You are on page 1of 12

SISTEM

BAHANAPI
PETROL
PENGENALAN
Petrolataugasolinialah campurancecair bahan apiyang diperolehi
daripada petroleumyang terdiri terutamanya
daripadahidrokarbonalifatik dan ditambah dengan hidrokarbon
aromatik sepertitoluena,benzenaatau iso-oktanauntuk
meningkatkanpenarafan oktana, digunakan secara meluas sebagai
bahan api bagienjin pembakaran dalam. Formula lazim bagi petrol
ialah C8H18.
Sebelumenjin pembakaran dalamandicipta pada pertengahan abad
ke-19, minyak petrol dijual di dalam botol kecil sebagai rawatan
terhadapkutudan telurnya. Pada masa tersebut,
perkataanPetrolmerupakan satucap dagangan. Rawatan sebegini
tidak lagi digunakan berikutan risikokebakarandandermatitis
Di A.S., petrol juga dijual sebagak cecair pembersih kesan minyak
dan gris pada baju. Sebelum stesen minyak didirikan, pemandu
kereta membeli minyak petrol di dalam tin untuk mengisi tangki
minyak mereka.
FUNGSI SISTEM
BAHANAPI
Fungsi sistem bahanapi ialah untuk
membekalkan campuran udara dan bahanapi
yang berterusan kepada enjin pada nisbah yang
bersesuaian dengan semua kendalian.
Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan
tersebut seperti kelajuan enjin, beban, suhu dan
reka bentuk enjin.
Didalam sistem bahanapi, karburetor memainkan
peranan yang penting sekali mendapatkan
nisbah campuran udara dan bahanapi yang
sesuai dengan keadaan kendalian enjin.
KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM
BAHANAPI
Sistem bahanapi terdiri daripada:

Tangki bahanapi
Pam bahanapi
Penapis bahanapi
Saluran bahanapi
Penunjuk bahanapi
Saring udara
Karburetor
Pancarongga kemasukan
TANGKI BAHANAPI.
Bagi enjin hadapan, tangki bahanapi biasanya
diletakan dibahagian belakang, manakala kereta
berenjin belakang pula tangki diletakan dibahagian
hadapan. Kedudukan tangki bahanapi pada
kenderaan adalah sangat penting. Tangki ini
mestilah terlindung dari lentingan batu-batu dan
tidak mudah meletup bila berlaku sesuatu
kemalangan. Pada umumnya sesebuah tangki
dapat diisikan dengan bahanapi sebanyak 25
hingga 70 liter. Ini bergantung kepada besar atau
kecilnya sesebuah kenderaan.
Air mungkin wujud didalam tangki yang tidak
diisi tidak penuh. Wap air terkandung didalam
udara yang terperangkap akan terpeluhwap
dan mengalir ke bahagian bawah tangki. Air
merbahaya kepada enjin, tangki perlu
dibersihkan.

Tangki bahanapi diperbuat daripada kepingan


keluli yang nipis dan disadur supaya ianya tidak
berkarat. Dibentuk bersekat-sekat bagi
mengurangkan bahan api berkocak. Ianya
diskrukan pada rangka kenderaan.
Salur masuk tangki ditutup dengan satu
penutup yang berkunci, mempunyai lubang
membolehkan udara masuk atau keluar apabila
bahanapi mengembang atau menguncup.

Tangki bahanapi juga dilengkapkan dengan unit


penghantar untuk menunjukan kandungan
bahanapi yang ada didalam tangki. Dibahagian
bawah tangki disediakan satu lubang yang
tertutup (palam buang minyak) untuk
mengalirkan keluar bahanapi atau untuk
mencuci tangki bila perlu.
PAM BAHANAPI
Lazimnya tangki bahanapi terletak lebih rendah
daripada karburetor oleh itu pam bahanapi
diperlukan bagi menyedut bahanapi dari tangki
dan menghantarnya ke karburetor. Ianya
dipasangkan diantara tangki bahanapi dan
karburetor. Terdapat dua jenis pam bahanapi yang
popular digunakan pada masa kini iaitu :
Pam jenis mekanikal
Pam jenis elektrik
Pam jenis mekanikal
Pam jenis ini digerakkan oleh aci
sesondol (cam shaft). Pada
kebiasaannya pam jenis ini dipasang
samada di kepala selinder atau di
selinder blok.
Pam jenis eletrik
Pam jenis ini digerakkan dengan
bantuan kuasa letrik dari bateri.
Ianya ditempatkan samada di dalam
ruang enjin atau di belakang
berdekatan dengan tangki bahan api.
Pam ini hanya akan berfungsi bila
suis penyalaan diON.
PENAPIS BAHANAPI
Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran
yang terdapat dalam bahan api dari masuk ke pam atau
ke karburetor. Tempat dimana penapis bahan api
dipasangkan adalah berbeza-beza dari satu kenderaan
dengan kenderaan yang lain. Pada kebiasaannya
penapis bahan api di pasangkan diantara pam bahan
api dan tangki bahan api. Terdapat dua jenis penapis
bahan api iaitu jenis ceramic dan jenis katrij (elemen
kertas-buang terus). Kebanyakan kenderaan sekarang
menggunakan penapis jenis katrij. Tidak perlu servis,
hanya buat penggantian apabila telah sampai waktu
penyenggaraan yang disyorkan

You might also like