You are on page 1of 15

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, Tel : 03-8884 5154
Faks : 03-8884 5047
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN Laman Web
PERSEKUTUAN, http://www.bptv.edu.my
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF / SVM

KOD/KURSUS MTA 2033  CHASIS II

KOMPETENSI 01. WHEEL ALIGNMENT II

1. Inspect tyres and rims condition


2. Perform vehicle wheel balancing
KOMPETENSI UNIT
3. Alignment process

Trainee must be able to:


● Inspect tyres and rims condition
KOMPETENSI
PEMBELAJARAN ● Vehicle wheel balancing
● Perform alignment process

MTA 2033/K 01/NK 01-03


NO KOD
EDISI 2/MEI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 14
NO KOD JPK TP-300-3:2016-C07
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 2 drp : 15

TAJUK :   PEMERIKSAAN TAYAR DAN RIM  

TUJUAN:
Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih mengenai perkara
berkaitan dengan pemeriksaan keadaan tayar dan rim kenderaan.

1. Pealatan Perlindungan Diri ( PPE ) dan Alatangan

a. Kasut Keselamatan ( Safety Boot )

Berfungsi bagi mengelakkan kecederaan pada kaki.

b. Sarung Tangan ( Hand Glove )

Berfungsi bagi mengelakkan tangan daripada tercedera semasa

mengendalikan tayar

c Pakaian Bengkel ( Workshop Appreal )

Kemas dan sesuai dengan aktiviti kerja di bengkel.

2. Alatangan dan Mesin

a.. Perengkuh nat roda ( Wheel Nut Wrench )

Berfungsi bagi melonggakan nat roda dan seterusnya


menanggalkannya.

e. Penjulang lantai ( Floor Jack )

Berfungsi bagi menjulang kenderaan.


NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 3 drp : 15

f. Sangga Keselamatan ( Safety Stand )

Berfungsi bagi membolehkan kenderaan disangga selepas


dijulang.

g. Penahan Roda ( Wheel Stopper )

Berfungsi untuk menahan roda belakang atau depan daripada


bergerak semasa proses menjulang.

h. Mesin Penukar Tayar ( Tyre Changer Machine )

Berfungsi untuk menukar tayar kenderaan

i. Mesin Pengimbang Roda ( Wheel Balancer Machine )

Berfungsi untuk mengimbang roda agar seimbang

j. Alat Penjajaran Roda ( Wheel Alignment Tools )

Bertujuan untuk kerja-kerja menjajar roda. Tedapat dua variasi iaitu


jenis manual dan digital.

i. Penjajaran Roda Teleskopik

ii. Penjajaran Roda Digital


NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 4 drp : 15

iii. Tolok Kamber ( Camber Gauge )

Berfungsi untuk menjajar kamber pada roda

3. Kerosakan tayar dan rim

Fungsi Tayar
Terdapat tiga fungsi utama tayar kenderaan iaitu :-

1. Sebagai kusyen di antara roda dan permukaan jalan – menyerap hentakan serta
getaran di jalan yang mempunyai permukaan yang tidak rata.
2. Memberi cengkaman kepada permukaan jalan – agar kenderaan dapat bergerak
dengan selamat, tidak membuang serta terbabas semasa membelok dan kenderaan
dapat diberhentikan dengan cepat apabila kenderaan dibrek.
3. Memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang – ini membolehkan
kenderaan dipandu dengan laju dan selamat.

3.1 Kerosakan Tayar


a. Buanga tayar haus

KEADAAN TAYAR SEBAB TINDAKAN

1) Kehausan pada i. Tekanan udara tidak i. Isi tekanan udara


bahu tayar. mencukupi. mengikut
ii. Muatan yang berlebihan. spesifikasi.
ii. Minimakan
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 5 drp : 15

muatan.
iii.

2) Kehausan pada i. Sudut kamber yang tidak i. Laras megikut


sebelah tayar. mencukupi. spesifikasi.
ii. Pegas gelung senget. ii. Betulkan kedudukan
iii. Galas roda longgar / haus. pegas.
iv. Lengan kawalan iii. Laras galas roda atau
gantungan longgar atau tukar.
haus. iv. Ketatkan atau tukar.

3) Kehausan i. Imbangan statik dan i. Lakukan imbangan


bertompok(bald dinamik tayar tidak betul. statik atau dinamik.
spots ) ii. Kelegaan berlebihan pada ii. Tukar dan laras galas.
galas roda. iii. Tukar bebola.
iii. Kehausan pada
sambungan bebola dan
sistem gantungan.

4) Hujung tayar i. Perlarasan toe tidak betul. i. Laras toe in mengikut


berbulu ( feathered spesifikasi.
edged )

5) Bunga tayar retak i. Tekanan tayar kurang dan i. Pastikan tekanan


( cracked track ). kelajuan yang melampau. udara mencukupi dan
memandu pada
kelajuan yang
sepatutnya.

b. Tayar yang benjol atau bengkak


NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 6 drp : 15

c. Tayar retak

3.2 Kerosakan Rim

a. Rim bengkok
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 7 drp : 15

b. Rim pecah

BINAAN TAYAR / STRUKTUR TAYAR

Semua kenderaan di jalan raya hari ini menggunakan tayar yang mengandungi
angin. Tayar ini diperbuat daripada campuran getah asli, getah tiruan dan lapisan
talikod yang diperbuat daripada rayon atau nylon. Ada juga sesetengah tayar yang
menggunakan aluminium dan keluli sebagai bahan talikod.

Gambarajah Struktur asas tayar

1. Kumai
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 8 drp : 15

● Memberi kekuatan pada tayar untuk mencekam pada rim serta kedap udara.

2. Pelapik dalam
● Bahagian dalam tayar yang memberi bentuk serta kedap udara.

3. Lapisan luar
● Mempunyai lebih dua lapisan yang dilapiskan di antara satu dengan yang lain
mengikut jenis tayar bagi mengukuhkan struktur tayar.

4. Jenis lapisan
● Menambahkan kekuatan pada dinding tayar dan mengurangkan kesan
pengkusyenan.

5. Bunga tayar
● Memberi sentuhan yang baik dengan permukaan jalan dan melindungi kord
lapisan daripada rosak.Lurah bunga tayar di reka supaya edaran udara dapat
menyejukkan tayar dan menyalurkan air.

JENIS TAYAR PNEUMATIK


NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 9 drp : 15

Tayar kenderaan moden boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : -

1. Tayar bertiub
● Tayar jenis ini digunakan bersama-sama tiub yang sama saiznya
dengan tayar. Tiub diletakkan di dalam tayar dan dipamkan udara melalui injap
tuib untuk memenuhkan udara dalam tayar mengikut spesifikasi.
2. Tayar tanpa tiub
● Kebanyakkan tayar yang digunkan pada masa kini adalah jenis tayar
tanpa tiub. Udara di pam melalui injap yang dipasang pada rim.

JENIS LAPISAN TAYAR

Terdapat tiga jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada
jenis lapisan badannya.

1. Tayar lapisan lintang


● Lapisan tayar ini disusun menyerong dan bersilang antara satu dengan lain.
Lapis-lapis silang ini bersudut 30’ hingga 40’. Tayar jenis ini biasanya lebih
senyap, memberi keselesaan dan kelancaran ketika memandu. Tetapi tayat
jenis ini mempunyai kekurangan ketika melalui selekoh atau membelok ( Lihat
rajah di atas pada bahagian

2. Tayar Jejarian
● Lapisan tayar ini disusun melintang bersudutkan 90’ dengan garisan tengah
bunga tayar. Binaan tayar jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi lebih
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 10 drp : 15

lentur yang menjadikan tayar lebih lancar di pandu dengan kurangnya rintangan
guling dan mempunyai tapak yang baik ( Lihat rajah di atas pada bahagian b ).

3. Tayar lapisan jejarian dan lintang


● Lapisan tayar ini adalah gabungan antara lapisan jejarian dengan lintang.
Tayar jenis ini lebih senyap, selesa, kukuh dan lancar semasa memandu ( lihat rajah
di atas bahagian c ).

SAIZ TAYAR DAN RIM

Spesifikasi Tayar
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 11 drp : 15

JENIS – JENIS RODA

1. Roda keluli tertekan.


Roda ini ialah jenis yang paling banyak digunakan pada kenderaan. Ia mengandungi
cakera keluli tertekan atau terhentak yang dikimpal kepada rim bulat luaran. Rim
mempunyai bahagian tengah yang menurun atau telaga yang membenarkan tayar
dikeluarkan dan dipasang dengan mudah. Ia juga mempunyai bonggol keselamatan untuk
menempatkan kumai tayar, bonggol keselamatan ini akan memastikan bahawa kumai
tayar tidak bergerak dalam arah sisi apabila tayar kurang kembung . Rim juga mempunyai
lubang untuk menempatkan injap tayar
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 12 drp : 15

Cakera keluli pula mempunyai lubang ditengah – tengahnya, untuk membenarkan roda
dipasang ke atas pemasangan hab. Empat atau lima lubang tirus dijarakkan sama jauh
disekeliling cakera, dimana nat cagakkan tirus menengahkan roda diatas pemasangan
hab.

Terdapat juga lekah atau lubang yang dipotong pada cakera yang berdekatan dengan
rim, dengan tujuan untuk membenarkan udara beredar untuk mendinginkan pemasangan
gelendong brek atau cakera brek.

Roda jenis jejari.


Roda jenis ini biasanya digunakan pada kereta lumba atau motorsikal. Ia adalah kuat
tetapi ringan. Ia hanya mempunyai satu nat kunci, dariitu roda dapat ditukar dengan
cepat.

Gamabarajah Roda berjejari

Roda aloi.
Roda jenis ini dibina melalui proses tuangan, ia diperbuat daripada aloi alumunium dan
magnesium. Ianya adalah ringan dan kuat.
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 13 drp : 15

Gambarajah Roda aloi alumunium

SAIZ RODA

Roda biasanya dikenali melalui tiga ukuran iaitu:

2. Lebar rim.
3. Tinggi bebibir.
4. Garispusat rim roda.

Gambarajah Cara mengambil ukuran roda


Tanda pengenalan biasanya dicop pada rim roda. Tandaan lazim seperti 6JJ x 14
merujuk kepada:

6 – 6 inci lebar rim roda.

JJ – tinggi bebibir.

14 – 14 inci garispusat roda


Nota:

Tinggi bebibir boleh dikenal pasti melalui huruf – huruf (J, K, JJ, dsb.). Huruf – huruf ini

merujuk kepada tinggi tertentu, contohnya, bebibir rim ‘K’ ialah setinggi 0.77 inci.

Laporan Pemeriksaan Tayar dan Rim

Pemeriksaan tayar berkala amat membantu agar tayar yang digunakan selamat dan
dapat meminimakan kehausan serta kerosakan tayar akibat penjajaran roda yang tidak
betul dan sempurna. Berikut di bawah adalah contoh yang boleh digunakan pelatih
untuk membina kertas laporan pemeriksaan tayar dan rim.

LAPORAN PEMERIKSAAN TAYAR DAN RIM


NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 14 drp : 15

No. Pendaftaran Kenderaan :……………………………………….

Tarikh : ………………………

TANDAKAN DENGAN X

TIDAK
PEMERIKSAAN KEHAUSAN BUNGA TAYAR BAIK
BAIK

1. SISI

2. TENGAH

3. BAHU

4. BERTOMPOK

PEMERIKSAAN KEROSAKAN TAYAR

1. BENJOL ATAU BENGKAK

2. SISI TAYAR RETAK

PEMERIKSAAN KEROSAKAN RIM YA TIDAK

1. RIM BENGKOK

2. RIM PECAH

Pemeriksaan dilakukan oleh :………………………………………………….

Tanda tangan : …………………………………

SOALAN :

1. Senaraikan jenis-jenis kerosakan tayar.

a. …………………………………………………….

b. …………………………………………………….

c. …………………………………………………….
NO. KOD MTA 2033/K 1/NK 01-03 Muka : 15 drp : 15

2. Namakan dua jenis kerosakan rim.

a. ……………………………………………………..

b. ……………………………………………………..

3. Kenapakah penjajaran roda sangat penting kepada sesebuah kenderaan?

……………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………..

SENARAI RUJUKAN

1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF - BAHAMAN RAJULI

2. MOTOR AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – Anthony E.Schwaller ISBN O-8273-


8354-1

You might also like