You are on page 1of 5

TRAGEDI HIGHLAND TOWER

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 daripada 3


blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.
Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk
setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang
menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang
dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.Setakat tahun 2020, dua bangunan ini dalam proses
perobohan.

Highland Towers terdiri daripada tiga blok 12 tingkat, dibina secara berperingkat antara
tahun 1974 dan 1982 di pangkalan barat bukit curam yang kemudiannya teres meluas pada
awal 1980an. Setiap blok telah masing-masing bernama:

Blok 1 (dibina 1977, paling selatan)

Blok 2 (dibina 1979, utara-barat laut blok 1, sedikit tinggi daripada dua yang lain, lebih dekat
masuk ke bukit)

Blok 3 (dibina 1981, barat laut blok 1, barat blok 2).

Sebuah kolam renang terletak di antara barat laut Blok 2 dan timur laut belakang Blok 3.
Blok 1 runtuh selepas 10 hari hujan berterusan membawa kepada tanah runtuh selepas
tembok penahan di belakang tempat letak kereta Menara gagal.
PUNCA PUNCA KEJADIAN
Punca berlaku keruntuhan bangunan ini kerana berlakunya hujan berturut- turut selama 10 hari.
Hasil daripada berlaku hujan ini menjadikan kadar air di kawasan itu sangat tinggi dan
mempengaruhi tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah serta keseimbangan bendalir di
dalam tanah.Kadar air yang tinggi ini menyebabkan struktur tembok penahan menjadi lemah dan
runtuh serta berlaku gelongsoran tanah selepas tembok penahan runtuh . Gelongsoran ini berlaku
kerana keseimbangan bendalir dalam tanah tidak stabil iaitu air telalu banyak menyebabkan
berlakunya pergerakan bawah tanah dan berlakunya ricihan pada struktur bawah tanah.

Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang blok satu kondominium
highland towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ. Perkara ini berlaku
kerana semasa tembok penahan itu dibina, jurutera tidak mengawasi tempat pembinaan dan reka
bentuk ini direka sendiri oleh pemaju iaitu Highland Tower Properties.Hal ini menyebabkan
pemaju hanya merekabentuk tembok penahan mengikuti bajet yang cukup dan bukanya mengikut
kajian daripada jurutera. Selain itu, penggunaan cerucuk terpakai juga merupakan salah satu
sebab berlakunya runtuhan bangunan kerana cerucuk tersebut tidak mampu mencengkam
sepenuhnya tanah .

Sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem
perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik.Kesalahan ini boleh dikaitkan dengan akta
Akta 133 Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 bahagian iii seksyen 53 iaitu pihak tempatan
harus membaiki dan mengubah sistem perparitan iaitu dengan cara memperbesarkan sistem
saliran supaya air boleh mengalir dengan lancar. Hal ini berlaku kerana pemaju tidak mempunyai
bajet yang cukup untuk membina sistem saliran yang sempurna dan hanya membina untuk
memenuhi syarat sahaja .Selain itu, proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan
sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke
kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan. Longkang untuk mengalirkan air daripada paip
pembentung di lereng bukit ke parit utama di hadapan blok Highland Towers tidak dibina.
CARA MENGATASI MASALAH KEJADIAN
Cara untuk mengatasi masalah ini ialah penanaman pokok di keliling kawasan boleh dibuat bagi
mengelakkan hujan terus ke tanah. Pokok yang besar daunnya serta berakar tunjang mampu
menampung dan menerima taburan hujan dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah.
Apabila tiada tanaman yang menutupi tanah atau bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan
menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya .

Selain itu, pembangunan yang terancang juga merupakan usaha yang dapat dilakukan untuk
mengurangkan berlakunya kejadian tanah runtuh.Tindakan strategik dan sistematik terhadap
pembangunan adalah sangat mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan tidak
mengundang padah. Pembangunan terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira
keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Memang pembangunan tidak dapat dihentikan, tetapi
pembangunan perlu dirancang sebaik-baiknya untuk mengurangkan fenomena yang membawa
bencana kepada pelestarian alam dan manusia. Kawasan ladang di lereng bukit perlu dibina teres
selain menyusun atur tanaman dan laluan untuk menyelamatkan cerun.

Cara yang seterusnya ialah membuat kajian terhadap struktur tanah sebelum merekabentuk
tembok penahan yang sesebuah kawasan . Antara faktor yang perlu ialah faktor-faktor alam
sekitar seperti hujan tahunan . Faktor ini diambil kira kerana jurutera harus mengetahui kadar air
pada setiap tahun supaya tembok penahan yang direka yang dibina tidak mudah runtuh daripada
hakisan tanah.Cerucuk juga harus dipasang supaya dapat menahan tanah dari lereng bukit
sebelum membina tembok penahan .

Cara yang seterusnya ialah membina sistem saliran yang teratur dikawasan lereng bukit . Ini
memboleh air hujan dari puncak bukit mengalir terus ke bawah supaya kadar air meresap masuk
ke tanah pada kadar yang minimum. Sistem saliran ini juga dapat membantu mengurangkan
hakisan tanah dan berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Selain itu , pengalihan
air juga boleh dibuat untuk mengalihkan pengaliran air dibawah tanah dan mengelakkan dari
melalui kawasan kondominium tersebut. Air yang meresap kedalam tanah akan melalui sistem
paip yang direka oleh jurutera dan dialirkan kepada sungai yang terdekat dan dpat mengurangkan
pergerakan bawah tanah.
PENUTUP
Kesimpulan yang dapat diambil daripada tragedi ini ialah pelan dan reka bentuk sesebuah projek
perlu diteliti dengan tepat dan berhemah dengan mengambil kira faktor-faktor yang boleh
menyebabkan risiko kemalangan daripada berlaku. Selain itu, langkah-langkah pencegahan dan
keselamatan perlu dilaksanakan bagi memastikan mangsa-mangsa tragedi yang lain dapat
dikurangkan jika kehilang nyawa atau harta benda tidak dapat dielakkan daripada berulang.
Tidak kurang juga pihak yang bertanggungjawab dalam pembinaan Highland Tower itu juga
perlu diambil kira kelayakan mereka untuk merencang dalam pembinaan sesebuah bangunan
untuk mengelakkan situasi yang tidak menyanangkan daripada berlaku.

Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah bagi memastikan kekacauan
tidak berlaku bagi memudahkan kerja-kerja yang dijalankan di tapak tragedi tidak tergangu dan
menyebabkan masalah dalam melakukan kerja yang diberikan. Susuln itu, pihak berkuasa perlu
menguatkuasakan tindakan dengan mengekang masalah yang berlaku bagi mempercepatkan
proses mencarian dan menyelamat mangsa tragedi utuk meredakan kegelisahan masyarakat.
Semoga tragedi seperti ini tidak berulang di masa akan datang.
RUJUKAN
Highland Towers Collapse. National House Buyers Association (HBA). (1999) . Retrieved from,
http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/1999.htm
Tragedi Highland Towers. (2020) Retrieved from,
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Highland_Towers
Akta 133 ( akta jalan, parit dan bangunan).Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) .(2020)
Retrieved from, http://www.mpaj.gov.my/ms/mpaj/sumber/perundangan/akta-jalan-parit-dan-bangunan-
1974-akta-133/page/0/2
Usaha-Usaha Mengelakkan Kejadian Tanah Runtuh. SPM STUDY(2013) Retrieved from,
https://spmstudy.blogspot.com/2013/10/usaha-usaha-mengelakkan-kejadian-tanah.html
APA - Referencing Guide. Murdoch University (2020) Retrieved from,
https://libguides.murdoch.edu.au/APA/all

You might also like