You are on page 1of 12

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU

KM12 JALAN TANJUNG KIDURONG

97000 BINTULU SARAWAK

REPAIR MINOR DEFECT

REPAIR MAJOR DEFECT

NAMA: HIBRIYAH BT HAMZAH

NO. KAD PENGENALAN: 000227-13-1102

KURSUS: TEKNOLOGI PEMBINAAN (WTP2)

NAMA PENSYARAH: ENCIK JOHN JOK WAN

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 3

2. PENGENALAN 4

3. KATEGORI KECACATAN 5-7

4. RASIONAL 8-9

5. CADANGAN 10-11

6. RUJUKAN 12
7. LAMPIRAN 13

2
PENGHARGAAN

Saya Hibriyah Bt Hamzah dari program Teknologi Pembinaan (WTP2) telah menyiapkan
tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya,Encik John Jok Wan. Saya jugaingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengarah Kolej Vokasional Bintulu, Encik Jamali
kerana telah membenarkan saya untuk menggunakan kemudahan perpustakaan untuk mencari
maklumat dan rujukan.

Selain itu,saya ingin mengucapkan terima kaih kepada pensyarah saya, Encik John Jok Wan
yang telah banyak membantu saya dan memberi saya tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kpada rakan-rakan yang telah memberikan
sokongan terhadap saya dan bantuan dalam saya menyiapkan folio ini yang telah diamanahkan
kepada saya.

Akhir sekali,tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ditujukan kepada ibu bapa saya yang
telah banyak memberi dorongan dan membantu saya dari segi kewangan dan sokongan kepada
saya selama saya menyiapkan tugasan ini.

3
PENGENALAN

Kecacatan yang berlaku pada sesuatu struktur bangunan yang boleh menjejaskan kualiti dan
kekuatan bangunan serta mengurangkan fungsinya atau menampakkan dengan jelas kesan
kecacatan yang berlaku. Kecacatan besar atau kecil boleh berlaku selepas kerja-kerja siap
dijalankan dan ia mengambil masa tertentu untuk berlaku. Keadaan ini boleh menjejaskan
kualiti, penampilan dan jualannya. Oleh itu ia memerlukan tindakan segera dimana perlu
pembaikan secara ektensif. Selain itu kecacatan dan kelemahan pada kerangka atau struktur
boleh terjadi jika sekiranya kerja-kerja pembinaan dan pemasangan tidak dilakukan dengan
kaedah yang tepat mengikut keperluan, spesifikasi dan rekabentuk.

4
2.0 KATEGORI KECACATAN DAN KELEMAHAN

Kecacatan menyebabkan sesuatu binaan menjadi tidak sesuai, tidak sepadan atau tidak
berfungsi seperti yang diperlukan. Kecacatan lazimnya tertumpu kepada keadaan, kualiti,
karekteristik, rekabentuk atau komponen yang gagal berfungsi seperti yang diharapkan.
Kegagalan-kegagalan dari sudut berkenaan mendorong kepada berlaku kecacatan dari aspek
berikut:

 Kecacatan/kelemahan rekabentuk
 Kecacatan/kelemahan bahan binaan
 Kecacatan/kelemahan pembinaan
 Kelemahan tapak/subsurface

Kecacatan/kelemahan rekabentuk

Bangunan yang direka bukan semuanya dapat berfungsi dengan sempurna seperti yang
ditetapkan. Rekabentuk binaan mungkin sesuai di atas kertas tetapi mungkin kurang sesuai
dalam situasi sebenar. Contohnya, kecacatan rekaan bumbung boleh menyebabkan kebocoran
atau serapan air, curam yang kurang sesuai menyebabkan aliran air hujan kurang lancar atau
kekurangan sookongan struktur.

Kecacatan/kelemahan bahan binaan

Penggunaan bahan bangunan yang kurang berkualiti boleh menyebabkan masalah.


Walaupun pemasangan dilakukan sebaiknya, ia belum tentu dapat berfungsi dengan baik. Ia juga
tidak lasak atau tidak tahan lama. Oleh itu, sudah pasti ia tidak menjamin jangka hayat yang
panjang. Masalah yang sering berlaku termasuklah bahan kalis tiris yang tidak sepadan, kertas
bangunan, kalis membrane, penutup bumbung, papan serpih dan drywall tidak berkualiti,

5
Kecacatan/kelemahan pembinaan

Kualiti cara yang rendah atau workmanship boleh menyebabkan kecacatan yang
berpanjangan. Kesilapan dan kelalaian pemasangan konponen seperti jenang pintu/tingkap boleh
menyebabkan kebocoran atau serapan air. Keretakan pada asas atau tembok, reput kering pada
kayu, masalah elektrik dan mekanikal, kebocoran perpaipan atau masalah anai-anai adalah
sebahagian kecacatan disebabkan pembinaan yang tidak sempurna samada sebelum atau semasa
dan selepas pembinaan siap.

Kelemahan tapak/subsurface

Pembinaan di atas tapak yang tidak stabil akan mengundang masalah. Ia boleh
menyebabkan asas retak dan lantai slab mendap. Jika tapak tanah tidak dimampat sebaiknya dan
tidak menyediakan sistem saliran yang cukup, masalah pemendapan tanah, pergerakan struktur,
banjir dan tanah runtuh berkemungkinan besar akan berlaku.

6
KLARIFIKASI KECACATAN
Kecacatan boleh dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu kecacatan kecil, kecacatan besar,
kecacatan kritikal.

KECACATAN KECIL
Kecacatan kecil atau minor defect lazimnya melibatkan fizikal yang boleh diperbaiki
sebelum sesebuah bangunan diserahkan kepada pemiliknya. Ia tidak menjejaskan fungsi
struktur/komponen dan tidak menampakkan kekurangan yang boleh mempengaruhi
penampilannya.
Di antara kecacatan kecil melibatkan aspek berikut:
 Kegagalan mengantung pintu dan tingkap dengan baik
 Jajaran tidak tepat pada pemasangan kabinet dapur
 Kecacatan pada lapisan cat yang disapu
 Pemasangan daun pintu dan tingkap yang tidak sepadan.

KECACATAN BESAR

Kecacatan yang berlaku pada sesuatu struktur bangunan yang boleh menjejaskan kualiti
dan kekuatan bangunan serta mengurangkan fungsinya atau menampakkan dengan jelas kesan
kecacatan yang berlaku. Kecacatan besar mengandungi perkara-perkara berikut:

 Asas dibina tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan berlaku keretakan pada


struktur lain
 Kegagalan struktur penyokong rasuk
 Tanah tapak bina tidak digred dengan betul menyebabkan berlaku keretakan pada
struktur asas
 Pemasang bumbung dan penutup bumbung yang tidak berkualiti
 Kegagalan rintangan air untuk menghalang kelembapan
 Kegagalan kalis tiris
 Masalah pendawaian elektrik
 Rekabentuk yang tidak mengikut kod

7
RASIONAL

 Untuk menangani masalah kegagalan dan kecacatan terhadap kemudahan peralatan


bangunan. Ia meliputi ketidaksesuaian kaedah dan bahan-bahan yang digunakan dalam
pembinaan.
 Pembaikan segera dapat mengurangkan keperluan penyelenggaraan yang lebih kerap
pada kemudian hari. Kerja pembaikan dilaksanakan berdasarkan kepada aduan dan
laporan pengguna atau pemilik berkenaan kerosakan komponen-komponen bangunan
seperti pam tandas, lampu, pendingin udara dan sebagainya yang menjejaskan
keselesaan pelbagai pihak.
 Membaiki kecacatan kecil dinyatakan sebagai pembaikan minor. Ia dilakukan sebagai
penyenggaraan rutin dan tidak memerlukan pelan pembaikan atau permit.

KAEDAH PEMBAIKAN SERTA KOSNYA

Rawatan dan pembaikan bertujuan menghalang kerosakan tambahan. Jenis pembaikan


samada sementara atau kekal perlu kea rah memastikan sebarang potensi kemusnahan
berada pada tahap minimum.
Pembaikan dengan menggunakan pendekatan’singkir dan ganti’ mungkin bukan
merupakan penyelesaian kos yang paling berkesan. Adalah lebih penting
mempertimbangkan pendekatan yang lebih kreatif bagi membaiki kecacatan.

KAEDAH KERJA PENGGANTIAN

Setiap bahan, komponen dan peralatan bagi sesebuah bangunan mempunyai tahap dan
kadar kerosakan yang berbeza yang dipengaruhi oleh kualiti, persekitaran dan kekerapan
penggunaannya. Oleh itu, kerja penggantian digunakan bagi memastikan setiap item-item ini
yang berada pada tahap kritikal digantikan apabila tindakan pembaikan tidak dapat dibuat.
Pemeriksaan berjadual perlu dilakukan berterusan terhadap setiap item yang direkodkan
bertujuan mengenalpasti kegagalan dan kerosakan. Penggantian dapat mengelakkan kesan
buruk tterhadap prestasi dan fungsi bangunan.

8
CADANGAN

MEMBAIKI KECACATAN KECIL

Membaiki kecacatan samada kecacatan kecil atau besar memerlukan prosedur pembaikan
tertentu yang sesuai. Sebarang kaedah yang digunakan, ia perlu dipastikan segera sebaik sahaja
kecacatan dikenalpasti. Jika sekiranya ia melibatkan struktur konkrit kesegeraan pembaikan
akan meminimumkan perbezaan pengecutan antara konkrit asal dan konkrit baru. Bahagian
konkrit baru seharusnya menjadi bahagian yang berpadu pada konkrit asal dengan tiada kesan
laminasi yang ketara atau retak.

Langkah-langkah membaiki kecacatan kecil pada konkrit

 Keretakan
Keretakan kecil yang tidak menembusi sehingga besi tetulang adalah bersifat kosmetik
dan boleh dibaiki dengan hanya menampal simen kering. Kelembapan dalam konkrit
dan udara akan menghidrat simen dan memenuhi keretakan pada konkrit.
 Honeycombing
Setelah bahagian yang terjadi retak sarang labah-labah diberus/bahan peroi dan longgar
disingkir,tampal atau lepa dengan simen hingga menutupi ruang retak berkenaan.
 Serpih dan pecah
Kecacatan ini melibatkan pecahan bersegi-segi yang menyebabkan sisian luarnya
menyerong membentuk sisi yang lebih nipis. Kaeah membaikinya adalah sama seperti
mana membaiki retak sarang laba-labah.(honeycombing)

9
PROSEDUR MEMBAIKPULIH KECACATAN

 Membaiki kecacatan besar dinyatakan sebagai pembaikan major. Ia memerlukan


kelulusa, pengesahan dan kebenaran menjalankan kerja-kerja bangunan dan penyeliaan
dari pihak yang berttanggungjawab.
 Proses pembaikannya sama juga seperti yang telah dilakukan bagi membaiki kecacatan
kecil bermula dengan pemeriksaan awal di tapak bangunan yang melibatkan lokasi-
lokasi berikut;
a) Dalaman bangunan; siling,tembok,lantai,tingkap,bilik tidur,ruang tamu dan
pintu dan sebagainya
b) Luaran bangunan; Tembok (termasuk lintels,claddings,tingkap dan pintu)
Kerangka bangunan-lantai-lantai konkrit gantung,tiang dan
rasuk.

Mengenalpasti kecacatan

 Kecacatan yang dikenalpasti melalui pemerhatian pada struktur yang mengalami


kecacatan.
 Ia peru mengambil kira klasifikasi dengan memastikan samada ianya kecacatan kecil,
besar atau kritikal.

Semua kecacatan ini boleh dianggap sebagai kecacatan kecil jika ia tidak menjejaskan
kekuatannya tetapi dalam konteks kecacatan besar, keadaan yang berlaku adalah berbeza kerana
jika kecacatan yang berlaku boleh menjejaskan kekuatannya ia boleh dianggap sebagai kecacatan
besar yang perlu dibaiki segera mengikut prosedur pembaikan major.

Menganalisa kecacatan bangunan dan membuat rumusan

Sepertimana dalam pembaikan kecacatan kecil, prosedurnya adalah sama untuk


pembaikan besar. Dalam kes ini, pemeriksaan dan penyediaan laporan perlu dijalankan dengan
menyatakan kerja-kerja pembinaan tidak dilakukan dengan betul atau tidak memenuhi standard.

10
Menentukan kecacatan dan kaedah pembaikan

Bagi struktur konkrit, beberapa kecacatan besar yang mungkin berlaku adalah keretakan
dan pecah. Penentuan kecactan dan kaedah pembaikan diambil berdasarkan hasil analisa dan
rumusan yang dibuat. Pembaikan akan melibatkan aplikasi beberapa kaedah mengikut jenis
kecacatan yag berlaku.

Pemabaikan bagi struktur retak

Pembaikan dilakukan melalui kaedah berikut:

 Penggantian besi tetulang


 Penyuntikan dalam konkrit bagi keretakan
 Sistem penstabilan

Penggantian besi tetulang

Proses melibatkan identifikasi jenis-jenis bar tetulang asal yang digunakan, penilaian ke atas
penggantian/tambahan bar tetulang yang diperlukan dan tindihan(lapping) yang diperlukan bagi
bar bar lama dan baru.

Penyuntikan dalam konkrit bagi keretakan

Keretakan pada struktur konkrit boleh ditanggani dengan kaedah penyuntikan epoksi yang
merupakan satu kaedah penyelesaian, bagaimanapun ia berkesan bagi keretakan yang sempit
0.002in. bagi lantai konkrit industry bertetulang yang retak anatara 0.010in-0.060in lebar, kaedah
suntikan sering diaplikasi.

Sistem penstabilan

Keretakan yang semakin melebar besar menyebabkan kaedah suntikan tidak lagi berkesan. Bagi
menangani situasi ini, kaedah yang sesuai untuk menstabilkan keretakan diperlukan. Ia bagi
menghalang dari keretakan semakin membesar.

11
RUJUKAN

 www.building.com/defect.
 www.fortressstabilazation.concrete.com.
 http://precast.org/2010/05/concrete-repairs/

12

You might also like