You are on page 1of 3

PEMBINAAN PROJEK

1. Di dalam pembinaan projek terdapat proses MENGUKUR, MENANDA, MEMOTONG,


MEMBINA DAN MENCANTUM, MEMBUAT KEMASAN

PROSES MENGUKUR
a) Proses mengukur dijalankan setelah penetapan pilihan rekabentuk dan pemilihan bahan
selesai dilakukan.
b) Alat yang biasa digunakan untuk mengukur ialah pembaris keluli, pita pengukurdan
sesiku L.
c) Berikut merupakan rajah cara mengukur

PROSES MENANDA
a) Proses menanda dilakukan pada bahagian-bahagian bahan yang hendak dipotong, digerudi
atau proses membuat tanggam.
b) Alatan yang digunakan ialah pensel, pisau penanda dan tolok penanda.
c) Berikut merupakan rajah cara menanda

PROSES MEMOTONG
1. Proses memotong dilakukan menggunakan alatan seperti gergaji tangan, gergaji putingdan
gergaji lengkung halus.
2. Pemotongan perlu dilakukan di luar garisanyang ditanda untuk mendapatkan ketepatan.
3. Bagi pemotongan tanggam, pemotongan perlu dibuat sebelah garisan buangan.
4. Berikut merupakan rajah cara memotong

PROSES MEMBINA DAN MENCANTUM


1. Proses ini merangkumi kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku dan memasang skru
2. Perlu lakukan dengan penuh teliti dan sistematik.
3. Jenis-jenis tanggam
BAHAN PEMASANGAN
1. Bahan pemasangan seperti engsel, breket dan penyangkut digunakan untuk mencantum
bahan projek.
2. Engsel digunkan untuk memasang pintu, tingkap dan bahagian yang perlu dibuka dan
ditutup.
3. Saiz ditentukan oleh buku sendinya
4. Engsel dipasang menggunakan skru.
5. Breket digunakan untuk menyangga rak dan tetingkat pada dinding
6. Penyangkut dipasang pada bahagian projek untuk menyangkut benda yang ringan
7. Penyangkut dipasang pada bahagian projek untuk menyangkut benda yang ringan.
8. Penyangkut diperbuat daripada logam dan mempunyai ulir pada batangnya.

MENGGLU, MEMAKU DAN MENSKRU


1. Glu PVA dan glu sentuh boleh digunakan untuk mengglu.
2. Proses memaku tegak dan memaku serong dilakukan dengan menggunakan tukul
3. Skru dipilih untuk mencantum bahan projek kerana cantuman skru lebih kukuh dan boleh
ditanggalkan tanpa merosakkan bahan projek
Latihan pembinaan projek
Senaraikan alatan pembinaan projek
Bil Aktiviti Alatan
1. Mengukur dan menanda

2. Memotong

3. Membina dan mencantum


I) Membuat tanggam

II) menglu

III) memaku

IV) memasang skru

4. Pemasangan engsel

5. Pemasangan breket

You might also like