You are on page 1of 26

Kefahaman Sains dan

Kemahiran Saintifik
SCZ1064
NAMA PENSYARAH: TOKIAP BIN TOKIMIN
DISEDIAKAN OLEH: SHU KAI HUI
TAN HUEY HER
2.2 Alam Fizikal

2.21 Pengukuran
Huraian maksud kuantiti fizik asas dan kuantiti fizik terbitan
Penjelasan simbol dan unit S.I bagi kuantiti fizik asas berserta
contoh-contoh instrument pengukuran.
Pengukuran kuantiti fizik menggunakan instrumen yang sesuai
berserta unit dan tahap kejituan yang betul.
Banding beza kuantiti scalar dan vektor
Kuantiti Fizik

Kuantiti fizikialah kuantiti yangboleh di ukur,cth: masa,


jisim, isipadu, laju, daya, tekanan.
Kuantiti fizik boleh dibahagikan kepada:
kuantitiasas.
kuantititerbitan.
Kuantiti Fizik Asas

Kuantiti asas ialah kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan


dalam sebutan kuantiti fizik yang lain. Setiap kuantiti asas perlu
diukur dalam unit asas berdasarkan Sistem Antarabangsa (unit
SI) atau sistem metrik.
Kuantiti asas : panjang, jisim, masa, arus elektrik dan suhu
(PJMAS)
tidak terdiri daripada gabungan mana-mana kuantiti fizik
yang lain.
diukur dalam unit asas berdasarkan unit Sistem Antarabangsa
(SI).
Kuantitiasas Unit SI

Kuantiti Simbol Unit Simbol

Panjang s Meter m

Jisim m Kilogram kg

Masa T Saat s

ArusElektrik I Ampere A

Suhu Kelvin K
Kuantiti Fizik Terbitan
Kuantiti terbitan adalah kuantiti fizik yang terbentuk
daripadagabungan kuantiti asas secara pendaraban,
pembahagian atau kedua-duanya.
Unit kuantiti terbitan dikenali sebagai unit terbitan.
Cth: Unit terbitan untuk kuantiti terbitan luas ialah m2
Imbuhan.
Awalan kepada unit SI dikenali sebagai imbuhan.
Imbuhan digunakan untuk mewakili kuantiti fizik yang
mempunyai nilai yang sangat besar dan sangat kecil dalam unit
SI.
membolehkan nilai kuantiti fizik dinyatakan dengan lebih
ringkas dan kemas.
Kuantiti Fizik

Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Contohnya laju,


panjang, jisim, momentum, suhu, arus elektrik dan sebagainya
Kuantiti Bukan Fizik ialah sesuatu yang tidak boleh diukur. Contoh
kecantikan, kesetiaan, perasaan dan sebagainya.
Setiap kuantiti fizik mesti terdiri daripada Nilai Berangka
(Magnitud) dan Unit.
Kuantiti fizik terbahagi pula kepada 2 iaitu Kuantiti Asas dan
Kuantiti Terbitan.
Kuantiti Fizik Asas
1. Takrif kuantiti asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat
ditakrifkan dengan sebutan kuantiti fizik yang lain.
2. Unit ukuran bagi kuantiti asas dinamakan sebagai unit
asas
Contoh-contoh instrument
pengukuran
Instrumen Pengukuran Kuantiti
Fizik Asas
Instrumen pengukuran panjang
Instrumen pengukuran jisim
Instrumen pengukuran masa
Instrumen pengukuran suhu
Instrumen pengukuran arus
elektrik
Kejituan pengukuran =betapa hampir suatu nilai pengukuran
kepada nilai sebenar.
RalatError
Ralat ialah beza antara nilai sebenar bagi satu kuantiti fizik dan
nilai yang didapati dalam pengukuran.
Oleh kerana nilai kuantiti yang sebenar tidak diketahui, maka ralat
yang sebenar juga tidak diketahui.
Bagaimanapun, ralat satu ukuran biasanya dapat dianggar.
Terdapat 2 jenis ralat utama
Ralat bersistem
Ralat rawak
Ralat Bersistem Systematic Error
Ralat bersistem ialah ralat yang cenderung untuk mengalihkan semua pengukuran
secara bersistem sehingga nilai minnya tersesar daripada nilai sebenar.
Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan yang diperoleh sama ada terlalu
besar atau terlalu kecil.
Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil purata terhadap
beberapa bacaan yang diulang-ulang. Contoh ralat bersistem termasuk:
Contoh-contoh ralat bersistem termasuk
ralat sifar, iaitu bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar adalah
sifar.
ketidaktepatan dalam menentukur alat-alat pengukur.
masa tindak balas orang yang menjalankan eksperimen.
cara mengguna alat pengukur yang tidak betul
Ralat bersistem dapat dihapuskan/dikurangkan dengan cara-cara berikut.
Menjalankan eksperimen dengan berhati-hati sepanjang masa.
mengulangi eksperimen dengan alat-alat pengukur yang berbeza.
Ralat Hujung/Ralat Sifar Zero
error


Ralat hujung atau ralat sifar ialah bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar adalah sifar.
Contoh ralat hujung adalah
Hujung pembaris meter yang haus menyebabkan skala pada tanda "0" tidak jelas. Ia boleh dielakkan dengan
memulakan pengukuran dari tanda 1 cm.
Bacaan jam randik yang jarumnya tidak kembali ke tanda "0" apabila tompol "reset" ditekan. Ia boleh
dihapuskan dengan menolak ralat sifar daripada setiap bacaan.
Bacaan meter elektrik seperti ammeter apabila tiada arus melaluinya.

Contoh (Bacaan Ammeter apabila tiada arus mengalir melaluinya)

(Tanpa ralat sifar: Penunjuk ammeter berada tepat di atas tanda sifar.)

(Ralat sifar negatif: Penunjuk ammeter menunjukkan bacaan negatif walaupun tiada arus mengalir
melaluinya.)

(Ralat sifar positif: Penunjuk ammeter menunjukkan bacaan positif walaupun tiada arus mengalir melaluinya.)
Kuantiti skalaradalah kuantiti yang mempunyai magnitud (saiz)
sahaja seperti jisim dan masa.Kuantiti vektormempunyai
magnitud dan arah, contohnya berat dan halaju. Berat badan kita
katakan 65 kg dan arahnya ke pusat bumi. Halaju kapalterbang
750 km per jam arahnya ke utara atau ke timur laut.

You might also like