You are on page 1of 3

MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAIN

DB 180135

SEKSYEN 15

BAB 8: DASAR PEMANTAPAN PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar merupakan sesuatu yang penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan dalam sesebuah negara. Dasar merupakan
rangka dalam pelaksanaan rancangan kerjaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan
masyarakat dan negara. Keperluan semasa dan kesesuaian ciri-ciri kepelbagaian kaum merupakan keunikan kepada pembentukan dasar di
Malaysia. Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah iaitu semenanjung Malaysia serta sabah dan Sarawak, Malaysia
adalah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan
pelbagai budaya dan konteks sebuah negara persekutuan.

Dasar-dasar pemantapan pembangunan negara mempunyai dua pelan iaitu pelan pembangunan pendidikan Malaysia(PPPM) dari
tahun 2013-2015 dan Pelan Induk Perindustrian ketiga(PIP3) 2006-2020. Manakala dasar mempunyai empat iaitu Dasar Agromakan
Negara(DAN) 2011-2020, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara Ketiga(DSTIN3) 2013-2020, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Sosial Negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ataupun PPPM dilancarkan pada 6 September 2013 oleh Tan Sri Dato’ Muhyiddin
Yassin. PPPM merupakan kesinambungan gerak upaya untuk memantapkan pendidikan negara menerusi usaha-usaha terdahulu seperti
Laporan Razak 1956 , Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996 dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Tiga objektif utama PPPM ialah memahami prestatsi dan cabaran semasa terhadap sistem pendidikan
negara. Kedua, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan ketiga ialah menggariskan transformasi sistem pendidikan
yang komprehensif.

Pelan Induk Perindustian Ketiga(PIP3) 2006-2020 telah dirangka bagi pelaksanaan jangka masa 2006 hungga 2020 dan merupakan
kesinambungan daripada PIP 1(diumumkan pada 3 Februari 1986) dan PIP 2(dilancarkan pada 28 November 1996). PIP 3 berobjektif bagi
mencapai daya saing di peringkat global dalam jangka masa panjang yang bertemakan ‘Malaysia- Ke arah daya saing global’. Bagi mejayakan
PIP 3, kerajaan menetapkan beberapa strategi teras. Antaranya, meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan utama,
menjana pelaburan dalam bidang sasaran dan mengintegarasi syarikat Malaysia ke dalam rangkaian serantau dan global. Dasar Agromakan
Negara(DAN) dilancarkan pada 14 Januari 2012 oleh Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Perlaksanaan merangkumi tempoh masa 10 tahun
daripada tahun 2011 hingga 2020.. Tiga objektif utama DAN ialah menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan,
menjadikan industri agromakan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan, meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.

Dasar Sains,Teknologi dan Inovasi Negara Ketiga (DSTIN3) 2013-2020 adalah untuk memacu Malaysia kea rah sebuah negara yang
kompetitif dan cekap melalui asas STI (Sains, Teknologi dan Inovasi). DSTIN 3 memberi fokus kepada 6 teras strategik iaitu memajukan
bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan saintifik, membangun dan menggilap bakat, menggiat dan mencergaskan industri,
mentransformasi tadbir urus STI, menggalak dan memupuk kesedaran STI, mengukuhkan hubungan strategik antarabangsa. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan merupakan satu dasar yang memerlukan perancangan yang teliti dan rapi disebabkan Malaysia mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum. Kewujudan kebudayaan kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur dan tiga prinsip iaitu
mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada kebudayaan dan memperkayakan dan mempertimbangkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi. Terdapat juga tiga strategi dasar ini antaranya, pemulihan, emeliharaan dan pembangunan kebudayaan,
meningkatkan kepimpinan budaya melalui usaha memimbing, mewujudkan komunikasi yang berkesan, memenuhi keperluan sosiobudaya dan
meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

Dasar Sosial Negara (DSN) merupakan dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan
insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan social, tehanan nasional, dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan
mantap. Lima objektif dasar ini adalah menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat supaya dapat sertai dalam memberikan sumbangan
kepada arus pembangunan negara, memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi dan merangkumi keperluan asas
secukupnya yang mengutamakan nilai-nilai murni, membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat tanpa membezakan jantina,
keturunan untuk mempertingkatkan sumber pada setiap kitaran hidup, memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan social dan
perkhidmatan sosial dan akhir sekali ialah menjana sinergi multisektor.

Kesimpulannya, pelaksanaan pelbagai dasar , perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam
masyarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari. Semua ini akan menyumbang kepada
kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Seterusnya, secara tidak langsung
pelakasanaan dasar dan pelan oleh kerajaan ini dapat meluaskan ruangan pilihan kepada rakyat untuk memperbaiki status kehidupan melalui
peluang dan ruang yang tercipta.

You might also like