You are on page 1of 3

MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAIN

DB 180135

SEKSYEN 15

BAB 9: INTEGRITI DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

Malaysia secara luarannya adalah negara yang merdeka dan aman sejahtera. Selain itu, Malaysia juga disegani oleh negara-negara
hebat yang lain kerana keutuhan ekonomi dan kaya dengan sumber bumi seperti minyak dan lain-lain. Namun dalam sudut dalaman Malaysia
juga tidak terlepas daripada masalah-masalah jenayah, sosial, vandalisme, perebutan kuasa dan sebagainya. Kemajuan dan pembangunan
sesebuah negara bergantung kepada kemanan negara tersebut. Malaysia seharunsya bersedia dalam segala bidang dan perlu menangani
maslah dengan memperkukuh dan mempertingkatkan potensi sedia ada. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja
diasaskan kepada kemajuan ekonomi bahkan bersandarkan kepada kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek, rohani masyarakat
setempat.

Integriti merupakan satu ciri yang menyeluruh yang berkait rapat dengan peribadi, amalan, tingkah laku, sikap, perbuatan dan
hubungan kita sesama individu yang lain. Secara ringkas, integriti boleh dibahagikan kepada dua iaitu bersabit dengan individu dan peringlat
organisasi. Pada peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta
keselarasan di antara kepentingan diri dan umum. Bagi peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam
pelanggan dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Dalam konsep tanggungjawab, ia disebut sebagai tanggungjawab untuk
menjalankan tugas dengan penuh kesedaran berpandukan peraturan dan undang-undang sama ada berjaya atau gagal. Tanggungjawab
dibahagikan kepada tiga iaitu tanggungjawab terhadap politik, ekonomi. dan sosial. Tanggungjawab terhadap politik terbahagi kepada dua iaitu
menjaga keamanan dan memelihara keharmonian dan perpaduan kaum. Tanggungjawab terhadap ekonomi ialah sentiasa menyokong dan
turut terlibat dengan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan. Tanggungjawab terhadap sosial ialah mengamalkan cara hidup di atas garisan
rukun hidup bermasyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
Terdapat beberapa kepentingan jika setiap individu mengetahui peranan dan tanggungjawab diri masing-masing. Antaranya, mengenal
diri dan mencintai warisan bangsa. Kita mestilah mempunyai jati diri yang kuat dan jangan mudah terpedaya dengan budaya atau anasir luar
yang berniat jahat terhadap diri dan negara kita sendiri. Selain itu, mempunyai perasaan cinta terhadap negara dan bersemangat kekitaan,
berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis. Kita harus meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri kita sendiri.
Setiap warganegara mestilah mempunyai sikap prihatin, tolak ansur serta bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, mambina
kefahaman dan mengembangkan kepekaan terhadap isu-isu masyarakat serta berupaya bertindak sewajarnya, Kepentingan pengetahuan dan
kepekaan akan menjadikan kita faham dan dapat menilai baik buruk untuk sesuatu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat seterusnya
berupaya mengambil tindakan yang sewajarnya. Lantaran itu, memahami dan menghargai usaha-usaha dalam pembangunan negara.
Warganegara yang berjiwa merdeka akan sentiasa memandang positif terhadap negara diri mereka sendiri dan sentiasa bersyukur dan
menghargai setiap usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin demi memastikan rakyat dapat menikmati hasil pembangunan dan hidup dalam
keadaan aman dan makmur. Akhir sekali, bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif bagi kemajuan bangsa dan negara.
Warganegara Malaysia juga perlu menjadi penyumbang kepada pembangunan negara dengan melaksanakan tanggungjawab mereka secara
aktif dan produktif.

Tanggungjawab utama warganegara merangkumi pelbagai aspek. Antaranya, menghormati kontrak sosial dan menghayati rukun
negara. Kontrak sosial adalah merupakan satu perjanjian tolak ansur antara pemimpin-pemimpin yang mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina
dan India yang mengandungi perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan Institusi Raja. Setiap
warganegara juga hendaklah menghayati dan menghafal rukun negara untuk dijadikan pegangan agar banyak pengajaran dapat kita pelajari.
Seterusnya, meluhurkan ketertinggian perlembagaan dan menghormati undang-undang. Kita harus meletakkan perlembagaan di tempat
tertinggi sekali bersesuaian dengan konsep yang dinyatakan. Selain itu, turut terlibat dalam pembangunan negara dan memahami serta
memberikan kerjasama dalam dasar pembangunan. Setiap warganegara sepatutnya juga menjadi penyumbang kepada pembangunan seperti
menyumbangkan tenaga, kepakaran dan idea. Sikap bekerjasama dan mempunyai pengetahuan tentang dasar-dasar yang telah dibuat oleh
kerajaan perlu dipupuk dalam diri individu itu sendiri.
Walaubagaimanapun, terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan integriti sebagai warganegara. Antaranya,
kelemahan individu, sistem prosedur yang lemah, kepimpinan dan budaya. Kekurangan pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam
melaksanakan tindakan seharian merupakan sumbangan utama dalam menghadapi cabaran tersebut. Seterusnya, kurangnya ketelusan
dalam mematuhi garisan panduan serta kelemahan sistem itu tersendiri. Akhir sekali, sifat pecah amanah dan tidak bertanggungjawab dalam
melaksanakan amanah yang diberikan oleh pemimpin itu sendiri adalah keadaan yang paling digeruni kerana kedudukannya yang paling tinggi
akan memberikan kesan negatif kepada pihak bawahan yang lain. Justeru, tanggungjawab kita sebagai mahasiswa, kita hendaklah memupuk
sikap dan nilai positif dalam diri dan mengukuhkan daya saing, mempelajari ilmu dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran serta
menghormati perbezaan keturunan, jebudayaan dan agama.

Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya menjaga nama negara Malaysia yang tercinta dengan bersama-sama
berganding bahu memberikan sumbangan yang positif agar negara Malaysia dipandang tinggi dan disegani oleh negara-negara maju yang
lain. Di samping itu, keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang kita nikmati sekarang hendaklah dipelihara dan dikekalkan supaya
generasi yang akan datang dapat merasai keadaan ini supaya mereka dapat menjadikan kita sebagai role model untuk diri mereka sendiri.

You might also like