You are on page 1of 6

SISTEM PENGHANTARAN KUASA

PENGENALAN

Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin keroda untuk
menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponenasas seperti syaf
putar,syaf pandu, kotak gear, klac,unit kerbeda dan sendi universal.klac mempunyai 3 fungsi
utama:-

Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjinmasih
hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaanberhenti.
Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukarangear untuk
mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.
Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan
enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasakelajuan enjin rendah
Antara fungsi gear adalah seperti berikut:



Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut
keadaandan beban pada kenderaan

Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit

Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear
dalam keadaan neutral

Mewujudkan gear maju, undur dan bebas



Terdapat pelbagai jenis-jenis system penghantaran kuasa seperti
sistempenghantaran automasi manual(AMT), sistem penghantaran
automatik(ATF) dansistem penghantaran boleh laras(CVT).
KLAC

Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem
penghantaran supaya:

- penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancer

- membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancer

- membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak
berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac

Sistem Penghantaran Automatik Manual (AMT)

Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama. Sistem ini juga
merupakanyang pertama dihasilkan berbanding dengan sistem penghantaran kuasa
yang lain dan ianya jugadigunakan sehingga sekarang. Kelebihan sistem ini pula ialah
dapat memberi kecekapan semasa memandu, mudah diselenggara dan
mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini adalahsistem transmisi automotif yang
memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear secara manual.
Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:-

Transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang
membolehkan pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa.

Transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal ) yang
hanyamembenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau
lebih tinggi).
Sistem penghantaran Automatik (AT)

Penghantaran automatic adalah sistem kotak gear automotif yang boleh
menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa
memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual.

Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang
berkuasa,mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear
yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual,
namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik
kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran
automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi
kecekapan kuasa,pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol
gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran
automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol gear,
sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun
mengikut format

P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kananataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh
dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.

Sistem Penghantaran Kuasa Boleh Laras (CVT)

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar
tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai
maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya
membenarkan beberapabilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT
membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu
banjarankelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih baik
daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya
(RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Sistem penghantaran kuasa ini merupakan yang terbaru dan sering digunakan untuk
kenderaan mewah. Tidak ketinggalan juga kenderaan Malaysia seperti proton inspira
juga menggunakan sistem penghantaran boleh laras.

Kebaikan sistem ini ialah sistem transmisi ini boleh memampas untuk mengubah
kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan
mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api. Sistem ini
beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan
gear. Kos pembinaan kotak gear CVT juga lebih murah berbanding kotak gear lain

You might also like