You are on page 1of 16

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

AKTIVITI 1
1.0

KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan


perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanakkanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria,
keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.
Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak
yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental, keupayaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlakusosial atau emosi
dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas,
supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan
sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang
demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti
sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri
kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,
gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan
fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai
seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or
behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs."

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) pula menyatakan kanak-kanak itu
dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek
pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka
1

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka mempunyai


masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya
dan adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori ,mempunyai kecacatan
yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanakkanak yang sebaya dengannya.
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak
yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid
biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003
dalam Sheila & Samsilah 2006).
Menurut Mahmood Nazar (2000), kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak
yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi
memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan
mentalnya
Antara kategori murid berkeperluan khas ialah:
1.0

Masalah kecacatan fizikal

Masalah

kecacatan

fizikal

merujuk

kepada

kanak-kanak

yang

mengalami

ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti


pendakap (brances) atau kerusi roda.Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk
neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 )
serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah
yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy,
spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.
1.1

Masalah penglihatan

Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak


yang memerlukan

pendidikan

kerana

masalah

penglihatan.

Kaedah

penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan


keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan
pencapaian mereka.
1.2

Masalah pendengaran

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

Masalah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi atau


memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
1.3

Masalah pertuturan

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan,


masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa.Masalah sebutan ialah
kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan,
misalnya perkataan saya menjadi caya.
1.4

Masalah pembelajaran

Masalah pembelajaran diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan


dengan IQ seseorang kerana selalunya

IQ individu tersebut berada pada tahap

normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai


malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat.Mereka mungkin menunjukkan
sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.
1.5

Masalah tingkahlaku

Masalah tingkah laku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang
biasa terjadi di kalangan kanak -kanak dan remaja bermasalah, terutamanya
mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk. Antara masalah
tingkah laku di kalangan

kanak -kanak dan remaja adalah seperti tingkahlaku

ganas, menentang, tidak mahu

menurut kata,sikap terlalu bergantung, sikap

suka mengelak dantingkahlaku pasif .


1.6

Lembam( slow learner)

Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/kurikulum/di sekolah


biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah atau
objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya
pengamatan yang lemah.
1.7

Terencat akal ringan

Mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara
hidup seperti menjaga diri.Kecatatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal
atau anggota, penglihatan dan pendengaran.Kecacatan anggota tidak bermakna
anak yang terlibat kecacatan akal.

PENDIDIKAN INKLUSIF
1.8

T1A1

Autisme

Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangkaan masa


yang memberi kesan dalam pemikiran kanak -kanak dan dalam proses informasi. Ia
berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali
lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki. Gejala-gejala ini selalunya berlaku
sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ia belum pasti lagi.
1.9

Pintar cerdas

Masalah pintar cerdas dan berbakat ini adalah melibatkan kelebihan otak atau boleh
berfikir lebih lagi daripada kanak-kanak yang sebaya dengan mereka.Selain itu,
pintar cerdas dan berbakat juga ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai potensi
dan pencapaian yang tinggi dari segi intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan
kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang
mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain
dari yang lain atau istimewa.
1.10

Sindrom Down

Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan oleh masalah


berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes, ia melibatkan

kecacatan dalam

pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800
kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah
ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom
Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.
1.11

Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD

Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat


mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu
tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga
bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu
tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan
ciri-ciri kanak-kanak ADHD.
1.12

Disleksia

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup
dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya, masalahini bukanlah satu
4

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan


program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
1.1

CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti
mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan
atau
asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan
psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup
mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka
kepada

keperluan

murid.

Misalnya

seseorang

kanak-kanak

cerebral

palsi

boleh

menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat
sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders)
ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya
memegang buku.
1.1.1

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan


penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Mereka
berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan
terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200
dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat
sahaja.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat menggunakan penglihatan
untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak
ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal

seperti kanak-kanak lain dan

boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk
mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan
perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak
terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh

pergerakan mereka yang terhad.

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga
boleh memberi kesan ke atas perkembangan

personaliti. Kanak-kanak ini mungkin

mempunyai konsep kendiri yangrendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka
boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing
mereka.
5

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia

visual memberi kesan

kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi


pelbagai contoh untuk perkataan bulat menghuraikannya
dengan kanak-kanak yang

dengan jelas jika dibanding

mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh

mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptomsimptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup
sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata
tanpa sebab dan

menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering

mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku
terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Dari sudut penjaran yang berkesan terhadap kanak-kanak in pula, guru boleh menyediakan
bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk
membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan juga hendaklah jelas seperti
hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang
terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.
Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan bahan yang tulis
untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan
memberi mereka aktiviti hands-on. Di samping itu, guru juga perlu memberi perhatian
kepada susunan bilik darjah dengan memastikan kedudukan kanak-kanak tersebut
berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan
kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam
bahan-bahan pembelajaran.
1.1.2

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak
bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima
pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima
pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan
mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai
pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang
6

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar


antara 20 hingga 60 decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti
apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada
petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa
yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah
faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah
sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan
kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga
pembelajaran

individu.Ketidakupayaan

berkomunikasai

ini

memberi

kesan

kepada

perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.


Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolahsekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guruguru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak
ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris
hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Guru-guru juga perlu
mengelak daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan
illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah
penting untu menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising
atau gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanakkanak ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan
untuk mengeja.Sungguhpun begitu, pada hari ini komunikasi secara keseluruhan lebih
digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan,

pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa

badan.
1.1.3

Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah
gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan
meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan
saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh
perkembangan mereka.

Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini

berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu


di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan
suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin
menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti
suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi
atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.
Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memponyai kaitan dengan sistem
saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau
penngunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang yang
menghadapi kesukaran mentafsir bahasa

dalam sesuatu perbualan.Ia juga melibatkan

kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.


Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa
malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia
mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa
memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh
digalakkan memberi respon secara bertulis.

Selain itu, guru boleh menggunakan

pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu
kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara
jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio.Kanak-kanak yang menghadapi masalah
sebutan atau gagap ini juga boleh dibantu melalui terapi.
1.1.4

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ


seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak
yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi
perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang,
sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang
sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering
disalahtafsir.
Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses, menganalisis
dan menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu
proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan
8

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur,
membaca, menulis,megeja ataupun mengira.
Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar
pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah
tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah

tingkah laku dan

emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah
pembelajaranakademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan
koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka
di sudut yang senyap dan kurang

aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini
akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada muridmurid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini
diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan
jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Selain itu, Objektif
pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas
dengan
segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid
hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang
ringkas.
1.2

KAEEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang dengan teliti dan
bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kaedah yang
berkesan adalah kaedah Intervensi
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi
membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi
mengembangkan potensi diri mereka.
Menurut Zarin, Safani & Soon (2004), setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu
satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan
kolaborasi pelbagai disiplin
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.
Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada
bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur
disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang
tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.
Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi
seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan
kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian,
terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat
membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak
menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid
berkeperluan khas ini.
Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi,langkah
intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup
belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan
lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini
secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.
Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan
masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanakkanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta
penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi
adalah:
i.

Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang
digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

10

PENDIDIKAN INKLUSIF
ii.

T1A1

Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan


kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang
betul

supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa.

Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat
menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh:
imbuhan mem dan an. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.
Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan
daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini
guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan
menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada muridmurid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa.
Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan
kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang
membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan
yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus.
Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan
penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah
laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan
berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi
melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid
mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk
membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin,
dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap
tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya
kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan
murid boleh membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat
dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah
diperlihatkan.
Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari
dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis.
11

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka
untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat
rendah menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian
meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis
dengan selesa dan sempurna.
Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif
untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang
pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan
hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan
berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil
pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif dan membuat ulasan.
Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti
membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai
kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya
murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat
membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya.
1.3

KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi


memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima
pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan
Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut,
pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan
isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif
dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi
keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

12

PENDIDIKAN INKLUSIF
1.3.1

T1A1

Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

Malaysia

mengamalkan

sistem

pendidikan

berpusat

dan

Kementerian

Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap


kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta
Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,
Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk
golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan
dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak
bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah
suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang
diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar
memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama
menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.
Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini
dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan
kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.
1.3.2

Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia
seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi
gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa
panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di
Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu
termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk
keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam
menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .

13

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif
juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak
seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi
sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.
1.3.3

Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan


kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di
antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak
didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut
dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif
dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan
bekeperluan

khas

secara

lebih

semulajadi.

Pendidikan

inklusif

berpotensi

untuk

mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami
terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu
mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi
tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk
berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan
kebergantungan kepada orang lain.
1.4

KEPERLUAN INSFRANSTUKTUR DAN PERALATAN

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan
peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan
Khas (PK). Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih
untuk berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di
negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam
Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju
yang mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang
digunakan.
14

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.
Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik
darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa
mengira latar belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
kebolehan guru mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah
disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik
darjah yang kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang
berkeperluan khas khususnya. Pelajar berkeperluan khasditempatkan di bawah pendidikan
khas iaitu, perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu
istimewa atau kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan
mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar
cerdas.
Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi
penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak
lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti
menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya
(OKU)

tidak

boleh

dikecualikan

daripada

sistem

pendidikan

umum

atas

asas

ketidakupayaan. Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya
melanjutkan pelajaran, penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU
dari segi prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan
bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut
Zainudin (2004), golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil
tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka.
Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan
infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolahsekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan
asessibiliti bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur
yang standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai
infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan khas.
Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik
darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di
peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat
15

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A1

duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah
sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang
berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot
seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan
menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya,
ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter
persegi (9 m 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar
mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi
menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung
kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah.Menurut Purkey dan Smith
(1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan seseorang pelajar.

16

You might also like