You are on page 1of 13

Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik

1.1 Sains Adalah Sebahagian Daripada kehidupan Seharian

Maksud sains – Sains ialah Disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan Eksperimen ynag

sistematik terhadap fenomena Alam semula jadi.

Kepentingan sains –

 Perubatan

 Komunikasi

 Pertanian

Bidang sains

 Fizik – contoh, kejuruteraan dan tenaga elektrik

 Biologi – contoh, zoologi, mikrobiologi, fisiologi dan botani

 Kimia – contoh, farmakologi, forensik dan toksikologi

 Geologi – contoh, Geo kimia, Geomorfologi dan Geofizikal

 Astronomi – contoh, Astrofizik

 Meteorologi – contoh, Hidrometeorologi


Radas makmal
1.2 Simbol – simbol Amaran
1.3 Kuantiti Fizik dan unitnya

Kuantiti Fizik dalam sains ditakrifkan sebagai sifat fizikal ynag boleh dihitung, iaitu boleh

diukur dan dikira. Kuantiti Fizik asas yang sentiasa digunakan ialah panjang, jisim, masa, suhu

dan arus elektrik.

Unit Kuantiti Fizik


Pertukaran Unit Kuantiti Asas

Jisim

Panjang

Masa
1.4 Penggunaan Alat pengukur, kejituan, kepersisan, kepekaan dan Ralat

Maksud – Untuk Tujuan mengukur, alat pengukur yang berbeza diperlukan bagi Mengambil data

dalam suatu Eksperimen.

A) Mengukur Panjang

Panjang ialah jarak di antara dua titik. Unit S. I panjang ialah meter (m). Panjang juga boleh

diukur dalam millimeter (mm), sentimeter (cm) atau kilometer (km).

Contoh – Pembaris, Pita pengukur

Cara mengukur

Semasa menggunakan pembaris, Maya pemerhatian hendaklah berserenjang dengan skala bacaan

untuk mengelakkan Ralat paralaks.

B) Menyukat jisim

Jisim sesuatu Objek ialah Kuantiti jirim yang terkandung di dalamnya. Unit S. I. bagi jisim ialah

kilogram (Kg)

Contoh – Neraca tuas, Neraca tiga alur

C) Mengukur masa
Unit S. I. Bagi masa ialah saat (s). Unit lain masa termasuk minit (min), jam (j), hari, bulan,

tahun, dekad dan sebagainya.

Contoh – Jam randik

D) Menyukat Suhu

Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu Objek. Unit S. I. bagi suhu ialah Kelvin (K).

Walau bagaimanapun, darjah Celsius (°C) biasanya digunakan sebagai unit ukuran suhu dalam

kehidupan.

Contoh – Termometer makmal, klinik.

E) Menyukat Arus Elektrik

Ammeter digunakan untuk Menyukat arus elektrik dalam sesuatu litar

Contoh – Ammeter

F) Menyukat Isi padu Air

Silinder penyukat digunakan untuk Menyukat isi padu air.


Cara membaca –

Penggunaan Alat pengukur yang lebih jitu

A) Mengukur Panjang

Angkup vernier

 Angkup vernier digunakan untuk mengukur ketebalan atau diameter luar, diameter dalam

dan Kedudukan suatu Objek. Bahagian terkecil bacaan Angkup vernier ialah 0.01

Ralat sistematik disebabkan oleh pengukuran menggunakan alat pengukur yang kurang tepat.

Contohnya terdapat ralat sifar pada alat pengukur, ralat yang disebabkan oleh orang yang

melakukan pengukuran atau faktor persekitaran.

Tolok skru Mikrometer

Tolok skru mikrometer digunakan untuk mengukur ketebalan dan diameter objek kecil

seperti kertas, rambut dan lain-lain. Bahagian terkecil bacaan tolok skru mikrometer ialah
0.001 cm atau 0.01 mm. Oleh itu, tolok skru mikrometer adalah lebih jitu daripada angkup

vernier dan pembaris.

Ralat
Ralat sistematik

Ralat yang malar pada sesuatu alat pengukur yang diperoleh setiap kali pengukuran.

Contoh:

-Ralat sifar

-Alat pengukur yang tidak jitu

Cara mengatasi

 Mengendalikan eksperimen dengan berhati – hati

 Mengulangi Eksperimen dengan menggunakan alat pengukur yang berbeza

Ralat rawak

Ketidakpastian pengukuran yang disebabkan oleh pemerhati semasa membuat pengukuran.

Contoh:

 Ralat paralaks• Kecuaian pemerhati semasa

Mengambil bacaan

• Salah teknik

Cara mengatasi:
 Mengurangkan ralat dengan Mengambil bacaan ukuran untuk beberapa kali dan

Mengambil nilai bacaan purata.

 Mengurangkan kesan ralat paralaks, mata pemerhati hendaklah berserenjang dengan

skala alat pengukur

1.5 Ketumpatan

Ketumpatan (g cm-³) =jisim(g)

Isi padu (cm³)

1.6 Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik

 Memerhati

 Mengelas

 Mengukur dan menggunakan nombor

 Membuat inferens

 Meramal

 Berkomunikasi

 Menggunakan perhubungan Ruang dan masa

 Mentafsirk data

 Mendefinisi secara operasi

 Mengawal pemboleh ubah

 Membuat hipotesis

 Mengeksperimen
Kaedah Saintifik

Kaedah saintifik ialah kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam

sains Kaedah ini mempunyai beberapa langkah penting bagi membolehkan sesuaturmasalahan

itu diselesaikan atau dijelaskan dengan kaedah yang betul.

1) Mengenal pasti masalah

Mengenal Pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan saintifik

2) Membina hipotesis

Kita perlu membina satu hipotesis sebagai penerangan awal. Pemerhatian atau fenomena yang

sedang dikaji. Hipotesis ini perlulah diuji.

3) Mengawal pemboleh ubah

Kenal pasti jenis pemboleh ubah yang terbabit. Pemboleh ubah ialah kuantiti fizik yang

mempengaruhi pemerhatian atau fenomena sains dan terdiri daripada pemboleh ubah yang

dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan.

4) Merancang Eksperimen

Kita perlu merancang reka bentuk eksperimen terlebih dahulu dengan betul. Kita juga perlu

memilih bahan-bahan dan radas yang sesuai untuk eksperimen.

5) Menjalankan Eksperimen

Semasa menjalankan eksperimen, langkah berjaga-jaga mesti diamalkan pada setiap masa untuk

mendapatkan data yang lebih tepat. Langkah keselamatan pula perlu untuk menghindari

kemalangan.

6) Mengumpul data
Pengumpulan data dilakukan secara berhati-hati dengan menggunakan 6 alat yang sesuai dengan

mengambil kira sebarang ralat rawak atau sistematik yang mungkin berlaku. Pastikan ukuran

diulang sekurang-kurangnya tiga kali untuk mendapatkan nilai yang lebih tepat dan jitu.

Gunakan jadual untuk merekod data.

7) Menganalisis dan Mentafsirkan data

Analisis perlu disertakan dengan bentuk komunikasi yang berkesan seperti penggunaan graf dan

jadual. Graf dan jadual membantu kita untuk mentafsirkan data dengan lebih mudah.

8) Membuat kesimpulan

Kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis eksperimen; sama ada hipotesis diterima atau

ditolak. Jika ditolak, kita perlu membuat hipotesis baharu dan melakukan eksperimen semula.

9) Menulis laporan

Ketika menulis laporan, semua data dan maklumat yang penting perlu disertakan.

You might also like