You are on page 1of 31

990721-11-5621

PENGENALAN

Pada masa kini, sektor pertanian merupakan salah satu daripada cabang ekonomi
yang penting di negara kita selain daripada sektor industri, sektor perkhidmatan dan sebagainya.
Sektor pertanian negara melalui satu transformasi yang hebat semenjak sebelum merdeka
sehingga kini melibatkan penggunaan teknologi dan amalan agronomi yang lebih canggih.
Kepesatan dalam sector pertanian tidak dapat dipisahkan dengan alam sekitar. Sektor
pertanian perlu terus berkembang walaupun terdapat serangan daripada makhluk perosak.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), ekologi bermaksud kajian tentang
hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya. Menurut Odum (1971) pula,
ekologi adalah suatu ilmu yang mengkaji tentang persekitaran hidup sesuatu organisma.
Menurut istilah Perhutanan dalam Portal Kamus Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung
Malaysia, ekologi merupakan unit terkecil dalam habitat yang didiami oleh organisma dan
merupakan hubungan di antara organisma tersebut dan prsekitarannya. Oleh itu, ekologi
menjelaskan hubungan hidupan di bumi iaitu haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan alam
sekitar yang dinamakan habitat.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semulajadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh
dipanggil flora dan fauna. Selain itu, perkataan “alam sekitar” juga membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan
literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi
manusia.

Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan.
Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan
aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan.Hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam
sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-
sumber ekonomi dan bumi.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil


daripada aktiviti manusia ke atas alam sekitar menyebabkan terganggunya keselesaan atau

1
990721-11-5621

kemandirian kehidupan alam. Antara contoh pencemaran yang dapat dilihat ialah
pencemaran air. Pencemaran air terbahagi kepada dua iaitu pencemaran air dari sumber terus
atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan bahaya
dipancarkan kepada sumber air. Pencemaran dari sumber tidak terus pula menyumbangkan
pencemaran dari perubahan alam sekitar. Contohnya, ialah penggunaan racun serangga di
ladang yang kemudiannya mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudiannya memberi
kesan kepada hidupan akuatik.

Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi
ramai penduduk dunia. Di Malaysia, padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi
sawah yang dikenali juga sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau
padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak ditanam kerana dapat mengeluarkan hasil
yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam
dengan secara teratur. Kebanyakan para petani di Malaysia menggunakan racun makhluk
perosak bagi membendung masalah makhluk perosak yang menganggu tanaman mereka.

Racun makhluk perosak atau ringkasnya racun perosak ialah sebarang bahan atau
sebatian yng bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, atau mengurangkan jumlah
makhluk perosak. Racun perosak mungkin terdapat dalam bentuk bahan kimia, agen biologi,
atau alatan digunakan terhadap apa-apa jenis mahkluk perosak. Makhluk perosak termasuklah
serangga, patogen, tumbuhan, rumpai, burung yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit
atau menjadi rektor untuk penyakit. Walaupun ada kebaikan dalam menggunakan racun perosak,
ia tetap ada keburukannya seperti potensi keracunan terhadap manusia dan haiwan lain.

Rasional kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor dan kesan
penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang, Besut, Terengganu. Oleh
itu, pengkaji mengambil inisiatif dan ruang ini untuk mengenalpasti faktor-faktor dan mengkaji
kesan penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang, Besut, Terengganu.
Kajian ini juga dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan tiada lagi masalah-masalah
yang timbul yang melibatkan manusia, haiwan dan tumbuhan.

Kesimpulannya, penggunaan racun makhluk perosak mampu memusnahkan alam sekitar


dan langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan kemusnahan ekologi berlaku.

2
990721-11-5621

OBJEKTIF KAJIAN

Merujuk kepada tujuan kajian yang dihuraikan di atas, pengkaji telah mengenalpasti dua
objektif utama kajian. Objektif kajian adalah seperti berikut :

a. Mengenalpasti faktor-faktor penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di Kampung


Pinang, Besut, Terengganu.
b. Mengkaji kesan penggunaan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar di Kampung
Pinang, Besut, Terengganu.

3
990721-11-5621

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta

Peta 1 : Peta Negeri Terengganu

Sumber :kerja lapangan 2018

Negeri Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Kuala
Terengganu dan negeri ini terkenal dengan pelbagai kegiatan ekonominya, daripada yang
berasaskan perikanan, petroleum, sehinggalah kepada sector pelancongan. ‘Permata Pantai
Timur’ adalah gelaran yang sememangnya sesuai diberikan kepada negeri ini memandangkan ia
merupakan sebuah negeri yang sangat kaya dengan pelbagai sumber yang boleh menambah daya
penarik pelancong untuk sampai ke negeri bertuah ini. Jaluran pantainya yang menganjur sejauh
225 kilometer dari utara (Besut) keselatan (Kemaman) menawarkan rangkaian kepulauan indah
yang sudah terkenal di merata dunia.Bahagian utara dan barat laut negeri ini bersempadan
dengan Kelantan, manakala bahagian selatan dan barat dayanya bersempadan dengan Pahang.
Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan kira-kira 12,955.14 km2. Terengganu terbahagi
kepada lapan kawasan Parlimen, 32 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu
Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan
Kemaman. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 1,050,000 orang. Terengganu
menawarkan destinasi pelancongan seperti pulau, pantai dan tempat menarik seperti Bukit

4
990721-11-5621

Keluang, Pulau Duyung, Pulau Gem, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian, Pulau
Redang, Rantau Abang, Pulau Tenggol, Bukit Puteri, Pasar Seni, Chendering, Istana Maziah,
Tasik Kenyir, Kuala Terengganu, Air Panas La, Taman Tamadun Islam, Masjid Tengku
Tengah Zaharah, Air Terjun Sekayu, Air Terjun Sungai Ceralak dan Kompleks Muzium Negeri
Terengganu.

Peta 2 : Peta Daerah Besut, Terengganu

Sumber : kerja lapangan 2018

Besut merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Negeri Terengganu dan
bersempadan dengan Negeri Kelantan di bahagian utara dan baratnya. Daerah ini dikelilingi Laut
Cina Selatan di sepanjang pantai Timur Lautnya dan ditunjangi Banjaran Titiwangsa di bahagian
baratnya. Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri,
Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila,
Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak.
5
990721-11-5621

3.3 Peta Lokasi Kajian

Sumber : kerja lapangan 2018

Peta di atas merupakan peta kawasan kajian dilakukan iaitu Kampung Pinang, Besut,
Terengganu. Di kampong inilah terletaknya sawah padi yang pengkaji jadikan sebagai kawasan
kajian. Kampung ini adalah salah satu daripada kampung-kampung yang sedang membangun.
Malahan kampung ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, sekolah,
balai raya dan kedai makan yang sentiasa mendapat perhatian sama ada daripada penduduk
kampung itu sendiri mahupun masyarakat luar. Kampung ini mempunyai daya tarikannya yang
tersendiri.

6
990721-11-5621

3.4 Gambar kawasan sawah padi di Kampung Pinang, Besut, Terengganu

7
990721-11-5621

4.0 Metodologi kajian

Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara
pengumpulan data, pendokumentasian dan cara menganalisis data.

4.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kaedah kajian ini adalah mengumpulkan maklumat
dengan bertanyakan satu set soalan temubual kepada satu sampel individu yang terpilih dari satu
populasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kesan penggunaan
racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang, Besut, Terengganu.

4.2 Sampel kajian

Pemilihan sampel kajian ini dilakukan secara rawak di mana ia hanya melibatkan 30
orang penduduk di Kampung Pinang, Besut. Bilangan sampel ini bersesuaian dengan kajian
kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.

4.3 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan borang pemerhatian.

4.3.1 Soal selidik

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS ( keep it short and simple)
iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. Borang soal selidik ini
mengandungi dua bahagian disertakan 20 soalan yang berkaitan dengan mengenalpasti faktor-
faktor penggunaan racun makhluk perosak dan mengkaji kesan penggunaan racun makhluk
perosak terhadap alam sekitar di Kampung Pinang, Besut, Terengganu.Soalan dalam borang soal
selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala likert 5 point.

4.3.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat
atau pengumpulan data selain soal selidik. Kaedah ini dijalankan semasa lawatan ke lokasi kajian
iaitu di Kampung Pinang, Besut, Terengganu.

8
990721-11-5621

4.4 Cara pengumpulan data

Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, soal selidik, dan borang pemerhatian.

4.5 Dokumentasi

Kajian ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis yang terdapat di
perpustakaan seperti buku-buku, kamus, dan sumber daripada internet sebagai tambahan
maklumat tajuk kajian. Dengan kaedah ini, pengkaji mendapat maklumat dengan lebih cepat,
tepat, mudah dan pantas.

4.6 Cara analisis data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada responden.Data yang diperoleh dianalisis menggunakan skala seperti
sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju, dan amat tidak setuju dan menggunakan peratus
dan min.

Skala skor
Sangat tidak setuju (STS) 1
Tidak setuju (TS) 2
Kurang setuju (KS) 3
Setuju (S) 4
Sangat setuju (SS) 5

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

9
990721-11-5621

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden.Data yang telah
dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan,
min dan purata.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Bahagian ini menganalisis maklumat peribadi responden seramai 30 orang yang terdiri
daripada petani dan penduduk kampung.Huraian analisis ini terbahagi kepada jantina, umur,
bangsa, agama dan jenis pekerjaan. Bahagian-bahagian ini akan dipersembahkan dalam bentuk
rajah seperti di bawah :

DEMOGRAFI RESPONDEN TABURAN KEKERAPAN PERATUS

JANTINA :
LELAKI 19 63 %
PEREMPUAN 11 37 %
UMUR :
20 – 30 TAHUN 9 30 %
31 – 40 TAHUN 11 37 %
41 – 50 TAHUN 7 23 %
51 TAHUN KEATAS 3 10 %
BANGSA :
MELAYU 30 100 %
CINA 0 0%
INDIA 0 0%
LAIN-LAIN 0 0%
AGAMA :
ISLAM 30 100 %
HINDU 0 0%
BUDDHA 0 0%
LAIN-LAIN 0 0%
JENIS PEKERJAAN :
PELAJAR 5 17 %
BEKERJA SENDIRI 15 50 %

10
990721-11-5621

PEKERJA KERAJAAN 10 33 %
PEKERJA SWASTA 0 0%

5.1.1 JANTINA

Berdasarkan sumber soal selidik, kajian ini membahagikan jantina responden seperti
jadual berikut :

JANTINA KEKERAPAN PERATUS ( % )


LELAKI 19 63
PEREMPUAN 11 37

JANTINA

37% LELAKI
PEREMPUAN

63%

RAJAH 1

Sumber : Soal Selidik

Rajah 1 menunjukkan hasil kajian yang dilakukan daripada 30 orang responden yang
disoal selidik.Seramai 19 orang responden lelaki dan seramai 11 orang responden
perempuan.Perbezaan jantina ini kerana kebanyakan lebih ramai petani dari kalangan lelaki
berbandingan perempuan disamping pengkaji mudah untuk berurusan dengan sesama jantina
dengan pengkaji.

11
990721-11-5621

5.1.2 UMUR

Berdasarkan sumber soal selidik, kajian ini juga membahagikan kumpulan umur
responden seperti jadual berikut :

UMUR KEKERAPAN PERATUS ( % )


20 – 30 TAHUN 9 30
31 – 40 TAHUN 11 37
41 – 50 TAHUN 7 23
51 TAHUN KEATAS 3 10

KUMPULAN UMUR
10%

30%
20 - 30
31 - 40
23%
41 - 50
51 KEATAS

37%

RAJAH 2

Sumber : Soal Selidik

Rajah 2 menunjukkan hasil kajian yang dilakukan daripada 30 orang responden yang
disoal selidik. Seramai 9 orang responden yang disoal selidik berumur 20 hingga 30 tahun dan
bilangan responden yang berumur lingkungan 31 hingga 40 tahun paling ramai yang disoal
selidik iaitu 11 orang. Seterusnya, seramai 7 orang responden yang berumur antara 41 hingga 50
tahun yang disoal selidik.Manakala hanya 3 orang responden yang disoal selidik berumur 51
tahun dan keatas.Perbezaan umur ini membolehkan pelbagai pandangan dan pendapat yang dapat
diutarakan.

12
990721-11-5621

5.1.3 BANGSA

Berdasarkan soal selidik, kajian ini dijalankan dengan membahagikan mengikut bangsa
seperti berikut :

BANGSA KEKERAPAN PERATUS (%)


MELAYU 30 100
CINA 0 0
INDIA 0 0
LAIN-LAIN 0 0

BANGSA

MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN

100%

RAJAH 3

Sumber : Soal Selidik

Carta di atas menunjukkan bahawa peratusan untuk bangsa melayu adalah 100% iaitu
bersamaan 30 orang responden. tiada seorang pun responden yang dipilih berbangsa Cina, India
dan lain-lain. hal ini kerana kawasan kajian pengkaji terdiri daripada semua berbangsa Melayu.

5.1.4 AGAMA

Berdasarkan soal selidik, kajian ini juga dibahagikan mengikut agama seperti yang
berikut :

AGAMA KEKERAPAN PERATUS (%)


ISLAM 30 100

13
990721-11-5621

HINDU 0 0
BUDDHA 0 0
LAIN-LAIN 0 0

AGAMA

ISLAM
HINDU
BUDDHA
LAIN-LAIN

100%

RAJAH 4

Sumber : Soal Selidik

carta di atas menunjukkan bahawa peratusan untuk responden beragama islam adalah 100%
iaitu bersamaan 30 orang responden. tiada seorang pun responden yang dipilih beragama Islam,
Hindu, Buddha dan lain-lain. Hal ini kerana kawasan kajian pengkaji terdiri daripada semua
penduduk yang beragama Islam.

5.1.5 JENIS PEKERJAAN

Berdasarkan soal selidik, kajian juga membahagikan kepada jenis pekerjaan responden
yang terdiri daripada seperti berikut :

JENIS PEKERJAAN KEKERAPAN PERATUS (%)


PELAJAR 5 17
BEKERJA SENDIRI 15 50
PEKERJA KERAJAAN 10 33
PEKERJA SWASTA 0 0

14
990721-11-5621

JENIS PEKERJAAN

17%

33%
PELAJAR
BEKERJA SENDIRI
PEKERJA KERAJAAN
PEKERJA SWASTA

50%

RAJAH 5

Sumber : Soal Selidik

carta di atas menunjukkan bahawa jenis pekerjaan para responden seramai 30 orang. sebanyak
17% daripada jumlah responden merupakan pelajar, 50% bekerja sendiri dan 33% responden
yang merupakan pekerja swasta. perbezaan jenis pekerjaan ini kerana penduduk kampung
mempunyai pelbagai jenis pekerjaan.

5.2 ANALISIS FAKTOR-FAKTOR PENGGUNAAN RACUN MAKHLUK PEROSAK OLEH


PETANI DI KAMPUNG PINANG, BESUT, TERENGGANU

Bahagian ini membincangkan analisis data mengenai faktor-faktor penggunaan racun


makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang dengan lebih teliti.Dalam bahagian ini juga
dipaparkan hasil penemuan kajian yang dilakukan melalui soal selidik yang telah diisi oleh
penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan sawah padi.Dalam pada itu juga, soal
selidik ini dilakukan bagi mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan petani menggunakan
racun makhluk perosak.Data yang telah dimasukkan telah diproses dengan dikaji dengan teliti
bagi mendapatkan statistik seperti nilai keperatusan, taburan kekerapan dan purata.

15
990721-11-5621

Jadual 1 menunjukkan faktor penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di


Kampung Pinang.

PETUNJUK

5 = sangat setuju 4 = setuju 3 = kurang setuju 2 = tidak setuju 1 = sangat tidak setuju

K = kekerapan % = peratus

BIL. FAKTOR-FAKTOR 1 2 3 4 5 MIN


K K K K K
% % % % %
1. Tanaman menjadi lebih subur 0 5 14 7 4 3
0% 17% 47% 23% 13%
2. Dapat mengawal populasi 1 0 5 18 6 4
makhluk perosak 3% 0% 17% 60% 20%
3. Tahap ketahanan padi terhadap 0 0 10 20 0 4
kulat lebih tinggi 0% 0% 33% 67% 0%
4. Dapat menghasilkan padi yang 0 0 5 17 8 4
lebih berkualiti 0% 0% 17% 57% 27%
5. Dapat meningkatkan hasil 0 0 5 14 11 4
pengeluaran padi dengan lebih 0% 0% 17% 47% 37%
cepat
6. Dapat mengatasi masalah 0 0 2 20 8 4
makhluk perosak 0% 0% 7% 67% 27%
7. Tanaman dapat dihindari 0 0 0 16 14 4
daripada ancaman makhluk 0% 0% 0% 53% 47%
perosak
8. Kuantiti padi yang dihasilkan 0 1 7 15 7 4
lebih banyak 3% 23% 50% 23%
9. Salah satu kaedah yang sesuai 0 2 2 17 9 4
untuk menghapuskan makhluk 0% 7% 7% 57% 30%
perosak
10. Padi tidak musnah dimakan oleh 0 2 2 18 8 4
serangga 0% 7% 7% 60% 27%
Jadual 1

16
990721-11-5621

Berdasarkan data Jadual 1, sepuluh soalan telah ditanya berkaitan faktor-faktor penggunaan
racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang.

80%

70%

60%

50%
sangat setuju
40% setuju
kurang setuju
30% tidak setuju
sangat tidak setuju
20%

10%

0%
soalan soalan soalan soalan soalan soalan soalan soalan soalan soalan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Graf 1

min
4
3.5
3
2.5
2 min
1.5
1
0.5
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
an aa
n
aa
n
aa
n
aa
n
aa
n
aa
n
aa
n
aa
n n
ata t t t t t t t t ta
a
ny ya ya ya ya ya ya ya ya ya
r rn rn rn rn rn rn rn rn n
pe pe p e p e p e p e p e p e p e
pe
r

17
990721-11-5621

Graf 2

Pernyataan 1 : Tanaman menjadi lebih subur

berdasarkan analisis yang dijalankan, sebanyak 4 orang responden bersamaan 13% sanagt
bersetuju dan 7 orang responden bersamaan 23% bersetuju dengan pernyataan tersebut.
selebihnya 14 orang responden bersamaan 47% kurang setuju dan 5 orang responden bersamaan
17% tanaman menjadi lebih subur. manakala tiada seorangpun responden yang sangat tidak
setuju dengan pernyataan di atas. min bagi pernyataan ini ialah 3. hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan responden kurang setuju dengan pernyataan tanaman menjadi lebih subur kerana
racun makhluk perosak .

Pernyataan 2 : Dapat mengawal populasi makhluk perosak

analisis yang dilakukan di atas menunjukkan bahawa 4 orang responden bersamaan 13%
daripada 30 orang responden sangat setuju bahawa dengan menggunakan racun makhluk perosak
dapat mengawal populasi makhluk perosak. sementara itu, 18 orang responden bersamaan 60%
yang setuju dan 5 orang responden kurang setuju dengan pernyataan tersebut. analisis di atas
juga menunjukkan seorang responden bersamaan 3% yang sangat tidak setuju terhadap
pernyataan di atas. min bagi pernyataan ini ialah 4. hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan
responden setuju bahawa racun makhluk perosak dapat mengawal populasi makhluk perosak. ini
kerana racun tersebut akan menghapuskan makhluk perosak yang ada pada tanaman.

Pernyataan 3 : Tahap ketahanan padi terhadap kulat lebih tinggi

berdasarkan analisis yang dibuat, tiada seorangpun responden sangat setuju dan seramai 20 orang
responden bersamaan 67% menyatakan bahawa mereka bersetuju bahawa tahap ketahanan padi
terhadap kulat lebih tinggi. selebihnya menyatakan bahawa mereka kurang setuju dengan
pernyataan tersebut dimana 10 orang responden bersamaan 33% telah dicatatkan. hal ini terbukti
apabila tiada seorang responden pun (0%) yang sangat tidak setuju dan tidak setuju akan
pernyataan tersebut. manakala min bagi pernyataan ini ialah 4. hal ini menunjukkan kebanyakan
responden bersetuju bahawa tahap ketahanan padi terhadap kulat lebih tinggi.

18
990721-11-5621

Pernyataan 4 : Dapat menghasilkan padi yang lebih berkualiti.

dapatan kajian bagi pernyataan ini menunjukkan bahawa 11 orang responden bersamaan 37%
amat setuju dan seramai 14 orang responden bersamaan 47% bersetuju bahawa padi dapat
dihasilkan lebih berkualiti. selebihnya menyatakan bahawa mereka kurang setuju dengan
pernyataan tersebut dimana 5 orang responden bersamaan 17% telah dicatatkan. hal ini terbukti
apabila tiada seorang responden pun (0%) yang sangat tidak setuju dan tidak setuju akan
pernyataan tersebut. secara puratanya, responden bersetuju dengan pernyataan ini dimana min
bagi pernyataan ini ialah 4. hal ini demikian kerana, apabila petani menggunakan racun makhluk
perosak, sudah tentu makhluk perosak yang mengganggu tanaman dan hal ini sekaligus dapat
menghasilkan padi yang lebih berkualiti.

Pernyataan 5 : Dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan lebih cepat

dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan lebih cepat merupakan salah satu faktor
penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di kampung pinang. hal ini kerana analisis yang
telah dilakukan di atas menunjukkan bahawa majoriti responden yang dipilih menyatakan
mereka sangat setuju dan setuju bahawa hasil pengeluaran padi dapat ditingkatkan dengan lebih
cepat dimana masing-masing mencatatkan 11 orang responden bersamaan 37% dan 14 orang
responden bersamaan 47%. manakala, 5 orang responden yang kurang setuju dengan pernyataan
tersebut. hal ini juga dibuktikan dengan tiada seorang pun yang tidak setuju dan sangat tidak
setuju akan pernyataan di atas. min bagi pernyataan ini ialah 4. hal ini membuktikan bahawa,
dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan lebih cepat merupakan salah satu faktor
penggunaan racun makhluk perosak oleh petani. ini kerana tanaman para petani tidak diganggu
oleh sebarang makhluk perosak.

Pernyataan 6 : Dapat mengatasi masalah makhluk perosak

racun makhluk perosak ini dapat mengatasi masalah makhluk perosak. hal ini terbukti dengan
berdasarkan analisis yang dilakukan, dimana tiada seorang pun yang sangat tidak bersetuju dan

19
990721-11-5621

tidak setuju akan pernyataan di atas. di samping itu, 2 orang responden bersamaan 7%
menyatakan bahawa mereka kurang setuju yang racun tersebut dapat mengatasi masalah
makhluk perosak. majoriti daripada bilangan responden yang dipilih telah menyatakan bahawa
mereka bersetuju dan sangat bahawaracun tersebut dapat mengatasi masalah makhluk perosak di
mana masing-masing mencatatkan 20 orang responden bersamaan 67% dan 8 orang responden
bersamaan 27%. manakala, min bagi pernyataan ini ialah 4. hal ini kerana racun makhluk
perosak itu mampu menghapuskan semua makhluk perosak seperti serangga, belalang dan
seumpamanya.

Pernyataan 7 : Tanaman dapat dihindari daripada ancaman makhluk perosak

berdasarkan analisis di atas, 14 orang responden bersamaan 47% menyatakan mereka sangat
setuju mengenai tanaman dapat dihindari daripada ancaman makhluk perosak. di samping itu, 16
orang responden bersamaan 53% menyatakan setuju mengenai pernyataan tersebut. namun
begitu, tiada seorang pun responden yang kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
manakala, min bagi pernyataan ini ialah 4. hal ini kerana dengan adanya racun makhluk perosak,
tanaman dapat dihindari daripada sebarang ancaman makhluk perosak yang mampu merosakkan
tanaman.

Pernyataan 8 : Kuantiti padi yang dihasilkan lebih banyak

berdasarkan analisis yang dijalankan, sebanyak 27% iaitu seramai 7 orang responden dan 50%
iaitu 15 orang responden masing-masing menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan bersetuju
bahawa kuantiti padi yang dihasilkan lebih banyak .namun begitu, seramai 7 orang responden
bersamaan 23% yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. berdasarkan analisis yang
dijalankan juga, tiada seorangpun responden yang sangat tidak setuju mengenai pernyataan di
atas dengan mencatatkan 0%. secara puratanya, responden sangat setuju dan bersetuju dengan
pernyataan ini dimana min bagi pernyataan ini ialah 4. kuantiti padi yang dihasilkan lebih
banyak kerana tanaman padi tidak diganggu oleh sebarang makhluk perosak.

Pernyataan 9 : Salah satu kaedah yang sesuai untuk menghapuskan makhluk perosak

berdasarkan pernyataan di atas, seramai 9 orang responden bersamaan 30% yang sangat setuju
dan seramai 17 orang responden bersamaan 57% yang berstuju bahawa menggunakan racun
makhluk perosak adalah salah satu kaedah yang sesuai untuk menghapuskan makhluk perosak.

20
990721-11-5621

namun begitu, terdapat seramai 2 orang responden bersamaan 7% yang kurang setuju dan juga
seramai 2 orang responden bersamaan 7% yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut.
manakala min bagi pernyataan ini ialah 4. dengan menggunakan racun perosak, petani dapat
menghindari tanaman mereka daripada serangan makhluk perosak.

Pernyataan 10 : Padi tidak musnah dimakan oleh serangga

berdasarkan pernyataan bahawa padi tidak musnah dimakan oleh serangga, seramai 8 orang
responden bersamaan 27% sangat setuju dan sebanyak 60% iaitu seramai 18 orang responden
yang bersetuju dengan pernyataan tersebut. walau bagamanapun, terdapat 2 orang responden
bersamaan 7% yang kurang setuju dan seramai 2 orang responden juga bersamaan 7% tidak
bersetuju dengan pernyataan bahawa padi tidak musnah dimakan oleh serangga. min bagi
pernyataan ini ialah 4. petani mendapati bahawa, apabila racun makhluk perosak digunakan di
sawah padi, tanaman mereka tidak musnah di makanan oleh serangga, belalang dan
seumpamanya.

5.3 ANALISIS KESAN-KESAN PENGGUNAAN RACUN MAKHLUK PEROSAK OLEH


PETANI DI KAMPUNG PINANG, BESUT, TERENGGANU

Bahagian ini membincangkan analisis data mengenai kesan-kesan penggunaan racun


makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang dengan lebih teliti.Dalam bahagian ini juga
dipaparkan hasil penemuan kajian yang dilakukan melalui soal selidik yang telah diisi oleh
penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan sawah padi. Dalam pada itu juga, soal
selidik ini dilakukan bagi mengkaji apakah kesan yang berlaku disebabkan penggunaan racun
makhluk perosak oleh petani di kampung pinang, besut. data yang telah dimasukkan telah
diproses dengan dikaji dengan teliti bagi mendapatkan statistik seperti nilai keperatusan, taburan
kekerapan dan purata.

Jadual 2 menunjukkan kesan penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di


Kampung Pinang.

PETUNJUK

5 = sangat setuju 4 = setuju 3 = kurang setuju 2 = tidak setuju 1 = sangat tidak setuju

21
990721-11-5621

K = kekerapan % = peratus

BIL. KESAN-KESAN 1 2 3 4 5 MIN


K K K K K
% % % % %
1. menyebabkan kematian banyak 0 2 13 6 9 4
spesies ikan 0% 7% 43% 20% 30%
2. menyebabkan tanah sawah 0 2 10 11 17 5
menjadi berasid 0% 7% 33% 37% 57%
3. berlaku kemusnahan akuatik jika 0 0 7 18 5 3
berlarutan ke sungai 0% 0% 23% 60% 17%
4. bekalan air domestik tercemar 0 0 12 16 2 4
0% 0% 40% 53% 7%
5. memudaratkan alam sekitar 0 2 8 18 2 4
0% 7% 27% 60% 7%
6. berlaku pencemaran tanah akibat 0 2 3 18 7 4
daripada semburan racun 0% 7% 10% 60% 23%
makhluk perosak secara
berleluasa
7. meningkatkan ph air 0 1 20 3 6 3
0% 3% 67% 10% 20%
8. menggalakkan pertumbuhan 0 1 5 11 13 4
rumpai di kawasan sungai dan 0% 3% 17% 37% 43%
terusan
9. tanaman lain akan turut rosak 0 0 13 8 9 4
0% 0% 43% 27% 30%
10. bau racun makhluk perosak yang 0 1 6 4 19 4
kurang menyenangkan 0% 3% 17% 13% 63%
Jadual 2

22
990721-11-5621

Berdasarkan data Jadual 2, sepuluh soalan telah ditanya berkaitan kesan-kesan penggunaan
racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang, Besut, Terengganu.

80%

70%

60%

50%

40%
SANGAT SETUJU
SETUJU
30% KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU
20%

10%

0%
1

8
2

10
AN

AN

AN

AN

AN

AN

AN

AN

AN

AN
TA

TA

TA

TA

TA

TA

TA

TA

TA

TA
YA

YA

YA

YA

YA

YA

YA

YA

YA

YA
RN

RN

RN

RN

RN

RN

RN

RN

RN

RN
PE

PE

PE

PE
PE

PE

PE

PE

PE

PE

GRAF 3

23
990721-11-5621

MIN
5
4.5
4
3.5
3
2.5
MIN
2
1.5
1
0.5
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A N A N
A AN A N A N A N A N A N A N N
TA TA T TA TA TA TA TA TA A
YA YA YA YA YA YA YA YA YA TA
RN R N RN
R N R N R N R N R N R N N YA
PE PE PE PE PE PE PE PE PE R
PE

GRAF 4

Pernyataan 1 :Menyebabkan kematian banyak spesies ikan

berdasarkan analisis yang dibuat, peratusan dan jumlah responden telah dicatatkan bagi
responden yang sangat setuju dan setuju bahawa penggunaan racun perosak menyebabkan
kematian banyak spesies ikan dengan masing-masing mencatatkan 30% iaitu 9 orang responden
dan 20% iaitu 6 orang responden. graf tersebut juga menunjukkan perbezaan peratusan antara
kurang setuju dengan tidak setuju iaitu 43% bersamaan 13 orang responden dan 7% iaitu
seramai 2 orang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut.walaubagaimanapun, tiada
seorang pun yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. manakala, min bagi pernyataan ini
adalah 4. secara puratanya, responden menyatakan bahawa mereka sangat setuju yang
penggunaan racun perosak menyebabkan kematian banyak spesies ikan. sebagaimana
pemerhatian yang telah dilakukan oleh responden dimana terdapat beberapa spesies telah telah
mati akibat daripada penggunaan racun perosak.

24
990721-11-5621

Pernyataan 2 : Menyebabkan tanah sawah menjadi berasid

berdasarkan graf di atas, 57% iaitu 17 orang responden dan 11orang responden bersamaan 37%
masing-masing menyatakan sangat setuju dan setuju bahawa tanah sawah menjadi berasid. di
samping itu, 33% bersamaan 10 orang responden menyatakan kurang setuju mengenainya.
manakala, 7% iaitu 2 orang responden menyatakan mereka tidak setuju mengenai tanah sawah
menjadi berasid. hal ini terbukti dengan berdasarkan analisis yang dilakukan, dimana tiada
seorang pun yang sangat tidak setuju akan pernyataan di atas. min bagi pernyataan ini ialah 3. hal
ini dikatakan demikian kerana, tanah berasid akan mengikat nutrien penting dan mengurangkan
kedapatan nutrien dalam tanah. Tanah berasid tidak subur dan boleh menyebabkan keracunan
ferum, mangan dan alumunium pada tanaman disamping mempunyai kandungan makro nutrien
seperti fosforus dan mikro nutrien seperti kalsium yang rendah. 

Pernyataan 3 : Berlaku kemusnahan akuatik jika berlarutan ke sungai

graf di atas juga menunjukkan 17% bersamaan 5 orang responden sangat setuju dan seramai 18
orang responden bersamaan 60% bersetuju bahawa berlaku kemusnahan akuatik jika berlarutan
ke sungai. walaubagaimanapun, 23% telah dicatatkan dengan purata 7 orang responden kurang
setuju mengenai pernyataan tersebut. manakala, tiada seorang pun responden yang tidak setuju
dan sangat tidak setuju dengan pernyataan itu. manakala, min bagi pernyataan ini adalah 4.
pengkaji telah dapati bahawa, kemusnahan akuatik berlaku apabila racun yang digunakan oleh
petani itu berlarutan hingga ke sungai. hal ini kerana racun tersebut mengandungi bahan kimia
yang boleh menyebabkan kemusnahan akuatik.

Pernyataan 4 : Bekalan air domestik tercemar

berdasarkan graf di atas, 7% iaitu 2 orang responden daripada 30 orang responden menyatakan
bahawa mereka sangat setuju bahawa berlaku pencemaran air domestik. selain itu, 53% iaitu
bersamaan 16 orang responden menyatakan bahawa mereka setuju mengenai pernyataan di atas
iaitu bekalan air domestik tercemar. namun begitu, sebanyak 40% bersamaan 12 orang
responden kurang setuju tentang pernyataan itu. selebihnya, tiada seorang responden pun yang
tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan pernyataan di atas. manakala, min bagi pernyataan ini
ialah 4. hal ini menunjukkan bahawa penduduk kampung di sekitar sawah padi di kampung
pinang mendapati bekalan air domestik tercemar kesan daripada penggunaan racun perosak.

25
990721-11-5621

Pernyataan 5 : Memudaratkan alam sekitar

berdasarkan graf yang disediakan di atas, tiada seorang responden pun yang menyatakan bahawa
sangat tidak setuju bersamaan 0% mengenai pernyataan ini. selain itu sebanyak 7% iaitu seramai
2 orang responden yang tidak setuju dan 8 orang responden bersamaan 27% kurang setuju
dengan pernyataan tersebut. namun begitu, 60% iaitu 18 orang responden menyatakan setuju
mengenai pernyataan ini. manakala, 7% bersamaan 2 orang responden sangat setuju mengenai
pernyataan ini iaitu memudaratkan alam sekitar. min yang diperolehi bagi pernyataan ini ialah 4.
penggunaan racun perosak kepada tanaman di sawah padi dapat memudaratkan alam sekitar. hal
ini kerana bahan-bahan yang terdapat dalam racun makhluk perosak tersebut boleh menjejaskan
alam sekitar.

Pernyataan 6 : Berlaku pencemaran tanah akibat daripada semburan racun makhluk


perosak secara berleluasa.

analisis di atas menunjukkan bahawa 23% bersamaan 7 orang responden sangat setuju berlaku
pencemaran tanah akibat daripada semburan racun makhluk perosak secara berleluasa. manakala,
18 orang responden bersamaan 60% yang bersetuju dengan pernyataan itu. manakala seramai
20 orang responden bersamaan 67% yang kurang setuju dan tidak setuju dengan pernyataan itu
seramai 2 orang responden dengan menunjukkan peratusan sebanyak 7%.. manakala min bagi
pernyataan ini ialah 4. berdasarkan pemerhatian pengkaji, pencemaran tanah berlaku keranaracun
perosak disembur di sekitar kawasan tanaman. hal ini menyebabkan tanah tercemar dengan
bahan-bahan kimia.

Pernyataan 7 : Meningkatkan ph air

analisis tersebut juga menunjukkan 20% iaitu bersamaan 6 orang responden menyatakan bahawa
dia sangat setuju dan seramai 3 orang responden bersamaan 10% bersetuju dengan pernyataan
bahawa meningkatkan ph air. namun begitu, peratusan kurang setuju dan tidak setuju adalah
masing-masing 67% iaitu seramai 20 orang responden dan 3% bersamaan seorang responden.
peratusan yang dicatatkan bagi sangat tidak setuju ialah o% dimana tiada seorang pun responden
yang sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. min bagi pernyataan ini ialah 3. hal ini
menunjukkan majoriti responden kurang setuju dengan pernyataan bahawa penggunaan racun
perosak dapat meningkatkan ph air.

26
990721-11-5621

Pernyataan 8 : Menggalakkan pertumbuhan rumpai di kawasan sungai dan terusan.

berdasarkan analisis yang dibuat, 43% bersamaan 13 orang responden dan 37% bersamaan 11
orang responden di mana mereka masing-masing menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan
bersetuju bahawa penggunaan racun perosak menggalakkan lagi pertumbuhan rumpai di
kawasan sungai dan terusan. graf tersebut juga menunjukkan bahawa seramai 5 0rang responden
bersamaan 17% kurang setuju dengan pernyataan itu. selebihnya, sebanyak 3% bersamaan
seorang responden yang tidak setuju dan tiada seorang pun responden yang sangat tidak setuju
dengan pernyataan tersebut. namun begitu, min bagi pernyataan ini ialah 4. oleh yang demikian,
pengkaji dapat melihat melalui pemerhatian bahawa banyak rumpai yang tumbuh di sekitar
kawasan sungai dan terusan. hal ini kerana penggunaan racun perosak menggalakkan lagi
pertumbuhan rumpai.

Pernyataan 9 : Tanaman lain akan rosak

berdasarkan pernyataan bahawa tanaman lain akan rosak, seramai 9 orang responden bersamaan
30% yang sangat setuju dan 27% iaitu seramai 8 orang responden yang bersetuju. namun begitu,
seramai 13 orang responden bersamaan 43% yang kurang setuju dan tiada seorang pun
responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. min bagi
pernyataan ini ialah 4. berdasarkan pemerhatian pengkaji, pengkaji dapati tanaman lain akan
turut rosak kesan daripada penggunaan racun perosak. hal ini kerana racun yang disembur itu
akan merebak ke tanaman yang berada di sekitar sawah padi.

Pernyataan 10 : Bau racun makhluk perosak yang kurang menyenangkan

analisis di atas menunjukkan bahawa seramai 19 orang responden bersamaan 63% sangat setuju
dan sebanyak 13% bersamaan 4 orang yang bersetuju dengan pernyataan tersebut. selain itu,
seramai 6 orang responden bersamaan 17% yang kurang setuju dan seorang sahaja responden
yang tidak setuju dengan pernyataan bahawa bau racun makhluk perosak yang kurang
menyenangkan. manakala min bagi pernyataan ini adalah 4. berdasarkan pemerhatian yang
dibuat, pengkaji dapati bahawa bau yang dikeluarkan daripada racun perosak amatlah kurang
menyenangkan. hal ini kerana racun tersebut dicampur dengan pelbagai bahan kimia yang
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

27
990721-11-5621

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Rumusan

Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan dapatan hasil kajian.

6.1 Faktor-faktor penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang,
Besut, Terengganu

Dapatan kajian menunjukkan beberapa faktor penggunaan racun makhluk perosak oleh
petani di Kampung Pinang, Besut, terengganu.

Dalam bahagian ini, majoriti responden bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan
racun makhluk perosak dapat mengawal populasi makhluk perosak. Hal ini kerana petani
mendapati bahawa makhluk perosak berkurangan apabila mereka menggunakan racun makhluk
perosak bagi tanaman padi mereka.

Seterusnya, majoriti responden juga bersetuju bahawa penggunaan racun perosak dapat
menghasilkan padi yang lebih berkualiti. Hal ini kerana, dengan menggunakan racun
perosak, tanaman padi tidak diganggu oleh sebarang makhluk perosak yang boleh
merosakkan tanaman. Berikutnya, racun perosak juga dapat membantu menghasilkan
tanaman yang   berkualiti serta mengeluarkan produksi yang lebih baik. Tanaman yang
berkualiti secara tidak langsung mampu menjana pendapatan para petani sekaligus mampu
meningkat pengeluaran negara dengan mengeksport tanaman ini ke seluruh negara.

Selain itu, bagi pernyataan dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan lebih cepat,
majoriti responden bersetuju dengan pernyataan itu. Penggunaan racun perosak ini mampu
mempercepatkan pengeluaran tanaman dalam kadar masa yang singkat di samping kuantiti yang
banyak dapat di peroleh dan secara tidak langsung memberi kelebihan kepada para petani.

28
990721-11-5621

6.2 Kesan-kesan penggunaan racun makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang,
Besut, Terengganu

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelbagai kesan terhadap penggunaan racun
makhluk perosak oleh petani di Kampung Pinang, Besut, Terengganu ditunjukkan melalui soal
selidik.

Dalam bahagian ini, majoriti responden bersetuju bahawa penggunaan racun perosak
menyebabkan bekalan air domestik tercemar. Selain mendatangkan kemudaratan kepada
manusia, penggunaan racun perosak yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian juga
boleh memudaratkan alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Ini akan menyebabkan
berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan
menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia.

Selain itu, bagi pernyataan bahawa penggunaan racun perosak menyebabkan tanah sawah
menjadi berasid, majoriti responden sangat setuju dengan pernyataan itu. Hal ini kerana tanah
berasid akan mengikat nutrien penting dan mengurangkan kedapan nutrien dalam tanah. Tanah
berasid tidak subur dan boleh menyebabkan keracunan ferum, mangan, dan aluminium pada
tanaman disamping mempunyai kandungan makro nutrien pada tanaman disamping mempunyai
kandungan makro nutrien seperti fosforus dan mikro nutrien seperti kalsium yang rendah.

Seterusnya, penggunaan racun perosak dapat memudaratkan alam sekitar. Berdasarkan


pernyataan berikut, majoriti responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Semburan racun
perosak dalam kawasan penanaman padi yang berskala besar secara kerap akan menyebabkan
banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan
kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan
semua hidupan sekiranya hujan asid kerap berlaku dan sekaligus dapat memudaratkan alam
sekitar.

29
990721-11-5621

6.3 Kesimpulan

Hasil dari kajian yang dilakukan, didapati bahawa penggunaan racun makhluk perosak
menjejaskan tanaman sekaligus memudaratkan kesihatan penduduk di Kampung Pinang, Besut.
Oleh itu, petani seharusnya mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dalam
menjalankan kegiatan penanaman padi. Pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian juga perlu
memantau para petani yang menggunakan racun makhluk perosak dalam menjalankan kegiatan
penanaman padi di Kampung Pinang, Besut, Terengganu supaya tidak menggunakan racun
makhluk perosak secara berlebihan dan berleluasa,

30
990721-11-5621

7.0 Rujukan

Kamus Dewan Edisi Ketiga , 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka

Animhosnan.blogspot.my/2017/12/cabaran-sektor-pertanian.html?m=1

http://hanimmilafatinsuzey.blogspot.my/

http://myagri.com.my/2017/09/4739/

31

You might also like