You are on page 1of 48

DEFINISI

Benang skru merupakan suatu struktur berbentuk

heliks yang digunakan untuk menukar gerakan putaran kepada gerakan linear atau daya.

KEGUNAAN ULIR SKRU

JENIS-JENIS BENANG

a)Benang Vee Paling biasa digunakan pada pasak, nat dan alat pengikat. Ia mudah digunakan dan diperbuat dalam pelbagai jenis piawai. Kaedah pengukuran akan fokus pada benang jenis ini

JENIS-JENIS BENANG

b)Benang Persegi Digunakan untuk pemindahan kuasa dan gerakan mekanikal. Mempunyai sifat yang kuat dan teguh dan digunakan untuk membuat skru ragum dan skru bicu.

JENIS-JENIS BENANG

c)Benang Acme
Seakan-akan benang persegi tetapi sudut kandungnya diubah

kepada 29. Lebih mudah dipotong pada mesin larik, dan lebih kuat berbanding benang persegi. Ia digunakan untuk membuat skru pemandu mesin pelarik, skru ragum dan skru bicu.

JENIS-JENIS BENANG
d)Benang Buttress Berbeza dari benang lain kerana rusuknya mempunyai sudut yang berlainan. Satu daripada rusuknya mempunyai sudut 7 yang diukur daripada garis condong ke garis tepat paksinya. Rusuk inilah yang menanggung bebanan yang berat yang dikenakan kepadanya. Sementara rusuk yang satu lagi mempunyai sudut 45 yang diukur dari dasarnya. Kegunaan utama benang jenis ini ialah untuk menanggung beban dari yang berat pada satu arah sahaja.

PANCA BENANG
Bilangan alur alir yang dipotong pada benang skru luar atau dalam akan menentukan panca ulir. Kebanyakan ulir skru dan nat dalam pasaran adalah dari jenis satu panca

ISTILAH ULIR SKRU

TATANDA
Benang skru yang mempunyai pic = P HS, Kedalaman benang luar (bolt) = 0.61343P HN, Kedalaman benang dalam (nat) = 0.54127P
H = 0.86603 P RD = 0.14434 P RP = 0.10825 P

Maju ulir ditentukan dengan mendarabkan pic ulir dengan bilangan panca

ulir: Maju ulir = pic ulir x bilangan panca

ARAH BENANG
Arah benang ditentukan oleh arah ulir yang dipotong.

Terdapat 2 arah benang iaitu benang menganan dan benang mengiri. Kebanyakan benang yang dibuat adalah menganan tetapi ada juga benang mengiri.

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU


Perkara-perkara yang perlu ketika menentukan kejituan sesuatu benang skru:
Garis pusat major
Garis pusat minor Garis pusat berkesan Pic atau jarak benang Sudut benang

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU


1) Garis Pusat Major Bagi benang luar, garis pusat major, D1 ialah jarak dari sudut puncak ke puncak yang bersetentangan dan diukur bersudut tepat dengan paksi skru itu. Jika pada profil satu benang skru, dibuatkan garisan untuk menghubungkan puncak-puncak benang skru tersebut, maka jarak di antara dua garisanbersententangan itu bersamaan dengan garis pusat major skru. Tetapi bagi satu benang skru dalam, garis pusat utama ialah jarak di antara dasar benang ke dasar bersententangan juga diukur tepat dengan paksi skru itu. Garis pusat major kadangkala dipanggil garis pusat luar untuk benang skru dan garis pusat penuh untuk benang bagi nat.

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU


2)Garis Pusat Minor Bagi benang luar,garis pusat minor ialah jarak satu dasar ke dasar benang yang bersententangan, jika diukur tepat dengan paksi skru itu,iaitu D2. Sementara bagi benang skru dalam pula garis iniialah jarak di antara puncak benang denganpuncak bersetentangan yang diukur tepat deng anpaksi skru itu. Garis pusat minor dikenali juga sebagai garispusat teras benang skru.

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU


3) Garis Pusat Berkesan Garis pusat berkesan, E ialah garis pusat bagi satusilinder khayalan yang paksinya sekena dengan paksiskru, dan permukaannya memotong rusuk benangpada dua titik jika lebar benang sama dengan lebar ruang yang dipotong. Garisan-garisan KLMN dan RST adalah permukaansilinder. Oleh itu lebar LM=mn, iaitu bersamaan dengan setengah pic. Garisan-garisan itu dikenali sebagai garisan pic. Garis pusat berkesan dikenali juga sebagai garis pusat pic.

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU


4)Jarak Benang Atau Pic Pic ialah jarak di antara puncak benang denganpuncak yang bersebelahan. Ditakrifkan juga sebagai jarak dari satu titik padarusuk benang ke satu titik yang sepadan pada rusukbenang yang bersebelahan. Bagi benang satu mula pic adalah bersamaandengan jarak pergerakan nat (diukur disepanjangpaksi skru),jika nat itu membuat satu putaran lengkap pada batang boltnya. Jarak pergerakan itu dikenali sebagai maju benang, jadi bagi benang dua mula, maju benang bersamaandengan dua kali pic

ELEMEN PENGUKURAN BENANG SKRU


5) Sudut Benang Sudut benang ialah sudut yang dibentuk oleh rusuk benang dan bagi benang metrik sudut ini ialah 60 . Elemen-elemen lain seperti kedalaman benang, jejari puncak dan jejari dasar benang. Kedalaman benang adalah sesetengah perbezaan diantara garis pusat major dan garis pusat minor. Bagi benang dalam (nat) puncak benang adalah ratadan lebar bersamaan daripada pic benang. Bagi benang luar(bolt) kedua-dua puncak dasar benang adalah bulat serta jejari masing-masing berbeza

MENGUKUR ELEMEN BENANG SKRU


1) Mengukur Garis Pusat Major Mikrometer biasa boleh digunakan untuk mengukur garis pusat utama bagi sebatang skru. Untuk menentukan supaya ukuran yang dibuat itu serenjang dengan paksi skru, andas mikrometer mestilah sesuai saiznya dan permukaan andas hendaklah menyentuh sekurang-kurangnya dua puncak benang.

PENGGUNAAN MIKROMETER

MENGUKUR ELEMEN BENANG SKRU


2)Mengukur Garis Pusat Minor

Boleh diukur menggunakan mikrometer dengan bantuan prisma keluli terkeras (Hard Steel Prism).

Prisma keluli mempunyai keratan rentas berbentuk segitiga sama dan sudut puncak segitiga ialah 45

Keluli prisma ditekan pada alur benang.


Hujung prisma berbentuk bulat (jejari lengkok kurang

dari dasar benang) dan selari dengan dasar bebenang. Apabila pengukuran dilakukan paksi mikrometer perlu berada serenjang denganpaksi skru. Apabila pengukuran melibatkan kuantiti dan saiz yang besar, meja apungan mikrometer diperlukan untuk menyokong skru danmembantu mikrometer berada pada kedudukan yang betul.

PENILAIAN PENGUKURAN
Nilai garispusat minor;
Garis pusat minor, D2 = W -2T

D2 = garispusat minor W = Jarak diantara 2 prisma T = Tinggi prisma (diketahui)

MENGUKUR ELEMEN BENANG SKRU


3)Mengukur Garis Pusat Berkesan/Pic/Purata Menggunakan kaedah tiga wayar (three wire method). Kaedah terbaik kerana dapat mengurangkan ralat. Pengukuran bebenang pada ketetapan 0.001 in atau 0.02mm, mikrometer boleh digunakan. Pengukuran yang memerlukan lebih ketepatan electronic comparator perlu digunakan untuk mengukur jarak diantara wayar.

MENGUKUR ELEMEN BENANG SKRU


Kaedah tiga wayar; Tiga wayar diameter yang sama diletakkan pada bebenang, dua wayar pada satu bahagian dan satu wayar dibahagian lain. Wayar ditempatkan dalam benang dan mikrometer digunakan untuk mengukur dari atas kabel. Jenis dan saiz benang yang berbeza memerlukan diameter wayar yang berbeza.

Mikrometer digunakan untuk mendapat jarak di

antara wayar (jarak diukur di antara bahagian luar wayar). Untuk mendapatkan ketepatan saiz wayar terbaik (best size wire) digunakan. Saiz wayar paling sesuai ialah 0.57735p. Untuk mendapat saiz wayar yang paling tepat adalah sukar dan kebiasaannya saiz yang lebih besar dari 0.57735p digunakan.

BEST SIZE WIRE


Wayar yang menyentuh benang pada garisan

diameter pic merupakan "Best Size Wires. Kedudukan wayar sedemikian akan mengurangkan ralat yang mungkin berlaku pada sudut benang. Gambarajah Best Wire menunjukkan kedudukan sentuhan yang terbaik pada benang bersentuhan garisan diameter pic. Manakala saiz wayar pada rajah (a) dan (c) adalah pada kedudukan maksimum dan minimum sentuhan.

PENGUKURAN THREE WIRE

MENGUKUR ELEMEN BENANG SKRU


4)Mengukur Sudut Benang Optical comparator atau shadowgraph projects merupakan alat pembesar bayangan pada skrin di mana ianya boleh diperbandingkan pada garisan atau bahagian asal untuk menentukan had dimensi atau kontur bahagian yang diperiksa. Ianya cepat dan tepat dalam mengukur atau membandingkan benda kerja dengan bahan asal. Sesuai digunakan apabila kaedah lain tidak boleh digunakan

You might also like