seorang ahli
sains yang sedang menjalankan
Arahan kajian di dalam ISS
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang hasil kajian ahli sains di Stesen Angkasa Antarabangsa,
ISS tentang corak pertumbuhan pucuk dan akar tumbuhan terhadap rangsangan
(graviti dan cahaya matahari).
3. Bentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan melalui persembahan multimedia.

Praktis Formatif 1.3


1. (a) Apakah tropisme?
(b) Nyatakan jenis tropisme terhadap rangsangan yang berikut:
(i) Sentuhan
(ii) Graviti
(iii) Cahaya
2. (a) Bahagian tumbuhan yang manakah menunjukkan:
(i) fototropisme positif?
(ii) geotropisme positif?
(iii) tigmotropisme positif?
(b) Apakah kepentingan hidrotropisme kepada tumbuhan?
3. Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara gerak balas tropisme dengan gerak
balas nastik.

1.3.1 1.3.2 1.3.3 35


Kepentingan Gerak Balas terhadap
1.4 Rangsangan dalam Haiwan Lain
Penglihatan Stereoskopik
dan Monokular
Apakah kepentingan
Perhatikan Rajah 1.30 untuk memahami kedudukan mata kepada
medan penglihatan stereoskopik dan manusia dan haiwan?
monokular. Jadual 1.3 pula menunjukkan
ciri dan kepentingan penglihatan LIM

stereoskopik dan monokular pada haiwan.

t .BOVTJBEBOIBJXBOTFQFSUJLVDJOHEBO t )BJXBOTFQFSUJUJLVT BZBNEBOBSOBCQVMB


CVSVOHIBOUVNFNQVOZBJTFQBTBOHNBUB NFNQVOZBJTFQBTBOHNBUBZBOHUFSMFUBL
ZBOHUFSMFUBLEJhadapan kepala. di sisi kepala.
t .BOVTJBEBOIBJXBOJOJNFNQVOZBJ t )BJXBOJOJNFNQVOZBJpenglihatan
penglihatan stereoskopik. monokular.

Pertindihan Pertindihan
besar kecil

Medan penglihatan monokular Medan penglihatan monokular


Medan penglihatan stereoskopik Medan penglihatan stereoskopik

(a) Penglihatan stereoskopik (b) Penglihatan monokular

Rajah 1.30 Penglihatan stereoskopik dan monokular


36 1.4.1
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Jadual 1.3 Perbezaan antara penglihatan stereoskopik dengan monokular


Penglihatan stereoskopik Penglihatan monokular

Kedua-dua mata terletak di hadapan kepala. Kedua-dua mata terletak di sisi kepala.

Keluasan medan penglihatan kecil. Keluasan medan penglihatan besar.

Medan penglihatan yang bertindih banyak. Medan Medan penglihatan yang tidak bertindih atau
penglihatan bertindih memberikan penglihatan bertindih sedikit sahaja.
dalam bentuk tiga dimensi.

Imej tiga dimensi yang terbentuk di dalam Imej dua dimensi yang terbentuk di dalam
medan penglihatan yang bertindih membolehkan medan penglihatan yang tidak bertindih
jarak, saiz dan kedalaman objek dianggar dengan menyebabkan jarak, saiz dan kedalaman objek
lebih tepat. tidak dapat dianggar dengan tepat.

Keupayaan menganggar jarak yang baik Medan penglihatan yang luas membolehkan
membantu haiwan memburu. haiwan mengesan musuh yang mungkin datang
dari mana-mana arah.

Manusia dan kebanyakan haiwan pemangsa Kebanyakan haiwan mangsa mempunyai


mempunyai penglihatan stereoskopik. penglihatan monokular.

Pendengaran Stereofonik
Apakah kepentingan manusia
Sumber bunyi
dan haiwan lain yang mempunyai
sepasang telinga? Pendengaran
stereofonik ialah pendengaran dengan
menggunakan kedua-dua belah
telinga. Pendengaran stereofonik
membolehkan kita menentukan arah
bunyi dengan tepat.
Perhatikan Rajah 1.31. Rajah 1.31 Pendengaran stereofonik
Kepentingan pendengaran
stereofonik bagi manusia adalah
untuk menentukan lokasi sumber
bunyi. Pendengaran stereofonik
membantu haiwan pemangsa untuk Berdasarkan rajah di atas,
menentukan lokasi mangsanya. telinga yang lebih dekat LIM

Sebaliknya, pendengaran stereofonik dengan sumber bunyi (telinga


juga membantu haiwan mangsa kanan) menerima bunyi lebih
awal dan lebih kuat daripada
untuk menentukan lokasi pemburu
telinga yang sebelah lagi.
dan melarikan diri daripadanya.

Cabaran
Perbezaan masa dan kekuatan bunyi yang
MINDA diterima oleh kedua-dua belah telinga dikesan
Bagaimanakah telinga berfungsi oleh otak yang seterusnya membolehkan kita
sebagai deria ‘penglihatan’ bagi menentukan arah sumber bunyi tersebut, iaitu
orang buta? dari sebelah kanan.

1.4.1 37
Frekuensi Pendengaran Haiwan
Haiwan yang berbeza dapat mendengar bunyi yang
mempunyai frekuensi yang berbeza seperti yang Frekuensi bunyi yang dapat
ditunjukkan dalam Rajah 1.32. dikesan oleh telinga manusia
terhad kepada julat 20 Hz hingga
20 000 Hz.

Singa laut
450 – 50 000 Hz

Tikus Dolfin
200 – 80 000 Hz 40 – 100 000 Hz

Julat frekuensi
pendengaran
haiwan

Kelawar Gajah
2 000 – 110 000 Hz 16 – 12 000 Hz

Anjing
67 – 45 000 Hz

Rajah 1.32 Julat frekuensi pendengaran bagi haiwan

Aktiviti 1.11
Arahan
P A K -21
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan dan kolaboratif. • KBMM, KIAK,
KMK
2. Setiap kumpulan akan ditugaskan oleh guru anda untuk membuat
• Aktiviti
persembahan multimedia seperti MS PowerPoint atau animasi
penggunaan
tentang satu daripada topik yang berikut secara berasingan. teknologi
(a) Penglihatan stereoskopik dan monokular pada haiwan
(b) Pendengaran stereofonik
(c) Pendengaran bunyi berfrekuensi yang berbeza bagi haiwan yang berbeza

38 1.4.1
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Organ Deria Menjamin Kesinambungan


Haiwan di Bumi
Haiwan seperti semut, ular,
Gerak balas terhadap rangsangan lazimnya menjamin katak dan burung dipercayai
kesinambungan haiwan di Bumi. Organ deria dan gerak dapat meramal gempa bumi.
balas beberapa haiwan ditunjukkan dalam Gambar foto 1.23. Ahli sains sedang mengkaji jenis
Jalankan Aktiviti 1.12 untuk mengkaji organ deria dan gerak rangsangan yang dikesan oleh
balas pada beberapa haiwan yang lain. haiwan tersebut sebelum gempa
bumi melanda.
Organ deria:
Gerak balas:
Garis lateral Garis
Pengeluaran lateral
feromon
Medan elektrik belut
http://links.andl17.com/BT_
Sains_39
Gerak balas:

Penghasilan
P
Peng
Peeng
gha
hasi
silila
lan medan
lan med
me dan el
dan
da elektrik
lek
ekt
ktr
trik
trik

Gambar foto 1.23 Organ deria dan gerak balas haiwan

Aktiviti 1.12
Menjelaskan bagaimana organ deria dan gerak balas pada haiwan lain
P A K -21
di Bumi • KMK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu mengumpulkan maklumat tentang bagaimana gerak balas pada
haiwan dalam Gambar foto 1.23 dapat menjamin kesinambungannya di Bumi.
3. Bincangkan maklumat yang dikumpulkan.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dengan
menggunakan persembahan multimedia.

Praktis Formatif 1.4


1. Berikan dua jenis penglihatan haiwan.
2. Nyatakan faktor yang menentukan jenis penglihatan haiwan.
3. Apakah jenis penglihatan pengguna primer? Berikan sebabnya.
4. Apakah kepentingan pendengaran stereofonik?
5. Dalam keadaan yang gelap, Azman dapat menentukan lokasi seekor kucing
yang sedang mengiau adalah di hadapannya. Terangkan bagaimana
Azman boleh menentukan arah lokasi kucing yang sedang mengiau itu.

1.4.2 39
Rumusan

40
Rangsangan dan gerak balas

dalam

Manusia Tumbuhan Haiwan lain

dikawal oleh seperti seperti

Sistem saraf manusia Organ deria Tropisme Gerak balas Penglihatan Penglihatan Pendengaran
nastik stereoskopik monokular stereofonik
terdiri daripada seperti termasuklah

– Sistem saraf Mata, telinga, Fototropisme, dalam dalam yang


pusat hidung, kulit, lidah geotropisme,
– Sistem saraf hidrotropisme, Haiwan Haiwan Menggunakan
periferi yang peka terhadap tigmotropisme pemangsa mangsa kedua-dua
rangsangan seperti belah telinga
terhadap rangsangan
melalui
seperti
untuk mendengar
Tindakan terkawal, Cahaya, bunyi, bau, Cahaya, graviti,
tindakan luar kawal sentuhan, rasa air, sentuhan Bunyi dengan
julat frekuensi
yang berbeza
melalui bagi haiwan
Kepekaan terhadap
rangsangan yang berbeza
Mekanisme
pendengaran
dan berkaitan dengan
mekanisme
penglihatan Bilangan Kombinasi
reseptor organ deria
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

1.1 Sistem Saraf Manusia


Memerihalkan dengan lakaran struktur dan fungsi sistem saraf manusia.
Membuat urutan aliran impuls dalam tindakan terkawal dan tindakan luar kawal.
Mewajarkan kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan.

1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia


Melakar struktur organ deria dan menerangkan fungsi serta kepekaannya terhadap
rangsangan.
Menerangkan mekanisme pendengaran dan penglihatan dengan lakaran.
Menghubungkaitkan organ deria manusia dengan kepekaan terhadap pelbagai kombinasi
rangsangan.
Menjelaskan melalui contoh bagaimana had deria, kecacatan organ deria dan proses
penuaan mempengaruhi pendengaran dan penglihatan manusia.
Mewajarkan bagaimana inovasi dan teknologi boleh meningkatkan keupayaan organ deria.

1.3 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Tumbuhan


Memerihalkan bahagian tumbuhan yang peka terhadap rangsangan.
Mewajarkan bagaimana tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan untuk mendapatkan
keadaan terbaik bagi tumbesaran.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap pelbagai rangsangan.

1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan Lain


Menjelaskan dengan contoh jenis penglihatan dan pendengaran haiwan.
Berkomunikasi tentang bagaimana organ deria dapat menjamin kesinambungan haiwan
di Bumi.

Praktis Sumatif 1
Jawab soalan yang berikut:
1. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan ( × ) bagi pernyataan yang salah tentang
sistem saraf manusia.

(a) Sistem saraf periferi terdiri daripada saraf yang menghubungkan antara
otak dengan saraf tunjang.

(b) Tanpa otak yang berfungsi, tindakan terkawal tidak dapat dilakukan.

(c) Bermain badminton ialah tindakan luar kawal.

(d) Impuls hanya dapat ditafsirkan dengan otak.

41
2. Rajah 1 menunjukkan struktur sistem saraf manusia, iaitu P, Q dan R.

P:

Q: R:

Rajah 1

Label P, Q dan R pada Rajah 1.

3. Rajah 2 menunjukkan gerak balas A dan B pada mata.

Gerak balas A Gerak balas B


Rajah 2

(a) Nyatakan gerak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 2.


(b) Nyatakan rangsangan yang menyebabkan gerak balas ini.
(c) Bagaimanakah rangsangan menghasilkan gerak balas ini?
(d) Gerak balas ini melindungi mata terutama pada retina dengan menghalang keamatan
cahaya yang berlebihan masuk ke dalam mata. Jelaskan mengapa semasa fenomena
gerhana matahari berlaku, kita perlu melihat kejadian tersebut pada permukaan air di
dalam sebesen air.

4. Dalam kelas sains, Azura telah mempelajari mekanisme pendengaran dan penglihatan.
(a) Bina satu carta alir yang dapat menunjukkan laluan bunyi dari suatu sumber bunyi
yang masuk ke dalam telinga.
(b) Bina satu carta alir yang dapat menunjukkan laluan cahaya dari suatu objek yang
masuk ke dalam mata.

42
Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas

5. Rajah 3 menunjukkan struktur kulit manusia.

Y:

X:

Rajah 3

(a) Label X dan Y pada Rajah 3.


(b) Jelaskan mengapa hujung jari dan bukan tapak tangan digunakan untuk mengesan
simbol Braille.
(c) Mazlan mengelaskan lidah sebagai kulit yang mempunyai reseptor rasa.
Adakah anda setuju dengan pengelasan lidah sebagai kulit? Jelaskan jawapan anda.

6. (a) Apakah kepentingan deria bau kepada kita apabila berada di dalam makmal sains?
Berikan satu contoh.
(b) Mengapakah anjing dalam unit polis dapat dilatih untuk mengesan kehadiran dadah
yang tersimpan di dalam beg?

7. (a) Nyatakan dua gerak balas tumbuhan yang membantu fotosintesis dalam tumbuhan.
(b) Bagaimanakah kedua-dua gerak balas tumbuhan di soalan 7(a) membantu fotosintesis?

8. (a) Nyatakan jenis penglihatan bagi seekor helang.


(b) Apakah kepentingan jenis penglihatan di soalan 8(a) kepada kemandirian helang?

Fokus KBAT
K B AT
9. Pak Dollah yang mempunyai masalah rabun dekat
terlupa membawa cermin matanya semasa sarapan
di sebuah warung. Anda dikehendaki untuk
mereka bentuk satu kanta bagi membolehkan
Pak Dollah membaca surat khabar. Reka bentuk
tersebut hendaklah menggunakan bahan dalam
Rajah 4.

Botol plastik
Air
lut sinar
Rajah 4
43
Bab
Bab
ab
1
2 Respirasi

Apakah bahagian
sistem respirasi manusia?
Apakah penyakit respiratori?
Apakah contoh bahan yang
boleh memudaratkan sistem
respirasi manusia?

Marilah kita mengkaji


Sistem respirasi
Pergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia
Kesihatan sistem respirasi manusia
Adaptasi dalam sistem respirasi
Pertukaran gas dalam tumbuhan

44
Galeri Sains

(a) Berlari di altitud yang tinggi (b) Berlari di dalam bilik latihan hipoksik (hypoxic)

Bagaimanakah dua lokasi latihan di atas dapat meningkatkan kecekapan respirasi seorang atlet?
Semakin meningkat altitud, semakin rendah kepekatan oksigen dalam udara. Oleh sebab
itu, kurang oksigen diangkut ke sel badan. Kekurangan oksigen dalam sel ini pula akan
merangsang badan untuk bergerak balas dengan:
tNFNCFCBTLBOTFMEBSBINFSBIZBOHUFSTJNQBOEJEBMBNMJNQB
tNFOJOHLBULBOLBEBSQFOHIBTJMBOTFMEBSBINFSBI
tNFNVEBILBOQFOHVSBJBOPLTJIFNPHMPCJOVOUVLNFNCFCBTLBOPLTJHFO
Semua gerak balas ini akan meningkatkan kecekapan respirasi. Apakah kepentingan
adaptasi ini dalam kemandirian manusia?

Kata Kunci

Otot interkostal Respirasi sel


Trakea Emfisema
Bronkus Kanser peparu
Bronkiol Bronkitis
Alveolus Asma
Diafragma Stoma
Oksihemoglobin Osmosis
Resapan Sel pengawal

45
2.1 Sistem Respirasi

Sistem Respirasi Manusia


Pernafasan merupakan proses menyedut Apakah fungsi sistem
udara atau menarik nafas dan menghembus respirasi manusia?
udara oleh peparu. Sistem di dalam badan
yang membantu kita bernafas dikenali
sebagai sistem respirasi manusia. Struktur AIN

sistem respirasi manusia adalah seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rongga
hidung
Sistem respirasi manusia berfungsi
Lubang membekalkan oksigen dan
hidung mengeluarkan karbon dioksida
Larinks daripada sel badan.

Farinks
Bronkus

Epiglotis Otot
interkostal
Bronkiol
Trakea

Peparu
kanan

Diafragma

Peparu Alveolus
kiri

Rajah 2.1 Sistem respirasi manusia


46 2.1.1
Bab 2: Respirasi

Aktiviti 2.1
Menerangkan struktur sistem respirasi manusia
P A K -21
• KMK, KIAK
Arahan KBMM
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. • Aktiviti
2. Buat satu kajian di Internet tentang struktur sistem respirasi manusia. penggunaan
3. Buat persembahan multimedia daripada hasil kajian anda. teknologi

Mekanisme Pernafasan
Cuba anda menarik dan menghembus nafas. Dapatkah anda merasakan udara masuk dan keluar
melalui hidung? Letakkan pula tangan anda di atas dada. Sedarkah anda bahawa dada anda naik
dan turun semasa bernafas?
Laluan udara dari hidung ke peparu adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Lubang hidung Rongga hidung Farinks Larinks

Trakea Bronkus Bronkiol Alveolus

Rajah 2.2 Laluan udara dalam mekanisme pernafasan

Kebanyakan orang
memandang remeh
terhadap aspek
pernafasan sehingga Penarikan nafas dan
kurang sedar bahawa penghembusan nafas
mereka sebenarnya
sedang bernafas.
Adakah anda sedang
bernafas? Dalam dunia
kecergasan, konsep
dan teknik pernafasan
yang betul memainkan
peranan yang penting
untuk menjamin
kesihatan fizikal dan mental manusia. Cara bernafas yang betul
dapat meningkatkan prestasi anda dalam senaman atau acara
sukan seperti acara angkat berat.

2.1.1 47
Menarik Nafas

Laluan udara

Trakea
Peparu Udara disedut
masuk

Otot interkostal
rkostal Sangkar rusuk
Sangkar rusuk bergerak ke atas
dan ke luar

Isi padu rongga


toraks bertambah

Diafragma mengecut
Diafr
ragma
Diafragma dan bergerak ke bawah

(a) Pandangan hadapa


hadapan (b) P
Pandangan
d sisi
ii

Rajah 2.3 Penarikan nafas

Apabila anda menarik nafas,


• otot interkostal mengecut dan menarik sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke luar seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3 (a).
• otot diafragma mengecut dan menarik diafragma bergerak ke bawah dan meleper.
• pergerakan sangkar rusuk dan diafragma menjadikan rongga toraks lebih besar dan
menyebabkan tekanan udara di dalam rongga toraks berkurang.
• tekanan udara yang lebih tinggi di luar memaksa udara masuk ke dalam peparu seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.3 (b).

Tindakan epiglotis semasa menelan bolus dan bernafas


Semasa menelan bolus Semasa bernafas

Bolus Epiglotis
Bolus ke atas Epiglotis
Epiglotis
ke atas
ke atas

Epiglotis
Trakea ke bawah Trakea
terbuka Trakea Esofagus
terbuka terbuka
Esofagus Trakea tertutup
Epiglotis naik ke
Epiglotis jatuh ke bawah dan menutup trakea semasa bolus ditelan masuk ke atas menyebabkan
dalam esofagus. trakea terbuka.

48 2.1.1
Bab 2: Respirasi

Menghembus Nafas

Laluan udara

Peparu Trakea
Udara dihembus
keluar

Sangkar rusuk
bergerak ke bawah
dan ke dalam

Isi padu rongga


toraks berkurang
Sangkar rusuk

Diafragma
ra
Diafragma mengendur
dan melengkung ke atas
(a) Pandangan hadapan
(b) Pandangan
d sisi

Rajah 2.4 Penghembusan nafas

Apabila anda menghembus nafas,


• otot interkostal mengendur dan sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.4 (a).
• otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas.
• pergerakan sangkar rusuk dan diafragma menjadikan rongga toraks mengecil dan
menyebabkan tekanan udara di dalam rongga toraks bertambah.
• tekanan udara yang lebih tinggi di dalam peparu menolak udara keluar seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.4 (b).

Aktiviti 2.2
Mencipta model atau simulasi untuk memerihalkan mekanisme
P A K -21
pernafasan • KMK, KIAK
• Aktiviti
Arahan menghasilkan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. inovasi
2. Bina model atau simulasi multimedia untuk memerihalkan tindakan
diafragma, otot interkostal, pergerakan sangkar rusuk, perubahan isi padu serta
tekanan udara di dalam rongga toraks semasa menarik dan menghembus nafas.
3. Bentangkan mekanisme pernafasan berdasarkan model atau simulasi yang dibina.

2.1.1 49
Eksperimen 2.1

A Peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan


Tujuan
Mengkaji perbezaan peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan
Pernyataan masalah
Apakah perbezaan peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan dan udara hembusan?
Hipotesis
Peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan adalah lebih tinggi daripada peratus
komposisi oksigen dalam udara hembusan.
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis udara di dalam balang gas Langkah
Berjaga-jaga
(b) bergerak balas : Aras akhir air di dalam balang gas
(c) dimalarkan : Suhu dan tekanan udara Balang gas yang penuh dengan
udara hembusan perlu ditutup
Bahan dengan penutup balang gas
Lilin, plastisin, mancis, pen penanda dakwat kekal, air, semasa memindahkannya untuk
udara sedutan dan udara hembusan ditelangkupkan ke atas lilin.
Radas
Besen kaca, balang gas, penutup balang gas dan alas balang gas
Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5 (a) dan (b).
Balang gas Balang gas

Isi padu balang


gas ini dibahagikan
kepada lima
Lilin
bahagian yang
Penanda seragam dan
aras air ditanda dengan
Besen kaca
pen penanda
Penanda dakwat kekal
Alas Air
aras air
balang gas Plastisin
(a) (b)
Rajah 2.5

2. Nyalakan lilin dan telangkupkan balang


gas yang berisi udara ke atas lilin
tersebut seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.6.
3. Perhati dan catatkan aras akhir air Lilin
(dalam unit bilangan bahagian seragam
yang ditandakan pada balang gas)
selepas nyalaan lilin tersebut padam. Buat
anggaran peratusan oksigen dalam udara
di dalam balang gas tersebut. Rajah 2.6

50 2.1.2
Bab 2: Respirasi

4. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7 untuk mengumpulkan
udara hembusan sehingga isi padunya sama seperti udara sedutan yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.5 (a) dan (b).
5. Ulang langkah 2 dan 3.

Balang gas Udara hembusan


Udara terkumpul
hembusan

Penanda
aras air
Lilin
Besen kaca
Plastisin

Alas balang gas Air

Rajah 2.7
Keputusan
Jenis udara di dalam Aras akhir air di dalam balang Peratusan oksigen
balang gas gas (bilangan bahagian) dalam udara
Udara sedutan
Udara hembusan

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan
Kenaikan aras air di dalam balang gas yang manakah lebih tinggi? Jelaskan pemerhatian anda.

B Kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan


Tujuan
Mengkaji perbezaan kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan
Pernyataan masalah
Apakah perbezaan kepekatan karbon dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan?
Hipotesis
Kepekatan karbon dioksida dalam udara hembusan adalah lebih tinggi daripada kepekatan
karbon dioksida dalam udara sedutan.
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis udara yang dilalukan ke dalam air kapur
(b) bergerak balas : Keadaan air kapur
(c) dimalarkan : Kepekatan air kapur
Bahan
Air kapur, udara sedutan dan udara hembusan
Radas
Kelalang kon, salur penghubung, tiub getah, tiub kaca dan penyumbat getah

2.1.2 51
Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.8.
2. Tutup klip A. Sedut udara dan tahan nafas. Kemudian, tutup klip B dan buka klip A.
Selepas itu, hembus udara.

Klip A Klip B

Udara Udara
dihembus disedut
keluar masuk

Air
kapur

Rajah 2.8

3. Perhati dan catatkan sama ada air kapur di dalam kelalang kon yang dilalukan udara
sedutan dan udara hembusan itu berkeadaan jernih atau keruh.

Keputusan

Jenis udara yang dilalukan ke dalam air kapur Keadaan air kapur

Udara sedutan

Udara hembusan

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
Air kapur di dalam kelalang kon yang manakah menjadi keruh? Jelaskan pemerhatian anda.

Secara teori,

Peratus komposisi Udara sedutan Udara hembusan

Oksigen Lebih tinggi Lebih rendah

Karbon dioksida Lebih rendah Lebih tinggi

Adakah hasil Eksperimen 2.1 menyokong teori ini? Jelaskan jawapan anda.

52 2.1.2
Bab 2: Respirasi

Praktis Formatif 2.1


1. Lengkapkan carta alir di bawah yang memerihalkan laluan udara semasa menarik nafas.
Lubang hidung Rongga hidung Farinks Larinks

(a) (b) (c) Alveolus

2. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan tandakan ( × ) bagi pernyataan yang salah
tentang pernafasan.
(a) Epiglotis ialah struktur yang membuka atau menutup trakea.
(b) Pertukaran gas di dalam sel badan berlaku pada bronkiol.
(c) Diafragma bergerak ke bawah dan meleper semasa menghembus nafas.
(d) Peratus karbon dioksida dalam udara hembusan berkurang.

3. Apakah kepentingan pengudaraan yang baik di dalam kelas yang ramai murid?
4. Rajah 1 menunjukkan sebuah model ringkas yang digunakan untuk menunjukkan
mekanisme pernafasan.

Tiub kaca berbentuk Y


Balang kaca

Belon

Kepingan getah nipis


Rajah 1

(a) Nyatakan bahagian sistem respirasi manusia yang diwakili oleh bahagian yang berikut:
(i) Balang kaca
(ii) Kepingan getah nipis
(iii) Tiub kaca berbentuk Y
(iv) Belon
(b) Mengapakah kepingan getah nipis dan bukan getah tebal digunakan dalam model
di atas?
(c) Nyatakan proses dalam pernafasan yang ditunjukkan oleh tindakan terhadap kepingan
getah nipis yang berikut:
(i) Kepingan getah nipis ditarik ke bawah.
(ii) Kepingan getah nipis ditolak ke atas.
(d) Mengapakah balang kaca gagal berfungsi seperti sangkar rusuk dalam mekanisme
pernafasan yang menggunakan model di atas?

53
Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam
2.2 Badan Manusia
Pergerakan dan Pertukaran Oksigen dan Karbon Dioksida di
dalam Badan Manusia
Pernahkah anda terfikir tentang proses pergerakan zarah seperti molekul oksigen dan karbon
dioksida dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah?
Apakah proses tersebut?
Perhatikan pergerakan dan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida di dalam alveolus dan kapilari darah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.9.

Darah
mengandungi
kepekatan
Udara
oksigen yang
sedutan
rendah dan
kepekatan
karbon dioksida
yang tinggi.

Udara
Alveolus hembusan
Dind
Dinding
kapilari darah
kapila
3
Kapilari darah
Kapil

Sel darah
da merah
Oksigen Karbon
Darah 1 dioksida PETUNJUK:
mengandungi Oksigen (O2)
kepekatan Karbon dioksida
oksigen yang (CO2)
tinggi dan
kepekatan 2
karbon dioksida
yang rendah. Kapilari darah

Sel darah
merah 6
4

O2

5 CO2

Sel badan
Rajah 2.9 Pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam badan manusia

54 2.2.1
Bab 2: Respirasi

Aktiviti 2.3
Membuat persembahan kreatif untuk menunjukkan pergerakan dan
P A K -21
pertukaran gas di dalam badan manusia • KIAK
• Aktiviti
menghasilkan
Arahan
inovasi
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu membuat satu persembahan kreatif untuk
menunjukkan yang berikut:
• Pertukaran oksigen dan karbon dioksida mengikut perbezaan kepekatan di dalam
alveolus dan kapilari darah.
• Proses resapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari darah.
• Pembentukan sebatian tidak stabil, iaitu oksihemoglobin.
• Pembebasan oksigen ke sel badan yang memerlukannya.
• Proses pengoksidaan makanan, iaitu respirasi sel berlaku untuk menghasilkan tenaga.
• Pada masa yang sama, proses resapan karbon dioksida dari sel badan ke dalam
kapilari darah dan seterusnya ke alveolus.

1 Udara yang disedut ke dalam 2 Di dalam sel darah merah terdapat sebatian
alveolus mempunyai kepekatan berwarna merah gelap yang dikenali sebagai
oksigen yang lebih tinggi daripada hemoglobin. Hemoglobin akan berpadu dengan
kepekatan oksigen dalam darah. oksigen untuk membentuk oksihemoglobin yang
Oleh sebab itu, oksigen akan merupakan sebatian tidak stabil dan berwarna
meresap masuk melalui dinding merah cerah.
alveolus ke dinding kapilari darah
dan ke dalam darah. Hemoglobin + oksigen oksihemoglobin

4 Apabila darah sampai ke kawasan sel badan yang 3 Darah yang mengandungi
mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, oksihemoglobin ini diangkut
oksihemoglobin yang merupakan sebatian yang tidak dari peparu ke jantung dan
stabil akan terurai untuk membebaskan molekul oksigen dipam ke bahagian lain
semula dan kembali menjadi hemoglobin. dalam badan.

Oksihemoglobin → hemoglobin + oksigen

5 Di dalam sel badan, oksigen yang meresap 6 Karbon dioksida yang


mengoksidakan molekul glukosa kepada karbon dioksida, dibebaskan oleh sel meresap
air dan tenaga melalui proses respirasi sel seperti yang masuk ke dalam kapilari darah
diringkaskan dalam persamaan kimia yang berikut: dan diangkut ke alveolus untuk
disingkirkan semasa udara
Glukosa + oksigen → karbon dioksida + air + tenaga dihembus keluar.

2.2.1 55
Kepentingan Adaptasi Struktur Alveolus
Adaptasi struktur alveolus telah meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan pertukaran
gas di dalam badan manusia. Antara adaptasi struktur alveolus adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.10.

Ketebalan dinding alveolus dan kapilari Kelembapan dinding alveolus


darah
Dinding alveolus yang lembap
Alveolus dan kapilari darah mempunyai dinding membenarkan gas respirasi melarut dan
yang nipis, iaitu terdiri daripada satu lapisan sel seterusnya meresap ke dalam kapilari darah.
sahaja. Struktur ini memudahkan dan
meningkatkan kadar resapan gas merentasi asi
dinding alveolus dan kapilari darah.
Adaptasi
struktur
alveolus

Luas permukaan alveolus Jari


Ja
J ring
ri ng kapilari yang meliputi
Jaringan
alve
al veo
ve o
alveolus
Peparu mengandungi berjuta-juta alveolus
yang menyediakan luas permukaan yang Alveolus yang diliputi jaringan kapilari yang
besar untuk pertukaran gas. padat meningkatkan kadar pertukaran gas
antara alveolus dengan kapilari darah.

Rajah 2.10 Adaptasi struktur alveolus untuk meningkatkan kecekapan dalam pertukaran gas

Selain struktur alveolus, satu faktor lain yang dapat meningkatkan pertukaran gas di dalam badan
manusia adalah perbezaan kepekatan gas di dalam alveolus dan kapilari darah. Semakin besar
perbezaan kepekatan gas di dalam alveolus dan kapilari darah, semakin tinggi kadar resapan gas
antara alveolus dengan kapilari darah.

Praktis Formatif 2.2


1. Apakah faktor yang menentukan kadar pertukaran gas oksigen di dalam alveolus dan
kapilari darah?
2. Huraikan keadaan bagi proses yang berikut:
(a) Hemoglobin ditukar menjadi oksihemoglobin.
(b) Oksihemoglobin diurai menjadi hemoglobin.
3. Tuliskan persamaan kimia yang memerihalkan respirasi sel.
4. Apakah yang terjadi kepada kecekapan pertukaran gas oksigen di dalam badan manusia
pada altitud yang tinggi? Jelaskan jawapan anda.
5. Nyatakan empat adaptasi yang mempengaruhi kecekapan alveolus bagi memaksimumkan
pertukaran gas di dalam badan.

56 2.2.2
Bab 2: Respirasi

2.3 Kesihatan Sistem Respirasi Manusia

Bahan yang Memudaratkan Apakah kepentingan


Sistem Respirasi Manusia hutan simpan terhadap
kesihatan sistem
Udara yang kita sedut semasa bernafas respirasi kita?
mungkin mengandungi bahan yang AIN

LIM
boleh memudaratkan sistem respirasi
kita. Antara contoh bahan tersebut
adalah seperti yang berikut:
Hutan simpan dapat
mengurangkan bahan
r 5BSSPLPL yang boleh memudaratkan
r ,BSCPONPOPLTJEB sistem respirasi.
r 4VMGVSEJPLTJEB
r /JUSPHFOEJPLTJEB
r +FSFCV EFCV Cabaran
 EBOEFCVOHB MINDA
Mengapakah hutan Tar rokok dan tar yang
lazimnya digelar digunakan untuk membuat
sebagai ‘peparu hijau’? jalan raya adalah bahan yang
Tar Rokok
berlainan. Tar rokok lazimnya
Tar rokok ialah satu daripada bahan toksik yang terdapat ditandakan sebagai ‘tar’ yang
dalam asap rokok. Tar rokok dalam udara sedutan melekat merupakan akromin bagi
‘total aerosol residue’ yang
dan membunuh sel di dalam laluan pernafasan seperti bermaksud jumlah sisa aerosol.
toraks, farinks, epiglotis, larinks, bronkus, bronkiol dan
alveolus. Tar rokok juga menambahkan pengeluaran mukus
dan penghasilan kahak di dalam peparu. Mengapakah perokok kerap batuk atau selesema?
Berpandukan data pesakit kanser peparu, kebanyakan mereka ialah perokok. Tar rokok
adalah satu contoh bahan dalam asap rokok yang boleh menyebabkan kanser peparu.

Kadmium m Stearik Toluena Nikotin Ammonia


Bateri alkali
kali Lilin Pelarut industri Racun serangga PENCUCI Pencuci lantai
LANTAI

Butana
Aseton
Cecair
Cat
pemetik api

Karbon Metana Arsenik Sianida


monoksida Asap Racun Racun Metanol
Asap kereta kumbahan tikus berbisa Bahan api

Rajah 2.11 Bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok


2.3.1 57
Karbon Monoksida
Karbon monoksida lazimnya ditemukan dalam asap rokok dan asap ekzos kenderaan bermotor.
Karbon monoksida ialah gas tanpa warna dan tidak berbau. Apabila karbon monoksida dan
oksigen meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah, karbon monoksida akan bergabung secara
kimia dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang merupakan sebatian
yang stabil.

Karbon monoksida + hemoglobin ⎯→ karboksihemoglobin

Hal ini menyebabkan pengurangan oksihemoglobin dalam darah yang mengangkut oksigen
ke sel badan. Akibat kekurangan ini, sel badan tidak dapat menghasilkan jumlah tenaga yang
diperlukan melalui respirasi sel. Bolehkah sel badan hidup tanpa tenaga?

Sulfur Dioksida
Sulfur dioksida yang dibebaskan ke udara lazimnya Cabaran
dihasilkan oleh pembakaran arang batu dari stesen jana MINDA
kuasa seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 2.1. Mengapakah kita harus menyokong
Sulfur dioksida ialah gas tanpa warna dengan bau yang kempen ‘TAK NAK MEROKOK’?
menyesakkan. Gas ini merengsa laluan pernafasan,
menyebabkan batuk, sukar bernafas, bronkitis dan
kanser peparu.

Nombor 220 yang dipamerkan


pada label makanan ini ialah kod
bahan, iaitu sulfur dioksida yang
digunakan untuk mengawetkan
makanan.

Gambar foto 2.1 Asap yang dilepaskan dari sebuah stesen jana kuasa
58 2.3.1
Bab 2: Respirasi

Nitrogen Dioksida Cabaran


Nitrogen dioksida yang dibebaskan ke udara lazimnya
MINDA
dihasilkan oleh pembakaran bahan api seperti petrol dan Mengapakah penggunaan bas
elektrik dapat memelihara sistem
diesel dalam kenderaan bermotor seperti yang ditunjukkan
respirasi manusia?
dalam Gambar foto 2.2. Nitrogen dioksida ialah gas
berwarna perang dengan bau yang menyesakkan. Gas ini
merengsa laluan pernafasan dan menyebabkan batuk, sukar
bernafas dan asma.
Pada 23 Jun 2013, Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di
Muar, Johor telah meningkat
bacaan ke 746 pada 7.00 pagi
yang jauh melebihi julat minimum
tahap berbahaya, iaitu 300.
Hal ini menyebabkan kerajaan
mengisytiharkan darurat di Muar dan
Ledang (yang kemudiannya ditarik
balik pada pagi 25 Jun 2013).

Gambar foto 2.2 Peningkatan bilangan kenderaan


bermotor di Malaysia
M
Malaysiaku
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jerebu, Debu dan Debunga http://links.andl17.com/BT_Sains
_59
Jerebu, debu dan debunga
merupakan zarah pepejal yang
sangat halus, ringan dan terampai
dalam udara. Asap daripada ekzos
kenderaan, pembakaran terbuka
dan kebakaran hutan menghasilkan
jerebu dan debu (Gambar foto 2.3).
Debunga yang dibebaskan oleh anter
ke dalam udara boleh dibawa oleh
angin ke suatu jarak yang jauh dan
bergerak pada semua arah. Jerebu,
debu dan debunga merengsa sistem
respirasi dan menyebabkan penyakit
respiratori seperti asma.

Gambar foto 2.3 Keadaan persekitaran semasa jerebu


2.3.1 59
Penyakit Respiratori dan Simptom
Asma
Simptom dan cara merawat asma
Asma dirangsang oleh kehadiran debu, debunga, jerebu,
asap rokok dan asap daripada ekzos kenderaan bermotor,
pembakaran terbuka dan kebakaran hutan. Simptom asma
termasuklah sesak nafas, semput dan batuk.

Bronkitis
Bronkitis ialah radang bronkus yang disebabkan oleh tar
dan bahan perengsa dalam asap rokok. Simptom bronkitis
termasuklah batuk yang berterusan, tercungap-cungap dan
tidak dapat tidur.

Emfisema
• Adakah penyakit ini selesema,
Emfisema ialah keadaan bronkitis atau radang peparu?
alveolus di dalam peparu http://links.andl17.com/BT_
Sains_60_2
yang dirosakkan oleh bahan
yang berbahaya dalam
udara seperti perengsa
dalam asap rokok. Simptom
emfisema termasuklah
sesak nafas, sakit ketika
bernafas dan rasa letih • Emfisema, simptom dan cara
biarpun hanya melakukan merawat
kerja ringan. Pesakit http://links.andl17.com/BT_
Sains_60_3
emfisema tidak dapat Gambar foto 2.4 Pesakit
dirawat tetapi simptom emfisema memerlukan bekalan
penyakit ini boleh dikawal oksigen walaupun semasa
(Gambar foto 2.4). berehat

(a) Alveolus sihat (b) Alveolus yang rosak


akibat emfisema
Rajah 2.12 Perbezaan antara alveolus yang sihat
dengan alveolus yang rosak

60 2.3.1
Bab 2: Respirasi

Kanser Peparu Hari ini dalam


sejarah
Kanser peparu disebabkan oleh bahan kimia penyebab
Hari Kanser Sedunia disambut
kanser yang dikenali sebagai karsinogen. Bahan kimia ini
pada 4 Februari setiap tahun sejak
disedut semasa bernafas. Asap rokok mengandungi pelbagai tahun 2000.
karsinogen, contohnya tar yang boleh menyebabkan kanser
peparu. Simptom kanser peparu termasuklah batuk yang
berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit semasa bernafas.
Perhatikan perbezaan antara peparu normal dengan peparu
pesakit kanser dalam Gambar foto 2.5.
M
Malaysiaku
Institut Kanser Negara
Ujian saringan kanser peparu
diberikan kepada rakyat Malaysia
yang berumur antara 50 tahun
hingga 70 tahun secara PERCUMA!
http://links.andl17.com/BT_Sains_
61

(a) Peparu normal (b) Peparu yang


diserang kanser
Gambar foto 2.5 Perbezaan antara peparu normal
dengan peparu pesakit kanser

Aktiviti 2.4
Mengumpul dan menganalisis data tentang penyakit respiratori
P A K -21
• KMK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. perbincangan
2. Kumpul dan analisis maklumat dengan berpandukan data daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia atau daripada negara lain tentang penyakit
respiratori seperti asma, bronkitis, emfisema dan kanser peparu.

http://links.andl17. http://links.andl17.
com/BT_Sains_61_2 com/BT_Sains_61_3

3. Bincangkan maklumat yang telah dianalisis.


4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk
persembahan multimedia.

2.3.1 61
Kesan Merokok terhadap Peparu
Merokok bukan sahaja memudaratkan sistem respirasi
perokok tetapi juga memudaratkan sistem respirasi orang lain
yang berhampiran dengannya. Seseorang yang tidak merokok
tetapi menyedut asap rokok dikenali sebagai perokok pasif.
Kesan asap
rokok yang
memudaratkan
sistem respirasi
manusia bukan
sahaja berlaku
di dalam badan
perokok tetapi
juga berlaku di
dalam badan
perokok pasif.

Gambar foto 2.6 Papan tanda kawasan larangan merokok dan kesan merokok

Eksperimen 2.2 (Demonstrasi oleh Guru)


Tujuan Langkah
Mengkaji kesan merokok terhadap peparu Berjaga-jaga
Pernyataan masalah t +BMBOLBOFLTQFSJNFOJOJEJ
Apakah kesan merokok terhadap peparu? EBMBNTFCVBILFCVLXBTBQ
t &MBLLBOEBSJQBEBUFSTFEVU
Hipotesis BTBQSPLPL
Asap rokok mengandungi tar rokok (bahan berwarna t 5JVC6EBOLFMBMBOHLPONVEBI
perang) dan gas berasid yang merosakkan peparu. QFDBI#FSIBUJIBUJMBITFNBTB
BOEBNFOHFOEBMJLBOSBEBT
Pemboleh ubah UFSTFCVU
(a) dimanipulasikan : Kehadiran asap rokok
(b) bergerak balas : Warna kapas dan
larutan litmus pada
Tiub getah
akhir eksperimen Tiub kaca
(c) dimalarkan : Kadar sedutan udara
oleh pam turas
Ke pam
Bahan Pengapit
turas
Rokok, kapas, larutan litmus dan mancis kaki retort
atau pemetik api Tiub-U Kelalang
Kapas kon
Radas
Bongkah Larutan
Tiub-U, kelalang kon, penyumbat getah,
kayu litmus
pam turas, tiub getah, tiub kaca, kaki retort
dengan pengapit dan bongkah kayu Rajah 2.13(a)

62 2.3.2
Bab 2: Respirasi

Prosedur
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan Rokok yang dinyalakan
dalam Rajah 2.13(a).
Tiub getah Tiub kaca
2. Perhati dan catatkan warna kapas
dan larutan litmus.
3. Hidupkan suis pam turas selama
10 minit. Ke pam
Pengapit
4. Matikan suis pam turas. turas
kaki retort
5. Perhati dan catatkan perubahan
warna pada kapas (jika ada) dan Tiub-U Kelalang
larutan litmus dalam jadual. Kapas kon
6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan Larutan
menggunakan rokok yang bernyala Bongkah kayu litmus
seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.13(b). Rajah 2.13(b)

Pemerhatian
Warna kapas pada Warna larutan litmus pada
Kehadiran
asap rokok awal akhir awal akhir
eksperimen eksperimen eksperimen eksperimen
Tidak
Ya

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
1. Namakan bahan dalam asap rokok yang terenap pada kapas.
2. Adakah asap rokok merupakan bahan berasid atau beralkali? Terangkan jawapan anda.
3. Namakan tiga bahan berbahaya lain yang terdapat dalam asap rokok.

Praktis Formatif 2.3


1. (a) Nyatakan empat contoh pepejal dalam udara yang memudaratkan sistem respirasi manusia.
(b) Nyatakan tiga contoh gas dalam udara yang memudaratkan sistem respirasi manusia.
2. Nyatakan satu bahan yang memudaratkan sistem respirasi manusia yang dibebaskan
oleh tumbuhan.
3. Nyatakan satu simptom pada setiap penyakit respiratori yang berikut:
(a) Emfisema
(b) Kanser peparu
(c) Bronkitis
(d) Asma
4. Nyatakan dua jenis penyakit respiratori yang berpunca daripada bahan berbahaya dalam
asap rokok.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan perokok pasif?

2.3.2 63
2.4 Adaptasi dalam Sistem Respirasi

Sistem Respirasi Beradaptasi dalam Persekitaran yang Berbeza


Struktur respirasi kebanyakan organisma termasuklah manusia mempunyai tiga ciri untuk
memastikan pertukaran gas yang cekap dengan persekitaran. Tiga ciri tersebut adalah seperti
yang berikut:

Permukaan Luas permukaan


Struktur respirasi
struktur respirasi struktur respirasi
yang nipis seperti
yang lembap yang besar seperti
dinding alveolus
seperti permukaan luas permukaan
dan kapilari darah
alveolus yang berjuta-juta
setebal satu sel.
lembap. alveolus.

Organisma yang berlainan mempunyai sistem respirasi yang berbeza dan beradaptasi untuk
memaksimumkan kadar pertukaran gas dalam persekitaran yang berbeza. Struktur respirasi yang
beradaptasi dalam persekitaran berbeza termasuklah kulit luar lembap, insang dan trakea.

Kulit Luar Lembap


Amfibia seperti katak merupakan organisma yang boleh hidup di darat dan air. Struktur
respirasi katak dapat beradaptasi untuk meningkatkan kecekapan pertukaran gas semasa berada
di darat (Rajah 2.14). Namakan satu struktur respirasi katak yang dapat beradaptasi untuk
pertukaran gas semasa berada di darat.
Selain peparu, katak lazimnya menggunakan
kulit luar lembap untuk pertukaran gas.
Kulit luar
Kulit katak nipis dan sangat
Glotis lembap
telap kepada gas. Kulit katak juga
sentiasa lembap kerana diselaputi
oleh lapisan mukus yang
memudahkan gas respirasi Peparu
Lubang
melarut dan meresap. Di bawah hidung
lapisan kulit terdapat jaringan
kapilari darah yang padat untuk Rongga
meningkatkan kadar resapan mulut
gas antara kulit dengan
kapilari darah.

Rajah 2.14 Struktur respirasi katak


64 2.4.1
Bab 2: Respirasi

Insang
Ikan ialah organisma yang hanya boleh hidup dalam air. Oleh
yang demikian, struktur respirasi ikan, iaitu insang dapat
beradaptasi untuk meningkatkan kecekapan pertukaran gas
dalam air.
Insang terdiri daripada dua baris filamen yang halus
dan mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih yang Ikan belacak dikelaskan sebagai
dikenali sebagai lamela seperti yang ditunjukkan dalam ikan amfibia kerana organisma ini
Rajah 2.15. Bilangan filamen dan lamela menghasilkan luas bernafas melalui insang seperti
ikan dan kulit luar lembap seperti
permukaan yang besar untuk memudahkan pertukaran gas. amfibia.
Oleh sebab ikan hidup dalam air, insang dikelilingi oleh air
dan hal ini memudahkan gas respirasi melarut dan meresap.

Aliran air Jaringan


kapilari darah

Salur darah
Darah
Aliran terdeoksigen
air
Lamela
Aliran
Filamen
Darah darah
beroksigen

Rajah 2.15 Struktur insang ikan

Trakea Trakea
Sistem respirasi serangga ialah Trakeol
Kantung udara Oksigen
sistem trakea yang terdiri
daripada tiub udara yang Trakea
Spirakel
dikenali sebagai trakea seperti
yang ditunjukkan dalam Karbon
Rajah 2.16. Udara masuk atau dioksida
keluar dari trakea melalui liang Otot
Spirakel
pernafasan yang dikenali sebagai
spirakel. Pembukaan dan Rajah 2.16 Sistem trakea belalang
penutupan spirakel dikawal oleh
injap yang membenarkan udara keluar dan masuk ke dalam badan.
Trakea terbahagi kepada cabang-cabang halus yang dikenali sebagai trakeol. Trakeol
mempunyai dinding yang nipis dan lembap untuk meningkatkan kecekapan pertukaran gas.
Bilangan trakeol yang banyak juga menghasilkan luas permukaan yang besar untuk memudahkan
pertukaran gas melalui resapan terus ke sel. Sesetengah serangga seperti belalang mempunyai
kantung udara dalam sistem trakeanya. Kantung ini diisi dengan udara untuk meningkatkan
kadar pertukaran gas respirasi antara tisu dengan persekitaran dalam aktiviti cergas.
2.4.1 65
Aktiviti 2.5
Membuat persembahan kreatif untuk menunjukkan bagaimana sistem
P A K -21
respirasi beradaptasi dalam persekitaran yang berbeza • KIAK
• Aktiviti
Arahan menghasilkan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. inovasi
2. Setiap kumpulan perlu membuat satu persembahan kreatif untuk
menerangkan bagaimana organisma lain melakukan respirasi melalui sistem respirasi
yang dapat beradaptasi dalam persekitaran yang berbeza melalui:
(a) kulit luar lembap (b) insang (c) trakea

Aktiviti 2.6
Pembacaan aktif tentang adaptasi dan keupayaan sistem respirasi
P A K -21
• KBMM
Arahan
Buat pembacaan aktif tentang
Strategi Info 1
adaptasi dan keupayaan
pembacaan aktif Adaptasi dan
sistem respirasi dalam
http://links. keupayaan sistem
konteks yang berikut:
andl17.com/ respirasi semasa
(a) Altitud yang berbeza
BT_Sains_66_5 bersenam
(di dasar lautan dan di
http://links.andl17.
kawasan pergunungan).
com/BT_Sains_66_3
Imbas kembali: Rujuk
Galeri Sains di halaman 45
Info 2
(b) Aktiviti sukan dan gaya
Penyakit anemia
hidup (atlet dan
sel sabit
perenang). Rujuk Info 1.
http://links.andl17.
(c) Penyakit anemia sel sabit.
com/BT_Sains_66_4
Rujuk Info 2.

Praktis Formatif 2.4


1. Nyatakan struktur respiratori dalam haiwan yang berikut:
(a) Ikan (b) Serangga (c) Amfibia
2. Nyatakan dua adaptasi kulit luar katak yang membantu pertukaran gas yang cepat dan
efisien antara kulit luar katak dengan persekitaran.
3. Mengapakah sistem peredaran serangga tidak terlibat dalam mekanisme
respirasi serangga?
4. Apakah kepentingan senaman dalam mengekalkan sistem respirasi yang sihat?
5. Pemilihan gaya hidup yang sihat penting untuk respirasi. Namakan dua contoh gaya
hidup yang sihat.

66 2.4.1
Bab 2: Respirasi

2.5 Pertukaran Gas dalam Tumbuhan

Semua jenis hidupan termasuk Selain respirasi, pada


tumbuhan melakukan respirasi. waktu siang, tumbuhan juga
Semasa respirasi, oksigen diambil melakukan fotosintesis
dan karbon dioksida disingkir. dengan mengambil
karbon dioksida dan
menyingkir oksigen.

SELVI

RIFQI

Mekanisme Pertukaran Gas Cabaran


dalam Tumbuhan MINDA
Nyatakan satu
Kebanyakan tumbuhan menjalankan fungsi akar udara
proses pertukaran gas dengan tumbuhan bakau
persekitaran melalui daun, batang seperti yang
dan akar. Ketiga-tiga bahagian ini ditunjukkan dalam
membekalkan luas permukaan yang gambar foto
di sebelah.
besar untuk pertukaran gas. Berbeza
daripada haiwan, pertukaran gas
dalam tumbuhan adalah seperti yang
ditunjukkann dalam Rajah 2.17.

Waktu siang Waktu malam

Pengambilan Penyingkiran
karbon dioksida oksigen dan Pengambilan Penyingkiran
dan oksigen karbon dioksida oksigen karbon dioksida

Rajah 2.17 Pertukaran gas dalam tumbuhan

2.5.1 67
Apakah struktur di dalam daun
Peresapan Karbon Dioksida
yang membenarkan gas meresap
Struktur di dalam daun yang menunjukkan melaluinya ke dalam atau keluar
laluan pertukaran gas adalah seperti yang dari sel tumbuhan ke atmosfera?
ditunjukkan dalam Rajah 2.18. Peresapan
karbon dioksida berlaku melalui stoma mengikut
perbezaan kepekatan karbon dioksida di dalam sel dengan ADNAN

di dalam ruang udara antara sel.

1 Apabila karbon dioksida digunakan dalam proses


fotosintesis, kepekatan karbon dioksida di dalam sel
menjadi lebih rendah berbanding dengan kepekatan karbon
dioksida di dalam ruang udara antara sel. Perbezaan kepekatan
SAYA BOLEH
karbon dioksida ini membolehkan karbon dioksida yang terlarut
INGAT!
pada permukaan sel yang lembap meresap masuk dari ruang Resapan ialah proses pergerakan
udara antara sel ke dalam sel. zarah dari kawasan yang
berkepekatan tinggi ke kawasan
yang berkepekatan rendah.

Kutikel

Epidermis atas

Sel mesofil
palisad

O2
Ruang udara Xilem
di antara sel
Floem

O
CO2 2
Sel mesofil
berspan
Epidermis bawah

CO2
O2 PETUNJUK:
Sel pengawal
Karbon dioksida (CO2)
Stoma Oksigen (O2)

2 Hal ini menyebabkan kepekatan karbon dioksida di dalam ruang udara antara sel menjadi lebih
rendah berbanding dengan kepekatan karbon dioksida dalam udara di luar stoma. Perbezaan
kepekatan ini menggalakkan resapan gas karbon dioksida dari atmosfera ke dalam ruang udara antara sel
melalui liang stoma yang terbuka.

Rajah 2.18 Laluan pertukaran gas di dalam daun semasa fotosintesis


68 2.5.1
Bab 2: Respirasi

Liang Stoma dan Sel Pengawal


Setiap stoma terdiri daripada satu liang stoma Liang stoma Sel pengawal
yang disempadani oleh sepasang sel pengawal.
Sel pengawal mengandungi kloroplas untuk
menjalankan fotosintesis. Liang stoma
tumbuhan terbuka untuk menjalankan
proses fotosintesis apabila terdapat cahaya
dan tertutup apabila keadaan menjadi gelap
atau semasa tumbuhan kehilangan air
(a) Stoma terbuka (b) Stoma tertutup
yang banyak pada hari panas seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 2.7. Gambar foto 2.7 Stoma terbuka dan tertutup

Proses Osmosis Mempengaruhi Liang Stoma


Konsep Osmosis
Osmosis ialah proses pergerakan molekul air dari kawasan berkepekatan molekul air yang
tinggi (larutan berkepekatan zat terlarut yang rendah) ke kawasan berkepekatan molekul air
yang rendah (larutan berkepekatan zat terlarut yang tinggi) merentas membran separa telap
(Rajah 2.19). Membran ini telap kepada air tetapi tidak telap kepada sesetengah zat terlarut
seperti molekul sukrosa.
Membran separa telap Hanya molekul air dapat
menghalang pergerakan bergerak merentas liang
molekul zat terlarut yang besar membran separa telap
PETUNJUK:
Molekul air
Molekul zat terlarut
seperti sukrosa

Rajah 2.19 Osmosis

Proses Osmosis di dalam Sel Pengawal


Apabila terdapat cahaya, sel pengawal menjalankan fotosintesis untuk menghasilkan glukosa.
Kepekatan glukosa di dalam sel pengawal meningkat dan menyebabkan air meresap masuk
ke dalam sel pengawal secara osmosis. Oleh sebab itu, sel pengawal menjadi segah dan
membengkok seperti dalam Rajah 2.20. Sebaliknya pada waktu malam atau hari panas, air
meresap keluar dari sel pengawal juga secara osmosis dan menyebabkan sel pengawal menjadi
flasid dan lurus.

Sel pengawal PETUNJUK:


Sel pengawal yang segah dan Air meresap masuk ke
yang flasid membengkok dalam sel melalui osmosis
dan lurus
Air meresap keluar dari sel
melalui osmosis

Rajah 2.20 Perubahan bentuk sel pengawal yang disebabkan oleh osmosis
2.5.1 69
Kesan Osmosis terhadap Liang Stoma
Proses yang berlaku dalam Rajah 2.20 menerangkan bahawa pada waktu siang, air meresap
masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis dan menyebabkan kedua-dua sel pengawal
membengkok dan membuka liang stoma seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21.
Pada waktu malam atau hari panas pula, air meresap keluar dari sel pengawal secara
osmosis dan menyebabkan kedua-dua sel pengawal kembali menjadi lurus dan menutup liang
stoma seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.22.
Sel pengawal Nukleus
Dinding
Dinding
luar nipis Nukleus Kloroplas luar nipis
Liang Vakuol Liang
stoma stoma tertutup
Dinding dalam
terbuka tebal

Rajah 2.21 Liang stoma terbuka Rajah 2.22 Liang stoma tertutup

Aktiviti 2.7
Menunjukkan mekanisme pertukaran gas dalam tumbuhan
P A K -21
• KMK, KAIK
Arahan • Aktiviti
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. penggunaan
2. Buat persembahan multimedia untuk menunjukkan yang berikut: teknologi
• Liang stoma dikawal oleh dua sel pengawal.
• Pada waktu siang, air meresap masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis dan
menyebabkan kedua-dua sel pengawal membengkok dan membuka liang stoma.
• Peresapan karbon dioksida berlaku dalam stoma mengikut perbezaan kepekatan.
• Pada waktu malam, air meresap keluar dari sel pengawal secara osmosis dan
menyebabkan liang stoma tertutup.

Kepentingan Persekitaran yang Tidak Tercemar untuk


Kemandirian Tumbuhan
Persekitaran, terutamanya udara yang tidak tercemar, amat penting untuk menjamin
tumbesaran dan kemandirian tumbuhan.

Kesan Jerebu, Debu dan Habuk terhadap Kemandirian Tumbuhan


Sekiranya keadaan berjerebu, berdebu dan berhabuk, udara yang tercemar ini memudaratkan
tumbesaran dan kemandirian tumbuhan seperti yang ditunjukkan pada artikel di halaman 71.
Lawati laman blog tersebut dan kaji artikel yang diterbitkan.
Selain mengurangkan cahaya matahari sampai ke tumbuhan dan kadar fotosintesis, jerebu,
debu dan habuk yang terenap pada liang stoma juga menghalang pertukaran gas antara
tumbuhan dengan persekitaran. Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan sekiranya liang
stoma tersumbat dengan debu atau habuk?
70 2.5.1 2.1.1
2.5.2
Bab 2: Respirasi

http://links.andl17.
com/BT_Sains_71_1

Gambar foto 2.8 Artikel blog

Kesan Gas Berasid dalam Udara terhadap Kemandirian Tumbuhan


Gas bahan pencemar udara yang berasid seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida melarut
dalam air hujan untuk menghasilkan hujan asid. Hujan asid membunuh sel tumbuhan dan
menyebabkan tanah berasid serta kurang subur. Tumbuhan tidak dapat hidup dalam tanah yang
berasid. Hal ini akan mengurangkan hasil pengeluaran pertanian dan menyebabkan masalah
kekurangan sumber makanan.
Antara langkah pencegahan pencemaran terhadap tumbuhan dalam konteks tempatan dan
global termasuklah yang berikut:
• Mengharamkan pembakaran terbuka di Indonesia Cabaran
dan Malaysia MINDA
• Mengehadkan bilangan kenderaan bermotor yang
Mengapakah usaha mencegah
bergerak dalam bandar Beijing, China pencemaran udara memerlukan
• Menggalakkan penggunaan tenaga alternatif seperti kerjasama masyarakat global?
tenaga suria

Contoh kajian dan maklumat yang dikumpulkan oleh ahli sains tentang kesan hujan asid
dan langkah pencegahan pencemaran udara di rantau ini adalah seperti yang berikut:

Layari laman sesawang rasmi ini untuk ASEAN – Langkah pencegahan jerebu.
memahami maklumat tentang kesan hujan n http://links.andl17.com/BT_Sains_71_2
asid di rantau Asia yang dikaji dan
dikumpulkan oleh sekumpulan ahli sains
antarabangsa.
http://links.andll17.com/BT_Sains_71_3

2.5.2 71
Aktiviti 2.8
Membuat persembahan multimedia tentang kesan pencemaran
P A K -21
terhadap tumbuhan dan langkah pencegahan dalam konteks tempatan • KMK, KAIK
atau global • Aktiviti
penggunaan
Arahan teknologi
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpul dan analisiskan maklumat lanjutan tentang perkara yang berikut.
• Kesan pencemaran terhadap tumbuhan
• Langkah pencegahan dalam konteks tempatan atau global
3. Bincangkan maklumat yang telah dianalisis.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk
persembahan multimedia.

Praktis Formatif 2.5


1. Rajah 1 menunjukkan tumbuhan bakau.

Rajah 1

Namakan tiga bahagian dalam tumbuhan bakau yang melakukan pertukaran gas.
2. Rajah 2 menunjukkan struktur stoma.

P:

Q:

Rajah 2

Label bahagian P dan Q.


3. (a) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu siang? Terangkan.
(b) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu malam? Terangkan.
(c) Mengapakah liang stoma tertutup pada hari panas?
4. Apakah kesan udara tercemar terhadap tumbesaran dan kemandirian tumbuhan?

72
Rumusan
Respirasi

Sistem respirasi manusia Adaptasi dalam sistem respirasi

Struktur Pergerakan dan pertukaran Kesihatan Tumbuhan Haiwan


gas dalam badan manusia
seperti dimudaratkan oleh Liang stoma
Pertukaran oksigen bahan seperti Serangga Ikan Amfibia
Lubang hidung, rongga dan karbon dioksida yang
hidung, farinks, epiglotis, Tar rokok, debu, Kulit
Trakea Insang
larinks, otot interkostal, Resapan oksigen dari jerebu, sulfur Terbuka pada luar
trakea, bronkus, bronkiol, alveolus ke dalam dioksida, karbon waktu siang lembap
alveolus, diafragma, kapilari darah monoksida,
peparu nitrogen dioksida, dan
Pembentukan debunga, asap
oksihemoglobin rokok Tertutup pada
Mekanisme
pernafasan waktu malam
Pembebasan oksigen menyebabkan
ke sel badan penyakit seperti
dengan dan

Respirasi sel menghasilkan Emfisema, Kepentingan


karbon dioksida dan tenaga asma, bronkitis, persekitaran
Udara Udara
hembusan kanser peparu tidak tercemar
sedutan Resapan karbon dioksida
r-FCJI r,VSBOH
dari sel badan ke dalam untuk menjamin
oksigen oksigen Ketebalan
kapilari dan ke alveolus
r,VSBOH r-FCJILBSCPO
dioksida Kelembapan Tumbesaran
karbon dengan
dan
dioksida
Luas permukaan kemandirian
Kecekapan bergantung
alveolus pada tumbuhan
Jaringan kapilari

73
Bab 2: Respirasi
Refleksi Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

2.1 Sistem Respirasi


Melakar dan melabelkan struktur dalam sistem respirasi manusia serta memerihalkan
mekanisme pernafasan.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji perbezaan kandungan gas dalam udara sedutan
dan udara hembusan.

2.2 Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia


Memerihalkan pergerakan dan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di dalam
badan manusia.
Mewajarkan kepentingan adaptasi struktur alveolus untuk meningkatkan kecekapan
pertukaran gas di dalam badan manusia.

2.3 Kesihatan Sistem Respirasi Manusia


Berkomunikasi dengan contoh bahan yang boleh memudaratkan sistem respirasi dengan
simptom dan penyakit yang terlibat.
Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan kesan merokok terhadap peparu.

2.4 Adaptasi dalam Sistem Respirasi


Mewajarkan bagaimana sistem respirasi beradaptasi dalam situasi berbeza.

2.5 Pertukaran Gas dalam Tumbuhan


Menerangkan mekanisme pertukaran gas dalam tumbuhan.
Berkomunikasi bagi mewajarkan kepentingan persekitaran yang tidak tercemar untuk
tumbesaran dan kemandirian tumbuhan.

Praktis Sumatif 2
Jawab soalan yang berikut:
1. Lengkapkan peta alir yang berikut untuk menunjukkan arah laluan udara yang dihembus
keluar dari peparu.

(a) Bronkiol (b) Trakea

Larinks Farinks (c) Lubang hidung

74
Bab 2: Respirasi

2. Rajah 1 menunjukkan sistem respirasi manusia.

P:

Q:

R:

Rajah 1

Label P, Q dan R pada Rajah 1 dengan menggunakan perkataan yang berikut:

Alveolus Bronkiol Bronkus Trakea

3. Rajah 2 menunjukkan mekanisme pernafasan semasa menghembus nafas.

Sangkar rusuk
Rongga toraks

Diafragma

Rajah 2

Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul tentang mekanisme tersebut.


(a) Udara keluar dari peparu apabila diafragma bergerak ke atas.
(b) Semasa menghembus nafas, sangkar rusuk bergerak ke bawah.
(c) Tekanan udara lebih rendah di dalam peparu.
(d) Isi padu rongga toraks berkurang.

4. Gariskan jawapan yang betul tentang perbezaan kandungan gas dalam udara sedutan dan
udara hembusan.
(a) Peratus komposisi oksigen dalam udara sedutan adalah (lebih tinggi/lebih rendah)
daripada peratus komposisi oksigen dalam udara hembusan.
(b) Peratus komposisi karbon dioksida dalam udara sedutan adalah (lebih tinggi/
lebih rendah) daripada peratus komposisi karbon dioksida dalam udara hembusan.

75
5. (a) Apakah fungsi hemoglobin dalam sistem respirasi manusia?
(b) Apakah kepentingan ciri oksihemoglobin sebagai sebatian yang kurang stabil dalam
pertukaran gas di dalam badan?

6. Azura merupakan seorang pesakit asma.


(a) Mengapakah doktor menasihati Azura supaya mengurangkan lawatannya ke kebun
bunga semasa musim bunga?
(b) Selain kebun bunga, namakan dua lokasi lain yang harus dijauhi oleh Azura.
Terangkan jawapan anda.

7. (a) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kecekapan alveolus untuk


memaksimumkan pertukaran gas di dalam badan manusia.
(b) Nyatakan satu simptom dalam setiap penyakit respiratori yang berikut:
Apakah yang menyebabkan simptom ini?
(i) Asma
Simptom :
Sebabnya :

(ii) Bronkitis
Simptom :
Sebabnya :

(iii) Emfisema
Simptom :
Sebabnya :

8. Huraikan tiga cara untuk memelihara kesihatan sistem respirasi.

9. Mengapakah tempat menunggu pengangkutan awam seperti stesen LRT dan perhentian
bas perlu dijadikan kawasan larangan merokok?

10. (a) Berikan satu persamaan dalam pertukaran gas antara serangga dengan tumbuhan.
(b) Adakah sistem respirasi serangga lebih atau kurang berkesan berbanding sistem
respirasi manusia?
(c) Terangkan jawapan anda di 10(b).

11. (a) Gas X memudaratkan sistem respirasi manusia. Gas X akan meresap ke dalam kereta
yang tidak bergerak dengan pendingin hawanya terpasang, tingkapnya tertutup dan
enjinnya dihidupkan. Namakan gas X.
(b) Terangkan kesan gas tersebut dalam situasi di 11(a).

76
Bab 2: Respirasi

Fokus KBAT
12. Perubahan isi padu udara dalam peparu bagi pelari X dan Y adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3 (a) dan 3 (b).
Isi padu udara dalam peparu pelari X melawan masa Isi padu udara dalam peparu pelari Y melawan masa

5 5

Isi padu udara dalam peparu (dm3)


Isi padu udara dalam peparu (dm3)

4 4

3 3

2 2

Berjalan Berlari Berjalan


1 Berjalan Berlari Berjalan 1

0 0
20 40 60 80 100 20 40 60 80 100
Masa (saat) Masa (saat)
Rajah 3 (a) Rajah 3 (b)
(a) Nyatakan isi padu udara maksimum dalam peparu pelari yang berikut semasa berjalan.
(i) Pelari X
(ii) Pelari Y
(b) Nyatakan isi padu udara maksimum dalam peparu pelari yang berikut:
(i) Pelari X
(ii) Pelari Y
(c) Daripada graf dalam Rajah 3 (a) dan 3 (b), nyatakan hubung kait antara jenis aktiviti
yang dilakukan dengan isi padu peparu maksimum bagi pelari yang berkenaan.
Terangkan.
(d) Jika seorang daripada pelari X dan Y merupakan perokok, yang manakah perokok itu?
Terangkan.
(e) Bagaimanakah penambahan isi padu peparu maksimum mempengaruhi kadar
respirasi? Terangkan.

77
Bab
Bab
ab
1
3
Pengangkutan

Apakah sistem pengangkutan


dalam organisma?
Apakah komponen, kandungan
dan kumpulan darah manusia?
Apakah faktor yang
mempengaruhi kadar
transpirasi dalam tumbuhan?

Marilah kita mengkaji


Sistem pengangkutan dalam organisma
Sistem peredaran darah
Darah manusia
Pengangkutan dalam tumbuhan
Sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan
dalam tumbuhan

78
Galeri Sains

Pada tahun 1966, sebuah filem fiksyen sains Fantastic Voyage


telah banyak menarik minat penonton termasuk ahli sains!
Dalam filem ini, sepasukan ahli perubatan dimasukkan ke
dalam sebuah kapal selam yang dikecilkan saiznya (saiznya
sebesar satu sel darah merah) selama satu jam dengan
menggunakan teknologi hasil rekaan ahli sains, Jan Benes.
Kapal selam ini kemudiannya disuntikkan ke dalam sistem
peredaran darah di dalam badan Jan Benes untuk
menyingkirkan gumpalan darah di dalam otaknya dengan
menggunakan laser.
Kapal selam yang berada dalam sistem peredaran darah
Jan Benes itu perlu bergerak melalui jantung, peparu dan
bahagian badan yang lain sebelum sampai ke gumpalan darah
di otaknya. Dapatkah gumpalan darah itu disingkirkan dengan
menggunakan laser dalam tempoh satu jam? Adakah filem ini
berkemungkinan dikelaskan sebagai filem dokumentari sains
pada masa hadapan? Mengapa?

Kata Kunci

Jantung Antibodi
Arteri Transpirasi
Vena Pelembakan (gutasi)
Kapilari Xilem
Antigen Floem

79
3.1 Sistem Pengangkutan dalam Organisma

Gambar foto 3.1 Peta Transit Rel Lembah Klang

Mengapakah KL Sentral
Pernahkah anda menggunakan Peta
RIFQI dikenali sebagai
Transit Rel Lembah Klang seperti yang AIN
‘jantung’ kepada
ditunjukkan dalam Gambar foto 3.1
jaringan laluan transit?
untuk merancang perjalanan?

Banding dan bezakan


Apakah kepentingan jaringan sistem pengangkutan awam
laluan transit dalam sistem dengan sistem pengangkutan
pengangkutan awam? dalam organisma.
80
Bab 3: Pengangkutan

Keperluan Sistem Pengangkutan dalam Organisma


Setiap sel memerlukan oksigen untuk respirasi sel dan nutrien untuk mendapatkan tenaga.
Pada masa yang sama, karbon dioksida dan bahan kumuh lain yang dihasilkan oleh sel perlu
disingkirkan ke persekitaran luar. Proses membawa oksigen, nutrien dan bahan keperluan lain
dari persekitaran luar masuk ke dalam sel adalah secara resapan. Proses menyingkirkan bahan
kumuh daripada sel juga adalah secara resapan. Apakah sistem yang membawa bahan keperluan
ke seluruh bahagian badan organisma dan menyingkirkan bahan
kumuh keluar dari badan?

Sistem Pengangkutan dalam Organisma Ringkas


Organisma ringkas seperti organisma unisel (Gambar foto 3.2)
tidak mempunyai sistem pengangkutan yang khusus. Bahan
keperluan sel seperti oksigen dan nutrien masuk terus ke dalam Amoeba sp.
sel secara resapan melalui membran sel. Bahan kumuh seperti
karbon dioksida juga disingkir keluar dari sel ke persekitaran Euglena
E sp.
luar secara resapan melalui membran sel.

Sistem Pengangkutan dalam Organisma Kompleks


Organisma kompleks seperti manusia, haiwan vertebrata dan Paramecium sp.
tumbuhan multisel mempunyai sistem pengangkutan yang Gambar foto 3.2 Contoh
khusus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1. organisma unisel

Xilem

Jantung Salur
darah

Floem Xilem
Stoma Floem

Floem

Xilem

(a) Manusia (b) Tumbuhan

Rajah 3.1 Contoh organisma kompleks dengan sistem pengangkutan yang khusus

Proses pertukaran bahan keperluan sel dan bahan kumuh antara organisma kompleks
dengan persekitaran luar (secara resapan) berlaku secara perlahan dan tidak menyeluruh
kerana isi padu organisma kompleks adalah besar. Oleh sebab itu, organisma kompleks perlu
mempunyai sistem pengangkutan yang khusus. Melalui sistem pengangkutan yang khusus ini,
oksigen dan nutrien dapat diangkut ke semua sel badan dalam organisma kompleks serta dapat
menyingkirkan bahan kumuh dari semua sel badan ke persekitaran luar.
3.1.1 3.1.2 81
Kepentingan Fungsi Sistem Pengangkutan dalam Organisma
Kepentingan fungsi dan impak sistem pengangkutan dalam organisma adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
Sistem pengangkutan
mengangkut bahan
Sistem pengangkutan
keperluan sel seperti
Kepentingan
Kepenti tingan mengangkut bahan keperluan
oksigen dan nutrien yang
fungsi
fung
fu si sistem
ngsi s
sis
iste
temm sel tumbuhan seperti garam
digunakan untuk
pengangkutan
peng
pe ngan
angk
gkututan
an mineral, air dan hasil
menghasilkan tenaga
dalam
dala
da lamm fotosintesis untuk
melalui respirasi sel. Tenaga
organisma
orga
or gani
nism
sma a menjalankan semua proses
ini digunakan untuk semua
hidup dalam tumbuhan.
proses hidup yang berlaku
di dalam badan organisma.

Sistem pengangkutan menyingkirkan bahan kumuh yang bertoksik keluar dari sel di
dalam organisma ke persekitaran luar. Bahan kumuh bertoksik yang gagal
disingkirkan dari sel akan meracuni badan dan membunuh organisma tersebut.

Rajah 3.2 Kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma

Aktiviti 3.1
Mencari dan berkongsi maklumat tentang keperluan, fungsi,
P A K -21
kepentingan dan impak sistem pengangkutan dalam organisma • KMK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari maklumat dan buat perkongsian tentang perkara yang berikut:
(a) Keperluan sistem pengangkutan dalam organisma
(b) Fungsi sistem pengangkutan dalam organisma
(c) Kepentingan sistem pengangkutan dalam organisma
(d) Impak sekiranya sistem pengangkutan tidak dapat berfungsi dengan baik
3. Bincangkan maklumat yang telah dikongsikan.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk
persembahan multimedia seperti MS PowerPoint.

Praktis Formatif 3.1


1. Apakah fungsi sistem pengangkutan dalam organisma?
2. Nyatakan dua contoh bahan keperluan sel dan dua contoh bahan kumuh yang
disingkirkan daripada sel.
3. Apakah kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma?
4. Terangkan impak terhadap organisma sekiranya sistem pengangkutan organisma tidak
dapat berfungsi dengan baik.

82 3.1.3
Bab 3: Pengangkutan

3.2 Sistem Peredaran Darah

Sistem Peredaran Darah Haiwan Vertebrata


Manusia dan semua haiwan vertebrata seperti mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan
(organisma kompleks) mempunyai sistem pengangkutan yang khusus, iaitu sistem peredaran
darah. Dalam sistem peredaran darah bagi semua haiwan vertebrata, darah sentiasa mengalir
di dalam salur darah yang berterusan ke seluruh bahagian badan dalam satu kitaran lengkap
melalui jantung. Namun, terdapat perbezaan yang ketara antara sistem peredaran darah bagi
mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan. Berapa kalikah darah mengalir melalui jantung
mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan dalam satu kitaran lengkap ke seluruh bahagian
badan? Berapakah pula bilangan atrium dan ventrikel di dalam jantung mamalia, reptilia,
amfibia, burung dan ikan? Jalankan Aktiviti 3.2 untuk mengetahui perbezaannya.

Aktiviti 3.2
Membanding dan membezakan sistem peredaran darah bagi
P A K -21
haiwan vertebrata • KBMM
• Aktiviti
perbincangan
Arahan
1. Buat pembacaan aktif untuk membanding dan membezakan sistem
peredaran darah bagi haiwan vertebrata seperti mamalia, reptilia, amfibia, burung
dan ikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3 dan 3.4.

Kapilari
Kap
pilari in
insang
nsang Kapilari peparu
dan kulit

Arteri

Ventrikel
Jantung
Jantun
ng Atrium
Atrium Atrium

V
Ventrikel
Jantung
Vena

Kap
Kapilari
pilari badan
baadan Kapilari badan
(a) Ikan (b) Amfibia
Rajah 3.3

3.2.1 83
Kapilari
K ap
pil ri p
pilar peparu
ep
paru
pa u K
Kapilari
ap
pilari
l i pep
peparu
parru
u

Atrium
trium
m Atrium
A
Atriu
um Atrium
Atr
rium Atrium
A
Atriu
um

Ventrikel
entrikel Ventrikel
Vent
Ventrikel
ntrikel Jantung
Jantun
ng Jantung
Jantun
ng

Kapilari
K pilari
Kap
pil badan
ilarii b
ba dan
d n Kapilari
Kap
Kap ari badan
piiilar
p lar baad
b dan
d n
Reptilia
(c) Rept
Reptili
tiliia (d)
d) Mamalia
(d Mamalia
malia dan
lli da
d burung
an b
bur
rungg

Rajah 3.4

2. Lengkapkan carta yang menunjukkan perbandingan sistem peredaran darah bagi


haiwan vertebrata seperti mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan.

Sistem peredaran darah


bagi haiwan vertebrata

Persamaan Perbezaan

Mamalia
Terdiri daripada Ikan Amfibia Reptilia
dan burung
satu sistem yang
membolehkan darah
sentiasa mengalir di
dalam salur darah
secara berterusan
melalui jantung
yang mengepam
darah ke seluruh
badan dan kembali
ke jantung.

84 3.2.1
Bab 3: Pengangkutan

Sistem Peredaran Darah Manusia


Sistem peredaran darah manusia melibatkan peredaran darah yang dipam oleh satu organ
yang dikenali sebagai jantung ke seluruh bahagian badan dan salur darah yang khusus, iaitu
arteri, kapilari dan vena seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

J
Jantung

Arteri Vena

• Sistem peredaran darah manusia


• Fungsi sistem peredaran darah

Rajah 3.5 Sistem peredaran darah manusia

3.2.1 3.2.2 85
Struktur dan Fungsi Jantung Manusia
Jantung manusia mempunyai empat ruang, iaitu dua atrium dan dua ventrikel seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.6 dan 3.7.

Aorta
Arteri pulmonari

Vena
pulmonari
Vena kava superior

Atrium kiri
Injap sabit

Injap bikuspid
Atrium kanan

Injap trikuspid Injap sabit

Vena kava inferior Ventrikel kiri

PETUNJUK:
Darah beroksigen Ventrikel kanan
Septum
Darah terdeoksigen

Rajah 3.6 Struktur keratan membujur jantung manusia

Atrium kanan mempunyai dinding berotot yang nipis.


Fungsi:
t Darah terdeoksigen dari seluruh badan LFDVBMJQFQBSVNFNBTVLJatrium kanan
melalui vena kava superior dan vena kava inferior.
t "QBCJMBatrium kanan mengecut darah terdeoksigen dipaksa mengalir masuk
LFEBMBNSVBOHEJCBXBIOZB JBJUV ventrikel kanan.

Injap trikuspid
Fungsi:
Hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kanan ke ventrikel kanan.

Ventrikel kanan mempunyai dinding berotot yang tebal.


Fungsi:
"QBCJMBWFOUSJLFMLBOBONFOHFDVU EBSBIUFSEFPLTJHFO dipaksa mengalir
keluar ke dalam arteri pulmonari untuk dibawa ke peparu.

86 3.2.2
Bab 3: Pengangkutan

Injap sabit
Tempoh masa bagi darah
Fungsi:
membuat satu peredaran lengkap
Injap sabit pada arteri pulmonari
dari jantung ke seluruh bahagian
dan aorta memastikan darah
badan termasuk peparu dan
mengalir dalam satu hala dan
kembali ke jantung adalah lebih
tidak berpatah balik ke ventrikel.
kurang 1 minit!

Atrium kiri mempunyai dinding


berotot yang nipis.
Fungsi:
Aorta
t Darah beroksigen dari
Injap sabit peparu memasuki atrium kiri
melalui vena pulmonari.
Arteri pulmonari t "QBCJMBBUSJVNLJSJNFOHFDVU 
Vena
darah beroksigen dipaksa
pulmonari
mengalir masuk ke dalam
SVBOHEJCBXBIOZB JBJUV
ventrikel kiri.
Vena kava

Injap bikuspid
Fungsi:
Hanya membenarkan pengaliran
Atrium darah satu hala dari atrium kiri
kiri ke ventrikel kiri.
Atrium
kanan

Ventrikel kiri mempunyai dinding


berotot yang paling tebal.
Fungsi:
"QBCJMBWFOUSJLFMLJSJNFOHFDVU 
darah beroksigen dipaksa
mengalir keluar ke dalam aorta
Ventrikel Ventrikel
untuk dibawa ke seluruh bahagian
kanan kiri
CBEBOLFDVBMJQFQBSV

Septum ialah dinding otot yang


memisahkan jantung sebelah kiri
dengan jantung sebelah kanan.
Fungsi:
Menghalang darah beroksigen
CFSDBNQVSEFOHBOEBSBI
terdeoksigen.

Rajah 3.7 Struktur ringkas jantung manusia


dan peredaran darah melalui jantung

3.2.2 87
Struktur dan Fungsi Salur Darah Utama
Terdapat tiga jenis salur darah utama manusia, iaitu arteri, kapilari dan vena. Rajah 3.8
menunjukkan hubungan antara arteri, kapilari dan vena. Perhatikan arah peredaran darah
melalui arteri, kapilari dan vena dalam rajah tersebut.
Dari jantung Ke jantung

Lumen Injap Lumen

Dinding nipis
Dinding tebal,
berotot dan Lumen
elastik

Lumen Jaringan
Arteri kapilari Vena

Rajah 3.8 Hubungan antara arteri, kapilari dan vena

Jadual 3.1 Struktur dan fungsi arteri, kapilari dan vena


Jenis salur
Arteri Kapilari Vena
darah
Struktur Lumen Satu lapisan sel Lumen

Lumen

Injap

• Dinding yang tebal, • Dinding paling nipis • Dinding yang nipis, sedikit
berotot dan banyak tisu setebal satu sel tanpa berotot dan elastik untuk
elastik adalah untuk otot atau tisu elastik memudahkan pengaliran
menahan tekanan darah • Tiada injap darah pada tekanan darah
yang tinggi • Saiz lumen paling kecil yang rendah
• Tiada injap • Mempunyai injap
• Saiz lumen kecil • Saiz lumen besar
Fungsi • Mengangkut darah • Membenarkan • Mengangkut darah
beroksigen keluar pertukaran gas, terdeoksigen balik semula
dari jantung ke seluruh makanan dan bahan ke jantung dari seluruh
badan kecuali peparu kumuh antara darah badan kecuali peparu
• Arteri pulmonari dengan sel badan • Vena pulmonari
mengangkut darah secara resapan melalui mengangkut darah
terdeoksigen dari dinding nipis kapilari beroksigen dari peparu
jantung ke peparu. ke jantung.
Peredaran • Pengaliran darah yang • Pengaliran darah yang • Pengaliran darah yang
darah cepat pada tekanan perlahan pada tekanan perlahan pada tekanan
darah yang tinggi darah yang menurun darah yang rendah
• Denyutan nadi dikesan • Tiada denyutan nadi • Tiada denyutan nadi

88 3.2.2
Bab 3: Pengangkutan

Sistem Peredaran Darah ‘Ganda Dua’


Manusia dan mamalia yang lain mempunyai sistem peredaran darah ‘ganda dua’ yang terdiri
daripada sistem peredaran pulmonari dan sistem peredaran sistemik. Buat pembacaan aktif
untuk membanding dan membezakan sistem peredaran pulmonari dan sistem peredaran
sistemik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.9.

Arteri pulmonari Vena pulmonari Sistem Peredaran Pulmonari


Peparu Peparu

Arteri Vena
pulmonari pulmonari

Jantung

Sistem Peredaran Sistemik


Seluruh badan
Vena Arteri kecuali peparu

Arteri Vena

Seluruh Jantung
bahagian badan
kecuali peparu

Rajah 3.9 Sistem peredaran pulmonari dan sistem peredaran sistemik

Aktiviti 3.3
Membuat persembahan multimedia berdasarkan kajian terhadap jantung
P A K -21
biri-biri yang sebenar untuk menerangkan struktur dan fungsinya • KMK
• Aktiviti
Arahan pembacaan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. aktif
2. Setiap kumpulan perlu membuat persembahan tentang kajian
terhadap jantung sebenar seperti jantung biri-biri untuk menerangkan struktur
dan fungsinya.
Contoh:
Video pembedahan jantung biri-biri

3.2.2 89
Denyutan Jantung

Pernahkah anda mendengar bunyi


‘lub dub’ yang dihasilkan oleh jantung
yang berdenyut seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 3.3?

Antara bunyi ‘lub’ dengan


SELVI
bunyi ‘dub’, yang manakah
lebih kuat? Gambar foto 3.3 Mendengar bunyi ‘lub dub’
semasa jantung berdenyut
Bagaimanakah
bunyi ‘lub dub’
ini dihasilkan?

Tonton video ini


untuk memahami
Rajah 3.10 menunjukkan urutan pembukaan dan proses diastol
penutupan injap-injap di dalam jantung semasa dan sistol
jantung berdenyut.
nyu
yyut
ut.

Injap sabit Injap


tertutup bikuspid
Injap Injap tertutup
bikuspid trikuspid
terbuka tertutup
Injap
trikuspid Injap
terbuka sabit
terbuka

DIASTOL
DIAST SISTOL
SI

Bunyi ‘dub’ dihasilkan oleh penutupan injap Bunyi ‘lub’ pula dihasilkan oleh penutupan injap
sabit pada aorta dan arteri pulmonari semasa trikuspid dan bikuspid antara atrium dengan
pengenduran ventrikel berlaku. Keadaan ini ventrikel semasa pengecutan ventrikel berlaku.
dikenali sebagai diastol. Bacaan tekanan Keadaan ini dikenali sebagai sistol. Bacaan
darah yang mengalir dan mengisi jantung tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung
dipanggil bacaan tekanan diastolik. dipanggil bacaan tekanan sistolik.

Rajah 3.10 Diastol dan sistol


90 3.2.3
Bab 3: Pengangkutan

Pengukuran Tekanan Darah


Tekanan darah lazimnya diukur dengan menggunakan alat sfigmomanometer seperti dalam
Gambar foto 3.4.

Pengambilan bacaan tekanan


diastolik dan sistolik daripada
alat sfigmomanometer adalah
berdasarkan pendengaran bunyi
yang dihasilkan oleh peredaran
darah semasa diastol dan
sistol berlaku. Oleh sebab itu,
penggunaan sfigmomanometer
untuk mengambil bacaan
tekanan diastolik dan sistolik
lazimnya dilakukan oleh doktor
yang berpengalaman.

Gambar foto 3.4 Mengukur tekanan darah

Bacaan tekanan sistolik bagi seorang pemuda lazimnya Cabaran


ialah 120 mm Hg dan bacaan tekanan diastoliknya ialah MINDA
75 mm Hg. Maka, bacaan tekanan darah ini biasanya Mengapakah bacaan tekanan
ditulis sebagai 120/75 mm Hg. Ukur dan baca tekanan sistolik lebih tinggi daripada
bacaan tekanan diastolik?
darah (sistolik dan diastolik) anda dengan menggunakan
alat sfigmomanometer.

Kadar Denyutan Nadi


Gambar foto 3.5 menunjukkan satu daripada
aktiviti pemeriksaan perubatan yang lazimnya
dijalankan oleh seorang doktor terhadap
pesakit. Apakah kuantiti yang diukur
seperti yang ditunjukkan dalam
gambar foto tersebut?
Denyutan nadi dihasilkan
oleh pengecutan dan pengenduran
dinding arteri yang berotot. Adakah
kadar denyutan nadi anda tetap atau
berubah-ubah? Berikan dua contoh
keadaan dalam kehidupan harian
anda yang meningkatkan kadar
denyutan nadi. Mari kita jalankan
Eksperimen 3.1 untuk mengkaji
faktor yang mempengaruhi kadar
denyutan nadi.
Gambar foto 3.5 Mengesan denyutan nadi

3.2.3 91
Eksperimen 3.1

Tujuan
Mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi

Pernyataan masalah
Bagaimanakah keaktifan aktiviti fizikal mempengaruhi kadar denyutan nadi?

Hipotesis
Semakin aktif aktiviti fizikal, semakin tinggi kadar denyutan nadi.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis aktiviti
(b) bergerak balas : Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan : Tempoh masa aktiviti

Radas
Jam

Prosedur
1. Berehat selama 5 minit. Kemudian, ambil denyutan
nadi anda seperti dalam Rajah 3.11.
2. Dengan menggunakan jam, hitung dan rekod
bilangan denyutan nadi anda dalam tempoh
10 saat dalam jadual. Hitung kadar denyutan nadi
dalam unit bilangan denyutan nadi per minit.
3. Ulang langkah 1 dan 2 selepas melakukan setiap
10
5

15
60

20
55

25
50

30
45

35
40
3
6
24 27 30

15 12 9

jenis aktiviti yang berikut dalam tempoh 5 minit.


21
18

(a) Berjalan secara perlahan


Rajah 3.11
(b) Berlari

Kadar denyutan nadi


Bilangan denyutan nadi
Jenis aktiviti (bilangan denyutan nadi
dalam tempoh 10 saat
per minit)

Berehat

Berjalan secara perlahan

Berlari

Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
1. Bagaimanakah jenis aktiviti mempengaruhi kadar denyutan nadi?
2. Bagaimanakah peningkatan denyutan nadi semasa melakukan aktiviti aktif
dihubungkaitkan dengan kadar pengambilan gas oksigen dan pembebasan gas
karbon dioksida?

92 3.2.3
Bab 3: Pengangkutan

Faktor Lain yang Mempengaruhi Kadar Denyutan Nadi


Selain kesan aktiviti fizikal terhadap kadar
denyutan nadi, faktor lain yang mempengaruhi
kadar denyutan nadi adalah seperti yang berikut:

A Jantina
Purata kadar denyutan nadi bagi lelaki dewasa
ialah antara 70 hingga 72 denyutan per minit
dan purata kadar denyutan nadi bagi perempuan
dewasa ialah antara 78 hingga 82 denyutan
per minit. Perbezaan kadar denyutan nadi antara
lelaki dengan perempuan ini adalah disebabkan
oleh perbezaan saiz jantung. Jantung perempuan Gambar foto 3.6 Alat pengukur
yang lazimnya lebih kecil saiznya mengepam tekanan darah dan kadar denyutan
kurang darah bagi setiap denyutan dan perlu nadi yang moden
berdenyut pada kadar yang lebih tinggi
berbanding dengan jantung lelaki.

B Umur
Perhatikan Jadual 3.2. Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar
denyutan nadinya.
Jadual 3.2 Kadar purata denyutan nadi maksimum mengikut umur
Umur (tahun) Kadar purata denyutan nadi maksimum (denyutan per minit)
20 200

25 195

30 190

35 185
40 180
45 175
50 170
55 165
60 160
65 155
70 150

(Sumber: https://healthyforgood.heart.org/move-more/articles/target-heart-rates)

C Kesihatan badan
Kadar denyutan nadi seorang individu yang kurang sihat lazimnya lebih tinggi atau lebih
rendah daripada kadar denyutan nadi yang normal. Kadar denyutan nadi yang terlalu tinggi
atau rendah adalah berbahaya dan boleh membawa maut.
3.2.3 93
Kepentingan Menjaga Kesihatan Jantung
Kesihatan jantung perlu diberi perhatian memandangkan fungsinya yang sangat penting dalam
kelangsungan hidup manusia. Bagaimanakah kita dapat meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman tentang kesihatan jantung dalam kalangan rakyat Malaysia? Jalankan Aktiviti 3.4.

Aktiviti 3.4
Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang kesihatan
P A K -21
jantung melalui pembelajaran berasaskan projek dengan • KMK, KIAK,
pendekatan STEM KBMM, STEM
• Aktiviti
menjalankan
Tujuan projek
Mengkaji hubung kait antara tabiat pemakanan dan gaya hidup
dengan masalah kesihatan jantung dalam kalangan penduduk setempat

Bahan
Bahan bercetak dan Internet

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan lima hingga enam orang.
2. Kaji pernyataan masalah yang berikut:

Penyakit jantung kekal menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat
Malaysia sejak tahun 2005. Masalah ini berkait rapat dengan cara pemakanan
dan gaya hidup rakyat Malaysia.

3. Kumpulkan maklumat tentang perkara yang berkaitan dengan pernyataan masalah


yang diberikan seperti yang berikut:
(a) Apakah jenis penyakit jantung?
(b) Apakah penyebab penyakit jantung?
(c) Cara mengelakkan penyakit jantung.
(d) Cara mencegah penyakit jantung.
(e) Dan lain-lain.
4. Bincangkan maklumat yang diperlukan dan lengkapkan Borang Strategi Data K-W-L
sebagai panduan untuk menyediakan satu borang soal selidik.
5. Borang Strategi Data K-W-L disediakan dalam kertas sebak untuk sesi ‘Galeri
Susur Minda’.
6. Sediakan satu borang soal selidik yang berkaitan dengan tajuk kajian.
7. Laksanakan kajian (sekurang-kurangnya 30 responden) dan analisis dapatan kajian
selama seminggu.
8. Bentangkan analisis setiap item dalam instrumen kajian dengan menggunakan kertas
sebak atau perisian MS PowerPoint.
9. Bentangkan analisis kajian di dalam kelas dalam bentuk graf dengan menggunakan
perisian MS PowerPoint.

94 3.2.4
Bab 3: Pengangkutan

10. Selepas sesi pembentangan dan perbincangan, jalankan aktiviti yang berikut dalam
kumpulan dengan bimbingan guru anda.
(a) Pembentangan dapatan kajian di perhimpunan sekolah
(b) Program ceramah kesihatan yang bertajuk ‘JOM JAGA JANTUNG KITA’ sebagai
aktiviti ko-kurikulum
(c) Pertandingan Poster : Penjagaan Kesihatan Jantung Kita
(d) Menghasilkan risalah info grafik berkaitan dengan penjagaan kesihatan jantung
yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup

Catatan:
Apakah Borang Strategi Data K-W-L?

Borang Strategi Data K-W-L merupakan strategi pembacaan aktif.


Menyediakan murid untuk meramal apa yang dibaca dan berupaya
melibatkan murid lain dalam kandungan topik yang dibincangkan.

Borang Strategi Data K-W-L

K – Apa yang kami W – Apa yang kami L – Apa yang kami


tahu ingin tahu pelajari

M
Malaysiaku
Pada Julai, 2017, pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) telah berjaya
menggantikan aorta seorang pesakit jantung yang rosak dengan aorta buatan manusia.
Dapatkan maklumat lanjut mengenainya melalui laman sesawang yang berikut:
http://links.andl17.com/BT_Sains_95_1

Praktis Formatif 3.2


1. Apakah maksud sistem peredaran darah bagi haiwan?
2. Bezakan fungsi antara arteri, kapilari dan vena.
3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi.
4. Apakah kepentingan menjaga kesihatan jantung?

3.2.4 95
3.3 Darah Manusia

Komponen dan Kandungan


Darah Manusia Nyatakan komponen darah
yang mengangkut oksigen ke
Darah mengangkut oksigen dan nutrien seluruh bahagian badan.
ke sel badan. Darah juga mengangkut
bahan kumuh dari sel badan. Apakah warna LIM

komponen
darah ini?

Ahli hematologi ialah pakar


perubatan yang mengkaji
komponen, kandungan dan
penyakit yang berkaitan dengan
darah manusia.

Darah merupakan sejenis campuran


kerana darah dapat diasingkan kepada
dua komponen, iaitu cecair kuning yang
terapung di atas cecair merah seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 3.7. Cecair kuning
Komponen darah lazimnya diasingkan
dengan menggunakan kaedah emparan. Cecair merah
Campuran darah diputarkan dengan
cepat dalam alat emparan seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 3.8. Gambar foto 3.7 Dua komponen darah

Keadaan darah Keadaan darah


sebelum emparan. selepas emparan.

Gambar foto 3.8 Pengasingan komponen darah melalui kaedah emparan

96 3.3.1
Bab 3: Pengangkutan

Komponen Darah
Darah terdiri daripada ampaian sel darah merah,
Plasma darah
sel darah putih, platlet dan plasma darah seperti (55%)
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.12.
Plasma darah terdiri daripada kira-kira 90% air Sel darah putih
dan 10% bahan terlarut mengalir ke seluruh bahagian dan platlet (<1%)
badan. Bahan terlarut tersebut termasuklah nutrien, gas
Sel darah
karbon dioksida, enzim, hormon dan bahan kumuh. merah (45%)
Mari jalankan Aktiviti 3.5 untuk mengkaji bahan yang
diangkut oleh darah.
Rajah 3.12 Komponen darah manusia

Aktiviti 3.5
Mengkaji bahan yang diangkut oleh darah
P A K -21
• KBMM
Arahan • Aktiviti
1. Secara berkumpulan, cari maklumat tentang bahan yang diangkut perbincangan
oleh darah, iaitu nutrien, gas, enzim, hormon dan bahan kumuh.
2. Buat pembacaan aktif tentang maklumat yang telah dikumpulkan.
3. Bincangkan maklumat yang telah dikumpulkan dan bentangkan hasil perbincangan
kumpulan anda di dalam kelas.
4. Lengkapkan peta pokok yang berikut untuk menunjukkan bahan yang diangkut oleh
darah dan ciri bahan berkenaan.

Bahan yang diangkut oleh darah

Nutrien Gas Enzim Hormon Bahan kumuh

3.3.1 97
Kumpulan Darah Manusia
Antigen dalam Sel Darah Merah
Darah manusia dapat dikelaskan kepada empat kumpulan darah, iaitu A, B, AB dan O
mengikut jenis antigen, sekiranya ada, dalam sel darah merah. Jenis antigen yang wujud dalam
sel darah merah ialah antigen A atau antigen B. Pengelasan kumpulan darah A, B, AB dan O
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.13.

Kumpulan darah A Kumpulan darah B

Individu daripada Individu daripada


kumpulan darah A kumpulan darah B
mempunyai hanya mempunyai hanya
Sel darah antigen A. antigen B.
merah Antigen A Antigen B

Kumpulan darah AB Kumpulan darah O

Individu daripada Individu daripada


kumpulan darah kumpulan darah O
AB mempunyai tidak mempunyai
antigen A dan antigen A atau
antigen B. antigen B.
Antigen A Antigen B

Rajah 3.13 Pengelasan kumpulan darah manusia

Antibodi dalam Plasma Darah


Plasma darah mengandungi antibodi. Jenis antibodi yang wujud dalam plasma darah ialah
antibodi Anti-A dan antibodi Anti-B. Jenis darah, antigen dan antibodi ditunjukkan dalam
Jadual 3.3.
Jadual 3.3 Jenis darah, antigen dan antibodi
Jenis antigen Jenis antibodi
Jenis darah
(Di permukaan sel darah merah) (Dalam plasma darah)
A A Anti-B
B B Anti-A
AB A dan B –
O – Anti-A dan Anti-B

Antibodi akan menyerang antigen yang sepadan dengannya dan menyebabkan penggumpalan
darah berlaku. Hal ini boleh menyebabkan kematian. Contohnya, antibodi Anti-A akan
menyerang antigen A dan antibodi Anti-B akan menyerang antigen B.

98 3.3.1 3.3.2
Bab 3: Pengangkutan

Rumusan berdasarkan Jadual 3.3

• Seorang individu yang mempunyai antibodi Anti-A (darah jenis B) tidak boleh menerima
darah jenis A dan AB kerana kedua-dua jenis darah tersebut mempunyai antigen A.
• Individu yang mempunyai antibodi Anti-B pula (darah jenis A) tidak boleh menerima
darah jenis B dan AB kerana kedua-dua jenis darah tersebut mempunyai antigen B.
• Individu yang mempunyai darah jenis AB bebas menerima semua jenis darah kerana
tiada antibodi dalam darahnya (Penerima universal).
• Individu yang mempunyai darah jenis O pula tidak dapat menerima sebarang jenis darah
lain kerana kehadiran antibodi Anti-A dan Anti-B dalam plasma darahnya.

Maka kebolehan seseorang menerima darah bergantung


Cabaran
pada kehadiran antibodi dalam plasma darahnya. MINDA
Mengapakah individu yang
Padanan Kumpulan Darah Penderma mempunyai darah jenis O dikenali
dan Penerima sebagai penderma universal?

Sebelum pemindahan darah, kita perlu mengetahui bahawa kumpulan darah penderma dan
penerima mestilah serasi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Jika tidak, darah akan
menggumpal. Situasi ini boleh membunuh penerima.

Jadual 3.4 Padanan kumpulan darah penderma dan penerima


Kumpulan darah penerima
Kumpulan darah penderma
A B AB O
A  ×  ×
B ×   ×
AB × ×  ×
O    
Nota: Padanan darah untuk pemindahan (: serasi; ×: tidak serasi)

Kepentingan Menderma Darah


Setiap hari darah
Perhatikan fakta yang ditunjukkan dalam diperlukan untuk
Rajah 3.14. menyelamatkan
Adakah anda bersetuju tentang usaha nyawa. Darah
mewajarkan kepentingan menderma mungkin diperlukan n
darah dalam konteks kehidupan harian? untuk pembedahan, n
n,
mangsa kemalangan an
an
Jalankan pembelajaran berasaskan projek
atau untuk merawat att
melalui pendekatan STEM tentang pesakit leukemia,
kepentingan menderma darah hemofilia dan lain-lain.
ain
ain.
n.
melalui Aktiviti 3.6.

Rajah 3.14 Fakta bagi mewajarkan


kepentingan menderma darah

3.3.2 99
Aktiviti 3.6
Memahami dan menyelesaikan isu yang berkaitan dengan pendermaan P A K -21
darah dalam konteks kehidupan harian berasaskan projek melalui • KBMM, STEM
pendekatan STEM • Aktiviti
menjalankan
Arahan projek
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan untuk mengkaji pernyataan
yang berikut:

Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin


diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit
leukemia, hemofilia dan lain-lain.

2. Sediakan satu projek melalui pendekatan STEM untuk mencari kaedah penyelesaian
yang kreatif dan inovatif bagi isu yang berikut:
• Kepentingan menderma darah
• Kriteria yang melayakkan seseorang menderma darah
• Isu berkaitan dengan menderma darah
• Kaedah pengurusan darah yang diderma daripada segi penyimpanan dan penstoran
3. Kumpul dan analisiskan maklumat atau cara penyelesaian yang sedia ada daripada
agensi kerajaan atau swasta yang relevan dan boleh dipercayai seperti yang berikut:

Pusat Kementerian Kesihatan Bulan Sabit


Darah Kesihatan Merah
Negara Malaysia Malaysia
http:// http://links. http://links.
links. andl17. andl17.
andl17.com/BT_ com/BT_Sains_100_2 com/BT_Sains_100_3
Sains_100_1

4. Bincangkan kaedah penyelesaian yang kreatif dan inovatif yang diperoleh.


Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

Seorang individu yang sihat, jisim melebihi 45 kg


dan berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun,
boleh menderma darah. Seorang penderma
boleh menderma sehingga 0.5 liter darah pada
satu-satu masa seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar foto 3.9.
Apabila seorang individu menderma darah,
jumlah sel darah merah di dalam badannya
berkurang. Hal ini memaksa sumsum tulang untuk
menghasilkan sel baharu. Badan individu tersebut
akan menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi
dengan lebih baik.

Gambar foto 3.9 Kempen menderma darah

100 3.3.2 3.3.3


Bab 3: Pengangkutan

Praktis Formatif 3.3


1. Nyatakan empat komponen darah manusia.
2. Nyatakan komponen yang paling besar dalam darah manusia.
3. Tandakan (  ) pada kumpulan darah penderma dan penerima yang serasi dan ( × ) pada
kumpulan darah penderma dan penerima yang tidak serasi.

Kumpulan darah Kumpulan darah penerima


penderma A B AB O

AB

4. (a) Apakah kepentingan menderma darah?


(b) Nyatakan dua contoh penyakit yang dapat dirawat melalui pendermaan darah.
5. (a) Mengapakah seorang penderma darah dengan kumpulan darah O dikenali sebagai
penderma universal?
(b) Mengapakah seorang penerima darah dengan kumpulan darah AB dikenali sebagai
penerima universal?
(c) Mengapakah tempat penyimpanan darah dikenali sebagai bank darah?
6. (a) Nyatakan dua tempat orang ramai dapat menderma darah.
(b) Berikan satu situasi yang memerlukan proses pendermaan darah yang banyak.
7. Rajah 1 menunjukkan sebuah beg darah berisi darah seorang penderma yang telah diuji.

Rajah 1

(a) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan kumpulan darah penderma tersebut.


(b) Selain kumpulan darah, apakah yang diuji pada sampel darah penderma?
(c) Beg darah tersebut mengandungi beberapa bahan kimia seperti natrium sitrat.
Apakah fungsi natrium sitrat?

101
3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan

Perhatikan Rajah 3.15 (a), (b),


(c) dan (d). Bolehkah anda
terangkan apa yang berlaku
kepada tumbuhan ini yang
berubah daripada keadaan
normal menjadi layu dan
kembali menjadi normal
semula selepas disiram?
(a) Normal (b) Layu

LIM

(d) Normal (c) Disiram


ram

Rajah 3.15 Keadaan tumbuhan yang berbeza

Transpirasi Kehilangan air


secara penyejatan
Transpirasi ialah suatu proses dari permukaan
kehilangan air dalam bentuk daun melalui
wap air dari permukaan daun transpirasi
ke udara secara penyejatan.
Perhatikan Rajah 3.16 untuk
memahami proses ini.
Daun merupakan bahagian Laluan air
tumbuhan yang menjadi naik ke atas
tempat berlakunya kehilangan tumbuhan
air yang banyak melalui
proses transpirasi.
Penyerapan air
secara osmosis
ke dalam tumbuhan
melalui akar

Rajah 3.16 Transpirasi dan penyerapan air dalam tumbuhan

102 3.4.1
Bab 3: Pengangkutan

Kutikel
Keratan Rentas Daun
Epidermis
Sel mesofil
Epidermis daun terdiri daripada satu atas
palisad
lapisan sel epidermis tunggal yang
menyaluti kedua-dua permukaan atas
dan bawah daun, iaitu epidermis Xilem
Sel mesofil
atas dan epidermis bawah seperti berspan Floem
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.17.
Sel epidermis merembeskan kutikel
berlilin yang menyaluti permukaan Epidermis
bawah
luar daun untuk mengurangkan Stoma
kehilangan air semasa transpirasi. Rajah 3.17 Keratan rentas daun

Fungsi Stoma dalam Transpirasi Sel pengawal


Kebanyakan air yang hilang semasa
transpirasi dalam tumbuhan berlaku
melalui liang stoma yang terdapat
pada epidermis daun seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 3.10.
Semasa fotosintesis berlaku pada
waktu siang, stoma lazimnya terbuka Liang
seperti yang ditunjukkan dalam stoma
Gambar foto 3.10 (a). Apakah yang
memasuki sel pengawal yang menyebabkan
liang stoma terbuka?
Bukaan stoma juga menyebabkan
(a) Liang stoma (b) Liang stoma
tumbuhan kehilangan air secara transpirasi. terbuka tertutup
Gambar foto 3.10 (b) menunjukkan liang
stoma yang tertutup untuk mengurangkan Gambar foto 3.10 Liang stoma terbuka
kehilangan air secara transpirasi. dan tertutup

Pelembakan (Gutasi)
Selain kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi,
air juga hilang daripada tumbuhan melalui pelembakan atau Gutasi tidak sama dengan titisan
gutasi. Pelembakan atau gutasi merupakan kehilangan air embun. Titisan embun terbentuk
daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui hidatod daripada proses kondensasi wap
air di atmosfera kepada air.
yang sentiasa terbuka pada pinggir daun. Gutasi lazimnya
berlaku pada waktu malam atau ketika kelembapan udara
yang tinggi. Apakah nama titisan air yang dikeluarkan
pada daun seperti yang ditunjukkan dalam Gambar
foto 3.11? Jalankan Aktiviti 3.7 untuk mengkaji
dengan lebih lanjut tentang transpirasi dan
pelembakan (gutasi).

Gambar foto 3.11


Pelembakan atau gutasi
3.4.1 103
Aktiviti 3.7
Membuat pemerhatian dan persembahan kreatif untuk mengkaji P A K -21
proses transpirasi dan pelembakan (gutasi) dalam tumbuhan • KMK
• Aktiviti
Arahan menghasilkan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. inovasi
2. Setiap kumpulan perlu membuat satu persembahan kreatif untuk
mengkaji proses transpirasi dan pelembakan (gutasi) dalam tumbuhan.

Kadar Transpirasi Keamatan


cahaya
Transpirasi banyak berlaku melalui Suhu
stoma. Oleh sebab itu, bilangan stoma
mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan.
Transpirasi berlaku dengan lebih cepat
sekiranya tumbuhan itu mempunyai banyak Faktor
stoma. Faktor lain yang mempengaruhi kadar mempengaruhi
transpirasi adalah seperti yang ditunjukkan transpirasi
dalam Rajah 3.18. Jalankan Eksperimen
3.2, 3.3, 3.4 dan 3.5 untuk mengkaji Pergerakan
faktor yang mempengaruhi Kelembapan udara
kadar transpirasi. udara

Rajah 3.18 Faktor yang mempengaruhi


kadar transpirasi

Kadar transpirasi tumbuhan lazimnya dianggar dengan menggunakan potometer seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah (a) dan (b) di bawah ini.

Anak pokok
Anak pokok keembung
keembung
Kapas Takungan
Lapisan air Gelembung udara
Kapas Lapisan minyak
minyak
Kelalang Air
kon
Bikar berisi
Neraca Pembaris
230.83 g air
elektronik

(a) Potometer jisim (b) Potometer gelembung

Potometer jisim mengukur kadar transpirasi tumbuhan mengikut kadar jisim air yang diserap oleh
tumbuhan. Potometer gelembung pula mengukur kadar transpirasi tumbuhan mengikut kadar isi padu air
yang diserap oleh tumbuhan.

104 3.4.1 3.4.2


Bab 3: Pengangkutan

Eksperimen 3.2
Tujuan
Mengkaji kesan keamatan cahaya terhadap kadar transpirasi

Pernyataan masalah
Apakah kesan keamatan cahaya terhadap kadar transpirasi?

Hipotesis
Peningkatan keamatan cahaya meningkatkan kadar transpirasi.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Keamatan cahaya
(b) bergerak balas : Kadar transpirasi
(c) dimalarkan : Saiz dan jenis tumbuhan, kelembapan udara, pergerakan udara,
suhu dan masa

Bahan
Anak pokok keembung, air, kapas dan minyak

Radas
Neraca elektronik, kelalang kon, jam dan sumber cahaya seperti cahaya matahari
atau lampu

Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang 4. Hitung kadar transpirasi anak pokok
ditunjukkan dalam Rajah 3.19 dan 3.20. keembung yang terdedah kepada
2. Timbang jisim bagi dua susunan radas sumber cahaya dan dalam keadaan
ini dan rekodkan pemerhatian anda gelap di dalam almari dengan
dalam jadual. menggunakan formula yang berikut:
3. Selepas 3 jam, timbang jisim dua
susunan radas ini semula dan rekodkan Kadar Perubahan jisim potometer
=
pemerhatian anda dalam jadual. transpirasi Masa

Sumber
cahaya Almari

Kapas Kapas
Lapisan minyak Lapisan
minyak
Air
Air

240.03 g Neraca 242.50 g Neraca


elektronik elektronik

Rajah 3.19 Rajah 3.20

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

3.4.2 105
Eksperimen 3.3

Tujuan
Mengkaji kesan kelembapan udara terhadap kadar transpirasi

Pernyataan masalah
Apakah kesan kelembapan udara terhadap kadar transpirasi?

Hipotesis
Peningkatan kelembapan udara menurunkan kadar transpirasi.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Kelembapan udara
(b) bergerak balas : Kadar transpirasi
(c) dimalarkan : Saiz dan jenis tumbuhan, keamatan cahaya, pergerakan udara,
suhu dan masa

Bahan
Anak pokok keembung, kalsium klorida kontang, air, kapas dan minyak

Radas
Neraca elektronik, kelalang kon, beg plastik, jam dan sumber cahaya seperti cahaya
matahari atau lampu

Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang 3. Selepas 3 jam, timbang jisim dua
ditunjukkan dalam Rajah 3.21 dan 3.22. susunan radas ini semula dan rekodkan
2. Timbang jisim bagi dua susunan pemerhatian anda dalam jadual.
radas ini dan rekodkan pemerhatian 4. Hitung kadar transpirasi dalam dua
anda dalam jadual. susunan radas ini.

Beg plastik

Kalsium klorida
Kapas Kapas kontang
Lapisan minyak Lapisan minyak

Air Air

239.67 g Neraca 237.82 g Neraca


elektronik elektronik

Rajah 3.21 Rajah 3.22

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

106 3.4.2
Bab 3: Pengangkutan

Eksperimen 3.4

Tujuan
Mengkaji kesan pergerakan udara terhadap kadar transpirasi

Pernyataan masalah
Apakah kesan pergerakan udara terhadap kadar transpirasi?

Hipotesis
Peningkatan pergerakan udara meningkatkan kadar transpirasi.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Pergerakan udara
(b) bergerak balas : Kadar transpirasi
(c) dimalarkan : Saiz dan jenis tumbuhan, keamatan cahaya, kelembapan
udara, suhu dan masa

Bahan
Anak pokok keembung, air, kapas dan minyak

Radas
Neraca elektronik, kipas, kelalang kon dan jam

Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang 3. Selepas 3 jam, timbang jisim dua
ditunjukkan dalam Rajah 3.23 dan 3.24. susunan radas ini semula dan rekodkan
2. Timbang jisim bagi dua susunan pemerhatian anda dalam jadual.
radas ini dan rekodkan pemerhatian 4. Hitung kadar transpirasi dalam dua
anda dalam jadual. susunan radas ini.

Kapas Kapas
Lapisan Lapisan
minyak minyak
Air Air

239.52 g Neraca 240.04 g Neraca


elektronik elektronik

Rajah 3.23 Rajah 3.24

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

3.4.2 107
Eksperimen 3.5

Tujuan
Mengkaji kesan suhu terhadap kadar transpirasi

Pernyataan masalah
Apakah kesan suhu terhadap kadar transpirasi?

Hipotesis
Peningkatan suhu meningkatkan kadar transpirasi.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Suhu
(b) bergerak balas : Kadar transpirasi
(c) dimalarkan : Saiz dan jenis tumbuhan, keamatan cahaya, kelembapan
udara, pergerakan udara dan masa

Bahan
Anak pokok keembung, air, kapas dan minyak

Radas
Neraca elektronik, kelalang kon dan jam

Prosedur
1. Sediakan susunan radas seperti yang 3. Selepas 3 jam, timbang jisim dua
ditunjukkan dalam Rajah 3.25 dan 3.26. susunan radas ini semula dan rekodkan
2. Timbang jisim bagi dua susunan radas pemerhatian anda dalam jadual.
ini dan rekodkan pemerhatian anda 4. Hitung kadar transpirasi anak pokok
dalam jadual. keembung dalam dua susunan radas ini.

Bilik yang Bilik yang


sejuk atau panas atau
bersuhu rendah bersuhu tinggi

Kapas Kapas
Lapisan minyak Lapisan minyak

Air Air

244.73 g
Neraca 241.20 g Neraca
elektronik elektronik

Rajah 3.25 Rajah 3.26

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

108 3.4.2
Bab 3: Pengangkutan

Struktur dan Fungsi Komponen dalam Berkas Vaskular pada


Tumbuhan
Transpirasi juga memudahkan pengangkutan air dan garam mineral dalam tumbuhan. Semasa
transpirasi, air dan garam mineral terlarut meresap ke dalam tumbuhan melalui akar ke batang
dan daun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.27.

Xilem

Floem
Berkas
vaskular Floem
Xilem
Keratan rentas daun
Keratan rentas batang

Sukrosa bergerak
Xilem dari daun
Berkas ke bahagian
vaskular Floem lain tumbuhan
Air dan garam
Keratan rentas akar mineral diserap
oleh akar

t XilemCFSGVOHTJNFOHBOHLVUBJSEBOHBSBNNJOFSBMUFSMBSVUEBSJBLBSLFEBVONFMBMVJCBUBOHCBHJ
NFOKBMBOLBOGPUPTJOUFTJTEBOVOUVLNFOHHBOUJLBOLFIJMBOHBOBJSTFNBTBUSBOTQJSBTJ
t FloemCFSGVOHTJNFOHBOHLVUTVLSPTBZBOHUFSIBTJMEBMBNEBVOTFNBTBGPUPTJOUFTJTLFCBIBHJBO
MBJOUVNCVIBO

Rajah 3.27 Sistem pengangkutan tumbuhan berbunga dan taburan berkas


vaskular dalam daun, batang dan akar

Sistem pengangkutan dalam tumbuhan berbunga terdiri daripada dua tisu pengangkut, iaitu
xilem dan floem, yang lazimnya ditemukan dalam satu kumpulan salur yang dikenali sebagai
berkas vaskular. Perhatikan corak berkas vaskular dalam akar, batang dan daun seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.27. Adakah corak berkas vaskular dalam akar, batang dan daun
sama atau berbeza?
Layari laman sesawang dan tonton video yang berikut untuk mengetahui kedudukan dan
struktur xilem dan floem dalam berkas vaskular.

Info 1 Info 2 Video


http://links. http://links.
andl17.com/ andl17.com/
BT_Sains_109_2 BT_Sains_109_3

3.4.3 109
Laluan Air dan Makanan dalam Sistem Pengangkutan pada
Tumbuhan
Dalam Aktiviti 3.8 dan Aktiviti 3.9, kita akan menyiasat fungsi xilem dan floem.

Aktiviti 3.8 Aktiviti inkuiri


Mengkaji laluan air dalam tumbuhan dengan menggunakan pewarna yang sesuai
Tujuan
Menyiasat laluan air dalam tumbuhan
Bahan
Sebatang tumbuhan herba kecil seperti pokok keembung yang masih mempunyai daun
dan akar yang sempurna, dan larutan eosin (pewarna merah)
Radas
Kelalang kon, kaca penutup, pisau lipat, mikroskop dan slaid
Arahan
1. Basuh akar pokok keembung secara berhati-hati dengan air.
2. Rendam akar pokok keembung itu di dalam kelalang kon berisi larutan eosin seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.28.

Daun Langkah
Berjaga-jaga
• Elakkan daripada terkena
larutan eosin kerana akan
mengotorkan pakaian anda.
• Berhati-hati semasa
menggunakan pisau lipat.

Larutan eosin
Akar

Rajah 3.28

3. Selepas 30 minit, buat keratan rentas nipis daun, batang dan akar pokok dengan
menggunakan pisau lipat.
4. Perhatikan setiap keratan tersebut di bawah mikroskop.
5. Lukis satu rajah berlabel bagi setiap keratan yang telah diperhatikan itu. Kenal pasti
serta label tisu yang berwarna merah yang diwarnai oleh larutan eosin.
Soalan
1. Adakah larutan eosin tersebar secara sama rata atau mempunyai corak khusus dalam
daun, batang dan akar tumbuhan?
2. Nyatakan bahagian yang berwarna merah dalam keratan rentas daun, akar dan
batang dalam aktiviti ini.
3. Apakah kesimpulan daripada aktiviti ini?

110 3.4.3
Bab 3: Pengangkutan

Aktiviti 3.9 Aktiviti inkuiri


Mengkaji laluan makanan dalam tumbuhan
Tujuan
Menyiasat laluan makanan dalam tumbuhan Langkah
Bahan Berjaga-jaga
Tumbuhan berkayu Kendalikan skalpel secara
berhati-hati.
Radas
Skalpel
Arahan
1. Pilih satu ranting pada tumbuhan berkayu yang sihat.
2. Potong satu gegelang lengkap pada kulit pokok itu termasuklah floem seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.29.

Rajah 3.29 Rajah 3.30

3. Siram pokok itu setiap hari dan dedahkannya pada cahaya yang cukup supaya pokok
itu dapat menjalankan fotosintesis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.30.
4. Perhati dan lakarkan perubahan, jika ada, pada ranting tumbuhan berkayu dengan
kulit kayu yang telah dibuang itu selepas dua hingga tiga bulan.
Soalan
1. Lakarkan perubahan bahagian ranting dengan kulit yang telah dibuang itu pada awal
dan akhir aktiviti ini.

(a) Awal aktiviti (b) Akhir aktiviti

2. Apakah kesimpulan daripada aktiviti ini?

3.4.3 111
Kajian Kes
Berdasarkan pemahaman tentang sistem pengangkutan dalam tumbuhan, bincangkan
cRntRh situasi hipRtetikal seperti apabila tiada salur [ilem atau ŴRem dalam kRnteks
yang berikut:

Cadang dan bincangkan tentang:


Ř cara pengangkutan air dan garam mineral terlarut ke dalam tumbuhan tanpa xilem
Ř cara pengangkutan sukrRsa dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan tanpa ŴRem
Ř adaptasi dalam sistem pengangkutan untuk menggantikan salur xilem dan ŴRem
dalam tumbuhan

Praktis Formatif 3.4


1. Apakah maksud transpirasi?
2. Gariskan jawapan yang betul tentang sistem pengangkutan dalam tumbuhan.
(a) Kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi adalah dalam keadaan
(cecair/wap) manakala kehilangan air melalui pelembakan adalah dalam keadaan
(cecair/wap).
(b) Tisu yang mengangkut air dalam tumbuhan ialah (floem/xilem) manakala yang
mengangkut sukrosa ialah (floem/xilem).
3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan.
4. Mengapakah pewarna digunakan untuk mengkaji laluan air di dalam struktur xilem?
5. Rajah 1 menunjukkan struktur xilem dan floem di dalam berkas vaskular pada bahagian
tumbuhan yang berbeza.

P: R:

Q:
S:
Keratan rentas batang Keratan rentas akar

T: U:

Keratan rentas daun

Rajah 1

Label P, Q, R, S, T dan U dengan menggunakan perkataan yang berikut:

Xilem Floem

112 3.4.3
Bab 3: Pengangkutan

Sistem Peredaran Darah dalam Haiwan


3.5 dan Sistem Pengangkutan dalam Tumbuhan
Kajian sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan telah
menyedarkan kita tentang keunikan sistem peredaran kepada kesinambungan kehidupan
organisma ciptaan Tuhan. Apakah persamaan dan perbezaan antara sistem peredaran darah
dalam haiwan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan? Perhatikan Rajah 3.31.

Sistem peredaran darah Sistem pengangkutan


dalam haiwan Persamaan dalam tumbuhan

t ,FEVBEVBOZBJBMBITJTUFNQFOHBOHLVUBO
t ,FEVBEVBOZBNFOHBOHLVUBJS OVUSJFOEBO
CBIBOUFSMBSVU
t ,FEVBEVBOZBXVKVEEBMBNPSHBOJTNBLPNQMFLT

Perbezaan

Sistem bertiub Sistem bersalur


dengan jantung Struktur tanpa pam
dan injap atau injap

Tiga jenis salur, Dua jenis salur,


Jenis salur
iaitu arteri, kapilari iaitu salur xilem
pengangkutan
dan vena dan floem

Arteri, kapilari dan Xilem dan floem


vena disambung Sambungan antara tidak bersambung
menjadi satu salur salur pengangkutan dan merupakan dua
yang berterusan salur yang berasingan

Rajah 3.31 Perbandingan antara sistem peredaran darah dalam


haiwan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan

Praktis Formatif 3.5


Praktis Formatif 3.5
1. Berikan satu persamaan dan satu perbezaan antara sistem peredaran darah dalam haiwan
dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan.
2. Mengapakah kita patut mensyukuri keunikan sistem peredaran dalam kesinambungan
kehidupan organisma?

3.5.1 113
Rumusan

114
Pengangkutan
dalam

Organisma ringkas Organisma kompleks

melibatkan

Tiada sistem Sistem pengangkutan yang khusus


pengangkutan khusus
seperti

Sistem peredaran darah Sistem pengangkutan


dalam tumbuhan
Bahan keperluan dalam
sel seperti
oksigen dan yang melibatkan
nutrien daripada Haiwan Manusia
persekitaran luar vertebrata Berkas vaskular
yang melibatkan
meresap masuk
seperti
ke dalam sel terdiri daripada
Mamalia, Salur darah Jantung Darah
reptilia, Xilem Floem
amfibia,
burung, seperti yang perlu untuk daripada yang yang
Bahan kumuh sel mengawal dijaga mengangkut kumpulan mengangkut mengangkut
ikan
seperti karbon bahan seperti
dioksida dan air
disingkirkan Arteri, Kadar Untuk Nutrien, A, B, Air, Makanan
daripada sel ke kapilari, denyutan menjamin gas, enzim, AB, O garam
persekitaran luar vena nadi kesihatan hormon, mineral
melalui resapan jantung bahan terlarut
kumuh
Bab 3: Pengangkutan

Refleksi
R efle
ek
ksi Kendiri
Ke
Kennd
dirii

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

3.1 Sistem Pengangkutan dalam Organisma


Memerihalkan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma
ringkas
Membanding dan membezakan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks
dan organisma ringkas
Mewajarkan kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma

3.2 Sistem Peredaran Darah


Mengitlak maksud sistem peredaran darah bagi haiwan
Berkomunikasi untuk menerangkan struktur dan fungsi jantung serta salur darah dalam
sistem peredaran darah manusia
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi
Mewajarkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat

3.3 Darah Manusia


Mencerakinkan komponen dan kandungan darah manusia
Mengenal pasti kumpulan darah serta kesan menerima darah yang tidak sepadan
Berkomunikasi tentang kepentingan menderma darah dalam konteks kehidupan harian

3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan


Memerihalkan transpirasi dalam tumbuhan
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi
Membezakan struktur dan fungsi komponen dalam berkas vaskular pada tumbuhan

3.5 Sistem Peredaran Darah dalam Haiwan dan Sistem Pengangkutan dalam Tumbuhan
Membandingkan sistem peredaran darah dalam haiwan dengan sistem pengangkutan
dalam tumbuhan

115
Praktis Sumatif 3
Jawab soalan yang berikut:
1. Selesaikan teka silang kata di bawah dengan jawapan yang betul.
(f)

(c) I

(e)

(d)
(b) P I

T
O
(a) T

Melintang
(a) Melakukan aktiviti aktif dapat meningkatkan kadar nadi.
(b) Kehilangan air daripada tumbuhan berlaku melalui proses .
(c) Salur darah yang berdinding paling nipis ialah .

Menegak
(d) Sukrosa diangkut melalui salur .
(e) Organ yang mengepam darah ialah .
(f) Kumpulan darah AB mempunyai dua jenis .

2. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan tandakan ( × ) bagi pernyataan yang salah
tentang pengangkutan dalam organisma.
(a) Amoeba sp. tidak mempunyai sistem pengangkutan yang khusus.
(b) Fungsi sistem pengangkutan adalah untuk membawa bahan keperluan ke
seluruh bahagian badan organisma sahaja.
(c) Dalam sistem peredaran sistemik, darah beredar dari jantung ke peparu
dan kembali ke jantung semula.
(d) Penggumpalan darah merupakan satu kesan daripada tindakan menerima
kumpulan darah yang sepadan.

116
Bab 3: Pengangkutan

3. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis salur darah dalam badan manusia.

P Q R
Rajah 1

(a) Nyatakan struktur dalam salur darah P yang tidak ditunjukkan dalam Rajah 1.
(b) Nyatakan fungsi salur darah Q.
(c) Terangkan adaptasi dalam struktur salur darah yang berikut:
(i) Salur darah Q
(ii) Salur darah R

4. (a) Nyatakan lima bahan yang diangkut dalam badan manusia.


(b) Nyatakan tiga bahan yang meresap melalui membran atau dinding sel tumbuhan
dan diangkut dalam tumbuhan.
(c) Mengapakah sel tumbuhan tidak memerlukan bekalan oksigen dari luar pada
waktu siang?

5. (a) Gariskan jawapan yang betul tentang penghasilan bunyi ‘lub dub’ semasa jantung
berdenyut dan tekanan darah.
(i) Bunyi (‘lub’/‘dub’) dihasilkan oleh penutupan injap aorta dan arteri pulmonari.
(ii) Bunyi (‘lub’/‘dub’) dihasilkan oleh penutupan injap antara atrium dengan ventrikel.
(iii) Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung dikenali sebagai bacaan
tekanan (diastolik/sistolik).
(iv) Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dikenali sebagai bacaan
tekanan (diastolik/sistolik).
(b) Antara bacaan tekanan diastolik dengan sistolik, yang manakah lebih tinggi?
Jelaskan jawapan anda.

6. (a) Jadual 1 menunjukkan empat orang penderma darah daripada kumpulan darah
yang berlainan.
Jadual 1

Penderma darah Kumpulan darah


Dollah A
Eric B
Sita AB
Roy O

117
Seorang mangsa kemalangan jalan raya telah kehilangan darah yang banyak. Dia
disahkan mempunyai darah daripada kumpulan B.
(i) Penderma darah yang manakah sesuai untuk mendermakan darah kepada
mangsa tersebut?
(ii) Terangkan kesan kepada mangsa tersebut sekiranya dia menerima darah
daripada Sita.
(b) Persatuan Bulan Sabit Merah menganjurkan kempen ‘Jom Derma Darah’ untuk mengisi
tabung darah. Terdapat tiga individu yang berminat untuk menyertai kempen tersebut.
Jadual 2 menunjukkan umur, jantina dan jisim badan mereka.
Jadual 2

Individu Umur (tahun) Jantina Jisim badan (kg)

1 15 Lelaki 62

2 30 Perempuan 70

3 61 Lelaki 66

(i) Berdasarkan Jadual 2, individu yang manakah paling sesuai untuk


menderma darah?
Terangkan jawapan anda.
(ii) Apakah syarat tambahan khas bagi penderma darah tentang kesesuaiannya
menderma darah?

7. Rajah 2 menunjukkan keratan rentas batang suatu tumbuhan.


X

Rajah 2

(a) Nyatakan satu fungsi X.


(b) Nyatakan struktur dalam batang tumbuhan yang mengangkut air dari akar ke daun.
(c) (i) Apakah yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut sekiranya gegelang kulit
tumbuhan dan X dibuang? Terangkan jawapan anda.
(ii) Apakah yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut sekiranya gegelang kulit
tumbuhan, X dan Y dibuang?

118
Bab 3: Pengangkutan

Fokus KBAT
8. Rajah 3 menunjukkan susunan radas suatu penyiasatan untuk mengkaji faktor yang
mempengaruhi kadar transpirasi pada tumbuhan dan keputusannya selepas tiga jam.

Sumber
cahaya Almari

Kapas Kapas
Lapisan minyak Lapisan
minyak
Air
Air

300 g Neraca 300 g Neraca


elektronik elektronik

Keputusan:
Set Jisim awal (g) Jisim akhir (g) Kadar transpirasi (g/min)
A 300 246
B 300 264

Rajah 3

Hitung kadar transpirasi dalam penyiasatan ini.

9. Tiga orang murid, Badrul, Azizah dan Murad menjalankan satu aktiviti kecergasan untuk
mengkaji kesihatan jantung mereka. Jadual 3 menunjukkan kadar denyutan nadi untuk
mereka bertiga sebelum dan selepas aktiviti kecergasan tersebut.
Jadual 3

Kadar denyutan nadi


(bilangan nadi per minit) bagi
Keadaan
Badrul Azizah Murad

Sebelum aktiviti 63 70 65

Sebaik sahaja selepas aktiviti 130 95 94

15 minit selepas aktiviti 75 71 75

(a) Namakan murid yang paling berisiko menghidap penyakit jantung.


Jelaskan jawapan anda.
(b) Namakan murid yang mempunyai jantung yang paling sihat.
Jelaskan jawapan anda.
119
10. Semua ahli Kelab Sains sekolah anda telah bersetuju untuk menjalankan satu projek
tanaman herba di sekolah. Herba yang hendak ditanam ini akan tumbuh dengan subur
apabila kadar transpirasi adalah sederhana dan pendedahan kepada cahaya matahari yang
mencukupi untuk menjalankan fotosintesis. Rajah 4 menunjukkan tiga kawasan, iaitu:
• kawasan A di dalam bilik makmal yang gelap
• kawasan B di bawah bumbung yang redup dalam kawasan yang cerah
• kawasan C di padang sekolah yang panas di bawah Matahari

Bumbung zink A

C
B

Rajah 4

(a) Berdasarkan Rajah 4, kawasan yang manakah paling sesuai untuk dijadikan tapak
projek tersebut? Terangkan jawapan anda.
(b) Bina sebuah model yang paling sesuai untuk menjayakan projek ini. Model tersebut
merupakan sebuah rumah kaca atau rumah hijau di mana kelembapan udara dan
keamatan cahaya boleh dikawal. Binaan model tersebut hendaklah menggunakan bahan
yang berikut:

Air

Bekas dan
Sekaki payung segulung tisu
yang lut sinar

120
TEMA

2
Penerokaan Unsur
dalam Alam

HIDROGEN
1.0079
Pada akhir abad ke-17, bilangan logam yang HELIUM

disenaraikan dalam siri kereaktifan logam hanya


LITIUM BERILIUM berjumlah dua belas! Mengapa? BORON KARBON NITROGEN OKSIGEN
OK
KSIGEN FLUORIN NEON

Apakah perubahan dalam siri kereaktifan logam yang


NATRIUM MAGNESIUM anda jangkakan akan berlaku pada masa hadapan? ALUMINIUM SILIKON FOSFORUS SULFUR
SU
ULFUR KLORIN ARGON

KALIUM KALSIUM SKANDIUM TITANIUM VANADIUM KR


ROMIUM
KROMIUM MANGAN FERUM
FER
ERUM
UM
M KOBALT
KOBA
KO
OBALT
ALT N EL
NIK
NIKEL KUPRUM ZINK
ZINK GALIUM GERM
G
GERMAN
GERMA
ERMAN
ERMAN
MANIUM
MAN IUM
GERMANIUM ARSENI
A
ARS
ARSEN
SENIK
ARSENIK SELE
SEL
LEN
EN
NIUM
NI
SELENIUM BROMIN IPTON
KRIPTON

RUBIDIUM STRONTIUM YTRIUM ZIRKONIUM NIOBIUM MOLIBDENUM TEKNETIUM RUTENIUM RODIUM PALADIUM ARGENTUM KADMIUM INDIUM STANUM ANTIMONI TELURIUM
T IODIN XENON

SESIUM HAFNIUM TANTALUM TIUNGSTEN RENIUM OSMIUM IRIDIUM PLATINUM AURUM MERKURI M
TALIUM PLUMBUM BISMUT POLONIUM ASTATIN RADON

FRANSIUM RUTERFORDIUM DUBNIUM SIBORGIUM BOHRIUM HASIUM MEIMERIUM DARMSTADTIUM NUNUNIUM


UNUNUNIUM UNUNBIUM UNUNTRIUM

LANTANUM SERIUM PRASEODIMIUM NEODIMIUM PROMETIUM SAMARIUM EUROPIUM GADOLIMIUM TERBIUM DISPROSIUM HOLMIUM ERBIUM TULIUM YTERBIUM LUTETIUM

AKTINIUM TORIUM PROTAKTINIUM


NIUM URANIUM NEPTUNIUM PLUTONIUM AMERISIUM KURIUM BERKELIUM KALIFOMIUM EINSTEINIUM
EIN
EINSTE
EINS
EINST
E IN
IINSTE
NSTE
NST
STE
TEINIUM
IN
NIU
NIUM
N IIU
IUM
UM FERMIUM
FER
FERMI
FERM
F ERM
RMIU
RMI
R M
MI
MIU
IIU
UM MENDELEVIUM
MENDEL
ME
MENDEL
EN
END
ENDE
E N
ND
NDE
DE
DEL
D E
ELLEV
EVI
E
EVIU
VIUM
VIU
VI
V IIU
UM
U M NOBELIUM
NOBE
NOB
NOBELI
NO
NOBEL
N OB
OBEL
OBELI
O BE
BE
BEL
ELLLIIUM
ELI UM LAWRENSIUM
LAW
LAWREN
LLA
AWREN
AW
AWR
W RE
REN
R EN
E NS
SIUM
SIU
SI
IU
IUUM
M

Pembakaran bunga api yang


berwarna-warni merupakan
satu daripada aplikasi
termokimia. Adakah tindak
balas kimia pembakaran
bunga api membebas atau
menyerap haba? Apakah
kegunaan haba dalam
pembakaran bunga api?

121
Bab
Bab
ab
1
4 Kereaktifan Logam

Apakah mineral?
Apakah kegunaan mineral dalam
kehidupan harian?
Apakah siri kereaktifan logam?
Bagaimanakah proses pengekstrakan
timah di Malaysia dijalankan?

Marilah kita mengkaji


Kepelbagaian mineral
Siri kereaktifan logam
Pengekstrakan logam daripada bijihnya

122
Galeri Sains
Mengikut rekod yang sedia ada, logam yang pertama digunakan oleh manusia
ialah emas. Emas ditemukan dalam bentuk mineral unsur di dalam gua di
Sepanyol pada abad 40 000 SM. Oleh sebab kepentingan kepelbagaian logam
digunakan dalam kehidupan harian, ahli sains telah membina siri kereaktifan
logam untuk memahami susunan logam mengikut kereaktifannya terhadap
oksigen seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

K Kalium
Na Natrium

Ca Kalsium
Mg Magnesium

Al Aluminium
C Karbon
Kereaktifan
Zn Zink
logam
terhadap H Hidrogen
oksigen Fe Ferum
bertambah
Sn Timah
Pb Plumbum
Cu Kuprum
Hg Merkuri
Ag Argentum
Au Emas

Berdasarkan siri kereaktifan logam ini, kita dapat menentukan ciri logam
seperti tindak balas logam dengan oksigen, asid atau air. Kita juga dapat
memahami bagaimana pengekstrakan logam daripada bijihnya dapat dilakukan.
Isu perlombongan logam juga boleh diketengahkan bagi meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan pembangunan alam
secara lestari.

Kata Kunci

Mineral Siri kereaktifan logam Sifat fizik


Sebatian semula jadi Tindak balas pemanasan Sifat kimia
Unsur Pengekstrakan logam Relau bagas
Kerak Bumi Isu perlombongan Sanga

123
4.1 Kepelbagaian Mineral

Perhatikan Gambar foto 4.1. Gambar foto ini menunjukkan pelbagai jenis batuan yang
ditemukan dalam kerak Bumi. Setiap jenis batuan ini berbeza daripada segi warna, struktur,
bentuk dan tekstur kerana batuan ini mengandungi mineral yang berlainan.

Apakah nama
batuan yang
berlainan ini?

LIM XUAN YUN

Gambar foto 4.1 Pelbagai jenis batuan yang ditemukan


dalam kerak Bumi

Cubalah anda teka, berapa banyak mineral yang wujud Mineralogi atau kajian mineral
di Bumi ini! Kemudian, bandingkan tekaan anda dengan merupakan suatu bidang sains yang
aktif kerana bilangan mineral dan ciri
bilangan mineral yang disenaraikan dalam laman sesawang mineral semakin bertambah.
yang berikut:

http://links.andl17.com/BT_
Sains_124 dan klik “Recent
Tidak lama lagi, semua kereta
new minerals”
yang menggunakan petrol atau
diesel akan digantikan dengan
kereta elektrik. Hal ini dapat
direalisasikan dengan penemuan
dua mineral yang dapat
Adakah tekaan anda hampir atau jauh daripada bilangan menghasilkan bateri yang tahan
mineral yang disenaraikan oleh International Mineralogical lebih lama. Dua mineral tersebut
ialah litium dan kobalt.
Association, IMA?
124 4.1.1
Bab 4: Kereaktifan Logam

Kepelbagaian Bentuk Mineral dalam Kerak Bumi


Mineral ialah unsur atau sebatian pepejal yang wujud secara semula jadi dengan struktur
hablur dan komposisi kimia yang tertentu. Pelbagai mineral terkandung dalam batuan yang
ditemukan dalam kerak Bumi.
Mineral yang dapat ditemukan dalam kerak Bumi terdiri daripada yang berikut:

A Unsur seperti emas, berlian dan perak

Emas Berlian Perak

Gambar foto 4.2 Emas, berlian dan perak

B Sebatian seperti bauksit, hematit, galena dan kasiterit

Bauksit Hematit Galena Kasiterit

Gambar foto 4.3 Bauksit, hematit, galena dan kasiterit

Nama biasa dan nama saintifik bagi sebatian semula jadi dan gabungan unsurnya adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 Sebatian semula jadi dan unsurnya


Nama biasa Nama saintifik Gabungan unsur

Hematit Ferum(III) oksida Ferum, oksigen

Kasiterit Stanum(IV) oksida Stanum, oksigen

Kuarza Silikon dioksida Silikon, oksigen

Bauksit (bijih aluminium) Aluminium oksida Aluminium, oksigen

Galena (bijih plumbum) Plumbum(II) sulfida Plumbum, sulfur

Pirit Ferum sulfida Ferum, sulfur

Kalsit Kalsium karbonat Kalsium, karbon, oksigen

4.1.1 125
Sebatian Semula Jadi ialah Gabungan Cabaran
Beberapa Unsur MINDA
Sebatian seperti
yang ditunjukkan
dalam gambar
foto ini mempunyai
nama biasa, iaitu
bauksit atau bijih
aluminium dan nama saintifiknya
aluminium oksida. Siapakah yang
lazimnya menggunakan nama
biasa dan nama saintifik bagi
sebatian ini?

Kalsium silikat merupakan sebatian


semula jadi yang boleh digunakan
sebagai bahan tambahan dalam
makanan manusia.
Gambar foto 4.4 Kuari batu kapur

Batu kapur merupakan suatu mineral yang mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan
harian seperti membuat jalan, permukaan meja, bangunan dan sebagainya. Adakah batu kapur
merupakan sebatian semula jadi yang terdiri daripada gabungan beberapa unsur? Mari kita
temukan jawapannya dengan menjalankan Aktiviti 4.1. Kemudian, jalankan Aktiviti 4.2 untuk
membuat persembahan multimedia tentang contoh ciri mineral semula jadi dan kegunaannya
dalam kehidupan harian.

Aktiviti 4.1 Aktiviti inkuiri


Sebatian semula jadi ialah gabungan beberapa unsur

Tujuan: Menunjukkan bahawa sebatian semula jadi ialah gabungan beberapa unsur

Bahan
Serbuk kalsium karbonat, air kapur dan asid hidroklorik cair

Radas
Tabung didih berlabel P, tabung didih berlabel Q, spatula, tabung uji, penunu Bunsen,
penyumbat getah dengan tiub penghantar, corong turas dan kaki retort

Arahan
1. Masukkan satu spatula kalsium karbonat ke dalam tabung didih P dan tabung didih Q.
2. Tuangkan 10 ml asid hidroklorik cair ke dalam tabung didih P.
3. Sediakan susunan radas untuk menguji sifat gas yang dibebaskan dengan
melalukannya ke dalam air kapur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

126 4.1.2
Bab 4: Kereaktifan Logam

Tabung didih P Tabung didih Q


Tabung uji Tabung uji

Kalsium
karbonat
Kaki retort Air kapur Kaki retort Air kapur
Kalsium
karbonat Panaskan
dan asid
hidroklorik
cair

Rajah 4.1 Susunan radas untuk Rajah 4.2 Susunan radas untuk
menguji gas yang dibebaskan pemanasan kalsium karbonat

4. Perhati dan rekodkan dalam jadual perubahan Langkah


pada air kapur, jika ada. Berjaga-jaga
5. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 4.2. Panaskan kalsium karbonat di Jangan halakan mulut tabung
didih yang sedang dipanaskan ke
dalam tabung didih Q itu dengan kuat sehingga
arah diri sendiri atau orang lain.
gas dibebaskan.
6. Perhati dan rekodkan dalam jadual perubahan
pada air kapur, jika ada.

Pemerhatian

Keadaan air kapur Keadaan air kapur


Tindakan pada kalsium sebelum gas yang selepas gas yang
karbonat dibebaskan melaluinya dibebaskan melaluinya

Kalsium karbonat dicampur


dengan asid hidroklorik cair

Kalsium karbonat dipanaskan

Soalan
1. Nyatakan gas yang diuji dengan menggunakan air kapur.
2. Bagaimanakah ujian gas tersebut dijalankan? Terangkan.
3. Nyatakan gas yang dibebaskan apabila kalsium karbonat:
(a) bertindak balas dengan asid hidroklorik cair
(b) dipanaskan dengan kuat
4. Lengkapkan persamaan dalam perkataan bagi setiap tindak balas di soalan 3.
(a) Kalsium karbonat + asid hidroklorik + +
dipanaskan
(b) Kalsium karbonat +
5. Nyatakan tiga unsur yang bergabung dalam kalsium karbonat.

4.1.2 127
Kalsium karbonat merupakan satu sebatian semula jadi yang wujud dalam pelbagai bentuk, warna
dan tekstur seperti kalsit, batu kapur, marmar, kapur, terumbu karang dan cangkerang haiwan laut.

Batu kkapur
B Marmar
M Kapur
K Kalsit
K l i

Aktiviti 4.2
Membuat persembahan multimedia tentang contoh ciri mineral semula
P A K -21
jadi dan kegunaannya dalam kehidupan harian • Aktiviti
penggunaan
Arahan teknologi
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari dan bincangkan maklumat tentang contoh ciri mineral semula jadi dan
kegunaannya dalam kehidupan harian. Kemudian, maklumat tersebut dijadualkan
seperti yang berikut:

Mineral Kegunaan dalam


Sifat fizik Sifat kimia
semula jadi kehidupan harian

3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

Praktis Formatif 4.1


1. Apakah mineral?
2. Nyatakan satu contoh mineral yang berbentuk:
(a) unsur
(b) sebatian semula jadi
3. Nyatakan dua contoh mineral, sifat kimia atau sifat fizik mineral dan kegunaannya dalam
kehidupan harian.

128 4.1.3
Bab 4: Kereaktifan Logam

4.2 Siri Kereaktifan Logam

Banding dan bezakan tindak balas logam dengan oksigen dalam udara seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 4.5.

(a) Magnesium terbakar di udara (b) Besi terdedah kepada udara

Gambar foto 4.5 Tindak balas antara logam dengan oksigen

Adakah kecergasan tindak balas logam yang berlainan seperti magnesium dan besi dengan
oksigen sama atau berbeza?
Dalam tindak balas yang cergas Dalam tindak balas yang kurang cergas
antara logam yang lebih reaktif seperti antara logam yang kurang reaktif seperti
magnesium dengan oksigen, nyalaan besi dengan oksigen, hanya baraan atau
yang terang diperhatikan seperti yang perubahan warna yang berlaku secara
ditunjukkan dalam Gambar foto 4.5 (a). perlahan-lahan dapat diperhatikan seperti
yang ditunjukkan dalam Gambar foto 4.5 (b).

Membina Siri Kereaktifan Logam


Logam yang berlainan mempunyai kereaktifan yang berbeza terhadap oksigen. Logam yang
lebih reaktif terhadap oksigen bertindak balas dengan lebih cergas dengan oksigen.
Siri kereaktifan logam merupakan satu senarai logam yang disusun berdasarkan kereaktifannya
terhadap oksigen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3.

Au Ag Hg Cu Pb Sn Fe Zn Al Mg Ca Na K
Kereaktifan logam terhadap oksigen semakin bertambah

Rajah 4.3 Siri kereaktifan logam terhadap oksigen

Mari jalankan Aktiviti 4.3 untuk membanding dan membezakan kereaktifan beberapa logam
yang berlainan terhadap oksigen.
4.2.1 129
Aktiviti 4.3 Aktiviti inkuiri
Kereaktifan beberapa logam terhadap oksigen

Tujuan: Mengkaji tindak balas pemanasan logam seperti magnesium, aluminium, zink,
ferum dan plumbum dengan oksigen

Bahan
Hablur kalium manganat(VII), serbuk magnesium, aluminium, zink, ferum, plumbum dan
wul kaca

Radas
Tabung didih, kaki retort dengan pengapit, piring porselin, spatula dan penunu Bunsen

Arahan
Langkah
Berjaga-jaga
• Gentian wul kaca adalah sangat berbahaya. Gunakan forseps untuk mengendalikannya. Pastikan
anda memakai cermin mata keselamatan dan menutup mulut serta hidung semasa mengendalikan
wul kaca. Jangan biarkan wul kaca masuk ke dalam badan. Basuh tangan anda selepas
mengendalikan wul kaca.
• Hablur kalium manganat(VII) dan serbuk logam boleh meletup sekiranya tercampur semasa
pemanasan. Pastikan kedua-dua bahan ini sentiasa terasing.
• Pastikan anda memakai cermin mata keselamatan dan jangan melihat secara terus nyalaan atau
bunga api yang dihasilkan oleh pemanasan serbuk logam dengan oksigen.
• Gunakan kuantiti serbuk logam yang sedikit sahaja.

1. Masukkan satu spatula hablur kalium manganat(VII) ke dalam sebuah tabung didih
yang kering. Gunakan sedikit wul kaca untuk menahannya daripada terkeluar seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

Serbuk logam
Wul kaca

Piring Tindak balas antara logam


Hablur kalium dengan oksigen
porselin manganat(VII)

Panaskan Panaskan

Rajah 4.4

2. Apitkan tabung didih secara mengufuk dengan menggunakan pengapit pada kaki
retort seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.
3. Letakkan satu spatula serbuk magnesium di atas sekeping piring porselin yang kecil.
Masukkan piring porselin yang berisi serbuk magnesium ini ke dalam tabung didih
yang telah diapitkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

130 4.2.1
Bab 4: Kereaktifan Logam

4. Panaskan serbuk magnesium dengan kuat. Kemudian, panaskan hablur kalium


manganat(VII).
5. Perhatikan kecergasan tindak balas yang berlaku.
6. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual. Rakamkan gambar video dan/atau ambil
gambar foto tindak balas yang berlaku.
7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggunakan serbuk logam yang disenaraikan
dalam jadual yang berikut:

Pemerhatian

Kecergasan tindak balas dengan oksigen


Tandakan (  ) jika berlaku dan ( × ) jika tidak berlaku

Logam Logam
Logam bernyala bernyala Logam Logam Logam
dengan dengan bernyala membara membara
amat cepat dengan dengan dengan
cepat dan dan perlahan terang malap
terang terang

Magnesium

Aluminium

Zink

Ferum

Plumbum

Soalan
1. Lengkapkan persamaan perkataan bagi tindak balas setiap logam dengan oksigen.
(a) Magnesium + oksigen
(b) Aluminium + oksigen
(c) Zink + oksigen
(d) Ferum + oksigen
(e) Plumbum + oksigen
2. Nyatakan hubung kait antara kecergasan tindak balas dengan kereaktifan logam
terhadap oksigen.
3. Berdasarkan keputusan daripada aktiviti ini, lengkapkan urutan yang berikut untuk
menunjukkan susunan logam mengikut kereaktifan yang semakin berkurang
terhadap oksigen.

4.2.1 131
Kedudukan Karbon dalam Siri Kereaktifan Logam
Kedudukan sesuatu logam dalam siri kereaktifan logam
bergantung pada kecergasan logam tersebut apabila Cabaran
bertindak balas dengan oksigen. Bolehkah kedudukan MINDA
bukan logam seperti karbon dan hidrogen dalam siri Tuliskan persamaan perkataan
kereaktifan logam ditentukan mengikut kecergasan karbon bagi tindak balas antara:
dan hidrogen dengan oksigen? • karbon dengan oksigen
• hidrogen dengan oksigen
Mari jalankan Aktiviti 4.4 untuk menentukan
kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam.

Aktiviti 4.4 Aktiviti inkuiri


Kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam
Tujuan: Menentukan kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam melalui
pemanasan bahan yang berikut:
(a) Zink oksida dengan karbon
(b) Aluminium oksida dengan karbon
(c) Plumbum(II) oksida dengan karbon
Bahan
Serbuk karbon, zink oksida, aluminium oksida dan plumbum(II) oksida
Radas
Mangkuk pijar, spatula, penunu Bunsen, segi tiga tanah liat dan tungku kaki tiga
Arahan
A Demonstrasi oleh guru
Perhatikan guru membuat demonstrasi dalam langkah 1 hingga langkah 4 yang berikut
dengan berhati-hati.
1. Masukkan satu spatula serbuk karbon dan satu spatula serbuk zink oksida ke dalam
sebuah mangkuk pijar yang kering. Campuran serbuk itu digaul dengan sekata di
dalam mangkuk pijar tersebut.
2. Letakkan mangkuk pijar itu di atas segi tiga tanah liat pada tungku kaki tiga seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5.

Mangkuk pijar Campuran karbon


dan oksida logam
Segi tiga tanah liat
Kedudukan karbon dalam siri
kereaktifan logam

Panaskan

Rajah 4.5

132 4.2.2
Bab 4: Kereaktifan Logam

3. Panaskan campuran di dalam mangkuk pijar dengan kuat.


4. Perhatikan perubahan pada serbuk yang berlaku di dalam mangkuk pijar itu.
Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual.

B Aktiviti murid
Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan zink oksida kepada aluminium oksida
dan plumbum(II) oksida.

Pemerhatian
Campuran Pemerhatian Kereaktifan karbon

Zink oksida
dan karbon

Aluminium oksida
dan karbon

Plumbum(II) oksida
dan karbon

Soalan
1. Lengkapkan persamaan perkataan bagi setiap tindak balas oksida logam dengan
karbon, sekiranya ada.
(a) Zink oksida + karbon
(b) Aluminium oksida + karbon
(c) Plumbum(II) oksida + karbon
2. Nyatakan logam yang kurang reaktif daripada karbon. Terangkan jawapan anda.
3. Berdasarkan keputusan daripada aktiviti ini, lengkapkan urutan yang berikut untuk
menunjukkan susunan unsur mengikut kereaktifan yang semakin bertambah
terhadap oksigen.

Kereaktifan
bertambah

4. Berikan satu aplikasi kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam bagi kegunaan
perindustrian. Terangkan jawapan anda.
5. Gariskan jawapan yang betul bagi pernyataan yang berikut:
(a) Jika karbon boleh menyingkirkan oksigen daripada oksida logam, ini bermakna
karbon adalah (lebih/kurang) reaktif daripada logam tersebut.
(b) Jika karbon tidak boleh menyingkirkan oksigen daripada oksida logam, ini
bermakna karbon adalah (lebih/kurang) reaktif daripada logam tersebut.

4.2.2 133
Kedudukan Hidrogen dalam Siri Kereaktifan Logam
Kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan logam boleh ditentukan melalui interpretasi data
berdasarkan Rajah 4.6 dan Jadual 4.2.
Rajah 4.6 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan kedudukan
hidrogen dalam siri kereaktifan logam.

Corong tisel Gas hidrogen Pembakaran gas


Gas hidrogen kering hidrogen berlebihan
Tiub pembakaran

Asid sulfurik cair + Panaskan Oksida logam di atas


larutan kuprum(II) piring porselin
sulfat Tiub-U

Zink
Kalsium klorida kontang

Rajah 4.6 Radas untuk menentukan kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan logam

Jadual 4.2 pula menunjukkan hasil kajian dalam aktiviti untuk menentukan kedudukan
hidrogen dalam siri kereaktifan logam yang dijalankan oleh ahli kimia.
Jadual 4.2 Hasil kajian dalam aktiviti untuk menentukan kedudukan hidrogen
dalam siri kereaktifan logam

Campuran Pemerhatian Inferens

Hidrogen dan Aluminium oksida tidak berbara. Hidrogen tidak menurunkan aluminium
aluminium oksida Aluminium oksida berwarna putih. oksida.
Hidrogen dan Zink oksida tidak berbara. Zink oksida Hidrogen tidak menurunkan zink
zink oksida berubah menjadi kuning semasa panas oksida.
dan putih semasa sejuk.
Hidrogen dan Ferum(III) oksida terbakar dengan Logam ferum dihasilkan. Hidrogen
ferum(III) oksida terang. Serbuk perang kemerahan menurunkan ferum(III) oksida kepada
berubah menjadi kelabu berkilat. ferum.
Hidrogen dan Plumbum(II) oksida terbakar dengan Logam plumbum dihasilkan. Hidrogen
plumbum(II) terang. Serbuk kuning berubah menjadi menurunkan plumbum(II) oksida
oksida kelabu berkilat. kepada plumbum.

Hidrogen dan Kuprum(II) oksida terbakar dengan Logam kuprum dihasilkan. Hidrogen
kuprum(II) oksida sangat terang. Serbuk hitam berubah menurunkan kuprum(II) oksida kepada
menjadi perang. kuprum.

Berdasarkan keputusan yang diberikan dalam Jadual 4.2,


(a) Gariskan jawapan yang betul tentang kereaktifan hidrogen.
(i) Hidrogen (kurang/lebih) reaktif daripada aluminium.
(ii) Hidrogen (kurang/lebih) reaktif daripada zink.

134 4.2.2
Bab 4: Kereaktifan Logam

(iii) Hidrogen (kurang/lebih) reaktif daripada ferum.


(iv) Hidrogen (kurang/lebih) reaktif daripada kuprum.
(v) Hidrogen (kurang/lebih) reaktif daripada plumbum.
(b) Nyatakan logam yang lebih reaktif daripada hidrogen.
(c) Nyatakan logam yang kurang reaktif daripada hidrogen.

Kesimpulan Kedudukan Karbon dan Hidrogen dalam Siri


Kereaktifan Logam
Dalam Aktiviti 4.3, anda telah menyusun logam mengikut kereaktifannya terhadap oksigen.
Susunan yang anda telah buat itu adalah sebahagian daripada siri kereaktifan logam. Dalam
Aktiviti 4.4 dan interpretasi data dalam Jadual 4.2, anda menentukan kedudukan karbon dan
hidrogen dalam siri kereaktifan logam. Walaupun siri kereaktifan logam ialah susunan logam
mengikut kereaktifannya terhadap oksigen, kedudukan bukan logam seperti karbon dan hidrogen
juga ditunjukkan dalam siri kereaktifan logam seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7.

Siri Kereaktifan Logam


Bateri litium akan meletup apabila
dipanaskan. Oleh sebab itu,
K Kalium penumpang tidak dibenarkan
untuk menyimpan bateri litium
Na Natrium di dalam beg bagasi di dalam
kabin kapal terbang.
Ca Kalsium

Mg Magnesium

Al Aluminium

C Karbon
Kereaktifan Zn Zink
logam
terhadap H Hidrogen
oksigen
bertambah Fe Ferum

Sn Timah Arang batu merupakan satu


daripada mineral yang ditemukan di
Pb Plumbum Malaysia. Hampir 80% arang batu
ini ditemukan di Sarawak, 19% di
Cu Kuprum Sabah dan 1% di Semenanjung
Malaysia. Kawasan simpanan arang
Hg Merkuri
batu yang paling besar terletak di
Ag Argentum Merit Pila, Sarawak.

Au Emas

Rajah 4.7 Siri kereaktifan logam terhadap oksigen

4.2.2 135
Praktis Formatif 4.2
1. Apakah siri kereaktifan logam?
2. Rajah 1 menunjukkan tindak balas antara logam X dengan oksigen dalam udara.

Rajah 1

(a) Adakah logam X reaktif terhadap oksigen? Terangkan jawapan anda.


(b) Logam Y hanya membara dengan terang apabila bertindak balas dengan oksigen.
Adakah logam Y lebih atau kurang reaktif daripada logam X?
(c) Jika logam Z tidak bertindak balas dengan oksigen, susunkan logam X, Y dan Z
dalam siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas tersebut.

Kereaktifan
logam
terhadap
oksigen
berkurang

3. Gariskan jawapan yang betul tentang siri kereaktifan logam.


(a) Logam disusun dalam siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas logam terhadap
(karbon/oksigen).
(b) Logam yang paling reaktif dalam siri kereaktifan logam ialah (kalsium/kalium).
(c) Siri kereaktifan logam diaplikasikan dalam (peleburan/pengekstrakan) logam daripada
bijihnya.
4. (a) Nyatakan logam yang paling reaktif dalam siri kereaktifan logam.
(b) Nyatakan logam yang paling tidak reaktif dalam siri kereaktifan logam.
5. (a) Nyatakan dua unsur bukan logam yang dimasukkan ke dalam siri kereaktifan logam.
(b) Mengapakah dua unsur bukan logam ini dimasukkan ke dalam siri kereaktifan logam?

136
Bab 4: Kereaktifan Logam

4.3 Pengekstrakan Logam daripada Bijihnya

Pengekstrakan Logam M
Malaysiaku
Pengekstrakan logam ialah proses untuk memperoleh Pengekstrakan besi daripada
sesuatu logam daripada bijihnya. Perhatikan hubung kait bijihnya oleh syarikat tempatan di
antara kedudukan karbon dan hidrogen dalam siri Malaysia.
kereaktifan logam dengan kaedah yang digunakan untuk http://links.andl17.com/BT_Sains_
137_2
mengekstrakkan logam daripada bijihnya seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.8.

Siri Kereaktifan Logam

K Kalium

Bagi logam yang lebih


Na Natrium
tinggi daripada karbon
Pengekstrakan melalui dalam siri kereaktifan
Ca Kalsium elektrolisis sebatian logam logam, pengekstrakan
dalam keadaan lebur. logam daripada sebatian
Mg Magnesium logam tersebut adalah
melalui elektrolisis.
Al Aluminium

C Karbon

Zn Zink Bagi logam yang lebih


rendah daripada karbon
H Hidrogen dalam siri kereaktifan
Pengekstrakan melalui logam, pengekstrakan
Fe Ferum penurunan oksida logam logam daripada bijih
oleh karbon. logam tersebut adalah
Sn Timah melalui penurunan
oksida logam tersebut
dengan karbon.
Pb Plumbum

Cu Kuprum Pengekstrakan logam dilakukan


melalui pemanasan terus
Hg Merkuri sebatian logam tersebut.

Ag Argentum
Wujud dalam bentuk unsur
dalam kerak Bumi.
Au Emas

Rajah 4.8 Siri kereaktifan logam dan cara pengekstrakan logam daripada bijihnya
4.3.1 137
Proses Pengekstrakan Besi
1 Campuran bijih besiBUBVPLTJEBCFTJZBOH
Pengekstrakan logam besi daripada dipekatkan, arang kok dan batu kapur
bijihnya dilakukan di dalam relau dimasukkan ke dalam relau bagas melalui
bagas seperti yang ditunjukkan bahagian atas relau bagas.
dalam Rajah 4.9.

Relau bagas

2 Semburan udara yang sangat


panas dipamkan ke dalam
relau bagas melalui bahagian
bawah relau bagas.

Sanga dikeluarkan
Leburan logam
dikeluarkan

Rajah 4.9 Pengekstrakan besi di dalam relau bagas

138 4.3.1
Bab 4: Kereaktifan Logam

3 Tindak balas yang berlaku di dalam relau bagas pada suhu yang tinggi.

Penghasilan ferum
t"SBOHLPLBUBVLBSCPOCFSUJOEBLCBMBTEFOHBOPLTJHFOEBMBNVEBSBQBOBTVOUVL
NFOHIBTJMLBOLBSCPOEJPLTJEBEBOIBCB

Karbon + oksigen karbon dioksida

t,BSCPOEJPLTJEBZBOHUFSIBTJMCFSUJOEBLCBMBTEFOHBOBSBOHLPLQBOBTZBOHTFMFCJIOZB
VOUVLNFNCFOUVLLBSCPONPOPLTJEBZBOHNFSVQBLBOBHFOQFOVSVOBOZBOHLVBU

Karbon dioksida + karbon karbon monoksida

t,BSCPONPOPLTJEBEBOLBSCPONFOVSVOLBOPLTJEBCFTJLFQBEBCFTJ

Ferum(III) oksida + karbon ferum + karbon dioksida


Ferum(III) oksida + karbon monoksida ferum + karbon dioksida
Ferum(II) oksida + karbon ferum + karbon dioksida
Ferum(II) oksida + karbon monoksida ferum + karbon dioksida

Penghasilan sanga
t#BUVLBQVSBUBVLBMTJVNLBSCPOBUUFSVSBJVOUVLNFNCFOUVLLBMTJVNPLTJEBEBO
LBSCPOEJPLTJEB

Kalsium karbonat kalsium oksida + karbon dioksida

t,BMTJVNPLTJEBCFSUJOEBLCBMBTEFOHBOCFOEBTJOHTFQFSUJQBTJSBUBVTJMJLPOEJPLTJEB
dalam bijih besi untuk membentuk sanga atau kalsium silikat.

Kalsium oksida + silikon dioksida kalsium silikat

4 Pada suhu yang tinggi di dalam relau bagas,


tferum yang dihasilkan akan melebur. Leburan ferum ini mengalir ke bahagian bawah
relau. Dari semasa ke semasa, leburan ferum dituang keluar ke dalam acuan dan
dibiarkan menyejuk dan membeku. Leburan ferum yang membeku ini dikenali sebagai
besi tuangan.
tsanga yang dihasilkan akan melebur. Leburan sanga ini juga mengalir ke bahagian bawah
relau. Oleh sebab leburan sanga adalah kurang tumpat daripada leburan ferum, sanga
terapung di atas leburan ferum. Dari semasa ke semasa, leburan sanga dikeluarkan dan
digunakan untuk membuat tapak bangunan dan jalan.

4.3.1 139
Aktiviti 4.5
Membuat persembahan multimedia yang menerangkan bagaimana
P A K -21
pengekstrakan logam dilakukan berdasarkan proses pengekstrakan • KMK
besi dan timah di Malaysia • Aktiviti
penggunaan
Arahan teknologi
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan bahan daripada pelbagai media tentang bagaimana logam diekstrak
dalam sektor perlombongan di Malaysia.
3. Contoh laman sesawang yang boleh dirujuk adalah seperti yang berikut:

• Sumber mineral di • Proses pengekstrakan


Malaysia timah di Malaysia
http://links.andl17.com/ http://links.andl17.
BT_Sains_140 com/BT_Sains_140_2

4. Bincangkan proses pengekstrakan besi dan timah daripada bijih logam tersebut.
5. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan persembahan
multimedia seperti MS PowerPoint.

Isu Perlombongan di Malaysia


Isu perlombongan di Malaysia dan impak kepada hidupan dalam konteks tempatan atau global
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.10.

Pencemaran udara Penggunaan


akibat pembakaran tenaga elektrik
bahan api yang banyak

Pencemaran air Pencemaran udara


akibat pencucian bijih Isu oleh gas yang dihasilkan
perlombongan dari relau bagas
di Malaysia

Hakisan tanah Pemusnahan


akibat penggalian habitat akibat
bijih Pencemaran bunyi pembinaan lombong
oleh jentera
perlombongan

Rajah 4.10 Isu perlombongan di Malaysia dan impaknya

Mari jalankan Aktiviti 4.6 untuk menyelesaikan masalah isu perlombongan di Malaysia
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.10.
140 4.3.2
Bab 4: Kereaktifan Logam

Aktiviti 4.6
Menyelesaikan masalah isu perlombongan di Malaysia
P A K -21
• KMK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. perbincangan
2. Kumpulkan maklumat tentang isu perlombongan yang tidak /projek
dirancang dengan baik di Malaysia dan impaknya kepada hidupan
dalam konteks tempatan atau global.
3. Contoh laman sesawang yang boleh dirujuk adalah seperti yang berikut:

• Kementerian Sumber • Impak perlombongan


Manusia bauksit di Kuantan,
http://links.andl17.com/ Pahang.
BT_Sains_141_1 http://links.andl17.
com/BT_Sains_141_2

4. Bahaskan maklumat yang telah dikumpulkan.


5. Janakan idea untuk menyelesaikan masalah kesan buruk daripada aktiviti
perlombongan yang tidak dirancang dengan baik kepada semua hidupan di Bumi.
6. Sediakan poster atau galeri susur minda tentang bagaimana usaha dilakukan untuk
memulihara kawasan perlombongan ke arah pembangunan yang lestari.
7. Pamerkan tiga poster atau galeri susur minda terbaik pada papan kenyataan sains di
dalam kelas atau makmal sains anda.

Praktis Formatif 4.3


1. Nyatakan kaedah pengekstrakan logam daripada bijih atau
P
oksida logam yang berikut:
(a) Aluminium oksida
(b) Bijih besi
2. Rajah 1 menunjukkan relau bagas yang digunakan untuk
mengekstrak ferum.
(a) Nyatakan satu contoh logam selain ferum yang Q
diekstrakkan dengan menggunakan relau bagas.
(b) Nyatakan bahan yang dimasukkan ke dalam relau bagas S
melalui bahagian yang berlabel: R
(i) P (ii) Q
(c) Namakan bahan yang dialirkan keluar dari relau bagas
melalui bahagian yang berlabel: Rajah 1
(i) R (ii) S
3. Nyatakan satu kesan buruk daripada aktiviti perlombongan yang tidak dirancang dan cara
untuk menyelesaikan kesan buruk tersebut dalam konteks yang berikut:
(a) Konteks tempatan
(b) Konteks global

4.3.2 141
Rumusan

142
Kepelbagaian mineral dalam kerak Bumi diekstrak dalam sektor Perlombongan

terdiri daripada
yang tidak dirancang
dengan baik akan memberikan
Mineral unsur Mineral sebatian
Kesan dan impak
seperti seperti yang buruk

kepada
dikelaskan
Bukan logam Logam Siri kereaktifan Oksida logam
dalam logam
Hidupan
contohnya contohnya berdasarkan contohnya
yang perlu

Berlian, grafit Emas, perak Kecergasan tindak r#BVLTJU CJKJIBMVNJOJVN

balas logam r(BMFOB CJKJIQMVNCVN


Diselesaikan dengan
terhadap oksigen r)FNBUJU CJKJIGFSVN
aplikasi idea dan cara
r,BTJUFSJU CJKJIUJNBI
yang kreatif dan inovatif

Diekstrak daripada bijih


logam oleh agen penurunan
karbon dalam relau bagas

digunakan dalam kehidupan harian untuk

Meneutralkan tanah yang berasid, membuat kaca, membina tapak


bangunan, membuat barang kegunaan harian
Bab 4: Kereaktifan Logam

Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

4.1 Kepelbagaian Mineral


Menjelaskan dengan contoh kepelbagaian bentuk mineral dalam kerak Bumi.
Mengenal pasti unsur yang terdapat dalam sebatian semula jadi.
Menjelaskan dengan contoh ciri mineral semula jadi dengan kegunaan dalam
kehidupan harian.

4.2 Siri Kereaktifan Logam


Membina siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas logam terhadap oksigen serta
menulis persamaan perkataan bagi tindak balas tersebut.
Menentukan kedudukan karbon dan hidrogen dalam siri kereaktifan logam.

4.3 Pengekstrakan Logam daripada Bijihnya


Berkomunikasi dengan melukis pengekstrakan logam daripada bijihnya.
Menjanakan idea untuk menyelesaikan masalah kesan buruk daripada aktiviti perlombongan
yang tidak dirancang dengan baik kepada semua hidupan di Bumi.

Praktis Sumatif 4
Jawab soalan yang berikut:
1. Berikut adalah antara mineral yang dapat ditemukan dalam kerak Bumi.

Ferum Kuarza Perak Bauksit Kalium


Galena Timah Hematit Kapur Berlian

(a) Kelaskan mineral di atas kepada dua kumpulan, iaitu unsur dan sebatian.

Mineral dalam kerak Bumi

Unsur Sebatian

143
(b) Berikan satu contoh bijih logam dan namakan unsur yang bergabung dalam bijih
logam tersebut.

2. Rajah 1 menunjukkan bijih timah.

Rajah 1

(a) Apakah nama saintifik bagi bijih timah?


(b) Nyatakan bahan yang digunakan untuk mengekstrak timah daripada bijih timah.
(c) Tuliskan persamaan perkataan bagi tindak balas antara timah dengan oksigen.

3. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul tentang mineral dalam kerak Bumi.
(a) Bilangan mineral dalam kerak Bumi adalah sama dengan bilangan unsur. ( )
(b) Bijih aluminium ialah satu mineral sebatian dalam kerak Bumi. ( )
(c) Kalsium oksida yang digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah adalah
bersifat bes. ( )
(d) Karbon digunakan untuk membentuk bijih logam. ( )

4. (a) Nyatakan bahan yang bertindak balas dengan logam dan digunakan untuk menentukan
kedudukan logam tersebut dalam siri kereaktifan logam.
(b) Kalium dan natrium disimpan di dalam botol reagen gelap berisi minyak parafin.
Jelaskan mengapa.

5. Rajah 2 menunjukkan susunan radas suatu aktiviti untuk mengkaji tindak balas bagi suatu
logam terhadap gas X.

Serbuk logam Wul kaca

Hablur kalium manganat(VII)


Piring porselin

Panaskan Panaskan

Rajah 2

144
Bab 4: Kereaktifan Logam

(a) Namakan gas X.


(b) Apakah fungsi kalium manganat(VII) dalam aktiviti ini?
(c) Terangkan langkah bagi prosedur pemanasan yang betul dalam aktiviti ini.
(d) Berikan tujuan aktiviti ini.

6. Bagaimanakah kedudukan unsur karbon dalam siri kereaktifan logam dapat menentukan
cara pengekstrakan logam daripada bijih atau sebatian logam?

Fokus KBAT
7. Binaan model 3D (tiga dimensi) lazimnya digunakan dalam pelbagai bidang.
Anda dikehendaki membuat satu model 3D relau bagas dengan menggunakan bahan
yang berikut:

• Penyedut minuman
• Botol air mineral kosong
• Air
• Minyak masak
• Serbuk besi
• Arang kok
• Serbuk kapur
• Beg plastik lut sinar
• Motor
• Bilah kipas
• Klip kertas

Lakarkan model 3D anda dan terangkan.

145
Bab
Bab
ab
1
5 Termokimia

Apakah maksud termokimia?


Apakah tindak balas endotermik
dan eksotermik?
Apakah kepentingan konsep
tindak balas endotermik dan
eksotermik dalam kehidupan harian?

Marilah kita mengkaji


Tindak balas endotermik dan eksotermik

146
Galeri Sains
Setiap tindak balas kimia disertai dengan perubahan bentuk tenaga.
Semasa tindak balas kimia berlaku, tenaga kimia yang tersimpan dalam
bahan tindak balas lazimnya ditukar kepada tenaga haba yang
dibebaskan ke persekitaran.
Termokimia ialah kajian tentang perubahan haba semasa tindak
balas kimia berlaku. Terdapat banyak aplikasi termokimia dalam
kehidupan harian kita termasuklah pek panas segera dan pek sejuk
segera seperti yang ditunjukkan dalam rajah
j di bawah.

Pek panas segera digunakan


untuk membebaskan haba ke
kawasan persekitarannya. Haba
yang dibebaskan oleh pek panas
segera ini dapat melegakan
kekejangan otot dan menambah
saiz lumen di dalam kapilari darah
supaya kadar peredaran darah
yang melaluinya meningkat.

Pek sejuk segera digunakan


untuk menyerap haba daripada
persekitaran. Haba yang diserap
oleh pek sejuk segera ini dapat
mengurangkan bengkak luka,
menyingkirkan haba daripada
keradangan tisu atau organ badan
dan mengurangkan saiz lumen di
dalam kapilari darah supaya kadar
peredaran darah yang melaluinya
menurun dan membantu
menghentikan pendarahan.

Kata Kunci

Termokimia Keseimbangan terma


Tindak balas endotermik Haba
Tindak balas eksotermik Suhu

147
5.1 Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik

Apabila natrium dimasukkan


ke dalam air, tindak balas
kimia yang berlaku adalah
seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 5.1.

Nyatakan tiga
LIM bentuk tenaga
yang dibebaskan
dalam tindak balas
kimia ini.

Apakah bentuk tenaga


yang paling lazim
dibebaskan atau diserap
dalam kebanyakan tindak
balas kimia?

Tindak balas kimia boleh dibahagikan kepada Gambar foto 5.1 Tindak balas
dua jenis berdasarkan perubahan haba semasa antara natrium dengan air
tindak balas berlaku, iaitu tindak balas
eksotermik dan tindak balas endotermik.

Awalan ‘ekso’ berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘luar’ manakala akhiran ‘termik’ berasal
daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘haba’. Awalan ‘endo’ pula berasal daripada perkataan Yunani
yang bermaksud ‘dalam’.

Cikgu, bagaimanakah kita dapat


mengenal pasti tindak balas dalam
Gambar foto 5.1 ini sama ada
tindak balas eksotermik atau tindak
balas endotermik?
LIM

RIFQI
Mudah sahaja. Caranya kita perlu mengesan
perubahan suhu air di dalam bekas. Jika air di
dalam bekas menjadi panas, tindak balas kimia
yang berlaku di dalam bekas itu adalah tindak
balas eksotermik. Jika air di dalam bekas menjadi
sejuk, tindak balas kimia yang berlaku di dalam
bekas itu adalah tindak balas endotermik.

148 5.1.1 5.1.2


Bab 5: Termokimia

Sekarang cikgu ingin bertanya. Nyatakan satu alat pengukur


yang sesuai digunakan untuk mengenal pasti tindak balas
eksotermik dan tindak balas endotermik. Kemudian,
terangkan jawapan kamu itu.

LIM
Termometer, cikgu. Bacaan termometer
meningkat menunjukkan haba dibebaskan ke
persekitaran. Hal ini ialah tindak balas eksotermik. RIFQI

Sebaliknya, bacaan termometer menurun


menunjukkan haba diserap dari persekitaran.
Hal ini pula ialah tindak balas endotermik.

Bijaknya kamu! Mari kita jalankan Eksperimen 5.1 untuk


membanding dan membezakan antara tindak balas
eksotermik dengan tindak balas endotermik.

Baiklah cikgu.
LIM

RIFQI

Imbas kembali hubung kait antara


suhu dengan haba dan konsep
keseimbangan terma yang telah
anda pelajari semasa di Tingkatan 2.

Eksperimen 5.1

Tujuan
Membanding dan membezakan antara tindak balas eksotermik dengan tindak
balas endotermik

Pernyataan masalah
Apakah persamaan dan perbezaan dalam tindak balas eksotermik dan endotermik?

Hipotesis
Tindak balas eksotermik ialah tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran
manakala tindak balas endotermik ialah tindak balas kimia yang menyerap haba
dari persekitaran.

5.1.2 5.1.3 149


Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Jenis bahan kimia
(b) bergerak balas : Bacaan suhu akhir
(c) dimalarkan : Isi padu air
Bahan
Serbuk natrium hidrogen karbonat, natrium hidroksida, ammonium klorida, larutan natrium
hidroksida 0.1M dan asid hidroklorik 0.1M
Radas
Cawan polistirena, termometer, spatula dan silinder penyukat
Prosedur
1. Sukat dan tuang 50 ml air ke dalam cawan polistirena.
2. Biarkan air di dalam cawan polistirena selama 2 minit.
3. Catatkan bacaan suhu awal air dalam jadual yang disediakan.
4. Masukkan dua spatula natrium hidroksida ke dalam cawan polistirena dan kacau
campuran itu sehingga semua natrium hidroksida larut dalam air seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
Termometer

Spatula
Natrium
hidroksida

Cawan polistirena
Air

Rajah 5.1

5. Catatkan suhu maksimum atau minimum yang tercapai dalam jadual.


6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggantikan natrium hidroksida dengan
ammonium klorida.
7. Sukat dan tuang 25 ml asid hidroklorik ke dalam cawan polistirena.
8. Biarkan asid di dalam cawan polistirena selama 2 minit.
9. Catatkan bacaan suhu awal asid dalam jadual yang disediakan.
10. Sukat dan tuang 25 ml larutan natrium hidroksida ke dalam cawan polistirena dan
kacau campuran itu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Termometer

Cawan polistirena

Larutan natrium
hidroksida

Cawan polistirena Asid hidroklorik cair

Rajah 5.2

150 5.1.3
Bab 5: Termokimia

11. Catatkan suhu maksimum atau minimum yang tercapai dalam jadual.
12. Ulang langkah 7 hingga 11 dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan
2 spatula serbuk natrium hidrogen karbonat.

Pemerhatian

Asid Asid
Natrium Garam hidroklorik hidroklorik
Bahan tindak
hidroksida ammonium dan larutan dan natrium
balas
dan air klorida dan air natrium hidrogen
hidroksida karbonat

Suhu sebelum
tindak balas (°C)

Suhu maksimum
atau minimum
semasa tindak
balas berlaku (°C)

Jenis tindak balas

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
1. Apakah definisi secara operasi bagi:
(a) pembebasan haba dalam eksperimen ini?
(b) penyerapan haba dalam eksperimen ini?
2. (a) Apakah yang berlaku apabila bacaan suhu pada termometer menjadi maksimum
atau minimum?
(b) Terangkan jawapan anda di soalan 2(a).
3. Nyatakan kriteria yang digunakan dalam eksperimen ini untuk mengelaskan tindak
balas sebagai:
(a) eksotermik
(b) endotermik
4. Senaraikan tindak balas eksotermik dalam eksperimen ini.
5. Senaraikan tindak balas endotermik dalam eksperimen ini.
6. (a) Bagaimanakah kejituan pengukuran suhu maksimum atau minimum dapat
ditingkatkan?
(b) Terangkan jawapan anda di soalan 6(a).

5.1.3 151
Contoh Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik dalam
Kehidupan Harian
Antara contoh tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik dalam kehidupan harian
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 5.2.

Pembakaran bunga api Fotosintesis

Membuat kek Respirasi

Gambar foto 5.2 Contoh tindak balas eksotermik dan endotermik

Berdasarkan Gambar foto 5.2,


• contoh yang manakah merupakan tindak balas eksotermik?
• contoh yang manakah merupakan tindak balas endotermik?

152 5.1.4
Bab 5: Termokimia

Mereka Bentuk Bahan dengan Menggunakan Konsep Tindak Balas


Eksotermik dan Endotermik bagi Menyelesaikan Masalah dalam
Kehidupan Harian
Jalankan Aktiviti 5.1 untuk mereka bentuk bahan dengan menggunakan konsep tindak balas
eksotermik dan endotermik bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Aktiviti 5.1
P A K -21
Mereka bentuk kejuruteraan bagi menyelesaikan masalah dalam
• KMK, KBMM,
kehidupan harian
STEM
• Aktiviti
Arahan pembelajaran
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. berasaskan
2. Kumpulkan maklumat tentang proses mereka bentuk projek
kejuruteraan bagi:
(a) menghasilkan bahan untuk melegakan kekejangan otot

(b) menghasilkan lampu kecemasan ketika bekalan elektrik terputus

(c) membina bekas yang boleh mengekalkan suhu yang tinggi atau rendah

3. Tuliskan maklumat dan hasil kajian yang kumpulan anda peroleh dalam bentuk folio.

5.1.5 153
Praktis Formatif 5.1
1. Definisikan jenis tindak balas kimia yang berikut:
(a) Tindak balas endotermik
(b) Tindak balas eksotermik
2. Apakah maksud termokimia?
3. Mengapakah suhu badan kita meningkat semasa melakukan aktiviti fizikal yang cergas?
4. (a) Nyatakan satu contoh masalah global yang disebabkan oleh tindak balas eksotermik.
(b) Berikan satu idea untuk menyelesaikan masalah yang disebutkan di soalan 4(a).
5. (a) Nyatakan jenis tindak balas yang paling baik bagi menghasilkan bahan untuk
melegakan kekejangan otot.
(b) Terangkan jawapan anda.

Rumusan
Termokimia

ialah

Kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia berlaku

dengan

Haba dibebaskan ke persekitaran Haba diserap dari persekitaran

dalam dalam

Tindak balas eksotermik Tindak balas endotermik

seperti dalam proses seperti dalam proses

Pembakaran kertas, Fotosintesis, membuat kek, pengekstrakan


letupan bom, respirasi, besi daripada bijih besi, melarutkan
peneutralan asid dengan alkali garam ammonium dalam air

yang menyebabkan yang menyebabkan

Suhu meningkat Suhu menurun

dalam dalam

Hasil tindak balas Hasil tindak balas

154
Bab 5: Termokimia

Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

5.1 Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik


Mendefinisikan tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik.
Menghubungkaitkan perubahan kimia yang melibatkan haba dengan tindak balas
endotermik dan tindak balas eksotermik.
Menjalankan eksperimen untuk membanding dan membezakan tindak balas eksotermik
dengan tindak balas endotermik.
Menjelaskan dengan contoh tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.
Mereka bentuk bahan yang menggunakan konsep tindak balas eksotermik dan endotermik
bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Praktis Sumatif 5
Jawab soalan yang berikut:
1. Terdapat dua jenis tindak balas, iaitu tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.
Padankan contoh tindak balas dengan jenis tindak balas yang betul.

(a) Pembakaran petrol

(b) Fotosintesis

(c) Respirasi Tindak balas eksotermik

(d) Membuat roti


Tindak balas endotermik
(e) Peneutralan

(f) Pengaratan besi

2. Gariskan jawapan yang betul tentang tindak balas eksotermik.


(a) Pembakaran lilin ialah tindak balas eksotermik kerana haba (dibebas/diserap).
(b) Tindak balas eksotermik dalam badan kita (meningkatkan/menurunkan) suhu badan.
(c) Tindak balas eksotermik diaplikasikan dalam pek (sejuk/panas) segera.
(d) Membuat kek bukan tindak balas eksotermik kerana haba (dibebas/diserap).

155
3. Selesaikan teka silang kata di bawah dengan jawapan yang betul.
(e)
Melintang
(a) Kajian perubahan haba semasa tindak
balas kimia berlaku.
(b) Tindak balas endotermik yang berlaku
dalam tumbuhan.
(d)
(c) Tindak balas eksotermik yang berlaku
dalam haiwan.

(a) M M
(f)

(b) T S

(c) R
Menegak
(d) Alat yang mengukur perubahan suhu
semasa tindak balas eksotermik dan
tindak balas endotermik.
(e) Tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran.
(f) Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.

4. Rajah 1 menunjukkan susunan radas untuk pemanasan kalsium karbonat.

Kalsium Air kapur


karbonat
Kaki retort

Panaskan

Rajah 1

Adakah pemanasan kalsium karbonat merupakan tindak balas eksotermik atau tindak
balas endotermik? Terangkan jawapan anda.

156 5.1.1
Bab 5: Termokimia

5. Bezakan tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium karbonat dan tindak balas
antara asid hidroklorik dengan natrium hidrogen karbonat.

6. Bagaimanakah kesan pemanasan global dapat dikurangkan melalui penanaman


semula pokok?

7. (a) Rajah 2 menunjukkan tindak balas termit, iaitu pemanasan ferum(II) oksida,
serbuk aluminium dan pita magnesium.

Rajah 2

Adakah tindak balas termit merupakan tindak balas eksotermik atau tindak balas
endotermik? Terangkan jawapan anda.
(b) Rajah 3 menunjukkan satu aplikasi tindak balas termit.

Rajah 3

Huraikan aplikasi tindak balas termit dalam Rajah 3.

157
Fokus KBAT
K B AT
8. Rajah 4 menunjukkan pek panas segera dan pek sejuk segera yang digunakan di hospital
untuk melegakan kekejangan otot dan mengurangkan bengkak luka.

PEK PEK
PANAS SEJUK
SEGER SEGE RA
A
TEKA TEKA
DI SININ DI SININ

Rajah 4

Dengan menggunakan daya kreativiti anda, ubah suai dan bina pek panas segera dan
pek sejuk segera dengan menggunakan bahan yang berikut. Terangkan.

Dua beg plastik


nipis (saiz: kecil) Air
ir
Dua beg plastik
tebal (saiz: besar)
Pencungkil
Penc
Pencu
cunngkil
gkil ggigi

Ammonium nitrat
Kalsium klorida

158
TEMA

3
Tenaga dan Kelestarian
Hidup

Sel solar digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Apakah kepentingan penjanaan
tenaga elektrik dengan menggunakan sumber tenaga solar di Malaysia?

Berdasarkan undang-undang di Malaysia,


pemasangan alat pengesan asap di
bangunan seperti hospital, hotel,
pasar raya dan bangunan pejabat
adalah wajib. Alat pengesan asap
lazimnya mengandungi sedikit bahan
radioaktif. Namakan bahan radioaktif
ini. Apakah kepentingan mengendalikan
bahan radioaktif dengan efektif
dalam kehidupan harian?

159
Bab
Bab
ab
Elektrik dan
1
6 Kemagnetan

Apakah sumber
tenaga boleh baharu
dan sumber tenaga
tidak boleh baharu?

Apakah fungsi
transformer injak
naik dan injak turun?

Bagaimanakah
kos penggunaan
tenaga elektrik dihitung?

Marilah kita mengkaji


Penjanaan tenaga elektrik
Transformer
Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
Pengiraan kos penggunaan elektrik

160
Galeri Sains
Menurut laporan Agensi Nuklear Malaysia, Malaysia perlu membina
sebuah stesen jana kuasa yang menggunakan tenaga nuklear pada
tahun 2030. Stesen jana kuasa ini dapat menjanakan tenaga elektrik
yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik negara
kita. Adakah anda bersetuju atau membantah pembinaan stesen
jana kuasa ini di Malaysia? Mengapa?
(Sumber:http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/inovasi/loji-
nuklear-negara-beroperasi-2030-1.146680)

MALAYSIA
# #
##

Di manakah stesen
RIFQI

jana kuasa yang menggunakan


tenaga nuklear harus dibina
di negara kita?

Kata Kunci

Stesen jana kuasa Gegelung sekunder Litar pintas


Arus aruhan Voltan input Kejutan elektrik
Arus terus Voltan output Kilowatt-jam (kWj)
Arus ulang-alik Rangkaian Grid Nasional Kecekapan tenaga
Gegelung primer Dawai bumi

161
6.1 Penjanaan Tenaga Elektrik

Pelbagai Sumber Tenaga untuk Malaysiaku


Menjanakan Tenaga Elektrik Kini, Malaysia merupakan negara
Tahukah anda negara kita, Malaysia merupakan sebuah yang pertama dalam sektor
negara yang sungguh berjaya menggunakan pelbagai perindustrian biojisim di rantau Asia
Tenggara. Sarawak dan Sabah
sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik? Apakah merupakan dua buah negeri di
sumber tenaga yang digunakan di Malaysia untuk Malaysia yang mempunyai
menjana tenaga elektrik? kepelbagaian dan kuantiti sumber
Penjanaan tenaga elektrik menggunakan pelbagai biojisim yang paling banyak.
sumber tenaga. Sumber tenaga yang berbeza ini boleh Pelbagai jenis biojisim ini
termasuklah biojisim kelapa sawit,
dikelaskan kepada dua kumpulan yang utama, iaitu sumber
hutan, pokok getah, sampah
tenaga boleh baharu dan sumber tenaga tidak boleh sarap, sekam padi, jagung dan
baharu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. Rajah 6.2 sebagainya. Selain penjanaan
pula menunjukkan sumber tenaga boleh baharu dan sumber tenaga elektrik, biojisim juga
tenaga tidak boleh baharu yang digunakan dalam stesen digunakan untuk menghasilkan
jana kuasa di Malaysia. produk yang inovatif seperti bahan
binaan bangunan yang baharu.

Sumber tenaga

Sumber tenaga Sumber tenaga


boleh baharu tidak boleh baharu

Maksud
Maksud
Sumber tenaga yang boleh Sumber tenaga yang
digantikan secara tidak boleh diganti dan
berterusan dan tidak akan habis digunakan.
akan habis.
Stesen jana kuasa hibrid di Pulau
Perhentian Kecil, Terengganu
(Sumber tenaga: Angin, Solar, Diesel)
Contoh Contoh
t5FOBHBIJESP t5FOBHBOVLMFBS
t5FOBHBPNCBL t"SBOHCBUV
t5FOBHBTPMBS t(BTBTMJ
t5FOBHBQBTBOHTVSVU t1FUSPMFVN
t5FOBHBBOHJO
t5FOBHBCJPKJTJN
t5FOBHBHFPUFSNB

Rajah 6.1 Tenaga boleh baharu dan tenaga tidak boleh baharu

162 6.1.1
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Stesen jana kuasa hidroelektrik Bakun di


Sarawak (Sumber tenaga: Tenaga hidro)
Stesen jana kuasa Tuanku Jaafar di Negeri
Sembilan (Sumber tenaga: Gas asli)

Stesen
jana kuasa di
Malaysia Stesen jana kuasa Sultan Azlan Shah di
Manjung, Perak (Sumber tenaga: Arang batu)

Stesen jana kuasa Gelugor di Pulau


Pinang (Sumber tenaga: Diesel)
Stesen jana kuasa biojisim TSH Bio-Energy
Sdn. Bhd. di Sabah (Sumber tenaga: Biojisim)

Rajah 6.2 Stesen jana kuasa di Malaysia yang menggunakan


sumber tenaga boleh baharu dan sumber tenaga tidak boleh baharu

6.1.1 163
Proses Penjanaan Tenaga Elektrik
Generator ialah alat yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Perhatikan Gambar foto 6.1
yang menunjukkan satu contoh model generator.
Namakan dua komponen
Magnet utama yang menjana arus
dalam model generator ini.
Gegelung dawai
Engkol

Magnet
RIFQI

LED

Gambar foto 6.1 Model generator

Apabila engkol pada model generator itu diputarkan, satu arus yang dikenali sebagai arus
aruhan akan dihasilkan. Pengaliran arus aruhan ini menyalakan LED.
Pada tahun 1831, ahli sains Michael
Faraday telah melakukan satu siri kajian
tentang penjanaan elektrik dengan
menggunakan medan magnet. Arus Galvanometer
elektrik dihasilkan oleh: Galvanometer
meter
• Gerakan dawai menyebabkan garis 20
10 0 10
20

Magnet 0
30
30

10
G 20
10
20
40

40

medan magnet dipotong.

30
30
50

50

– +
G

40

40
50

50
– +
6 8
8
Dawai penyambung atau solenoid
digerakkan melalui ruang antara kutub Solenoid
magnet dengan pantas seperti yang digerakkan
ditunjukkan dalam Rajah 6.3 dan 6.4. 6
Dawai penyambung
Garis medan magnet dipotong. Arus
digerakkan
aruhan dihasilkan dalam dawai
penyambung atau solenoid dan mengalir Rajah 6.3 Rajah 6.4
melalui galvanometer. Jarum penunjuk
galvanometer terpesong. Galvanometer Galvanometer
meter
• Gerakan magnet menyebabkan garis Magnet
medan magnet dipotong. digerakkan 20
10 0 10
20
30
30

G
40

40
4
50

50

– +

Magnet digerakkan seperti yang


10 0 10
20 20

8
30
30

G
40

40
50

50

– +

ditunjukkan dalam Rajah 6.5 dan 6.6


Solenoid
supaya garis medan magnet dipotong
oleh dawai penyambung atau solenoid. 6 8 Magnet digerakkan

Arus aruhan dihasilkan dalam dawai


penyambung atau solenoid dan mengalir Dawai penyambung
melalui galvanometer. Jarum penunjuk
galvanometer terpesong. Rajah 6.5 Rajah 6.6

164 6.1.2
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Aktiviti 6.1
Mengkaji penghasilan arus elektrik apabila garis medan magnet dipotong oleh dawai kuprum

Bahan
Dawai kuprum bersalut PVC, dawai penyambung dan tiub kadbod dengan lilitan dawai
bersalut PVC (gegelung dawai/solenoid)

Radas
Magnet bar, magnet berbentuk U dan galvanometer sifar tengah

Arahan
1. Sambungkan dawai kuprum bersalut PVC ke galvanometer sifar tengah.
2. Gerakkan dawai kuprum ke bawah di antara kutub utara dengan selatan sebuah
magnet berbentuk U dan kemudiannya ke atas seperti dalam Rajah 6.3. Perhati dan
catatkan pemesongan penunjuk galvanometer.
3. Gerakkan magnet berbentuk U ke atas dan kemudiannya ke bawah seperti dalam
Rajah 6.5. Perhati dan catatkan pemesongan penunjuk galvanometer.
4. Sambungkan gegelung dawai kuprum bersalut PVC ke galvanometer sifar tengah.
5. Gerakkan gegelung dawai seperti dalam Rajah 6.4. Perhati dan catatkan pemesongan
penunjuk galvanometer.
6. Gerakkan magnet bar seperti dalam Rajah 6.6. Perhati dan catatkan pemesongan
penunjuk galvanometer.

Pemerhatian

Langkah Pemesongan penunjuk galvanometer

Soalan
1. Apakah yang dikesan oleh galvanometer apabila penunjuk galvanometer terpesong?
2. Apakah yang berlaku apabila magnet bergerak secara relatif dengan dawai kuprum
atau gegelung dawai?
3. Apakah yang dihasilkan oleh pemotongan garis medan magnet oleh dawai kuprum
atau gegelung dawai?

6.1.2 165
Aktiviti 6.2
Membina sebuah generator ringkas yang dapat menyalakan LED P A K -21
dengan menggunakan magnet dan gegelung dawai • KMK, KIAK,
STEM
Bahan • Aktiviti
Dawai kuprum bersalut PVC, pita selofan, wayar penyambung dengan menghasilkan
klip buaya dan LED inovasi

Radas Magnet magnadur


Angker dengan gandar, dua magnet magnadur, Gegelung
kepingan kayu (tapak) dan pemegang magnet dawai
berbentuk-C
U S
Pita selofan
Arahan untuk Komutator
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. menempatkan Berus
2. Bina sebuah generator arus terus (a.t.) komutator karbon
yang ringkas seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.7. LED
3. Pastikan gandar berkeadaan pegun.
Perhati dan catatkan sama ada LED Hujung dawai
menyala atau tidak. gegelung untuk
4. Putarkan gandar. Kemudian, perhati membina komutator
dan catatkan sama ada LED menyala Magnet magnadur Gandar
atau tidak.
5. Bentangkan hasil perbincangan
kumpulan anda. U
LED Diputar

Pemerhatian S
Keadaan gandar Pegun Berputar
LED menyala
atau tidak
Rajah 6.7 Generator a.t. yang ringkas

Soalan
1. Tandakan (  ) pada pernyataan yang betul tentang pemotongan garis medan
magnet di bawah ini.
(a) Apabila gegelung dawai dan magnet dalam keadaan pegun, garis
medan magnet dipotong.
(b) Apabila gegelung dawai bergerak dalam magnet yang berkeadaan
pegun, garis medan magnet dipotong.
(c) Arus akan teraruh hanya apabila garis medan magnet dipotong.
2. Bagaimanakah arus aruhan dapat dikesan dalam aktiviti ini?
3. Bagaimanakah arus aruhan dihasilkan oleh generator a.t.?
4. Nyatakan dua bentuk tenaga selain tenaga elektrik yang dihasilkan dalam aktiviti ini.
5. Nyatakan dua kelebihan LED sebagai alat pencahayaan berbanding dengan mentol
yang mempunyai filamen.

166 6.1.2
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Tenaga Elektrik Dijanakan di Stesen Jana Kuasa


Perhatikan Rajah 6.8 hingga 6.13. Lihat bagaimana tenaga elektrik dijanakan di stesen jana kuasa
dengan menggunakan pelbagai sumber tenaga.

1 Stesen jana kuasa yang menggunakan sumber tenaga tidak boleh baharu seperti
diesel, gas asli dan arang batu.

Dandang Penjana
Stim

Menara elektrik

Turbin

Air laut

Bahan api Kondenser

Rajah 6.8 Stesen jana kuasa terma

Mekanisme

Pembakaran Air dididihkan Stim memutarkan Penjana menghasilkan


bahan api menjadi stim turbin tenaga elektrik

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga kimia Tenaga haba Tenaga kinetik Tenaga elektrik

2 Stesen jana kuasa yang menggunakan tenaga solar.


Panel suria

Mekanisme

Sinaran Panel suria menukarkan tenaga cahaya


matahari daripada matahari kepada tenaga elektrik

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga cahaya Tenaga elektrik Rajah 6.9 Stesen jana kuasa


tenaga solar

6.1.2 167
3 Stesen jana kuasa hidroelektrik.

Takungan air

Terowong kuasa

Penjana
Menara elektrik

Turbin

Air mengalir
ke sungai

Rajah 6.10 Stesen jana kuasa hidroelektrik

Mekanisme
Air tersimpan Air mengalir dari Penjana
Aliran air memutarkan
dalam empangan aras tinggi ke menghasilkan
turbin
yang tinggi aras rendah tenaga elektrik

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga keupayaan
graviti Tenaga kinetik Tenaga elektrik

4 Stesen jana kuasa yang


menggunakan tenaga angin.
Bilah
Penjana

Menara

Tapak

Rajah 6.11 Stesen jana kuasa tenaga angin


Mekanisme
Udara Angin Penjana
Bilah memutarkan
bergerak menggerakkan menghasilkan
turbin
atau angin bilah tenaga elektrik

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga kinetik Tenaga elektrik

168 6.1.2
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

5 Stesen jana
kuasa yang Uranium Stim Penjana
menggunakan
bahan api
nuklear. Pam
Menara elektrik
Turbin
Reaktor
Pam Air laut
nuklear

Kondenser
Air

Rajah 6.12 Stesen jana kuasa tenaga nuklear


Mekanisme

Tindak balas Air dididihkan Stim memutarkan Penjana


nuklear menjadi stim turbin menghasilkan
tenaga elektrik

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga nuklear Tenaga haba Tenaga kinetik Tenaga elektrik

Stim Turbin
6 Stesen jana
kuasa yang
menggunakan Dandang Penjana
biojisim.

Air Menara
Pembakaran metana elektrik

Pam Air laut


Metana
Kondenser
Air
Biojisim

Rajah 6.13 Stesen jana kuasa biojisim


Mekanisme

Metana Penjana
Air dididihkan Stim memutarkan
dihasilkan menghasilkan
menjadi stim turbin
oleh biojisim tenaga elektrik

Perubahan Bentuk Tenaga

Tenaga kimia Tenaga haba Tenaga kinetik Tenaga elektrik

6.1.2 169
Aktiviti 6.3
Mengumpulkan maklumat dan memahami bagaimana tenaga elektrik
P A K -21
dijanakan di stesen jana kuasa • KMK, KIAK,
STEM
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. perbincangan
2. Kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan bagaimana tenaga
elektrik dijanakan di stesen jana kuasa yang menggunakan pelbagai sumber tenaga
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.8 hingga 6.13.
(a) Proses penjanaan tenaga elektrik daripada pelbagai sumber tenaga.
(b) Lokasi stesen jana kuasa yang menggunakan pelbagai sumber tenaga di Malaysia.
3. Kongsikan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

Arus Terus dan Arus Ulang-alik

Adakah cas elektrik mengalir


Adakah anda masih ingat tajuk
melalui suatu konduktor dalam satu
arus elektrik yang telah anda AIN

arah sahaja atau dalam arah yang


pelajari di Tingkatan 2?
berubah-ubah secara berterusan?

Arus elektrik dibahagikan kepada dua jenis, iaitu arus terus (a.t.) dan arus ulang-alik (a.u.).

Arus Terus (a.t.)


Arus terus ialah arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja. Contoh alat yang
menggunakan arus terus adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 6.2.

(a) Lampu suluh (b) Kalkulator (c)


( ) Kereta
K t mainan
i
Gambar foto 6.2 Contoh alat yang menggunakan arus terus
Contoh penjana atau sumber tenaga elektrik yang menghasilkan arus terus seperti dalam
Gambar foto 6.3.

(a) Sel suria (b) Akumulator (c) Bateri


Gambar foto 6.3 Contoh penjana atau sumber tenaga elektrik yang menghasilkan arus terus
170 6.1.2 6.1.3
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Arus Ulang-alik (a.u.)


Arus ulang-alik ialah arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan.
Perhatikan Gambar foto 6.4 yang menunjukkan contoh alat yang menggunakan arus ulang-alik.

(a) Pembakar roti (b) Pengering rambut (c) Pendingin hawa

Gambar foto 6.4 Contoh alat yang menggunakan arus ulang-alik

Adakah kebanyakan penjana tenaga elektrik dalam stesen jana kuasa menghasilkan a.t.
atau a.u.?

Osiloskop Sinar Katod (O.S.K.)


Osiloskop sinar katod (O.S.K.) ialah sebuah alat elektronik yang boleh digunakan
untuk menunjukkan perbezaan bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan bagi
arus terus dan arus ulang-alik. Oleh itu, anda digalakkan untuk mendapatkan
maklumat dan mempelajari cara mengendalikan beberapa suis kawalan yang
terdapat pada O.S.K. sebelum menjalankan Aktiviti 6.4. Untuk tujuan itu,
perhatikan Gambar foto 6.5.

Gandaan-Y
Untuk mengubah
magnitud ketinggian
tompok cahaya Tombol Kawalan
Keamatan
Pesongan-Y Untuk mengawal
kecerahan tompok
Untuk menyelaras
cahaya pada skrin O.S.K.
kedudukan tompok
cahaya secara menegak
Tombol Kawalan Fokus
Untuk mengawal
Pesongan-X
ketajaman tompok
Untuk menyelaras cahaya pada skrin O.S.K.
kedudukan tompok
cahaya secara mengufuk
Dasar-masa
Suis Arus Terus/ Untuk mengawal
Arus Ulang-alik pergerakan tompok
Dipilih mengikut jenis cahaya melintasi skrin
input yang diterima secara mengufuk

Gambar foto 6.5 Suis dan tombol kawalan pada O.S.K.


6.1.3 171
Aktiviti 6.4 Aktiviti inkuiri
Menggunakan osiloskop sinar katod (O.S.K.) untuk menunjukkan perbezaan bentuk graf,
arah arus dan perubahan voltan bagi arus terus (a.t.) dan arus ulang-alik (a.u.)

Bahan
Sel kering

Radas
Wayar penyambung, pemegang sel, O.S.K. dan bekalan kuasa

Arahan
1. Hidupkan O.S.K. dan tunggu sehingga suatu tompok cahaya kelihatan pada skrin.
Matikan dasar-masa. Laraskan tombol kawalan keamatan dan tombol kawalan fokus
untuk mengubah kecerahan dan ketajaman tompok cahaya seperti dalam Rajah 6.14.
2. Gunakan tombol pesongan-X dan pesongan-Y untuk melaraskan tompok cahaya
supaya berada pada pusat skrin di kedudukan sifar seperti dalam Rajah 6.14.
3. Hidupkan dasar-masa dan perhatikan paparan skrin seperti dalam Rajah 6.15.

Rajah 6.14 Rajah 6.15

4. Pilih input (a.u./a.t.) kepada a.t. dan laraskan tombol gandaan-Y kepada
1 V/bahagian. Matikan dasar-masa.
5. Sambungkan sebiji sel kering pada input-Y (Gambar foto 6.6).

O.S.K.

Sel kering

Gambar foto 6.6

172 6.1.3
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

6. Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.16.
Tentukan voltan yang merentasi sel kering itu dengan mendarab anjakan dengan
nilai gandaan-Y.
7. Hidupkan dasar-masa. Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.17.

Rajah 6.16 Rajah 6.17

8. Ulang langkah 5 hingga 7 tetapi songsangkan sambungan terminal sel kering.


Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.18.
9. Hidupkan dasar-masa. Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.19.

Rajah 6.18 Rajah 6.19

10. Pilih input (a.u./a.t.) Bekalan O.S.K.


kepada a.u. dan laraskan kuasa
tombol gandaan-Y
kepada 1 V/bahagian.
Matikan dasar-masa.
11. Sambungkan terminal
a.u. 2 V daripada bekalan
kuasa pada input-Y
seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 6.7.
12. Perhati dan catatkan
paparan skrin seperti
yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.20.
Gambar foto 6.7

6.1.3 173
13. Hidupkan dasar-masa. Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.21.

Rajah 6.20 Rajah 6.21

14. Ulang langkah 10 hingga 13 tetapi songsangkan sambungan terminal bekalan kuasa.
Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.22.
15. Hidupkan dasar-masa. Perhati dan catatkan paparan skrin seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.23.

Rajah 6.22 Rajah 6.23

Pemerhatian

Langkah Paparan skrin yang diperhatikan

12

13

14

15

174 6.1.3
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Soalan
1. Apakah fungsi O.S.K. dalam aktiviti ini?
2. Banding dan bezakan paparan skrin yang ditunjukkan dalam langkah 6 dan 8.
3. Apakah dua inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian paparan skrin
dalam langkah 7 dan 9?
(a) Inferens pertama
(b) Inferens kedua
4. Berdasarkan pemerhatian pada paparan skrin dalam langkah 12 dan 14, huraikan
perubahan voltan yang dihasilkan oleh bekalan kuasa. Terangkan jawapan anda.
5. Apakah dua inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian pada paparan
skrin dalam langkah 13 dan 15?
(a) Inferens pertama
(b) Inferens kedua
6. Namakan jenis arus elektrik yang dibekalkan oleh sumber tenaga yang berikut:
(a) Sel kering
(b) Bekalan kuasa

Penyelesaian Masalah Berkaitan


dengan Bekalan Tenaga Elektrik
M
Malaysiaku
Generator ‘raksasa’ yang dikenali
dalam Kehidupan sebagai genset daripada TNB
Pernahkah anda mengalami gangguan bekalan tenaga digunakan untuk membekalkan
bekalan elektrik gantian semasa
elektrik semasa berada di rumah atau di sekolah? gangguan bekalan
Sekiranya gangguan bekalan elektrik menjadi suatu tenaga elektrik.
masalah besar dalam kehidupan, dapatkah anda bayangkan
kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman
tanpa bekalan tenaga elektrik? Mari jalankan Aktiviti 6.5
untuk membuat model sebuah generator yang dapat
menghasilkan tenaga elektrik.

Aktiviti 6.5
Membuat model atau inovasi untuk menyelesaikan masalah penjanaan
P A K -21
tenaga elektrik yang menggunakan turbin dan generator di kawasan • KMK, KBMM
pedalaman tanpa menjejaskan alam sekitar • Aktiviti
menjalankan
Arahan projek
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Reka bentuk satu model atau inovasi untuk menyelesaikan masalah penjanaan
tenaga elektrik yang menggunakan turbin dan generator di kawasan pedalaman
tanpa menjejaskan alam sekitar.

6.1.3 6.1.4 175


Contoh-contoh inovasi

Penghantaran dan pengagihan tenaga


elektrik tanpa wayar (Wireless electrical
Atap dengan sel suria transmission and distribution)

Menyerap dan mengubah tenaga Mengubah tenaga elektrik kepada


solar kepada tenaga elektrik tanpa tenaga gelombang radio atau mikro
menjejaskan alam sekitar. untuk dihantar dan diagih secara
tanpa wayar ke alat elektrik yang dapat
mengubah tenaga gelombang radio
kembali menjadi tenaga elektrik.

3. Bentangkan model atau inovasi yang telah dicipta.

Praktis Formatif 6.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga boleh baharu dan sumber tenaga tidak
boleh baharu?
2. Rajah 1 menunjukkan tiga susunan, P, Q dan R dengan magnet dan gegelung dawai yang
bergerak atau berkeadaan pegun.

Gegelung berkeadaan pegun Gegelung bergerak ke arah magnet Gegelung berkeadaan pegun

U S U S U S

LED LED LED


Magnet bergerak Magnet berkeadaan pegun Magnet berkeadaan pegun
ke arah gegelung

Susunan P Susunan Q Susunan R


Rajah 1

(a) Dalam susunan yang manakah LED bernyala? Terangkan jawapan anda.
(b) Dalam susunan yang manakah LED tidak bernyala? Terangkan jawapan anda.
3. Apakah fungsi sebuah osiloskop sinar katod atau O.S.K.?

176 6.1.4
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

6.2 Transformer

Pernahkah anda melihat alat seperti


yang ditunjukkan dalam Gambar foto 6.8
di kawasan tempat tinggal anda?
Apakah kepentingan alat ini dalam
kehidupan harian?

ADAM

Gambar foto 6.8 Transformer

Transformer Injak Naik dan Transformer Injak Turun


Transformer merupakan alat mengubah voltan bagi arus ulang-alik (Va.u.). Transformer ringkas
terdiri daripada satu teras besi lembut berlamina yang dililit oleh dua gegelung dawai bertebat,
iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.24.

Teras besi lembut


berlamina

Bekalan a.u. Beban

Gegelung Gegelung
primer sekunder

Rajah 6.24 Struktur transformer ringkas

Terdapat dua jenis transformer, iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun
seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.1 di halaman 178.

6.2.1 177
Jadual 6.1 Transformer injak naik dan transformer injak turun
Transformer injak naik Transformer injak turun

Gegelung
Gegelung Gegelung Gegelung
primer
primer sekunder sekunder

Beban Beban

Bekalan a.u.
Bekalan a.u.

Simbol Simbol

Voltan primer (input), Vp, yang merentasi Voltan primer (input), Vp, yang merentasi
gegelung primer adalah lebih rendah daripada gegelung primer adalah lebih tinggi daripada
voltan sekunder (output), Vs, yang merentasi voltan sekunder (output), Vs, yang merentasi
gegelung sekunder. gegelung sekunder.

Bilangan lilitan pada gegelung primer adalah Bilangan lilitan pada gegelung primer adalah
kurang daripada bilangan lilitan pada gegelung lebih banyak daripada bilangan lilitan pada
sekunder. gegelung sekunder.

Jalankan Eksperimen 6.1 untuk membina dan mengkaji fungsi transformer ringkas injak
naik dan injak turun.

Eksperimen 6.1
Tujuan
Membina dan mengkaji fungsi transformer ringkas injak naik dan injak turun dengan
menggunakan teras besi lembut berlamina
Pernyataan masalah
Apakah fungsi transformer injak naik dan injak turun?
Hipotesis
(a) Dalam transformer injak naik, voltan sekunder (output) adalah lebih tinggi daripada
voltan primer (input).
(b) Dalam transformer injak turun, voltan sekunder (output) adalah lebih rendah daripada
voltan primer (input).
Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Bilangan lilitan gegelung sekunder
(b) bergerak balas : Kecerahan mentol
(c) dimalarkan : Bilangan lilitan gegelung primer
Bahan
Wayar penyambung, dawai kuprum bertebat dan mentol
Radas
Bekalan kuasa a.u. dan teras besi lembut berlamina yang berbentuk-C

178 6.2.1
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Prosedur
1. Lilitkan 30 lilitan dawai pada satu lengan teras Langkah
besi lembut yang berlamina untuk membentuk Berjaga-jaga
gegelung primer seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.25. Amalkan langkah-langkah
keselamatan semasa
2. Lilitkan 15 lilitan dawai pada satu lagi lengan teras
mengendalikan bekalan kuasa.
besi lembut yang berlamina untuk membentuk
gegelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.25.
3. Sambungkan gegelung primer pada bekalan kuasa a.u.. Kemudian, sambungkan
mentol P merentasi gegelung primer dan mentol S merentasi gegelung sekunder
seperti dalam Rajah 6.25.
Bekalan kuasa a.u.

INPUT : 220/240V A.C.50/60Hz OUTPUT; Max 12V AC/DC ST909T


7
0FF 8
6
D.C. 9
5

TOTAL LOAD 0
4
8 AMP. MAX.
11
3
0N A.C. 2 VOLTS

Gegelung primer
(30 lilitan)

P
Teras besi lembut
berlamina berbentuk-C

Gegelung sekunder
(15 lilitan)

Rajah 6.25

4. Hidupkan suis bekalan kuasa a.u. dan laraskan voltannya pada 2 V.


5. Perhati dan bandingkan kecerahan kedua-dua mentol.
6. Ulang langkah 3 hingga 5 tetapi dengan menggunakan gegelung primer yang
mempunyai 30 lilitan dan gegelung sekunder yang mempunyai 60 lilitan.

Pemerhatian

Bilangan lilitan Bilangan lilitan Kecerahan mentol


gegelung primer, Np gegelung sekunder, Ns P S

30 15

30 60

Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

6.2.1 179
Soalan
1. Berdasarkan keputusan eksperimen ini.
(a) Apakah kesan terhadap kecerahan mentol jika Np > Ns?
(b) Apakah hubung kait antara Vp dengan Vs jika Np > Ns?
(c) Apakah jenis transformer ini?
2. Berdasarkan keputusan eksperimen ini.
(a) Apakah kesan terhadap kecerahan mentol jika Np < Ns?
(b) Apakah hubung kait antara Vp dengan Vs jika Np < Ns?
(c) Apakah jenis transformer ini?
3. Apakah yang terjadi kepada perubahan voltan bagi arus ulang-alik pada sebuah
transformer jika perbezaan antara bilangan lilitan dalam gegelung primer dengan
bilangan lilitan dalam gegelung sekunder ditambah?
4. Mengapakah bilangan lilitan dalam gegelung primer dan sekunder adalah berbeza
dalam semua transformer?

Fungsi Transformer dalam Penggunaan


Peralatan Elektrik di Rumah
Arus aruhan yang terbentuk dalam
Di Malaysia, voltan bagi bekalan arus ulang-alik yang teras besi dalam transformer
dibekalkan ke rumah ialah 240 V. Berikan satu contoh dikenali sebagai arus pusar.
peralatan elektrik di rumah yang beroperasi pada 240 V arus Pembentukan arus pusar dalam
ulang-alik tanpa menggunakan transformer. transformer akan mengurangkan
kecekapan transformer. Oleh itu,
Kebanyakan peralatan elektrik di rumah menggunakan teras besi berlamina digunakan
transformer seperti yang terdapat dalam pengecas telefon untuk mengurangkan arus pusar
bimbit (Gambar foto 6.9). dan meningkatkan kecekapan
transformer. Teras besi berlamina
terdiri daripada lapisan besi lembut
dan lapisan penebat yang disusun
secara berselang-seli.

Transformer

Teras besi
berlamina

Gambar foto 6.9 Pengecas telefon bimbit

Adakah transformer dalam pengecas telefon bimbit


transformer injak naik atau injak turun? Mari jalankan
Aktiviti 6.6 untuk membincangkan transformer dan fungsi
transformer dalam penggunaan peralatan elektrik di rumah.

180 6.2.1 6.2.2


Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Aktiviti 6.6
Membincangkan transformer dan fungsi transformer dalam penggunaan
P A K -21
peralatan elektrik di rumah • KMK
• Aktiviti
Arahan penggunaan
teknologi
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Gunakan pelbagai sumber untuk mengumpulkan maklumat tentang
transformer dan fungsi transformer dalam penggunaan peralatan elektrik di rumah.

Contoh penggunaan transformer dalam peralatan elektrik di rumah

(a) Pengecas bateri (b) Pengecas telefon bimbit (c) Kotak kawalan
komputer riba kelajuan kipas siling

3. Bincangkan maklumat yang telah dikumpulkan.


4. Bentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan persembahan multimedia.

Penyelesaian Masalah Berkaitan Transformer dalam Kehidupan


Rajah 6.26 menunjukkan satu contoh peralatan elektrik di rumah, iaitu kotak kawalan kelajuan
kipas siling yang menggunakan transformer injak turun. Apakah rumus yang digunakan untuk
menentukan bilangan lilitan dalam gegelung sekunder untuk menurunkan voltan input
240 V menjadi voltan 2 V hingga 10 V?
Transformer injak turun
un

0V
2V
240 V 4V
1
2
3 a.u. 6V
0 4 8V
5 5 10 V
4 0
3 1
2

Rajah 6.26 Kotak kawalan kelajuan kipas siling

6.2.2 6.2.3 181


Rumus Penyelesaian
Nisbah voltan primer kepada voltan sekunder adalah sama dengan nisbah bilangan lilitan
gegelung primer kepada bilangan lilitan gegelung sekunder dalam sebuah transformer. Hubung
kait ini boleh ditulis dalam rumus yang berikut:

dengan Vp = voltan input gegelung primer atau voltan primer


Vp Np
= Vs = voltan output gegelung sekunder atau voltan sekunder
Vs Ns
Np = bilangan lilitan gegelung primer
Ns = bilangan lilitan gegelung sekunder

Contoh
Rajah 6.27 menunjukkan sebuah mentol 40 V disambung ke bekalan kuasa 240 V melalui
sebuah transformer.

240 V Np = 120 Ns 40 V

Rajah 6.27

Berapakah bilangan gegelung sekunder, Ns, supaya mentol dapat menyala dengan kecerahan
yang normal?
Penyelesaian
Mentol akan menyala dengan kecerahan yang normal sekiranya dibekalkan dengan voltan 40 V.
• Voltan output, Vs = 40 V
• Voltan input, Vp = 240 V
• Bilangan lilitan gegelung primer, Np = 120
Vp Np
=
Vs Ns

240 120
=
40 Ns
40
Ns = 120 ×
240
= 20

Bilangan lilitan gegelung sekunder, Ns = 20

182 6.2.3
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Praktis Formatif 6.2


1. Apakah transformer?
2. Gariskan jawapan yang betul tentang transformer.
(a) Transformer hanya berfungsi menggunakan arus (terus/ulang-alik).
(b) Dalam transformer injak turun, bilangan lilitan dalam gegelung primer adalah lebih
(besar/kecil) daripada bilangan lilitan dalam gegelung sekunder.
(c) Transformer injak (naik/turun) digunakan untuk mengubah 25 kV kepada 250 kV.
(d) Transformer injak (naik/turun) dipasang di dalam radio.
3. Nyatakan satu contoh peralatan elektrik di rumah yang menggunakan jenis transformer
yang berikut:
(a) Transformer injak naik
(b) Transformer injak turun
4. Rajah 1 (a) menunjukkan sebuah transformer di dalam pengecas telefon bimbit yang
disambung ke bekalan sesalur 240 V yang membekalkan voltan 5 V untuk mengecas
sebuah telefon bimbit.

Transformer

Rajah 1 (a)

Rajah 1 (b) menunjukkan rajah litar bagi transformer di dalam pengecas telefon
bimbit tersebut.

240 V Np Ns = 10 Telefon
5V
bimbit

Rajah 1 (b)

(a) Hitung bilangan lilitan gegelung primer.


(b) Adakah transformer di dalam pengecas telefon bimbit ini daripada jenis
transformer injak naik atau injak turun? Terangkan jawapan anda.

183
6.3 Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik

Fungsi Komponen dalam Sistem Penghantaran dan Pengagihan


Tenaga Elektrik
Sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik yang menghubungkan stesen jana kuasa
ke rumah anda ditunjukkan dalam Rajah 6.28.

Penjana di stesen jana kuasa Arus ulang-alik dari stesen jana kuasa ini kemudiannya
lazimnya menghasilkan arus dialirkan masuk ke dalam stesen transformer injak naik (B n).
ulang-alik dengan voltan 11 kV Di sini, voltan arus ulang-alik dinaikkan ke 132 kV, 275 kV atau
atau 25 kV. 500 kV dengan menggunakan transformer injak naik.

132 kV/
11 kV/ 275 kV/
25 kV 500 kV
A Bn

33 kV
E2 , Bt
240 V 415 V 415 V

Pejabat Hospital
Rumah

PETUNJUK: C – Rangkaian Grid Nasional


A – Stesen jana kuasa D – Lapangan suis
B n – Stesen transformer injak naik E1 – Pencawang masuk utama
Bt – Stesen transformer injak turun E2 – Pencawang bahagian

Rajah 6.28 Sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik


184 6.3.1
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Arus ulang-alik dengan voltan tinggi itu kemudiannya dialirkan melalui satu rangkaian kabel penghantaran
yang dikenali sebagai Rangkaian Grid Nasional (C) seperti dalam gambar foto di bawah.

Kabel penghantaran arus ulang-alik pada 500 kV Kabel penghantaran arus ulang-alik pada 132 kV di
di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan. stesen jana kuasa Tanjung Kling, Melaka.

Penghantaran melalui
jarak jauh

Di penghujung grid ini, arus ulang-alik mengalir ke


C lapangan suis (D) di pencawang masuk utama (E1).
Lapangan suis ini membolehkan tenaga elektrik dihantar
ke pencawang bahagian (E 2) apabila diperlukan.
Lapangan suis ini juga digunakan untuk membolehkan
stesen jana kuasa dan grid yang tertentu ditutup untuk
kerja penyelenggaraan tanpa memotong bekalan elektrik
E1 kepada para pengguna.

D
Bt
33 kV

Kawasan industri berat


Pencawang masuk utama Lapangan suis

33 kV 11 kV
Di pencawang masuk utama (E1) dan pencawang
E 2 , Bt bahagian (E2), arus ulang-alik dialirkan melalui satu siri
transformer injak turun (B t) dalam stesen transformer
injak turun. Voltan bagi arus ulang-alik ini diturunkan
Kawasan industri ringan secara beransur-ansur kepada nilai voltan yang berlainan
untuk dibekalkan kepada para pengguna mengikut
keperluan mereka. Contohnya:
tLBXBTBOJOEVTUSJCFSBUQBEB33 kV
tLBXBTBOJOEVTUSJSJOHBOQBEB11 kV
tLBXBTBOQFKBCBU QFSOJBHBBOEBOQFSVNBIBOQBEB
240 V

6.3.1 185
Kesan pada Kediaman yang Lokasinya Berhampiran dengan Pilon Rangkaian
Grid Nasional
Arus ulang-alik dengan voltan yang tinggi dialirkan melalui kabel penghantaran pada pilon
Rangkaian Grid Nasional seperti dalam Gambar foto 6.10. Medan elektromagnet yang
kuat dihasilkan oleh arus ulang-alik pada voltan yang tinggi dan dapat dikesan di kawasan
berhampiran dengan pilon tersebut. Perhatikan kesan medan elektromagnet ini dengan
menggunakan kompas. Apakah yang terjadi kepada kedudukan penunjuk pada kompas?

M
Malaysiaku
Layari laman sesawang yang berikut:
https://www.tnb.com.my/
https://www.sesb.com.my/
http://www.sarawakenergy.com.my/
Apakah kemudahan yang diberikan
oleh Tenaga Nasional Berhad
(TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd.
(SESB) dan Sarawak Energy
Berhad (Sarawak Energy) kepada
pengguna elektrik di Malaysia?

Gambar foto 6.10 Kabel penghantaran


pada pilon Rangkaian Grid Nasional

Mari kita jalankan Aktiviti 6.7 untuk membincangkan isu kesan pada kediaman yang
lokasinya berhampiran dengan pilon Rangkaian Grid Nasional.

Aktiviti 6.7
Membincangkan isu kesan pada kediaman yang lokasinya berhampiran
P A K -21
dengan pilon Rangkaian Grid Nasional • KMK, KBMM
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan
isu kesan pada kediaman yang lokasinya
berhampiran dengan pilon Rangkaian Grid
Nasional seperti yang berikut:
(a) Kekuatan medan elektromagnet berhampiran
dengan pilon Rangkaian Grid Nasional.
(b) Isu kesan medan elektromagnet terhadap
kesihatan manusia yang dipercayai dan
disahkan oleh pakar perubatan terkini.
(c) Cara penyelesaian isu kesan medan Gambar foto 6.11 Kediaman yang
elektromagnet terhadap kawasan kediaman lokasinya berhampiran dengan pilon
yang berhampiran dengan pilon Rangkaian Rangkaian Grid Nasional
Grid Nasional.
3. Kongsikan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

186 6.3.1
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Sistem Pendawaian Elektrik di Malaysia Cabaran


Sistem pendawaian elektrik di Malaysia terdiri daripada MINDA
dua jenis yang berbeza, iaitu pendawaian satu fasa (atau Tenaga Nasional Berhad (TNB)
fasa tunggal) dan pendawaian tiga fasa seperti yang mencadangkan kepada pengguna
pendawaian satu fasa yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.29 dan 6.30.
menggunakan lebih daripada
10 kW atau 50 A supaya
Fasa 1 bertukar kepada pendawaian
tiga fasa. Banding dan bezakan
kepentingan pendawaian
satu fasa dan tiga fasa dalam
P penggunaan tenaga elektrik.
Adakah keluarga anda menerima
cadangan TNB ini? Berikan
alasan anda.

P
P: Puncak
Satu kitaran

Pendawaian satu fasa hanya sesuai dan cukup stabil


Cara mengenal pasti jenis
bagi penggunaan tenaga elektrik yang tidak melebihi pendawaian elektrik
10 kW atau 50 A seperti di kawasan perumahan di
luar bandar.

Rajah 6.29 Pendawaian satu fasa

http://links.andl17.com/BT_
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Sains_187

P P P

P P P

Satu kitaran P: Puncak

Di kawasan komersial dan industri, penggunaan


tenaga elektrik yang lebih daripada 10 kW atau 50 A,
pendawaian tiga fasa yang lebih stabil dan boleh
dipercayai lazimnya digunakan.

Rajah 6.30 Pendawaian tiga fasa


6.3.2 187
Pembekalan Tenaga Elektrik dan Sistem Pendawaian Elektrik
di Rumah
Rajah 6.31 menunjukkan satu contoh pembekalan tenaga elektrik dan sistem pendawaian
elektrik di rumah.

Wayar elektrik dari kabel utama yang


disambungkan ke rumah terdiri daripada: Dawai Dawai
t EBXBJIJEVQQBEB7 neutral hidup
t EBXBJOFVUSBMQBEB7

Kotak fius utama dengan


satu fius utama

Meter elektrik
t .FOZVLBUKVNMBIVOJUUFOBHB
elektrik yang digunakan

Suis utama
t .FOHBXBMKVNMBIBSVTZBOH
mengalir melalui litar di dalam rumah

Pemutus litar ELCB (Earth Leakage


Circuit Breaker)
Unit pengguna
t .FNVUVTLBOMJUBSBQBCJMBBSVT 5A
dan kotak fius
berlebihan mengalir melaluinya

Pemutus litar MCB


(Miniature Circuit Breaker) 15 A
t .FOHBTJOHLBOMJUBSBLIJSLF
bahagian lain peralatan elektrik Litar pemanas

30 A
PETUNJUK: Litar alat
Dawai hidup pendingin hawa
Dawai neutral
Dawai bumi 30 A

Dawai bumi

Gambar foto 6.12 Pembumian dawai bumi

188 6.3.2
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Litar pencahayaan terdiri


daripada dawai hidup dan
dawai neutral.

Litar pencahayaan

Litar kuasa terdiri daripada


dawai hidup, dawai neutral
Suis dua hala dan dawai bumi.

Soket

Soket

Soket

Rajah 6.31 Contoh pembekalan elektrik dan sistem pendawaian elektrik di rumah

6.3.2 189
Palam 3-pin dan Palam 2-pin
Banding dan bezakan struktur binaan palam 3-pin dan palam 2-pin seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 6.13.

Hong Kong India Amerika Utara Jepun Eropah

Gambar foto 6.13 Palam 3-pin dan palam 2-pin yang digunakan di negara yang berbeza

Palam 3-pin dan palam 2-pin yang digunakan di negara kita adalah seperti yang diterangkan
dalam Jadual 6.2.
Jadual 6.2 Palam 3-pin dan palam 2-pin dalam sistem pendawaian di rumah
Palam 3-pin Palam 2-pin

Peralatan elektrik seperti cerek elektrik dan Peralatan elektrik seperti pengering rambut dan
seterika memperoleh tenaga elektrik daripada berus gigi elektrik memperoleh tenaga elektrik
soket pada dinding melalui palam 3-pin. daripada soket pada dinding melalui palam 2-pin.

Dawai hidup, dawai neutral dan dawai bumi yang dipasang pada palam 2-pin dan palam 3-pin
semestinya mengikut kod warna antarabangsa dalam pendawaian seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.32 untuk menjamin keselamatan penggunaan elektrik.
lektrik.

Dawai bumi (belang


kuning dan hijau)
13 A

Fius
Dawai neutral
(biru) Dawai hidup
(perang)

Rajah 6.32 Kod warna antarabangsa d


dalam
l pendawaian
d i

190 6.3.2
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Komponen Keselamatan dalam Sistem Pendawaian di Rumah


Dalam sistem pendawaian di rumah, terdapat beberapa komponen keselamatan seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar foto 6.14.

(a) Suis (b) Fius 3 A, 5 A, 10 A (c) Earth Leakage Circuit


dan 13 A Breaker (ELCB)

(d) Miniature Circuit (e) Dawai bumi (f) Pengalir kilat


Breaker (MCB)

Gambar foto 6.14 Komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah

Fius Diisi dengan nitrogen


atau butiran kuarza
Struktur Fius Wayar fius
Fius seperti yang ditunjukkan dalam Penutup
Rajah 6.33 merupakan seutas wayar sesentuh logam
halus yang pendek, mudah menjadi
panas dan melebur apabila arus
5A

yang mengalir melaluinya lebih


besar daripada nilai fius tersebut.
Sekiranya wayar pada fius itu Sarung kaca atau
melebur, bekalan arus elektrik Nilai fius
porselin
akan terputus.
Rajah 6.33 Struktur fius

6.3.2 6.3.3 191


Fius Kartrij dan Fius Wayar Boleh Ganti
Dua jenis fius yang lazim digunakan ialah fius kartrij dan fius wayar boleh ganti (fius yang
dipasang dengan seutas wayar fius) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.34.

Sarung kaca Penutup logam Wayar fius

(a) Fius kartrij (b) Fius wayar boleh ganti


Rajah 6.34 Dua jenis fius
Semua fius termasuklah fius katrij dan fius wayar boleh ganti Berapakah arus maksimum yang
dapat mengalir melalui palam 3-pin
berfungsi sebagai alat keselamatan elektrik dalam litar atau yang dipasang dengan fius 13 A?
peralatan elektrik untuk melindungi wayar dan peralatan ini
daripada sebarang aliran arus yang berlebihan.
Penentuan Nilai Fius
Nilai fius ialah nilai maksimum arus yang dapat mengalir
melalui fius tanpa menyebabkan wayar fiusnya melebur.
Contohnya, wayar fius 5 A membenarkan arus maksimum 5 A RIFQI

untuk mengalir melaluinya. Beberapa nilai fius yang lazim ialah


1 A, 2 A, 3 A, 5 A, 10 A, 13 A, 15 A dan 30 A.
Pemilihan nilai fius bergantung pada nilai arus
maksimum yang mengalir melalui satu litar atau peralatan
elektrik. Fius yang bakal digunakan sepatutnya mempunyai Cabaran
nilai yang lebih tinggi sedikit daripada arus maksimum yang MINDA
mengalir melalui suatu litar atau peralatan elektrik dalam
Mengapakah cerek elektrik
keadaan operasi biasa. Contohnya, sebuah cerek elektrik yang lazimnya dipasang dengan
menggunakan arus elektrik maksimum 11.34 A sepatutnya palam 3-pin yang mempunyai
dipasang dengan fius dengan nilai fius 13 A. fius 13 A?

Aktiviti 6.8
Membincangkan komponen keselamatan dalam sistem pendawaian
P A K -21
di rumah • KMK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kenal pasti dan bincangkan perkara yang berikut:
(a) Fungsi, jenis dan nilai fius
(b) Fungsi dawai bumi
(c) Fungsi pemutus litar, iaitu Miniature Circuit Breaker (MCB) dan Earth Leakage
Circuit Breaker (ELCB)
(d) Pengalir kilat dan suis
3. Gunakan pelbagai sumber untuk mengumpulkan maklumat yang dikehendaki.
4. Bentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan persembahan multimedia.

192 6.3.3
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Keselamatan dalam Penggunaan Peralatan Elektrik


Apabila menggunakan peralatan
elektrik, langkah keselamatan
perlulah diutamakan. Hal ini E
Wayar hidup
Wayar bumi
demikian kerana nisbah kematian

13 A
N

terhadap kecederaan dalam Wayar bumi


kemalangan elektrik adalah tinggi disambungkan
Wayar neutral
pada bekas logam
berbanding kemalangan dalam seterika elektrik
kategori lain. Kegagalan untuk
mematuhi langkah keselamatan
akan mengakibatkan kemalangan Bekas logam
yang serius.
Satu daripada langkah Elemen
keselamatan dalam penggunaan pemanas
alat elektrik ditunjukkan dalam
Rajah 6.35. Sekiranya seorang
individu menyentuh bahagian
logam yang dibumikan, arus yang
besar, jika ada, akan mengalir Rajah 6.35 Wayar bumi menyambungkan
bekas logam ke Bumi
ke Bumi melalui wayar bumi
dan bukannya mengalir melalui
individu tersebut. Arus yang besar itu juga meleburkan fius seterusnya memutuskan litar
elektrik. Mari jalankan Aktiviti 6.9 untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang keselamatan
dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, dan penggunaan peralatan elektrik.

Aktiviti 6.9
Menghasilkan brosur atau poster tentang keselamatan dan
P A K -21
kemalangan elektrik • KMK
• Aktiviti
Arahan menjalankan
projek
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang perkara yang berikut:
(a) Punca berlakunya litar pintas
(b) Punca kemalangan elektrik
(c) Langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik
(d) Langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kejutan elektrik
3. Bincangkan maklumat yang telah dikumpulkan.
4. Sediakan brosur atau poster tentang perkara di atas.
5. Persembahkan brosur atau poster yang dihasilkan pada papan kenyataan sains di
dalam kelas atau makmal sains anda.

6.3.4 193
Praktis Formatif 6.3
1. Di kelas sains, Wazir telah mempelajari komponen dalam sistem penghantaran dan
pengagihan tenaga elektrik.

Stesen transformer injak naik Stesen transformer injak turun Lapangan suis

Dengan menggunakan perkataan yang disediakan di atas, lengkapkan carta alir yang
berikut. Carta alir ini menunjukkan urutan komponen dalam sistem penghantaran dan
pengagihan tenaga elektrik.

Stesen jana kuasa (a) Rangkaian Grid Nasional

Pencawang
(c) (b)
masuk utama

Pencawang bahagian Transformer injak turun

2. Gariskan jawapan yang betul tentang penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik.
(a) Voltan bagi arus ulang-alik (dinaikkan/diturunkan) sebelum dialirkan melalui
Rangkaian Grid Nasional.
(b) Voltan bagi arus ulang-alik adalah paling tinggi di (stesen jana kuasa/Rangkaian Grid
Nasional/pencawang bahagian).
(c) (Lapangan suis/Rangkaian Grid Nasional) membolehkan tenaga elektrik dihantar ke
pencawang bahagian apabila diperlukan.

3. (a) Nyatakan tiga contoh komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah.
(b) Apakah fungsi fius?

4. (a) Nyatakan satu contoh punca litar


pintas. Jelaskan jawapan anda.
(b) Rajah 1 menunjukkan beberapa peralatan
elektrik dengan palam 2-pin masing-
masing disambungkan pada satu soket.
(i) Nyatakan keadaan elektrik yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.
(ii) Berikan satu contoh
kemalangan elektrik yang
mungkin boleh berlaku.
Terangkan jawapan anda.

Rajah 1

194
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

6.4 Pengiraan Kos Penggunaan Elektrik

Gambar foto 6.15 menunjukkan


mentol elektrik yang dipasangkan
pada bekalan elektrik 240 V dan
menyala dengan normal. Kuasa
pada setiap mentol adalah seperti
yang dilabelkan.
ADAM

Mentol yang manakah


10 W 20 W 100 W 100 W mempunyai kecekapan
paling tinggi? Jelaskan
jawapan anda.
Gambar foto 6.15 Mentol elektrik yang menyala
dengan normal tetapi kecerahan yang berbeza

Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga ialah peratus tenaga input yang diubah Cabaran
kepada bentuk tenaga output yang berfaedah. Kecekapan tenaga MINDA
dapat dirumuskan seperti yang berikut:
Adakah anda bersetuju
bahawa penggunaan mentol
Tenaga output yang berfaedah
Kecekapan tenaga = × 100% berfilamen perlu diharamkan
Tenaga input yang dibekalkan di Malaysia? Jelaskan
sebabnya.

Contoh
Gambar foto 6.16 menunjukkan sebiji mentol berfilamen menyala. Berapakah kecekapan tenaga
bagi mentol tersebut?

8 J tenaga output yang berfaedah


dalam bentuk cahaya
100 J tenaga
elektrik input yang
dibekalkan
92 J tenaga output yang dibazirkan
(atau tidak berfaedah) dalam bentuk
haba yang dibebaskan ke persekitaran

Gambar foto 6.16

Penyelesaian
Tenaga output yang berfaedah
Kecekapan tenaga bagi lampu berfilamen = × 100%
Tenaga input yang dibekalkan
8J
= × 100%
100 J
= 8%
6.4.1 195
Contoh Teknologi yang Berkonsepkan Kecekapan Tenaga
Teknologi alat pencahayaan elektrik yang berkonsepkan kecekapan tenaga adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 6.3.
Jadual 6.3 Teknologi alat pencahayaan elektrik yang berkonsepkan kecekapan tenaga

Lampu jimat tenaga


Alat pencahayaan Lampu berfilamen (compact fluorescent Lampu LED
lamp, CFL)

Struktur binaan

Tenaga elektrik Tenaga elektrik Tenaga elektrik


maksimum yang maksimum yang maksimum yang
Kecekapan tenaga
ditukarkan kepada ditukarkan kepada ditukarkan kepada
tenaga cahaya ≈ 10% tenaga cahaya ≈ 50% tenaga cahaya ≈ 90%

Kajian
Ka
Kajjia
ajian
ia
an Kes
Ke
Ke Penggunaan mentol berfilamen
lazimnya dapat tahan selama
Kumpulkan maklumat tentang teknologi yang berkonsepkan lebih kurang 1 000 jam, CFL
kecekapan tenaga daripada pelbagai sumber termasuklah 8 000 jam dan LED antara
laman sesawang yang berikut: 20 000 hingga 50 000 jam!
http://links.andl17.com/BT_Sains_196

Bincangkan maklumat yang telah dikumpulkan. Senaraikan contoh teknologi yang


berkonsepkan kecekapan tenaga dalam susunan mengikut kepentingannya dalam
kehidupan harian.

Tahukah anda bagaimana kita dapat mengenal pasti peralatan elektrik yang cekap tenaga?
Pernahkah anda melihat label cekap tenaga yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.36?

196 6.4.2
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

M
Malaysiaku
Suruhanjaya Tenaga (ST) telah melancarkan program pelabelan cekap tenaga bagi pelbagai jenis peralatan
elektrik untuk kemudahan orang awam.

Perkadaran tenaga: 1 hingga 5 bintang

Jenis peralatan
Lebih Banyak Bintang
Lebih Jimat Belanja
More Stars
More Energy Saving
Perkadaran tenaga pada peralatan
PENGGUNAAN TENAGA (angka dalam perkadaran tenaga)
ENERGY CONSUMPTION

Penyaman Udara XXX


GWC09KF-K3DNA6A/1
Informasi jenama dan model

 Penggunaan tenaga (dalam kWj/tahun)


Penggunaan Tenaga Purata Setahun
Average Energy Consumption Per Year

1597 kWh Penjimatan tenaga berbanding dengan


Produk ini Menggunakan 51.55% Kurang Tenaga
Daripada Produk Biasa peralatan berlabel 2 bintang (dalam peratusan)
This product consume 51.55 % Less Energy Than An Average Product
Diuji Mengikut / Tested According To MS ISO 5151: 2004

Ujian piawai yang digunakan


Suruhanjaya Tenaga www.st.gov.my
62229936279

Rajah 6.36 Label cekap tenaga yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

Penggunaan Tenaga Elektrik dalam Peralatan Elektrik


Gambar foto 6.17 menunjukkan sebuah meter elektrik bagi sistem pendawaian tiga fasa. Meter
elektrik berfungsi untuk mengukur kuantiti tenaga elektrik yang digunakan. Lazimnya bacaan
pada meter elektrik itu diambil pada penghujung
setiap bulan. Bacaan tersebut diambil bertujuan
untuk menentukan kos penggunaan tenaga elektrik.

Tahukah anda bagaimana


membaca meter elektrik di
SELVI rumah anda?

Berapakah bacaan
meter elektrik dalam
Gambar foto 6.17?

Gambar foto 6.17 Meter elektrik

6.4.2 6.4.3 197


Kuasa Elektrik, P
Kuasa elektrik, P, ialah kadar tenaga elektrik, E, yang digunakan oleh suatu alat elektrik. Unit
S.I. bagi kuasa ialah watt (W). Kuasa 1 watt (W) bererti 1 joule (J) tenaga elektrik digunakan
dalam masa 1 saat (s). Kuasa elektrik dapat dirumuskan seperti yang berikut:

Tenaga elektrik yang digunakan, E (J)


Kuasa elektrik, P (W) =
Masa yang diambil, t (s)

Arus Elektrik, I
Arus elektrik, I, ditakrifkan sebagai kadar pengaliran cas elektrik, Q, melalui suatu konduktor.
Unit S.I. bagi arus elektrik ialah ampere (A) dan cas elektrik ialah coulomb (C). Arus elektrik
dapat dirumuskan seperti yang berikut:

Cas elektrik, Q (C)


Arus elektrik, I (A) =
Masa yang diambil, t (s)

Voltan, V
Voltan, V, ditakrifkan sebagai tenaga elektrik, E, yang digunakan untuk menggerakkan seunit
cas elektrik, Q, melalui suatu konduktor. Unit S.I. bagi voltan ialah volt (V). Voltan dapat
dirumuskan seperti yang berikut:

Tenaga elektrik yang digunakan, E (J)


Voltan, V (V) =
Cas elektrik, Q (C)

40 W 60 W

Gambar foto 6.18 Dua biji mentol dengan kuasa yang berbeza

Gambar foto 6.18 menunjukkan dua biji mentol yang lazimnya digunakan di rumah. Mentol 40 W
menggunakan tenaga elektrik pada kadar 40 J s–1 manakala mentol 60 W menggunakan tenaga elektrik
pada kadar 60 J s–1. Oleh itu, mentol 40 W dengan nilai watt yang lebih rendah lebih jimat tenaga.

198 6.4.3
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Pengiraan Jumlah Arus yang Melalui Peralatan Elektrik


Dengan menghubungkaitkan kuasa, voltan dan arus elektrik, jumlah arus elektrik yang melalui
peralatan elektrik dapat ditentukan. Perhatikan contoh dan penyelesaian yang ditunjukkan di
bawah ini. Kemudian, jalankan Aktiviti 6.10 untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang kuasa,
voltan dan arus yang melalui peralatan elektrik di rumah.
Cabaran
Contoh MINDA
Model : SJK-17M MS 472 : 1979 Bolehkah jag elektrik buatan
Voltan : 240VAC/50Hz Muatan : 1.7L
Watt : 2.2kW
Malaysia seperti dalam
Buatan Malaysia Gambar foto 6.19 digunakan
di Thailand?
Jag elektrik dengan
Nilai kuasa = 2 200 W Di Thailand, voltan bagi
Nilai voltan = 240 V bekalan arus ulang-alik yang
dibekalkan ke rumah ialah
Gambar foto 6.19 120 V.
Apakah yang akan berlaku
Sebuah jag elektrik seperti yang ditunjukkan dalam Gambar jika jag tersebut digunakan
di Thailand?
foto 6.19 mempunyai label 2.2 kW, 240 V. Hitungkan arus yang
mengalir melalui jag ini.

Penyelesaian
Menggunakan rumus P = VI
P
I=
V
2.2 kW
=
240 V
2 200 W
=
240 V
= 9.17 A

Aktiviti 6.10
Mengkaji kuasa, voltan dan arus yang melalui peralatan elektrik di rumah
P A K -21
• KMK
Arahan • Aktiviti inkuiri
1. Jalankan aktiviti ini secara individu.
2. Senaraikan contoh peralatan elektrik di rumah anda. Cari maklumat tentang kuasa
dan voltan pada peralatan elektrik tersebut.
3. Hitung jumlah arus yang melalui peralatan elektrik tersebut dengan menggunakan
rumus yang berikut:

Kuasa (W) = Voltan (V) × Arus elektrik (A)


4. Persembahkan maklumat yang telah anda kumpulkan.

6.4.3 199
Pengiraan Kos Penggunaan Tenaga Elektrik
Unit yang lazim digunakan untuk tenaga elektrik ialah kilowatt-jam (kWj) seperti yang
ditunjukkan pada meter elektrik dalam Gambar foto 6.17. 1 kilowatt-jam ialah tenaga elektrik
yang digunakan pada kadar 1 kilowatt atau 1 000 watt dalam masa 1 jam. 1 kWj lazimnya
dirujuk sebagai 1 unit. Tenaga elektrik boleh dihitung dengan menggunakan rumus yang berikut:

Tenaga elektrik yang digunakan (kWj) = Kuasa (kW) × Masa (j)

Contoh
Sebuah cerek elektrik 2 kW mengambil masa 10 minit untuk mendidihkan air. Hitungkan kos
penggunaan tenaga elektrik untuk mendidihkan air itu jika kadar bagi setiap unit ialah 21 sen.

Penyelesaian
Tenaga elektrik yang digunakan (kWj) = Kuasa (kW) × Masa (j)
10
= 2 kW × j
60
1
= kWj
3
1
= unit
3
1
Kos penggunaan tenaga elektrik bagi cerek elektrik = unit × 21 sen/unit
3
= 7 sen
Mari jalankan Aktiviti 6.11 untuk membuat audit kos penggunaan tenaga elektrik di rumah
sebagai langkah penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik.

Aktiviti 6.11
Membuat audit kos penggunaan tenaga elektrik di rumah sebagai
P A K -21
langkah penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik • KBMM
• Aktiviti
Arahan menjalankan
1. Jalankan aktiviti ini secara individu. projek
2. Kumpulkan bil elektrik di rumah anda sejak tiga bulan yang lepas.
3. Kaji dan buat kesimpulan tentang pola kos penggunaan tenaga elektrik di rumah
anda yang diperhatikan berdasarkan
rekod bil elektrik. http://links.andl17.com/
4. Muat turun halaman PDF daripada URL BT_Sains_200
di sebelah kanan.
5. Selain amalan yang disenaraikan dalam
panduan penjimatan tenaga elektrik,
cadangkan amalan yang lain untuk
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
6. Ambil langkah penjimatan tenaga elektrik itu selama tiga bulan. Banding dan
bezakan pola kos penggunaan tenaga elektrik di rumah sebelum dan selepas
langkah penjimatan elektrik diambil.
7. Kongsikan hasil dapatan anda di dalam kelas.

200 6.4.4 6.4.5


Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

Kaedah Penjimatan Penggunaan


Tenaga Elektrik
Selain menggalakkan penjimatan penggunaan
tenaga elektrik di rumah, Suruhanjaya
Tenaga (ST) juga menyediakan perkhidmatan
seperti ECOS untuk kegunaan perindustrian
dan perniagaan yang menggunakan konsep
penjimatan penggunaan tenaga.
Bangunan hijau seperti yang ditunjukkan Gambar foto 6.20 Bangunan hijau
dalam Gambar foto 6.20 menggunakan konsep
penjimatan guna tenaga dan berjaya menjimatkan kos
penggunaan tenaga elektrik.
M
Malaysiaku
Pembinaan bangunan hijau semakin berkembang di ECOS – Perkhidmatan
Suruhanjaya
Malaysia. Antara ciri bangunan hijau ini adalah seperti Tenaga (ST)
yang berikut: berkaitan dengan
• Sistem pengudaraan yang cekap dapat mengurangkan kecekapan tenaga.
penggunaan alat pendingin hawa dan kipas. http://links.andl17.
• Reka bentuk yang memaksimumkan pencahayaan com/BT_Sains_202_2
semula jadi dapat mengurangkan kos penggunaan
tenaga elektrik.
• Pemasangan panel suria sebagai sumber tenaga boleh Cabaran
baharu menggantikan sumber tenaga konvensional. MINDA
Mari jalankan Aktiviti 6.12 untuk memahami dengan Adakah bangunan hijau bermaksud
lebih lanjut tentang konsep bangunan hijau dalam konteks bangunan yang mempunyai
tempatan dan global. tumbuhan hijau sahaja?

Aktiviti 6.12
Memahami konsep bangunan hijau dalam konteks tempatan dan global
P A K -21
• KMK, KIAK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. penggunaan
2. Cari maklumat dan buat perkongsian tentang perkara yang berikut: teknologi
(a) Konsep bangunan hijau dalam konteks tempatan
(b) Konsep bangunan hijau dalam konteks global

Maklumat terkini tentang


bangunan hijau dan
pengurangan pembebasan
karbon dioksida. 1. Patuhi etika penggunaan
media sosial.
http://links.andl17.com/
2. Hormat hak cipta intelek.
BT_Sains_201

3. Bincangkan maklumat yang telah dikongsikan.


4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan
multimedia seperti MS PowerPoint atau media sosial.

6.4.6 201
Mereka Cipta Bangunan Hijau
Sudahkah anda mereka bentuk sebuah Rumah Kediaman Hijau semasa di Tingkatan 2? Mari
kita jalankan Aktiviti 6.13 untuk membuat inovasi atau reka cipta sebuah lagi bangunan hijau
yang menggunakan konsep penjimatan tenaga.

Aktiviti 6.13
P A K -21
Membuat inovasi atau mereka cipta sebuah bangunan hijau yang
• KMK, KIAK,
menggunakan konsep penjimatan penggunaan tenaga KBMM
Arahan  • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. pembelajaran
2. Buat inovasi atau mereka cipta sebuah bangunan hijau dalam konteks berasaskan
projek
tempatan atau global dengan menggunakan konsep penjimatan
penggunaan tenaga. Antara perkara yang harus diberi penekanan ialah:
(a) kecekapan tenaga
(b) penjualan tenaga
(c) peralatan yang mempunyai star rating
3. Anda boleh merujuk kepada laman sesawang yang berikut:

TNB – Kecekapan ECOS – Perkhidmatan


tenaga, penjualan Suruhanjaya Tenaga
tenaga, peralatan yang (ST) berkaitan dengan
mempunyai star rating kecekapan tenaga.
http://links.andl17.com_ http://links.andl17.com/
BT_Sains_202_1 BT_Sains_202_2

4. Bentangkan hasil inovasi atau reka cipta bangunan hijau kumpulan anda di dalam kelas.

Praktis Formatif 6.4


1. Berikan definisi kecekapan tenaga.
2. Tenaga elektrik yang digunakan oleh pendingin hawa selama 2 minit ialah 180 kJ.
Hitungkan kuasa pendingin hawa ini dalam unit yang berikut:
(a) W (b) kW
3. Sebuah ketuhar gelombang mikro berlabel 1.2 kW, 240 V disambungkan pada
bekalan tenaga elektrik 240 V. Hitung arus yang mengalir melalui ketuhar ini.
4. Sebuah periuk nasi elektrik mempunyai label 800 W, 230 V dipasang selama 30 minit.
(a) Berapakah tenaga elektrik yang digunakan oleh periuk nasi tersebut?
(b) Hitung kos tenaga yang digunakan oleh periuk nasi itu jika kadar bagi setiap
kWj ialah 30 sen.
5. (a) Apakah kepentingan pelabelan star rating pada peralatan elektrik?
(b) Berapakah bintang dalam label star rating pada peralatan elektrik yang harus
digunakan? Jelaskan jawapan anda.

202 6.4.6
Rumusan
Elektrik dan kemagnetan
diaplikasikan dalam

Penjanaan tenaga elektrik Penjana tenaga Sel suria dan Sistem penghantaran Kecekapan
elektrik sel kering dan pengagihan elektrik
daripada
menghasilkan menghasilkan terdiri daripada mengikut

Sumber tenaga Sumber tenaga Arus ulang-alik Arus terus Stesen jana kuasa, Kuasa, voltan,
boleh baharu tidak boleh stesen transformer arus, penggunaan
baharu Pada voltan Pada voltan tetap injak naik, Rangkaian
inj tenaga, kos
berubah-ubah Grid Nasional, stesen
G penggunaan
seperti
seperti transformer injak
tra tenaga
turun, pencawang
tu
Tenaga hidro, Tenaga nuklear,
r, masuk utama,
m dan
ombak, solar, arang batu, lapangan suis,
la
pasang surut, gas asli, pencawang bahagian
pe Kaedah
angin, biojisim, petroleum Paparan skrin Paparan skrin penjimatan
geoterma O.S.K. O.S.K. dengan penggunaan
tenaga elektrik
Dengan voltan a.u. Dengan voltan Sistem pendawaian
yang menghasilkan a.t. yang tetap satu fasa dan tiga fasa
dinaikkan oleh diturunkan oleh
dan
Arus aruhan
Transformer Transformer
injak naik injak turun Komponen
apabila
keselamatan
Garis medan magnet Mengikut rumus:
dipotong oleh
Vp Np
gegelung dawai =
Vs Ns

203
Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:


6.1 Penjanaan Tenaga Elektrik
Memerihalkan sumber tenaga kepada tenaga boleh baharu dan tenaga tidak boleh baharu.
Menerangkan dengan contoh proses penjanaan tenaga elektrik daripada pelbagai
sumber tenaga.
Membezakan antara arus terus dengan arus ulang-alik.
Menyelesaikan masalah berkaitan bekalan tenaga elektrik dalam kehidupan.
6.2 Transformer
Menjalankan eksperimen membina transformer injak naik dan injak turun.
Berkomunikasi tentang transformer dan fungsi transformer dalam penggunaan peralatan
elektrik di rumah.
Menyelesaikan masalah berkaitan transformer menggunakan rumus.
6.3 Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik
Menerangkan fungsi komponen dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
dengan lakaran visual.
Menerangkan dengan contoh pembekalan elektrik dan sistem pendawaian elektrik
di rumah.
Membezakan komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah.
Berkomunikasi tentang keselamatan dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga
elektrik dan penggunaan peralatan elektrik.
6.4 Pengiraan Kos Penggunaan Elektrik
Mendefinisikan maksud kecekapan tenaga.
Menyenaraikan contoh teknologi yang berkonsepkan kecekapan tenaga.
Menentukan jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam peralatan elektrik.
Menghubungkaitkan penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa dengan mengira kos
penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan elektrik.
Membuat audit kos penggunaan tenaga elektrik rumah sebagai langkah penjimatan dalam
penggunaan tenaga elektrik.
Berkomunikasi tentang kaedah penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

Praktis Sumatif 6
Jawab soalan yang berikut:
1. Tentukan sama ada pernyataan tentang elektrik atau kemagnetan yang diberikan adalah
Benar atau Palsu. Tuliskan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan.
(a) Stesen jana kuasa yang menggunakan tenaga angin tidak mencemarkan udara.
(b) Sel suria boleh menghasilkan arus ulang-alik.
(c) Palam 2-pin tidak disambungkan kepada dawai bumi.

204
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

2. Padankan sumber tenaga yang berikut dengan jenis sumber tenaga yang betul.

Sumber tenaga Jenis sumber tenaga

(a) Arang batu


Sumber tenaga boleh
(b) Biojisim baharu

(c) Geoterma Sumber tenaga tidak


boleh baharu

(d) Ombak

3. Gegelung dawai digerakkan dalam arah


yang ditunjukkan oleh anak panah melalui
ruang antara dua buah magnet seperti LED Gegelung dawai
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
(a) Apakah kesan terhadap medan magnet
apabila gerakan gegelung seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1 dilakukan?
(b) Apakah yang dihasilkan di dalam Arah
gegelung dawai? gerakan
(c) Apakah yang berlaku kepada LED? gegelung
Jelaskan jawapan anda.
(d) Namakan alat dalam stesen
Rajah 1
jana kuasa yang mengaplikasikan
konsep seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.

4. Rajah 2 (a) menunjukkan sebuah alat yang digunakan untuk mengkaji arus elektrik.

Rajah 2 (a)

205
(a) Namakan alat yang ditunjukkan dalam Rajah 2 (a).
(b) Apakah ciri arus elektrik yang dikaji oleh alat ini?
(c) Rajah 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan dua paparan skrin alat ini.

Rajah 2 (b) Rajah 2 (c)

Namakan jenis arus elektrik yang diwakili oleh paparan skrin dalam rajah yang berikut:
(i) Rajah 2 (b) (ii) Rajah 2 (c)

5. Rajah 3 menunjukkan sejenis transformer. Gegelung Gegelung


(a) Namakan jenis transformer yang ditunjukkan primer sekunder
dalam Rajah 3.
(b) Jelaskan jawapan anda di soalan 5(a).
(c) Mengapakah teras besi berlamina
digunakan dalam transformer?
(d) Jika bilangan lilitan dalam gegelung
primer ialah 100 dan bilangan lilitan
dalam gegelung sekunder ialah 20, Rajah 3
hitungkan voltan sekunder jika
voltan primer ialah 10 V.

6. (a) Namakan komponen keselamatan dalam sistem pendawaian elektrik di rumah yang
dibekalkan oleh TNB, SEB atau SESB.
(b) Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara fius dengan
Miniature Circuit Breaker (MCB).
(i) Persamaan:
(ii) Perbezaan:
(c) Berapakah nilai fius yang sesuai bagi sebuah pengering rambut yang berlabel
700 W, 240 V? Terangkan jawapan anda.

Fokus KBAT
K B AT
7. Sebuah pemanas elektrik berlabel 230 V, 10 A.
(a) Hitungkan kuasa pemanas elektrik dalam unit kW.
(b) Fius yang manakah paling sesuai untuk pemanas elektrik tersebut? Jelaskan
jawapan anda.
(c) Jelaskan sebab fius yang lain tidak sesuai digunakan berdasarkan jawapan di soalan 7(b).

206
Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan

8. Rajah 4 menunjukkan satu model Miniature Circuit Breaker (MCB).

Butang reset

Penyentuh
Besi

Fulkrum
Spring
Arus

Arus

Rajah 4

(a) Apakah MCB?


(b) Nyatakan fungsi dan cara kerja MCB.
(c) Anda dikehendaki membina satu model MCB dengan menggunakan bahan yang
disediakan di bawah. Terangkan fungsi setiap bahagian.

Kayu ais krim

Kotak kasut

Pencungkil gigi
plastik
Dawai kuprum

Pemadam
getah

Rod plastik
Paku Plastisin

207
Bab
Bab
ab
7
7 Tenaga dan Kuasa

Apakah definisi kerja, tenaga dan kuasa?


Apakah maksud tenaga keupayaan graviti,
tenaga keupayaan kenyal dan tenaga kinetik?
Apakah Prinsip Keabadian Tenaga?

Marilah kita mengkaji


Kerja, tenaga dan kuasa
Tenaga keupayaan dan tenaga kinetik
Prinsip keabadian tenaga

208
Galeri Sains
Aktiviti menaiki tangga dapat:
t NFNFMJIBSBLFTJIBUBOPSHBOCBEBOTFQFSUJKBOUVOHEBOQFQBSV
t NFNBTUJLBOQSPTFTQFOHBMJSBOEBSBIEJEBMBNCBEBOMFCJIFmTJFO
t NFOHVSBOHLBOSJTJLPTFSBOHBOQFOZBLJUKBOUVOH LFODJOHNBOJT UFLBOBO
EBSBIUJOHHJEBOLBOTFSLPMPO
t NFOBNCBILBOLFJNVOBOCBEBO
t NFOHIBTJMLBOUVMBOHZBOHTJIBUEBONFOHVSBOHLBOSJTJLPPTUFPQPSPTJT
t NFNQFSLVBUPUPU
t NFNVEBILBOQFNCBLBSBOMFNBLCBEBOMBMVNFOHBXBMCFSBUCBEBO

,BLJUBOHBOIPTQJUBMEBOPSBOHSBNBJZBOHNFOHVOKVOHJ)PTQJUBM4IBI"MBN 
4FMBOHPSEJHBMBLLBONFOBJLJUBOHHB"EBLBIBOEBNFOBJLJUBOHHBBUBV
NFOHHVOBLBOMJG .FOHBQB
4FMBJOCJMBOHBOBOBLUBOHHB OZBUBLBOTBUVGBLUPSMBJOVOUVLNFOFOUVLBO
KVNMBILFSKBZBOHEJMBLVLBOVOUVLNFOBJLJUBOHHB"QBLBILFTBONFOBJLJUBOHHB
EBMBNNBTBZBOHTJOHLBUUFSIBEBQLFTJIBUBOLJUB

Kata Kunci

Kerja Tenaga keupayaan kenyal Prinsip Keabadian Tenaga


Tenaga Tenaga kinetik Ayunan bandul ringkas
Kuasa Sesaran Ayunan spring berbeban
Tenaga keupayaan graviti Daya purata Sistem tertutup

209
7.1 Kerja, Tenaga dan Kuasa

Kerja
Apakah maksud kerja berdasarkan pengetahuan anda?
Banding dan bezakan maksud kerja anda itu dengan
definisi kerja dalam sains seperti yang berikut: Sesaran ialah jarak yang dilalui
mengikut arah tertentu.
Kerja, W, didefinisikan sebagai hasil darab daya, F,
dan sesaran, s, dalam arah daya, iaitu W = Fs.

Unit S.I. bagi kerja ialah joule (J).

1 joule (J) kerja dilakukan apabila daya 1 newton (N) digunakan untuk
menggerakkan objek sejauh 1 meter (m) dalam arah daya, iaitu 1 J = 1 Nm.

Momen daya dan tenaga merupakan dua kuantiti fizik Cabaran


selain kerja yang diukur dalam unit newton meter (Nm). Unit MINDA
yang lebih besar seperti kilojoule (kJ) dan megajoule (MJ) juga
Lengkapkan yang berikut:
digunakan dalam pengukuran kerja. (a) 1 kJ = J
(b) 1 MJ = J
Contoh Pengiraan Kerja dalam Aktiviti Harian
Perhatikan Rajah 7.1 dan Gambar foto 7.1. Rajah dan
gambar foto ini menunjukkan beberapa aktiviti dalam
kehidupan harian.

(Cara yang betul untuk mengangkat


20 N
beban yang berat)
Daya
melawan
daya tarikan
graviti, 20 N

Berat beban,
20 N

20 N

Aktiviti A
Mengangkat objek setinggi 1 m dengan daya 20 N secara
menegak untuk melawan daya tarikan graviti.

Rajah 7.1 Aktiviti harian yang berkaitan dengan kerja


210 7.1.1
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Aktiviti
ktiviti B
nolak troli sejauh 5 m
Menolak
dengan
ngan daya 10 N.

Aktiviti C
Menarik laci sejauh 30 cm dengan daya 2 N.

Gambar foto 7.1 Aktiviti harian yang berkaitan dengan kerja

Kerja yang dilakukan dalam Aktiviti A, B dan C adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 7.1.

Jadual 7.1 Kerja yang dilakukan dalam Aktiviti A, B dan C

Aktiviti harian Daya Arah daya Sesaran dalam arah daya Kerja yang dilakukan

A 20 N Menegak 1m W = Fs
= 20 N × 1 m
= 20 J

B 10 N Mendatar 5m W = Fs
= 10 N × 5 m
= 50 J

C 2N Mendatar 0.3 m W = Fs
= 2 N × 0.3 m
= 0.6 J

Mengira Kerja yang Dilakukan

Contoh 1
Rajah 7.2 menunjukkan seorang murid yang mempunyai
berat badan 400 N dengan beban di tangannya 100 N
menaiki tangga dengan tinggi tegak 3 m. Hitung kerja
yang dilakukan.

Penyelesaian 3m

W = Fs
= (400 + 100) N × 3 m
= 500 N × 3 m
= 1 500 J Rajah 7.2

7.1.1 211
Contoh 2
Rajah 7.3 menunjukkan Ali mengangkat sebuah kotak berjisim 10 kg dari lantai ke atas almari.
Berapakah kerja yang dilakukan oleh Ali?
(Anggapkan daya graviti yang bertindak ke atas objek berjisim 1 kg
ialah 10 N)
Penyelesaian
2m
Berat kotak = 10 × 10 N
= 100 N
W = Fs
= 100 N × 2 m Rajah 7.3
= 200 J

Contoh 3
Cabaran
Seorang buruh menarik sebuah baldi berisi simen seberat MINDA
300 N dari atas tanah ke tingkat satu sebuah bangunan
Adakah kerja
dengan menggunakan sistem takal. Tingkat satu adalah 10 m dilakukan dalam
dari tanah. Berapakah kerja yang dilakukan oleh buruh itu? situasi yang
Penyelesaian
ditunjukkan
dalam gambar
W = Fs foto ini?
= 300 N × 10 m
= 3 000 J

Tenaga dan Kuasa


Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja. Unit S.I. bagi tenaga ialah
joule (J). Apabila daya 1 N digunakan untuk menggerakkan objek sejauh 1 m dalam arah daya,
tenaga sebanyak 1 J telah digunakan.

Perhatikan Rajah 7.4. Sekiranya Berat Kamal


Kamal dan Ah Kit menaiki tangga beban
bermula dari lantai pada masa yang 10 N
sama, siapakah mempunyai kuasa
LIM yang lebih tinggi? Mengapa?

Berat
Ah Kit
beban
10 N

Kuasa, P, didefinisikan sebagai kadar melakukan kerja, W, iaitu:

Kerja yang dilakukan, W


Kuasa, P =
Masa yang diambil, t Rajah 7.4

Unit S.I. bagi kuasa ialah watt (W). Apabila 1 joule (J) kerja dilakukan dalam masa 1 saat (s),
kuasa sebanyak 1 watt (W) telah digunakan, iaitu 1 W = 1 J s–1.
212 7.1.1
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Contoh Pengiraan Kuasa dalam Aktiviti Harian


Rajah 7.5 menunjukkan beberapa aktiviti dalam kehidupan harian.

B
30 N

2m

Aktiviti E
Aktiviti D Aizul menarik sebuah kotak di atas
Seekor monyet mempunyai landasan licin dari A ke B dengan Aktiviti F
berat 50 N memanjat pokok daya 30 N sejauh 2 m (dalam arah Pemberat 150 N diangkat
setinggi 3 m dalam masa 20 s. daya) dalam masa 5 s. setinggi 1 m dalam masa 0.5 s.

Rajah 7.5 Aktiviti harian yang berkaitan dengan kuasa

Kerja yang dilakukan dan kuasa yang diperlukan dalam Aktiviti D, E dan F adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 7.2.
Jadual 7.2 Kerja yang dilakukan dan kuasa yang diperlukan dalam Aktiviti D, E dan F

Aktiviti harian D E F

Daya 50 N 30 N 150 N

Sesaran dalam arah


3m 2m 1m
daya

W = Fs W = Fs W = Fs
Kerja yang
= 50 N × 3 m = 30 N × 2 m = 150 N × 1 m
dilakukan
= 150 J = 60 J = 150 J

Masa yang diambil 20 s 5s 0.5 s

W W W
P= P= P=
t t t
Kuasa yang
150 J 60 J 150 J
diperlukan = = =
20 s 5s 0.5 s
= 7.5 W = 12 W = 300 W

7.1.2 213
Mengira Kerja dan Kuasa yang Diperlukan

Aktiviti 7.1 Aktiviti inkuiri


Tujuan: Mengira kerja dan kuasa yang diperlukan
Bahan
Pemberat 100 g, benang dan bongkah kayu
Radas
Neraca spring, pembaris meter dan jam randik
Arahan
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6.
Bongkah kayu
Benang Neraca spring

Meja Tarik





















1.0 m
Rajah 7.6

2. Tarik neraca spring sehingga bongkah kayu


itu mula bergerak dan catatkan daya yang
ditunjukkan pada neraca spring.
3. Tarik bongkah kayu itu sejauh 1.0 m dengan
daya tersebut seperti yang ditunjukkan dalam 0

Rajah 7.6. Minta rakan anda mengukur masa


3

yang diambil untuk menggerakkan bongkah


7

kayu itu dengan menggunakan jam randik.


10
0

4. Catatkan masa yang diambil. Hitung dan


catatkan kerja yang dilakukan dan kuasa yang
diperlukan dalam jadual.
5. Sediakan susunan radas seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.7.
6. Angkat pemberat 100 g dengan neraca
spring sejauh 0.5 m secara menegak
dari lantai. 0

7. Catatkan daya yang ditunjukkan pada Neraca spring 0.5 m


2

neraca spring.
5

8. Minta rakan anda mengukur masa yang


9

10

diambil untuk menggerakkan pemberat


tersebut menggunakan jam randik. Pemberat
9. Catatkan masa yang diambil. Hitung dan 100 g Lantai
catatkan kerja yang dilakukan dan kuasa yang
diperlukan dalam jadual. Rajah 7.7

214 7.1.1 7.1.2


Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Daya Jarak Kerja Masa Kuasa


Aktiviti
(N) (m) (J) (s) (W)

Menarik bongkah kayu sejauh 1.0 m


secara mendatar

Mengangkat pemberat 100 g sejauh


0.5 m secara menegak

Soalan
1. Nyatakan jenis daya yang diatasi semasa:
(a) menarik bongkah kayu di atas
Hari ini dalam
permukaan meja
sejarah
(b) mengangkat pemberat 100 g secara Satu unit bagi kuasa yang lazimnya
menegak dari lantai digunakan pada masa dahulu ialah
2. Aktiviti yang manakah melibatkan kerja yang kuasa kuda (hp).
dibuat paling banyak?
3. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kuasa.
4. Aktiviti yang manakah dilakukan dengan kuasa
yang paling tinggi?
5. (a) Berikan satu contoh aktiviti atau objek dalam kehidupan harian yang melibatkan
kuasa yang tinggi.
(b) Berikan satu contoh aktiviti atau objek dalam kehidupan harian yang melibatkan
kuasa yang rendah.

Praktis Formatif 7.1


1. (a) Berikan definisi kerja.
(b) Apakah unit S.I. bagi kerja?
2. Apakah maksud tenaga?
3. (a) Berikan definisi kuasa.
(b) Apakah unit S.I. bagi kuasa?
4. Rajah 1 menunjukkan sebuah kren elektromagnet
mengangkat beban seberat 2 500 N setinggi 4 m.
(a) Hitungkan kerja yang dilakukan.
(b) Berapakah tenaga yang digunakan untuk
mengangkat beban oleh kren?
(c) Jika masa yang diambil oleh kren untuk
mengangkat beban itu ialah 1.2 minit,
hitungkan kuasa kren itu.
Rajah 1

7.1.1 7.1.2 215


7.2 Tenaga Keupayaan dan Tenaga Kinetik

Tenaga Keupayaan Graviti


Dalam mesin menanam cerucuk seperti yang
Tonton video ini untuk
ditunjukkan dalam Gambar foto 7.2, sebuah tukul melihat operasi
ditarik ke atas dan kemudian dilepaskan supaya jatuh menanam cerucuk
menghentam batang cerucuk. Daya yang dihasilkan
oleh tukul ini pada arah menegak telah menggerakkan
cerucuk ke bawah dan masuk ke dalam tanah.

Tukul

Batang
cerucuk

(a) Tukul sebelum dijatuhkan (b) Tukul selepas dijatuhkan

Gambar foto 7.2 Tenaga keupayaan graviti


digunakan dalam mesin menanam cerucuk
Mengapakah kerja
dilakukan?
RIFQI

Tukul yang telah diangkat ke suatu ketinggian, h


dari permukaan Bumi mempunyai tenaga keupayaan Apakah jenis daya yang
dihasilkan oleh tukul?
graviti. Tenaga keupayaan graviti adalah kerja
yang dilakukan untuk mengangkat sesuatu objek Dari manakah tenaga
ke suatu ketinggian, h dari permukaan Bumi. untuk melakukan kerja
ini diperoleh?

Tenaga keupayaan graviti = mgh


• m ialah jisim objek dalam unit kg
• g ialah pecutan graviti dalam unit m s–2
Berat = jisim, m × pecutan graviti, g
• h ialah ketinggian dalam unit m dengan g dianggarkan sebagai
10 m s–2 (atau 10 N kg–1)

216 7.2.1
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Hubungan antara Kerja dengan Tenaga


Keupayaan Graviti
Rajah 7.8 menunjukkan objek yang berjisim m diangkat
setinggi h secara menegak dari permukaan Bumi. berat

Kerja yang dilakukan = Daya × sesaran pada arah daya


= Berat × tinggi diangkat
= (m × g) × h
h
= mgh
Oleh sebab tiada bentuk tenaga yang lain dihasilkan,
maka semua kerja yang dilakukan terhadap objek itu
akan ditukarkan kepada tenaga keupayaan graviti.
Tenaga keupayaan graviti = kerja yang dilakukan
= mgh
Rajah 7.8

Contoh masalah numerikal


Gambar foto 7.3 menunjukkan sebuah lif di KLCC. Lif tersebut
mengangkat suatu beban yang berjisim 1 500 kg setinggi 30 m.
(a) Berapakah kerja yang dilakukan oleh lif itu?
(b) Berapakah tenaga keupayaan graviti lif itu pada ketinggian
30 m?
(c) Apakah hubung kait antara kerja yang dilakukan oleh lif
dengan tenaga keupayaan graviti lif?
(d) Berapakah kuasa lif dalam unit kW jika masa yang diambil
untuk mengangkat suatu beban yang berjisim 1 500 kg
setinggi 30 m ialah 0.5 minit?
Penyelesaian
(a) W = Fs
= mgh
= 1 500 kg × 10 m s–2 × 30 m
= 450 000 J
(b) Tenaga keupayaan graviti = mgh
= 1 500 kg × 10 m s–2 × 30 m
= 450 000 J
(c) Kerja yang dilakukan oleh lif = Tenaga keupayaan graviti
yang dipunyai oleh lif
W
(d) Kuasa, P =
t
450 000 J
=
0.5 minit Contoh Tambahan
450 000 J http://links.and l17.
=
30 s com/BT_Sains_217_2
= 15 000 W
= 15 kW Gambar foto 7.3

7.2.1 217
Tenaga Keupayaan Kenyal
Gambar foto 7.4 menunjukkan peringkat dawai kokot stapler diisi. Terdapat satu spring yang
diregangkan dan kemudian dilepaskan. Daya yang dihasilkan oleh spring yang meregang ini
menggerakkan dawai kokot mengikut arah daya.

Apakah jenis daya yang


dihasilkan oleh spring?

Mengapakah
kerja dilakukan?

Dari manakah tenaga


yang melakukan kerja
ini diperoleh?
Spring

AIN

Dawai kokot

Gambar foto 7.4 Tenaga keupayaan kenyal digunakan dalam stapler

Spring yang dimampat atau diregang mempunyai tenaga keupayaan kenyal. Tenaga
keupayaan kenyal ialah kerja yang dilakukan untuk memampat atau meregang suatu bahan
kenyal dengan sesaran x dari kedudukan keseimbangan.

1
Tenaga keupayaan kenyal = Fx
2
• F ialah daya regangan atau mampatan dalam unit N
• x ialah sesaran dari kedudukan keseimbangan dalam unit m

218 7.2.2
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Hubungan antara Kerja dengan Tenaga Keupayaan Kenyal


Katakan suatu spring diregangkan
sebanyak x m dengan daya F N Tenaga keupayaan kenyal = kerja yang dilakukan
(Rajah 7.9(a)). Maka, nilai daya pada
= luas di bawah graf
spring berubah dari 0 N ke F N
seperti yang ditunjukkan dalam 1
= Fx
graf (Rajah 7.9(b). Untuk kes yang 2
melibatkan spring, kerja yang dilakukan
bersamaan luas di bawah graf F-x.

Daya (N)

Panjang
spring F
asal

Pemanjangan
spring, x m
Daya, 0 N

0 Regangan/
Daya = F N x
Mampatan (m)

(a) (b)

Rajah 7.9 Hubungan antara kerja dengan tenaga keupayaan kenyal

Contoh masalah numerikal


Panjang asal bagi spring S ialah 20 cm. Apabila daya terakhir Daya 20 N
yang dikenakan pada spring S ialah 20 N, panjang baharunya
menjadi 12 cm. Hitung tenaga keupayaan kenyal yang dipunyai
oleh spring S yang termampat itu.
20 cm Spring S
Penyelesaian 12 cm
Jarak mampatan, x = Panjang asal – panjang baharu
= 20 cm – 12 cm
= 8 cm
Rajah 7.10
= 0.08 m
1
Tenaga keupayaan kenyal = Fx
2 Contoh Tambahan
1 http://links.and l17.
= × 20 N × 0.08 m com/BT_Sains_219_2
2
= 0.8 J

7.2.2 219
Tenaga Kinetik
Tenaga kinetik ialah tenaga yang dimiliki oleh suatu objek yang bergerak.

1
Tenaga kinetik = mv2
2
m ialah jisim dalam unit kg
v ialah halaju dalam unit m s–1

Contoh masalah numerikal


Contoh 1
Apabila sebuah kereta api yang berjisim 500 000 kilogram bergerak dengan halaju 360 km j–1,
berapakah tenaga kinetik yang dimiliki oleh kereta api ini?
Penyelesaian
1
Halaju kereta api = 360 km j–1 Tenaga kinetik bagi = mv2
2
360 km kereta api
= 1
1j = × 500 000 kg × (100 m s–1)2
2
360 000 m = 2 500 000 000 J
=
3 600 s
= 100 m s–1

Contoh 2
Sebutir bebola keluli berjisim 0.2 kg mempunyai tenaga kinetik 3.6 J. Berapakah halaju, v bebola
keluli tersebut?
Penyelesaian
1
Tenaga kinetik = mv2
2
1
3.6 J = × 0.2 kg × v2
2
3.6 J
∴ v2 =
0.1 kg
= 36 m2 s–2
v = 36 m2 s–2
= 6 m s–1

Contoh 3
Hitung tenaga kinetik bagi elektron yang berjisim 9 × 10–31 kg dan berhalaju 4 × 106 m s–1.
Penyelesaian
1
Tenaga kinetik bagi elektron = mv2
2
1
= × (9 × 10–31 kg) × (4 × 106 m s–1)2
2
= 7.2 × 10–18 J

220 7.2.3
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Mari kita jalankan Aktiviti 7.2 untuk membincangkan maksud dan contoh tenaga keupayaan
graviti, tenaga keupayaan kenyal dan tenaga kinetik dalam konteks kehidupan harian.

Aktiviti 7.2
Membincangkan maksud dan contoh tenaga keupayaan graviti, tenaga
P A K -21
keupayaan kenyal dan tenaga kinetik dalam konteks kehidupan harian • KMK, KIAK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu mencari maklumat tentang maksud dan contoh tenaga
keupayaan graviti, tenaga keupayaan kenyal dan tenaga kinetik dalam konteks
kehidupan harian.
3. Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda dalam bentuk peta minda.

Praktis Formatif 7.2


1. (a) Apakah hubung kait antara tenaga keupayaan graviti dengan kerja?
(b) Apakah hubung kait antara tenaga keupayaan kenyal dengan kerja?
2. Liza mengangkat sebuah kerusi seberat 40 N sehingga ke aras ketinggian 50 cm.
(a) Berapakah kerja yang dilakukan oleh Liza untuk mengangkat kerusi tersebut?
(b) Apakah bentuk tenaga yang dimiliki oleh kerusi itu?
(c) Berapakah tenaga yang dimiliki oleh kerusi itu? Dinding

3. Daya, F, dikenakan terhadap papan untuk


memampatkan spring ke arah dinding seperti yang Papan
ditunjukkan dalam Rajah 1. Diberi bahawa panjang Spring
Daya, F
asal spring ialah 50 cm, panjang akhir ialah 30 cm
dan daya akhir yang dikenakan terhadap spring
ialah 20 N. Berapakah tenaga keupayaan kenyal yang
dimiliki oleh spring yang termampat?
4. (a) Mengapakah kenderaan berat seperti yang Rajah 1
ditunjukkan dalam Rajah 2 lazimnya
berhalaju rendah tetapi mempunyai tenaga
kinetik yang tinggi?
(b) Nyatakan satu contoh objek harian yang
mempunyai tenaga kinetik yang tinggi
dalam keadaan yang berikut:
(i) Objek yang berjisim kecil tetapi
berhalaju tinggi.
(ii) Objek yang berjisim besar dan
berhalaju tinggi.
Rajah 2

7.2.3 221
7.3 Prinsip Keabadian Tenaga

Gambar foto 7.5 Roller-coaster

Roller-coaster yang ditunjukkan dalam Gambar foto 7.5


melibatkan perubahan bentuk tenaga. Nyatakan perubahan
bentuk tenaga yang terlibat. Tenaga yang berguna ialah
tenaga dalam bentuk yang mudah
diubah kepada bentuk yang lain
Prinsip Keabadian Tenaga untuk melakukan kerja. Contohnya,
Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tenaga kimia yang tersimpan dalam
bahan api fosil adalah tenaga
tidak boleh dicipta atau dimusnah tetapi hanya boleh
yang berguna kerana tenaga kimia
berubah-ubah bentuknya. mudah ditukar kepada tenaga
Sistem ayunan seperti ayunan bandul ringkas dan haba dan tenaga cahaya melalui
ayunan spring berbeban sentiasa mengalami perubahan pembakaran bahan api fosil.
bentuk tenaga antara tenaga keupayaan graviti atau tenaga
keupayaan kenyal dengan tenaga kinetik. Adakah sistem
ayunan mematuhi Prinsip Keabadian Tenaga?

222 7.3.1
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Sistem Ayunan Mengikut Prinsip Keabadian Tenaga


Perhatikan Rajah 7.11 dan 7.12. Mari kita lihat perubahan bentuk tenaga yang berlaku
dalam ayunan bandul ringkas dan ayunan spring berbeban sebagai contoh Prinsip
Keabadian Tenaga.

Ladung bandul

X Z
4 3
Ladung dilepaskan
1 2
Y

Perubahan bentuk tenaga bagi ladung antara tenaga keupayaan


Keadaan ladung bandul
graviti (T.U. graviti) dengan tenaga kinetik (T.K.)

T.U. graviti = maksimum (ladung pada ketinggian maksimum)


Pada kedudukan X T.K. = sifar (ladung pegun, kelajuan = sifar)

T.U. graviti ladung berkurang (ketinggian ladung semakin berkurang)


1 Dari kedudukan X ke Y
T.K. ladung semakin bertambah (kelajuan ladung semakin bertambah)

T.U. graviti = minimum (ladung pada ketinggian minimum)


Pada kedudukan Y
T.K. = maksimum (ladung pada kelajuan maksimum)

T.U. graviti ladung bertambah (ketinggian ladung semakin bertambah)


2 Dari kedudukan Y ke Z
T.K. ladung semakin berkurang (kelajuan ladung semakin berkurang)

T.U. graviti = maksimum (ladung pada ketinggian maksimum)


Pada kedudukan Z
T.K. = sifar (ladung pegun, kelajuan = sifar)

T.U. graviti ladung berkurang (ketinggian ladung semakin berkurang)


3 Dari kedudukan Z ke Y
T.K. ladung semakin bertambah (kelajuan ladung semakin bertambah)

T.U. graviti = minimum (ladung pada ketinggian minimum)


Pada kedudukan Y T.K. = maksimum (ladung pada kelajuan maksimum)

T.U. graviti ladung bertambah (ketinggian ladung semakin bertambah)


4 Dari kedudukan Y ke X
T.K. ladung semakin berkurang (kelajuan ladung semakin berkurang)

T.U. graviti = maksimum (ladung pada ketinggian maksimum)


Pada kedudukan X
T.K. = sifar (ladung pegun, kelajuan = sifar)

Rajah 7.11 Ayunan bandul ringkas


7.3.1 223
Spring

Z Z

2 3

Kedudukan
Y Y keseimbangan

1 4

X X

Beban

Perubahan bentuk tenaga bagi beban antara tenaga keupayaan


Keadaan spring berbeban
kenyal (T.U. kenyal) dengan tenaga kinetik (T.K.)

T.U. kenyal = maksimum (spring paling teregang)


Pada kedudukan X
T.K. = sifar (spring pegun, kelajuan = sifar)

T.U. kenyal berkurang (spring semakin kurang teregang)


1 Dari kedudukan X ke Y
T.K. semakin bertambah (kelajuan spring semakin bertambah)

T.U. kenyal = minimum (spring pada kedudukan keseimbangan)


Pada kedudukan Y
T.K. = maksimum (kelajuan spring maksimum)

T.U. kenyal bertambah (spring semakin termampat)


2 Dari kedudukan Y ke Z T.K. semakin berkurang (kelajuan spring semakin berkurang)

T.U. kenyal = maksimum (spring paling termampat)


Pada kedudukan Z T.K. = sifar (spring pegun, kelajuan = sifar)

T.U. kenyal berkurang (spring semakin kurang termampat)


3 Dari kedudukan Z ke Y
T.K. semakin bertambah (kelajuan spring semakin bertambah)

T.U. kenyal = minimum (spring pada kedudukan keseimbangan)


Pada kedudukan Y
T.K. = maksimum (kelajuan spring maksimum)

T.U. kenyal bertambah (spring semakin teregang)


4 Dari kedudukan Y ke X
T.K. semakin berkurang (kelajuan spring semakin berkurang)

T.U. kenyal = maksimum (spring paling teregang)


Pada kedudukan X
T.K. = sifar (spring pegun, kelajuan sifar)

Rajah 7.12 Ayunan spring berbeban


224 7.3.1
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Perubahan Tenaga Kinetik dan Tenaga Keupayaan bagi Suatu


Sistem Tertutup
Dalam sistem tertutup, perubahan tenaga antara tenaga keupayaan dengan tenaga kinetik
mematuhi Prinsip Keabadian Tenaga. Oleh itu, jumlah tenaga keupayaan dan tenaga kinetik
dalam suatu sistem ayunan yang tertutup adalah malar. Contoh sistem ayunan yang tertutup
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.13 (a). Rajah 7.13 (b) menunjukkan perubahan
tenaga dalam bentuk graf.

Tenaga Jumlah tenaga


(malar)

T.U. = maksimum
T.U. = maksimum T.K. = sifar Tenaga
T.K. = sifar Tenaga keupayaan,
kinetik, T.U.
T.K. Sesaran
–A O A –A O A
Kedudukan keseimbangan Kedudukan keseimbangan
T.U. = minimum
T.K. = maksimum

Rajah 7.13 (a) Ayunan bandul dalam Rajah 7.13 (b) Graf perubahan tenaga
sistem tertutup

Berdasarkan Prinsip Keabadian Tenaga, tenaga boleh berubah-ubah bentuk. Dalam perubahan bentuk
tenaga, sebahagian kecil sahaja tenaga ditukarkan menjadi tenaga yang berguna. Sebahagian besarnya
pula ditukarkan menjadi tenaga yang tidak berguna seperti tenaga haba yang disebabkan oleh geseran.
Sistem tertutup merupakan sistem di mana tiada daya luar seperti geseran bertindak. Maka tenaga haba
tidak akan terhasil dalam suatu sistem tertutup.

Mari jalankan Aktiviti 7.3 untuk membincangkan situasi harian yang melibatkan
perubahan tenaga.

Aktiviti 7.3
Membincangkan situasi harian yang melibatkan perubahan tenaga
P A K -21
• KMK, KIAK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. perbincangan
2. Setiap kumpulan perlu mencari maklumat tentang perubahan
tenaga dalam situasi harian seperti ayunan buaian, objek yang jatuh dari suatu
ketinggian, roller-coaster dan alat mainan berspring seperti kereta mainan dan
pistol mainan.
3. Label dan nyatakan bentuk dan perubahan tenaga pada kedudukan yang tertentu
dalam situasi harian itu.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

7.3.2 225
Contoh masalah numerikal
Rajah 7.14 menunjukkan sebuah pistol mainan. Panjang 50 mm 250 mm
spring di dalam pistol mainan ini ialah 300 mm. Jika daya
5 N digunakan untuk memampat spring sehingga panjang
spring menjadi 50 mm, hitungkan kelajuan maksimum
Bola plastik
bola plastik yang berjisim 50 g semasa bola itu ditembak
keluar dari pistol. Nyatakan satu anggapan yang dibuat
untuk menyelesaikan masalah ini.
Penyelesaian Rajah 7.14
Berdasarkan Prinsip Keabadian Tenaga,
tenaga keupayaan kenyal tersimpan dalam spring = tenaga kinetik bola plastik.
1 1
Fx = mv 2
2 2
1 250 1 50
×5N× m= × kg × v2
2 1 000 2 1 000
∴ v2 = 25 m2 s–2
Contoh Tambahan v = 25 m2 s–2
http://links.and l17.
com/BT_Sains_226_2
= 5 m s–1
Anggapan: Tiada kehilangan tenaga ke persekitaran.

Praktis Formatif 7.3


1. Nyatakan Prinsip Keabadian Tenaga.

2. Ayunan spring berbeban seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1


merupakan suatu sistem ayunan tertutup. Beban
P
(a) Nyatakan kedudukan beban di mana tenaga keupayaan kenyal
sistem adalah maksimum.
(b) Nyatakan kedudukan beban di mana tenaga keupayaan kenyal Q
sistem adalah minimum.
R

Rajah 1

3. Rajah 2 menunjukkan sebuah sfera logam berjisim 2 kg dilepaskan


dari ketinggian 2.5 m dari permukaan Bumi.
(a) Hitung tenaga keupayaan graviti yang dimiliki oleh sfera logam itu
sebelum dilepaskan.
(b) Berapakah kelajuan maksimum bagi sfera logam tersebut
setelah dilepaskan?

Rajah 2

226 7.3.2
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Rumusan
Tenaga

ialah keupayaan untuk melakukan wujud dalam bentuk seperti

Kerja
Tenaga Tenaga
Tenaga
didefinisikan dikaitkan keupayaan keupayaan
sebagai dengan kinetik
graviti kenyal

Kerja = Daya × Sesaran Kerja


Kuasa =
Masa = mgh 1 Fx 1 mv2
=— =—
2 2
diukur dalam unit S.I.
diukur dalam unit S.I.
joule (J) yang
watt (W)
Boleh berubah dari satu
didefinisikan sebagai
didefinisikan sebagai bentuk ke bentuk yang lain
Daya 1 N menggerakkan seperti dinyatakan dalam
Kerja 1 J dilakukan
objek sejauh 1 m dalam dalam masa 1 s
arah daya Prinsip Keabadian Tenaga

Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

7.1 Kerja, Tenaga dan Kuasa


Mendefinisikan kerja dan menyelesaikan masalah berkaitan tenaga dalam kehidupan harian.
Menghubungkaitkan kuasa dengan kerja dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

7.2 Tenaga Keupayaan dan Tenaga Kinetik


Menerangkan dengan contoh tenaga keupayaan graviti dan menyelesaikan masalah dalam
kehidupan harian.
Mengirakan tenaga keupayaan kenyal dalam konteks kehidupan harian.
Menjelaskan dengan contoh tenaga kinetik dalam konteks kehidupan harian.

7.3 Prinsip Keabadian Tenaga


Menerangkan dengan contoh Prinsip Keabadian Tenaga.
Menyelesaikan masalah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan perubahan tenaga kinetik
dan tenaga keupayaan bagi suatu sistem tertutup.

227
Praktis Sumatif 7
Jawab soalan yang berikut:
1. Terdapat banyak bentuk tenaga. Padankan bentuk tenaga yang berikut dengan definisinya
yang betul.
Bentuk tenaga Definisi

Keupayaan melakukan kerja

(a) Tenaga keupayaan


Tenaga yang dimiliki oleh objek yang
bergerak
(b) Tenaga kinetik
Tenaga yang dimiliki oleh objek disebabkan
oleh kedudukan atau keadaannya

2. Gariskan jawapan yang betul tentang kerja, tenaga dan kuasa.


(a) Unit bagi tenaga ialah (J s/N m).
(b) (Kerja/Kuasa) didefinisikan sebagai hasil darab daya dan sesaran dalam arah daya.
(c) Objek yang (pegun/bergerak) tidak mempunyai tenaga kinetik.
(d) Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga (boleh/tidak boleh)
berubah-ubah bentuknya. Motor
(e) Berat ialah hasil darab jisim dan (daya/pecutan) graviti.

3. Rajah 1 menunjukkan sebuah motor mengangkat satu


beban yang berjisim 5 kg setinggi 2 m.
(a) Hitungkan kerja yang dilakukan oleh motor tersebut.
(b) Berapakah tenaga yang digunakan oleh motor
tersebut untuk mengangkat beban?
2m

4. Nyatakan rumus tenaga yang berikut:


5 kg
(a) Tenaga keupayaan graviti
(b) Tenaga keupayaan kenyal
(c) Tenaga kinetik Rajah 1

5. Rajah 2 menunjukkan seorang pemanah wanita menarik motor


tali busur dengan daya maksimum 200 N sejauh 0.4 m.
(a) Berapakah kerja yang dilakukan?
(b) Hitung tenaga keupayaan kenyal yang dipunyai
oleh tali busur yang teregang itu.
(c) Mengapakah bukan semua kerja yang dilakukan
untuk menarik tali busur ini diubah kepada tenaga
keupayaan kenyal?
Rajah 2

228
Bab 7: Tenaga dan Kuasa

Fokus KBAT
6. Rajah 3 menunjukkan ayunan bandul ringkas dalam suatu
sistem tertutup. Jisim ladung bandul ialah 40 g.
(a) Nyatakan prinsip yang dipatuhi oleh ayunan bandul
ringkas dalam sistem tertutup.
(b) Pada kedudukan manakah bandul mempunyai
tenaga keupayaan graviti dan tenaga kinetik
yang senilai? X Z
(c) Hitungkan perbezaan tenaga keupayaan 5 cm Y
graviti bandul pada kedudukan X dengan
bandul pada kedudukan Y. Rajah 3

7. Rajah 4 menunjukkan sebuah model roller-coaster yang ringkas.

Rajah 4

Anda dikehendaki membina sebuah model roller-coaster yang berfungsi dengan


menggunakan bahan yang disediakan di bawah.

Salur getah

Bebola besi
Kaki retort

Lakarkan model roller-coaster anda. Terangkan ciri keistimewaan model tersebut.

229
Bab
Bab
ab
1
8 Keradioaktifan

Bilakah manusia mula


menemukan keradioaktifan?
Apakah atom dan nukleus?
Apakah sinaran mengion dan
sinaran tidak mengion?
Apakah kegunaan sinaran
radioaktif dalam
kehidupan harian?

Marilah kita mengkaji


Sejarah penemuan keradioaktifan
Atom dan nukleus
Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion
Kegunaan sinaran radioaktif

230
Galeri Sains
Matahari merupakan sumber radioaktif yang paling besar dan berdekatan
dengan Bumi. Walaupun begitu, banyak kajian sains menunjukkan bahawa
sinaran cahaya matahari dalam keadaan normal tidak mengandungi
sebarang sinaran radioaktif. Oleh sebab itu, Matahari dianggap sumber
radioaktif yang tidak berbahaya kerana tiada sinaran radioaktif dibebaskan.
Adakah fakta ini benar?
Analisis data yang dikumpulkan tentang lentingan jisim korona yang
berlaku di Matahari pada 6 September 2017 oleh teleskop angkasa lepas
Fermi telah menunjukkan bahawa sinaran cahaya matahari juga
mengandungi sinar gama (sinaran radioaktif). Bagaimanakah kita dapat
melindungi diri daripada sinar gama ini?
Lazimnya payung UV seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto di
bawah digunakan untuk menghalang sinar ultraungu yang terkandung
dalam sinaran cahaya matahari. Dapatkah payung UV ini juga melindungi
badan kita daripada sinar gama? Cadangkan satu bahan dalam
pembuatan payung yang mampu menghalang sinar gama. Adakah bahan
tersebut praktikal? Terangkan jawapan anda.

Payung UV (Payung yang dapat


menghalang sinar ultraungu)

(Sumber: https://www.scientificamerican.com/article/the-sun-is-spitting-
out-strange-patterns-of-gamma-rays-and-no-one-knows-why/ )

Kata Kunci

Keradioaktifan Curie (Ci)


Sinaran radioaktif Teori Atom Dalton
Bahan radioaktif Kuasa pengionan
Pereputan radioaktif Sinaran kosmik
Separuh hayat Arkeologi
Becquerel (Bq) Geokronologi

231
8.1 Sejarah Penemuan Keradioaktifan

Sejarah Penemuan Keradioaktifan


Perhatikan Rajah 8.1 untuk mengkaji sejarah penemuan keradioaktifan.

+ 20 000 V _
Bekas Sasaran
kaca tungsten Elektron
Sisip
Vakum
Anod Katod

Ke
Tingkap bekalan
Sinar-X Filamen kuasa
pemanas rendah
Wilhelm Roentgen Gambar foto sinar-X
tangan isteri Tiub sinar-X
Wilhelm Roentgen

Pada tahun 1895, Wilhelm Conrad Roentgen, ahli fizik Jerman, menemukan sinar-X
secara tidak sengaja. Beliau telah mengambil gambar foto sinar-X tangan isterinya. Kejayaan
itu membolehkan, Wilhelm Conrad Roentgen menerima Hadiah Nobel pertama dalam
bidang Fizik pada tahun 1901 bagi penemuan sinar-X.

Terdapat pelbagai jenis kerjaya


yang wujud dalam bidang
keradioaktifan. Antaranya
termasuklah:
t QFOHBXBJQFOZFMJEJLEJ"HFOTJ
Nuklear Malaysia
t BIMJm[JLOVLMFBS
t KVSVUFSBOVLMFBS
t QBLBSQFSVCBUBOOVLMFBS

Sejak penemuan radium, pancaran gama yang


dihasilkan oleh radium telah digunakan dalam pelbagai
bidang termasuklah dalam bidang perubatan untuk
merawat penyakit kanser. Namun begitu, Marie Curie
meninggal dunia semasa berumur 67 tahun kerana
menghidap penyakit yang disebabkan oleh pendedahan
kepada pancaran gama yang berlebihan.

Rajah 8.1 Sejarah penemuan keradioaktifan


232 8.1.1
Bab 8: Keradioaktifan

Zarah α

92p 90p
146n 144n

Henri Becquerel Plat fotografi yang Pancaran yang dikeluarkan


dihitamkan daripada nukleus uranium

Pada tahun 1896, Antoine Henri Becquerel, ahli fizik Hari ini dalam
Perancis, telah menjadi orang pertama yang berjaya sejarah
menemukan keradioaktifan. Beliau menemukan suatu
Selepas menghadiri sesi
sebatian radioaktif, iaitu uranium dan menghasilkan pembentangan kertas kerja oleh
pancaran yang boleh menghitamkan plat fotografi Roentgen pada 20 Januari 1896,
termasuklah dalam keadaan yang gelap secara tidak Becquerel berasa hairan kerana
sengaja. Pancaran tersebut juga dikesan berdasarkan ciri kajiannya tidak dapat menghasilkan
pengionan. Oleh sebab itu, Antoine Henri Becquerel sinar-X. Oleh itu, Becquerel telah
menggantikan bahan yang dikaji
menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada dengan sebatian uranium.
tahun 1903 bagi penemuan keradioaktifan.

Radium yang Radium yang


kurang stabil lebih stabil Marie Curie ialah wanita tunggal
yang pernah menerima dua
Hadiah Nobel, iaitu Hadiah Nobel
dalam bidang Fizik pada tahun
1903 dan Hadiah Nobel dalam
bidang Kimia pada tahun 1911.
Pancaran
gama
Hari ini dalam
Marie dan Pierre Curie Pancaran gama sejarah
bersama anak mereka daripada radium
Pancaran yang ditemukan oleh
Becquerel tidak dapat menghasilkan
Pada penghujung tahun 1897, Marie dan Pierre Curie, gambar foto sinar-X tulang, namun
pasangan suami isteri dari Poland, berjaya mengesan tiada sesiapa pun berminat untuk
pancaran radioaktif melalui kuasa pengionannya dan bukan meneruskan kajian Becquerel
melalui kesan fotografi. Bermula dengan bijih uranium yang selama satu setengah tahun!
dikenali sebagai picblend, mereka berjaya mengekstrak dua Barangkali inilah yang menarik minat
Marie dan Pierre Curie.
elemen radioaktif, iaitu polonium dan radium.

8.1.1 233
Keradioaktifan
Keradioaktifan ialah proses pereputan secara rawak dan spontan bagi nukleus yang tidak stabil
dengan memancarkan sinaran radioaktif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2. Sinaran
radioaktif terdiri daripada:
• Zarah alfa (sinar alfa), α
• Zarah beta (sinar beta), β
• Sinar gama, γ

Hasil pereputan

Proton (p) 92p 90p


2p
Neutron (n) 146n 144n
2n
Uranium-238 Torium-234 Nukleus helium
Zarah alfa, α
(a) Pereputan uranium-238

Hasil pereputan

e-

-
Proton (p)
90p 91p
Neutron (n) Sinaran
-
144n 143n
Elektron radioaktif
Torium-234 Protaktinium-234 Elektron
Zarah beta, β
(b) Pereputan torium-234

Proton (p) 27p 27p


Neutron (n) 33n 33n
Sinar gama, γ
Kobalt-60* Kobalt-60

Kobalt-60*: nukleus kobalt yang Kobalt-60: nukleus kobalt yang


tidak stabil lebih stabil

(c) Pereputan kobalt-60*

Rajah 8.2 Tiga jenis sinaran radioaktif yang terpancar daripada pereputan nukleus secara spontan

Pereputan radioaktif ialah proses rawak dan spontan, iaitu nukleus yang tidak stabil
memancarkan sinaran radioaktif sehingga nukleus tersebut menjadi lebih stabil. Contoh unsur
radioaktif yang mempunyai nukleus yang tidak stabil dan mereput secara spontan dengan
memancarkan sinaran radioaktif adalah seperti yang berikut:

• Karbon-14 (C-14) • Torium-234 (Th-234)


• Radon-222 (Rn-222) • Uranium-238 (U-238)

234 8.1.2
Bab 8: Keradioaktifan

Unit Keradioaktifan
Unit pengukuran bagi keradioaktifan yang pertama
1 Ci adalah lebih kurang sama
diperkenalkan ialah curie (Ci). Kadar pereputan nukleus dengan bilangan pereputan sesaat
yang tidak stabil (atau keaktifan dalam pereputan nukleus) dalam 1 g Radium-226 (Ra-226).
diukur dalam unit curie. Satu curie ialah 3.7 × 1010 Radium-226 ialah bahan radioaktif
pereputan sesaat, iaitu: yang dikaji oleh Marie dan
Pierre Curie.
1 Ci = 3.7 × 1010 pereputan/s
Cabaran
Unit S.I. bagi keradioaktifan ialah becquerel (Bq). MINDA
1 becquerel (Bq) ialah 1 pereputan sesaat, iaitu: Lengkapkan yang berikut:
(a) 1 Ci = __________ Bq
1 Bq = 1 pereputan/s (b) 1 Bq = __________  Ci

Separuh Hayat Pereputan Radioaktif


Separuh hayat, T 12 , ialah tempoh masa yang diambil untuk bilangan nukleus yang belum
mereput berkurang menjadi setengah daripada nilai asalnya. Gambaran secara grafik keadaan
apabila bilangan nukleus yang belum mereput itu berkurang dengan masa ditunjukkan dalam
Rajah 8.3. Apakah unit S.I. bagi separuh hayat?

1
1 8
4
1 1
2 2
3 7
4 8

0 5 hari 10 hari 15 hari


Separuh hayat pertama Separuh hayat kedua Separuh hayat ketiga
Belum mereput 1 1 1
2 belum mereput 4 belum mereput 8 belum mereput
Sudah mereput 1 sudah mereput 3 sudah mereput 7 sudah mereput
2 4 8

Rajah 8.3 Pereputan nukleus suatu unsur radioaktif dengan separuh hayat 5 hari

Contoh 1
Protaktinium-234 (Pa-234) mereput menjadi Uranium-234 (U-234) dengan separuh hayat,
T 12 , 5.2 jam. Hitungkan jisim Pa-234 selepas 20.8 jam dengan jisim asalnya 80 g.

Penyelesaian
0 jam 5.2 jam 10.4 jam 15.6 jam 20.8 jam
80 g 40 g 20 g 10 g 5g
Maka jisim Pa-234 yang tertinggal selepas 20.8 jam ialah 5 g.

8.1.2 235
Contoh 2
Graf keaktifan melawan masa bagi bahan radioaktif P adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 8.4.
Graf keaktifan melawan masa
bahan radioaktif P
Keaktifan (Bq)

1000

800

600

400

200

0
20 40 60 80 100 120
Masa (s)
Rajah 8.4

Berdasarkan keputusan graf, berapakah Graf keaktifan melawan masa


separuh hayat bagi P? bahan radioaktif P
Keaktifan (Bq)

Penyelesaian 1000

Keaktifan asal = 800 Bq 800


Keaktifan pada separuh hayat = 1 × 800 Bq
2 600
= 400 Bq
Apabila keaktifan ialah 400 Bq, masa yang 400
sepadan ialah 40 s seperti yang ditunjukkan 200
oleh garis putus-putus pada graf dalam
Rajah 8.5. 0
Maka, separuh hayat bagi P ialah 40 s. 20 40 60 80 100 120
Masa (s)
Rajah 8.5

Contoh 3
Keaktifan bahan radioaktif Q mengikut masa ditunjukkan dalam Jadual 8.1.
Jadual 8.1
Masa (minit) 0 5 10 15 20 25

Keaktifan (Bq) 120 80 56 40 28 20

(a) Lukis graf keaktifan melawan masa dalam kertas graf.


(b) Berdasarkan keputusan graf, berapakah separuh hayat bagi Q?
236 8.1.2
Bab 8: Keradioaktifan

Penyelesaian
(a) Keaktifan (Bq) Graf keaktifan melawan masa (b) Keaktifan asal = 120 Bq
bahan radioaktif Q Keaktifan pada separuh
140
hayat
120 1
= × 120 Bq
2
100 = 60 Bq
80 Daripada graf yang
ditunjukkan dalam
60 Rajah 8.6, separuh hayat
40
bagi Q ialah 9 minit.

20

0
5 10 15 20 25
Masa (minit)
Rajah 8.6

Aktiviti 8.1
Mengumpul maklumat tentang kebuk awan untuk melihat runut yang
P A K -21
dihasilkan oleh bahan radioaktif • KMK
• Aktiviti
Arahan inkuiri
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang kaedah membina kebuk awan untuk melihat runut
yang dihasilkan oleh bahan radioaktif.
3. Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda.

Praktis Formatif 8.1


1. Nyatakan tokoh yang pertama menemukan:
(a) sinar-X
(b) sinaran radioaktif
(c) sinar gama yang dikeluarkan oleh radium
2. Apakah maksud keradioaktifan?
3. (a) Namakan dua unit keradioaktifan.
(b) Apakah kuantiti yang diukur dalam unit keradioaktifan?
4. Berikan tiga contoh unsur radioaktif.
5. Apakah maksud separuh hayat?

8.1.2 237
8.2 Atom dan Nukleus

Atom berasal daripada perkataan ‘atomos’ yang bermaksud tidak boleh dibahagi. Pada tahun 1808,
John Dalton memperkenalkan suatu teori tentang struktur atom. Menurut Teori Atom Dalton,
atom ialah zarah terkecil yang tidak boleh dibahagi lagi. Walau bagaimanapun, perkembangan
sains telah berjaya menemukan zarah yang lebih kecil, iaitu proton, elektron dan neutron.

Struktur Atom
Imbas kembali tiga zarah subatom dalam struktur atom yang telah anda pelajari semasa di
Tingkatan 1 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.7.
Apabila bilangan proton dalam suatu atom adalah sama dengan bilangan elektronnya, maka
atom tersebut adalah neutral.

Zarah yang
Zarah yang bercas positif
bercas (Proton)
negatif
(Elektron) Nukleus
Zarah neutral
yang tidak
bercas
(Neutron)

Rajah 8.7 Struktur atom

Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif


Apabila suatu atom menderma atau menerima elektron, atom itu menjadi zarah bercas yang
dikenali sebagai ion.

Ion Positif (Kation)


Atom yang menderma elektron membentuk ion positif (kation).

Contoh
Jadual 8.2 Pembentukan ion natrium, Na+
Atom natrium, Na Ion natrium, Na+
Zarah subatom Bilangan Cas Zarah subatom Bilangan Cas
neutron, n 12 0 neutron, n 12 0
proton, p 11 +11 buang 1 e– proton, p 11 +11
elektron, e 11 –11 elektron, e 10 –10
Cas pada atom natrium, Na 0 Cas pada ion natrium, Na+ +1

238 8.2.1 8.2.2


Bab 8: Keradioaktifan

Ion Negatif (Anion)


Atom yang menerima elektron membentuk ion negatif (anion).

Contoh
Jadual 8.3 Pembentukan ion klorida, Cl–
Atom klorin, Cl Ion klorida, Cl–

Zarah subatom Bilangan Cas Zarah subatom Bilangan Cas


neutron, n 18 0 neutron, n 18 0
proton, p 17 +17 proton, p 17 +17
terima 1 e–
elektron, e 17 –17 elektron, e 18 –18
Cas pada atom klorin, Cl 0 Cas pada ion klorida, Cl– –1

Praktis Formatif 8.2


1. Nyatakan ciri bagi atom mengikut Teori Atom Dalton.
2. Terangkan bagaimana ion yang berikut terbentuk.
(a) Ion positif
(b) Ion negatif
Jadual 1
3. Jadual 1 menunjukkan bilangan proton
dan elektron bagi zarah-zarah P, Q, Zarah Bilangan proton Bilangan elektron
R, S dan T. P 4 4
(a) Zarah yang manakah ion positif? Q 12 10
Terangkan jawapan anda.
(b) Zarah yang manakah ion negatif? R 17 18
Terangkan jawapan anda. S 29 27
(c) Zarah yang manakah adalah neutral? T 35 36
Terangkan jawapan anda.
4. Jadual 2 menunjukkan pembentukan ion.
Jadual 2
Atom bromin, Br Ion X

Zarah subatom Bilangan Cas Zarah subatom Bilangan Cas


neutron, n 45 0 neutron, n 45 0
proton, p 35 +35 pemindahan proton, p 35 +35
elektron
elektron, e 35 –35 elektron, e 36 –36
Cas pada atom bromin, Br 0 Cas pada ion, X –1

(a) Berapakah bilangan elektron yang dibuang atau diterima oleh atom bromin dalam
pembentukan ion X ini?
(b) Jelaskan jawapan anda di 4(a).
(c) Namakan ion X yang dibentuk dan tulis simbolnya.

8.2.2 239
8.3 Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion

Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion


Apabila suatu sinaran seperti sinaran radioaktif melintasi udara dan menghasilkan ion positif
dan ion negatif, sinaran ini dikenali sebagai sinaran mengion seperti dalam Rajah 8.8.

Zarah α Zarah α
kehilangan
tenaga
(a) Molekul udara neutral (b) Udara mengion
Rajah 8.8 Sinaran radioaktif sebagai sinaran mengion
Apakah pula maksud sinaran tidak mengion? Contoh bagi sinaran mengion dan sinaran tidak
mengion adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.9.
Sinaran tidak mengion Sinaran mengion

Inframerah
Radio
Gelombang frekuensi Ultraungu
sangat rendah
Gelombang mikro Sinar-X

Cahaya nampak Sinar gama

Rajah 8.9 Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion dalam spektrum elektromagnet

Mari jalankan Aktiviti 8.2 untuk mengkaji sinaran mengion, iaitu sinar alfa, sinar beta, sinar
gama dan sinar-X dengan lebih lanjut.

Aktiviti 8.2
Melayari Internet dan membuat perkongsian maklumat tentang sinaran
P A K -21
mengion • KMK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Layari Internet untuk mengumpulkan maklumat tentang sinaran
mengion yang berikut:
(a) Sinar alfa, α (zarah alfa) (c) Sinar gama, γ
(b) Sinar beta, β (zarah beta) (d) Sinar-X
3. Bincangkan beberapa aspek seperti saiz zarah, kuasa pengionan, kuasa penembusan,
pemesongan oleh medan magnet dan pemesongan oleh medan elektrik.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia.

240 8.3.1 8.3.2


Bab 8: Keradioaktifan

Jenis Sinaran Mengion


Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif yang merupakan sinaran mengion, iaitu sinar alfa, α,
sinar beta, β dan sinar gama, γ. Perhatikan Jadual 8.4.
Jadual 8.4 Perbezaan antara tiga jenis sinaran radioaktif yang mengion
Jenis sinaran
Sinar alfa, α Sinar beta, β Sinar gama, γ
radioaktif

Sifat semula jadi Nukleus helium Elektron yang berhalaju Gelombang


tinggi elektromagnet

Cas zarah Positif Negatif Neutral

Kuasa pengionan Tinggi Sederhana Rendah

Kuasa penembusan

γ
Sumber
radioaktif
α β

Kertas
Aluminium (3 mm) Plumbum (10 cm)

Rendah Sederhana Tinggi

Pemesongan oleh
medan elektrik Plat negatif

Sumber γ
radioaktif

Plat positif

Pemesongan oleh
medan magnet α (Ke atas)

Sumber S
radioaktif
γ (Lurus)
U

β (Ke bawah)

8.3.2 241
Sumber Sinaran Mengion dalam Alam Sekitar
Dalam alam sekitar, sumber sinaran mengion dikelaskan kepada sumber sinaran mengion
semula jadi dan sumber sinaran mengion buatan manusia seperti dalam Rajah 8.10.

Sumber sinaran mengion


dalam alam sekitar

Semula jadi Buatan manusia


Contoh: Contoh:
– Sinaran kosmik – Kemalangan nuklear
– Sinaran latar belakang – Ujian nuklear
– Penggunaan radioisotop
untuk perubatan

Rajah 8.10 Pengelasan sumber sinaran mengion dalam alam sekitar

Mari jalankan Aktiviti 8.3 untuk mengesan sinaran mengion semula jadi dalam alam sekitar.

Aktiviti 8.3
Mengumpul maklumat tentang sumber sinaran mengion semula jadi
P A K -21
dalam alam sekitar • KBMM
• Aktiviti inkuiri
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang sumber sinaran mengion semula jadi dalam alam
sekitar.

Mengumpul maklumat tentang sumber sinaran mengion semula


jadi dalam alam sekitar
http://links.andl17.com/BT_Sains_242

3. Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda.

242 8.3.3
Bab 8: Keradioaktifan

Sinaran Kosmik
Sinaran kosmik ialah
sinaran bertenaga tinggi
yang dihasilkan di luar
Sistem Suria atau dari
galaksi yang lain. Oleh
sebab itu, sinaran kosmik
juga dikenali sebagai
sinaran kosmik galaktik.

Gambar foto 8.1 Teleskop Cherenkov di Gunung Hopkins, Amerika


Syarikat digunakan untuk mengesan sinaran kosmik

Sinaran Latar Belakang


Sinaran latar belakang terdiri daripada pelbagai jenis sinaran mengion dalam alam sekitar.
Sinaran latar belakang dihasilkan daripada pelbagai sumber termasuklah sumber semula jadi
dan sumber buatan manusia. Sumber sinaran latar belakang termasuklah:
• sinaran kosmik
• keradioaktifan persekitaran daripada bahan radioaktif semula jadi
• sisa radioaktif daripada kemalangan nuklear dan ujian nuklear
• radioisotop daripada kegunaan perubatan

Unit Pengukuran Dos Sinaran Latar Belakang Cabaran


MINDA
Sinaran mengion yang diserap ke dalam badan manusia Apakah maksud 1 μSv/j?
akan merosakkan sel badan. Oleh itu, kesan biologi
daripada sinaran mengion terhadap badan manusia diukur
dalam kuantiti yang dikenali sebagai dos. Dos 1 Sv adalah bersamaan dengan 1 joule tenaga
sinaran mengion yang diserap oleh 1 kilogram tisu hidup. Unit pengukuran dos sinaran latar
belakang yang lazim digunakan ialah mikrosievert/jam (μSv/j).

(a) Di kebun bunga (b) Di kawasan sekolah

Gambar foto 8.2 Pengukuran sinaran latar belakang dengan alat pembilang Geiger (Terra-P Radiation Meter)

Perhati dan bandingkan bacaan dos sinaran latar belakang pada alat pengesan sinaran latar
belakang yang ditunjukkan dalam Gambar foto 8.2. Apakah unit pengukuran dos sinaran latar
belakang yang ditunjukkan dalam bacaan pada alat pengesan tersebut?
8.3.3 243
Dos Sinaran Latar Belakang yang Selamat dalam Kehidupan Harian
Dos sinaran latar
belakang atau sinaran
mengion yang kurang
Aras dos sinaran latar belakang
daripada 0.2 μSv/j Pendedahan sinaran dalam
yang selamat: kehidupan harian
ialah aras normal • < 0.2 μSv/j
atau aras selamat. • < 0.0002 mSv/j
Berdasarkan Gambar • < 1 752 μSv/tahun
foto 8.2, kebun bunga • < 1.752 mSv/tahun
dan kawasan sekolah
merupakan kawasan yang selamat kerana kedua-dua
kawasan ini mempunyai dos sinaran latar belakang yang http://links.andl17.com/BT_
kurang daripada 0.2 μSv/j. Sains_244_2 dan klik
“Radiation Level“
Dalam kehidupan harian, anggaran dos sinaran
mengion daripada pelbagai sumber adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 8.11. Kenal pasti sumber yang
manakah selamat dan tidak selamat kepada seseorang individu.

Gambar foto sinar-X


Angkasa
ngk
kasa lepas: TV/komputer: 5.5 mSv/ujian
sinaran
naran
ran kosmik sinaran mengion perubatan
0.35
35 mSv/tahun 0.01 mSv/j

Altitud tinggi:
sinaran kosmik Merokok:
0.3 - 0.5 mSv/tahun sinaran radioaktif
55 mSv/batang
rokok

Penerbangan:
sinaran kosmik
k Bangunan:
0.003 mSv/j sinaran radioaktif
Makanan: 1.5 mSv/tahun
sinaran radioaktif
Alam sekitar: sinaran 0.1 – 0.5 mSv/tahun
latar belakang
0.4 – 1.0 mSv/tahun

Rajah 8.11 Anggaran dos sinaran mengion


244 8.3.3
Bab 8: Keradioaktifan

Risiko Terdedah kepada Sinaran Mengion Semula Jadi


Risiko kesihatan terhadap tahap penyerapan sinaran mengion oleh badan manusia dipengaruhi
oleh dos sinaran mengion yang diterima. Terdapat beberapa tindakan yang lazimnya diambil
supaya dos sinaran mengion yang diterima tidak melebihi tahap selamat badan manusia seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 8.5.
Jadual 8.5 Antara tindakan yang perlu diambil supaya dos
sinaran mengion yang diterima tidak melebihi tahap selamat
badan manusia
Marie dan Irene Curie merupakan
Sumber dos pasangan ibu-anak perempuan
sinaran mengion Tindakan yang perlu diambil yang tunggal menerima tiga
yang diterima Hadiah Nobel. Marie Curie
menerima dua Hadiah Nobel, iaitu
Sinaran latar Gunakan alat perlindungan yang Hadiah Nobel dalam Fizik pada
belakang sesuai seperti kaca mata yang tahun 1903 dan Hadiah Nobel
dipasang dengan filem anti-ultraungu, dalam Kimia pada tahun 1911.
payung anti-ultraungu dan sebagainya. Irene Curie, anak perempuan
Mengambil gambar Pengambilan gambar foto sinar-X Marie Curie, pula menerima
foto sinar-X dibuat mengikut preskripsi doktor. Hadiah Nobel dalam Kimia pada
tahun 1935. Tanpa menyedari
Televisyen Pastikan jarak pemisahan antara risiko terdedah kepada sinaran
televisyen dengan penonton sekurang- mengion, mereka mati kerana
kurangnya 2 m. menghidap penyakit kanser yang
disebabkan oleh pendedahan
Makanan yang Jangan makan makanan yang
kepada sinaran gama yang
dicemari oleh dihasilkan dari kawasan yang dicemari
berlebihan dalam kajian mereka.
bahan radioaktif oleh bahan radioaktif seperti ikan dari
laut yang dicemari oleh bahan radioaktif.

Sinaran kosmik Waktu bekerja seorang juruterbang


dihadkan untuk tempoh tertentu kerana
juruterbang terdedah kepada sinaran
kosmik.

Aktiviti 8.4
Menginterpretasi data berkaitan dengan risiko kesihatan terhadap
P A K -21
tahap penyerapan sinaran mengion oleh badan manusia • KMK
• Aktiviti
Arahan simulasi
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan risiko kesihatan terhadap tahap
penyerapan sinaran mengion oleh badan manusia daripada pelbagai sumber.
3. Kemudian bincangkan risiko kesihatan terhadap tahap penyerapan sinaran mengion
oleh badan manusia bagi dos yang berikut dalam setahun.
(a) Dos 10 Sv.
(b) Dos 1 Sv hingga 10 Sv.
(c) Dos 0.1 Sv hingga 1 Sv.
(d) Dos kurang daripada 0.1 Sv.
4. Kongsikan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

8.3.4 245
Contoh Tahap Penyerapan Sinaran
Mengion yang Melebihi Tahap Selamat
dan Tindakan yang Perlu Diambil Langkah keselamatan bagi ahli
kru penerbangan yang terdedah
Oleh sebab kebanyakan sinaran kosmik diserap oleh kepada sinaran kosmik.
atmosfera, dos sinaran kosmik di permukaan Bumi
lazimnya bernilai kurang daripada 0.2 μSv/j, iaitu pada
aras normal atau aras selamat. Sebaliknya, semakin tinggi
dari permukaan Bumi, semakin kuat sinaran kosmik yang
diterima. Namakan satu contoh sektor kerjaya yang dapat
dikaitkan dengan tugas pada altitud yang tinggi. http://links.andl17.com/BT_
Sains_246

Ahli kru udara seperti juruterbang


(Gambar foto 8.3), pramugara dan
pramugari lazimnya menerima dos
sinaran kosmik yang melebihi tahap
selamat. Mereka terdedah kepada
sinaran kosmik yang kuat di dalam
kapal terbang yang terbang pada
altitud yang tinggi. Oleh sebab itu,
waktu kerja mereka di udara dihadkan
untuk tempoh tertentu.
Gambar foto 8.3 Juruterbang

Praktis Formatif 8.3


1. (a) Apakah sinaran mengion? Berikan satu contoh sinaran mengion.
(b) Apakah sinaran tidak mengion? Berikan satu contoh sinaran tidak mengion.
2. Gariskan jawapan yang betul tentang perbezaan antara sinar alfa, sinar beta dan sinar gama.
(a) Kuasa pengionan sinar beta (lebih/kurang) daripada kuasa pengionan sinar alfa tetapi
(lebih/kurang) daripada kuasa pengionan sinar gama.
(b) Kuasa penembusan sinar beta (lebih/kurang) daripada kuasa penembusan sinar alfa
tetapi (lebih/kurang) daripada kuasa penembusan sinar gama.
3. (a) Nyatakan dua sumber semula jadi yang menghasilkan sinaran mengion.
(b) Nyatakan tiga sumber buatan manusia yang menghasilkan sinaran mengion.
4. (a) Nyatakan unit pengukuran dos sinaran latar belakang.
(b) Apakah 1 sievert (Sv)?
(c) Berapakah dos sinaran latar belakang pada aras normal atau aras selamat?
5. Mengapakah tahap penyerapan sinaran mengion bagi individu yang bekerja dalam sektor
penerbangan lazimnya melebihi tahap selamat?
6. Seorang murid menonton televisyen setiap hari selama 2 jam. Hitung dos sinaran mengion
yang telah murid itu terima selama 5 hari. (Dos sinaran mengion televisyen = 0.01 mSv/j)

246 8.3.4
Bab 8: Keradioaktifan

8.4 Kegunaan Sinaran Radioaktif

Kegunaan Sinaran Radioaktif


Sinaran radioaktif seperti sinar alfa (α), sinar beta (β) dan sinar gama (γ) digunakan dalam
pelbagai bidang dalam kehidupan harian seperti yang berikut:

Arkeologi atau geokronologi


Karbon dioksida dalam udara terdiri daripada
karbon-12 (C-12) yang stabil dan karbon-14
(C-14) yang radioaktif. Oleh sebab karbon
dioksida diserap dan dibebaskan oleh badan
organisma yang hidup, peratus C-14 dalam tisu
organisma tidak berubah.
Sebaik sahaja organisma mati, C-14 dalam
tisunya semakin berkurang kerana mereput
dengan memancarkan sinar beta dengan separuh
hayat, T 12 , 5 700 tahun. Dengan mengukur
keaktifan C-14, usia organisma dapat ditentukan.
Kaedah ini dikenali sebagai pentarikhan
karbon-14 dan digunakan oleh ahli arkeologi atau
geokronologi untuk menentukan usia objek atau Gambar foto 8.4 Tulang dinosaur
bahan purba.

Kawalan ketebalan kepingan logam


(Perindustrian)
Alat kawalan ketebalan berfungsi untuk mengawal
ketebalan kepingan logam di dalam kilang. Kepingan
logam dilalukan di antara sumber sinar beta dengan
alat pengesan sinar beta. Jika alat pengesan sinar
beta mengesan terlalu banyak sinar beta, kepingan
logam yang disemak adalah terlalu nipis.
Gambar foto 8.5 Kawalan
ketebalan kepingan logam

Pertanian
Dalam pertanian, kadar sinar beta yang
dipancarkan oleh pereputan nukleus fosforus-32
(P-32) digunakan untuk menentukan kadar
penyerapan baja fosfat dalam tumbuhan. Sinaran
radioaktif juga digunakan untuk membunuh
kumbang, mengawal populasi serangga perosak
secara pemandulan, memilih jenis baja fosfat yang
Rajah 8.12 Menentukan kadar
terbaik dan mengubah ciri tumbuhan. penyerapan baja fosforus-32 (P-32)

8.4.1 247
Pertahanan
Bahan radioaktif boleh digunakan dalam bidang pertahanan seperti bom nuklear. Selain
haba, sinaran radioaktif yang dibebaskan dalam letupan bom nuklear memusnahkan hampir
semua hidupan termasuklah manusia dan kesannya wujud untuk beberapa generasi.

Hari ini dalam


sejarah
Pada 20 September 2017,
Malaysia telah menandatangani
persetujuan ICAN untuk
mengharamkan senjata nuklear
pada persidangan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Gambar foto 8.6 Letupan bom atom

Pengawetan makanan
Logo Radura dalam Rajah 8.13 digunakan untuk melabel makanan yang diawet dengan
sinaran radioaktif seperti sinar gama. Sinar gama digunakan dalam pengawetan makanan
seperti buah-buahan untuk membunuh bakteria dalam makanan berkenaan.

Rajah 8.13 Logo Radura Gambar foto 8.7 Pengawetan makanan


dengan sinar gama

Perubatan
Sinar gama daripada sesium-137 (Cs-137)
atau kobalt-60 (Co-60) digunakan untuk
membunuh sel kanser. Sinaran radioaktif juga
digunakan untuk menentukan tempat bekuan darah
dengan natrium-24 (Na-24), merawat tumor di
dalam otak dengan teknetium-99 (Tc-99), membasmi
kuman dengan kobalt-60 (Co-60) dan merawat
kelenjar tiroid dengan iodin-131 (I-131).
Gambar foto 8.8 Sinar gama digunakan
untuk merawat kanser

248 8.4.1
Bab 8: Keradioaktifan

Aktiviti 8.5
Melaksanakan galeri susur minda tentang kegunaan sinaran
P A K -21
radioaktif dalam pelbagai bidang • KMK
• Aktiviti
Arahan penggunaan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. teknologi
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media • STEM
elektronik lain tentang kegunaan sinaran radioaktif dalam bidang
seperti pertanian, pertahanan, perubatan, arkeologi atau geokronologi, perindustrian
dan pengawetan makanan.
3. Bincangkan perkara yang berikut tentang kegunaan sinaran radioaktif.
(a) Jenis sinaran radioaktif yang digunakan
(b) Cara penggunaan sinaran radioaktif
(c) Kerjaya yang dapat dihubungkaitkan dengan penggunaan sinaran radioaktif
4. Laksanakan aktiviti galeri susur minda.

Pengendalian Bahan Radioaktif dan Sisa Bahan Radioaktif dengan


Selamat dan Sempurna
Langkah keselamatan dalam pengendalian sumber radioaktif dan sisa radioaktif adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 8.14.

Menyimpan sumber Bahan radioaktif diadang Tangan robotik digunakan


radioaktif atau sisa radioaktif dengan kepingan plumbum untuk mengendalikan bahan
di dalam kotak berdinding yang tebal. radioaktif dengan selamat.
plumbum yang tebal.

Memakai pakaian Mengesan dos sinaran


perlindungan yang sesuai radioaktif yang diserap
untuk mengendalikan ke dalam badan dengan
bahan
han radioaktif. Langkah keselamatan alat pengesan seperti
dalam pengendalian lencana sinaran.
sumber radioaktif dan
sisa radioaktif

Pembuangan sisa radioaktif


dilakukan dengan selamat
dan sempurna.

Rajah 8.14 Langkah keselamatan dalam pengendalian sumber radioaktif dan sisa radioaktif
8.4.1 8.4.2 249
Mensyukuri Kepentingan Kegunaan
Keradioaktifan
Kepentingan kegunaan keradioaktifan untuk kesejahteraan Pengendalian pembuangan sisa
hidup manusia telah menyedarkan kita tentang keagungan radioaktif dengan selamat dan
sempurna.
Tuhan yang telah mencipta zarah unsur radioaktif yang
boleh digunakan untuk kelestarian hidup.
Unsur radioaktif buatan yang pertama, iaitu fosforus-30
(P-30), dicipta oleh Irene Joliot-Curie, anak perempuan
Marie Curie. Sejak tahun 1934, banyak unsur radioaktif
buatan telah dihasilkan oleh ahli sains. Namun begitu,
unsur radioaktif buatan tidak dapat dihasilkan tanpa unsur http://links.andl17.com/BT_
ciptaan Tuhan. Sains_250

Praktis Formatif 8.4


1. Nyatakan satu contoh kegunaan sinaran radioaktif dalam bidang yang berikut:
(a) Arkeologi atau geokronologi
(b) Perubatan
(c) Pertanian
(d) Pertahanan
(e) Perindustrian
2. (a) Namakan jenis sinaran radioaktif yang digunakan dalam pengawetan makanan.
(b) Bagaimanakah jenis sinaran radioaktif ini dapat mengawetkan makanan?
3. Mengapakah sumber radioaktif atau sisa radioaktif disimpan di dalam kotak dengan
dinding plumbum yang tebal?
4. Rajah 1 menunjukkan satu simbol amaran.

Rajah 1

(a) Apakah maksud simbol amaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1?
(b) Namakan satu contoh tempat atau kawasan yang mempamerkan simbol amaran itu.
(c) Antara tiga sinaran radioaktif, iaitu sinar alfa, sinar beta dan sinar gama, yang
manakah paling kurang berbahaya? Terangkan jawapan anda.
5. (a) Nyatakan satu logam yang digunakan untuk membuat pakaian perlindungan yang
sesuai bagi mengendalikan bahan radioaktif.
(b) Nyatakan satu kebaikan dan satu kelemahan penggunaan logam yang digunakan
untuk membuat pakaian perlindungan di 5(a).

250 8.4.2
Rumusan
Keradioaktifan

Sejarah penemuan Proses pereputan nukleus Mengaplikasikan Kegunaan sinaran


keradioaktifan yang tidak stabil dengan pemahaman struktur radioaktif
memancarkan sinaran atom dan nukleus
radioaktif
oleh tokoh seperti dalam bidang seperti
dalam

Contoh bahan radioaktif Pembentukan ion Pertanian, pertahanan,


Wilhelm Roentgen
seperti C-14, Rn-222, positif dan negatif perubatan, arkeologi,
yang menemukan
Th-234, U-238 geokronologi,
sinar-X
oleh perindustrian,
pengawetan makanan
dan keaktifannya diukur
dalam unit keradioaktifan Sinaran mengion
Henri Becquerel seperti
yang menemukan seperti dengan mengambil
keradioaktifan
becquerel (Bq), Sinar alfa, sinar beta,
curie (Ci) sinar gama dan sinar-X
Marie dan Pierre Curie Langkah keselamatan
yang berjaya mengesan daripada dalam pengendalian
keradioaktifan melalui sumber bahan
kesan pengionannya radioaktif dan sisa
Sumber semula Sumber buatan radioaktif
jadi seperti sinaran manusia seperti
kosmik, sinaran ujian nuklear dan
latar belakang unsur radioaktif
buatan

251
Bab 8: Keradioaktifan
Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

8.1 Sejarah Penemuan Keradioaktifan


Memerihalkan sejarah penemuan keradioaktifan.
Menerangkan dengan contoh maksud bahan radioaktif, keradioaktifan dan konsep separuh
hayat pereputan radioaktif.

8.2 Atom dan Nukleus


Melakar struktur atom yang menunjukkan keadaan stabil.
Menerangkan pembentukan ion positif dan ion negatif.

8.3 Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion


Memerihalkan sinaran mengion dan sinaran tidak mengion.
Membezakan ketiga-tiga jenis sinaran mengion.
Menjelaskan dengan contoh sumber sinaran mengion dalam alam sekitar, iaitu sumber
semula jadi dan sumber buatan manusia
Menyelesaikan masalah berkaitan risiko terdedah kepada sinaran mengion semula jadi.

8.4 Kegunaan Sinaran Radioaktif


Berkomunikasi tentang kegunaan sinaran radioaktif untuk kesejahteraan hidup manusia.
Mewajarkan kepentingan mengendalikan bahan radioaktif dan sisa bahan radioaktif dengan
sempurna.

Praktis Sumatif 8
Jawab soalan yang berikut:
1. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan ( × ) bagi pernyataan yang salah tentang
sejarah penemuan keradioaktifan.
(a) Wilhelm Roentgen menemukan sinar-X. ( )
(b) Henri Becquerel menggunakan elemen radium dalam kajian keradioaktifannya. ( )
(c) Kematian Marie Curie disebabkan oleh pendedahan kepada sinar gama. ( )

2. Apakah maksud pereputan radioaktif?

3. Namakan bahan radioaktif dalam garam biasa yang digunakan dalam bidang perubatan.

4. Pa-234 mereput menjadi U-234 dengan memancarkan sinar beta. Jika separuh
hayat bagi Pa-234 ialah 5.2 jam, berapakah jisim Pa-234 yang tinggal selepas
20.8 jam dengan jisim asalnya 32 g?

252
Bab 8: Keradioaktifan

5. Jadual 1(a) dan 1(b) menunjukkan pembentukan ion.


Jadual 1(a)
Atom magnesium, Mg Ion magnesium, Mg2+

Zarah subatom Bilangan Cas Zarah subatom Bilangan Cas


neutron, n 12 0 neutron, n 12 0
proton, p 12 +12 buang dua proton, p 12 +12
elektron
elektron, e 12 –12 elektron, e 10 –10
Cas pada atom magnesium, 0 Cas pada ion magnesium, +2
Mg Mg2+

Jadual 1(b)
Atom fluorin, F Ion fluorida, F –

Zarah subatom Bilangan Cas Zarah subatom Bilangan Cas


neutron, n 10 0 neutron, n 10 0
tambah
proton, p 9 +9 satu proton, p 9 +9
elektron
elektron, e 9 –9 elektron, e 10 –10
Cas pada atom flourin, F 0 Cas pada ion flourida, F– –1

(a) Adakah ion yang terbentuk dalam Jadual 1(a) ion positif atau ion negatif? Terangkan
jawapan anda.
(b) Adakah ion yang terbentuk dalam Jadual 1(b) ion positif atau ion negatif? Terangkan
jawapan anda.

Fokus KBAT
K B AT
6. (a) Nyatakan tiga persamaan antara sinar-X dengan sinar gama.
(b) Rajah 1 menunjukkan keadaan dua sampel strawberi, X dan Y, sebelum dan selepas
7 hari.

Hari pertama Selepas 7 hari Hari pertama Selepas 7 hari

Sampel strawberi X Sampel strawberi Y


Rajah 1
253
(i) Antara sampel X dengan sampel Y, yang manakah telah diawetkan?
Jelaskan jawapan anda.
(ii) Apakah sinaran radioaktif yang digunakan untuk mengawetkan makanan?
(iii) Bagaimanakah sinaran radioaktif ini dapat mengawetkan makanan?
(iv) Adakah makanan yang diawetkan dengan menggunakan sinaran
radioaktif selamat dimakan? Jelaskan jawapan anda.
7. (a) Rajah 2(a) menunjukkan satu aktiviti yang lazimnya dijalankan di dalam sebuah
makmal kajian bahan radioaktif.

Rajah 2(a)

Berdasarkan aktiviti yang ditunjukkan


Sumber sinar Pengesan
dalam Rajah 2(a), huraikan langkah
beta sinaran
keselamatan yang diambil dalam
pengendalian sumber bahan radioaktif. Botol
minuman
(b) Rajah 2(b) menunjukkan satu contoh Tali sawat
kegunaan sinar beta dalam bidang penyampai
perindustrian. Sinar beta digunakan untuk
menyemak pengisian air minuman di
dalam botol. Sinar beta ditujukan kepada Botol yang
botol yang bergerak melintasinya seperti dikeluarkan
yang ditunjukkan dalam Rajah 2(b). Jika
botol tidak diisikan dengan air minuman Rajah 2(b)
yang cukup, sinar beta akan melalui botol
lalu dikesan oleh alat pengesan. Litar yang disambung kepada alat pengesan kemudian
mengeluarkan botol yang berisi air minuman yang tidak cukup.
Anda dikehendaki untuk mereka bentuk satu model untuk menunjukkan
prinsip kerja sistem penyemakan pengisian air di dalam botol seperti dalam
Rajah 2(b) dengan menggunakan bahan yang disediakan di bawah.

• LED
• Botol air mineral yang kosong
• Surat khabar
• Cermin

254
TEMA

4
Penerokaan Bumi dan
Angkasa Lepas

Satelit RazakSAT-2 merupakan satelit


yang direka sepenuhnya oleh ahli sains
tempatan. Satu daripada kegunaan satelit
ini adalah untuk bidang pertahanan.

Kehidupan kita
lazimnya dipengaruhi
oleh keadaan cuaca
tempatan. Contohnya,
kita akan menggunakan
payung semasa hari
hujan. Apakah pula
kepentingan cuaca
angkasa lepas?

255
Bab
Bab
ab
1
9 Cuaca Angkasa Lepas

Bagaimanakah rupa bentuk struktur Matahari?


Apakah fenomena yang berlaku di permukaan Matahari?
Apakah kesan cuaca angkasa lepas terhadap Bumi?

Marilah kita mengkaji


Aktiviti Matahari yang memberikan kesan kepada Bumi
Cuaca angkasa

256
Galeri Sains

Nyalaan suria kelas X9.3 yang berlaku di Matahari pada


jam 8.02 pagi 6 September 2017

Pada 6 September 2017, lentingan jisim korona telah


menyebabkan gangguan telekomunikasi, sistem navigasi dan
talian kuasa elektrik sehingga lebih kurang satu jam. Apakah
kesan fenomena ini dalam kehidupan harian di Bumi?

Kata Kunci

Matahari Korona
Teras Nyalaan suria
Zon radiasi Tompok Matahari
Zon perolakan Kitaran suria
Fotosfera Angin suria
Kromosfera Magnetosfera
Granul Semarak suria

257
Aktiviti Matahari yang Memberi Kesan
9.1 kepada Bumi

Matahari merupakan bebola Bagaimanakah gas


helium terhasil
gas yang membara seperti
dalam Matahari?
dalam Gambar foto 9.1.
Hampir keseluruhan
Matahari terdiri daripada
dua jenis gas, iaitu gas
MEI

hidrogen dan gas helium.

Gambar foto 9.1 Matahari

Struktur Matahari
Struktur Matahari terdiri daripada bahagian
yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1. Jalankan Zon perolakan
Aktiviti 9.1 untuk mengetahui struktur
Matahari dengan lebih lanjut. Zon radiasi

Kromosfera Teras
Tiga lapisan dalam
struktur Matahari ini
membentuk atmosfera Korona
Matahari
Fotosfera

Rajah 9.1 Struktur Matahari

Aktiviti 9.1
Mencari maklumat dan membuat perkongsian tentang struktur P A K -21
Matahari, iaitu teras, zon radiasi, zon perolakan, fotosfera, kromosfera • KMK, KIAK
dan korona • Aktiviti
perbincangan
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media elektronik lain
tentang struktur Matahari, iaitu teras, zon radiasi, zon perolakan, fotosfera, kromosfera
dan korona.
3. Bincang dan kongsikan maklumat yang dikumpulkan.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan
persembahan multimedia.

258 9.1.1
Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas

Fenomena yang Berlaku di


Permukaan Matahari Kerjaya ahli sains solar (solar
Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari termasuklah: scientists) agak baharu dalam
• granul bidang tenaga solar. Selain mencipta
alat aplikasi tenaga solar, ahli sains
• tompok Matahari solar juga mengkaji dan membuat
• kitaran suria ramalan cuaca angkasa lepas yang
• semarak suria (atau prominen) kian mempengaruhi kehidupan
• nyalaan suria harian semua hidupan di Bumi.
• lentingan jisim korona
• angin suria

Granul, Tompok Matahari dan Kitaran Suria


Tompok Matahari Granul
Fotosfera dalam atmosfera Matahari terdiri
daripada granul yang kelihatan berbutir. Granul
ialah bahagian atas zon perolakan bagi plasma
yang sangat panas dengan suhu setinggi 5 800oC.
Diameter purata bagi granul ialah lebih
kurang 1 000 kilometer!
Tompok Matahari ialah kawasan
gelap yang kelihatan pada permukaan
Matahari seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.2. Tompok Matahari
kelihatan gelap kerana suhunya lebih
rendah daripada kawasan sekitarnya
yang terdiri daripada granul. Tompok
Matahari merupakan lokasi letusan
yang amat besar di fotosfera. Fenomena
ini mungkin berlarutan lebih daripada
seminggu. Fenomena tompok Matahari
selalunya wujud secara berpasangan
atau berkumpulan.
Aktiviti tompok Matahari kelihatan wujud Rajah 9.2 Granul dan tompok Matahari
dan lenyap mengikut pusingan 11 tahun yang
dikenali sebagai kitaran suria. Rajah 9.3 menunjukkan
kedudukan tompok Matahari pada fotosfera sejak tahun 1875.

60°U

30°U

Khatulistiwa

30°S

60°S
1870 1880 1890 1900 1910 1920 1930 1940 1950 1960 1970 1980 1990 2000 2010 2020
(Sumber: NASA)
Rajah 9.3 Kedudukan tompok Matahari pada permukaan Matahari

9.1.1 259
Semarak Suria (Prominen)
Semarak suria atau prominen seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 9.2 berbentuk gelungan yang sangat
besar atau lajur melengkung yang terdiri daripada gas
menyala di sebelah atas tompok Matahari. Semarak suria
dapat mencapai ketinggian beratus-ratus ribu kilometer dan
mungkin kekal selama beberapa hari atau beberapa bulan.
Semarak suria yang sangat kuat boleh melemparkan jasad Gambar foto 9.2 Semarak suria
dari Matahari ke angkasa lepas pada kelajuan antara atau prominen
600 km s–1 sehingga melebihi 1 000 km s–1.

Nyalaan Suria
Nyalaan suria seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.3
berbentuk lajur yang terdiri daripada gas bercas yang banyak
meletus daripada Matahari dan kerap berlaku berdekatan
dengan tompok Matahari. Nyalaan suria ialah letusan gas
yang kuat dan hebat. Nyalaan suria mencapai tahap kecerahan
maksimumnya dalam masa beberapa saat atau beberapa minit
dan kemudian malap selepas beberapa minit atau beberapa jam.
Nyalaan suria menyemburkan zarah gas yang bercas keluar
pada kelajuan yang tinggi ke angkasa lepas. Cahaya daripada
nyalaan suria yang berkelajuan cahaya mengambil masa lapan Gambar foto 9.3 Nyalaan suria
minit untuk sampai ke Bumi manakala zarah gas yang bercas
mengambil masa beberapa puluh minit.
Zarah gas yang bercas ini sering saling bertindak balas
dengan atom dan molekul dalam atmosfera Bumi lalu
menghasilkan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit
yang dikenali sebagai aurora yang secara uniknya hanya
berlaku di ruang udara sekitar kutub Bumi.

Lentingan Jisim Korona


Gambar foto 9.4 Lentingan
Lentingan jisim korona seperti yang ditunjukkan dalam
jisim korona
Gambar foto 9.4 berbentuk awan yang besar dan terdiri
daripada plasma yang meletus daripada Matahari dan
kerap berlaku bersama dengan nyalaan suria yang besar
dan kuat. Lentingan jisim korona ialah letusan zarah gas
yang bermagnet. Lentingan jisim korona menyemburkan
zarah yang bermagnet keluar pada kelajuan yang tinggi Lihat video tentang semarak
ke angkasa lepas dan kelihatan sebagai sebuah awan yang suria, nyalaan suria dan lentingan
jisim korona
mengembang. Zarah bermagnet daripada lentingan jisim
korona mengambil masa tiga hari untuk sampai ke Bumi.
Seperti zarah gas bercas dalam nyalaan suria, zarah gas
bermagnet juga bertindak balas dengan atom dan molekul
dalam atmosfera Bumi lalu menghasilkan aurora.

260 9.1.1
Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas

Angin Suria
Zarah dalam plasma seperti elektron, proton dan
zarah alfa yang meletus dari Matahari ke angkasa
lepas bergerak bersama-sama dengan kelajuan
yang tinggi dikenali sebagai angin suria seperti
yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.5.
Angin suria juga membawa medan magnet
antara planet (interplanetary magnetic field) Bumi
Angin suria
bersama-sama dengannya. Kelajuan angin suria
adalah supersonik dengan nilai antara 250 km s–1
hingga 750 km s–1. Namun begitu, kelajuan, suhu
dan ketumpatan angin suria berubah-ubah dalam
Gambar foto 9.5 Angin suria (warna kuning)
perlintasan gerakannya.

Magnetosfera Bumi dan Kepentingannya


Bentuk Magnetosfera Bumi

Magnetosfera

Angin suria Bumi

Magnetosfera

(a) Medan magnet Bumi (b) Magnetosfera Bumi

Rajah 9.4 Bentuk magnetosfera Bumi

Banding dan bezakan corak garisan medan magnet antara medan magnet Bumi dengan
magnetosfera Bumi. Walaupun kedua-dua corak garisan medan magnet tidak tetap, corak
garisan medan magnet Bumi hanya berubah sedikit sahaja
manakala corak garisan medan magnet dalam magnetosfera
berubah dengan banyak berdasarkan kepada interaksi
antara angin suria dengan medan magnet Bumi. Animasi yang menunjukkan
hubung kait antara magnetosfera
dengan angin suria.
Definisi Magnetosfera Bumi
Magnetosfera Bumi didefinisikan sebagai suatu ruang
dalam angkasa lepas yang meliputi Bumi di mana medan
magnet dalam magnetosfera Bumi ialah gabungan antara
medan magnet Bumi (sebagai medan magnet utama) dengan
medan magnet dalam ruang di angkasa lepas seperti yang http://links.andl17.com/BT_
ditunjukkan dalam Rajah 9.4 (b). Sains_261

9.1.2 261
Pembentukan Magnetosfera Bumi
Magnetosfera terbentuk daripada interaksi antara medan magnet yang dibawa oleh angin suria
dengan medan magnet Bumi. Oleh sebab bilangan dan tenaga dalam zarah yang dibawa oleh
angin suria berubah-ubah, bentuk magnetosfera turut berubah-ubah.

Kepentingan Magnetosfera Bumi


Kepentingan magnetosfera adalah untuk melindungi Bumi daripada kesan buruk yang
disebabkan oleh zarah yang berbahaya daripada Matahari atau jasad lain dalam Alam Semesta.

Magnetosfera
(garisan medan magnet
Angin suria berwarna biru)
(warna kuning)

Bumi dilindungi
oleh magnetosfera

Magnetosfera
(garisan medan magnet
berwarna biru)

Rajah 9.5 Perlindungan magnetosfera Bumi


• Magnetosfera berfungsi sebagai sekatan biologi yang melindungi hidupan di Bumi daripada
kesan buruk yang disebabkan oleh angin suria.
• Magnetosfera juga menghalang zarah bercas seperti elektron, proton dan zarah alfa dalam
angin suria untuk sampai ke Bumi. Bilangan zarah bercas ini yang berlebihan dalam
atmosfera Bumi akan mengganggu telekomunikasi, sistem navigasi dan talian kuasa elektrik.
• Magnetosfera mengurangkan tekanan yang dikenakan oleh fenomena angin suria terhadap
atmosfera Bumi.

Aktiviti 9.2
Mencari maklumat dan membuat perkongsian tentang magnetosfera P A K -21
daripada segi definisi, pembentukan, bentuk dan kepentingannya • KMK, KBMM,
KIAK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. perbincangan
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media
elektronik lain tentang definisi, pembentukan, bentuk dan kepentingan magnetosfera.
3. Bincang dan kongsikan maklumat yang telah dikumpulkan.
4. Buat sumbang saran keadaan di Bumi tanpa magnetosfera.
5. Bentangkan hasil perbincangan dan sumbang saran kumpulan anda dengan
menggunakan persembahan multimedia.

262 9.1.2
Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas

Praktis Formatif 9.1


1. Nyatakan tiga struktur Matahari yang membentuk atmosfera Matahari.
2. Nyatakan tiga fenomena yang berlaku di permukaan Matahari di mana gas bercas banyak
meletus daripada Matahari.
3. Definisikan magnetosfera Bumi.
4. Apakah yang mempengaruhi bentuk magnetosfera?
5. Nyatakan satu objek dalam Sistem Suria yang mempunyai bentuk yang serupa dengan
angin suria.

9.2 Cuaca Angkasa

Cuaca Angkasa Lepas dan Kesannya


terhadap Bumi
Cuaca angkasa lepas
Cuaca angkasa lepas didefinisikan sebagai fenomena
yang berlaku:
• di permukaan Matahari seperti nyalaan suria, semarak
suria (prominen), tompok Matahari dan lentingan
jisim korona
• di angkasa lepas seperti angin suria, ribut pancaran suria
http://links.andl17.com/BT_
dan ribut geomagnet Sains_263

Perhatikan Rajah 9.6. Kemudian, jalankan Aktiviti 9.3.

Tompok
Matahari Lentingan jisim korona Garisan medan
magnet

Angin suria

Ribut pancaran suria Bumi

Bumi Garisan medan


magnet

Nyalaan suria
Ribut geomagnet

Rajah 9.6 Cuaca angkasa lepas


9.2.1 263
Aktiviti 9.3
Mencari maklumat dan membuat perkongsian tentang cuaca angkasa P A K -21
lepas daripada segi definisi dan kesannya terhadap Bumi • KMK, KBMM,
KIAK
Arahan • Aktiviti
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. perbincangan
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media
elektronik lain tentang definisi cuaca angkasa dan kesan cuaca angkasa terhadap
Bumi seperti pembentukan fenomena aurora, gangguan telekomunikasi, sistem
navigasi serta talian kuasa elektrik.

Ribut angkasa lepas Kesan ribut geomagnet,


http://links.andl17.com/ ribut pancaran suria dan
BT_Sains_264_1 gangguan siaran radio
http://links.andl17.com/
BT_Sains_264_2

3. Bincang dan kongsikan maklumat yang telah dikumpulkan.


4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda menggunakan persembahan multimedia.

Interpretasi Data Cuaca Angkasa Lepas


Data cuaca angkasa lepas digunakan atau dianalisis:
• untuk meramal bila berlakunya lentingan jisim korona di Matahari
• untuk menentukan sebab berlakunya nyalaan suria dan lentingan jisim korona di
permukaan Matahari

Aktiviti 9.4
Menginterpretasi data cuaca angkasa lepas P A K -21
• KMK, KBMM,
Arahan KIAK
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. • Aktiviti
2. Kumpulkan maklumat atau data cuaca angkasa lepas daripada perbincangan
Internet, media cetak dan media elektronik lain.

Sumber angin suria dihubungkaitkan dengan kitaran suria


http://links.andl17.com/BT_Sains_264_3

3. Interpretasi data cuaca angkasa lepas dengan menghubungkaitkan bilangan tompok


Matahari atau kitaran suria dengan peningkatan lentingan jisim korona dan angin suria.
4. Bentangkan hasil interpretasi data cuaca angkasa lepas kumpulan anda dengan
menggunakan persembahan multimedia.

264 9.2.1
Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas

Praktis Formatif 9.2


1. Apakah definisi cuaca angkasa lepas?
2. Nyatakan empat contoh kesan cuaca angkasa lepas terhadap Bumi.
3. Apakah hubung kait antara bilangan tompok Matahari dengan peningkatan lentingan
jisim korona?

Rumusan
Cuaca angkasa lepas

dipengaruhi oleh

Matahari Angin suria Fenomena di


permukaan Matahari

yang menentukan bentuk memberi kesan


seperti

Struktur Fenomena di Magnetosfera Pembentukan aurora,


permukaannya gangguan telekomunikasi,
sistem navigasi serta
yang talian kuasa elektrik
seperti
Teras, zon
radiasi, zon
perolakan, dengan data yang
Granul, semarak Melindungi menunjukkan
fotosfera, Bumi
suria, nyalaan
kromosfera,
suria, kitaran Hubung kait antara
korona
suria, tompok daripada bilangan tompok
Matahari, Matahari (kitaran suria)
lentingan jisim Kesan buruk dengan peningkatan
korona, angin daripada zarah lentingan jisim korona
suria berbahaya dan angin suria
dalam angin
suria

265
Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

9.1 Aktiviti Matahari yang Memberi Kesan kepada Bumi


Menerangkan dengan lakaran tentang struktur dan fenomena yang berlaku di permukaan
Matahari.
Mewajarkan kepentingan magnetosfera Bumi.

9.2 Cuaca Angkasa


Berkomunikasi tentang cuaca angkasa lepas dan kesannya terhadap Bumi.

Praktis Sumatif 9
Jawab soalan yang berikut:
1. Rajah 1 menunjukkan struktur Matahari.

A: D:

B: E:

C:
F:

Rajah 1

Namakan struktur yang berlabel A hingga F dengan menggunakan perkataan yang berikut:

Fotosfera Korona Kromosfera

Teras Zon perolakan Zon radiasi

2. Berapakah tempoh masa dalam satu kitaran suria?

3. Nyatakan fenomena yang dihubungkaitkan dengan kitaran suria.

266
Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas

4. Nyatakan tiga contoh alat atau perkhidmatan kegunaan harian yang penggunaannya
akan terganggu oleh angin suria.

5. Apakah yang akan berlaku kepada keadaan Bumi sekiranya tiada magnetosfera?
Terangkan jawapan anda.

Fokus KBAT
6. Magnetosfera Bumi ialah suatu ruang dalam angkasa yang melindungi Bumi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2

Bentuk magnetosfera Bumi dihasilkan oleh interaksi antara medan magnet Bumi dengan
angin suria. Garisan medan magnet dari planet yang lain dalam Sistem Suria diwakili oleh
garisan putih manakala garisan medan magnet Bumi diwakili oleh garisan merah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Anda dikehendaki mereka bentuk model magnetosfera dengan menggunakan bahan


yang berikut:

• Beg plastik yang berwarna hijau


• Benang putih
• Benang merah
• Cawan polistirena dengan penutup yang cembung
• Plastisin

Lakarkan model magnetosfera tersebut mengikut kreativiti anda. Terangkan bagaimana


model tersebut berfungsi.
267
Bab
Bab
ab Penerokaan Angkasa
1
100 Lepas

Bagaimanakah model Sistem Suria


dapat diperkembangkan dari
semasa ke semasa?
Berikan tiga contoh alat ciptaan
teknologi yang diaplikasikan
dalam penerokaan angkasa lepas.
Berikan satu contoh kegunaan
teknologi penderiaan jauh dalam
bidang geologi.

Marilah kita mengkaji


Perkembangan dalam astronomi
Perkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas

268
Galeri Sains

Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station, ISS)


Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) ialah
sebuah stesen kemudahan penyelidikan
nyelidikan
antarabangsa di angkasa lepas.s. Fungsi
stesen ini adalah untuk menjalankan
ankan
penyelidikan di angkasa lepas serta
memantau angkasa lepas.
Dato’ Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor Al Masrie
bin Sheikh Mustapha
merupakan angkasawan
pertama dari Malaysia yang
meneroka angkasa lepas mulai
10 hingga 21 Oktober 2007.

Kata Kunci
Geosentrik Satelit
Heliosentrik Kuar angkasa
Hukum Kepler Penderiaan jauh
Elips Geologi
Titik fokus Pengurusan bencana
Roket Teleskop angkasa lepas

269
10.1 Perkembangan dalam Astronomi

Perkembangan Sejarah Model Sistem Suria


Perhatikan Rajah 10.1. Kemudian, jalankan Aktiviti 10.1.

Sejarah model Sistem Suria

Ptolemy Copernicus
oTFMFQBT.BTJIJ
o

t "IMJBTUSPOPNJ 
t "IMJBTUSPOPNJ  NBUFNBUJL FLPOPNJ
 BTUSPMPHJEBOHFPHSBm EBOEPLUPS1PMBOE
:VOBOJ t .FNCJOBNPEFM
t .FNCJOBNPEFM heliosentrik EFOHBO
 geosentrik EFOHBO .BUBIBSJQBEBQVTBU
#VNJQBEBQVTBUEBO EBOPSCJUZBOH
PSCJUZBOHNFNCVMBU NFNCVMBU

Model geosentrik Model heliosentrik

Musytari
Utarid
Marikh
Musytari Marikh
Zuhrah Zuhal
Bumi Utarid
Bulan Matahari
Zuhrah Bumi
Bulan
Matahari

Zuhal

t A(FPCFSNBLTVE#VNJ
t A4FOUSJLCFSNBLTVECFSQVTBU t A)FMJPCFSNBLTVE.BUBIBSJ
t #VNJCFSBEBQBEBQVTBU4JTUFN4VSJB t A4FOUSJLCFSNBLTVECFSQVTBU
t #VNJCFSLFBEBBOQFHVOEBOTFNVBPCKFL t .BUBIBSJCFSBEBQBEBQVTBU4JTUFN4VSJB
TFQFSUJ.BUBIBSJEBOQMBOFUZBOHMBJO t #VNJCFSQVUBSQBEBQBLTJOZBEBOCFSFEBS
NFOHPSCJUNFOHFMJMJOHJ#VNJEBMBNPSCJU NFOHFMJMJOHJ.BUBIBSJEBMBNPSCJUZBOH
ZBOHNFNCVMBU NFNCVMBU

Rajah 10.1 Sejarah model Sistem Suria


270 10.1.1
Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas

Kepler
o

tø"IMJBTUSPOPNJ NBUFNBUJLEBO
BTUSPMPHJ+FSNBO
t .FOHVCBITVBJNPEFMheliosentrik
EFOHBO.BUBIBSJQBEBUJUJLGPLVT
TFQVOZBQBEBPSCJUFMJQTQMBOFU
NFOHJLVUHukum Kepler

Model heliosentrik yang dikemaskinikan dengan Hukum Kepler

8 5
6
7
4 2

Matahari
3 1

1 6UBSJE 4 .BSJLI 7 6SBOVT


2 ;VISBI 5 .VTZUBSJ 8 /FQUVO
3 #VNJ 6 ;VIBM

10.1.1 271
Aktiviti 10.1
Memahami perkembangan model Sistem Suria yang dibina oleh P A K -21
Ptolemy, Copernicus dan Kepler • KMK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Buat pembacaan aktif dengan melayari laman sesawang atau lawatan akademik ke
Planetarium Negara untuk mengumpulkan maklumat tentang perkembangan model
Sistem Suria yang dibina oleh:
(a) Ptolemy
(b) Copernicus
(c) Kepler
Contoh laman sesawang yang boleh dirujuk adalah seperti yang berikut:

Lihat video Bahagian Historical attempts to


3.01 Historical Solar model the Solar System
System Models (Take a challenge)
3.02 Current Solar http://links.andl17.com/
System Model BT_Sains_272_2
http://links.andl17.com/
BT_Sains_272_1

Sejarah model Sistem Suria


http://links.andl17.com/BT_Sains_272_3

3. Bincang dan bentangkan bagaimana pengetahuan yang diperoleh melalui kajian


sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional
tentang Sistem Suria berasaskan kemampuan akal.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan
persembahan multimedia.

Praktis Formatif 10.1


1. Nyatakan model Sistem Suria yang dibina oleh ahli astronomi yang berikut:
(a) Ptolemy
(b) Copernicus
(c) Kepler
2. Banding dan bezakan model Sistem Suria yang dibina oleh Ptolemy dan Copernicus.
Persamaan:
Perbezaan:
3. Banding dan bezakan model Sistem Suria yang dibina oleh Copernicus dan Kepler.
Persamaan:
Perbezaan:

272 10.1.1
Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas

Perkembangan dan Teknologi dalam


10.2 Penerokaan Angkasa Lepas
Perkembangan dalam Penerokaan Angkasa Lepas
Rajah 10.2 menunjukkan sebahagian daripada sejarah permulaan penerokaan angkasa lepas
daripada segi perkembangan teknologi dan misi dalam penerokaan angkasa lepas.

2011: Stesen Angkasa Antarabangsa 2002: Agensi Angkasa 2000: Mikrosatelit Malaysia
(ISS) telah siap dibina dengan lengkap Negara (ANGKASA) yang pertama,
ditubuhkan TiungSAT-1
dilancarkan

1989: Penerbangan 1990: US melancarkan


pertama ke Neptun – Teleskop Angkasa Lepas 1996: Satelit Malaysia,
1981: Hubble dari kapal angkasa MEASAT 1 dan 2
US Voyager 2
Penerbangan ulang-alik Discovery dilancarkan
pertama kapal
angkasa
ulang-alik US –
Columbia

1973: Penerbangan pertama 1969: Manusia pertama 1961: Manusia pertama di orbit
ke Musytari – US Pioneer 10 menjejakkan kaki di Bulan – Yuri Gagarin, dalam USSR Vostok 1
– Neil Armstrong, US
Apollo 11

1957: Satelit pertama – USSR Sputnik


Abad ke-11: China 1609: Teleskop pertama digunakan
mencipta serbuk dalam bidang astronomi oleh
letupan dan Galileo Galilei
menggunakan roket
primitif dalam
pertempuran

Rajah 10.2 Sebahagian daripada peristiwa berkaitan dengan perkembangan


dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas

10.2.1 273
Aplikasi Teknologi dalam Penerokaan Angkasa Lepas dan
Kepentingannya
Teleskop Angkasa Lepas
Rajah 10.3 menunjukkan perkembangan teleskop yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas.

Sekstan astronomi digunakan Teleskop Galileo menjadi alat Teleskop angkasa Hubble
untuk mengukur altitud astronomi yang paling banyak diletakkan dalam ruang orbit
bintang digunakan 500 km dari permukaan Bumi

Teleskop angkasa Spitzer


mengesan aktiviti dalam angkasa
lepas yang sangat jauh

Selain teleskop daripada jenis optik, teleskop


radio juga digunakan untuk mengesan
gelombang radio dari angkasa lepas

Rajah 10.3 Teleskop angkasa lepas

Roket
Roket digunakan secara meluas dalam
penerokaan angkasa lepas. Apabila bahan
api di dalam roket terbakar, gas yang panas
dibebaskan pada kelajuan yang tinggi
melalui bahagian bawah roket tersebut.
Pembebasan gas ini menghasilkan
daya yang menolak roket ke atas.

Vostok K Redstone Atlas Voskhod Titan II Soyuz Saturn 1B Saturn V STS Long Falcon SLS Angara Atlas V
March 2F 9 5P
Gambar foto 10.1 Roket yang digunakan untuk menghantar manusia ke angkasa lepas

Berdasarkan Gambar foto 10.1, roket yang manakah menghantar angkasawan ke Bulan?

274 10.2.1
Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas

Satelit
Satelit pertama, Sputnik 1
dihantar ke angkasa
Pelancaran satelit
lepas pada tahun 1957.
Berapakah bilangan
satelit yang mengorbit
mengelilingi Bumi pada
hari ini? Negara yang
manakah mempunyai Gambar foto 10.2 Satelit http://links.andl17.com/BT_
bilangan satelit yang cuaca GOES-16 yang mengumpul Sains_275
paling banyak? data nyalaan suria

Kuar Angkasa
Kuar angkasa atau prob
angkasa ialah kapal angkasa Pada tahun 2017, kuar angkasa
yang mengumpulkan maklumat Cassini masih aktif mengorbit
dan menghantarnya kembali mengelilingi Zuhal selepas berada
ke Bumi. Kuar angkasa tidak di angkasa lepas selama 20 tahun!
mengorbit mengelilingi Bumi
Gambar foto 10.3 Kuar
seperti satelit tetapi bergerak angkasa Cassini
jauh di dalam dan di luar
Sistem Suria. Kuar angkasa membawa kamera dan peralatan
penderiaan jauh serta pemancar dan penerima radio untuk
tujuan berkomunikasi dengan ahli sains di Bumi.

Penderiaan Jauh (Remote Sensing)


Penderiaan jauh ialah kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dari jarak jauh. Di
Malaysia, alat penderiaan jauh yang dipasang pada TiungSAT-1 menerima atau mengesan
cahaya nampak, sinar ultraungu dan sinar inframerah yang dihasilkan oleh objek di permukaan
atau di bawah permukaan Bumi. Data yang dikumpul oleh TiungSAT-1 kemudiannya dihantar
ke dua buah stesen penerima data di Stesen Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan dan Stesen Misi Kawalan (MCGS), Bangi, Selangor.
Gambar foto 10.4 menunjukkan gambar foto corak dan
pergerakan awan yang diambil daripada kamera penderiaan
jauh TiungSAT-1. Apakah kegunaan maklumat yang
diperoleh daripada gambar foto ini?
Teknologi penderiaan jauh digunakan dalam pelbagai
bidang dalam kehidupan harian seperti yang berikut:
• Pertanian – Untuk mengesan kawasan pembangunan
pertanian yang bersesuaian
• Geologi – Untuk mengesan lokasi seperti sumber mineral,
susutan jisim dan susutan darat Gambar foto 10.4 Gambar
• Pengurusan bencana – Untuk mengenal pasti pencemaran corak dan pergerakan awan
dan pembakaran hutan
• Pertahanan – Untuk mengesan pencerobohan kapal, pesawat udara dan kenderaan musuh

10.2.1 275
Aktiviti 10.2
Memahami perkembangan dan teknologi dalam penerokaan P A K -21
angkasa lepas • KMK
• Aktiviti
Arahan perbincangan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Buat pembacaan aktif dengan melayari laman sesawang atau lawatan akademik
ke Planetarium Negara, MACRES dan Agensi Angkasa Negara untuk mengumpul
maklumat tentang perkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas
daripada segi:
(a) sejarah permulaan penerokaan angkasa lepas (Rajah 10.2)
(b) pembinaan roket, satelit dan kuar angkasa
(c) teknologi penderiaan jauh (remote sensing) yang digunakan dalam pertanian,
geologi, pengurusan bencana, pertahanan dan sebagainya
3. Bincang dan bentangkan perkembangan dan aplikasi teknologi dalam penerokaan
angkasa lepas serta kepentingannya.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia.

Aktiviti 10.3
Menjalankan perdebatan tentang kewajaran meneruskan penerokaan P A K -21
angkasa lepas • KIAK, KBMM
• Aktiviti
Arahan menjalankan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. projek
2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media
elektronik lain tentang kepentingan penerokaan angkasa lepas dalam konteks
tempatan dan global.
3. Bincang dan kongsikan maklumat yang telah dikumpulkan.
4. Jalankan perdebatan bagi mengupas isu penerokaan angkasa lepas dalam konteks
tempatan dan global untuk menentukan kewajaran meneruskan penerokaan angkasa
lepas dalam konteks tempatan dan global.

Praktis Formatif 10.2


1. Nyatakan alat teknologi yang pertama digunakan dalam penerokaan
angkasa lepas. Hape
2. Rajah 1 menunjukkan Discovery dihantar ke angkasa lepas oleh Hape.
(a) Apakah Discovery?
(b) Apakah Hape?
3. (a) Nyatakan teknologi yang digunakan untuk mengambil
Discovery
gambar aerial.
(b) Apakah kepentingan pengambilan gambar aerial semasa
bencana banjir?
4. Apakah peranan yang dimainkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia
(MACRES)? Rajah 1

276 10.2.1 10.2.2


Rumusan
Penerokaan Angkasa Lepas

dipengaruhi oleh

Perkembangan dalam astronomi Perkembangan dan aplikasi teknologi

seperti seperti

Binaan model
Sistem Suria Roket Satelit Kuar angkasa Penderiaan
jauh
oleh
digunakan digunakan digunakan digunakan
untuk untuk untuk dalam

Ptolemy Copernicus Kepler Menghantar Mengumpul Mengumpul Pertanian,


kapal maklumat dan geologi,
angkasa, cuaca angkasa, menghantar pengurusan
Bumi sebagai Matahari Matahari satelit, kuar keadaan maklumat bencana,
pusat Sistem sebagai pusat sebagai pusat angkasa angkasa lepas, tentang jasad pertahanan
Suria Sistem Suria Sistem Suria penderiaan angkasa
jauh, yang jauh
dengan telekomunikasi,
dengan dengan pertahanan

Matahari dan Bumi dan planet Bumi dan planet


planet lain lain beredar lain beredar
beredar dalam dalam orbit yang dalam orbit yang
orbit yang membulat elips
membulat

277
Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas
Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:

10.1 Perkembangan dalam Astronomi


Menerangkan dengan lakaran tentang perkembangan sejarah model Sistem Suria.

10.2 Perkembangan dan Teknologi dalam Penerokaan Angkasa Lepas


Berkomunikasi tentang perkembangan dan aplikasi teknologi dalam penerokaan angkasa
lepas serta kepentingannya.
Mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas.

Praktis Sumatif 10
Jawab soalan yang berikut:
1. Rajah 1 menunjukkan teleskop angkasa Spitzer.

Rajah 1

Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan tandakan ( × ) bagi pernyataan yang salah
tentang teleskop angkasa Spitzer.
(a) Teleskop angkasa Spitzer terletak di permukaan Bumi.

(b) Teleskop angkasa Spitzer ‘mencerap’ lebih baik daripada teleskop biasa.

(c) Teleskop angkasa Spitzer digunakan untuk mengambil gambar foto


permukaan Bumi.

(d) Teleskop angkasa Spitzer digunakan sebagai alat penderiaan jauh.

278
Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas

2. Padankan model Sistem Suria dengan ahli astronomi yang membinanya.

Model Sistem Suria Ahli astronomi

(a) Bumi berada pada pusat Sistem


Suria dan Matahari beredar Copernicus
mengelilingi Bumi dalam orbit
yang membulat.
Kepler
(b) Matahari berada pada pusat
Sistem Suria dan Bumi beredar
mengelilingi Matahari dalam orbit Ptolemy
elips.

3. Bagaimanakah pengetahuan astronomi dapat diperoleh melalui kajian sains?

4. Mengapakah angkasawan tidak dihantar dengan menggunakan kuar angkasa?

5. Rajah 2 menunjukkan sebuah kuar angkasa yang dihantar ke planet Zuhal.

Rajah 2

(a) Apakah fungsi kuar angkasa ini?


(b) Nyatakan satu contoh fenomena yang berlaku di permukaan Matahari yang
berkemungkinan dapat merosakkan kuar angkasa.
(c) Nyatakan sumber tenaga yang digunakan oleh kuar angkasa.

6. Berikan dua contoh kegunaan teknologi penderiaan jauh dalam bidang yang berikut:
(a) Pertanian
(b) Geologi
(c) Pengurusan bencana
(d) Pertahanan

279
Fokus KBAT
K B AT
7. Rajah 3 menunjukkan sebuah roket.

Rajah 3

(a) Apakah roket?


(b) Apakah fungsi roket dalam penerokaan angkasa lepas?
(c) Terangkan satu penyalahgunaan roket dalam kehidupan harian kita.

8. Ahli astronomi telah berjaya menemukan tiga planet yang mengelilingi bintang
TRAPPIST-1 dan sesuai untuk didiami oleh semua hidupan Bumi.

Oleh sebab tiga planet itu terlalu jauh, sebuah kapal angkasa yang khas perlu direka untuk
memindahkan hidupan Bumi ke planet tersebut.

Anda dikehendaki untuk mereka bentuk satu model kapal angkasa dengan menggunakan
bahan yang berikut:

• Kadbod
• Pita selofan
• Kepingan plastik hitam
• Kerajang aluminium

280
Jawapan
Hanya jawapan terpilih disediakan di sini

BAB 1 Rangsangan dan Gerak Balas Hidrotropisme positif membolehkan akar


tumbuhan tumbuh ke kawasan berair supaya
Praktis Sumatif 1
akar dapat menyerap air untuk
1. (a) × (b)  (c) × (d) 
menjalankan fotosintesis.
2. P: Otak Q: Saraf tunjang R: Saraf periferi
3. (a) Perubahan saiz pupil pada mata.
(b) Keamatan cahaya yang masuk ke dalam mata. BAB 2 Respirasi
(c) Semakin rendah keamatan cahaya yang Praktis Sumatif 2
ditujukan kepada mata, semakin besar saiz 1. (a) Alveolus (c) Rongga hidung
pupil pada mata. (b) Bronkus
(d) Sewaktu gerhana matahari berlaku, sinar cahaya 2. P: Trakea
matahari yang terang memasuki ke dalam mata Q: Bronkus
dan merosakkan sel di retina. R: Alveolus
4. (a) Bunyi Cuping telinga Saraf telinga 3. (a)  (b)  (d) 
4. (a) lebih tinggi (b) lebih rendah
Gegendang telinga Tulang osikel 5. (a) Hemoglobin mengangkut oksigen dari alveolus
Jendela bujur Koklea ke sel badan.
(b) Oleh sebab oksihemoglobin adalah sebatian
Saraf auditori Otak. yang tidak stabil, oksihemoglobin mudah
(b) Cahaya Kornea Gelemair terurai kepada hemoglobin dan oksigen apabila
sampai ke sel badan supaya dapat meresap ke
Pupil Kanta mata Gelemaca dalam sel.
6. (a) Pada musim bunga, lebih banyak debunga
Retina Saraf optik Otak. dibebaskan daripada anter. Apabila Azura
5. (a) X: Reseptor sentuhan menyedut udara yang mengandungi
Y: Reseptor sakit debunga, risiko dia akan menghadapi
(b) Hujung jari lebih peka terhadap rangsangan serangan asma meningkat.
sentuhan berbanding tapak tangan. Hujung (b) Mana-mana tempat yang berjerebu dan
jari mempunyai lapisan epidermis yang lebih berdebu. Contoh: Kawasan perindustrian dan
nipis dan taburan reseptor sentuhan yang lebih tapak pembinaan.
padat berbanding dengan tapak tangan. Jerebu dan debu juga menyebabkan serangan
(c) Setuju. Lidah merupakan organ deria yang asma pada pesakit asma.
mempunyai reseptor yang dikenali sebagai 7. (a) Dinding setebal satu sel, permukaan yang
tunas rasa di permukaan lidah yang dilindungi lembap, luas permukaan yang besar dan
oleh epidermis kulit. jaringan kapilari yang padat.
6. (a) Deria bau dapat membantu kita dalam (b) (i) Asma
mengesan bahaya yang mungkin berlaku di Simptom: Sesak nafas
dalam makmal sains. Contohnya, kita dapat Sebabnya: Pembebasan mukus yang
mengesan kehadiran gas yang berbahaya keterlaluan pada permukaan alveolus
seperti klorin dan ammonia melalui bau. mengurangkan luas permukaan dan
(b) Anjing mempunyai deria bau yang sangat kadar pertukaran gas pada alveolus lalu
peka kerana mempunyai sel deria bau yang menyebabkan sesak nafas.
lebih banyak daripada manusia dan kebolehan (ii) Bronkitis
menganalisa bau yang lebih cekap daripada Simptom: Sering tercungap-cungap
manusia. Sebabnya: Radang bronkus dalam pesakit
7. (a) – Fototropisme positif bronkitis yang disebabkan oleh tar
– Hidrotropisme positif dan bahan perengsa dalam asap rokok
(b) Fototropisme positif memastikan pucuk dan mengurangkan kadar laluan udara dari
daun tumbuhan mendapat cahaya matahari hidung ke peparu melalui bronkus. Hal
yang mencukupi untuk membuat makanan ini menyebabkan pesakit bronkitis sering
melalui fotosintesis. tercungap-cungap.

281
(iii) Emfisema umur 18 tahun ke atas tetapi kurang
Simptom: Sesak nafas daripada 60 tahun. Dia juga memenuhi
Sebabnya: Alveolus dalam pesakit emfisema syarat jisim badan lebih 45 kg.
dirosakkan oleh bahan yang berbahaya (ii) Perempuan yang mengandung tidak sesuai
dalam udara seperti perengsa dalam asap menderma darah.
rokok. Oleh itu, luas permukaan pertukaran
gas pada alveolus dikurangkan dan BAB 4 Kereaktifan Logam
menyebabkan sesak nafas. Praktis Sumatif 4
8. – Tidak merokok 1. (a) Unsur: Ferum, Perak, Kalium, Timah, Berlian
– Menjauhi tempat dicemari oleh asap rokok Sebatian: Kuarza, Bauksit, Galena, Hematit, Kapur
supaya tidak menjadi perokok pasif (b) Bauksit, aluminium dan oksigen
– Bersenam dan pemilihan gaya hidup yang sihat 2. (a) Stanum(IV) oksida
(b) Karbon
BAB 3 Pengangkutan
(c) Stanum + oksigen → Stanum(IV) oksida
Praktis Sumatif 3 3. (b) 
1. (a) DENYUTAN (d) FLOEM (c) 
(b) TRANSPIRASI (e) JANTUNG 4. (a) Oksigen
(c) KAPILARI (f) ANTIGEN (b) Kalium dan natrium adalah logam yang
2. (a)  (b) × (c) × (d) × sangat reaktif. Parafin menghalang kalium dan
3. (a) Injap natrium bertindak balas dengan oksigen dan
(b) Mengangkut darah beroksigen wap air di udara.
(c) (i) Salur darah Q berdinding tebal untuk 5. (a) Oksigen
menahan tekanan darah yang tinggi. (b) Untuk membekalkan oksigen bagi tindak balas
(ii) Salur darah R berdinding setebal satu tersebut
sel untuk memudahkan pertukaran (c) Panaskan serbuk logam sehingga berbara
bahan antara darah dengan sel badan sebelum memanaskan kalium manganat(VII)
melalui resapan. untuk membekalkan oksigen bagi tindak balas
4. (a) Oksigen, karbon dioksida, air, makanan yang berkenaan
tercerna, bahan kumuh (d) Membina siri kereaktifan logam
(b) Oksigen, karbon dioksida, air
(c) Pada waktu siang, sel tumbuhan menjalankan
fotosintesis dan menghasilkan oksigen. Oleh
BAB 5 Termokimia
itu, sel tumbuhan tidak memerlukan bekalan Praktis Sumatif 5
oksigen, iaitu pengangkutan oksigen dari luar 1. (a) Tindak balas eksotermik
ke sel tidak diperlukan. (b) Tindak balas endotermik
5. (a) (i) dub (c) Tindak balas eksotermik
(ii) lub (d) Tindak balas endotermik
(iii) sistolik (e) Tindak balas eksotermik
(iv) diastolik (f) Tindak balas eksotermik
(b) Bacaan tekanan sistolik adalah lebih tinggi 2. (a) dibebas
daripada bacaan tekanan diastolik. Bacaan (b) meningkatkan
tekanan sistolik ialah bacaan tekanan darah (c) panas
yang lebih tinggi semasa ventrikel jantung (d) diserap
mengecut untuk memaksa darah keluar dari 3. (a) TERMOKIMIA
jantung lalu diedarkan ke seluruh badan. (b) FOTOSINTESIS
Bacaan tekanan diastolik ialah bacaan tekanan (c) RESPIRASI
darah yang lebih rendah semasa ventrikel (d) TERMOMETER
jantung mengendur lalu memudahkan darah (e) ENDOTERMIK
mengalir dari seluruh badan kembali ke (f) EKSOTERMIK
jantung. 4. Pemanasan kalsium karbonat ialah tindak balas
6. (a) (i) Eric, Roy endotermik. Haba diserap oleh tindak balas kimia
(ii) Mangsa tersebut akan mati. Hal ini yang berlaku semasa penguraian kalsium karbonat.
disebabkan oleh berlakunya 5. Tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium
penggumpalan darah. karbonat ialah tindak balas eksotermik manakala
(b) (i) Individu 2 tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium
Hal ini disebabkan dia memenuhi syarat hidrogen karbonat ialah tindak balas endotermik.
282
BAB 6 Elektrik dan Kemagnetan (b) Tenaga keupayaan kenyal =
1
Fx, dengan
Praktis Sumatif 6 2
F ialah daya mampatan atau regangan
1. (a) Benar
x ialah sesaran dari kedudukan keseimbangan
(b) Palsu 1
(c) Benar (c) Tenaga kinetik = mv2,
2
2. (a) Sumber tenaga tidak boleh baharu dengan m ialah jisim
(b) Sumber tenaga boleh baharu v ialah halaju
(c) Sumber tenaga boleh baharu
(d) Sumber tenaga boleh baharu
3. (a) Garis medan magnet dipotong BAB 8 Keradioaktifan
(b) Arus aruhan Praktis Sumatif 8
(c) LED bernyala. Arus yang teraruh mengalir 1. (a)  (b) × (c) 
melalui LED. Pengaliran arus melalui LED ini 2. Pereputan radioaktif adalah proses spontan di mana
menyebabkan LED bernyala. nukleus yang tidak stabil memancarkan sinaran
(d) Generator/Penjana radioaktif sehingga nukleus itu menjadi lebih stabil.
4. (a) Osiloskop sinar katod 3. Natrium-24 (Na-24)
(b) Bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan 4. 0 jam → 5.2 jam → 10.4 jam → 15.6 jam → 20.8 jam
32 g 16 g 8g 4g 2g
bagi arus terus dan arus ulang-alik.
Maka jisim Pa-234 yang tertinggal selepas 20.8 jam
(c) (i) Arus ulang-alik
ialah 2 g.
(ii) Arus terus
5. (a) Transformer injak turun
(b) Bilangan lilitan dalam gegelung primer adalah BAB 9 Cuaca Angkasa Lepas
lebih banyak daripada bilangan lilitan dalam Praktis Sumatif 9
gegelung sekunder. 1. A: Zon perolakan D: Zon radiasi
(c) Untuk mengurangkan arus pusar dan B: Kromosfera E: Teras
meningkatkan kecekapan transformer C: Fotosfera F: Korona
V N 2. 11 tahun
(d) Menggunakan rumus, p = p
Vs Ns 3. Tompok Matahari
4. – Telefon pintar (bimbit)
10 100
= – Internet
Vs 20
20 – Siaran TV
Voltan sekunder, Vs = 10 × – Sistem kedudukan global (GPS)
100
= 2V
BAB 10 Penerokaan Angkasa Lepas
BAB 7 Tenaga dan Kuasa Praktis Sumatif 10
Praktis Sumatif 7 1. (a) × (b)  (c) × (d) ×
1. (a) Tenaga yang dimiliki oleh objek disebabkan 2. (a) Ptolemy
oleh kedudukan atau keadaannya. (b) Kepler
(b) Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak. 3. Melalui hasil usaha manusia untuk memperoleh
2. (a) Nm penerangan yang rasional tentang objek dan fenomena
(b) Kerja dalam angkasa lepas berasaskan kemampuan akal.
(c) pegun 4. Kerana kuar angkasa dihantar ke angkasa lepas
(d) boleh yang jauh untuk tempoh masa yang panjang hingga
(e) pecutan berpuluh-puluh tahun.
3. (a) W = Fs 5. (a) Mengumpulkan maklumat tentang planet
= 5 kg × 10 m s–2 × 2 m Zuhal dan menghantarnya kembali ke Bumi.
= 100 J (b) Angin suria
(b) Tenaga yang digunakan kerja yang (c) Tenaga suria
=
oleh motor dilakukan
= 100 J
4. (a) Tenaga keupayaan graviti = mgh, Jawapan lengkap
dengan m ialah jisim objek untuk guru
g ialah pecutan graviti http://links.and l17.
h ialah ketinggian com/BT_Sains_283

283
Glosari
Angin suria Zarah dalam plasma seperti elektron, proton dan zarah alfa yang meletus daripada
Matahari ke angkasa lepas bergerak bersama-sama dengan kelajuan yang tinggi.

Arteri Sejenis salur darah yang mengangkut darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan.

Arus elektrik Kadar pengaliran cas elektrik melalui suatu konduktor.

Arus terus Arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja.

Arus ulang-alik Arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan.

Aurora Peragaan cahaya yang mempesonakan di langit apabila zarah gas yang bercas saling
bertindak balas dengan atom dan molekul dalam atmosfera Bumi.

Bangunan hijau Bangunan yang menggunakan konsep penjimatan penggunaan tenaga telah
berjaya menjimatkan kos penggunaan tenaga dan mengurangkan pembebasan karbon dioksida.

Cuaca angkasa lepas Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari (seperti semarak suria,
nyalaan suria, tompok Matahari dan lentingan jisim korona) dan di angkasa lepas (seperti angin
suria, ribut pancaran suria dan ribut geomagnet).

Denyutan nadi Dihasilkan oleh pengecutan dan pengenduran dinding arteri yang berotot.

Fius Seutas wayar halus yang pendek, mudah menjadi panas dan melebur apabila arus yang
mengalir melaluinya lebih besar daripada nilai fius tersebut.

Floem Komponen berkas vaskular yang mengangkut sukrosa yang terhasil semasa fotosintesis
ke bahagian lain tumbuhan.

Fototropisme Gerak balas terarah tumbuhan terhadap cahaya.

Generator Alat yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam bentuk arus teraruh.

Geotropisme Gerak balas terarah tumbuhan terhadap daya graviti.

Gerak balas nastik Gerak balas terhadap rangsangan seperti sentuhan tetapi tidak bergantung
pada arah rangsangan tersebut.

Hidrotropisme Gerak balas terarah tumbuhan terhadap air.

Ilusi optik Objek yang dilihat berbeza daripada keadaan sebenar.

Kapilari Sejenis salur darah yang menghubungkan arteri dengan vena.

Karboksihemoglobin Sebatian stabil yang terbentuk apabila karbon monoksida bergabung


secara kimia dengan hemoglobin.

Kecekapan tenaga Peratus tenaga input yang diubah kepada bentuk tenaga output yang
berfaedah.
284
Kerja Hasil darab daya dan sasaran dalam arah daya.

Kitaran suria Aktiviti tompok Matahari yang kelihatan wujud dan lenyap mengikut pusingan
11 tahun.

Kuar angkasa Kapal angkasa yang mengumpulkan maklumat dan menghantar maklumat
kembali ke Bumi.

Kuasa Kadar melakukan kerja.

Lentingan jisim korona Awan yang besar dan terdiri daripada plasma yang meletus daripada
Matahari dan kerap berlaku bersama dengan nyalaan suria yang besar dan kuat.

Magnetosfera Bumi Ruang dalam angkasa lepas yang meliputi Bumi di mana medan magnet
dalam magnetosfera Bumi adalah gabungan medan magnet Bumi dan medan magnet dalam
ruang di angkasa lepas.

Meter elektrik Alat untuk mengukur kuantiti tenaga elektrik yang digunakan.

Mineral Unsur atau sebatian pepejal yang wujud secara semula jadi dengan struktur hablur dan
komposisi kimia yang tertentu.

Model geosentrik Model Sistem Suria dengan Bumi pada pusat dan Matahari beredar
mengelilingi Bumi.

Model heliosentrik Model Sistem Suria dengan Matahari pada pusat dan Bumi serta planet lain
beredar mengelilingi Matahari.

Nilai fius Nilai maksimum arus yang dapat mengalir melalui fius tanpa menyebabkan wayar
fiusnya melebur.

Oksihemoglobin Sebatian tidak stabil yang terbentuk apabila oksigen bergabung secara kimia
dengan hemoglobin di dalam darah.

Osiloskop sinar katod (O.S.K.) Alat elektronik yang boleh digunakan untuk menunjukkan
perbezaan bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan bagi arus terus dan arus ulang-alik.

Pelembakan (gutasi) Proses kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui
hidatod yang terdapat pada pinggir daun.

Penderiaan jauh Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dari jarak jauh.

Pengekstrakan logam Proses untuk memperoleh sesuatu logam daripada bijihnya.

Perokok pasif Orang yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok daripada perokok
yang berdekatan.

Rabun dekat Sejenis kecacatan penglihatan yang menyebabkan objek dekat kelihatan kabur
kerana imej difokuskan di belakang retina.

Rabun jauh Sejenis kecacatan penglihatan yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur
kerana imej difokuskan di hadapan retina.
285
Semarak suria (prominen) Gelungan yang sangat besar atau lajur melengkung yang terdiri
daripada gas menyala di sebelah atas tompok Matahari.

Siri kereaktifan logam Susunan logam mengikut kereaktifannya terhadap oksigen.

Sumber tenaga boleh baharu Sumber tenaga yang boleh digantikan secara berterusan dan
tidak akan habis.

Sumber tenaga tidak boleh baharu Sumber tenaga yang tidak boleh diganti dan akan
habis digunakan.

Tenaga Keupayaan untuk melakukan kerja.

Tenaga kinetik Tenaga yang dimiliki oleh suatu objek berjisim yang bergerak.

Termokimia Kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia berlaku.

Tigmotropisme Gerak balas terarah tumbuhan terhadap sentuhan.

Tindakan luar kawal Tindakan yang berlaku secara serta-merta tanpa disedari atau difikirkan
terlebih dahulu. Tindakan luar kawal dikawal oleh medula oblongata.

Tindakan terkawal Tindakan yang disedari dan dilakukan mengikut kehendak seseorang.
Semua tindakan terkawal dikawal oleh otak.

Tompok Matahari Kawasan gelap yang kelihatan pada permukaan Matahari.

Transformer Alat mengubah voltan bagi arus ulang-alik (Va.u.).

Transpirasi Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara
secara penyejatan.

Tropisme Gerak balas terarah tumbuhan terhadap rangsangan seperti cahaya, air, graviti dan
sentuhan yang datang dari suatu arah.

Vena Sejenis salur darah yang mengangkut darah terdeoksigen dari seluruh badan ke jantung.

Voltan Tenaga elektrik yang digunakan untuk menggerakkan seunit cas elektrik melalui suatu
konduktor.

Xilem Komponen berkas vaskular yang mengangkut air dan garam mineral terlarut dari akar
ke daun.

286
Rujukan
Applin, D. (2012). Biology. Nelson Thornes.

Jones, M., & Jones, G. (2015). Biology Coursebook. United Kingdom: Cambridge University Press.

Williams, G. (2011). New Biology for You, UPDATED. Nelson Thornes

Burton, I.J. (2015). Cambridge O Level Biology Revision Guide, 2nd Revision. United Kingdom:
Cambridge University Press.

Hulme, P.G. (2013). Complete Chemistry for Cambridge. Oxford University Press.

Ryan, L. (2011). New Chemistry for You, UPDATED. Oxford.

Timberlake, K.C. (2018). Chemistry – An introduction to General, Organic and Biological Chemistry,
13th Edition. Pearson

Tho, L.H. (1996). PURE PHYSICS Modern Certificate Guides. Singapore: Oxford University Press.

Philpott, G., & Clifford, J. (2009). Longman Physics 11-14 (2009 edition). Longman, Pearson
Education Limited, Harlow, United Kingdom.

Tho, L.H. (1991). FIZIK Tingkatan 4 KBSM, Didika Sdn. Bhd.

Johnson, K. (2011). New Physics for You, UPDATED. Nelson Thornes

Schneider, S., & Arny, T. (2015). Pathways to Astronomy. Glencoe Science Mc-Graw Hill

Redfern, M. (2012). 50 ideas earth, Quercus Editions Ltd, London, U.K.

Baker, J. (2010). 50 ideas universe, Quercus Editions Ltd, London, U.K.

Tho, L.H., & Hasnah Abu Samah (2012). SAINS TINGKATAN 3. Sasbadi Sdn. Bhd.

Ooi, C. O., & Suzita Mohd Resa, & Supramaniam, U. (2012). SAINS TINGKATAN 3. Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Tho, L.H. (1990). Fakta Penting FIZIK MODEN SPM. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

287
Indeks
Alveolus 45 – 47, 53 – 58, 60, 64, Kapilari 54 – 56, 58, 64 – 65, 73, 79, Respirasi sel 45, 55 – 56, 58, 73
73 – 76 83 – 85, 88, 95, 113 – 114, 147
Salur darah 65, 81, 83 – 85, 88,
Angin suria 257, 259, 261 – 265, 267 Karboksihemoglobin 58
114 – 117
Antibodi 79, 98 – 99 Keradioaktifan 230 – 235, 237,
Saraf periferi 3 – 4, 40 – 41
Antigen 79, 98 – 99 239, 241, 243, 245, 247, 249,
Saraf tunjang 3 – 4, 8, 41
Arteri 79, 83, 85 – 91, 95, 250 – 253
Satelit 255, 269, 273, 275 – 277
113 – 114, 117 Kerak Bumi 123 – 125, 137, 142,
Sel pengawal 45, 68 – 70, 103
Arus aruhan 164, 166, 180 144
Semarak suria 257, 259 – 260, 263,
Arus terus 161, 166, 170 – 172, Kerja 60, 185, 207 – 219, 221 – 222,
265
203 – 204 227 – 228
Siri kereaktifan logam 121 – 123,
Arus ulang-alik 161, 170 – 172, Keseimbangan terma 147, 149
129, 132 – 137, 142 – 144, 145
177, 180, 184 – 186, 194, 199, Kitaran suria 257, 259, 264,
Sistem peredaran pulmonari 89
203 – 204 265 – 266
Sistem peredaran sistemik 89, 116
Astigmatisme 26, 27, 29 Korona 257 – 260, 263 – 266
Sistem saraf manusia 2, 4 – 5, 10,
Kromosfera 257 – 258, 265 – 266
Bahan radioaktif 159, 231, 40 – 42
Kuar angkasa 269, 275 – 277, 279
235 – 237, 243, 245, 248 – 251, Sumber tenaga boleh baharu 160,
Kuasa pengionan 231, 233, 240 –
252, 254 162 – 163, 176, 201, 203, 205
241, 246
Becquerel (Bq) 231, 233, 235, Sumber tenaga tidak boleh baharu
251 – 252 Lentingan jisim korona 257, 259 – 160, 162 – 163, 167, 176, 203, 205
Berkas vaskular 109, 112, 114 – 115 260, 263 –265
Teleskop angkasa lepas 269, 273
Liang stoma 68 – 70, 72 – 73, 103
Cuaca angkasa 255 – 259, 261, – 274
263 – 267 Magnetosfera 257, 261 – 263, 265 Tenaga keupayaan graviti 208 – 209,
Curie (Ci) 231 – 233, 235, 245, – 267 216 – 217, 221 – 223, 226 – 229
250 – 252 Mineral 33, 82, 109, 112, 114, Tenaga keupayaan kenyal 208 – 209,
122 – 126, 128, 135, 140, 218 – 219, 221 – 222, 224, 226
Dawai bumi 161, 188 – 192, 204
142 – 145, 254, 275 – 228
Efektor 3, 6, 8 Tenaga kinetik 208 – 209, 216,
Nyalaan suria 257, 259 – 260, 263
Elips 269, 271, 277, 279 220 – 223, 224, 225 – 229
– 265
Floem 68, 79, 81, 103, 109, 110 – 114 Teori Atom Dalton 231, 238 – 239
Oksihemoglobin 45, 55 – 56, 58,
Fotosfera 257 – 259, 265 – 266 Tigmotropisme 3, 34 – 35, 40
73, 76
Fototropisme 30 – 31, 33, 35, 40 Tindak balas eksotermik 147 – 149,
Osiloskop Sinar Katod (O.S.K.) 171
151 – 157
Gegelung primer 161, 177 – 180, – 172, 176
Tindak balas endotermik 146 –
182 – 183, 206 Pelembakan (gutasi) 79, 103 – 104 149, 151 – 157
Gegelung sekunder 161, 177 – 183, Pendengaran stereofonik 3, 37 – 38, Tindakan luar kawal 3, 6 – 10,
206 39, 40 40 – 41
Geokronologi 231, 247, 249 – 251 Penderiaan jauh 268 – 269, 275 – 279 Tindakan terkawal 3, 6 – 10,
Geosentrik 269 – 270 Pengekstrakan logam 122 – 123, 40 – 41
Geotropisme 3, 31 – 32, 34 – 35, 40 136 – 138, 140 – 141, 143, 145 Tompok Matahari 257, 259 – 260,
Gerak balas nastik 3, 30, 34 – 35, 40 Penggumpalan darah 98, 116 263 – 265
Heliosentrik 269 – 271 Penglihatan monokular 3, 36 – 37, 40 Transpirasi 78 – 79, 102 – 109, 112,
Hidrotropisme 3, 32 – 33, 35, 40 Penglihatan stereoskopik 3, 36 – 115, 119 – 120
Hukum Kepler 269, 271 38, 40 Tunas rasa 3, 15
Pereputan radioaktif 231, 234 –
Ilusi optik 3, 24, 29 Umami 15, 21 – 22
235, 252
Jantung 8, 10, 27, 55, 79 – 81, Perokok pasif 62 – 63 Vena 79, 83, 85 – 89, 95, 113 – 114
83 – 90, 93 – 95, 113 – 117, 119 Prinsip Keabadian Tenaga 208 – Xilem 68, 79, 81, 103, 109 – 110,
Kadar denyutan nadi 91 – 93, 95, 209, 222 – 223, 225 – 228 112 – 114
114 – 115, 119 Rangkaian Grid Nasional 161, Zon perolakan 257 – 259, 265 – 266
Kaedah emparan 96 184 – 186, 194, 203 Zon radiasi 257 – 258, 265 – 266

288
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan
bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya
kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Terima

Nombor Perolehan:

Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL


KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

RM 10.95
ISBN 978-983-77-0393-3

D SEKOLAH M
DAR EN
AN E
ST
M

NG
U

AH
UL
KURIK
FT073001

IA
YS
LA
EM
K EN MA
N
TER KA
I A N P E N DIDI

You might also like