You are on page 1of 5

3.0 Kepentingan Lapisan Ozon Disamping Peranan Etika dan Nilai Dalam Memeliharanya.

Lapisan ozon merupakan anugerah Tuhan yang banyak memainkan peranan penting kepada
pelbagai kehidupan di bumi seperti keseimbangan ekosistem dunia, biodiversiti alam,
manusia dan juga segala makhluk yang ada dibumi. Lapisan ozon merupakan sebuah lapisan
yang terbentuk dan tertumpu di bawah stratosfer di antara 15 dan 30 km. Lapisan ozon juga
merupakan lapisan yang dihasilkan melalui pelbagai persenyawaan kimia, tetapi mekanisme
utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfer adalah penyerapan tenaga sinar
ultraviolet (UV) dari sinaran matahari. Melalui huraian ringkas ini, kita dapat melihat bahawa
kepentingan lapisan ozon (O3) yang dihasilkan menjadi bahan utama kepada penyerap utama
sinar UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini efektif dalam meneruskan
kekonsistenan bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinar UV yang dihasilkan
oleh matahari daripada secara terus menerjah segala kehidupan yang ada dimuka bumi.

Perbincangan mengenai lapisan ozon yang menjadi bahan penyerap kepada sejenis
radiasi yang disebut radiasi ultraviolet, atau sinar UV dimana sinaran ini berupaya untuk
menembusi lapisan pelindung organisma seperti kulit serta merosakkan molekul DNA pada
tumbuhan dan haiwan. Sinaran UV juga dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan
membawa kepada kerosakan genetik. Peningkatan sinaran UV yang berjaya menembusi
lapisan ozon  juga mempunyai dampak yang kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan,
organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman. Menurut sebuah perutusan
Yang Berhormat Datuk Seri G. Palanivel selaku Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Sempena Hari Ozon Antarabangsa Pada 16 September 2013, fenomena penipisan lapisan
ozon yang melindungi kehidupan di muka bumi dari sinaran ultra ungu (UV) matahari yang
berbahaya adalah cabaran yang paling besar kepada manusia sejak suku abad yang lalu.
Pendedahan yang berlebihan kepada sinaran UV juga boleh menyebabkan barah kulit, sakit
mata, melemahkan sistem ketahanan badan daripada penyakit dan turut memberi kesan buruk
kepada rantaian makanan. Oleh itu, lapisan ozon amat memainkan peranan penting kepada
semua kehidupan yang ada di bumi samada terhadap manusia, haiwan dan juga ekosistem
semula jadi bumi.

Dalam pada itu juga, lapisan ozon memainkan peranan yang sangat penting dalam
pelbagai bidang yang membantu aktiviti manusia seperti aktiviti manusia dalam bidang
perubatan, perindustrian, alam sekitar, dan juga pertanian. Dalam bidang perubatan, lapisan
ozon memainkan peranan penting dalam mengubati pesakit yang mengalami luka kulit akibat
kulit terbakar atau melecur. Kaedah rawatan yang banyak dipraktikan di negara Jerman ini
dapat mengubati pesakit secara terkawal dan terbukti berkesan. Selain itu, penggunaan ozon
dalam bidang perubatan juga dapat memastikan cecair ubat antiseptik dinyah kuman sebelum
dibotolkan. Ini memastikan ubat antiseptic yang digunakan dalam bidang perubatan berada
dalam keadaan bersih dan tidak terdedah dengan segala kotoran memandangkan ianya
digunakan meluas dalam merawat pesakit. Dalam pada itu juga, lapisan ozon yang
memainkan peranan penting dalam bidang perindustrian seperti mencuci dan memutihkan
kain, membantu mewarnakan plastik, dan menentukan ketahanan sesuatu getah. Lapisan ozon
juga digunakan untuk menghapuskan pencemaran dalam air seperti kandungan
besi, arsen, hidrogen sulfida, nitrit, dan bahan organik kompleks yang dikenal sebagai warna
didalam air. Ini membolehkan air yang tercemar dapat dirawat dan digunakan semula oleh
semua kehidupan di muka bumi.

Kepentingan lapisan ozon harus dipelihara secara konsisten oleh semua pihak kerana
lapisan ozon memainkan peranan penting dalam meneruskan kehidupan yang seimbang dari
pelbagai aspek. Oleh itu, etika dan nilai manusia memainkan peranan penting dalam
memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan lapisan ozon ini berlaku secara konsisten dan
berterusan. Aspek etika dan nilai manusia merupakan aspek yang penting dalam menjurus
sebuah kelakuan yang baik dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam Bahasa Inggeris, etika
menggunakan istilah ethics yang membawa pengertian ilmu yang sistematik tentang moral
atau science of morals (Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, 2002). Perkataan
ethics itu sebenarnya dari perkataan Yunani iaitu ethikos. Menurut Zuhdi dan Amer (2002)
lagi, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa perkataan ethics berasal daripada perkataan
ethikos atau ethika. Perkataan ini sebenarnya merujuk kepada kata akar ethos yang
bermaksud kelakuan, adat kelaziman atau sifat yang berkait rapat dengan kelakuan dan
tindakan manusia. Jelaslah di sini bahawa, etika boleh didefinisikan sebagai tindakan atau
kelakuan yang mempunyai nilai atau pegangan tertentu dalam diri sesebuah masyarakat.
Manakala, nilai pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau
keburukan. Nilai kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral.
Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai.
Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu. Oleh itu, kedua-dua elemen
iaitu etika dan nilai ini penting untuk digabungkan dalam soal kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan lapisan ozon.
Peranan etika dan nilai manusia dalam memelihara lapisan ozon adalah penting
kerana ia dapat menjaga kepentingan generasi masa hadapan. Hal ini kerana, lapisan ozon
memainkan peranan penting dalam membangun dan memelihara keindahan alam semula jadi.
Pembentukan lapisan ozon yang stabil dan baik secara berterusan membolehkan alam sekitar
menghijau dengan lebih baik. Namun begitu, kita harus mengetahui bahawa, kesan yang
berlaku pada hari ini adalah rentetan daripada sikap dan tindakan manusia yang sebelumnya.
Dimana, prinsip keadilan tidak dapat diserlahkan sekiranya masyarakat pada hari ini tidak
dapat menikmati kehijauan dan kepelbagaian habitat alam sekitar seperti yang dinikmati
masyarakat sebelumnya. Sebagai contohnya, sebelum terwujudnya zaman revolusi
perindustrian seluruh dunia, tidak berlaku fenomena cuaca panas atau pemanasan global
sebagaimana yang kita pada hari ini. Fenomena penipisan lapisan ozon yang berlaku pada
hari ini adalah hasil tangan manusia yang bersifat rakus dalam mengejar kemajuan dan
kemegahan masing-masing tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal diterima.
Oleh itu, peranan etika dan nilai amat penting dalam menjaga kepentingan generasi masa
hadapan melalui penerapan nilai dan prinsip hidup yang lebih baik disamping memberi
kesedaran kepada semua pihak tentang pentingnya lapisan ozon kepada semua kehidupan
dibumi dan generasi masa hadapan.

Selain itu, penerapan etika dan nilai dalam memelihara lapisan ozon juga penting
kerana dapat melahirkan sebuah masyarakat yang menghargai dan celik akan kepentingan
lapisan ozon serta kesejahteraan alam sekitar. Sebagai individua tau kumpulan manusia, kita
tidak dapat beralih daripada berhubung langsung dengan lapisan ozon dan alam sekitar. Etika
dan nilai amat penting dalam memastikan manusia memiliki pengetahuan, kasih sayang,
tanggungjawab dan kesepakatan yang tinggi dalam menghargai peranan dan fungsi lapisan
ozon terhadap kesejahteraan alam sekitar sebagaimana yang mereka nikmati pada hari ini.
Etika dan nilai juga membentuk sikap, perasaan dan nilai baik buruk manusia sekiranya
mereka melakukan tindakan yang boleh mengancam dan merosakkan lapisan ozon dan alam
sekitar. Sebagai contohnya, fenomena pemanasan global yang berlaku rentetan daripada
aktiviti manusia itu sendiri seperti penggunaan barang elektrik dan bahan api, aktiviti
perindustrian, penggunaan kenderaan atau jentera adalah berpunca daripada penipisan lapisan
ozon. Fenomena yang sedang dihadapi oleh semua umat manusia pada hari ini adalah hasil
daripada kecuaian mereka sendiri kerana tidak sepakat dalam memelihara lapisan ozon dan
alam sekitar untuk kemaslahatan bersama.
Disamping itu, peranan etika dan nilai manusia dalam memelihara lapisan ozon
penting supaya wujud usaha yang berterusan dalam memuliharanya. Etika dan nilai dalam
diri manusia penting supaya lahir usaha yang berterusan dan konsisten dalam soal
pemuliharaan lapisan ozon demi memastikan alam sekitar kekal seimbang. Pemuliharaan di
sini membawa maksud perihal proses, usaha, perbuatan dan sebagainya atau memulihara
sesuatu (Kamus Dewan, 2010). Dalam aspek ini, etika dan nilai membangun tanggungjawab
moral individu mahupun masyarakat untuk bersama-sama memulihara lapisan ozon dan alam
sekitar. Menurut Hasan Basri, Sofiah ‘Atiqah dan Tuan Pah Rokiah (2012), manusia
diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan manusia tertakluk kepada
tanggungjawab tertentu yang perlu dilaksanakan termasuklah penghuni alam yang lain.
Dalam erti kata yang lain, kelestarian lapisan ozon merupakan tanggungjawab yang harus
dipikul seluruh umat manusia. Tanggungjawab ini direalisasikan melalui peringatan, larangan
dan menghukum mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan lapisan
ozon dan juga melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada lapisan ozon dan
alam sekitar.

Etika dan nilai membentuk sebuah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap


kepentingan lapisan ozon dan alam sekitar yang dihuni secara bersama. Sebagai sebuah
kerajaan, pihak tersebut harus memainkan peranan penting dalam mencapai usaha kearah
pemuliharaan lapisan ozon dengan melakukan beberapa inisiatif seperti mewujudkan semula
hutan simpan, mengawal aktiviti pembalakkan, penanaman semula pokok jenis hutan hujan
dan memberi kesedaran melalui kempen dipelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Pihak swasta juga berperanan dalam melancarkan kempen-kempen melestarikan semula alam
dengan menghasilkan produk atau barangan yang mengurangkan penghasilan gas rumah
hijau keudara disamping menyokong seruan kerajaan dalam bersama-sama memelihara
lapisan ozon dan alam sekitar. Media massa kini sememangnya dekat dengan masyarakat
rentetan daripada arus pemodenan dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi.
Media massa kini memainkan peranan sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat sama
ada dari segi ilmu pengetahuan mahupun isu yang berlaku dalam negara. Iklan dan filem
contohnya dapat menarik minat masyarakat sekaligus menerap nilai etika terhadap
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Hal ini boleh berlaku sama ada
dengan mengiklankan kursus yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mahupun menjelaskan
piawaian yang telah ditetapkan pihak kerajaan bagi memulihara lapisan ozon dan alam
sekitar. Oleh itu, peranan etika dan nilai manusia dalam memelihara dan memulihara lapisan
ozon membawa banyak kepentingan dan kebaikan secara berterusan.

Astro Awani. Oktober 28, 2021. Air Selangor kaji guna sistem ozon rawat air menta.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/air-selangor-kaji-guna-sistem-ozon-rawat-air-mentah-
327739.

Jabatan Alam Sekitar. 16. sep. 2013. Hari Ozon Sedunia.


https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2013/09/Hari-Ozon-BM.pdf
Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali (2002). Etika Alam Sekitar. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. https://www.worldcat.org/title/etika-alam-sekitar-
daripada-perspektif-islam-timur-dan-barat/oclc/55131837
Kamus Dewan (2010). Pemuliharaan. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?
keyword=Pemuliharaan&d=176312&
Hasan Basri Jumin, Sharifah Sofiah ‘Atiqah Syed Ibrahim dan Tuan Pah Rokiah Syed
Hussain (2012). Nilai dan Etika Alam Sekitar dalam Pembangunan. Dalam Hamidi Ismail,
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain dan Hasan Basri Jumin (Eds.) Etika dalam Tadbir Urus
Pembangunan. (m.s. 99-109). Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
https://www.worldcat.org/title/etika-dalam-tadbir-urus-pembangunan/oclc/892021125

You might also like