You are on page 1of 28

Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis alat radas yang biasa digunakan. Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat radas.

Mangkuk pijar (Crucible) Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish) Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper) Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder) Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe) Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide) Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch) Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel) Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand) Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner) Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack) Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam

kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod) Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp) Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar) Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs) Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer) Kegunaan: Untuk menyukat suhu.

Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhatihati. Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau beracun/toksik. Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia. Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive) Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable) Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive) Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous) Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant) Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive) Contoh: Uranium, torium, radium.

Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita. Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran. 1. Panjang (Length) 2. Jisim (Mass) 3. Masa (Time) 4. Suhu (Temperature) 5. Arus Elektrik (Electric current) Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara. Kuantiti fizik dan unit SI Kuantiti fizik Unit SI Simbol unit Panjang meter m Jisim kilogram kg Masa saat s Suhu kelvin K Arus elektrik ampere A Simbol dan nilai prefix Imbuhan awal Simbol Nilai berangka (Prefix) (numerical) mega M 1 000 000 kilo k 1 000 centi c 0.01

milli micro

0.001 0.000 001

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awal @ awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Kita menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk membuat ia lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik. Contohnya Nilai kuantiti fizik 5 000 000 K 3 000 g 0.008 m 0.000 006 A

Bentuk imbuhan awal (prefix) 5 MK 3 kg 8 mm 6 A

Berat & Jisim Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan. Unit sukatan berat dan jisim ialah; Berat - Newton / N Jisim - kilogram / kg Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek. Menyukat berat Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)

Neraca mampatan (Compression balance) Menyukat jisim Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)

Alat-alat Pengukuran

Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian, pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris. Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya. Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti panjang dengan lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat. Pengukuran panjang (Measurement of length) Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu diukur dengan menggunakan pembaris meter.

Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan dengan 1000 millimeter (mm). 1 cm = 10 mm 1 m = 100 cm = 1000 mm 1 km = 1000 m

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.

Mengukur panjang lengkung (curve). Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris. Angkup (calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat. Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) danangkup dalam (internal calipers). Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman sesebuah objek.

Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area) Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square metres, m2). Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres, km2). Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi (square centimetres, cm2) dan 2 milimeter persegi (square millimetres, mm ). 1 cm2 = 100 mm2 1 m2 = 10 000 cm2 1 km2 = 1 000 000 m2 Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm2.

Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B.

Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira anggaran luas permukaan daun tersebut. Contoh:

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12 Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm2 Luas permukaan daun = 12 cm2 = 12 cm2 Pengukuran isipadu (Measurement of volume) Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3). Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter ( l ) dan liter ( l ). Isipadu pepejal (solids) diukur dalam 3 sentimeter padu (cm ) dan meter padu (m3). 1 ml = 1 cm3 1 l = 1000 cm3 = 1000 ml 1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml

Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder penyukat.

Pipet & buret

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke bawah. Ralat parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan. Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units) Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita. Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut. Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinumIridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia

merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder). Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'. Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa. Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut: 1. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras. 2. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan. 3. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza. 4. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan. 5. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

You might also like