You are on page 1of 34

MEJA KIMPAL BERLACI

(DRAWER WELDING
TABLE)
NAMA AHLI KUMPULAN;
1) EFFENDI BIN MOHAMAD ESA
2) AIMAN AMIRUL ASYRAF BIN AIZIL
3) MUHAMAD AHZA BIN SAFINI@SAFIHI
NAMA PENSYARAH;
PENGENALAN
Sebelum memulakan kerja berkumpulan ini, perbincangan antara kami telah
diadakan bersama-sama bagi mendapatkan idea yang sesuai untuk direalisasikan
sebagai projek semester akhir.

Melalui perbincangan dan pemerhatian yang dibuat, salah seorang rakan


atau ahli kumpulan kami telah memberikan idea untuk menginovasikan meja
kimpal di bengkel. Setelah memikirkan ini, nama projek ialah “DRAWER WELDING
TABLE”.

Bagi memastikan cadangan idea ini dapat diteruskan dengan jayanya, kami
berjumpa penyelia untuk dijadikan tempat rujukan supaya beliau setuju.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam bengkel Teknologi Kimpalan, meja kimpal yang disediakan bagi
mengimpal untuk mesin SMAW(SHIELDED METAL ARC WELDING) telah digunakan
begitu lama dan tiada penambahbaikan ataupun pembaharuan.

Dengan ini, kami bercadang untuk membuat projek Meja Kimpal Berlaci yang
dapat membantu pengguna atau murid lain untuk mengimpal dengan meja
kimpal yang sudah ditambahbaikan. Dengan projek Meja Kimpal Berlaci ini, kami
dapat membantu pengguna dengan memberi keselesaan semasa mengimpal.

Selain itu, Meja Kimpal Berlaci ini terdapat kekurangan iaitu tidak boleh
mengimpal bagi kedudukan 6G.
PENYATAAN MASALAH
1) Alatan tangan bersepah di meja kimpal semasa melakukan
proses mengimpal.
2) Alatan tangan rosak atau tidak tahan lama.
3) Alatan tangan tiada di meja kimpal semasa ingin
menggunakannya.
OBJEKTIF
Sebelum perlaksanaan projek ini, matlamat dan tujuan telah difikirkan sebelum
membuat projek ini. Perkara ini bertujuan untuk menginovasikan sesuatu projek
mengikut kriteria yang dikehendaki.

Penghasilan ‘DRAWER WELDING TABLE‘ ini ialah untuk memudahkan pengimpal


mengambil alatan semasa proses kerja mengimpal. Terhasilnya projek ini ialah dari
permasalahan yang terdapat pada alatan tangan yang susah untuk diambil semasa
mengimpal dan alatan tidak tahan lama. Antara objektif yang telah diringkaskan adalah
seperti berikut :

i) Merekabentuk meja kimpalan yang boleh dilaras mengikut kesesuaian dan dapat
memenuhi keselesaan pengguna.

ii) Memudahkan pengguna untuk mengambil alatan.

iii) Mengelakkan alatan rosak semasa proses mengimpal.


KEPENTINGAN KAJIAN
Setiap projek juga mempunyai latar belakang dan kepentingannya tersendiri.
Oleh itu, ini adalah antara beberapa kepentingan yang kami dapati dalam projek
ini . Antaranya :

1. Memudahkan pengguna untuk mengimpal

2. Memberi keselesaan pengguna semasa mengimpal

3. Ciri keselamatan yang selamat

4. Mengurangkan kadar kerosakan alatan


SKOP PROJEK

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi
memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin
dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau
matlamat projek. Oleh itu, projek ini mestilah tidak melampaui matlamat dan
fungsinya. Antara skop yang dicapai adalah :

I. Memudahkan pengguna mengambil alatan semasa proses mengimpal.

II. Meja kimpal ini bersesuain dengan meja kimpal di bengkel

III. Mengkaji terhadap reka bentuk projek untuk mendapatkan reka bentuk yang
bersesuaian.
KONSEP KAJIAN

Projek Meja Kimpal Berlaci ini merupakan projek yang mudah menyimpan
barang alatan tangan. Bukti kenapa projek ini mudah menyimpan barang kerana
terdapat ruang dibawah meja iaitu laci untuk menyimpan segala alatan tangan
yang digunakan semasa melakukan projek. Selain itu, salah satu kelebihan Meja
Kimpal Berlaci kerana untuk menjaga alatan tangan supaya tidak mengalami
kerosakan semasa mengimpal.
METODOLOGI

Terdapat pelbagai pendekatan yang perlu diambil kira bagi tujuan untuk
mencapai objektif kajian ini. Selain daripada kajian literatur, tatacara, jadual
perancangan kerja (Gantt Chart), pemilihan bahan dan peralatan yang digunakan
bagi menjalankan projek ini juga perlu dikaji dengan tepat bagi memastikan
projek berjalan dengan lancar dan sempurna.
Metadologi ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

i. Mengumpul data dan maklumat berkaitan dengan kajian.

ii. Menerangkan secara ringkas bagaimana kaedah-kaedah atau tatacara yang


digunakan bagi menjalankan projek.

iii. Menyediakan jadual perancangan kerja ( Gantt Chart ) sepanjang semester


berdasarkan takwim projek semester.

iv. Menyenaraikan bahan mentah dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan


bagi menjalankan projek.

v. Menganggarkan jumlah kos yang bakal terlibat dalam penghasilan projek.


FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK

Dalam proses mereka bentuk memerlukan beberapa faktor yang melibatkan


pengguna, persekitaran, peralatan dan keselamatan. Dalam faktor pengguna ia
dapat memudahkan pelajar atau pengimpal untuk mengimpal. Meja ini dapat
membantu pengimpal atau pelajar untuk mengimpal dalam keadaan selesa tanpa
perlu mengalihkan alatan sebelum memulakan kimpal semula.
PERANCANGAN KERJA
PROSES KERJA
CARTA ALIR OPERASI

Mengimpal bahan

Menguji kerja kimpal


KOS PROJEK
BILL OF MATERIAL ( BOM )

BIL BAHAN UKURAN/KUANTITI HARGA(RM)


1 FLAT BAR 45cmX35cm(2) RM40.00
2 ANGLE BAR 45cm(4) RM24.00
3 STEEL BAR 15cmX35cm(2) RM15.00
4 MILD STEEL PIPE 150cm(1) RM59.00
5 STEEL BAR 45cmX35cm(2) RM35.00
6 BOLT DAN NUT 20CM(2) RM6.00
7 RODA 2 RM20.00
8 MATA PENCANAI 3 KEPING RM3.60
9 ELEKTROD E7013 12 BATANG RM5.00
10 BLACK SPREYER 2 BOTOL RM18.00
    JUMLAH= RM225.60
KOS UPAH
Untuk menyiapkan projek ini,upah untuk menjalankan projek adalah
kepada pelukis plan dan kos upah pemotongan bahan
BIL PERSONEL KOS JUMLAH
1 PELUKIS PLAN RM150.00 RM150.00
2 KOS MESIN RM35.00 RM35.00

    JUMLAH= RM185.00

JUMLAH KESELURUHAN
Jumlah kos BILL OF MATERIAL ( BOM ) dan kos upah adalah;

BIL JENIS KOS JUMLAH

1 KOS BOM RM225.60

2 KOS UPAH RM185.00

  JUMLAH= RM410.60
PENEMUAN, ANALISIS DAN HASIL PROJEK
Dalam bab ini, pengkaji akan menguji keberkesanan projek yang dihasilkan .
Penemuan dan analisis ini dapat dijadikan panduan bagi membina sebuah alat
yang lebih baik dan dapat menjamin keselamatan pengguna.
PENEMUAN HASIL PROJEK

Semasa menjalankan proses pembuatan Meja Kimpal Berlaci sehinggalah


proses mengecat dan menguji keberkesanan projek terhadap pengguna.Terdapat
beberapa penemuan yang baik untuk ditonjolkan bagi melihat kelebihan dan
kemampuan projek tersebut. Penemuan hasil projek ini akan memberikan kesan
kepada pengguna berkaitan cara penggunaannya dengan betul. Perkara yang
lebih penting ketika menghasilkan sesuatu projek adalah tentang faktor
keselamatan ketika mengendali projek.Oleh itu, seperti mana yang kita
ketahui ,setiap projek yang dilaksanakan akan adanya kelebihan dan
kekurangannya tersendiri . Berikut terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan
projek Meja Kimpal Berlaci.
KELEBIHAN DAN KEBURUKAN

Kelebihan Meja Kimpal Berlaci; Kekurangan Meja Kimpal Berlaci;


1 ) Memudahkan pengguna mengambil alatan semasa 1) Tidak boleh mengimpal paip kedudukan 6G
mengimpal
2 ) Memerlukan tenaga yang cukup untuk
2 ) Menjimatkan ruang diatas meja kimpal memindahkan meja
3 ) Mengelakkan kerosakan alatan tangan
Analisa Projek

Keberkesanan Projek Meja Kimpal Berlaci

Di bengkel tiada meja kimpal yang berlaci, Dengan ini, projek Meja Kimpal
Berlaci dapat memberi keselesaan kepada pengguna, membantu mengurangkan
kerosakan alatan tangan yang digunakan semasa proses mengimpal dengan
menyediakan tempat untuk meletakkan alatan di bawah meja tersebut.
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

PERBINCANGAN

Tujuan utama proses ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna
ataupun pengimpal semasa menggunakan Meja Kimpal Berlaci ini. Selain itu,
meja ini dapat mengurangkan kerosakan di bengkel dengan menyimpan alatan
tangan di laci dan mengambilnya semasa hendak digunakan. Melalui
pemerhatian, ramai yang tidak selesa menggunakan meja kimpal di bengkel
kerana kekurangan ruang di atas meja kimpal dan selalu alatan tangan jatuh
semasa melakukan proses mengimpal. Guru-guru juga selalu menukar alatan
tangan pada setiap tahun kerana banyak alatan tangan yang tidak boleh
digunakan lagi.
CADANGAN
Berdasarkan penilitian yang dijalankan, terdapat beberapa cadangan untuk
penambah baikan pada projek ini dengan memberi tumpuan seperti contoh
dibawah :

1. MEMBUAT TEMPAT UNTUK MENGIMPAL KEDUDUKAN 6G

 Menambahkan paip yang terdapat plat untuk menjadikan meja bagi mengimpal pada
kedudukan 5G

2. MENAMBAH BAIK PELARAS KETINGGIAN MEJA KIMPAL

 Projek ini membuat pelaras ketinggian meja secara ala kadar seperti yang berada di
bengkel. Membuat penambah baikkan seperti pelaras ketinggian automatic di meja
kimpal lagi memudahkan pengguna.
KESIMPULAN
Pembinaan projek Meja Kimpal Berlaci adalah berjaya kerana dapat
membantu dan memberi keselesaan kepada pengguna. Daripada analisis dan
ujian yang dilakukan, didapati reka bentuk ini adalah selamat dan dapat
beroperasi dengan baik. Reka bentuk yang dihasilkan daripada sistem mekanikal
menjadikan projek ini sebagai suatu reka bentuk yang unik serta bersesuaian
dengan dimensi keseluruhan yang sederhana . Namun secara keseluruhannya,
matlamat dan objektif projek ini tercapai walaupun masih ada kekurangan yang
perlu dititik beratkan serta memerlukan penilitian yang lebih lagi untuk masa
akan dating.
RUJUKAN
Sumber internet;
 https://www.linkedin.com/pulse/projek-tahun-akhir-2018-bagi-program-dipl
oma-malaysia-faris-firdaus
 https://www.coursehero.com/file/80484765/laporan-projek-akhir-tahundocx
/
 http://www.ilpipoh.gov.my/?page_id=4028
Buku rujukan;
 Buku garis panduan Projek Tahun Akhir ( PTA )
LAMPIRAN
HASIL PROJEK
KREATIVITI DAN INOVASI

Kreativiti adalah aktiviti penjanaan buah fikiran yang menghasilkan


peningkatan keberkesanan atau kecekapan kepada yang sedia ada, manakala
inovasi merupakan kebolehan untuk mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada
masalah untuk meningkatkan teknologi di kehidupan manusia.
DEMONSTRASI FUNGSI PROJEK
Plat yang berada di atas laci berfungi sebagai meja kimpal dan digunakan
untuk menjalankan proses mengimpal. Laci pula bertujuan untuk diletakkan
alatan kimpal didalamnya.
Terdapat pelaras ketinggian di bahagian belakang meja kimpal. Untuk
melaras ketinggian meja kimpal perlulah melonggarkan bolt sambil menahan
meja kimpal agar tidak terjatuh. Apabila sudah melaras ketinggian meja,
ketatkan bolt itu.
Selain itu, terdapat roda di bahagian belakang meja. Ia berfungsi untuk
memudahkan mengalihkan meja ke tempat yang lain.
PENUTUP

Kami amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan projek ini walaupun


banyak rintangan yang perlu kami lalui seperti dimasa sekarang penularan wabak
pandemik covid-19. Akibat wabak ini, kami kekurangan masa berkumpul untuk
menyelesaikan projek ini dengan jayanya. Namun begitu, melihat projek yang
dihasilkan dapat berfungsi dengan baik amatlah bermakna kerana segala penat
lelah bersama selama ini ternyata dapat membuahkan hasil.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like