You are on page 1of 2

FAMIRA BINTI ROSAZNISHAM

AP170143

SEKSYEN 7

DR  ZAHRUL AKMAL BIN DAMIN

ELEMEN – ELEMEN YANG TERDAPAT DALAM FILEM TANDA PUTERA

Filem ini memaparkan suka duka kejadian benar yang pernah berlaku pada zaman
kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan
Allahyarham Tun Dr Ismail. Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana
Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan
mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran
daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Antara elemen yang terdapat daripada filem tersebut ialah mereka memiliki aura yang
kuat, kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah,
tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup
warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta
mereka yang bertugas di pejabat. Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut
dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang
kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan
rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji
untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka,
Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Selain itu, elemen memperjuang negara juga terdapat dalam file mini,iaitu bila watak
Tun Razak mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi
menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman
daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula
dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan
makin meruncing. Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan
Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa
barat dan negara sekutu.
Kesimpulannya, elemen- elemen ini perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia
supaya dapat melahirkan negara yang aman dan damai tanpa ganguan kuasa luar.

You might also like