You are on page 1of 9

SISTEM PENGHANTARAN KUASA

PENGENALAN

Sistem penghantaran kuasa ialah satu siri rangkaian penghantaran kuasa


enjin untuk menggerakkan kenderaan. Ia terdiri daripada klac, kotak gear, aci
putar, kerbeda dan gandar untuk menggerakkan roda kenderaan. Sistem
penghantaran kuasa ialah satu perpindahan kuasa dari kuasa enjin ke kuasa
pusingan roda. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. memindahkan dan mengurangkan daya kilas serta kelajuan.

ii. menyambung dan memutuskan aliran kuasa

iii.boleh membezakan aliran kuasa antara roda kiri dengan roda kanan
semasa membelok

iv.kebolehsuaian dalam memindahkan kuasa dari enjin

Gambar 1: Bahagian-bahagian sistem penghantaran kuasa

1
JENIS-JENIS SISTEM PENGHANTARAN KUASA

I.Sistem Penghantaran Automasi Manual (AMT)

Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama.


Kelebihan sistem ini ialah dapat memberi kecekapan semasa memandu,
mudah diselenggara dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini
adalah sistem transmisi automatif yang memerlukan pemandu menekan injak
klac dan menukar gear secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi
manual boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, transmisi manual
konvensional seperti yang digunakan pada kereta yang membolehkan
pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa.Kedua,
transmisi manual berjujukan seperti yang digunakan pada motosikal yang
hanya membenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan samada gear
lebih rendah atau lebih tinggi.

II.Sistem penghantaran automatik (ATF)

Sistem penghantaran automatik adalah sistem kotak gear automotif yang


boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak
tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual.
Penghantaran automatif dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol
gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran
automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol
gear,sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik
disusun mengikut format P-R-N-D-3-2-L sama ada dari kiri ke kanan ataupun
dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N
sahaja.

III.Sistem penghantaran kuasa boleh laras ( CVT)

Ia adalah sejenis sistem yang boleh menukar tanpa langkah. Keanjalan


CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar
melalui satu kelajuan. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang
lebih baik dari sistem penghantaran lain. Sistem penghantaran kuasa ini
merupakan yang terbaru dan sering digunakan untuk kenderaan mewah.
Sistem ini beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh
menyebabkan kejutan gear. Kos pembinaan kotak gear CVT juga lebih murah
berbanding kotak gear lain.

2
KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGHANTARAN KUASA

I.Kotak gear

Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu
kotak dan dipasang selepas pepasangan klac. Fungsi kotak gear ialah
memberikan gear dalam keadaan neutral, menukar pergerakan kenderaan
apabila kenderaan dalam gear balikan. Ini kerana arah pusingan aci engkol
hanya dalam satu arah sahaja. Fungsi tambahan kotak gear ialah
menyediakan kebaikan mekanikal secukupnya bagi menambah daya kilas
atau putaran bagi memutarkan roda kenderaan. Selain itu fungsi kotak gear
ialah untuk mengadakan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut
keadaan dan beban pada kenderaan. Akhir sekali ia dapat mewujudkan gear
maju, gear undur dan gear bebas.

i.Gear pertama

Apabila tuil penghantaran dialih untuk gear pertama unit segerak


digerakkan oleh selector fork supaya bercantum dengan gelang segerak pada
gear pertama di aci output. Ia menyebabkan gear pertama akan bergerak
mengikut unit segerak. Selain itu, kuasa dari enjin dialirkan masuk melalui aci
input ke gear pacu aci input, kemudian gear aci lawan ke gear pertama di aci
lawan. Kuasa dipindahkan ke gear pertama di aci output yang bercantum
dengan unit segerak dan keluar melalui aci output ke aci putar bagi pacuan
roda belakang dan aci utama gear pinan bagi pacuan roda hadapan.

Gambar 2 : Gambar kedudukan gear pertama

3
ii.Gear kedua

Apabila tuil penghantaran digerakkkan ke belakang unit segerak akan


tertolak ke hadapan dan bercantum dengan gear kedua di aci output. Selain
itu, kuasa dari enjin masuk melalui aci input ke gear pemacu aci lawan. Kuasa
gear kedua aci lawan dipindahkan ke gear kedua di aci output.

Gambar 3: Gambar kedudukan gear kedua

iii.Gear ketiga

Apabila tuil penghantaran digerakkan ke hadapan unit segerak akan


tertolak ke belakang dan bercantum dengan gear ketiga di aci output. Selain
iyu, kuasa masuk melalui aci input ke gear pemacu aci inpiut dan ke gear
pemacu aci lawan. Kuasa dari gear ketiga di aci lawan dialihkan ke gear
ketiga di aci output ke unit segerak dan keluar melalui aci output.

Gambar 4: Gambar kedudukan gear ketiga

4
iv.Gear keempat

Apabila tuil penghantaran ditolak ke belakang unit segerak tertolak ke


hadapan dan bercantum dengan gear keempat. Kuasa enjin masuk melalui
aci input terus melalui gear keempat dan keluar melalui gear keempat dan
keluar melalui aci output. Gear di aci lawan tetap berpusing.

Gambar 5 : Gambar kedudukan gear keempat

v.Gear undur

Apabila tuil penghantaran digerakkan untuk mengundur,gear undur di aci


output akan tertolaj ke hadapan dan bersentuh dengna gear pepura undur
tang sentiasa berpanca dengan gear undur di aci outpur.Selain itu, kuasa
enjin masuk melalui aci input ke gear pemacu aci input, gear pemacu aci
lawan dan ke gear undur di aci lawan. Kuasa ini dipindahkan ke aci pepura
undur dan kemudian dipindahkan ke gear undur di aci output. Ini
menyebabkan aci output berpusing melawan pusingan enjin dan

5
membolehkan kenderaan mengundur.

Gambar 6 : Gambar kedudukan gear undur

vi.Gear neutral

Unit segerak dalam keadaan bebas. Kuasa dari enjin akan dipindahkan
melalui aci input ke pamacu di aci lawan gear kedua,ketiga dan gear undur.
Aci output dan unit segerak tidak berpusing. Kuasa enjin hanya sampai ke
kotak gear oleh aci lawan.

Gambar 7 : Gambar kedudukan gear neutral

2.Klac

Klac merupakan satu sistem yang penting dalam sesebuah kenderaan. Ia


bertujuan untuk menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin. Jika tiada
klac, kuasa daripada enjin akan terus dipindahkan ke roda tanpa penukaran

6
gear. Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan aliran kuasa daripada
enjin kepada sistem penghantaran kuasa supaya memudahkan pemandu
membuat penukaran gear. Ia membolehkan kenderaan mula bergerak
dengan licin dan lancar serta membenarkan enjin terus hidup semasa
kenderaan berhenti tanpa meletakkan gear pada kedudukan neutral.

Komponen utama sistem klac

i. Roda tenaga

ii. Klac disk

iii.Pilot bearing

iv.Plat tekanan

v. Release bearing

Gambar 8: Gambar pepasangan klac

3.Gandar

Gandar belakang menampung sebahagian daripada berat kenderaan dan


memindahkan kuasa dan daya kilas ke roda belakang. Kenderaan yang
berenjin hadapan yang memunyai pacuan roda belakang memerlukan pacuan
gandar belakang dan pepasangan kerbeda.

Pepasangan gandar belakang mempunayi beberapa fungsi. Ini


termasuklah menyalurkan kuasa dari aci pacu ke roda belakang.Ia

7
membolehkan roda berpusing dengan kelajuan yang berbeza semasa
selekoh atau membelok. Selain itu,ia dapat membahagikan jumlah daya kilas
kesetiap roda belakang dan mampu memindahkan daya kilas melalui sudut
90 darjah.

Gandar mempunyai dua jenis iaitu gandar mati dan gandar hidup. Gandar
mati tidak berpusing bersama sama roda. Sebaliknya,roda yang mempunyai
galas berpusing di atas gandar. Gandar hidup disambung keroda supaya roda
dan gandar berpusing bersama sama

Gambar 9 : Gambar gandar mati

8
Gambar 10 :Gambar gandar hidup

You might also like