You are on page 1of 8

Tajuk :

Multimeter, jenis & kepenggunaanya.

Task :
02.01 ∞ operate analog/digital multimeter.
Objektif :
 Mengetahui fungsi atau kegunaan
multimeter.
 Mengetahui jenis-jenis multimeter.
 Mengetahui cara pengendalian multimeter.
 Mengetahui langkah-langkah keselamatan
semasa menggunakan multimeter.

Fungsi atau kegunaan multimeter

Fungsi :
Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat untuk
mengukur atau menguji peralatan elektrik atau
elektronik.

Kegunaan :
 Menyukat atau mengukur bacaan voltan arus terus (VDC).
 Mengukur bacaan voltan ulang alik (VAC).
 Mengukur nilat rintangan (Ohm,Ω).
 Mengukur nilai kemuatan (Farad,F).
 Mengukur arus di dalam sesuatu litar.
 Menguji tahap kerosakan komponen.
 Mengesan kebocoron litar.
Jenis-jenis multimeter
Multimeter terbahagi kepada dua jenis :

 Jenis analog.
 Jenis digital.

JENIS ANALOG

JENIS DIGITAL

Perbezaan multimeter jenis analog dan jenis digital :


ANALOG DIGITAL
Menggunakan jarum penunjuk. Menggunakan bacaan digit.
Bacaan kurang tepat. Bacaannya lebih tepat.
Harganya murah. Harganya mahal sedikit.
Perlu pelarasan sifar. Tidak perlu pelarasan sifar.
Perlu pelarasan rintangan. Tidak perlu pelarasan
rintangan.
Perlu pelarasan sifar ohm. Tidak perlu pelarasan sifar ohm.
Kuasa bateri rendah. Julat pelbagai bagi setiap
pengukuran.
Boleh mengukur voltan yang Senang digunakan.
rendah.

BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MULTIMETER :


Skala bacaan

o Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus,
voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.

Julat pemilih
o Tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki.

Terminal keluaran

o Mempunyai dua terminal : positif dan negatif. Untuk menyukat sesuatu kuantiti atau
nilai.

Pelaras 0 ohm

o Mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada
kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 bermaksud 0
pada bahagian sebelah kanan skala bacaan. Pelarasan 0 ohm dilakukan setiap kali
julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih.

Pelarasan sifar

o Memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada kedudukan


asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada
bahagian sebelah kiri skala bacaan.

CARA MENGUKUR PADA MULTIMETER


Menyukat rintangan (Ω)

o Julat ditandakan dari 0 hingga infiniti (∞).


o Pelarasan sifar perlu dilakukan sebelum pengukuran dibuat.
o Setkan julat pemilih pada kedudukan julat yang tertinggi dan tentukan nilainya.
o Pelarasan sifar perlu dibuat sekali lagi untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
o Bacaan diambil dari kanan ke kiri skala bacaan.

Menyukat voltan arus terus

o Skala ditandakan dengan DCV iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250 dan 1000.
o Setkan julat pemilih pada kedudukan DCV iaitu julat yang tertinggi untuk
mengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang ditetapkan.
o Bacaab diambil dari kiri ke kanan skala bacaan.

Menyukat voltan arus ulang alik

o Ditandakan dengan ACV pada skala yang ketiga iaitu 10, 50, 250, dan 1000.
o Setkan julat pemilih pada keadaan kedudukan ACV dan setkan julat ke nilai yang
tertinggi untuk pastikan multimeter tidak rosak akibat voltan lampau.
o Bacaan diambil dari kiri ke kanan skala bacaan.

Menyukat arus terus

o Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DcmA) yang
menggunakan 10,50 dan 250 skala bacaan.
o Arus litar dipisahkan dari punca bekalan untuk memperolehi bacaan yang tepat.
o Setkan julat pemilih pada DcmA di nilai yang tertinggi.
o Putuskan litar dari bekalan dan ambil bacaan yang telah diperolehi.
o Bacaan diambil dari kiri ke kanan skala bacaan.

CARA-CARA PENGENDALIAN MULTIMETER


1. Sambungkan probe berwarna merah ke tamatan berkutub positif dan probe
berwarna hitam ke tamatan berkutub negatif.

2. Pusingkan suis pemilih julat ke unit OHM di nilai yang terkecil. Laraskan suis pelaras
sifar agar bayang jarum penunjuk tepat pada sifar. Proses ini dikenali sebagai
pelarasan sifar.

3. Tentukan samada Multimeter hendak digunakan sebagai ammeter (mengukur arus)


atau voltmeter (mengukur voltan).

4. Tentukan juga samada bekalan kuasa adalah AU (arus ulang alik) atau AT (arus
terus).

5. Untuk mengukur voltan AT, setkan suis julat ke nilai tertinggi sebagai langkah
keselamatan meter. Tentukan kekutuban alatan yang hendak diukur adalah betul.
Probe merah ke kutub positif dan probe negatif ke kutub negatif. Penyambungan
kekutuban yang salah akan menyebabkan jarum penunjuk bergerak ke arah
berlawanan.

6. Turunkan suis julat ke nilai yang bersesuaian dengan nilai voltan yang hendak
diukur. Pastikan anda membaca skala julat yang betul dan pastikan kedudukan
mata anda adalah betul dengan bayang jarum penunjuk di cermin jatuh tepat
pada jarum penunjuk sebelum mengambil bacaan.

7. Untuk mengukur voltan AU, ikuti langkah yang sama seperti pengukuran voltan AT,
tetapi untuk voltan AU tidak perlu menentukan kekutuban. Pastikan anda berhati-
hati semasa membuat pengukuran voltan AU kerana sebarang kecuaian boleh
menyebabkan berlakunya kejutan elektrik atau kerosakan peralatan.

8. Untuk mengambil bacaan arus, pastikan meter disambungkan secara sesiri dengan
kekutuban litar yang betul. Suis pemilih julat juga hendaklah berada pada nilai ,
yang tertinggi untuk keselamatan meter. Sekiranya jarum tidak bergerak , barulah
suis pemilih julat diturunkan ke nilai yang berpadanan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Meter merupakan alat pengukuran yang sangat sensitif. Oleh itu, meter perlu dijaga supaya
ia sentiasa dalam keadaan baik. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk
menjaga keselamatan dan jangka hayat meter :

 Pastikan meter disimpan di tempat yang selamat.


 Pastikan meter yang digunakan sesuai dengan kuantiti yang hendak
diukur.
 Pastikan kekutuban meter betul.
 Pastikan julat meter pada kedudukan yang betul.
 Sekiranya julat yang diukur tidak diketahui, pilih julat yang tertinggi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,multimeter mempunyai pelbagai fungsi dan juga kegunaan. Terdapat dua
jenis multimeter yang boleh didapati di pasaran iaitu jenis analog dan jenis digital. Setiap
jenis multimeter mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri. Meter merupakan
alat pengukuran yang sensitif,oleh yang demikian, meter perlu dijaga supaya ia sentiasa
dalam keadaan baik.

RUJUKAN
 Nota-nota multimeter.
 Google image.
 Wikipedia.

You might also like