You are on page 1of 2

Faktor- factor berlakunya kejadian Highland Tower

Faktor Dalaman
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu pada bulan November dan Disember yang membawa hujan
lebat melampau selama beberapa hari. Setelah menerima hujan lebat selama 10 hari berturut-
turut, Blok 1 Highland Towers runtuh. Ini kerana hujan telah menyebabkan gelongsoran tanah
selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa
menyebabkan tahap kelembapan tanah meningkat, kekuatan struktur tanah berkurang dan
keseimbangan bendalir di dalam tanah menjadi tidak seimbang.

 Banyak air telah meresap masuk ke bahagian bukit sehingga menyebabkan banjir
lumpur sejak pembangunan dilaksanakan di Bukit Antarabangsa, yang terletak di
sebelah bukit berhampiran dengan kondominium Highland Tower. Ini ekoran daripada
pembersihan (penggondolan) tumbuh-tumbuhan di kawasan yang dibangunkan yang
terletak 150 meter di atas kondominium Highland Towers. Ia dibangunkan oleh
Malaysia Borneo Finance (MBF) dan Arab-Malaysian Finance Bhd. (AMFB).
Kejadian banjir lumpur ini telah menyebabkan jalan raya sekitar komdominium
tersebut retak
 Aliran air permukaan yang berlaku secara berlebihan ini telah menyebabkan kejadian
hakisan tanah di permukaan cerun bukit tersebut. Fenomena ini mengakibatkan struktur
tanah permukaan cerun menjadi tidak kukuh sehingga berlakunya gelinciran tanah atau
tanah runtuh.
 Runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan tersebut menyebabkan
gelinciran berlaku dengan lebih mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada
tembok berkenaan. Gelinciran yang berlaku seterusnya mengakibatkan sokongan
bahagian hadapan bangunan menjadi semakin rapuh sedangkan bebanan di bahagian
belakang bangunan semakin bertambah dan menyebabkan keadaan yang tidak stabil di
bahagian tapak kondiominium. Ia seterusnya mewujudkan tekanan yang amat tinggi
terhadap cerucuk bangunan khususnya cerucuk di bahagian hadapan. Apabila cerucuk
ini patah, bangunan kondomunium mula berayun disebabkan pusat graviti bangunan
mula berubah lalu ia beransur-ansur tumbang menyungkur bumi.
 Topografi kawasan bangunan Highland Tower yang berbukit, keadaan geologi dan
jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh.
Faktor Luaran

 Sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem
perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan
menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia
membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan
pangsapuri berkenaan. Air membuak dari lereng bukit menuju ke arah Blok C
kondominium dan tingkat paling bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri
tanah lumpur. Longkang untuk mengalirkan air daripada paip pembentung di lereng
bukit ke parit utama di hadapan blok Highland Towers tidak dibina. Ahmad Zaini Mohd
Yusof selaku bekas pegawai daerah menyatakan Majlis Daerah Gombak (MDG) tidak
menghentikan kerja pembinaan kondominium Highland Towers walaupun pemaju
gagal mengemukakan pelan saliran untuk mengalirkan air dari kawasan itu ke Sungai
Ulu Klang.
 Pembinaan bangunan rancak dan tiada pemantauan cerun oleh Majlis Perbandaran
Ampang Jaya. Pemaju perumahan melobi hendak memajukan cerun skala 3 dan skala
4 dengan alasan akan menggunakan teknologi penampan cerun yang terkini. Cerun
bukit ditarah secara melampau, pokok-pokok yang menjadi pasak bumi dan rumput
tutup bumi tidak dijaga dengan rapi.
 Kerajaan negeri Selangor tidak membatalkan kontrak pembangunan yang telah
diberikan kepada pihak pemaju kerana tidak mahu membabitkan implikasi undang-
undang. Pihak kerajaan Selangor tidak ingin pemaju yang kerugian dari segi kos tanah,
kos arkitek dan bahan binaan menyaman pihak kerajaan.

Rujukan:

1. http://pangurusan-islam.tripod.com/tower.htm
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Highland_Towers

You might also like