You are on page 1of 27

PENGENALAN :

 Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Semua
pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja
terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin.

TUJUAN :

 Diwujudkan bagi memastikan sistem pengurusan di bengkel lebih teratur dan sistematik.
 Memastikan keselesaan dan keselamatan semasa berada di dalam bengkel.
 Memastikan bengkel dalam keadaan teratur dan kemas.
 Memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang
selamat.

2
PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE)
 Pakaian :

1. Sarung Tangan keselamatan :


Gambarajah di bawah menunjukkan sarung tangan yang harus dipakai semasa
membuat kerja di bengkel.
 Fungsi :
Untuk melindungi tangan daripada tercedera semasa membuat kerja yang
melibatkan mesin.

Boleh dipakai Tidak boleh dipakai

2. Kasut keselamatan :
Ini adalah kasut keselamatan yang patut dipakai semasa membuat kerja di bengkel
kerana kasut ini mempunyai keselamatan pada hadapan kasut tersebut.
 Fungsi:
Untuk melindungi kaki daripada hentakan benda yang berat semasa
membuat kerja.
 Ciri-Ciri Kasut Keselamatan :
i. Mempunyai reka bentuk tanpa slip, yang bukan hanya melindungi
kaki manusia daripada tercedera.
ii. Diperbuat daripada bahan organik polimer yang dibangunkan dari
A,B,C bahan poliester.

3
Boleh dipakai Tidak boleh dipakai

3. Baju Bengkel :
Berikut adalah baju bengkel yang wajib dipakai semasa kerja-kerja bengkel kerana ia
adalah salah satu syarat di dalam bengkel.
 Fungsi :
Untuk melindungi badan daripada terkena percikan api yang panas.
Contohnya, percikan api daripada hand grinder sewaktu sedang membuat
kerja memotong.

Boleh dipakai Tidak boleh dipakai

4
 Alatan Tangan :

1. Spanar Gabung :

Fungsi :
Digunakan bagi mengetat atau melonggarkan nat. Sepana ini biasa
digunakan pada tempat yang terbuka.

Cara menyimpan spanar :


Meletakkan spanar pada tempat yang sesuai.Contohnya di dalam tool box.Dengan
ini, ia akan memudahkan orang lain untuk menggunakannya serta tidak berlakunya
kehilangan spanar.

Ciri-ciri Spanar :
i. Dibuat daripada keluli campuran kronvanadium.
ii. Mengetat atau melonggarkan bolt dan nat.
iii. Saiz spanar ditentukan melalui jarak bukaan rahang dan garis pusat gelang.
iv. Terdapat juga beberapa jenis spanar khas yang dibuat untuk kegunaan
tertentu iaitu :

5
 Spanar boleh laras
 Fungsi :
Sepana jenis ini boleh dilaraskan mengikut saiz nat dengan
memutarkan skru pelaras yang terdapat pada badannya.

 Spanar allen
 Fungsi :
Melonggar dan mengetatkan skru allen.

 Spanar soket
 Fungsi :
Sepana ini digunakan untuk membuka, mengetat,
melonggarkan nat yang kepalanya mempunyai segi.
Sepana ini digunakan di tempat yang bersudut.

 Spanar L & T
 Fungsi :
Sepana ini digunakan untuk membuka nat yang susah
untuk dibuka menggunakan alatan spanar yang biasa.

6
2. Tukul (Kuku Kambing)

Fungsi :
Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku.

Cara Menyimpan Tukul :


Simpan di tempat yang selamat dan bersihkan tukul sebelum menyimpan kerana
sesetengah kerja melibatkan minyak. Contohnya, gantung tukul pada tempat yang
sesuai.

7
Ciri-Ciri Tukul :
i. Terdiri daripada 2 bahagian tukul iaitu :

a) Tukul besi
 Fungsi :
Untuk membengkok atau meratakan logam.

b) Tukul lembut
 Fungsi:
Digunakan untuk mengetuk bahagian yang tidak rata
supaya tidak rosak.
ii. Saiz tukul bergantung kepada berat kepala.
iii. Tukul lembut digunakan untuk membentuk dan memasang sesuatu bahan
kerja.

3. Screwdriver :

Flat Screwdriver :
 Fungsi :
Digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru berkepala flat (-).
Philip Screwdriver :
 Fungsi :
Digunakan untuk memasang atau menaggalkan skru berkepala philip (+).

8
Cara Menyimpan Screwdriver :
Susun screwdriver pada tempat yang sesuai dengan teratur dan kemas. Contohnya,
pada tool box.

Ciri-Ciri Screwdriver :

i. Terdapat 2 jenis pemutar skru yang biasa digunakan iaitu :


a. Pemutar skru rata
b. Pemutar skru philip
ii. Digunakan untuk memasang atau membuka komponen yang melibatkan skru.

4. Kikir

 Fungsi :
Digunakan untuk melicinkan dan menipiskan permukaan benda kerja.

9
Cara Meyimpan Kikir :

Letakkan kikir pada tempat yang selamat & rendah kerana kikir mudah patah
akibat terjatuh daripada tempat yang tinggi.

Ciri-Ciri Kikir :

i. Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan.


ii. Saiznya dikira daripada ukuran panjang mata, iaitu daripada bahu hingga ke
hujung mata kikir.

10
 Alatan Elektrik :

1. Jumper Bateri Kereta :


 Untuk menyalurkan aliran elektrik bateri kereta kepada kereta yang lain jika
mengalami masalah ketiadaan kuasa bateri.

Risiko :

Kabel jumper yang telah rosak boleh mengakibatkan litar pintas terhadap
penggunanya.

11
2. Multimeter :
 Untuk mengukur arus voltan, ampere dan ohm pada sesuatu barangan elektrik
terutamanya pada bahagian kereta.

Risiko :
Multimeter tidak boleh dibawa gurau kerana muncung pada pen multimeter adalah
tajam serta boleh mengakibatkan kecederaan.

3. Pena Ujian :
Untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup.

Risiko :
Boleh terkena renjatan elektrik jika salah memegang pena ujian sehingga boleh
menyebabkan kematian.
12
 Mesin :

1. Tyre Changer :

 Langkah keselamatan :
 Sebelum :

1. Sentiasa memakai cermin mata keselamatan.

2. Pastikan tidak memakai barang kemas ketika


membuat kerja penukaran tayar. Contohnya, cincin.

3. Memastikan rambut pendek dan tidak memakai baju yang ketat.


13

 Selepas :

1. Jangan paksa mesin jika tayar sudah sangkut. “Reverse” balik turn-
table. Ulang sekali lagi, kerana ada benda yang tidak kena.

2. Jangan dipaksa, mungkin tayar akan koyak.

 Risiko :

Risikonya adalah apabila sedang menggunakan mesin tersebut ia boleh


mengakibatkan tayar pada mesin itu meletup jika tidak membuang angin pada
tayar terlebih dahulu.
14

 Kes Kemalangan :
Kes ini berlaku apabila seorang pekerja sedang membuat kerja menggunakan
mesin penukar tayar. Dia mati akibat salah menggunakan tayar yang sepatutnya
lalu tayar tersebut pecah dan meletup kerana dia mengisi angin pada tayar
tersebut tanpa mengikut spesifikasi.

2. Wheel balancer :

 Langkah keselamatan :
 Sebelum :

1. Memeriksa mesin pemasangan dan pengimbangan secara tetap dan


pastikan semua penyelanggaraan yang diperlukan.
15

2. Periksa pada setiap tayar perkihdmatan untuk melihat saiz tayar baru
sebelum bermula.

3. Periksa untuk retak, karat atau apa-apa kerosakan yang lain.

 Selepas :

1. Pastikan roda yang telah diimbang mestilah lengkap dan boleh


digunakan.

2. Pastikan mesin imbangan roda tidak dibiarkan begitu sahaja dan


mematikan mesin tersebut dan simpan di tempat yang selamat.
16
 Risiko :

 Ia boleh mengakibatkan kesan yang buruk terhadap pengguna tayar


tersebut jika roda tidak diimbang dengan betul.

 Kes Kemalangan :

 Seorang pemuda mengalami kemalangan kerana tayarnya haus di


sebelah dalam dan makan sebelah disebabkan tidak membuat
pengimbangan tayar mengkut jadual yang ditetapkan.
17
3. Air Compressor :

 Langkah Keselamatan :

 Sebelum :

i. Semua komponen pemampat udara hendaklah bersih dari debu, kotoran


dan minyak.

ii. Pemampat udara hendaklah dipastikan berada bebas dari benda atau
bahan yang berbahaya serta berada di dalam keaadan yang baik sebelum
digunakan. Contohnya, kedudukan yang stabil.
18
 Selepas :

1. Punca bekalan elektrik mestilah ditutup dan pemampat udara adalah


dalam keaadan OFF.

2. Injap pelepasan (drain valve) yang berada di bahagian bawah


pemampat udara mestilah dibuka setiap hari atau setiap kali
digunakan bagi melepaskan cecair yang terkondensasi dari tabung
pemampat udara.

 Risiko :

 Pelbagai bahagian pemampat udara menunjukkan kemungkinan


letupan jika terdedah kepada api atau haba. Elakkan menggunakan
peralatan berhampiran peralatan lain yang menghasilkan haba atau
api untuk mengelakkan risiko.
19
 Kes kemalangan :

 Lelaki maut, anaknya tercedera akibat letupan pemampat udara.

4. Penjulang :

 Langkah Keselamatan :
 Sebelum :

i. Pastikan penjulang dalam keaadan yang baik dan sedia digunakan


serta sudah diselenggara.

ii. Mestilah berhati-hati semasa memakir kenderaan di atas


penjulang kerana ia akan menyababkan berlakunya kemalangan.
20
 Selepas :

i. Penjulang mestilah dimatikan supaya tidak berlakunya


kemalangan jika orang berhampiran dengan penjulang tersebut.

 Risiko :

 Kenderaan yang tidak stabil boleh mengakibatkan kenderaan tersebut


jatuh dari penjulang semasa dijulang.
 Kes Kemalangan :

 Seorang mekanik mati ketika sedang menggunakan penjulang kerana


kereta yang dijulang tersebut tidak stabil lalu menghimpap mekanik
tersebut sehingga mati
21
5. Hand Grinder :

 Langkah Keselamatan :
 Sebelum :

I. Pastikan memakai sarung tangan.

II.Memastikan bahawa tiada orang lain di sekeliling kita kerana kita


sedang membuat kerja yang merbahaya.
 Selepas :
I. Pastikan peralatan tidak terhubung dengan bahagian projek.

22

II. Menjaga kabel mesin grinder daripada panas, minyak dan benda
yang tajam.

 Risiko :

 Tidak memberikan tekanan yang lebih terhadap batu grinder untuk


menghindari pecahnhya batu. Ini boleh menyebabkan kemalangan
yang serius seperti buta kerana pecahnya batu grinder dan
terpelanting ke mata.

 Kes Kemalangan :

 Seorang pekerja telah terputus jarinya akibat tidak berhati-hati semasa


membuat kerja menggunakan hand grinder dan tidak mengikut
langkah keselamatan.
23
6. Cutting Disc :

 Langkah Keselamatan :
 Sebelum :

I. Pastikan memilih cutting disc yang sesuai untuk dipasangkan pada


grinder.

II. Pastikan cutting disc dipasang dengan betul pada grinder dan
tidak longgar.
 Selepas :

I. Pastikan suis grinder telah ditutup dan simpan di tempat yang


selamat.
24

II. Cutting disc mestilah diletakkan pada tempat yang betul serta
tempat yang tidak merbahaya kerana cutting disc mudah patah.

 Risiko :

 Cutting disc yang tidak bersesuaian dengan grinder boleh


menyebabkan cutting disc tersebut tercabut apabila sedang membuat
kerja.

 Kes Kemalangan :

 Seorang remaja telah memakai cutting disc yang salah untuk


memotong. Dia memakai cutting disc yang tidak bersesuaian dengan
grinder yang dipakainya lalu cutting disc tersebut tercabut dan
mencederakan tangan remaja tersebut.
25
Kesimpulan :

o Kita sepatutnya mematuhi arahan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan


kecederaan supaya kematian dapat dielakkan. Kita haruslah
mengutamakan keselamatan agar kita dapat membuat kerja dalam
keselesaan tanpa kemalangan. Keselamatan itu penting kerana ramai
diantara kalangan pelajar terutamanya yang tidak mematuhi peraturan
telah ramai yang tercedera akibat tidak mematuhi peraturan keselamatan
di bengkel. Keselamatan juga dapat melahirkan seorang yang
bertanggungjawab dan mematuhi peraturan.
26

Rujukan :
a. https://ms.laermfeuer.org/perigos-compressor-sobre_363834-14916
b. https://www.academia.edu/32406240/A._KESELAMATAN_MENGGERINDA_SAFE
TY_FOR_GRINDING_Topik_Safety
c. https://pandulaju.com.my/jumper-bateri-kereta/
27

You might also like