You are on page 1of 8

PENGENALAN

Highland Towers terdiri daripada tiga blok 12 tingkat, dibina


secara berperingkat antara tahun 1974 dan 1982 di pangkalan barat bukit
curam yang kemudiannya

kawasan teres meluas pada awal 1980an . Setiap

blok masing-masing mempunyai nama :


Block 1 (dibina 1977, paling selatan )
Block

(dibina

1979

utara

-barat

laut

blok

sedikit

tinggi

daripada dua yang lain , lebih dekat masuk ke bukit)


Blok 3 (dibina 1981 , barat laut blok 1 , barat blok 2 ).
Sebuah kolam renang terletak di antara barat laut Blok 2 dan
timur

laut

berterusan

belakang
membawa

Blok

3.

kepada

Block

tanah

runtuh

runtuh

selepas

selepas

10

tembok

hari

hujan

penahan

di

belakang tempat letak kereta Menara gagal .


Highland Towers merupakan rumah kepada keluarga-keluarga kelas
pertengahan mewah ; peratusan besar penduduk adalah ekspatriat. Highland
Towers mula terkenal pada 1980-an dan awal 1990-an serta menjadi tempat
yang

popular

untuk

orang-orang

kaya

untuk

menyembunyikan

perempuan-

perempuan simpanan mereka.


Tragedi

Highland

blok kondominium di
Disember 1993.

Towers merupakan

Taman

Tragedi

tragedi

Hillview, Ulu

tersebut

adalah

runtuhan

Klang, Selangor,

satu-satunya

dari

pada

tragedi

3
11

bangunan

runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.


Seramai

48

orang

terkorban

dalam

tragedi

yang

menyayat

hati

ini.

Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan


Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

KAJIAN GEOLOGI

Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit


Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya ialah Institut Kerja Raya
Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya
(JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan
alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat
Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (Lestari) di UKM. Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di
UiTM Shah Alam

PUNCA TRAGEDI

Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan
lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh.
Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut
menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta
kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah,
kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai
lagi perkara yang berkaitan.
Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu
Kondominium Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ.
Perunding jurutera geoteknikal, Prof Noel Edward Simons menyalahkan rekabentuk
tembok penahan yang tidak sempurna.
Jurutera Perunding Geoteknikal, Dr Alan George Weeks menyatakan pangsapuri
Highland Towers runtuh hasil daripada pergerakan bawah tanah yang bermula dari
kawasan runtuhan lereng bukit milik Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) di belakang
pangsapuri itu
Sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan

sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan
menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk
sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.
Air membuak dari lereng bukit menuju ke arah Blok C kondominium dan tingkat
paling bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri tanah lumpur. Longkang untuk
mengalirkan air daripada paip pembentung di lereng bukit ke parit utama di hadapan blok
Highland Towers tidak dibina. Ahmad Zaini Mohd Yusof selaku bekas pegawai daerah
menyatakan Majlis Daerah Gombak (MDG) tidak menghentikan kerja pembinaan
kondominium Highland Towers walaupun pemaju gagal mengemukakan pelan saliran
untuk mengalirkan air dari kawasan itu ke Sungai Ulu Klang.[2] Pemilik lot kosong di
belakang kondominium Highland Towers, Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB), tidak
mengadakan sistem saliran sementara kerana ia menunggu sistem induk yang akan dibina
untuk keseluruhan kawasan itu.
Topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak
stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh. Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Dr Ibrahim Komoo menyatakan tanahnya bukan batu yang kuat
tetapi tanah bercampur pasir. Ini termasuklah Bukit Antarabangsa, Taman Tun Abdul
Razak, Taman Hillview dan Bukit Indah.

KRONOLOGI TRAGEDI

1.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu


Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di
tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja
pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku.

2.

12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu


Kelang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari
dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter
Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan
udara.

3.

13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan


turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan
menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk
menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

4.

15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur
menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai
lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta
serpihan tulang.

5.

16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

6.

17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat


supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

7.

18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat


seorang kanak-kanak.

8.

19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput
terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua,
juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat
ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.

9.

20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran

ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan
sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
10. 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48
mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu,
37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu
tangan, kaki, kepala serta paha.
11. 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
12. 14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee
Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan
pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan
setinggi 12 tingkat.
13. 14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala
Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur
jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda
yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh
14. Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers
dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.
15. 8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di
Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60
penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan
penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku
pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
16. 2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta
kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George

KESAN TRAGEDI

Angka kematian rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah 48 , walaupun
sumber-sumber lain memberi nombor lebih besar daripada 55. Mangsa kebanyakannya
rakyat Malaysia , dengan 12 warga asing ( Britain , satu Jepun, 2 India, 2 Korea, 3 Filipina
dan 3 Indonesia ). Antara mangsa adalah Carlos Abdul Rashid ( anak kepada bekas
Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam ) dan isterinya , Rosina Datuk Abu Bakar.

CADANGAN PENYELESAIAN TRAGEDI


Terdapat rancangan untuk membaiki kedua-dua blok yang tinggal dan semula
menduduki - mereka kembali pada tahun 1995, tetapi pemeriksaan mendedahkan bahawa
blok tidak lagi struktur selamat dan perobohan adalah satu-satunya pilihan, seperti yang
lain 2 bangunan akan runtuh pada bila-bila masa . Pada masa ini, blok baki Highland
Tower masih teguh , tidak dirobohkan dan terus terbengkalai.

KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan, terdapat banyak ralat dan
perkara yang menyeleweng dalam pembinaan bangunan blok-blok highland tower.
Tindakan pemaju yang mengambil remeh keadaan tanah dan struktur bangunan
merupakan salah satu punca utama berlakunya tragedi ini. Pelukis pelan bangunan yang
tidak berkelayakan diberi tugas dalam menyiapkan pelan lukisan bangunan adalah tidak
wajar sama sekali. Justeru itu apabila berlaku kemalangan yang tidak diingini pelbagai
pihak akan mempersalahkan satu sama lain. Akhirnya akan mengakibatkan nyawa mangsa
yang terkorban tidak mendapat keadilan yang setimpal.

LAMPIRAN

Keadaan runtuhan highland tower

Anggota keselamatan
menyelamatkan mangsa

Keratan akhbar mengenai tragedi

Wajah
antara
mangsamangsa
tragedi

You might also like