You are on page 1of 1

Refleksi

OH YE SAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar,dorongan dan bimbingan kepada kumpulan saya. Sebelum ini, kumpulan kami menghadapi banyak masalah seperti pemilihan lagu, pakaian semasa persembahan dan juga latihan lagu. Tetapi dengan kerjasama ahliahli kumpulan,kami berjaya mengatasi masalah ini. Kelemahan pada hari itu ialah tempat persembahan agak sempit dan tidak cukup tempat untuk kami duduk serta meletakkan barang-barang. Tetapi persediaan AJK adalah baik kerana mereka telah menyediakan makanan dan minuman serta memberikan masa untuk menghiaskan tempat persembahan itu. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berusaha membuat persediaan ini. Persembahan kumpulan lain juga menunjukkan kerjasama antara satu sama lain.Kumpulan-kumpulan telah berusaha mempersembahkan lagu mereka. Tanpa kerjasama antara ahli-ahli kumpulan tidak mungkin dapat menunjukkan persembahan yang sempurna. Melalui ini, saya telah memahami tentang teknik menyanyi koir. Sebelum ini, saya tidak mengetahui cara-cara untuk menyanyi koir dan tidak pernah menyertai persembahan seperti ini. Keadaan ini telah menambahkan pengalaman dan pengetahuan saya sebagai seorang guru muzik pada masa hadapan.

You might also like