You are on page 1of 6

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS TEKNOLOGI AUTOMOTIF

TAJUK MODUL 14.00 REPAIR AUTOMATIC TRANSMISSION SYSTEM

TAJUK SUB MODUL 14.03 SERVICE TORQUE CONVERTER

Service torque converter berpandukan servis manual menggunakan peralatan dan


OBJEKTIF PRESTASI / bahan yang sesuai supaya torque converter kenderaan berfungsi dan beroperasi
Performance Objective (PO) dalam keadaan optimum mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M14/HP(3/6) MUKA : 01 DRP : 06


NAMA NO. K/P

TAJUK : KOMPONEN TORQUE CONVERTER

TUJUAN :

Torque converter digunakan untuk memindahkan dan menggandakan nisbah


dari enjin dengan menggunakan minyak sebagai panggerak tenaga serta
mengurangkan kegelinciran semasa pemindahan drive dari enjin.

PENERANGAN :

BINAAN ASAS

Torque converter terdiri daripada pump impeller, yang dipandu oleh


crankshaft, turbine yang disambung ke transmission input shaft. Stator, dimana ia
dipasang ke tranmission case, bersama one way clutch, stator shaft dan
converter case.
Converter dipenuhi dengan minyak gearbox yang dibekalkan oleh oil
pump, minyak tersebut mengalir keluar malalui pump impeller dengan tekanan
yang tinggi dan memutarkan turbine. Torque converter terbahagi kepada enam
bahagian iaitu : -

1) Torque converter hausing.


2) Impeller.
3) Turbine.
4) Stator.
5) One way clutch/Overruning Clutch.
6) Lockup Clutch converter.
KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M14/HP(3/6) MUKA : 02 DRP : 06

TORQUE CONVERTER HOUSING

Semua bahagian torque tertutup dan terselindung di dalam hausing torque


converter. Torque converter hausing di ikat pada flexplate, dimana ia ikat
bersama ke crankshaft. Gabungan flexplate dan torque converter yang
bertindak sebagai flywheel di dalam gearbox automatic. Gambarajah flexplate
adalah seperti berikut : -

TORQUE CONVERTER

TORQUE CONVERTER

Torque converter mengambilalih tempat clutch. Ia membenarkan kenderaan


dalam keadaan idle semasa berhenti. Ia juga mengadakan kegelinciran pada
permulaa pemecutan untuk mengelakan enjin terhenti/stall. Operasi pada fluid
coupling boleh digambarkan pada dua kipas dan minyak digunakan sebagai
pemindah pergerakan yang digambarkan oleh angin dari kipas tadi. Apabila
kipas utama berpusing iaitu dipanggil pemacu/driving fan, kipas kedua juga
berpusing dan kipas kedua dipanggil kipas dipandu/driven fan. Ini berlaku
kerana kipas kedua menerima tenaga angin daripada kipas utama. Ada dua
bahagian di sambung sebagai perumah yang mengadungi fluid coupling di
dalam torque converter. Satu bahagian dipanggil pemacu impeller atau
pump. Satu bahagian lagi dipanggil dipacu/driven iaitu turbine. Pump
automatic transmission membolehkan minyak mengalir dan mengadakan
tekanan ke impeller. Seperti gambarajah dibawah : -

ASAS OPERASI TORQUE CONVERTER


KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M14/HP(3/6) MUKA : 03 DRP : 06

OPERASI TORQUE CONVERTER

Turbine mempunyai spline pada tengahnya yang bertemu pada input shaft dari
automatic transmission. Converter impeller adalah sebahagian daripada torque
converter hausing. Apabila impeller berpusing semasa kelajuan melahu/idle
speed, minyak terkeluar daripada impeller ke turbine ( ke bahagian yang
dipacu/driven part pada torque converter ) Tenaga emparan pada putaran
torque converter juga menyebabkan minyak terkeluar ke bahagian luar
housing. Seperti gambarajah dibawah.

IMPELLER

Impeller terletak pada bahagian yang berlainan, ia adalah lapisan fluid


coupling. Impeller adalah separuh daripada bahagian belakang pada torque
converter hausing. Impeller juga dipanggil pump kerana ia menolak atau
mengepam minyak kedalam torque converter hausing. Minyak akan secara terus
ke hadapan dan kebelakang pada turbine.
Walaubagaimanapun impeller sebenarnya bukan nya satu pump, kerana
di dalam automatic tranmission terdapat satu pump yang ditempatkan
berasingan untuk mengdakan tekanan hydraulik. Gambarajah dibawah
menunjukan gambarajah impeller.

TURBIN
E

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M14/HP(3/6) MUKA : 04 DRP : 06


TURBINE

Turbine berputar dalam bahagian hadapan didalam perumah torque


converter. Minyak daripada impeller di pam masuk kedalam curved vanes yang
berada atas pada bahagian luar turbine. Pengaliran minyak menolak turbine
menyebabkan turbine berputar. Input shaft juga turut berputar kerana splined
yang bertemu pada turbine hub. Pada belakang input shaft menyambung ke
gear. Semasa turbine berputar minyak akan berputar dan mengalir ke bahagian
tengah. Dari bahagian tengah turbine,minyak minyak akan melalui terus ke stator.

GAMBARAJAH TURBINE

STATOR

Stator dipasang diantara impeller dan turbine bagi menghantar pengaliran


minyak. Di dalam torque converter terdapat blades berbentuk curved jadi minyak
automatic keluar mengalir mengikut bentuk/angle pada turbine. Ini menghasilkan
daya kilas yang meningkat. Fluid coupling dibuat dengan blade lurus tidak akan
menghasilkan daya kilas yang tinggi.
Semasa engin hidup, enjin flywheel akan memutarkan pam, menghasilkan
tekanan didalam torque converter dan gearbox. Minyak di dalam torque
converter berputar dalam bentuk/corak. Corak yang bergelung adalah pengalir
minyak yang dipanggil pengaliran “vortex”. Seperti gambarajah dibawah : -

GAMBARAJAH RUPA BENTUK STATOR

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M14/HP(3/6) MUKA : 05 DRP : 06


Daripada permulaan tegak, minyak melalui sudut sirip yang tajam. Turbine hanya
boleh dipacu berputar mengikut arah jam, akan tetapi minyak mengalir daripada
arah lawan jam. Jika minyak dapat melalui impeller, ini membolehkan ia cuba
memberhenti ia daripada berpusing. Stator memerangkap minyak yang keluar
daripada turbine dan menghantar pengaliran minyak. Apabila minyak berada di
dalam stator ia akan memdesak impeller, mengikut laluan yang sama dan
berlaku daya pemecutan pada impeller.
Pada torque converter di pasang split ring pada sirip turbine dan
impeller. Ini membolehkan minyak mengalir dalam corak yang
halus/smooth. Tanpa slip ring, pengaliran pada bahagian tengah converter
terjadinya pergolakan dalam tempoh semua penambahan daya kilas.

Stator clutch adalah clutch satu arah/one way clutch, Ia juga dipanggil
“overruning clutch”. Ia terkunci dalam satu arah dan bebas pada satu
arah. Apabila minyak terdesak pada sudut stator yang paling tinggi, stator clutch
satu arah akan terkunci, menyekat putaran pada stator. Apabila kelajuan pada
turbine mula mencapai kelajuan pada impeller, stator tidak perlu pengaliran
minyak yang terlalu lama. Kenyataannya, penghantaran minyak pada masa ini
hanya menyebabkan turbine beroperasi semula. Ini membenarkan stator
berfungsi sebagai ala sistem brek pada enjin. Untuk menangani masalah ini stator
one way clutch berkeadan bebas/freewheel.
Ini membolehkan stator,impeller dan turbine bergerak bebas bersama
kepulan minyak yang saat itu mengalir secara berputar ( tanpa vortex ). Walau
bagaimanapun, terdapat sedikit pengaliran bercorak vortex kerana kelajuan
turbine mencapai kelajuan coupling/”coupling speed”. Pada saat ini semua
komponen converter dan ATF bergerak sebgai satu unit.
Converter tidak akan beroperasi dengan memuaskan untuk menghantar
kuasa pada enjin, sekiranya kelajuan coupling tidak mencapai ke tahap 2300
rpm. Apabila kelajuan turbine 9/10 rpm pada impeller,tiada lagi pertambahan
daya kilas.

ARAH PERGERAKAN STATOR

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M14/HP(3/6) MUKA : 06 DRP : 06


LOCK UP CONVERTER

Kenderaan moden mempunyai lock up torque converter. Mengikut kebiasaan


torque converter, sebenarnya kelajuan coupling hanya berlaku apabila kenderaan
menaiki bukit. Pada ketika ini keadaan coupling diantara enjin terhenti memacu
roda dan dimana roda mula memacu enjin. Selebihnya 10% tenaga dihasilkan
oleh gelinciran antara impeller dan turbine. Gelinciran ini menyebabkan
berlakunya pemotongan minyak pada gearbox dan menjejaskan ekonomi
penggunaan petrol dan kepanasan meningkat. Sesetengah gearbox tidak akan
mengunci converter sehingga lah ia mencapai tahap gear tinggi atau
overdrive. Pada gearbox yang jenis terbaru mempunyai pengunci di semua tahap
gear.
Dalam lock-up converter /pressure plate berada di belakang pengunci
turbine pada bahagian converter hausing. Ini membekalkan satu jalinan mekanikal
antara crankshaft dan gearbox input shaft bagi mengelakan kegelinciran didalam
converter. Bagi mengunci impeller dan turbine, minyak mengalir terus ke arah
satu bahagian pada pressure plate dan keluar daripad bahagian lain

RUJUKAN:

01) Automotive Service Inspection.


Maintenance. Repair Second Edition.Tim Gilles

You might also like