You are on page 1of 9

Selasa, 22 Mei 2012

SISTEM BAHANAPI (FUEL SYSTEM)






Rajah 1 : Fuel system overview



Sistem bahan api bertujuan membekalkan bahan api sepenuhnya daripada tangki ke
karburator mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi dengan baik dan
sempurna. Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini iaitu pam bahan api
elektronik dan pam bahan api mekanikal.


Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam
jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin Mini dan beberapa
jenis lagi model kereta buatan eropah. Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan
pada kebanyakkan kereta terkini kecuali enjin pancutan bahan api elektronik.
Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen yang sering berfungsi pada setiap
masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan
berfungsi dengan sempurna. Antara kerosakan atau masaalah yang sering dialami adalah
seperti :-


1 Pam gagal menghantar bahan ke karburator
2 Pam tidak dapat membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.


1 Pam gagal menghantar bahan api ke karburator



Pam didapati tidak dapat menyedut petrol daripada tangki.



Jika berlaku keadaan sebegini, ia disebabkan oleh gegendang terkoyak atau bocor atau
pegas telah lemah dan tidak mampu menarik gegendang dengan kuat untuk menyedut
petrol daripada tangki. Lengan jumpelang pam yang terlalu pendek pun akan
mengakibatkan tunjal gegendang tidak bergerak dan tiada vakum di capai untuk
menyedut petrol daripada tangki.


Kebanyakkan pam bahan api masa kini adalah jenis pasang terus dan tidak dapat dipisah-
pisahkan komponennya. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membuka
pam bahan api tersebut daripada enjin, dan gantikan dengan yang baru. Pastikan lengan
jumpelang sama panjang dengan yang lama.


Adakah tidak terdapat bekalan bahan api yang cukup didalam tangki.



Apabila pam gagal menghantar bahan api ke karburator pastikan sama ada terdapat tangki
bekalan bahan api di dalam atau tolok bahan api rosak dan sentiasa menunjukkan
petunjuk ke arah 'F'.
Jika tiada bekalan, masukkan bahan api ke dalam tangki, perhatikan dan pastikan
penunjuk pada tolok. Jika penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang
dimasukkan ke tangki, itu menunjukkan tolok berada dalam keadaan baik. Sebaliknya,
jika penunjuk tidak berubah, anda perlu mengeluarkan tolok bahan api untuk di baiki
atupun ditukar dengan yang baru jika perlu.


Kemungkinan penapis bahan api tersumbat.



Bahan api petrol yang dimasukkan ke dalam tangki bahan api selalunya mengandungi
habuk, debu dan air. Bahagian dasar tangki pula, sudah lama digunakan, terdapat kerak
karat yang kemudiannya akan disedut oleh pam bahan api melalui penapis petrol. Inilah
yang menyebabkan penapis tersumbat. Jika ini berlaku, keluarkan penapis bahan api
daripada enjin dan semburkan dengan udara bertekanan


tinggi secara bertentangan dengan pengaliran bahan api dalam sistem bahan api sesebuah
enjin tersebut.




2 Pam tidak membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.



Adakah penapis bahan api berfungsi dengan sempurna.



Penapis bahan api yang tidak dibersihkan daripada sebarang kotoran akan menyebabkan
pelampung dilaras terlalu rendah lalu menyebabkan injap tertutup terlau awal. Ini
menyebabkan bekalan untuk karburator berfungsi dengan baik tidak akan mencukupi.
Jika ini berlaku, baraikan karburator dan laraskan pelaras lengan pelampung dalam
keadaan lurus. Sebelum mamasang semula komponen, tiub saluran petrol pada karburator
dengan udara bertekanan tinggi. Pasangkan gasket baru untuk mengelakkan kebocoran
petrol semasa karburator beroperasi.


Selepas karburator siap dipasang pada enjin, hidupkan enjin dan perhatiakan aras minyak
petrol dalam mangkuk pelampung yang boleh dilihat daripada bahagian tepi karburator
melalui kaca penglihatan. Aras bahan api hendaklah sekurang-kurangnya separuh penuh
dalam mangkuk pelampung. Jika terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan bahan api
membanjiri karburato



























PROSES BAIKPULIH CYLINDERHEAD


Langkah langkah proses baik pulih

Diantara langkah langkah yang dilakukan dalam proses baik pulih cylinderhead adalah bergantung
kepada jenis kerosakkan yang dialami oleh cylinder head itu sendiri.Sekiranya ia mengalami
overheatting,ia perlu menjalani proses baik pulih dari peringkat awal iaitu


Air pressure test





Proses ini adalah proses untuk memastikan bahawa cylinderhead tiada mengalami kebocoran yang
boleh menyebabkan ia di kira lupus dan tidak boleh dibaiki lagi.Permulaan proses adalah dengan
menutup kesemua lubang lubang laluan air untuk memastikan semasa ia direndam dalam takungan air
nanti tiada udara keluar selain dari tempat tempat yang mengalami keretakkan.Udara mampat yang
berkapasiti 40 hingga 60 bar akan dipam masuk kedalam cylinderhead.Sekiranya terdapat keretakkan
atau ada kebocoran pada bahagian yang tidak sepatutnya bocor,udara mampat tadi akan keluar melalui
tempat itu dan dengan itu dapatlah dipastikan samada cylinder head itu maseh boleh digunakan atau
sebaliknya.

Memeriksa kerosakkan

Setelah proses air pressire test siap dan cylinderhead dalam berkeadaan boleh digunakan semula,maka
pemeriksaan kerosakkan akan dilakukan secara manual.Kebiasaannya cylinderhead yang mengalami
overheatting ia akan meninggalkan kesan yang agak ketara terutama pada bahagian valve seat.Dengan
itu pemeriksaan akan tertumpu pada bahagian valve seat,valve guide dan valve untuk memastikan
samada ia maseh boleh digunakan lagi atau perli diganti.

Valve seat



Imej yang bertanda anak panah merah diatas adalah imej apa yang dikatakan valve seat.Ia berfingsi
sebagai tapak atau tempat duduk kepada pasangannya iaitu valve.Cylinder head yang mengalami
overheatting yang melampau akan mengakibatkan kedudukan dua bahagian akan berubah sedikit iaitu
valve seat dan valve guide dimana inilah punca utama sesebuah enjin mengalami apa yang dikatakan
"Lost compression" atau kehilangan daya kuasa pecutan.

Valve









Valve adalah pasangan kepada valve seat seperti gambarajah diatas.Dalam satu ruang selinder piston
ada yang terdapat 2,3,4 atau 5 batang valve dimana ia dibahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk exzoz dan
intake.Berlakunya overheatting akan menyebabkan valve dan valve seat pada bahagian exzoz akan
mengalami kerosakkan yang agak teruk dibandingkan dengan intake.Jadi proses baik pulih valve akan
dilakukan sekiranya ia maseh boleh digunakan semula dan hasilnya seperti apa yang anda lihat diatas.

Valve guide





Valve guide berfungsi sebagai panduan kepada valve agar valve berkedudukan stabil semasa ia
berfungsi buka dan tutup.Ia perlu diganti sekiranya apabila valve terlalu goyang.Cara untuk menguji
samada ia perlu diganti atau tidak ialah dengan memegang bahagian kepala velve yang berbentuk
seakan akan payung dan gerakkan ia kekanan dan kekiri.Sekiranya terlalu valve terlalu goyang maka ia
perlu diganti.

Baikpulih valve seat



Valve seat perlu dibaik pulih semula apabila kesemua bahagian yang rosak tadi sudah siap diganti
semula dengan yang baru.Ini bergantung kepada keadaan valve seat itu sendiri,sekiranya terlalu rendah
atau tenggelam ia perlu diganti dengan yang baru kerana sekiranya valve seat terlalu tenggelam ia akan
meninggalkan kesan juga kepada enjin.


Graind valve / lapping























Proses lapping atau lebih dikenali dikalangan kita dengan nama graind valve Proses ini bertujuan untuk
memastikan valve seat dan valve dapat duduk dengan rapat dan tiada kebocoran apabila proses vacum
tester dilakukan.Satu lagi cara yang digunakan untuk mengesan kebocoran adalah dengan menuang
minyak petrol keatas permukaan valve dan sekiranya terdapat kebocoran minyak tadi akan berkurangan
kerana meresap masuk kedalam ruang exzoz atau intake.

Skimming / memotong permukaan cylinderhead



Skimming adalah proses yang terakhir sekali dilakukan sebelum ia dipasang semula pada enjin.Bertujuan
untuk meratakan semula permukaan yang melengkung akibat dari kesan overheatting tadi.Cylinderhead
mempunyai tanda limit maksimum sampai tahap mana ia boleh digunakan setelah dipotong.Sekiranya
melebihi tahap maksimum,enjin akan lebih cepat panas dan risiko untuk mengalami overheatting semula
amat tinggi

You might also like