You are on page 1of 4

PENGENALAN KEPADA VERNIER

CALIPER ( ANGKUP VERNIER )


TAJUK : PENGENALAN
(ANGKUP VERNIER )

KEPADA VERNIER

CALIPER

TUJUAN :
Menerangkan dengan lebih lanjut tentang bahagianbahagian utama, kegunaan angkup vernier dan cara bacaan
angkup vernier.
PENERANGAN :
Terdapat pelbagai jenis alat-alat pengukuran yang
digunakan di dalam bengkel kejuruteraan dan salah satunya
ialah Angkup Vernier. Angkup Vernier terdiri daripada
pelbagai jenis yang mana masing-masing direkabentuk
untuk kesesuaian kegunaannya
ANGKUP VERNIER

Satu alat mengukur jitu yang mempunyai ketepatan 1/1000"


atau 1/100 mm. Angkup Vernier terdiri daripada dua
bahagian iaitu satu bingkai berbentuk L dengan rahang
boleh gerak dan satu bingkai yang mengandungi batang
dengan rahang tetap (jaw). Batang mempunyai skala utama
dalam inci(imperial scale) dan metrik (metric scale).
Rahang boleh gerak mengelangsar di sepanjang batang.
Bacaan boleh dikunci ke batang oleh satu skru pengapit
(locking screw).Rahang luar ( External jaw) boleh
mengukur garisan diameter bulatan, ketebalan dan panjang
benda kerja. Rahang dalam (external jaw) boleh mengukur
jarak, garis pusat gerek dan lubang, manakala bilah
kedalaman (depth measuring blade) boleh mengukur

kedalaman sesuatu lubang.


BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

KEGUNAAN ANGKUP VERNIER

1. Mengukur diameter luar


2. Mengukur diameter dalam
3. Mengukur kedalaman

GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MENUNJUKKAN CARA


BAGAIMANA MENGUKUR MENGGUNAKAN ANGKUP
VERNIER

Cara menggunakan angkup vernier untuk mengukur bagian luar benda


ukur

Posisi rahang angkup vernier terhadap benda ukur

Cara pengukuran bahagian dalam dengan menggunakan angkup vernier

Cara pengukuran kedalaman dengan menggunakan angkup vernier

CARA MENGAMBIL BACAAN

Ukuran Imperial
Skala Utama 1 Senggatan = 0.025 inci 40 Senggatan = 1.00 inci
Skala Vernier 1 Senggatan = 0.001 inci 25 Senggatan = 0.025 inci

Ukuran Metrik
Skala Utama 1 Senggatan = 1.00 mm 10 Senggatan = 10.00 mm
Skala Vernier 1 Senggatan = 0.02 mm 50 Senggatan = 1.00 mm

AMBIL BACAAN

You might also like