You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

PROJEK INTERVENSI
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

Nama Projek Intervensi 1:


Lets Rock Pak 21

Nama Projek Intervensi 2:


Zero To Hero

Disediakan oleh,

Nama Peserta: Ranjeet Kumar A/L Nadesan

Kelas: SRBE 1

IAB Induk/Cawangan: Institut Aminuddin Baki,Bandar Enstek


1.0 Pengenalan

SJKT Ladang Segamat terletak di luar bandar Segamat.Sekolahnya bergred SKM


dimana gurunya terdiri daripada 10 orang guru dan muridnya seramai 45 orang belajar di
situ. Sekolah SJKT Ladang Segamat mempunyai barisan pentadbir yang berpengalaman
dan berupaya berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik dalam menentukan hala tuju
organisasi sekolah yang cemerlang.Barisan pentadbirnya terdiri daripada guru besar yang
bernama Pn.Santhakumari,Pk pentadbiran adalah Pn.Komathi ,PK hemnya ialah Pn Prema
dan PK kokurikulum ialah Pn.Sujutha. Selain daripada itu, guru-gurunya juga merupakan
tenaga penggerak yang berupaya menerima dan memacu perubahan dan anjakan di dalam
organisasi sekolah. Sekolah ini telah terpilih sebagai sekolah TS25 kohort 3 pada tahun
lepas. Namun begitu saya telah mengenalpasti terdapat beberapa masalah yang dihadapi
oleh pihak sekolah.
Antara masalah yang dikenal pasti dalam pengamalan persekitaran
pembelajaran ialah guru tidak kompeten dalam melaksanakan pdpc pak 21 dalam kelas
.Masalah ini akan menyebabkan pdpc guru itu tidak menarik dan akan menyebabkan
prestasi murid di dalam kelas akan merosot pada hari ke hari. Oleh itu, saya memilih isu ini
supaya dapat memantapkan dan meningkatkan kompeten guru dan seterusnya kualiti guru
dapat ditingkatkan.
Masalah seterusnya berkenaan dengan bidang kokurikulum,dimana rata-rata
guru tidak mempunyai kemahiran asas olahraga dan ini menyebabkan prestasi olahraga di
sekolah tidak menonjol.Mengikut data sekolah tahun 2022 hanya satu orang murid sahaja
layak mewakili permainan olahraga ke peringkat MSSD yang akan diadakan pada minggu
hadapan. Justeru itu, pihak sekolah perlu mencari inisiatif untuk menangani isu tersebut.
Bagi mengatasi isu-isu yang berlaku di SJKT Ladang Segamat, saya selaku
peserta perantisan telah merangka beberapa projek intervensi. Projek yang pertamanya adalah
projek yang direka untuk mengatasi masalah dikalangan guru iaitu program memperkasakan
Pak 21.Melalui program ini guru dapat diterapkan dengan pelbagai kemahiran –kemahiran alaf
21 seperti kemahiran kolaboratif,pemikiran kritis,komunikasi dan pemikiran kreatif.Di akhir
program ini guru akan memahami dengan jelasnya penggunaan Pak 21,dan elemen –elemen
yang penting diamalkan di dalam kelas
Manakala program yang keduanya ialah dalam bidang kokurikulum iaitu kursus
kemahiran asas permainan olahraga di kalangan guru di sekolah tersebut.Isu ini telah dipilih
disebabkan kurangnya kemahiran asas permainan olahraga di kalangan guru dan pencapaian
murid dalam permainan olahraga adalah sangat kurang,Isu ini dipilih untuk memberikan
pendedahan kepada guru tentang teknik teknik dan kemahiran asas permainan olahraga
kepada guru tersebut.
1.0 Rasional

Isu Strategik Projek 1

45 % guru tidak kompeten dalam melaksanakan pdpc pak 21 dalam kelas


berdasarkan data skpmg2 standard 4
(Bagaimana masalah ini memberi impak kepada murid/guru/sekolah/ibu bapa dan pihak lain)

- Guru belum bersedia sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran


- Murid tidak berminat dan kurang memberikan perhatian terhadap apa yang
diajar oleh guru
- Pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku seperti yang dirancang
- Prestasi sekolah dalam kurikulum akan merosot

Isu Strategik Projek 2

80% guru tidak mempunyai kemahiran asas permainan olahraga


(Bagaimana masalah ini memberi impak kepada murid/guru/sekolah/ibu bapa dan pihak lain)

- Guru tidak dapat menunjukkan teknik dan kemahiran yang betul kepada
murid.
- Pencapaian dalam permainan olahraga di kalangan murid akan kurang
- Minat murid dalam sukan olahraga akan berkurang.
- Pencapaian sukan olahraga di sekolah akan merosot

Analisis Persekitaran – SWOT ( Lampiran A )

Bagaimana keperluan projek ditentukan

- Data SKMPG
- Data pencerapan guru
- Data Sijil guru
- Suara guru-soal selidik

3.0 Pelaksanaan Projek


3.1 Projek Intervensi 1

3.1.1 - Program Memperkasakan Pak 21

3.1.2 - Bidang Keberhasilan

Kurikulum – Meningkatkan tahap kualiti guru Bahasa melayu dalam pdpc


dengan bimbingan SIP+ dan SISC dan PPD

3.1.3 Objektif - 80% guru dapat meningkatkan kemahiran pdpc pak 21

3.1.4 Sasaran - Semua guru dan murid


3.1.5 Pelibatan

i . Semua guru dan Murid


ii. Jawatankuasa PIBG
iii. Pegawai PPD
iv. Penceramah jemputan
v. Guru-guru SJK Ladang Segamat

3.1.6 Jadual Pelaksanaan

B Aktiviti Tarikh Masa Tindakan


il
1 Mesyuarat 12/7/22 2.00pm - Taklimat pelaksanaan program
Jawatankuasa & Agihan tugas
3.30
pm
2 Soal selidik Ujian Pra
penguasaan Pak 13/7/22 - ( google link )
21
3 Program 2.00pm - Bengkel pembugaran Pak 21
Memperkasaka 14/7/22 & akan
n Pak 21 dijalankan oleh Pegawai SISC+
4.30 pm
PPD Segamat
4 Program 2.00pm - Pengerusi MGB Daerah Segamat
Amalan 22/7/22 & Pn.Givarani
Terbaik
bersama
5.00
Sekolah pm
TS 25
5 Pemantau 20- Ahad- Guru Besar & barisan Pentadbir
an PdPc 25/7/22 Khamis
6 Soal 28/07/202 Ujian Post ( google link )
selidik 2 -
penguasaa
n Pak 21
7 Penyediaa 28/07/202 Penyelaras Pak 21 akan
n Laporan 2 menyediakan laporan

3.1.7 Anggaran Perbelanjaan

B Perkara Perbelanjaan
il
1 Mesyuarat Jawatankuasa Rm 30.00
2 Sijil Rm 50.00

3 Cenderamata penceramah Rm 100.00


4 Alat tulis & token ganjaran Rm 100.00
5 Makan & Minum Rm 100.00
Jumlah Rm 380.00
3.1.8 Pemantauan
a) Kaedah
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak
iii. Oppm

b) Alat Pemantauan
i. RPH guru
ii. Hasil kerja murid
iii. Borang pencerapan
iv. Lembaran kerja murid

3.1.9 Penilaian
a) Kaedah
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak
iii. Ujian bertulis

b) Alat Penilaian
i. RPH guru
ii. Hasil kerja murid
iii. Borang pencerapan
iv. Lembaran kerja murid

3.2 Projek Intervensi 2

3.2.1 Kursus Kejurulatihan Untuk Guru

3.2.2 Bidang Keberhasilan

iii. Kokurikulum - Meningkatkan kemahiran asas permainan olahraga


guru dengan bantuan jurulatih utama sukan olahraga
Daerah Segamat

3.2.3 Objektif - Meningkatkan teknik kemahiran permainan olahraga di


kalangan
guru kepada 60%

3.2.4 Sasaran – Semua guru dan Murid

3.2.5 Penglibatan

i . Semua guru dan Murid


ii. Jawatankuasa PIBG
iii. Pegawai PPD
iv. Penceramah jemputan
v. Guru-guru SJK Ladang Segamat
3.2.6 Jadual Pelaksanaan

B Aktiviti Tarikh Masa Tindakan


il
1 Mesyuarat 10/08/2022 - Taklimat pelaksanaan program
Jawatankuasa
agihan tugas
2 Soal Selidik 15/08/2022 Ujian Pra – Kemahiran asas
Olahraga
( google link )
3 Taklimat 16/08/2022 Kursus Kejurulatihan Olahraga-
pelaksanaan En.Ananda Raja
Pengerusi Kelab Integrasi Olahraga
Negeri Johor
5 Semakan 25-31/08/ Guru Besar & barisan Pentadbir
data 2022
6 Soal Ujian – Kemahiran asas Olahraga-
Selidik 31.8.2022 50
soalan

6 Penyedia 2.09.2022 Penyelaras permainan Olahraga akan


an menyediakan laporan
Laporan

3.2.7 Anggaran Perbelanjaan

B Perkara Perbelanjaan
il
1 Mesyuarat Jawatankuasa Rm 50.00
2 Sijil Rm 50.00

3 Cenderamata penceramah Rm 100.00


4 Alat tulis & token ganjaran Rm 100.00
5 Makan & Minum Rm 100.00
Jumlah Rm 400.00

3.2.8 Pemantauan
a) Kaedah
i. Senarai semak
ii Temubual
iii. Soal selidik
iv. Ujian

b) Alat Pemantauan
i. Rekod temubual
ii. Borang senarai semak
iii. Pengisian data

4.0 Penutup

Komitmen dan kerjasama semua guru diharapkan dapat membantu mencapai matlamat dan
objektif dalam menangani isu yang terdapat di SJKT Ladang Segamat. Projek ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kompetensi guru dalam menghasilkan PdPc yang lebih kreatif
dan inovatif serta melahirkan guru-guru yang mahir dalam bidang sukan permainan olahraga.
Projek ini juga diharapkan dapat mempamerkan kepercayaan dan kebertanggungjawaban
semua guru kepada warga organisasi untuk memacu perubahan dalam memperoleh
pencapaian cemerlang dalam bidang yang difokuskan.

Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………..……….…………………… ………………………………………..
(Nama Peserta) (Nama Mentor)
Tarikh: Tarikh:

Diluluskan oleh,

………..……….………...
(Nama Penyelia)
Tarikh:

You might also like