You are on page 1of 33

BAB 1 PENGENALAN KEPADA FIZIK

1.1 Fizik

Fizik Fizik merupakan ilmu untuk mencari penerangan rasional


(mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim, tenaga dan
fenomena alam semula jadi.

Antara bidang fizik ialah fizik nuklear, fizik keadaan pepejal,


biofizik, elektronik, astronomi, fizik kuantum, elektrik dan
lain-lain.

Tujuan anda mempelajari fizik ialah untuk menjawab


persoalan-persoalan seperti:
1. Bagaimana sebuah kapal terbang boleh terangkat?
2. Bagaimana sebuah kapal kargo boleh terapung?
3. Bagaimana terbentuknya pelangi?
4. Bagaimana telefon bimbit berfungsi?
5. Bagaimana arus elektrik dihasilkan?
6. Mengapa sudu kelihatan bengkok di dalam segelas
air?
7. Mengapa basikal bergerak laju semasa menuruni
bukit?
8. Mengapa kipas masih terus berputar selepas suis
dimatikan?

Kuantiti Fizik Kuantiti fizik ialah kuantiti boleh diukur.

Contohnya, kuantiti laju, berat, panjang, suhu dan


sebagainya.

Kuantiti fizik boleh dibahagikan kepada dua iaitu


Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan.

Sistem unit SI digunakan dalam pengukuran kuantiti-


kuantiti fizik. Contohnya kuantiti jisim diukur
menggunakan unit SI kilogram dan masa diukur dalam
unit saat.

Sistem Unit Antarabangsa atau Unit SI (SI dipendekkan


dari nama bahasa Perancis, Système international
d'unités) merupakan sejenis sistem metrik. Ia adalah
sistem unit yang digunakan oleh semua orang di dunia
dalam sains dan perdagangan.

Sistem SI diselenggarakan oleh 3 badan, iaitu Biro


Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (BIPM),
Persidangan Am Timbangan dan Ukuran (CGPM) serta
Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa
(CIPM)

1
1.2 Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan

Kuantiti Asas
Kuantiti Asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan (diterbitkan) dalam
sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain atau tidak dapat diperolehi daripada gabungan
dua kuantiti fizik yang lain secara operasi matematik.

Terdapat lima kuantiti asas:

Kuantiti Asas
Simbol Contoh alat
& Unit S.I
Unit SI pengukuran
Simbol Kuantiti
Panjang, l meter M Pembaris
Jisim, m kilogram kg Neraca tiga palang
Masa, t saat s Jam randik
Arus elektrik, I ampere A Ammeter
Suhu, T kelvin K Termometer
s
Kuantiti Terbitan
Kuantiti Terbitan ialah kuantiti fizik yang boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti
asas melalui operasi darab atau bahagi atau kedua-duanya.

Contoh kuantiti terbitan ialah luas, isi padu, laju, ketumpatan dan sebagainya.
Kuantiti Terbitan Simbol
Dalam Sebutan Kuantiti-
& Unit Terbitan Unit
kuantiti Asas
Simbol Kuantiti Terbitan
Luas, A Panjang panjang meter persegi m2
Isi padu, V Panjang panjang panjang meter padu m3
Panjang
Laju, v meter per saat m s-1
masa
Panjang meter per saat per
Pecutan, a m s-2
masa masa saat
Jisim kilogram per meter
Ketumpatan, panjang panjang panjang kg m-3
padu
a
Gambarfoto Berikan contoh-contoh kuantiti asas dan
kuantiti terbitan yang terdapat dalam
gambarfoto di sebelah.

Kuantiti asas Kuantiti terbitan


Jisim Isi padu
................................... ...................................
Panjang Tekanan
................................... ...................................
Masa Ketumpatan
................................... ...................................
Suhu Laju
................................... ...................................

2
Latihan 1.2 Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan

1. Manakah daripada yang berikut bukan 2. Manakah antara berikut adalah bukan
kuantiti asas? unit asas?
A Panjang C Berat A celsius C ampere
B Arus elektrik D Masa B kilogram D saat

3. Unit asas bagi jisim adalah 4. Di antara kuantiti terbitan berikut yang
A miligram C gram manakah merupakan gabungan suatu
B kilogram D mikrogram kuantiti asas sahaja?
A Daya C Isi padu
B Pecutan D Kerja

5. Nyatakan kuantiti terbitan berikut dalam sebutan kuantiti-kuantiti asas.


Luas Isi padu
Panjang × Panjang Panjang × Panjang × Panjang

Ketumpatan Laju
Jisim Panjang
Panjang Panjang Panjang Masa

Pecutan Momentum
Panjang
Masa Masa Jisim Panjang
Masa

Daya Tekanan

Jisim Panjang
Jisim Panjang Masa Masa
Masa Masa Panjang Panjang
Jisim
Panjang Masa Masa

6. Jika suatu kuantiti fizik diberi oleh 7. Tempoh ayunan bagi sebuah neraca
rumus inersia diberi oleh hubungan;
2 2
M=¾ed T = km
di mana e unitnya kilogram manakala d di mana T = tempoh dan unitnya s,
unitnya meter, maka unit bagi M ialah m = jisim dan unitnya kg dan k =pemalar,
maka unit bagi k ialah
Unit M = unit e × unit d2
unit T 2
Unit k
= kg × m2 unit m
s2
= kg m2 kg
s 2 kg -1

3
Bentuk Piawai Kita boleh meringkaskan nilai yang terlalu besar atau terlalu kecil
dalam bentuk piawai.

Contoh :
Jejari bumi adalah 6400000000 mm manakala diameter satu dawai
logam adalah 0.00000045 km.

Bentuk piawai pada amnya ialah

a x 10n

di mana 1 a <10 dan n ialah integer positif atau negatif.

Contoh penukaran nombor kepada bentuk piawai:


(a) Jejari bumi: 6400000000 mm

. ×

(b) Diameter satu dawai logam: 0.00045 m

. ×

Latihan: Tukarkan nilai-nilai berikut kepada bentuk piawai.


(a) 0.00008 s 8.0 × 10-5 s

(b) 5300 g 5.3 × 103 g

(c) 0.0068 cm 6.8 × 10-3 cm

(d) 567.13 km 5.6713 × 102 km

(e) 345.2 × 104 m 3.452 × 102 × 104 m = 3.452 × 106 m

(f) 0.000078 × 10-6 m 7.8 × 10-5 × 10-6 s = 7.8 × 10-11 m

(g) 7 x 10-5 × 8 × 106 56 × 10(-5+6) = 56 × 101 = 5.6 × 101 × 101= 5.6 × 102

(h) 3 × 108 + 8 × 106


3 × 108 + 0.08 × 108 = 3.08 × 108

(i) 3.8 × 10-2 - 7.2 × 10-3 3.8 × 10-2 + 0.72 × 10-2 = 3.08 × 10-2

6.2 10 9
(j) 1.8235 × 10(9-3) = 1.8235 × 106
3.4 10 3

4
Unit Pengukuran

Unit ialah ukuran piawai yang ditentukan untuk ukuran suatu kuantiti fizik.
Unit digunakan untuk membandingkan saiz atau ukuran di antara kuantiti-kuantiti
fizik yang sama.

Unit perlu diselaraskan kerana


(a) Memudahkan perhubungan atau komunikasi antarabangsa terutama dalam
bidang sains dan perdagangan.
(b) Meningkatkan kecekapan proses pertukaran maklumat terutama pengetahuan
sains dan teknologi.
(c) Mempermudahkan proses menganalisis data.
(d) Data atau maklumat terkumpul boleh dapat digunakan oleh ahli sains negara
lain.
(e) Kertas kerja saintifik yang dikemukakan oleh seseorang saintis dapat difahami
dan diaplikasikan.

Imbuhan Unit Apabila kita mengukur panjang, kita boleh


menyatakan nilainya dalam unit kilometer, centimeter
dan sebagainya. Kilo- , centi- merupakan imbuhan
unit yang mempunyai nilai-nilai tertentu seperti yang
Menjana idea tentang terdapat pada jadual berikut:
penggunaan imbuhan unit:
Imbuhan Simbol Imbuhan Nilai
(a) 1000 g
Tera T 1012
3
= 1 × 10 g
Giga G 109
= 1 kg
Mega M 106
3
10 g = kg
103 ialah nilai kilo k 103
imbuhan ‘kilo’.
desi d 10-1

(b) 100 cm centi c 10-2

= 1 × 102 cm mili m 10-3


= 1 × 102 × 10-2 m
=1m mikro 10-6

cm = 10-2 m nano n 10-9


10-2 ialah nilai
imbuhan ‘centi’. piko p 10-12
a
Contoh: Tuliskan nilai kuantiti fizik berikut dengan unit berimbuhan secara ringkas.

(1) 100 kilometer 100 km


= .......................... 0.015 km/j
(4) 0.015 kilometer/jam = ............................
300 Tg 80 Gg/m3
(2) 300 Teragram = ......................... (5) 80 Gigagram/meter padu = ...................
0.5 A
(3) 0.5 mikroampere = ........................... 70 pm/s
(6) 70 pikometer/ saat = ..............................

5
Penukaran Unit

Penukaran unit berimbuhan kepada unit tanpa imbuhan


Kaedah 1: Kaedah 2:

500 km = ........................... m 1000 mg = ...................................... g

Penyelesaian: Penyelesaian:
103 m Nilai -3 – 0
500 km = 500 1000 mg = 1000 10 g
imbuhan
× 105 m 1000 × 10-3 g = 1 g
= 5.0
........................... kilo = ...............................

Latihan Penukaran unit 1

(1) 1.25 mm = ................... m (2) 3.88 ns = ........................ s

= 1.25 10-3m
= 3.88 10-9s

(3) 6.22 Mg = ..................... g (4) 0.00057 kK = ......................... K

= 0.00057 103 K
= 6.22 106 g
= 5.7 10-1 K

(5) 9560 A = .................... A (6) 3.5 104 pm = ....................... m

= 9560 10-6 A = 3.5 104 10-12 m

= 9.56 103-3 A = 3.5 10-8 m

(7) 0.0045 10-3 Tg = .......................... g (8) 530 dm = ........................... m

= 0.0045 10-3 1012 g = 530 10-1 m

= 4.5 106 g = 5.3 101 m

(9) 0.15 Gm = ............................. m (10) 0.000585 cA = .............................. A

= 0.15 109 m = 0.000585 10-2 A

= 1.5 108 m = 5.85 10-6 A

6
Penukaran unit tanpa imbuhan kepada unit berimbuhan
Kaedah 1: Kaedah 2:
0 +3
1000 m = ........................... cm 100 g = ...................................... kg

Penyelesaian: Penyelesaian:
Nilai 0 – +3
10-2 100 g = 100 × 10 kg
1000 m = 1000 cm imbuhan
1.0 × 105 cm centi 100 × 10-3 kg = 0.1 kg
= ........................... = .........................................

Latihan penukaran unit 2

0 -3
(1) 0.5 A = ................... A (2) 3600 s = ........................ ms
= 0.5 10-6 A = 3600 100 - ( -3) ms

= 5.0 105 A = 3600 103 ms

= 3.6 106 ms
0 +12
(3) 1000 g = ..................... kg (4) 237 K = ......................... TK
= 237 100 – (+12) TK
= 1000 103 kg
= 237 10-12 TK
= 1.0 kg
= 2.37 10-10 TK
0 -12
(5) 6.22 10-6 A = .................... kA (6) 3.142 s = ....................... ps

= 3.142 100 – (-12) ps


= 6.22 10-6 103 kA
-9
= 3.142 1012 ps
= 6.22 10 kA

0 -1
(7) 0.057 10-3 g = .......................... Mg (8) 500 K = ........................... dK
= 500 100 – (-1) dK
-3 6
= 0.057 10 10 Mg
= 500 101dK
-11
= 5.7 10 Mg
= 5.0 103 dK
0 -2
(9) 900 103 m = ............................. Gm (10) 0.00415 A = .............................. cA
3 9
= 0.00415 100 – (-2) cA
= 900 10 10 Gm
-4
= 0.00415 102 cA
= 9.0 10 Gm
= 4.15 10-1 cA

7
Penukaran unit berimbuhan kepada unit berimbuhan yang lain
Kaedah 1: Langkah penyelesaian:

1000 nm = ........................... km × ÷
nm m km
Penyelesaian:
× Nilai ÷ Nilai
1000 nm = 1000 10 -9
m 3
10 km imbuhan imbuhan
nano kilo
1000 10-9
= km
103

=1 10-9 km

Kaedah 2: Langkah penyelesaian:

100 Mg = ...................................... ng 1. Mengenal pasti nilai imbuhan pertama


dan kedua:
Penyelesaian: 6
Mg = 10 g (1)
6 – -9
-9
100 Mg = 100 × 10 ng ng = 10 g (2)

= 100 × 1015 ng 2. Menolak nilai kuasa (1) dengan nilai


kuasa (2).
= 1.0 × 1017 ng 6 – -9 = 15

Latihan penukaran unit 3

9 -1
(1) 4.33 ms = ................... ns (2) 1.23 Gm = ........................ dm

= 1.23 109 – (-1) dm


4.33 10 -3
4.33 ms = ns
10 - 9 = 1.23 1010 dm

= 4.33 106 ns

-9 9
(3) 150 g = ..................... Tg (4) 3.4 pK = ......................... MK

= 3.4 10-9 – (9) MK


6
150 10
150 g = Tg
10 12 = 3.4 10-18 MK

= 1.5 10-16 Tg

8
Penukaran unit bagi nilai kuantiti terbitan
Contoh 1: Idea penyelesaian:

Luas = 350 km2 m2 km2 = km km


= 350 km km
= 350 103 m 103 m Gantikan k dengan nilai imbuhan kilo:
= 350 106 m m
3
= 3.5 108 m2 = 10 m 103 m

Contoh 2: Idea penyelesaian:

Isi padu = 500 m3 dm3 m3 = m m m

= 500 m m m dm dm dm
=
d d d
dm dm dm Gantikan d yang di bawah dengan nilai
= 500
d d d imbuhan desi:
dm dm dm dm dm dm
= 500 =
10 -1 10 -1 10 -1 10 -1 10 -1 10 -1
500
= dm dm dm
10 - 3
= 5.0 105 dm3

Contoh 3: Idea penyelesaian:


km m
Laju = 7200 km/j m/s
j s
7200 km
1km
1j
1j
7200 10 3 m
(1 60 60) s 1 103 m
7200 10 3 m (1 60 60) s
3600 s 1 103 m
2000 m/s 3600 s

Contoh 4: Idea penyelesaian:


kg g
Ketumpatan = 150 kg/m3 g/cm3
m3 cm 3
kg
= 150 3
m Gantikan k dengan nilai imbuhan kilo:
103 g
= 150 10 g 3
100 cm 100 cm 100 cm 10 3 g
= =
103 g m m m 1m 1m 1m
= 150
106 cm3 Gantikan 1 m kepada 100 cm:
103 g
= 1.50 10-1 g/cm3 =
100 cm 100 cm 100 cm

9
Latihan penukaran unit 4

(1) 250 cm2 = ................... m2 (2) 4.8 m2 = ........................ km2

250 cm2 = 250 cm cm km km


4.8 m 2 4.8
10 3 10 3
= 250 10-2 m 10-2 m
4.8 10 -6 km 2
= 2.5 10-2 m2

(3) 150 mm3 = ..................... m3 (4) 65 km/j = ......................... m/s

150 mm3 = 150 mm mm mm km m


j s
= 150 10-3m 10-3m 10-3m
65 km
65 km/j
= 1.5 10-7 m3 1j
65 10 3 m
60 60 s
1.806 10 1 m/s

(5) 4000 g/cm3 = ....................... kg/m3 (6) 2.5 m/s = ............................. km/j

g kg m km
cm 3 m3 s j
g 4000 10 3 kg 2.5 m 2.5 10 3 km
4000 2.5 m/s
cm 3 cm cm cm 1s 1
j
4 60 60
10 m 10 m 10 -2 m
-2 -2
9.0 km/j
4 10 6 kg/m 3

(7) 0.046 kg/m3 = ............................ g/cm3 (8) 6.51 Nm-2 = ...................... Ncm-2
kg g N N
m3 cm 3 m2 cm 2
kg 0.046 10 3 g N 6.51 N
0.046 3 6.51 2
m m m m m m m
46 g 46 g 6.51 N 6.51 N
cm cm cm cm cm cm cm
-2
10 -2
10 -2
10 -2 10 -6 10 10 -2 10 - 4
4.6 10 -5 g/cm 3 6.51 10 - 4 N cm -2

10
1.3 Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor

Kuantiti Skalar Kuantiti Vektor


Kuantiti skalar ialah kuantiti fizikal yang Kuantiti vektor ialah kuantiti fizikal yang
mempunyai magnitud sahaja. mempunyai magnitud dan arah.

Contoh: Jisim, ketumpatan dan masa Contoh: Halaju, daya dan berat

Baca pernyataan-pernyataan berikut, kemudian tentukan sama ada mempunyai


arah dan magnitud seterusnya tentukan jenis kuantiti fizikal tersebut.
Pernyataan Magnitud Arah Jenis
kuantiti
(1) Kereta Ferrari itu bergerak dengan laju 300 Skalar
km/j.
(2) Keretapi bergerak dengan halaju 130 km/j dari Vektor
stesen keretapi JB ke stesen keretapi Gemas.
(3) Ketumpatan air laut ialah 1025 kg m-3. Skalar
(4) Sarah berjalan sejauh 500 m. Skalar
(5) Ali mencatat masa 25.5 s dalam acara 200 m. Skalar
(6) Kuasa mentol itu bernilai 25 Watt. Skalar

(7) Suhu bilik makmal fizik mencapai 32 C Skalar


semasa cuaca panas.
(8) Berat badan Siva ialah 450 N. Vektor
(9) Sebuah kapal terbang Boeing memecut 25 ms-2 Vektor
semasa berlepas dari lapangan tebang KLIA.
(10) Kem Batu 10 terletak sejauh 15 km dari Bandar Vektor
Kuantan.
(11) Had laju Lebuhraya Pantai Timur ialah 110km/j. Skalar

Tuliskan contoh-contoh kuantiti skalar dan kuantiti vektor.


Kuantiti Skalar Kuantiti Vektor
Masa
Sesaran
Isi padu
Halaju
Jarak
Pecutan
Jisim
Momentum
Ketumpatan
Daya
Tekanan
Berat
Kerja
Impuls

11
1.4 Pengukuran

Pengukuran kuantiti fizik Pengukuran ialah percubaan untuk mencari nilai yang
tepat dan jitu untuk sesuatu kuantiti fizik.

Pengukuran suatu kuantiti fizik yang baik dan


berkesan ialah pengukuran yang mempunyai nilai
yang menghampiri nilai sebenar.

Pengukuran suatu kuantiti fizik memerlukan alat


pengukuran yang sesuai.

Magnitud sesuatu kuantiti fizik tidak boleh melebihi


Contoh kesilapan memilih
had keupayaan sesebuah alat pengukur.
alat pengukur:
Penimbang elektronik itu
menunjukkan bacaan 0.0 g Selain itu, kepekaan sesuatu alat pengukur juga perlu
bagi jisim sehelai kertas diambil kira dalam membuat pemilihan alat pengukur
tisu. bagi sesuatu kuantiti fizik.

Contoh: Pembaris meter sesuai digunakan untuk


mengukur panjang sebuah buku tetapi tidak sesuai
digunakan untuk mengukur panjang bangunan.

Aktiviti perbincangan: Tentukan alat pengukur yang sesuai bagi kuantiti fizik berikut.

Kuantiti fizik Alat pengukur


(1) Panjang buku teks Pembaris meter

(2) Panjang meja makmal Pita pengukur

(3) Diameter duit syiling 10 sen Angkup vernier

(4) Ketebalan duit syiling 50 sen Tolok skru mikrometer

(5) Jarak lontaran dalam acara lontar peluru Pita pengukur

(6) Jisim sebuah buku tulis Neraca tiga palang

(7) Isi padu secawan air minuman Silinder penyukat

(8) Catatan masa untuk acara larian 200 m Jam randik

(9) Suhu pesakit demam panas Termometer klinik

(10) Suhu air mendidih Termometer makmal

(11) Arus elektrik yang mengalir dalam satu litar


Ammeter
lengkap.

12
Kejituan, kepersisan dan kepekaan

Pendahuluan
Semua pengukuran kuantiti fizik merupakan satu anggaran sahaja. Maka apabila
membuat pengukuran kita mesti mengetahui tentang kepersisan, kepekaan dan
kejituan alat.
Maksud Kejituan
Kejituan suatu ukuran ialah darjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai
sebenar atau nilai piawai. Alat yang jitu ialah alat yang dapat memberi nilai ukuran
yang sama atau hampir dengan nilai sebenar.

Kejituan suatu ukuran bergantung pada ralat maksimum pengukuran itu.


Semakin kecil ralat maksimum, semakin jitu pengukuran yang diperolehi.

Ralat maksimum suatu ukuran ditentukan oleh alat pengukur yang digunakan. Satu
anggaran bagi ralat maksimum ialah nilai bahagian skala terkecil pada alat.
Sebagai contoh ralat maksimum bagi pembaris ialah 0.1 cm, angkup vernier ialah
0.01 cm dan tolok skru mikrometer ialah 0.01 mm.

Kejituan sesuatu pengukuran dapat ditingkatkan dengan:


(a) Menggunakan alat pengukuran yang lebih peka
(b) Mengambil beberapa bacaan berulang
(c) Mengelakkan ralat paralaks dan ralat sifar

Maksud Kepersisan
Kepersisan ialah kebolehan suatu alat pengukuran memberi bacaan yang konsisten
pada setiap kali pengukuran dibuat.

Contoh: 4 set bacaan masa yang diukur menggunakan jam randik.


Masa bagi 20 ayunan lengkap, t /s
t1 t2 t3 t4
38.0 37.8 38.2 38.0
a

Aktiviti perbincangan:

Rajah di sebelah merupakan hasil


tembakan empat peserta A, B, C dan D. Peserta A Peserta B
Tentukan tahap kepersisan dan kejituan
tembakan mereka. Lengkapkan jadual di
bawah dengan menggunakan perkataan
‘tinggi’, ‘sederhana’ dan ‘rendah’.
Peserta Kepersisan Kejituan
A
Tinggi Rendah
B
Sederhana Sederhana
C
Tinggi Tinggi
D
Rendah Rendah
Peserta C Peserta D
a

13
Pengertian Kepekaan
Kepekaan ialah kebolehan suatu alat bergerak balas dengan cepat terhadap
kuantiti yang diukur dan seterusnya menunjukkan perubahan bacaan yang besar
terhadap perubahan kuantiti yang kecil.

Kepekaan suatu alat juga bergantung kepada pembahagian skala senggatan


terkecil, iaitu jika skala senggatan terkecil adalah sangat kecil, maka alat itu lebih
peka.
Contoh:

Pembaris A

Pembaris B

Pembaris A lebih peka berbanding pembaris B.

Contoh lain seperti angkup vernier adalah lebih peka daripada pembaris meter,
kerana pembahagian skala senggatan terkecilnya adalah lebih kecil.
Angkup vernier pula dikatakan kurang peka jika dibandingkan dengan tolok skru
mikrometer.

Angkup vernier

Tolok skru mikrometer

Miliammeter lebih peka daripada sebuah ammeter.

14
Ralat bersistem dan ralat rawak

Semua kuantiti fizik yang diukur mempunyai ketidakpastian atau ralat dalam nilai
yang diperolehi menyebabkan nilai yang diukur berbeza daripada nilai sebenar.
Ralat pada amnya terbahagi kepada dua jenis iaitu ralat bersistem dan ralat rawak.

Ralat bersistem Ralat bersistem ialah ketidakpastian dalam


pengukuran disebabkan oleh
(i) alat
(ii) pemerhati
(iii) persekitaran.

Ralat bersistem yang disebabkan oleh alat ialah


seperti ralat sifar dan ketidaksempurnaan alat.

Ralat sifar ialah bacaan yang bukan sifar apabila


bacaan sebenar adalah sifar.
Bacaan alat yang
mempunyai ralat bersistem Ketidaksempurnaan alat di mana semasa
ditentukur di kilang, keadaan fizik seperti suhu,
tekanan dan sebagainya mungkin berbeza apabila
alat itu digunakan di luar.

Contohnya panjang pembaris atau angkup vernier


mungkin berubah dengan suhu manakala jam
randik mungkin cepat atau menjadi lambat.

Ralat bersistem yang disebabkan oleh pemerhati


contohnya adalah masa tindakbalas, kecacatan
A disebabkan oleh rabun jauh atau rabun dekat.

Masa tindak balas ialah sela masa seseorang


memulakan tombol jam 'mula' dengan masa
sesuatu kuantiti mula dikira.
Ralat sifar pada ammeter
Ralat bersistem yang disebabkan oleh
persekitaran ialah membuat anggapan yang salah
mengenai sesuatu kuantiti.
Contohnya menganggap nilai pecutan graviti
sebagai 9.81 ms-2 pada semua tempat.

Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan


mengambil min bacaan (purata).

Ralat bersistem boleh dikurangkan dengan


merekabentuk dan menjalankan eksperimen
dengan cermat dan mengulangi eksperimen
dengan menggunakan alat-alat yang berlainan.
Contoh: Menyemak bacaan ralat sifar angkup
vernier atau menyemak masa yang diambil oleh
sebuah jam randik dengan jam randik yang lain.

15
Ralat rawak Ralat rawak ialah ketidakpastian disebabkan oleh
pemerhati semasa membuat pengukuran.

Ralat rawak disebabkan pemerhati:


(a) salah membaca sesuatu skala
(b) salah membilang ayunan
(c) Ralat paralaks
(d) Memberi tekanan berlainan setiap kali rahang
tolok skru mikrometer ditutup
(e) Perubahan suhu menyebabkan bacaan diambil
Bacaan alat yang adalah lebih besar atau lebih kecil daripada nilai
mempunyai ralat rawak sebenar.

Ralat paralaks adalah ralat kesilapan bacaan yang


dibuat akibat kedudukan mata pemerhati tidak
tepat dengan skala yang dibaca.

Ralat rawak boleh dikurangkan dengan


mengulangi bacaan dan kemudian menentukan
nilai min (purata) bacaan.
Ralat paralaks disebabkan
kesilapan kedudukan mata
pemerhati

Alat pengukuran yang digunakan dalam kehidupan harian

Jam randik : Mengukur kuantiti masa


Terdapat 2 jenis jam randik (stopwatch)
iaitu jam randik digital dan jam randik
analog.

Cara mengambil bacaan jam randik analog:


(1) Skala besar menunjukkan bacaan
dalam unit saat.

(2) Skala kecil menunjukkan bacaan


dalam unit minit.

(3) Skala senggatan terkecil jam randik


ialah:
0.2 s
.......................

(4) Jam randik mempunyai kejituan dan


kepekaan sehingga :
0.2 s
.....................

16
Pembaris meter : Mengukur kuantiti panjang

(1) Julat bacaan bagi pembaris meter ialah 0.0 – 100.0 cm


: .........................

(2) Skala senggatan terkecil pembaris meter ialah 0.1 cm


: .........................

0.1 cm
(3) Pembaris meter mempunyai kejituan dan kepekaan sehingga : .........................

Angkup Vernier : Mengukur kuantiti panjang


Rahang dalam (1) Angkur vernier digunakan untuk
Ekor
mengukur diameter dalam, diameter
(Mengukur (Mengukur luar dan kedalaman suatu bekas.
diameter dalam) kedalaman bekas)
(2) Skala senggatan terkecil angkup
vernier ialah :
0.01 cm
...................

Rahang luar (3) Angkup vernier mempunyai kejituan


dan kepekaan sehingga :
(Mengukur
diameter luar) 0.01 cm
...................

Cara mengambil bacaan angkup vernier :

Bacaan angkup vernier = Bacaan skala utama + (0.01 cm × Bacaan skala vernier)

Skala utama

cm

Ambil bacaan skala utama sebelum


Skala vernier tanda ‘0’ pada skala vernier

Bacaan skala utama 2.2 cm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.08 cm


: ......................
2.28 cm
Bacaan angkup vernier : ......................
Ambil bacaan skala vernier pada garis
yang selari dengan garis skala utama

17
Ralat sifar pada angkup vernier
Ralat sifar positif Ralat sifar negatif

+ 0.02 cm - 0.03 cm
Nilai ralat sifar = ....................... Nilai ralat sifar = .......................

Bacaan sebenar = Bacaan angkup vernier – Bacaan ralat sifar

Latihan : Mengukur menggunakan angkup vernier

(1)

Bacaan skala utama 1.0 cm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.05 cm


: ......................
1.05 cm
Bacaan angkup vernier : ......................
(2)

Bacaan skala utama 2.2 cm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.08 cm


: ......................
2.28 cm
Bacaan angkup vernier : ......................

18
(3)

Bacaan skala utama 3.6 cm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.06 cm


: ......................
3.66 cm
Bacaan angkup vernier : ......................
(4)

Bacaan skala utama 2.8 cm


: ......................
0.06 cm
Bacaan skala vernier : ......................
2.86 cm
Bacaan angkup vernier : ......................
(5)

Bacaan skala utama 7.6 cm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.04 cm


: ......................
7.64 cm
Bacaan angkup vernier : ......................

19
(6) (a) Tentukan ralat sifar angkup
vernier tersebut.
+ 0.01 cm
.......................................................

(b) Tentukan bacaan angkup


vernier dalam (b).
1.4 cm + 0.06 cm = 1.46 cm
.......................................................

(c) Tentukan bacaan sebenar


(a) Semasa rahang dirapatkan diameter luar tabung uji
tersebut.
1.46 cm – (+ 0.01 cm) = 1.45 cm
.......................................................

.......................................................

(b) Semasa mengukur diameter luar


tabung uji

(7) (a) Tentukan ralat sifar angkup


vernier tersebut.
– 0.02 cm
.......................................................

(b) Tentukan bacaan angkup


vernier dalam (b).
2.1 cm + 0.06 cm = 2.16 cm
.......................................................

(a) Semasa rahang dirapatkan (c) Tentukan bacaan sebenar


ketebalan papan tersebut.
2.16 cm – (– 0.02 cm) = 2.18 cm
.......................................................

.......................................................

(b) Semasa mengukur ketebalan papan

20
Tolok Skru Mikrometer : Mengukur kuantiti panjang
(1) Tolok skru mikrometer
digunakan untuk mengukur,
Skala Bidal ketebalan objek kecil dan
Anvil Spindal utama diameter objek yang kecil.

(2) Ia mempunyai kepekaan dan


kejituan yang lebih baik
berbanding angkup vernier.
Racet (3) Apabila diletakkan objek,
Skala
rahang ditutup dengan
bidal
memutarkan bidal. Apabila
rahang hampir rapat dengan
objek, putarkan racet sehingga
bunyi 'tik' yang pertama.

(4) Racet digunakan bagi


mengelakkan bidal diputar
secara berlebihan dan
memastikan tekanan yang
dikenakan terhadap objek tidak
mm
terlalu tinggi.

Dengan merujuk gambar di atas, tentukan :

(a) Skala senggatan terkecil tolok skru mikrometer 0.01 mm


: ....................
0.01 mm
(b) Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepekaan sehingga : ....................

Cara mengambil bacaan tolok skru mikrometer:

Bacaan tolok skru mikrometer =


Bacaan skala utama + (0.01 mm x Bacaan skala bidal)

Bacaan skala utama 1.0 mm


: ......................

Bacaan skala bidal 0.35 mm


: ......................
1.35 mm
Bacaan tolok skru mikrometer : ......................

21
Ralat sifar pada tolok skru mikrometer
Ralat sifar positif Ralat sifar negatif

+ 0.03 mm
Nilai ralat sifar = ....................... - 0.02 mm
Nilai ralat sifar = .......................

Bacaan sebenar = Bacaan tolok skru mikrometer – Bacaan ralat sifar

Latihan : Mengukur menggunakan tolok skru mikrometer

(1)

Bacaan skala utama 0.5 mm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.06 mm


: ......................
0.56 mm
Bacaan tolok skru mikrometer : ......................
(2)

Bacaan skala utama 1.0 mm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.28 mm


: ......................
1.28 mm
Bacaan tolok skru mikrometer : ......................

22
(3)

Bacaan skala utama 1.5 mm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.31 mm


: ......................
1.81 mm
Bacaan tolok skru mikrometer : ......................
(4)

Bacaan skala utama 2.5 mm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.44 mm


: ......................
2.94 mm
Bacaan tolok skru mikrometer : ......................
(5)

Bacaan skala utama 4.0 mm


: ......................

Bacaan skala vernier 0.01 mm


: ......................
4.01 mm
Bacaan tolok skru mikrometer : ......................

23
(6) (a) Tentukan ralat sifar tolok skru
mikrometer tersebut.
+ 0.03 mm
................................................

(b) Tentukan bacaan tolok skru


mikrometer dalam (b).
1.5 mm + 0.25 mm = 1.75 mm
................................................

(c) Tentukan bacaan sebenar


diameter dawai tersebut.
(a) Semasa anvil dan spindal dirapatkan
1.75 mm – (+ 0.03 mm) = 1.72 mm
................................................

................................................

................................................

(b) Semasa mengukur diameter seutas dawai

(7) (a) Tentukan ralat sifar tolok skru


mikrometer tersebut.
– 0.02 mm
................................................

(b) Tentukan bacaan tolok skru


mikrometer dalam (b).
3.5................................................
mm + 0.29 mm = 3.79 mm

(c) Tentukan bacaan sebenar


diameter dawai tersebut.
(a) Semasa anvil dan spindal dirapatkan
3.79 mm – (– 0.02 mm) = 3.81 mm
................................................

................................................

................................................

(b) Semasa mengukur ketebalan logam

24
1.5 Penyiasatan saintifik

Penyiasatan saintifik adalah penting dalam fizik. Hasil daripada penyiasatan


saintifik kita dapat membuat kesimpulan tentang fenomena yang diperhatikan.
Penyiasatan saintifik juga dapat membuktikan kesahihan sesuatu hipotesis, teori
dan hukum.

Langkah-langkah dalam menjalankan penyiasatan saintifik ialah:


(a) Membuat pemerhatian
(b) Mengenal pasti masalah
(c) Membuat Inferens
(d) Membina hipotesis
(e) Merancang eksperimen
(f) Menjalankan eksperimen
(g) Mengumpul data dan menjadualkan data
(h) Menganalisis dan mentafsir data
(i) Membuat kesimpulan

Mengenal pasti masalah


Berdasarkan pemerhatian terhadap fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling
kita, persoalan akan timbul daripada sikap ingin tahu.

Persoalan-persoalan berdasarkan pemerhatian yang boleh dikemukakan seperti :


Apakah sebab sebuah kenderaan berat sukar digerakkan daripada
keadaan pegun?
Kenapa buaian bertali panjang berayun lebih lambat berbanding buaian
bertali pendek?

Membuat inferens
Membuat andaian awal terhadap sesuatu pemerhatian sebelum menjalankan
penyiasatan saintifik. Inferens boleh jadi benar atau tidak.

Contoh-contoh pernyataan inferens seperti:


Inersia sesuatu objek bergantung kepada jisim objek.
Tempoh ayunan bandul bergantung kepada panjang bandul.

Membina hipotesis
Hipotesis merupakan suatu pernyataan berasaskan satu teori yang perlu
dibuktikan.

Hipotesis seharusnya dapat menyatakan hubungan awal antara pemboleh ubah


yang dimanipulasikan dengan pemboleh ubah yang bergerak balas.

Kesahihan hipotesis seharusnya boleh diuji melalui penyiasatan saintifik.

Contoh pernyataan hipotesis seperti:


Semakin bertambah jisim objek, semakin bertambah inersia objek.
Semakin bertambah panjang bandul, semakin bertambah tempoh
ayunan bandul.

25
Merancang eksperimen
Dalam merancang eksperimen, beberapa perkara harus dilakukan iaitu:
(i) Menyatakan tujuan eksperimen
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah
(iii) Mendefinasi secara operasi bagi pemboleh ubah
(iv) Mengenal pasti jenis alat radas dan bahan yang sesuai dan berfungsi
(v) Mengenal pasti susunan radas
(vi) Mengemukakan prosedur eksperimen
(vii) Merancang penjadualan data dan analisis data
(viii) Menentukan langkah berjaga-jaga yang harus dipatuhi.

Menyatakan tujuan eksperimen


Tujuan eksperimen merupakan pernyataan objektif eksperimen untuk mencari
hubung kait antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah yang
bergerak balas. Contoh pernyataan tujuan eksperimen:
Mengkaji hubungan antara jisim plastisin dengan tempoh ayunan
gergaji.
Mengkaji hubungan antara panjang bandul dengan tempoh ayunan.

Mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah


(a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan ialah faktor yang dimanipulasi
atau diubah untuk mengkaji kesan terhadap pemboleh ubah yang
bergerak balas.
Sekurang-kurangnya 5 set bacaan pemboleh ubah yang
dimanipulasikan ditentukan sebelum sesuatu eksperimen dijalankan.

(b) Pemboleh ubah yang bergerak balas


Pemboleh ubah yang bergerak balas harus boleh diukur
menggunakan alat pengukur di dalam suatu eksperimen.
Pemboleh ubah yang bergerak balas bergantung kepada pemboleh
ubah yang dimanipulasikan.
Sekurang-kurangnya 5 set bacaan pemboleh ubah yang bergerak
balas diperolehi daripada suatu eksperimen bagi menguji kesahihan
hipotesis.

(c) Pemboleh ubah yang dimalarkan


Kuantiti fizik yang dapat mempengaruhi pemboleh ubah bergerak
balas tetapi ditetapkan sepanjang eksperimen dijalankan.

Mendefinisikan secara operasi pemboleh ubah


Mendefinisikan pemboleh ubah secara operasi bermakna menyatakan dengan jelas
maksud pemboleh ubah itu.
Contoh definisi secara operasi pemboleh ubah seperti :
Inersia ialah tempoh masa untuk satu bilah gergaji membuat satu
ayunan lengkap.
Daya apungan ialah berat air tersesar.

Mengenal pasti alat radas dan bahan eksperimen


Ketika eksperimen dirancang, perkara utama yang perlu dinyatakan adalah senarai
alat radas dan bahan yang diperlukan dalam eksperimen tersebut.

26
Mengenal pasti susunan radas eksperimen
Susunan radas dan penyediaan bahan eksperimen perlu dirancang agar ia sesuai
dan berfungsi dalam mengawal bacaan pemboleh ubah dimanipulasikan dan
berupaya mengukur bacaan pemboleh ubah yang bergerak balas.
Susunan radas boleh diringkaskan dengan melukis gambarajah susunan radas
berlabel dengan lengkap.

Mengemukakan prosedur eksperimen


Prosedur menjalankan eksperimen perlu dinyatakan secara langkah demi langkah
dengan teliti. Prosedur yang ditulis haruslah merangkumi aspek-aspek berikut:
Kaedah mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan
Kaedah mengukur pemboleh ubah yang bergerak balas
Ulangan eksperimen dengan nilai pemboleh ubah dimanipulasi yang
berlainan.

Menentukan langkah berjaga-jaga dalam suatu eksperimen


Langkah berjaga-jaga harus diambil perhatian dalam suatu eksperimen bagi
memastikan bacaan pemboleh ubah yang bergerak balas yang diperolehi
menghampiri nilai sebenar.
Contoh langkah berjaga-jaga ialah seperti:
Mengelak ralat paralaks dengan memastikan kedudukan mata
berserenjang dengan skala alat pengukuran.
Membuat ulangan bacaan dan menghitung nilai bacaan purata.

Menjalankan eksperimen
Eksperimen yang dijalankan mesti menepati kehendak tujuan eksperimen dan
mengikut semua prosedur eksperimen yang telah dirancang.

Kemahiran manipulatif perlu ada pada setiap individu semasa menjalankan


eksperimen terutama semasa membuat susunan radas dan mengambil bacaan
menggunakan alat pengukuran saintifik.

Pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian alat radas dan bahan amat
penting dalam penyiasatan saintifik.

Mengumpul dan menjadualkan data


Semua data pemboleh ubah dimanipulasi dan data pemboleh ubah yang bergerak
balas direkodkan dalam bentuk jadual yang bersistematik.

Berikut antara panduan penjadualan data yang dicadangkan:

Pemboleh ubah dimanipulasikan ditulis pada lajur atau baris yang pertama.
Pemboleh ubah yang bergerak balas ditulis pada lajur atau baris yang kedua.
Data sekunder (jika ada) ditulis pada lajur atau baris yang ketiga.
Nama kuantiti fizik dan/atau simbol kuantiti fizik dan unitnya ditulis di atas
setiap lajur dan baris.
Setiap bacaan yang dicatatkan hendaklah mengikut kepekaan alat
pengukuran yang digunakan.
Angka-angka bacaan dalam sesuatu lajur atau baris mesti dicatatkan dengan
tempat perpuluhan yang teka.
Nilai pengiraan akhir bagi data sekunder boleh dicatatkan dengan satu
tempat perpuluhan melebihi tempat perpuluhan nilai bacaan yang diukur.

27
Contoh jadual data: [Lengkapkan jadual dengan bimbingan guru]

Panjang Masa bagi 20 ayunan lengkap, t /s Tempoh


bandul, ayunan, T2 / s 2
t1 t2 Purata
l /cm T /s
90.0 38.0 37.8 37.9 1.90 3.61
80.0 36.2 36.6 36.4 1.82 3.31
70.0 32.4 32.2 32.3 1.62 2.62
60.0 31.6 31.4 31.5 1.58 2.50
50.0 28.6 28.2 28.4 1.42 2.02
S
Menganalisis dan mentafsir data
Set data yang direkodkan dalam jadual akan dianalisis dengan melukis graf.

Graf yang dilukis seharusnya boleh menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah
yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak balas.

Hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ditentukan dengan


mengekstrapolasikan graf (memanjangkan graf).

Nilai kecerunan graf yang dihitung dapat memberikan maklumat tentang suatu nilai
pemalar tertentu seperti kecerunan graf daya, F melawan pemanjangan spring, x
mewakili nilai pemalar kekenyalan suatu spring, k.

Langkah 1: Menulis tajuk graf di bahagian atas kertas graf dan melukis garisan
paksi – x dan paksi – y.
Simbol kuantiti Fizik dan unitnya ditulis pada kedua-dua paksi.
Saiz graf yang dilukis mestilah merangkumi lebih separuh saiz ruang kertas
graf.

Contoh :

Graf T2 melawan l Graf F melawan x


T2 /s2 F /N

l/cm x /cm

28
Langkah 2: Menentukan skala bagi kedua-dua paksi graf.
Setiap paksi mesti ditanda dengan skala yang sesuai.
Skala yang terbaik seharusnya dapat memenuhi julat bacaan data,
membantu dalam memplot data, menghasilkan saiz graf yang besar dan
seragam.
Gandaan 1, 2, 5 dan nombor genap dicadangkan untuk digunakan sebagai
skala di dalam graf. Gandaan seperti 3, 4 dan nombor ganjil tidak
dibenarkan.

Contoh:

Graf F melawan x Graf F melawan x


F /N F /N

40 16

30 12

20 8

10 4

x /cm x /cm
0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 0.3 0.6 0.9 1.2 1.5
Skala nombor genap Skala nombor ganjil

Langkah 3: Memplot dan melukis garisan penyesuaian terbaik.


Titik-titik diplot dengan berhati-hati.
Dalam suatu eksperimen, data yang diperolehi mungkin terdiri daripada
hubungan linear atau bukan linear. Untuk hubungan linear, graf yang dilukis
adalah dalam garis lurus. Oleh yang demikian, satu garis lurus penyesuaian
terbaik perlu dilukis.
Panduan semasa melukis garis lurus penyesuaian terbaik adalah seperti
berikut.
1. Garis yang dilukis mesti melalui kebanyakan titik yang diplotkan.
2. Titik-titik yang tidak menyentuh garis graf perlu berhampiran dengan
garis graf yang dilukis.
3. Bilangan titik yang tidak menyentuh di sebelah atas garis adalah lebih
kurang sama atau sama dengan bilangan titik di sebelah bawah garis
graf.

Contoh: Graf garis lurus

F /N V /V
Graf F melawan x Graf V melawan I
60

50 x 5 x
40 x 4 x
30 x 3 x
20 x 2 x

10 x 1 x
x /cm I/A
0 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5

29
Contoh : Graf garis lengkung

T /s x /cm
Graf T melawan m Graf x melawan a
6.0 6.0

5.0 x x 5.0
x x
4.0 x 4.0

3.0 x 3.0 x
2.0 2.0
x
1.0 1.0 x x
m/g a/cm
0 10 20 30 40 50 0 10 20 30 40 50

Menganalisis dan mentafsir graf


Mengira kecerunan graf
(1) Kecerunan graf garis lurus
Langkah-langkah menentukan kecerunan graf bagi graf garis lurus:
Pilih dua koordinat pada graf yang mudah ditentukan bacaannya.
Pastikan jarak antara dua koordinat yang dipilih melebihi separuh saiz
graf.
Menggunakan 2 koordinat yang dipilih, bina satu segi tiga bersudut
tegak dan tuliskan nilai koordinat yang dipilih.
Hitung kecerunan graf, m dengan formula matematik berikut:
y2 y1
Kecerunan graf, m = dan ditulis dengan unit yang betul.
x2 x1
F /N
Graf F melawan x Unit nilai kecerunan graf, m

unit paksi - y
50 x (6,50) =
unit paksi - x

40 x Tentukan kecerunan graf, m.

50 - 0
m
30
6-0
x
8.33 N cm -1

20 x

10 x

x /cm
(0,0) 1 2 3 4 5 6 7

30
(2) Kecerunan tangen pada graf lengkung
Bagi garis lengkung, kecerunan tangen adalah berbeza pada setiap titik.
Langkah-langkah untuk menentukan kecerunan pada mana-mana titik di atas
garis lengkung:
Pada titik yang dipilih di atas garis lengkung, lukiskan garis tangen.
Bina satu segi tiga bersudut tegak dengan menggunakan garis tangen
yang telah dilukis.
Daripada segi tiga yang dibina, hitung kecerunan graf, m.
T /s
Graf T melawan l

2.5
Tentukan kecerunan graf, m
x pada titik l = 46 cm.

2.0
1.75 0.25
(82, 1.75) m=
Garis tangen 82 - 29
x
1.5 = 0.0283 s cm-1

x
1.0
x

x
0.5
x
x
(29, 0.25)
0 10 20 30 40 50 60 70 80
l /cm
Mengekstrapolasikan graf Analisis interpolasi graf
Graf diekstrapolasikan apabila Mendapatkan nilai suatu pemboleh ubah
mencari nilai atau maklumat di luar daripada graf apabila satu nilai pemboleh
julat bacaan yang diperolehi. ubah kedua diberikan.
Contoh: Contoh:
Tentukan nilai V apabila I = 0 A. Tentukan nilai x apabila F = 40 N.
2.4 V 4.0 cm
V = ……….......... x = .........................

V/V Graf V melawan I F /N Graf F melawan x

60

2.5 50

2.0 40

1.5 30

1.0 20

0.5 10
I/A x /cm
0 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 1.2 0 1 2 3 4 5

31
Menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah daripada graf
y y
Graf y melawan x Graf y melawan x

x x
y berkadar terus dengan x y bertambah secara linear dengan x

y y
Graf y melawan x Graf y melawan x

x x

y berkadar songsang dengan x y berkurang secara linear dengan x


a
Membuat kesimpulan
Kesimpulan suatu eksperimen dibuat berdasarkan dapatan analisis data.
Jika kesimpulan satu penyiasatan saintifik adalah sama dengan hipotesis yang
dibuat, maka hipotesis itu dijadikan satu teori.
Kadang kala eksperimen dijalankan untuk mentahkik sesuatu hukum atau
prinsip. Jika kesimpulan eksperimen adalah sama dengan hukum atau prinsip
yang diuji, maka hukum atau prinsip itu dikatakan telah ditahkikkan.
Misalnya jika graf daya, F melawan pemanjangan spring, x diperolehi seperti di
bawah:
F/N Graf F melawan x
Contoh pernyataan kesimpulan:

Daripada graf F melawan x yang dilukis:

F berkadar terus dengan x.

Hipotesis diterima.

x/cm

32
Aktiviti penyiasatan saintifik
Fenomena harian:
Dina bermain buaian. Dia mendapati buaian yang bertali
pendek berayun lebih cepat daripada buaian bertali
panjang.
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian situasi itu;
nyatakan satu inferens dan bina satu hipotesis.

Tuliskan rangka satu eksperimen yang boleh dilakukan


dalam makmal bagi menguji hipotesis yang telah dibina.
Inferens:
Tempoh ayunan bandul dipengaruhi oleh panjang bandul.
.......................................................................................................................
Hipotesis:
Semakin bertambah panjang bandul, semakin bertambah tempoh ayunan
.......................................................................................................................
Tujuan:
Mengkaji hubungan antara panjang bandul dan tempoh ayunan bandul.
.......................................................................................................................
Pemboleh
Panjang bandul, L
Dimanipulasi : ...........................................................................
ubah:
Tempoh ayunan bandul, T
Bergerak balas : ...........................................................................
Pecutan graviti, g
Dimalarkan : ..........................................................................

Senarai Ladung, benang, jam randik, pembaris, kaki retort, protraktor.


.......................................................................................................................
radas:
Susunan
radas:
Benang
Kaki retort
Ladung

Prosedur: 1. Eksperimen dimulakan dengan panjang bandul, L= 90.0 cm.


.......................................................................................................................
2. Bandul diayunkan pada sudut ayunan 5 . Catatkan masa, t yang diambil
.......................................................................................................................
untuk 20 ayunan lengkap menggunakan jam randik. Kira tempoh, T
.......................................................................................................................
t
satu ayunan lengkap menggunakan formula, T = .
20
.......................................................................................................................

3........................................................................................................................
Ulang langkah 1 - 2 dengan menggunakan panjang bandul 80.0 cm,

70.0 cm, 60.0 cm dan 50.0 cm.


.......................................................................................................................

Penjadualan data: Analisis data:

33

You might also like