You are on page 1of 1

PENDIDIKAN INKLUSIF

T1A3

AKTIVITI 3

Refleksi
Setelah melakukan Aktiviti 1 dan Aktiviti 2, saya telah membaca pelbagai artikel dan kajian
kes mengenai program pendidikan inklusif. Saya berasa betapa begitu penting pendidikan
program inklusif ini kepada murid berkeperluan khas dan seterusnya kepada Negara
Malaysia. Program seperti ini merupakan harapan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan
khas untuk mengahadapi cabaran hidup apabila membesar kelak.Program ini juga mampu mengubah budaya
persekitaran yang menganggap murid berkeperluan khas tidak mampu berdikari apatah lagi memberi
sumbangan kepada Negara tercinta.Menurut pemerhatian saya, kejayaan program ini tidak hanya melibatkan
guru pendamping sahaja. Sokongan dan komitmen pelbagai pihak amat perlu terutamanya
daripada tampok pimpinan sekolah iaitu guru besar dan guru-guru yang lain. Semua sekolah
mampu melaksanakan program pendidikan inklusif ini jika guru biasa bertindak luar biasa dan berfikiran
luar kotak. Setelah menjalankan PdP ke atas seorang murid berkeperluan khas, saya dapati
bahawa

murid

berkeperluan

khas

memerlukan

perhatian

daripada

komuniti

dan

persekitaran.Tindakan mengasingkan murid-murid seperti ini daripada masyarakat sangat


merugikan semua pihak. Ini kerana murid seperti ini mempunyai bakat dan semangat yang luar biasa
berbanding murid-murid normal di dalam arus perdana. Kecekalan dan ketabahan beliau memberi impak yang
besar kepada saya untuk terus bersemangat memartabatkan program pendidikan inklusif di sekolah ini.
Saya juga bertambah yakin untuk terus melaksanakanprogram ini di sekolah saya.

You might also like