You are on page 1of 6

KERTAS PENERANGAN

NAMA DAN KOD


PROGRAM / PROGRAM AUTOMOTIVE TECHNICIAN
TITLE AND CODE

TAHAP / LEVEL TAHAP 1 / LEVEL 1

NO DAN TAJUK MODUL /


M08 DRIVE SYSTEM REPAIR
MODULE AND NO TITLE

NO DAN TAJUK TUGAS /


06.05 RECTIFY PROPELLER SHAFT ASSEMBLY
TASK(S) NO AND TASK
STATEMENT 06.06 RECTIFY HALF SHAFT ASSEMBLY

RECTIFY PROPELLER SHAFT ASSEMBLY AND HALF SHAFT ASSEMBLY


OBJEKTIF PENCAPAIAN USING SERVICE MANUAL, HAND TOOLS, SPECIAL TOOLS,
PIAWAIAN / TERMINAL MEASURING TOOLS, LUBRICANT AND REPLACEMENT PARTS SO
PERFORMANCE THAT THE PROPELLER SHAFT AND HALF SHAFT DISTINGUISHED AND
OBJECTIVE REMOVE AND INSTALLED ARE IN ACCORDANCE WITH THE
MANUFACTURER’S SPECIFICATION.

NO KOD / CODE NO P – 119 – 1/M08/KP 1 Muka : 01 Drp : 06

TAJUK : ACI PUTAR (PROPELLER SHAFT)

TUJUAN : KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :-

1. Fungsi aci putar


2. Jenis dan susunan aci putar
3. Binaan aci putar

1
PENERANGAN :

1. FUNGSI ACI PUTAR

Memindahkan kuasa pergerakan daripada kotak gear ke unit pacuan akhir bagi kenderaan
yang menggunakan pemacu roda belakang ( RWD) dan 4 pacuan roda (4WD).

Sifat-sifat aci putar:


i. Ringan.
ii. Ruang yang terhad maka penyambung hendaklah kecil dan padat.
iii. Seimbang supaya tidak bergegar dan terhayun semasa kenderaan berada pada
kelajuan tinggi.
iv. Ketahanan daya kilas yang tinggi yang dipindahkan dengan meminimumkan
kehilangan kuasa.

2. JENIS DAN SUSUNAN ACI PUTAR


Ada dua jenis iaitu tumpat dan bertiub.Kebanyakan aci adalah dari jenis tiub berlubang. Aci
tumpat digunakan untuk pacuan ‘torque-tube’ dimana saiz yang pendek dan bergarisan
pusat yang kecil digunakan dan dipasang di dalam perumah aci. Susunan yang lazim bagi
aci putar ialah sistem pacuan ‘Hotchkiss’(lihat rajah di sebelah).Kaedah ini menyambungkan
aci utama kotak gear kepada unit pemacu akhir dengan aci pacu terdedah.Daya pacuan
roda belakang dipindahkan kerangka kenderaan melalui spring belakang.Sistem pacuan
‘torque-tube’ (lihat rajah di sebelah) jarang digunakan.Dalam susunan ini aci utama kotak
gear disambungkan kepada gandar belakang dengan aci pacu tertutup.Tiub kilas (torque-
tube) dibolkan kepada perumah gandar belakang dan dipasakkan melalui sambungan
bebola pada hujung kotak gear.Daya pacuan roda belakang dipindahkan melalui tiub ke
rangka kenderaan.

2
Jenis Hotchkiss drive (open type)

Jenis torque drive (enclosed type)

A. Hotchkiss Drive (Open Type)


Banyak digunakan pada kenderaan moden dan kenderaan perdagangan.Kebaikan pacuan
Hotchkiss disebabkan perangkainya boleh turun naik antara axle dengan chesis. Hotckiss
mempunyai 2 sambungan universal dan acinya terdedah pada penglihatan. Dengan
menggunakan penggerak jenis ini,sping dapat melakukan 5 jenis fungsi.
i. Pegas (spring) dapat menolak kenderaan atau memberikan daya tolak penggerak.
ii. Pegas (spring) dapat memberikan pulas gerak balas.
iii. Pegas (spring) dapat melenyapkan hentakan kenderaan dipermukaan jalan yang
tidak rata.
iv. Pegas digunakan untuk menanggung bahagian hujung belakang kenderaan.
v. Menentukan agar roda belakang sentiasa dapat berpijak dijalan mengikut track
(runut) kenderaan.

B . Jenis Torque Drive (Enclosed Type)


Mempunyai ball joint dan socket joint pada hujung sebelah hadapan.Dipasangkan pada
cross mamber atau gear box,tugasnya untuk mengambil tindakbalas daya pacuan dan
membrek. Acinya dipasang di dalam tiub untuk menghantar pacuan melalui sudut yang
berbeza-beza. Sepasang roda spring yang diikat dengan swinging shackle ditugaskan
untukmengurangkan ketegangan yang berlaku pada torque tube.Dengan menggunakan
penggerak jenis ini springnya hanya dapat melakukan 3 tugas yang utama:
i. Pegas(spring) menanggung bebanan berat kenderaan sepenuhnya.
ii. Spring mengurangkan dan melenyapkan hentakan jalan.
iii. Menentukan kesimbangan roda dibahagian belakang mengikut track kenderaan.

3
3. BINAAN ACI PUTAR
Aci putar dibina dengan unit satu bahagian atau dua bahagian bergantung pada pengeluar
dan model kenderaan.

Drive or propeller shaft Flange or diffrential yoke

Internal
splines for
transmission Rear u-joint
inputshaft
Spider or cross

3.1. SENDI LELUAS (UNIVERSAL JOINT)

Pusat putaran diantara unit penghantaran dan gandar belakang adalah tidak sama,
pusingan aci utama dari penghantaran tidak boleh dipindahkan dengan penyambung dua
bahagian ini dalam satu unit aci putar yang diikat mati. Unit penghantaran terletak tetap
pada rangka mana kala gandar belakang termasuk karbeda dan roda terletak pada pegas/
sistem gantungan .Semasa kenderaan melalui jalan yang tidak rata,pegas (spring) akan
termampat dan mengembang.Ini memerlukan sudut pemacu dan panjang aci putar yang
boleh diubah-ubah,sendi berkesot (slip yoke) diadakan bagi membolehkan panjang aci putar
berubah-ubah.

3.1.1 Jenis-jenis Sendi Leluas

a. Dua Y kuk (Two Y-shaped yoke)


Empat lengan bintang yang dipanggil pangsi ( spider) dipasangkan pada alas jarum (needle
bearing) di kuk (lihat rajah di bawah) alas nya dilincir melalui putting gris yang dipasang
pada tengah bintang.Dua sendi leluas digunakan pada sebatang aci putar untuk pemacu
‘Hotchkiss’ dan satu sahaja pada pemacu jenis tiub kilas ‘Torque drive’.

4
Binaan dua Y kuk (Two Y-shaped yoke) Bahagian sendi leluas

b.Sendi Halaju Malar (constant velocity joints)

Sendi jenis ini terdiri dari dua sendi leluas yang disambungkan oleh satu bebola dan
soket.Bebola dan soket membahagi sudut dua aci putar diantara dua sendi leluar. Oleh
sebab kedua-dua sendi leluas bekerja pada sudut yang sama ia dapat mengatasi turun naik
yang terjadi pada sebatang aci putar (rajah di bawah).Pelincirannya dari gris dan diselubungi
oleh getah bagi menggerakkan kotoran masuk ke dalam.

Binaan Sendi Halaju Malar (constant velocity joints)

c.Kapeling Getah (flexible or fabric type coupling)

Sendi leluas jenis ini menggunakan getah atau bahan yang mempunyai sifat boleh kisar
yang baik dan tidak memerlukan pelinciran.Kapeling getah ini juga dapat menyerap tegas
putiran dari sistem penghantaran.Ia hanya mampu menghantar kuasa pusingan melalui
sudut tidak lebih dari 10 darjah (lihat rajah di sebelah).
race
Retainer pin

5
Pivot ball pin

Binaan Kapeling Getah(flexible or fabric type coupling)

3.2. SENDI KEKESOT (SLIP YOKE)

Sendi kekesot terdiri dari gelugur luar pada satu aci dan gelugur dalam pada aci berlubang
(rajah dibawah).Bila aci-aci itu dicantumkan,kedua-duanya dapat berpusing bersama-sama
dan bergerak keluar masuk.Dengan itu panjang aci putar dapat berubah- ubah bila gandar
belakang bergerak ke atas dan ke bawah.

Gelunsur dalam

Gelungsur luar Penutup


geris

Pasangan slip yoke

You might also like