You are on page 1of 5

MINIT CURAI

PERKARA : TAKLIMAT RINGKAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH


TARIKH : 12 JANUARI 2017 (KHAMIS)
MASA : 07:20 PAGI - 07:40 PAGI
TEMPAT : RUANG REHAT KANTIN SK SG RENGIT

BIL KETERANGAN CATATAN /


TINDAKAN

OLEH : PUAN ZAHARAH BINTI AWANG (GURU BESAR SK SG


RENGIT)
1
Penyelaras
Bilik-bilik khas
Bilik-bilik
1.1. Hasil pemantauan selepas tempoh dua minggu yang
Khas
diberi, masih terdapat beberapa buah bilik khas
yang belum diuruskan dengan baik.
1.2. Mohon kerjasama daripada penyelaras bilik-bilik
khas yang berkenaan agar dapat mengurus dan
menceriakan bilik dengan segera kerana mulai minggu
ketiga bilik-bilik khas hendaklah boleh beroperasi
dan digunakan oleh murid-murid.

2 Bilik darjah
Guru Kelas
2.1. Dapatan daripada pemantauan yang dibuat, bilik
dan Guru
darjah dalam keadaan kotor, kurang ceria dan tidak
Aliran
diurus dengan baik.
2.2. Semua guru berperanan membentuk nilai positif
dalam diri murid seperti mementingkan kebersihan
kelas. Minta murid untuk membersihkan kelas dan
meletakkan sampah di luar kelas bagi membolehkan
pekerja mengutip sampah.
2.3. Kelas yang ceria menjamin kehadiran murid dan
menarik minat murid untuk belajar.

3 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Rancangan


Semua Guru
Pengajaran Tahunan (RPT)
3.1. Semua guru diminta menghantar RPT dan RPH pada
hari ini (12hb Januari) untuk ditandatangani oleh
guru besar. Pastikan semua maklumat yang diperlukan
di dalam buku rekod mengajar telah lengkap diisi
termasuk item di bahagian belakang buku.
3.2. RPH dan RPT hendaklah dibawa masuk ke dalam bilik
darjah setiap kali waktu PdP.
3.3. Bahagian aktiviti guru dan pertemua /
perbincangan profesional hendaklah sentiasa
dikemaskini dan lengkap sepanjang tahun.

4 Learning Walk
Semua Guru
4.1. Instrumen pemantauan mengikut bulan akan ditampal
di papan kenyataan berhampiran tangga naik ke
pejabat sebagai rujukan guru.
4.2. Item pemantauan bagi bulan Januari :
i. Keberadaan guru di dalam bilik darjah sewaktu
PdP
ii. PdP hari pertama dijalankan seperti yang
dirancang
iii. Penulisan RPH untuk hari pertama persekolahan
iv. Kehadiran guru sebelum jam 07:20pagi setiap
hari
v. Latihan bertulis murid
vi. Rekod mengajar disiapkan 100%
vii. Penghantaran buku rekod mengajar pada setiap
hari Khamis
4.3. Hasil dari pemantauan Learning Walk akan
dibentang dalam dialog prestasi sekolah pada setiap
hujung bulan.
BIL KETERANGAN CATATAN /
TINDAKAN

OLEH : ENCIK HASLIN BIN HASBOLLAH (GPK PENTADBIRAN DAN


KURIKULUM)
1
Semua Guru
Kehadiran guru
1.1. Hadir awal sebelum pukul 07:20pagi kerana program
perhimpunan ilmu perlu berjalan tepat pukul
07:20pagi.
1.2. Elakkan program bermula lewat kerana masa
perhimpunan ilmu adalah terhad. Gunakan dengan
sebaik-baiknya untuk menjamin hasil yang
membanggakan.
2 Etika berpakaian
Semua Guru
2.1. Rujuk pekeliling berkaitan etika berpakaian guru.
2.2. Etika berpakaian turut menjadi salah satu item
yang dinilai dan boleh menyebabkan markah
pemantauan berkurangan sekiranya guru tidak
mematuhi peraturan yang telah termaktub di dalam
pekeliling.
2.3. Contohnya pemakaian tanda nama, pemakaian baju
melayu mestilah lengkap serta baju korporat adalah
tidak dibenarkan.

3 Perancangan strategik
Ketua Panitia
3.1. Pelan taktikal dan pelan operasi hendaklah
diserahkan pada hari ini, Khamis (12 Januari)
3.2. Satu salinan hendaklah dimasukkan ke dalam fail
panitia masing-masing

4 Minit curai
Semua Guru
4.1. Mana-mana guru yang pergi mesyuarat atau taklimat
hendaklah menghantar minit curai (bertaip) selewat-
lewatnya tiga hari selepas menghadiri mesyuarat.
4.2. Format minit curai boleh didownload dari komputer
pejabat.

5 Papan kenyataan hendaklah dikemaskini secepat mungkin. S/U & Ketua


Panitia

OLEH : PUAN NORHASNITA BINTI JUSOH (GPK HEM)


Semua Guru
1 Dapatan dari taklimat HEM (Isnin 9/1/2017)
1.1. Pengurusan fail tidak seragam, tidak
bersistematik dan tidak sempurna
1.2. Pengurusan buku stok hendaklah sentiasa
dikemaskini
1.3. Pengurusan stor - barang hendaklah disusun dengan
kemas dan dilabelkan
1.4. Keselamatan kemudahan dan peralatan hendaklah
diperiksa dari semasa ke semasa untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku.
1.5. Pengurusan kewangan - belanja mengurus diurus
dengan baik
1.6. Setiap program atau aktiviti yag dijalankan
hendaklah didokumentasikan dan laporan perlu ada
“disediakan, disemak dan ditandatangani”
1.7. Papan kenyataan hendaklah sentiasa dikemaskini
dan ditukar-tukar maklumatnya
1.8. Pengurusan fail hendaklah mengikut sistem arkib
1.9. Segala rekod / data hendaklah dikemaskini dan
mudah diakses jika diperlukan
1.10. Buku laporan perhimpunan mesti dikemaskini

BIL KENYATAAN CATATAN /


TINDAKAN
1.11. Kelab Pencegahan Jenayah tidak berfungsi.
Semua Guru
Mulai tahun ini, aktiviti KPJ perlu dijalankan dan
boleh bergabung dan unit ko-kurikulum.
1.12. Cuti peristiwa boleh diambil oleh pihak
sekolah dengan syarat tidak menjejaskan jumlah
minimum hari persekolahan sebayak 190 hari.
1.13. Keselamatan murid perlu menjadi keutamaan
sepanjang sesi persekolahan

2 Perhimpunan Rasmi Negara


Unit Disiplin
2.1. Diadakan serentak seluruh negara pada 5 Februari
Sekolah
2017 (Ahad) atau 6 Februari 2017 (Isnin)
2.2. Dirasmikan oleh Ketua Balai, Balai Polis Sungai
Rengit
2.3. Melancarkan Peti Aduan Disiplin

3 Perancangan Strategik Unit HEM hendaklah dihantar Penyelaras


selewat-lewatnya 26 Januari 2017. Unit HEM

OLEH : PUAN JUNAIDAH BINTI SULAIMAN (GPK KO-KURIKULUM)


1 Laporan Ko-kurikulum
Guru
1.1. Ditulis pada setiap kali perjumpaan
Penasihat
1.2. Dihantar kepada GPK Ko-kurikulum sekali sebulan
untuk pengesahan
HAL-HAL LAIN
Semua Guru
i. Mohon guru kelas mengambil borang untuk pemohonan
murid tercicir bantuan RMT
ii. Dasar Kelayakan PGK Nasional bagi bantuan RMT
adalah pendapatan RM580 ke bawah atau pendapatan
per kapita RM140.
iii. Jumlah pendapatan hanya mengambil kira pendapatan
penjaga pertama sahaja.
iv. Fokus pemantauan pihak PPD Kota Tinggi adalah
pengurusan fail panitia. Pastikan semua fail
dikemaskini dan lengkap. Maklumat 3 tahun ke
belakang hendaklah disimpan di tempat yang selamat
dan mudah diakses apabila diminta
v. Sentiasa merujuk kepada OPPM yang telah dibuat agar
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut
jadual.

Disediakan oleh, Disahkan


oleh,

................................................
..................................................
(UMAI SARAH BINTI ABDUL SHUKOR)
Setiausaha Unit HEM
SK Sungai Rengit

You might also like