You are on page 1of 4

Teks Ucapan Pengacara Majlis Persaraan

Hari yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
BismilLahirrahmanirrahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat
Yang Dihormati
Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil
Pn. Hjh. Zabidah binti Ibrahim
Ketua-ketua Penolong Setiausaha
Yang Diraikan
Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Seterusnya
Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis Persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Saudara Mas Al Hafiz bin Samsir, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. ---Q--Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara Mas AlHafiz bin Samsir atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin
Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat.
Dipersilakan. ---Q--Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan
Yaacob, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh
Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Kak
Ku sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Pengurusan Maklumat
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan. ---Q--Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad ---Q--Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena

persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Mudah-mudahan ianya dapat


menggamit kenangan-kenangan manis kita selama berkhidmat bersama-sama
dengan Kak Ku. ---Q--Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan
Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil, Timbalan Setiausaha
Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, untuk mengiringi Tn. Hj. Wan Yusoff
bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Ku
Pisah Ku Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ---Q--Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Ku Pisah Ku Ahmad
untuk menerima cenderamata yang tidak seberapa tanda penghargaan daripada
seluruh warga BPM. Dipersilakan. ---Q--Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk
Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku
Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn.
Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para
hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan,
seterusnya menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku
Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku kerana sudi
untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
selepas persaraan.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like