You are on page 1of 7

Kerja Kayu Dalam kerja kayu, Penggunaan alatan tangan yang betul akan menghasilkan kerja yang tepat,

cepat dan selamat. Alatan yang digunakan perlu dipastikan sentiasa berkeadaan baik dan sempurna. 1) Nama Alatangan: Pengukur Keluli Kegunaan: Digunakan untuk mengukur jarak dan memindahkan ukuran. Saiz yang biasa digunakan ialah 300mm panjang. Kaedah Penggunaan: Pengukur ditegakkan untuk mendapat ukuran yang tepat. (Rujuk Gambarajah) Gambarajah:

2) Nama Alatangan: Sesiku L Kegunaan: Berbentuk L dan bilah kelulinya bersudut 90o dengan tonggak. Sesiku L terdapat dalam pelbagai saiz. Saiznya ditentukan melalui panjang bilahnya. Sesiku L digunakan untuk:- menentukan ketepatan sudut 90o. - menguji kepersegian. - menguji keratan permukaan kayu. - membuat garisan bersudut tepat.

Kaedah Penggunaan: Sesiku L ditegakkan untuk mendapat ukuran yang tepat. (Rujuk Gambarajah) Gambarajah:

3) Nama Alatangan: Gergaji Tangan. Kegunaan: Digunakan untuk mengerat atau membelah kayu. Saiznya ditentukan mengikut panjang bilahnya dan bilangan gigi setiap 25mm. Kaedah Penggunaan: Bagi mendapatkan hasil pemotongan yang lurus dan tepat, kerja pemotongan mesti dilakukan dengan cara yang betul. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diikuti:Pilih gergaji tangan yang tajam. Gunakan penahan untuk memandu bilah gergaji apabila mula menggergaji. Tarik gergaji ke belakang sehingga mendapat alur keratan. Gunakan seluruh bilah gergaji untuk membuat potongan. Semasa menggergaji, Pastikan bilah gergaji lurus dan dicondongkan lebih kurang 45o. Apabila hampir putus, pegang Hujung kayu untuk mengelakkan kayu itu daripada pecah.

Gambarajah:

4) Nama Alatangan: Gergaji Putting. Kegunaan: Digunakan untuk mengerat atau membelah kayu yang bersaiz kecil dan membuat tanggam. Ia mempunyai jalur logam di bahagian atas bilahnya. Jalur logam berfungsi untuk melurus dan menguatkan bilah gergaji. Kaedah Penggunaan: Bagi mendapatkan hasil pemotongan yang lurus dan tepat, kerja pemotongan mesti dilakukan dengan cara yang betul. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diikuti:Pilih gergaji tangan yang tajam. Gunakan penahan untuk memandu bilah gergaji apabila mula menggergaji. Tarik gergaji ke belakang sehingga mendapat alur keratan. Gunakan seluruh bilah gergaji untuk membuat potongan. Semasa menggergaji, Pastikan bilah gergaji lurus dan dicondongkan lebih kurang 45o. Apabila hampir putus, pegang Hujung kayu untuk mengelakkan kayu itu daripada pecah.

Gambarajah:

5) Nama Alatangan: Tukul Warrington. Kegunaan: Digunakan untuk menukul paku kecil. Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya. Kaedah Penggunaan: Paku dipegang dengan menggunakan sebelah tangan dan tangan yang satu lagi digunakan untuk menghayun tukul . 6) Nama Alatangan: Tukul Kuku Kambing. Kegunaan: Digunakan untuk menukul dan mencabut paku. Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya. Kaedah Penggunaan: Paku dipegang dengan menggunakan sebelah tangan dan tangan yang satu lagi digunakan untuk menghayun tukul . Kayu reja perlu digunakan untuk mengalas dan memudahkan kerja mencabut paku. Tukul dipegang di bahagian hujungnya. Dengan cara ini kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah dan selamat. Gambarajah:

7) Nama Alatangan: Kikir Parut / Kikir Kayu. Kegunaan: Digunakan untuk merata dan membentuk lengkok pada pepenjuru kayu. Hulu kikir biasanya diperbuat daripada kayu. Ia dikelaskan mengikut panjang dan gred giginya.

Kaedah Penggunaan: Ia digunakan dengan cara menggores permukaan kayu mengikut lengkok yang diperlukan. Selepas digunakan, ia dibersihkan menggunakan berus dawai dan disimpan di tempat yang dikhaskan supaya giginya tidak rosak. Gambarajah:

8) Nama alatangan: Apit-G Kegunaan: Untuk mengapit objek yang sedang dipotong. Ia juga digunakan untuk mengapit objek atau bahagian objek yang baru diglu. Kaedah penggunaan: Untuk menggunakan apit-g, objek yang hendak diapit hendaklah dialas dengan kayu reja (lebihan kayu yang tidak dipakai) supaya objek tersebut tidak rosak setelah diapit. Gambarajah:

9)

Nama alatangan: Gerudi Tangan Kegunaan: Untuk menebuk lubang kecil. Mata yang digunakan ialah mata gerudi pintal. Kaedah penggunaan: Bahagian bindunya mempunyai tiga rahang untuk mencengkam mata gerudi. Tangkai engkolnya berfungsi untuk memusingkan piring gear laju. Sebelum menggerudi, tandakan pusat lubang dengan penebuk. Semasa menggerudi pastikan gerudi tangan dipegang menegak untuk mengelakkan mata gerudi daripada patah. Gambarajah:

10)

Nama alatangan: Gerudi Engkol Kegunaan: Untuk menebuk lubang yang dalam atau berdiameter besar. Kaedah penggunaan: Cara penggunaan adalah sama dengan gerudi tangan.

Gambarajah:

You might also like