You are on page 1of 5

ISU ALAM SEKITAR (KEJADIAN TANAH RUNTUH)

Kejadian tanah runtuh merujuk kejadian fenomena alam semula jadi yang sering dikaitkan
dengan perubahan kedudukan tanah sesuatu kawasan itu. Antara contoh kawasan yang
sering dilanda tanah runtuh ialah lereng bukit, kawasan projek perumahan dan juga
kawasan berhampiran dengan aliran air seperti sungai. Media massa sering
mengetengahkan kejadian alam ini sehingga menjadikan kejadian ini sesuatu yang biasa
pula di negara ini. Oleh itu, kefahaman tentang pelbagai punca dan impak kejadian ini amat
penting untuk menangani kemelut alam sekitar ini.

Secara amnya kejadian tanah runtuh berpunca daripada projek pembangunan yang tidak
seimbang kerana keghairahan manusia mengejar erti kemodenan sebenar. Pembangunan
yang tidak seimbang ini sering mengabaikan pengekalan alam sekitar terutama hutan atau
penggunaan alam sekitar dalam sesuatu projek pembangunan tersebut. Keadaan ini telah
menyebabkan hujan lebat sahaja berupaya untuk mencetuskan kejadian tanah runtuh di
sesuatu kawasan pembangunan tersebut. Jadi, tanah runtuh berlaku kerana ketiadaaan
keseimbangan antara projek pembangunan dan sistem ekologinya.

Selain itu, ketiadaan peruntukan perundangan yang menyeluruh turut menjadikan isu ini
semakin meruncing. Masyarakat dengan mudah lagi berani melakukan projek pembangunan
sesuka hati kerana sedar bahawa mereka tidak akan didakwa oleh pihak kerajaan kerana
ketiadaan akta yang mampu untuk digunakan terhadap kesalahan mereka itu. Kelemahan
dalam system perundangan inilah yang menyebabkan masalah ini terus berlaku tanpa ada
sebarang perasaan bersalah dalam jiwa masyarakat kita. Jelaslah, ketiadaan peruntukan
perundangan yang holistik dan ketat telah membawa masalah ini terus menerus berlaku
dalam masyarakat kita.

Bukan sahaja ketiadaan keseimbangan pembangunan dan kelemahan dalam sistem


perundangan tetapi kekurangan dalam kemahiran menarah sistem bukit di negara ini turut
menjadikan polemik ini semakin serius. Kita masih menggunakan sistem tarahan kawasan
berbukit yang lama kerana kekurangan kemahiran atau pengalaman dalam kalangan
jurutera tempatan di negara ini. Situasi ini menyebabkan bukit yang digondolkan itu mudah
sahaja mengalami kejadian tanah runtuh setiap kali hujan lebat melanda.

LANGKAH MENGATSI

Usaha pertama untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini  ialah kerajaan
menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutama di kawasan yang telah dibangunkan.
Usaha murni tersebut  merupakan langkah terbaik untuk  menjaga cerun-cerun   dan
kawasan yang dibangunkan  daripada terdedah  kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha
tersebut juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan.  Memang
tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan yang dijalankan menyebabkan banyak pokok
yang ditebang dan bukit ditarah atas nama pembangunan.  Hutan rimba dan bukit-bukau
merupakan pasak kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa
kawalan  telah melonggarkan ikatan tekstur tanah, menjadikan cerun longgar dan rebah. Di
Malaysia, hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar
dan menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup 
bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada 
cuaca dan hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada
dibawa  aliran air bawah tanah  yang menggelonsorkan cerun yang tidak stabil. Usaha
menanam kembali pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali
kelonggaran tanah akibat pembangunan. Kejadian tanah runtuh yang berlaku di
Kondominium Highland Tower dan  Bukit Antarabangsa misalnya,  masih lagi menjadi
igauan  rakyat akibat  tidak  mempedulikan cerun yang lemah berhampiran dengan
kediaman. Jelasnya, untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh, kerajaan perlulah menanam
semula pokok-pokok di cerun-cerun bukit.

            Usaha kedua yang dapat dilakukan untuk  mengelakkan kejadian  tanah  runtuh 
ialah kerajaan membina sistem perparitan yang terancang. Sistem perparitan yang
terancang penting untuk membolehkan air hujan  dari cerun bukit  mengalir dengan baik dan
terus ke longkang atau sungai dan laut. Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan
sehingga menyebabkan berlakunya banjir. Keadaan ini secara tidak langsung boleh
mengelakkan  berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sistem perparitan yang dibina
dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan yang
terancang dapat memadatkan struktur tanah di lereng bukit.   Sekiranya, tidak ada sistem
perparitan dibina di lereng bukit, hujan lebat yang turun di kawasan bukit akan
menyebabkan air bertakung dan menyerap di kawasan lereng bukit melalui tanah sehingga
struktur tanah menjadi longgar dan tidak kukuh. Hal ini boleh mengundang padah seperti
berlakunya banjir kilat, hakisan tanah dan  tanah runtuh.   Rakyat Malaysia tidak pernah
melupakan peristiwa yang berlaku di Pos Dipang, Perak yang mengorbankan begitu banyak
nyawa akibat banjir lumpur. Kawasan tanah tinggi yang dibangunkan pembangunan  sangat
berisiko dengan kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur. Oleh itu. jelaslah pembinaan
sistem perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh.

 
1. Definisi Etika

Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau
adat.Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang
moral; ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan,
bertanggungjawab dan sebagainya.Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang
kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah
falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia [Abd Latif, 157]

2. Asas Etika Dalam Islam

Aqidah : kepercayaan, keimanan kepada rukun iman yang enam.

Syariah : peraturan, ketetapan hukum, berdasarkan kepada Al Quran dan As Sunnah

Akhlak : panduan tingkahlaku yang mulia melibatkan manusia dengan Allah, manusia
sesama manusia dan manusia dengan alam sekitarnya

3-Kepentingan Etika Dalam Sains dan Teknologi

Sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja


mereka.Membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukanSains juga tidak terlepas dari
syariat

Menjaga kepentingan manusia dari kerakusan sains yang mengancam keselamatan


manusia:

1. Untuk melahirkan saintis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi

2. Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains

3. Untuk mempastikan penggunaan teknologi secara berhemah.

4-Amalan Etika Islam Dalam sains dan teknologi


 Yakin bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W. T.
 Ikhlas Dan Niat Yang Baik
 Bersifat Ihsan (kecekapan dan kecemerlangan)
 Itqan (ketekunan dan kemahiran) dalam melakukan sesuatu
 Bermusyawarah dan bermuafakat (perundingan dan bekerja secara berpasukan)
 Mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsistensi
 Membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada alam dan manusia
 Menjauhi mafsadah – kerosakan ke atas manusia dan alam sekitar

5-Kesan Pengabaian Etika

 Lahirnya teknologi mengikut kehendak komersil


 Berlaku kerosakan kepada alam sekitar kerana kerakusan sains
 Lahirnya saintis dan teknokrat yang tidak bermoral – mementingkan wang, kuasa
dan nama
 Sikap mementingkan diri sendiri

6-Isu-isu Etika Sains Moden

Pengklonan manusia

Kebaikan

1. Mengatasi kekurangan tisu dan sel

2. Mengatasi kekurangan organ

Keburukan

1. Merosakkan sistem kekeluargaan

2. Menjejaskan aqidah

3. Bertentangan dengan aqidah

Nuklear
Kebaikan

1. Meningkatkan kualiti produk

2. Mengesan penyakit lebih awal

3. Menyimpan dan mengawet makanan

4. Alternatif kepada sumber tenaga

Keburukan

1. Kemusnahan ekosistem

2. Kebocoran radio aktif

3.Kemalangan nuklear

You might also like