You are on page 1of 31

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBB 40203
MAKMAL PERPAIPAN DOMESTIK
SEMESTER 2 SESI 20/21

Ahli Kumpulan:

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. MUHAMMAD HELMI BIN MOHD NOR DB180092
2. NOR SHUHADA BINTI MOHD ARIFIN DB180142
3. NUR AMIRA BINTI MANSOR DB180146
4. SITI NOR ATIKAH BINTI ABU NOH DB180035

PENSYARAH: DR ARIHASNIDA BINTI ARIFFIN


TARIKH HANTAR: 3 MEI 2021
SEKSYEN: 2
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


SENARAI KANDUNGAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 OBJEKTIF 4

3.0 SENARAI PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN 5


3.1 Jenis Peralatan dan Mesin Yang Digunakan Berserta Fungsi 5
3.2 Jenis Bahan Yang Digunakan Berserta Fungsi 8

4.0 LANGKAH KESELAMATAN 13


4.1 Personal Protective Equipment (PPE) 13
4.2 Keselamatan Am 14
4.3 Keselamatan Diri dan Rakan 14
4.4 Keselamatan Alatan Mesin dan Jentera 15
4.5 Etika Kerja 15

5.0 PROSEDUR KERJA 16

6.0 KESIMPULAN 23

7.0 LAMPIRAN 24
Lampiran A : Lakaran Projek Amali 1 24
Lampiran B : Ahli Kumpulan Bersama Projek Amali 1 25
Lampiran C : Rubrik Pemarkahan 26

2
1.0 PENGENALAN

Amali 1 merupakan pemasangan dan penyambungan paip besi galvani, poly, PVC dan
kuprum dengan bahan pepasang yang sesuai. Sebelum memulakan amali 1 ini lukisan lakaran
di lukis pada kertas mahjong supaya ukuran sama dengan penyambungan setiap paip.

Penyambungan paip selalunya dipraktikan dengan menyambung batang paip secara


lurus atas menukar aras setiap sambungan paip yang berlainan jenis. Hal ini adalah
disebabkan mengikut rekabentuk jenis paip bagi sesuatu bangunan ataupun pembinaan jalan
yang telah ditetapkan. Penyambungan paip ini selalunya dihasilkan dengan menggunakan
bahan daripada besi galvani, PVC dan poli. Ketiga-tiga jenis paip ini mempunyai sifat dan
ciri yang berbeza. Selain itu, pelengkap yang digunakan dalam pemasangan alat perpaipan
adalah seperti pili, alat mandian hujan dan lain-lain. Setiap penyambungan paip yang
dilakukan perlulah mengikut jenis serta saiz bahan penyambungan paip. Kerja-kerja
penyambungan pula hendaklah dilakukan dengan teliti dan kemas untuk mengelak
pembaziran air pada pembocoran setiap penyambungan paip.

3
2.0 OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif bagi amali 1 yang dilakukan iaitu:

a) Untuk mengenalpasti jenis-jenis paip yang ada dengan betul.


b) Untuk mengetahui jenis alatan tangan dan mesin yang digunakan dalam kerja-kerja
perpaipan.
c) Untuk mengetahui kaedah pemotongan paip daripada pelbagai jenis dengan kaedah
yang betul.
d) Untuk mengetahui cara pemasangan dan penyambungan paip ø15mm (½”) besi
galvani, poly, pvc & koprum dengan bahan pepasang yang sesuai.

4
3.0 SENARAI PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

Dalam penghasilan projek amali 1 ini, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kelengkapan
peralatan dan bahan yang disediakan di bengkel. Sebelum kerja-kerja amali dilakukan,
peralatan dan bahan yang diperlukan perlulah disediakan terlebih dahulu bagi membolehkan
kelengkapan yang diperlukan mencukupi dan ada di makmal untuk digunakan semasa kerja-
kerja amali dilakukan. Keadaan ini secara tidak langsung bagi mengelakkan daripada proses
kerja amali terganggu atau tertangguh disebabkan ketidakcukupan peralatan dan bahan. Oleh
itu, amat penting untuk memastikan kelengkapan peralatan dan bahan ini sebelum
memulakan kerja amali dibengkel.

3.1 Jenis-Jenis Peralatan dan Mesin Yang Digunakan Berserta Fungsi

Jadual 1.1 menunjukkan senarai peralatan dan mesin yang digunakan dalam pelaksanaan amali
1. Antara peralatan dan mesin yang digunakan termasuklah pita pengukur, pemotng paip
PVC dan Poly, sepana boleh laras, Power Threading Machine, ragum paip yoke, perengkuh
paip, berus keluli dan lain-lain. Kesemua peralatan ini perlu digunakan dengan berhemah dan
berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan kepada pengguna
mahupun kerosakkan kepada peralatan-peralatan tersebut.

Bil. PERALATAN / MESIN FUNGSI


1. Steel Tool Box
 Digunakan untuk menyimpan
bahan- bahan yang akan digunakan
untuk kerja-kerja amali.

2. Measuring Tape
 Digunakan untuk membuat
pengukuran jarak dan panjang
batang paip dalam kerja perpaipan
sebelum dan ketika memotong
memotong,
membenang dan memasang.
5
3. Steel Ruler
 Digunakan untuk penandaan
jarak pada paip atau kertas
majung.

4. Pemotong Paip PVC dan Poly


 Digunakan untuk memotong paip
PVC atau poli.
 Matanya yang tajam dan rahang
yang berbentuk bulat membolehkan
paip dipotong dengan mudah.

5. Berus Keluli
 Mempunyai bulu tembaga yang
lembut untuk kerja-kerja mencuci
permukaan besi atau paip besi
bergalvani tanpa merosakkan
permukaan yang dicuci.
6. Sepana Boleh Laras
 Digunakan untuk mengetatkan dan
membuka kepala pili dan plag
perangkap.
 Untuk mengetatkan dan membuka
bolt dan nat yang pelbagai saiz.

7. Perengkuh Paip (Pipe Wrench)


 Digunakan untuk mencengkam dan
memutar batang paip besi bergalvani
ketika membuat kerja-kerja
penyambungan dan pemasangan.
 Untuk memegang objek-objek logam
yang berbentuk bulat.

6
8. Pressure Test Pump  Digunakan untuk menguji tekanan
air di dalam paip bagi mengelakkan
kebocoran.

9. Power Threading Machine  Digunakan untuk membuat


bebenang luar (ulir luar) pada
hujung batang paip.

10. Ragum Paip Yoke  Digunakan untuk memegang dan


mengapit paip supaya tidak
berpusing ketika membuat kerja
membenang.
 Untuk mengapit paip semasa
menyambung dan memasang paip
dengan bahan-bahan pemasangan.
11. Tube Pipe Cutter
 Digunakan untuk memotong tiub
kuprum.

12. Tali Anjing  Digunakan dalam kerja-kerja


pemasangan paip poly. Contoh
untuk membuka atau mengetatkan
poly male elbow ketika pemasangan
dilakukan.

Jadual 1.1: Senarai Peralatan dan Mesin Yang Digunakan

7
3.2 Jenis-Jenis Bahan Yang Digunakan Berserta Fungsi

Jadual 1.2 dibawah menunjukkan senarai bahan yang perlu disediakan sebelum amali 1 ingin
dilaksanakan. Bahan-bahan ini perlu disimpan di dalam Steel Tool Box untuk mengelakkan
berlakunya masalah kehilangan. Bahan-bahan ini perlu disediakan lebih awal bagi
mengelakkan pembaziran waktu semasa kerja-kerja pemasangan dan penyambungan paip
dilakukan. Hal ini kerana, proses kerja akan berjalan lancar apabila kesemua bahan-bahan ini
telah siap disediakan lebih awal di kawasan kerja pemasangan paip. Antara bahan-bahan yang
digunakan seperti paip poli, paip PVC, paip besi bergalvani, paip koprum, Poly Male Elbow,
Poly Female Elbow, G.I. hexagon nipple, kertas pasir halus, Brass Stop Cock dan lain-lain.

Bil. BAHAN FUNGSI


1. HDPE PN10 Paip Poly Ø15mm
 Digunakan untuk pemasangan paip
di bawah permukaan tanah, konkrit
dinding dan lantai.
 Diperbuat daripada 'high density
polyethylene' atau HDPE.
 Apabila mengalami masaalah, paip
poli bocor mudah untuk diganti dan
disambung semula.

2. Paip G.I. Ø15mm


 Paip yang biasa digunakan pada
rumah-rumah lama.
 Paip ini tahan lasak, tahan panas dan
tidak mudah patah.
 Hujung paip GI diulir untuk tujuan
penyambungan dan pemasangan.

8
3. Paip Koprum Ø15mm
 Digunakan bagi kerja-kerja paip
yang berskala kecil.

4. Paip PVC Ø15mm


 Digunakan bagi kediaman domestik
dan bersifat tidak berkarat.
 Tidak sesuai untuk menyalurkan air
panas.
 Diperbuat daripada polivinil klorida.

5. Poly Male Elbow 15mm


 Digunakan untuk kerja-kerja
pemasangan dan penyambungan
paip poli.

6. Poly Female Elbow 15mm


 Digunakan untuk kerja-kerja
pemasangan dan penyambungan
paip poli.

7. G.I. Tee 15mm


 Digunakan untuk kerja-kerja
pemasangan dan penyambungan
paip bergalvani.

9
8. G.I. hexagon nipple 15mm
 Digunakan sebagai
penyambung dalam kerja paip
bergalvani.

9. G.I. union 15mm


 Digunakan sebagai
penyambung dalam kerja paip
galvani.

10. PVC PT socket 15mm


 Digunakan sebagai penyambung
dalam kerja paip PVC.

11. PVC valve socket 15mm


 Digunakan sebagai
penyambung dalam kerja paip
PVC.

12. Copper fifing – CFI 15mm


 Digunakan sebagai penyambung
dalam kerja paip kuprum.

13. Copper fifing – CMI 15mm


 Digunakan sebagai penyambung
dalam kerja paip kuprum.

10
14. Brass Stop Cock 15mm
 Bagi membuka dan menutup arah
aliran air pada batu arah.

15. Brass Bib tap


 Mempunyai alur masuk yang
mendatar.
 Digunakan pada tab mandi dan singki
dapur.
16. Thread Seal Tape
 Digunakan dalam kerja-kerja
penyambungan paip.

17. PVC Solvent Cement (gam PVC)


 Digunakan pada PVC semasa
membuat penyambungan supaya
sambungan kukuh dan tidak bocor.

18. Kertas Pasir Halus


 Digunakan untuk mengilatkan dan
sebagai bahan kemasa dalam
kerja paip.

11
19. Kertas Majung
 Untuk kegunaan kerj-kerja
‘Setting Out Projek’ mengikut
ukuran sebenar.

20. Poly Pipe ‘O’ Ring


 Untuk menghalang air
daripada keluar.
 Digunakan bersama Poly Male
Elbow atau Poly Female Elbow.

Jadual 1.2: Senarai Bahan Yang Digunakan

12
4.0 LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL PAIP

Keselamatan di dalam bengkel paip merupakan perkara yang perlu diutamakan dan menjadi
tanggungjawab kepada semua pihak. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan
suasana kerja dalam persekitaraan serta suasana bengkel yang teratur dan selamat digunakan
tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Berikut dibawah menunjukkan peraturan
yang perlu dipatuhi semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel.

4.1 Personal Protective Equipment (PPE)

Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindungi pemakainya dari bahaya atau bahan-bahan
yang boleh menjejaskan kesihatan atau keselamatan. PPE yang tepat serta sesuai dengan
tugas dan pekerjaan adalah penting bagi mengelakkan kebarangkalian berlakunya perkara
yang tidak diingini. Berikut merupakan perkara yang mesti diteliti oleh pelajar sebelum
masuk ke dalam bengkel iaitu:

a) Pelajar mestilah memakai kasut keselamatan apabila berada di tapak amali.


b) Pelajar juga mesti memakai pakaian yang sesuai semasa kerja-kerja dilakukan.
c) Pelajar memakai sarung tangan sekiranya kerja-kerja melibatkan benda tajam,
berkimia dan sebagainya yang boleh mengakibatkan anggota badan cedera.

BIL. GAMBAR FUNGSI


1. Baju Bengkel a) Mengelakkan berlakunya kemalangan sewaktu
menggunakan peralatan/mesin di dalam
bengkel.
b) Mengelakkan bahan-bahan yang berbahaya
terkena pada badan sewaktu melakukan kerja di
dalam bengkel.
2. Kasut Keselamatan a) Melindungi kaki daripada terkena bahan atau
peralatan tajam sewaktu berada dalam bengkel.
b) Melindungi kaki sekiranya terdapat bata atau
peralatan jatuh di atas kaki.

13
3. Sarung Tangan a) Melindungi tangan daripada bahan-bahan yang
berbahaya. Contohnya, mengelakkan tangan
daripada terkena kapur sewaktu melakukan
ikatan bata.
b) Melindungi tangan sewaktu mengangkat bata
yang mana akan boleh merosakkan dan
mengkasarkan permukaan tangan.

Jadual 1.1: Contoh Personal Protective Equipment (PPE)

4.2 Keselamatan Am

Antara berikut merupakan beberapa keselamatan am yang perlu dipatuhi sewaktu


menggunakan bengkel paip iaitu:

a) Mendapatkan kebenaran pengajar seblum masuk ke bengkel


b) Membuka tingkap dan pintu semasa sesi kerja amali
c) Dilarang berlari atau bergurau semasa melakukan pekerjaan
d) Kedudukan alat pemadam api dan jenis pemadam api ditentukan dan diletakkan
manual penggunaannya.
e) Mengelakkan membawa beban yang berat
f) Meminta kebenaran pengajar sebelum menggunakan alatan mesin dan jentera di
bengkel
g) Melaporkan segala kecederaan yang berlaku di dalam bengkel kepada pengajar
h) Membuang sampah di tempat yang telah disediakan
i) Dilarang merokok di dalam bengkel
j) Membersihkan bengkel setelah digunakan

4.3 Keselamatan Diri Dan Rakan

Keselamatan di dalam bengkel amatlah penting dan perlu dijaga supaya kemalangan di dalam
bengkel dapat dielakkan. Setiap pelajar mestilah:

a) Memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian.


b) Rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas.

14
c) Tidak memakai perhiasan sewaktu di dalam bengkel.
d) Menggunakan alatan mesin dengan kebenaran pengajar.
e) Memakai kasut keselamatan.
f) Mencuci tangan setelah selesai membuat kerja di bengkel.
g) Jadikan sikap yang mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
h) Jangan bermain atau bergurau senda semasa di dalam bengkel.
i) Amalkan sikap bekerjasama dan bantu membantu sesama ahli kumpulan.

4.4 Keselamatan Alatan Mesin dan Jentera

Arahan keselamatan untuk menggunakan apa-apa sahaja peralatan adalah sangat penting bagi
mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemalangan sewaktu seseorangg itu menggunakan
sesuatu alat. Pelajar mestilah mengetahui perkara berikut sewaktu menggunakan bengkel
iaitu:

a) Memastikan alatan mesin dan jentera berfungsi dengan baik.


b) Memastikan keselesaan sewaktu menggunakan alatan mesin dan jentera.
c) Segera melaporkan kerosakkan yang berlaku pada mesin kepada pengajar.
d) Matikan alatan mesin serta merta sekiranya berlakunya kecederaan.
e) Mengetahui fungsi alat yang mahu digunakan.
f) Memastikan peralatan yang digunakan tidak rosak dan dalam keadaan bersih.
g) Menggunakan peralatan dengan betul dan bersesuaian dengan kerja yang
dijalankan.
h) Membersihkan kawasan dan alat yang telah digunakan.
i) Menyimpan semula alatan yang digunakan di tempat yang telah disediakan
dengan keadaan yang betul dan susunan rapi.

4.5 Etika Kerja

Sewaktu memasuki bengkel etika kerja mestilah dijaga antaranya ialah:

a) Berdisiplin semasa melakukan kerja di bengkel.


b) Mengutamakan langkah-langkah keselamatan.
c) Tidak bergurau semasa sedang menjalankan kerja.
d) Mengikut arahan yang diberikan oleh pensyarah dan pembantu makmal.

15
5.0 PROSEDUR KERJA
Antara berikut merupakan langkah-langkah kerja bagi amali 1 yang dilakukan secara
berkumpulan di Makmal Paip Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasinal UTHM. Setiap
langkah kerja dilakukan dengan teliti seperti mana yang diarahkan di dalam kertas arahan
amali kerana bagi mengelakkan berlakunya kesilapan semasa proses pemasangan dan
pemotongan paip dilakukan.

PROSEDUR KERJA
Langkah 1 Kerja-kerja “Setting Out Projek” dilakukan diatas kertas majung
mengikut ukuran yang sebenar.

16
Langkah 2 Pengukuran dan pemotongan paip G.I. dilakukan mengikut ukuran
sebenar.

a) Paip G.I. diukur terlebih dahulu dan dipotong dengan


menggunakan Power Threading Machine.

b) Seteleh pemotongan selesai, paip G.I. dibersihkan dengan


menggunakan mata pembersih pada Power Threading Machine.

17
Langkah 3 Kerja membenang paip G.I. dilakukan dengan menggunakan mesin
Power threading machine. (Jarak/panjang benang ialah 16mm BSPT)

18
Langkah 4 Bahan pepasang iaitu G.I. tee, union, Brass stop cock dipasang pada paip
G.I. dan ukuran yang diperoleh dari pemasangan adalah ukuran sebenar
mengikut gambarajah.

Langkah 5 Pengukuran dan pemotongan paip Poly dilakukan mengikut ukuran


sebenar.

a) Paip Poly diukur dengan menggunana pita pengukur terlebih


dahulu sebelum kerja pemotongan dilakukan.

b) Kerja memotong paip poly dilakukan dengan menggunakan


pemotong paip poly.

19
20
Langkah 6 Kerja pengukuran dan pemotongan paip PVC dilakukan mengikut ukuran
sebenar.

a) Paip PVC diukur mengikut ukuran sebenar terlebih dahulu


sebelum pemotongan paip dilakukan.

b) Paip dipotong dengan menggunakan pemotong paip PVC.

Langkah 7 Kerja pengukuran dan pemotongan paip kuprum dilakukan mengikut


ukuran sebenar.

a) Paip dipotong dengan menggunakan Tube Pipe Cutter.

21
Langkah 8 Penyambungan paip poly dilakukan dengan bahan pepasang dan
disambungkan terus kepada paip G.I. yang telah siap dipasang mengikut
gamba rajah dan ukuran sebenar.

a) Poly male elbow dan poly female elbow dibalut dengan


menggunakan thread seal tape.

b) Penyambungan paip poly kepada paip G.I. dilakukan dengan


menggunakan sepanar boleh laras dan perengkuh paip.

22
Langkah 9 Penyambungan paip PVC hanya dibuat setelah kerja-kerja di atas siap
dengan ukuran sebenar dan semua penyambungan sudah diikat dengan
ketat dan betul.

23
Langkah 10 Pada permukaan hujung paip PVC dibersihkan dengan kertas pasir
(supaya permukaan kasar dan bersih).

Langkah 11 Gam disapukan pada sebelah dalam bahan pepasang dan permukaan
hujung paip PVC. Penyambungan dilakukan dengan kadar segera
setelah gam disapukan. Penyambungan dibuat dengan ukuran sebenar
dan tepat.

24
25
Langkah 12 Penyambungan paip koprum dilakukan setelah semua kerja-kerja seperti
diatas selesai. Ambil paip koprum dan buat “kun” dengan menggunakan
flaring tool.

Langkah 13 Akhir sekali setelah semua kerja-kerja penyambungan selesai dan projek
siap, ujian tekanan air pada 110 psi dilakukan.

26
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Amali 1 dapat dilaksanakan dengan baik oleh pelajar. Pelajar dapat
mengenali jenis-jenis paip dan juga dapat mengenali jenis-jenis penyambung paip. Proses
kerja pemasangan dan penyambungan paip dilaksanakan dengan baik oleh pelajar. Kerja
pemasangan juga mengikut ukuran lembaran kerja yang telah diberikan. Hasil daripada kerja
pemasangan, hanya terdapat beberapa titisan air yang keluar pada paip kuprum. Oleh itu,
melalui amali 1 ini, banyak pengetahuan dan kemahiran baru yang pelajar perolehi.

27
7.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A: LAKARAN PROJEK AMALI 1

28
LAMPIRAN B: AHLI KUMPULAN BERSAMA PROJEK AMALI 1

29
LAMPIRAN C: RUBRIK PEMARKAHAN

2
2

You might also like