You are on page 1of 15

EAD 5010

(SCHOOL MANAGEMENT)

Section 1

Second Assignment (Individual):


INNOVATION AT SCHOOL

Title:
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Name:
SURIA BINTI IBRAHIM

Matrix Number:
GS64740

Lecturer:
DATIN ROSNANI BINTI JUSOH
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

1.0 PENGENALAN

Inovasi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memudahkan kehidupan dengan

menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih baik. Pelbagai program telah

dirangka dan dilaksanakan bagi membudayakan inovasi di peringkat sektor awam termasuk

sektor pendidikan. Pendidikan abad ke-21 menuntut guru untuk sentiasa bersedia menerima

perubahan seperti berfikir secara kritis, kolaborasi dan kreatif dalam meningkatkan

keberkesanan di sekolah. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2035 yang memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang boleh

berdaya saing dengan peringkat global.

Malaysia kini berada dalam gelombang ketiga PPPM (2021-2025) iaitu Revolusi Industri

4.0 atau dikenali sebagai Revolusi Digital yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi

untuk meningkatkan kualiti standard perkhidmatan. Situasi pandemik akibat COVID-19 telah

memberi ruang yang sangat besar kepada pembudayaan inovasi berfokuskan digital dan

teknologi terutama pembelajaran digital.

Selain memberi kesan terhadap murid, guru dan ibu bapa, pentadbir sekolah juga turut

terkesan dengan perubahan untuk menguruskan pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Segala

polisi dan peraturan baharu perlu dipatuhi dan dilaksanakan mengikut corak dan gaya yang

yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penggunaan sumber berasaskan

talian internet dan sumber digital sangat diperlukan dalam meneruskan pengajaran dan

pembelajaran secara alam maya. Penggunaan internet, big data, pangkalan data awan (cloud

computing) sudah semestinya mengubah corak kehidupan manusia terutama golongan

pendidik dalam mengharungi dunia globalisasi. Jelas bahawa inisiatif melalui inovasi

pendidikan perlu dilakukan untuk memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 dapat dijayakan.

1
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

2.0 PENGENALAN INOVASI:

ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi

tumpuan kepada perkembangan emosi diri secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang

seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum yang berteraskan kepada

Falsafah Pendidikan Malaysia akan membentuk perkembangan murid secara menyeluruh

meliputi dimensi instrumental / sosial dan dimensi intrinsik. Kajian Ornstein (1987)

menyatakan bahawa kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan

sesebuah sekolah atau institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan.

Dalam gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

2015, dashboard dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kemudian

dashboard ini didominasi oleh oleh Jabatan Pendidikan (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) dalam gelombang kedua PPPM (2016-2020). Kini, dalam gelombang ketiga PPPM

(2020-2025), dashboard mula dikuasai oleh pihak sekolah.

Inovasi yang dicipta adalah berfokuskan data sekolah. One Stop Centre: Kurikulum atau

pusat data sehenti Kurikulum SMK Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan adalah suatu

inovasi platform digital yang dibangunkan pada awal bulan September 2021 ketika Malaysia

menghadapi krisis wabak COVID-19. Pembinaan dashboard e-Kurikulum ini mengadaptasi

kerangka Electronic Document Management System (EDMS) di mana dokumen disusun secara

sistematik serta mudah diakses semula. Mahmood dan Okumus (2017) menyatakan bahawa

dokumen portfolio elektronik disimpan berkonsepkan sistem pengurusan dokumen digital atau

Digital Document Management System (DDMS) yang juga dikenali sebagai EDMS boleh

menjadi koleksi folder rangkaian atau banyak lagi bentuk dokumen yang kompleks untuk

tujuan pengurusan dokumen. Mahmood dan Okumus (2017) juga menyatakan bahawa

dashboard yang dibina dapat digunakan oleh pengguna untuk menyemak semua dokumen

2
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

yang boleh dilihat atau tidak, fail yang dicipta atau pun fail yang diterima. Sprehe (2004)

menunjukkan bahawa kerangka EDMS mengandungi kitaran mendapatkan bahan,

mengindeks, menyimpan, mendapatkan semula dan aliran kerja seperti ditunjukkan dalam

Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka EDMS

3.0 OBJEKTIF INOVASI

3.1 Meninjau kebergunaan dan kemudahgunaan sistem One Stop Centre: Kurikulum.

3.2 Mengenal pasti sejauh mana persepsi guru terhadap penggunaan One Stop

Centre: Kurikulum sebagai platform pengorganisasian maklumat.

3
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

4.0 STRATEGI DAN PROSEDUR PELAKSANAAN INOVASI

Strategi pelaksanaan inovasi ini melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak di

sekolah terutama pihak pentadbir, pemimpin pertengahan dan guru. Prosedur pelaksanaan

projek inovasi One Stop Centre: Kurikulum ini dijalankan secara sistematik bagi

menghasilkan inovasi yang berjaya dengan melaksanakan lima perkara berikut iaitu:

4.1 Tinjauan awal masalah

4.2 Analisis Tinjauan Masalah

4.3 Tindakan yang dijalankan

4.4 Pelaksanaan inovasi

4.5 Refleksi akhir

4.1 Tinjauan awal masalah

Kini, terlalu banyak data sekolah yang perlu difikirkan oleh guru untuk

dianalisis dengan tepat, dikategorikan, diasingkan, dan diagihkan. Ketika Malaysia

mengalami pandemik wabak COVID-19, berlaku limitasi pergerakan dalam tempoh

pelaksanaan Perintah Kawalan (PKP) bagi mengelakkan penularan virus tersebut.

Tiada pertemuan fizikal dibenarkan termasuklah sistem persekolahan. Dokumen

kurikulum tidak dapat diakses secara fizikal kerana pelaksanaan PKP ini. Keadaan ini

menyukarkan pihak berkepentingan di sekolah terutama pihak pentadbir sekolah untuk

mengakses segala dokumen berkaitan kurikulum. Ketiadaan satu platform digital yang

tersusun menyebabkan maklumat dan bahan kurikulum tidak dapat diperolehi dalam

masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, sekolah tiada satu pusat setempat secara

digital untuk menempatkan dokumen kurikulum menyebabkan pengaksesan data-data

penting tidak dapat dilakukan.

4
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

4.2 Analisis tinjauan masalah

Pengurusan data yang baik meningkatkan keberkesanan pengurusan dan

pentadbiran sekolah. Situasi pandemik akibat COVID-19 telah memberi ruang yang sangat

besar kepada pembudayaan inovasi berfokuskan digital dan teknologi. Pentadbir dan guru

telah beradaptasi dengan baik terhadap perubahan yang berlaku termasuklah kemahiran

menggunakan digital dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, hasil

daripada keprihatinan pihak sekolah, satu inovasi berbentuk digital telah dilakukan oleh

SMK Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan iaitu One Stop Centre: Kurikulum. Dokumen

daripada pusat sehenti data ini dapat diakses secara maya menggunakan peranti komputer

atau melalui telefon bimbit selari dengan situasi semasa pandemik yang tidak

membenarkan pertemuan fizikal dilakukan.

4.3 Tindakan yang dijalankan

Kajian terhadap inovasi One Stop Centre: Kurikulum telah dijalankan oleh

pihak sekolah. Kajian ini merupakan kajian deskriptif kaedah tinjauan. Responden guru

seramai 30 orang guru yang terdiri daripada 27 responden guru wanita dan 3 responden

guru lelaki. Respon guru diperolehi melalui instrumen borang soal selidik

menggunakan Google Form. Item-item yang ditadbir bertujuan melihat kebergunaan

dan kemudahgunaan model TAM. Soal selidik mengandungi 12 item dengan skala

Likert daripada 1 (paling kurang bersetuju) hingga 5 (paling bersetuju) dengan satu

item respons terbuka ditadbir pada awal Oktober 2021 iaitu 1 bulan selepas pembinaan

tapak dashboard e-kurikulum. Analisis deskriptif melibatkan peratus, min dan sisihan

piawai turut dijalankan.

5
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

4.4 Pelaksanaan inovasi:

ONE STOP CENTRE: KURIKULUM


SMK TAMAN SEMARAK, NILAI NEGERI SEMBILAN

Arkitektur dashboard e-Kurikulum mengikut DDMS bermula dengan pengurusan

dokumen, penstoran dokumen dan pemerolehan serta perkongsian semula dokumen

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Pembinaan dashboard ini mendasari model

pembinaan e-portfolio DDMS yang mempunyai bahagian dan sub-sub bahagian

dipaparkan dan disusun secara teratur. Antara bahagian yang direka dalam dashboard e-

Kurikulum ialah pengurusan mata pelajaran mengikut bidang, pengurusan penilaian

murid, ketetapan pelaksanaan kurikulum, aplikasi sistem dan bahan rujukan seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 2 (Aktitektur dashboard e-Kurikulum)

6
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Rajah 3 (Dashboard e-Kurikulum One Stop Centre)

7
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Terdapat empat perkara yang diberi penekanan dalam menghasilkan inovasi One

Stop Centre: Kurikulum Pertama ialah penggunaan google account sama ada akaun Delima

yang dibekalkan kepada semua guru, akaun delima sekolah atau akaun google peribadi.

Yang kedua, sekolah juga boleh menggunakan sites domain iaitu melanggan google domain

melalui laman web www.domain.google. Sekolah boleh membeli domain dengan harga

RM50 setahun untuk mendapatkan site sendiri. Contohnya ialah smktamansemarak.com.

Yang ketiga ialah google drive di mana ianya adalah tempat simpanan semua dokumen sama

ada dalam bentuk Microsoft Word, Microsoft Excel atau Microsoft Powerpoint. Dokumen

yang diperlukan untuk membuat google site dashboard e- Kurikulum perlu dimuat naik ke

dalam google drive.

4.5 Refleksi akhir:

Dapatan kajian menunjukkan dalam tempoh 30 hari, kekerapan lebih daripada tiga

kali dalam seminggu responden mengakses dashboard e-kurikulum bagi tujuan

pemerolehan maklumat merupakan kekerapan paling tinggi iaitu seramai 17 orang seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Manakala tahap kebergunaan dan kemudahgunaan

dashboard e-Kurikulum ditunjukkan seperti dalam Jadual 3.

8
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Kekerapan penggunaan dashboard e-kurikulum dalam seminggu dalam


tempoh sebulan
(12 September hingga 12 November 2021)
18 17

16

14

12

10
8
8

6
4
4

2 1

0
Satu kali Dua kali Tiga kali Lebih daripada tiga kali

Rajah 4

(Kekerapan penggunaan dashboard e-kurikulum dalam seminggu untuk tempoh 1 bulan)

Jadual 3 (Tahap kebergunaan dan kemudahgunaan dashboard e-Kurikulum)

9
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Kajian akan datang dicadangkan diteruskan dengan bilangan sampel tinjauan

ditingkatkan. Kajian seterusnya bagi melihat penerimaan responden selepas 6 bulan atau

satu tahun penggunaan sistem ini. Selain daripada itu, kajian boleh diperkayakan dengan

data pemerhatian dan temu bual.

5.0 KEBERKESANAN INOVASI

Pengetua atau guru besar sebagai pentadbir adalah kunci kepada perubahan sekolah.

Pentadbir sekolah sebagai data based learner perlu bijak menganalisis keseluruhan data

sekolah agar dapat membangunkan sekolah mengikut potensi yang dikesan. Pentadbir sekolah

bersama-sama pemimpin pertengahan seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia

mengawal dan mengesahkan pengurusan data daripada One Stop Centre: Kurikulum yang

dicipta adalah tepat dan sentiasa dalam kemas kini. Data perlu dikemaskini dari masa ke semasa

mengikut kitaran PDCA Deming iaitu plan (P), do (D), check (C) dan action (A). Data

kemudiannya dianalisis untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan mengikut bidang

bagi jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan.

Dashboard e-Kurikulum mudah untuk diakses oleh semua ahli organisasi sekolah

termasuklah pihak berkepentingan seperti Pejabat Pendidikan Daerah Rembau (PPD), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Jemah Nazir daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pentadbir sekolah juga mudah untuk mendapatkan data yang tepat daripada pusat data sehenti

ini sekiranya dilawati oleh KPM, Jemaah Nazir, JPN dan PPD. Selain itu, pengetua juga mudah

untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada ibu bapa.

Selain itu, dashboard e-Kurikulum mudah untuk diakses di mana sahaja dan bila-bila masa

melalui peranti komputer atau melalui telefon bimbit. Guru yang terlibat dalam mesyuarat atau

kursus dapat memuat turun maklumat daripada pusat sehenti ini dengan sangat mudah tanpa

perlu membawa dokumen secara fizikal. Contohnya seperti panggilan mesyuarat, minit

10
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

mesyuarat, minit curai, contoh kertas kerja, data peperiksaaan, post mortem, Cocostar, data

PBS, pautan laporan program dan pautan maklum balas perkhidmatan.

Penggunaan dashboard e-Kurikulum One Stop Centre ini dapat membantu mengurangkan

penggunaan kertas dalam penyebaran hebahan, maklumat kurikulum dan data peperiksaan

kepada semua guru. Semua pemakluman berkaitan kurikulum seperti takwin persekolahan,

jadual peperiksaan, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, minit curai, kertas kerja

program, koleksi post mortem peperiksaan mengikut mata pelajaran, data peperiksaan dan

pentaksiran dalam bilik darjah (PBD), Cocostar dan Headcount.

Penggunaan dashboard e-Kurikulum juga dapat menyimpan dokumen dan evidens

program sekolah dengan lebih selamat. Contohnya seperti foto formal semua ahli organisasi

dan juga gambar program kurikulum boleh dimuat naik oleh admin dan dimuat turun oleh

semua guru untuk kegunaan dokumentasi dan juga boleh digunakan untuk pembinaan buku

program bagi aktiviti sekolah. Dokumentasi dan evidens juga sangat mudah diakses dengan

menggunakan email MOE.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kekangan masa adalah salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru admin atau guru yang

dipertanggungjawabkan terhadap One Stop Centre: Kurikulum ini. Admin perlu sentiasa

memastikan semua data dashboard e-kurikulum dikemas kini. Keadaan ini memerlukan

sokongan motivasi daripada pengetua atau guru besar sebagai pentadbir. Komunikasi berkesan

dalam pembahagian tugas dan penerangan kerja perlu dilaksanakan dengan sistematik bagi

mengelakkan bebanan tugas akibat pembahagian tugas yang tidak seimbang.

Sebaiknya guru admin yang dilantik haruslah lebih daripada seorang. Ini memudahkan

admin untuk melakukan perbincangan dan pertukaran idea serta pendapat bersama-sama rakan

admin. Ini adalah kerana data kurikulum boleh diklasifikasikan sebagai data yang banyak dan

11
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

sentiasa memerlukan pengemaskinian dari masa ke semasa. Guru admin boleh dipilihdalam

kalangan ketua panitia, setiausaha kurikulum atau pun setiausaha peperiksaan. Guru admin

juga perlu diberi kepercayaan dan kuasa untuk mencipta dashboard One Stop Centre e

Kurikulum mengikut kreativitinya. Ini secara tidak langsung memberikan motivasi dan

keseronokan kepada admin untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi walaupun ianya

memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Pengetua atau guru besar dan penolong kanan akademik perlu bijak sebagai data based

learner iaitu mampu menganalisis dan mengintrepetasikan data daripada dashboard e-

kurikulum dengan sistematik. Program akademik bagi bidang masing-masing dapat dirancang

dengan baik berdasarkan data yang tepat seterusnya mampu melaksanakan, menyemak

keberkesanan dan melakukan penambah baikan berterusan terhadap program yang telah

dijalankan. Maka keberkesanan kurikulum di sekolah dapat dicapai dengan pelaksanaan P-D-

C-A. Secara tidak langsung, pengetua atau guru besar dan guru penolong kanan akademik akan

mempunyai pengetahuan yang baik terhadap data sekolah dan kemahiran ICT yang kukuh

dalam meningkatkan kejayaan sekolah.

One Stop Centre: Kurikulum adalah sulit untuk dikongsikan kepada orang awam untuk

mengelakkan salah guna kuasa. Pusat data sehenti ini bukan seperti blog yang boleh diakses

oleh sesiapa sahaja. Pusat data sehenti ini perlu menggunakan email MOE untuk mengakses

dashboard e-Kurikulum bagi tujuan keselamatan. Namun begitu, penambahbaikan dari segi

perkongsian kepada ibu bapa terhadap beberapa paparan seperti carta organisasi sekolah,

takwim persekolahan, jadual peperiksaan, jadual kelas tambahan, surat panggilan perjumpaan

tiga penjuru, dan hebahan tentang program akademik di sekolah dibuat untuk memudahkan

ibu bapa mendapatkan maklumat secara terus melalui One Stop Centre: Kurikulum. Paparan

ini boleh diakses tanpa memerlukan email untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

12
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

Guru yang dipertanggunjawabkan sebagai admin One Stop Centre: Kurikulum haruslah

dipilih dalam kalangan guru yang mahir dan cekap dalam ICT agar pengurusan dan

pengemaskinian dashboard e-Kurikulum dapat dibuat dengan pantas.

Gambar-gambar program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah perlu dimuat naik ke

dalam One Stop Centre: Kurikulum. Sijil-sijil penganugerahan yang dikeluarkan dan diterima

oleh pihak sekolah juga perlu di muat naik ke dalam pusat data sehenti ini bagi tujuan

perekodan evidens dan rujukan kepada pihak berkepentingan seperti PPD, JPN dan KPM.

One Stop Centre: Kurikulum ini perlu diperluaskan kepada Unit Kokurikulum dan Unit

Hal Ehwal Murid bagi tujuan memperkukuhkan pengurusan data sekolah secara menyeluruh.

Pautan aplikasi yang kerap digunakan oleh pihak sekolah juga perlu ditambah ke dalam

One Stop Centre: Kurikulum. Contohnya seperti SAPS, SKPMg2, SSDM, SPLKPM, SPPAT,

APDM dan EMIS. Ini bertujuan untuk memudahkan guru dan menjimatkan masa guru dalam

mencari dan mengakses pautan tersebut.

7.0 KESIMPULAN

Dashboard e-kurikulum direka bentuk untuk memenuhi keperluan unit kurikulum.

Struktur pautan adalah berkaitan dengan unit-unit ini sahaja dan disusun mengikut aspek di

dalam SKPMg2. Selain daripada platform penstoran dokumen, One Stop Centre: Kurikulum

berperanan sebagai lokasi penyimpanan evidens bagi tujuan pengauditan. Struktur Dashboard

e-kurikulum harus berfungsi mengakses maklumat dengan mudah. Ciri mesra pengguna seperti

dashboard kepada analisis markah pentaksiran, senarai ID DELIMA murid dan guru mudah

diakses. Selain daripada maklumat mudah diakses, email yang digunakan bagi mengakses

Dashboard e-kurikulum dihadkan hanya kepada pengguna domain sekolah sahaja. Ini adalah

bagi memastikan kerahsiaan data dan maklumat dijaga. One Stop Centre: Kurikulum juga

13
ONE STOP CENTRE: KURIKULUM

dapat memandu pengurusan dan pengauditan pentadbiran yang lebih mudah dan teratur bagi

unit kurikulum khasnya di masa akan datang.

One Stop Centre: Kurikulum yang masih baharu ini telah dapat membantu guru-guru di

sekolah ini mengakses maklumat kurikulum. Tidak boleh dinafikan bahawa kehadiran

teknologi di era pandemik telah membuka jalan dan mudahkan urusan pengurusan dan

pengauditan dokumen. Akhirnya, perlu untuk guru-guru terus memanfaatkan platform ini bagi

meningkatkan profesionalisme guru terutamanya dari segi kemahiran pengurusan maklumat.

14

You might also like