You are on page 1of 10

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan


penyelenggaraan ini yang diberikan oleh pensyarah pada masa yang telah
ditetapkan. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah, Encik
Muhamad Shukri Bin Ismail kerana telah memberi didikan dan tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih
kepada rakan sekelas kerana membantu dalam saya menyiapkan tugasan ini. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberi dorongan dan wang
ringgit untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

~1~

DEFINISI PENYELENGGARAAN
Mengenal pasti jangka hayat sesuatu mesin peralatan atau bangunan agar dapat
tahan lebih lama dan dapat dijaga rapi dengan lebih efisyen bagi mengurangkan
risiko kerosakan sesuatu mesin, peralatan dan bangunan.

Bila perlu diselenggara ?


Dari mula aset mula didaftar, jadual kerja yang perlu dilakukan pada setiap item dan
kekerapanuntuk melakukan kerja tersebut, satu program penyenggaraan boleh
disediakan. Program ini akan memperuntukkan setiap tugasan penyenggaraan yang
terperinci hingga kepada jangka masayang spesifik.Tiga objektif utama yang boleh
dicapai dalam membangunkan program ini ialah:
Penggunaan sumber yang paling cekap bagi manusia dan peralatan.
Kecekapan ko-ordinasi dengan pengeluaran.
Alat ganti yang ekonomi tapi mencukupi.

TUJUAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK (SERVIS)


a.

Supaya pemasangan sentiasa dalam keadaan selamat digunakan

b.

Mengurangkan kos penyelenggaraan

c.

Mengurangkan gangguan bekalan

d.

Dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik dan tahan lama

e.

Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994

~2~

A) TERANGKAN APAKAH JENIS MESIN YANG DIGUNAKAN SERTA FUNGSINYA

ENJIN DIESEL
Enjin ini merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi
melalui kitar diesel. Enjin diesel banyak digunakan pada kenderaan berat
seperti lori, bas dan kenderaan industri.
Enjin diesel lebih cekap berbanding enjin petrol. Ia menukarkan tenaga haba
kepada tenaga mekanikal. Dalam enjin diesel, udara diambil masuk ke
silinder dan dimampatkan. Udara yang dimampatkan menjadi panas dan
apabila hampir pada takat terakhir atas ( T.T.A.) di lejang mampatan,
pemancit akan memancitkan bahan api ke dalam ruang pembakaran untuk
proses pembakaran.

Dalam sistem ini, bahan api perlu ditapis untuk mengelakkan pembakaran

bahan api yang tidak sempurna semasa lejang kuasa.


Sistem penghantaran minyak merupakan sistem yang amat penting dalam
enjin pembakaran dalam kerana sistem ini yang menentukan pembakaran
semasa lejang kuasa.

~3~

Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar
bahan api, yang disuntik ke dalam ruang pembakaran semasa penghujung
lejang mampatan. Ia bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran
udara-bahan api dinyalakan oleh palam pencucuh

KELEBIHAN
Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.
Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Nilai
kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada lori, bas dan kereta adalah
setinggi 45%, serta mungkin akan mencecah 55% pada masa akan datang.
Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara berlebihan.

KELEMAHAN
Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.
Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun, pemasangan
pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel sepunya membantu
meningkatkan kadar pecutan enjin diesel.
Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh dikurangkan
dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel yang lebih bersih (kurang
kandungan sulfur).

B) TERANGKAN APAKAH JENIS PENYENGGARAAN YANG PERLU DILAKUKAN KE


ATAS MESIN TERSEBUT DAN KAEDAH MELAKUKANNYA

~4~

INJIN -SISTEM PELINCIRAN

Periksa paras minyak pelincir menggunakan dipstick, parasnya hendaklah berada


diantara minima dan maksima, tambah jika kurang, gred minyak hendaklah betul

dan sesuai
Tukar minyak pelincir dan penapisnya sekali setiap 6 bulan atau 250 jam mana

yang terdahulu
Periksa minyak penguasa hidrolik (hydraulicgovernor oil), tambah jika kurang, tukar

setiap 12 bulan atau 1500 jam


Pastikan tiada kebocoran pada minyak-minyak diatas.

INJIN -SISTEM BAHANAPI

Periksa paras bahan api (fuel) didalamtangki simpanan dan/atau tangki harian
Periksa dan pastikan fuel transfer pump beroperasi dengan baik
Periksa paip saluran bahanapi dan pastikan tiada kebocoran
Tukar fuel filter setaip 6 bulan atau 250 jam mana yang terdahulu.

SISTEM BAHANAPI

Tukar penapis udara setiap 6 bulan atau 250 jam mana yang terdahulu
Lakukan bleeding jika ada gelembong udaradidalam sistem bahan api dengan
menggunakan bleeding pump yang lazimnya terdapat pada governor. Jika enjin
berjalan tidak normal atau tiba-tiba berhenti adalah disyakki terdapat gelembong
udara di dalam sistem bahan apinya

INJIN -SISTEM PENYEJUK

Periksa paras bendalir penyejuk (air), tambah jika airnya kurang

~5~

Periksa keadaan hos air dari sebarang keretakandan kebocoran terutama semasa

enjin panas
Tukar bendalir penyejuk jika terlalu kotor
Penggunaan coolant adalah disyorkan
Periksa dan bersihkan radiator
Periksa keadaan tali kipas, tegangkan jika kendur, tukar jika terdapat keretakan yang
serius

C) SEDIAKAN

CONTOH

SENARAI

PENYENGGARAAN MESIN

~6~

SEMAK

BAGI

KERJA-KERJA

~7~

KESIMPULAN

~8~

Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu fungsi yang perlu di beri


keutamaan. Kerja penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan rosak-baiki
hendaklah dielakkan kerana tidak ekonomik. Diperingkat awal perancangan
perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan melibatkan kewangan yang
tinggi

tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan

praktikal. Penilaian objektif perlu dibuat sebelum keputusan di ambil samada


menggunakan perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana kaedah
yang dipilih hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan
keselesaan. Tanpa memberikan penekanan kepada perkara-perkara di atas
penyenggaraan sesuatu aset tidak lengkap dan keberkesanannya akan terjejas.

RUJUKAN

~9~

https://www.scribd.com/doc/76868349/SENGGARAAN-JANAKUASA
http://elektrikaldanaircon.blogspot.my/2013/04/pengenalan-kepada-sistemjanakuasa.html
http://www.slideshare.net/waleslie/sistem-bahan-api-diesel
https://www.scribd.com/doc/76868349/SENGGARAAN-JANAKUASA
https://www.scribd.com/doc/106089194/07-04-MENJALANKANPENYELENGGARAAN-MESIN
http://ecmweb.com/site-files/ecmweb.com/files/uploads/2013/10/Typicaldiesel-maintenance-schedule.jpg

~ 10 ~

You might also like