You are on page 1of 33

Kuantiti Fizik

Kuantiti asas dan unitnya ( Unit SI))


Base
Symbol
Quantities

Unit
(SI
unit)

Symbol
of unit

Length

metre

Mass

kilogram

kg

Time

second

Temperatur
e

kelvin

Current

ampere

Unit SI

Imbuhan
1.Imbuhan digunakan untuk mewakili gandaan sesuatu
unit berganda

Kuantiti Terbitan

Contoh:
(Kuantiti laju diterbitkan dengan membahagikan jarak oleh masa)

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti terbitan yang anda perlu tahu dalam silibus SPM

Unit Terbitan
1.Unit terbitan ialah unit bagi kuantiti terbitan. Ia adalah gabungan unit
asas melalui pendaraban dan/atau pembahagian.
2.Contohnya, laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak, dan
bentuk matematiknya adalah seperti berikut.

Latihan:
1. Lengkapkan penukaran unit bagi laju berikut.
a. 90 kmh-1= __________ ms-1
b. 110 kmh-1= __________ ms-1
c. 1.3 ms-1= __________ kmh-1
d. 8.12 ms-1= __________ kmh-1

Change the physical quantities in column A into the quantities


in column B

1.3 Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor


Kuantiti Skalar
1.Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.
2.Magnitud ialah nilai berangka kuantiti tersebut.
3.Contoh-contoh kuantiti skalar ialah jarak, laju, jisim, isipadu, suhu, ketumpatan
dan tenaga.
Kuantiti Vektor
1.Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai kedua-dua magnitud dan
arah.
2.Contoh-contoh kuantiti vektor ialah sesaran, halaju, pecutan, daya dan
momentum.

Contoh:

Halaju = 60 km/h ke arah kiri

magnitud

arah

Contoh:
Asingkan kuantiti-kuantiti fizik berikut kepada kuantiti skalar
atau kuantiti vektor.
Laju, halaju, pecutan, jarak,
sesaran, cas elektrik,
ketumpatan, isipadu, panjang,
momentum, masa, suhu, daya,
jisim, kuasa, kerja, impuls.

Angkup vernier ialah alat pengukur yang digunakan untuk


mengukur panjang.
Ia adalah lebih peka daripada pembaris meter. Ia boleh
mengukur panjang sehingga kejituan 0.01cm.
Rajah di atas menunjukkan ilustrasi angkup Vernier. Bagi
pelajar SPM, anda perlu mengingati nama bagi semua
bahagian serta fungsinya.

Mengambil Bacaan Daripada Angkup Vernier:


Sebuah angkup vernier mempunyai dua skala, iaitu skala utama
dan skala vernier.
Skala utama dibaca di tanda sifar bagi skala vernier.
Skala vernier pula di baca di titik di mana garis skalanya segaris
dengan garis skala utama.
Bacaan angkup vernier = bacaan skala utama+ bacaan skala
vernier.
Skala utama : 1 cm dibahagikan kepada 10 bahagian di amna 1
bahagian ialah 0.1 cm
Skala vernier mempunyai panjang 0.9 cm, dibahagi kepada 10
bahagian. Oleh itu setiap bahagian mempunyai panjang 0.09 cm.
maka, perbezaan antara panjang
Antara bahagian dalam skala utama dan skala vernier adalah
0.1 cm 0.09 cm = 0.01 cm

Contoh:

Bacaan skala utama


=2.2cm
Bacaan skala vernier
=0.07cm

Ralat Sifar bagi Angkup Vernier


Ralat sifar angkup vernier ditentukan dengan
merapatkan kedua-dua rahangnya.
Ralat sifar mesti dihapuskan daripada bacaan yang
diperolehi.
Bacaan Sebenar = Bacaan Angkup Vernier - Ralat
Sifar

Contoh:
Rajah di bawah menunjukkan bacaan bagi 3 angkup vernier
yang berlainan apabila rahang mereka dirapatkan. Cari ralat
sifar bagi setiap angkup vernier itu.

Ralat sifar = 0.02 cm

Ralat sifar = -0.06cm

Ralat sifar = 0 cm (Tiada ralat sifar)

Tolok Skru Mikrometer

Julat dan Kepekaan


Julat mikrometer ialah 0-25mm.
Kepekaan suatu mikrometer ialah 0.01mm.
Teknik Mengguna Mikrometer
Memutarkan bidal sehingga objek yang diukur dipegang dengan
tidak terlalu kuat oleh anvil dan spindal.
Selepas itu, racet diputarkan sehingga bunyi "klik" didengari. Ini
adalah untuk mengelakan tekanan yang terlalu kuat dikenakan ke
atas objek diukur.
Baca bacaan mikrometer.

Bagaimana Membaca Bacaan Mikrometer?


Bacaan = Bacaan skala utama + Bacaan skala bidal.
Julat bacaan skala utama = 0 - 25 mm
Julat bacaan skala bidal = 0 - 0.49mm
Contoh

Bacaan skala utama = 5.5mm


Bacaan skala bidal = 0.28mm
Bacaan sebenar = 5.5mm + 0.28mm
= 5.78mm

Ralat sifar pada Tolok Skru Mikrometer

Bacaan sebenar = Bacaan Ralat sifar

1.4 KEPERSISAN, KEJITUAN


DAN
KEPEKAAN

Kepersisan (Precision)
Kepersisan sesuatu alat pengukur ialah kebolehan alat itu
untuk memberi bacaan-bacaan yang konsisten apabila
kuantiti fizik yang sama diukur lebih daripada satu kali.
Ukuran bagi satu kuantiti adalah konsisten jika semuanya
adalah hampir dengan satu sama lain.
Satu ukuran adalah lebih persis jika sisihan relatifnya lebih
kecil.Kepersisan satu ukuran boleh ditambah dengan:
menggunakan kanta pembesar semasa membaca skala
alat pengukur. Kanta pembesar membentukkan satu imej
yang besar, maka skala itu dapat dilihat dengan lebih
jelas.
Mengelakan ralat paralaks.

Sisihan Relatif Relative Deviation

Sisihan Relatif = sisihan purata / bacaan purata100%

Sisihan suatu
bacaan ialah
perbezaan
antara bacaan
itu dengan nilai
purata.

Contoh:

Bacaanbacaan
diameter

2.14c 2.13c 2.17c 2.15c 2.16c


m
m
m
m
m

Ralat /Error
1.Ralat ialah beza antara nilai sebenar bagi satu kuantiti fizik
dan nilai yang didapati dalam pengukuran.
2. Oleh kerana nilai kuantiti yang sebenar tidak diketahui,
maka ralat yang sebenar juga tidak
diketahui.Bagaimanapun, ralat satu ukuran biasanya dapat
dianggar.
3. Terdapat 2 jenis ralat utama
Ralat bersistem
Ralat rawak

Ralat Bersistem Systematic Error


Ralat bersistem ialah ralat yang cenderung untuk mengalihkan semua pengukuran
secara bersistem sehingga nilai minnya tersesar daripada nilai sebenar.
Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan yang diperoleh sama ada terlalu
besar atau terlalu kecil.
Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil purata terhadap
beberapa bacaan yang diulang-ulang. Contoh ralat bersistem termasuk:
ralat sifar, iaitu bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar
adalah sifar. ketidaktepatan dalam menentukur alat-alat pengukur.
masa tindak balas orang yang menjalankan eksperimen.
cara mengguna alat pengukur yang tidak betul
Ralat bersistem dapat dihapuskan/dikurangkan dengan cara-cara berikut.
Menjalankan eksperimen dengan berhati-hati sepanjang masa.
mengulangi eksperimen dengan alat-alat pengukur yang berbeza.

Ralat Hujung/Ralat Sifar Zero error


Ralat hujung atau ralat sifar ialah bacaan bukan sifar alat
pengukur apabila bacaan sebenar adalah sifar.
Contoh ralat hujung adalah
Hujung pembaris meter yang haus menyebabkan
skala pada tanda "0" tidak jelas. Ia boleh dielakkan
dengan memulakan pengukuran dari tanda 1 cm.
Bacaan jam randik yang jarumnya tidak kembali ke
tanda "0" apabila tompol "reset" ditekan. Ia boleh
dihapuskan dengan menolak ralat sifar daripada setiap
bacaan.
Bacaan meter elektrik seperti ammeter apabila tiada
arus melaluinya.

Ralat paralaks
1.Ralat paralaks ialah kesilapan yang dilakukan semasa membaca
skala alat pengukur.
2.Bacaan skala yang diperoleh adalah salah sebab kedudukan mata
relatif kepada skala yang kurang sesuai semasa membaca skala.

You might also like