You are on page 1of 6

SOALAN 2

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan
kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

a. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah
lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;

Pusat Pemprosesan Maklumat


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Aras Tanah, Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

b. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

c. Mengira cukai pendapatan.

d. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

e. Membayar cukai kena dibayar.

Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP,
sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

a. Borang EA/EC,

b. Baucar dividen,

c. Resit premium insurans,

d. Resit pembelian buku,

e. Resit perubatan,

f. Resit derma,
g. Resit pembayaran zakat,

h. Sijil kelahiran anak,

i. Sijil nikah,

j. Dokumen-dokumen sokongan lain.

k. Helaian kerja (jika ada)

l. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP
tersebut telah dikemukakan.

Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan
penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai
pendapatan perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang
bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.

Tanggungjawab Majikan

Daftar Fail E selepas mendaftar Fail C/OG/D atau lain-lain

Dapatkan dan lengkapkan Borang E

Hantar Borang E (e-E) sebelum/pada 31 Mac melalui e-Filing

Lapor pendapatan pekerja (tunai dan buka tunai) dalam Penyata Saraan Daripada
Penggajian (EA/EC)
Kemaskini butiran dan alamat pekerja

Simpan dokumen/rekod selama 7 tahun

Potongan Cukai Bulanan (PCB) mesti dipotong daripada saraan pekerja dan diremitkan
sebelum / pada 15hb bulan berikutnya (guna e-PCB/e-Data PCB/ Kalkulator PCB)

Lapor pekerja baharu dalam tempoh 30 hari

Lapor pemberhentian pekerja pekerja dalam tempoh sebulan dan tahan bayaran (jika ada)
bagi kes :

Pekerja akan bersara

Pekerja meninggal dunia

Pekerja akan meninggalkan Malaysia (jika melebihi 3 bulan)

Pekerja tertakluk kepada skim PCB tidak diremit/tidak dipotong

Tahan bayaran kepada pekerja (jika ada) sehingga Sijil Penyelesaian Cukai dikeluarkan

Maklum kepada pekerja untuk kemukakan :

Borang TP1 - Tuntutan potongan dan rebat individu

Borang TP2 - Tuntutan manfaat berupa barangan dan nilai tempat kediaman

Borang TP3 - Maklumat berkaitan penggajian dengan majikan terdahulu dalam tahun
semasa
RUJUKAN

http://www.hasil.gov.my/

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?
bt_kump=50&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=1&bt_sequ=1

You might also like